Rabu, 11 Januari 2012

JANGAN YANG LAIN BUAT TUTUP MATA...ATAU TUTUP SEBELAH...ARTIS2 WANITA...SANJUNG@PUJA LAGI..BAGAIMANA YANG SEBELAH PIHAK LAGI..DE TAK BERTUDUNG

Utusan dakwa gelagat muslimat PAS memalukan
Muslimat PAS yang berhimpun di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Isnin lalu mempertontonkan gelagat yang cukup memalukan sewaktu menunggu keputusan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, dakwa Utusan Malaysia.

NONEMenurut laporan di halaman 4, akhbar milik Umno itu berkata meskipun bertudung labuh dengan sebahagian besar mereka berjubah, muslimat PAS itu itu “menyanyi-nyanyi dan bersorak tanpa mempedulikan orang ramai yang memerhatikan aksi mereka”.

“Dengan dipimpin oleh seorang ketua yang memegang pembesar suara, muslimat PAS itu menyanyi-nyanyi dan bersorak tanpa mempedulikan orang ramai yang memerhatikan aksi mereka.

“Lebih memalukan, muslimat PAS itu seolah-olah lupa diri sehingga sanggup mengeluarkan perkataan ''Umno mampus'' malah ada kalangan mereka yang gagal menjaga aurat dengan selamba bersalaman dengan lelaki bukan muhrim,” petik akhbar itu lagi.

NONEPada perhimpunan Isnin lalu, tidak kurang 5,000 hadir bagi menyokong ketua umum PKR itu. Mereka bukan sahaja daripada penyokong PKR tetapi juga membabitkan penyokong Pakatan Rakyat yang lain seperti DAP dan PAS serta juga orang ramai.

Utusan juga mempersoalkan Ketua Muslimat PAS, Siti Zailah Mohd Yusof yang bukan setakat tidak melarang gelagat tidak senonoh pengikutnya, malah kelihatan gembira dan bersama-sama meraikannya.

Sebelum ini, beberapa blog pro-Umno juga membuat dakwaan yang sama dan memuat-naikkan gelagat yang dikatakan tidak sopan itu ke laman sosial Youtube.

NONEAntaranya blog Sel13.com di http://sel13.com yang turut mempertikaikan akhlak muslimat PAS itu sedangkan menurut blog berkenaan PAS satu masa dahulu pernah mengharamkan wanita menyertai tilawah al-Quran kerana suara wanita adalah aurat.

''Jika dulu PAS sering mengutuk Wanita serta Puteri Umno kerana tidak berakhlak dan bebas bersalaman dengan bukan muhrim. Adakah itu berakhlak?

''Walaupun Ketua Muslimat PAS berada di situ tetapi tiada langsung usaha untuk menghalang daripada menghentikan perbuatan tidak berakhlak ahli-ahlinya. Malah, beliau pula yang turut sama bergembira.

''Kami tidak berhasrat menulis lebih panjang lagi. Kami pulangkan kepada rakyat untuk menilai akhlak sebenar muslimat-muslimat PAS yang selama ini memperjuangkan Islam melebihi orang lain," petik blog berkenaan.
Saiful tak boleh paksa pendakwaan buat rayuan

Pengadu kes liwat II Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak boleh memaksa pihak pendakwaan untuk membuat rayuan berhubung pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin lalu yang memutuskan ketua pembangkang itu tidak bersalah.

Ini adalah pandangan beberapa peguam kes jenayah apabila diminta pandangan mereka mengenai sama ada Saiful boleh memfailkan permohonan untuk memaksa pihak pendakwaan untuk membuat rayuan.

parliament cpc roundtable 210606 sithambarameguam V Sithambaram (kiri) memberitahu Malaysiakini bahawa ini tidak boleh dilakukan kerana walaupun Saiful mendakwa menjadi mangsa jenayah tetapi dakwaan kesalahan sebenarnya itu dikatakan dilakukan terhadap negara.

