Khamis, 19 Januari 2012

KADANG2 DIAM ITU LEBIH BAIK...BUKAN SEMUA SOALAN KITA MESTI JAWAB...AKHIRNYA IA KAN TAHU SENDIRI

Nik Aziz: Melawan sejuk dan 'rohok'
Selepas menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-81 pada 10 Januari lalu, ketika kesihatannya menjadi tanda tanya, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata beliau masih sihat, cuma selalu keletihan dan alah pada cuaca sejuk.

"Kesihatan saya macam inilah. Sekejap dia tenggelam, sekejap dia timbul. Tengok keadaan. Keadaan yang menyusahkan sayalah, cuaca.

NONE"Cuaca sejuk memang saya banyak terganggu. Dia (jadi) letih, dia selesema banyak kalau sejuk," katanya ketika diwawancara di kediaman rasminya di Kota Bharu minggu lalu, dua hari selepas ulang tahun kelahirannya.

Mursyidul Am PAS itu berkata, walaupun "rohok", beliau masih cuba menghadiri pelbagai program kerajaan negeri dan parti, termasuk berulang alik ke Kuala Lumpur.

Nik Aziz menjelaskan, rohok dalam bahasa Kelantan bermaksud banyak kerja.

"Itulah masalahnya, sebab itu kalau tak penting sangat mesyuarat (itu) saya tak pergi Kuala Lumpur. Kesian tubuh saya.

"Tapi kalau benda itu menyangkut jawatan saya sebagai menteri besar, pesuruhjaya, saya pergilah. Itu pun kadang-kadang tak boleh pergi juga," katanya yang kelihatan bertenaga, menyembunyikan keletihan di riak wajahnya.

Berbaju Melayu jingga dan berdasi labuh tebal di luarnya, veteran politik Malaysia itu percaya beliau terpaksa menggagahi diri dengan kerja-kerja melibatkan aktiviti fizikal kerana ia "penting untuk akhirat",

pakatan kedah mega ceramah 150112 nik aziz"Sebagaimana kita duduk atas dunia, umur 100 tahun misalnya pun kita nak kepada harta, nak kepada sokongan, nak kepada pengaruh. Itu baru 100 tahun. (Tetapi) akhirat kekal,..

"Harta di akhirat pula namanya pahala. Atas dunia namanya ringgit, dolar, yen," katanya yang terkenal dengan logik-logik mudah ketika berceramah atau memberikan kuliah.

Ditanya tentang status rawatannya, Nik Aziz berkata, beliau sebelum itu baru sahaja memeriksa status kesihatannya di Institut Jantung Negara (IJN) di ibu negara dan doktor mengesahkannya "bagus" tetapi "rohok" atau banyak bekerja.

Kehadiran Nik Aziz akhir-akhir ini dikatakan kurang memuaskan dan menyebabkan kehadirannnya di Konvensyen Pakatan Rakyat di Alor Setar menarik menarik perhatian ramai.

Dalam program itu, beliau bagaimanapun menunjukkan kecergasan dan bingkas bangun apabila pemimpin Pakatan di pentas diminta berdiri untuk membaca ikrar bersama.

Ahli parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah ketika menceritakan kembali saat genting ketika Nik Aziz dibawa ke hospital sebelum itu mengumpamakan seperti saat terhentinya detikan jantung manusia pertama ke angkasa lepas Yuri Gagarin dalam pengembaraan itu.

Sementara itu, berbeza dengan menteri besar lain, Nik Aziz bukan sahaja terlibat dalam kerja-kerja pentadbiran kerajaan negeri, malah dilihat mengambil tempat di hati sebahagian besar rakyat Kelantan sebagai sebagai pemimpin agama.

NONEMalah, sejurus sahaja tamat ditemubual Malaysiakini Khamis lalu, azan Zohor seperti biasa dilaungkan di ruang tamu kediaman rasminya dan sejadah segera dihampar untuk diimamkannya.

Bukan sahaja kakitangan pejabat dan pembantunya, pengunjung yang mahu menemuinya di rumahnya - yang tiada langsung protokol ketat - juga turut bersolat bersama-sama.

Nik Aziz membuktikan kenapa beliau seorang menteri besar yang berbeza.