"Walaupun dia adalah pengadu, Saiful tidak boleh memfailkan apa-apa permohonan semakan kehakiman bagi memaksa pihak pendakwaan membuat rayuan dalam perkara ini," kata Sithambaram, yang pernah mewakili jurutera Majlis Bandaraya Shah Alam Hanif Basree Abdul Rahman dalam kes pembunuhan Noritta Samsudin

Seorang lagi peguam kes jenayah, Amer Hamzah Arshad, juga bersependapat. Katanya, apabila penganalisis politik, Abdul Razak Baginda dibebaskan daripada tuduhan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, peguam Karpal Singh memfailkan permohonan untuk memaksa pihak pendakwaan membuat rayuan.

amer hamzah arshad interview 261005 up close"Bagaimanapun, permohonan itu kemudiannya ditarik balik, kerana budi bicara bagi memfailkan rayuan terletak di tangan Peguam Negara. Segalanya terpulang kepada pihak pendakwaan untuk memutuskan sama ada mereka akan membuat rayuan ataupun tidak," kata Amer Hamzah (kanan), yang adalah antara peguam pembelaan dalam kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya.

Berikutan pembebasan Anwar Isnin lalu, Saiful dilaporkan berkata beliau berharap bahawa pihak pendakwaan akan mengemukakan rayuan berhubung penghakiman itu.

14 hari untuk buat rayuan

Menurut Saiful adalah menjadi haknya membawa kes berkenaan ke peringkat seterusnya iaitu di Mahkamah Rayuan demi mendapatkan keadilan.

NONEDalam kes jenayah, pihak pendakwaan mempunyai 14 hari untuk memfailkan rayuan, kata seorang lagi peguam kes jenayah, Baljit Singh Sidhu (kiri).

"Justeru, hari terakhir buat rayuan terhadap keputusan Liwat II boleh difailkan sebelum 23 Januari iaitu pada hari Tahun Baru Cina. Bagaimanapun, mengikut Akta Interpretasi 1948, jika hari berkenaan jatuh pada cuti umum, maka hari terakhir untuk difailkan rayuan adalah pada hari bekerja berikutnya.

"Jadi mengikut kiraan saya, hari terakhir bagi pihak pendakwaan untuk memfailkan notis rayuan adalah pada 25 Januari," kata Baljit .

Amer Hamzah juga bersependapat dengan pandangan Baljit bahawa pihak pendakwaan mempunyai sehingga 25 Januari ini untuk memfailkan notis rayuan itu tetapi berkata bahawa dalam amalan perundangan, lazimnya lebih baik jika rayuan dibuat awal.

Dalam perkembangan berkaitan, ketua Bahagian Rayuan dan Perbicaraan, Jabatan Peguam Negara, Kamaluddin Md Said, memberitahu Malaysiakini, bahawa pejabatnya masih belum membuat keputusan sama ada untuk memfailkan rayuan. Kes Anwar kini adalah di bawah bidang kuasa beliau.

azlanPeguam Sithambaram juga berkata sebaik sahaja notis rayuan difailkan, hakim mesti memberikan alasan-alasan bertulis mengenai penghakimannya itu.

"Ini termasuk memasukkan rekod rayuan, sebelum pendaftar mahkamah menetapkan tarikh untuk mendengar rayuan itu," katanya.

Peguam kanan itu berkata hakim tidak diwajibkan menyediakan alasan penghakiman semasa menyampaikan penghakimannya, tetapi sebaik sahaja notis rayuan difailkan, maka beliau hendaklah memberi alasan secara bertulis secepat mungkin.

Pada masa lalu, Sithambaram berkata, ada arahan bahawa alasan penghakiman bertulis mesti dikeluarkan dalam tempoh enam bulan, selepas keputuswan dibuat, tetapi beliau tidak pasti sama ada arahan itu masih berkuatkuasa.

  • Bumiputera Berjaya · · Pengulas Tertinggi · Managing Editor, JustNews.com di CNN International · 446 subscribers
    Budak Saiful ini sudah berlagak macam primadona...kakitangan awam seolah-olah kena akur permintaan beliau...kata-katanya sudah semacam bunyi suatu arahan...sebelum repot kena liwat jumpa Najib dan Rosmah dipejabat dan rumah...sesudah repot jumpa Ezam dan Rodhwan...semada siasatan talipon Musa Hassan...sepanjang perbicaraan berkongsi maklumat dengan Papagomo..... bila berlaku penangguhan sibapanya membuat rayuan kepada DYMM Yang DiPertuan Agung untuk dipercepatkan semoga keadilan dapat ditegakkan kononnya.....hari perbicaraan setiap hari nampak muka di Mahkamah...hari 901 batang hidung pun tak nampak.... selepas jatuh hukum nak keluarkan arahan supaya pendakwaraya buat rayuan...WOIT!! LU INGAT LU SIAPA HA?
    • Bogo Indra Gonzales · · Pengulas Tertinggi · Home Trade di Seaman
      Saiful terpaksa buat rayuan Rosmah sudah banyak melabur kapada saiful dan bapak saiful.tenguk air muka saiful dan bapak nya cukup meluat.
    • Taguci Paradox · Pengulas Tertinggi · Smk Sultan Abdullah
      KLU DBENARKAN BUAT RAYUAN!!SAH' MMG NAK BG KENA KAT ANUAR'' 1MLYSA DAH TAU SAIFUL ADALAH PEMFITNAH...KLU NAK HACUR JUBO KAMUPUN LANTAK LA'' TP JGN FITNAH ORG LAIN!!!!
    • Mhd Amir · Pengulas Tertinggi
      yg di hina sesama umat islam......dia ada hak utk membuat rayuan...kenapa korang nak marah? anwar dah bebas..cukupla...xyah dok hina2 org...sesama umat islam.....tu yg seagama ngn saipul la..
  • Kong Bu Fenzi · Pengulas Tertinggi
    Jubur saiful mengharumkan nama umno.
    Saiful patut digelar `bapak budaya jubur'.
    OOOOI... bila pula saiful mengerti dalam hal udang undang?
    Tiba tiba pula nak buat suruh pendakwa buat rayuan untuknya.
    Kalau nak bayar sendiri lah , buat apa boros duit rakyat?
    Manusia yang tak bermaruah ini gila fitnah , ambil al quran bersumpah di masjid betapa jijik! Hingga hari pembicaraan terakhir , saiful pun tak berani ke mahkamah.
    Ini pengecut namanya... kua kua kua.
    Nak berjuang untuk bangsa agama dan negara?
    OOOOi... jubur jubur jubur.
Veteran Umno: Pembebasan Anwar saja tak cukup

Ketika pemimpin BN bermegah kononnya keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tuduhan liwat II membuktikan badan kehakiman adil dan bebas, seorang bekas menteri dan veteran Umno berpandangan sebaliknya.

NONETan Sri Kadir Sheikh Fadzir yang kini timbalan presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) berkata keputusan itu "tidak cukup" untuk menepis persepsi umum yang sering mempersoalkan kebebasan nstitusi badan kehakiman dari pengaruh kerajaan.

"Ini tidak cukup... Saya harap ia permulaan yang baik, peluang keemasan untuk meletakkan sesuatu pada tempatnya supaya kita semua dapat tidur nyenyak," katanya yang juga bekas menteri pelancongan dan penerangan.

Kadir menjawab soalan berhubung laporan media arus perdana termasuk kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berkata keputusan mahkamah yang memutuskan Anwar tidak bersalah itu membersihkan kerajaan daripada tuduhan campur tangan dan konspirasi politik.

"Bersejarah tetapi mengejutkan"

Sambil menyifatkan keputusan itu sebagai "bersejarah tetapi mengejutkan", Kadir menegaskan ia peluang terbaik bagi memulihkan imej badan kehakiman termasuk pelantikan Ketua Hakim Tan Sri Ariffin Zakaria dilihat berpeluang untuk memperbetulkan persepsi itu.

zaki azmi interview 140911Dalam wawancara dengan Malaysiakini, Kadir berkata Ariffin tidak pernah terbabit dengan parti politik dan seorang yang ‘takut’ kepada Allah berbanding penyandang sebelum ini Tun Zaki Azmi (kiri) yang pernah menjadi penasihat undang-undang Umno.

Sebelum keputusan diumumkan, Kadir berkata beliau pergi ke kediaman Anwar dan menemaninya sehingga ke mahkamah sebagai tanda rasa simpati dan memberi sokongan kepada bekas timbalan perdana menteri itu.