Hasil minyak: Saman K'tan diselesai ikut isu perundangan
Saman kerajaan Kelantan ke atas Petroleum Nasional Bhd (Petronas) berhubung mungkir janji akan didengar dan diselesaikan mengikut isu perundangan.

Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof membenarkan permohonan kerajaan Persekutuan dan Petronas supaya membolehkan hakim memutuskan saman itu ditentukan secara isu perundangan.

Zabariah membuat keputusan tersebut selepas mendengar hujah panjang lebar oleh semua pihak hari ini dan menentapkan 20 Februari sebagai tarikh pengurusan kes.

Kedua-dua pihak berkenaan (kerajaan Persekutuan dan Petronas) memohon hakim memutuskan kes berpandukan isu perundangan di bawah Perintah 14A Peraturan Mahkamah Tinggi 1980 dan Perintah 33 dalam peraturan yang sama tanpa perlu perbicaraan penuh.

Peguam Kanan Persekutuan Datin Azizah Nawawi bertindak di pihak kerajaan Persekutuan, peguam Tan Sri Cecil Abraham mewakili Petronas manakala Ganesan Nethi dan Nur Ashikin Abdul Rahim sebagai peguam di pihak kerajaan negeri Kelantan.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Azizah berkata kerajaan Persekutuan telah mencadangkan tiga persoalan atau isu perundangan untuk saman tersebut sementara Petronas mengemukakan lima isu perundangan.

"Bagaimanapun isu pertama hingga yang ketiga dibangkitkan oleh kerajaan Persekutuan dan Petronas itu adalah hampir serupa," katanya.

Dua isu utama adalah sama ada kerajaan Kelantan mempunyai hak di bawah undang-undang berhubung petroleum yang dimenangi dan tersimpan di 'pentas benua' (seperti ditakrifkan di bawah Akta Pentas Benua 1966) dan sama ada negeri itu berhak bagi pembayaran daripada petroleum.

Kerajaan negeri Kelantan menyaman Petronas kerana dikatakan mungkir janji untuk membuat pembayaran tunai kepada Kelantan bagi hasil minyak.

Dalam saman itu yang dikemukakan pada 30 Ogos 2010, pihak plaintif menamakan Petronas sebagai defendan pertama.

Kerajaan Persekutuan namun berjaya dalam permohonannya untuk mencelah dan dinamakan sebagai defendan kedua dalam tuntutan saman tersebut.

Dalam penyata tuntutannya, kerajaan Kelantan menuntut Petronas supaya membuat pembayaran tunggakan dan bayaran tunai seterusnya bagi petroleum dihasilkan di luar pantai Kelantan seperti ditetapkan dalam perjanjian petroleum.

Kerajaan negeri itu juga menuntut gantirugi dan kos. Bagaimanapun ia tidak menetapkan jumlah keseluruhan yang dituntut daripada Petronas.

Dalam tuntutan, kerajaan negeri menyatakan bahawa Perjanjian Petroleum Kelantan dimetrai pada 9 Mei 1975, jelas menyebut bahawa Petronas perlu membayar tunai lima peratus daripada hasil minyak sama ada daripada usaha carigali di kawasan pantai atau luar pantai.

Ia menyatakan satu perengan daripada perjanjian itu menyebut bahawa pembayaran hendaklah dibuat secara tunai dua kali setahun pada atau sebelum 1 Mac atau pada atau sebelum 1 September.

- Bernama
Kolaj gaya rambut Rosmah milik Zunar hilang
Pelukis kartun Zunar yang mencabar penahanannya oleh pihak polis pada 24 September 2010, mendakwa bahawa beliau mengalami kerugian selepas pihak berkuasa menyerbu dan merampas 66 salinan buku ‘Cartoon-o-phobia’ serta karya seninya yang berkaitan.

zunar arrested under sedition act 240910 03Semasa memberi keterangan sebagai saksi pertama dalam kes saman sivil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, Zunar berkata bahan-bahan yang dirampas itu termasuk sebuah kolaj yang menggambarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

"Saya telah pergi ke 10 buah kedai gunting rambut untuk mengumpulkan rambut untuk menggambarkan gaya rambut Rosmah. Kolaj tersebut mewakili betapa pengaruhnya beliau mentadbir negara dengan Najib sebagai PM," kata kartunis yang nama penuhnya Zulkiflee SM Anwar Ulhaque.