Katanya lagi, sebelum keputusan diumumkan, beliau percaya 70 peratus Anwar yang juga ketua pembangkang akan dihumbankan ke penjara.

Kawan setia

"Saya adalah kawan yang setia... Dr Mahathir membuatkan saya rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kami memang berkawan rapat dan saya betul-betul kasihan kepadanya dengan apa yang berlaku kepadanya... saya simpati kepadanya dan kali ini saya benar-benar bersimpati dengannya," katanya.

NONEDitanya sama ada beliau menyokong Anwar dari sudut politik, Kadir dilihat tidak dapat menyembunyikan pujiannya terhadap tokoh politik kelahiran Kampung Cherok Tok Kun, Pulau Pinang itu.

"Saya rasa beliau mempunyai bakat kepimpinan yang hebat. Beliau boleh menjadi pemimpin negara yang hebat. Dan (sikap) beliau yang natural (semulajadi).

"Apabila beliau masuk ke kampung, apabila beliau bercakap dengan orang kampung, beliau nampak natural. Beliau tidak perlu tunjuk lagaknya. Main drama kata orang," katanya.

Berjiwa rakyat

Menganggap Anwar adalah seorang pemimpin yang berjiwa rakyat seperti pengasas negara sebelum ini, Kadir menambah kampung Anwar berdekatan dengan kampungnya - di Kulim Bandar Baharu - yang terletak kira-kira 10 kilometer.

NONE"Jadi beliau adalah pemimpin berjiwa kampung. Sebab itu jika beliau berpeluang menjadi perdana menteri, beliau menjadi perdana menteri yang hebat di mata rakyat, (sikap) semulajadinya (yang suka) mengambil berat tentang rakyat," katanya yang mengelak untuk membandingkan kepimpinan Anwar dan Najib.

Kadir, 73, adalah anak sulung kepada 12 adik beradik. Bapanya merupakan pengasas kepada Umno di Kulim Bandar Baharu.

Beliau aktif dalam politik sejak tahun 1970-an di bawah pentadbiran perdana menteri kedua Tun Abdul Razak. Pernah menjawat jawatan menteri kebudayaan, kesenian dan pelancongan pada tahun 1999 di bawah kepemimpinan Tun Mahathir Mohamad.

mca agm 2005 opening 200805 keng yaik and kadirKemudian, menyandang jawatan sebagai menteri penerangan di bawah pimpinan perdana menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Kini Kadir selaku bendahari Umno bahagian Kulim-Bandar Baharu - bahagian yang diwakili sejak lima penggal sebelum menyerahkan kepada adiknya Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir pada pilihan raya umym 2008.

Bagaimanapun, Abdul Aziz tewas kepada wakil PKR Datuk Zulkifli Noordin sebelum beliau mengisytihar diri keluar parti dan menjadi ahli parlimen bebas.

Acheh digegarkan gempa bumi 7.1 pada skala Richter
Gempa bumi kuat berukuran 7.1 pada skala Richter menggegarkan Aceh awal pagi Rabu, namun belum ada laporan mengenai kerosakan harta benda dan korban jiwa dalam peristiwa ini.

Pihak berkuasa juga menarik balik amaran ancaman tsunami tidak beberapa lama selepas mengeluarkannya sejurus selepas kejadian.

Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) mencatatkan bahawa gempa bumi di lautan yang berpusat di 419km Barat Daya Meulaboh, dengan kedalaman 10km itu, berlaku pada 1.36 pagi dan ia diikuti beberapa kejadian gempa susulan.

Menurut laporan media tempatan, gegaran kuat gempa bumi itu dirasai penduduk Banda Aceh dan sekitarnya, manakala penduduk di kawasan pesisir Aceh pula merasakan tiupan angin kencang.

Penduduk di pesisir pantai yang panik, dilaporkan lari meninggalkan kediaman masing-masing menuju kawasan yang lebih selamat.

Di pusat bandar Banda Aceh, penduduk banyak berkumpul di Jambatan Pantai Pirak dan Jambatan Simpang Surabaya untuk memantau pergerakan arus sungai Krueng Aceh kerana ia boleh memberi petanda jika berlaku tsunami.

Suasana kembali tenang apabila pihak berkuasa menarik balik amaran tsunami itu.

- Bernama

Tiada ulasan: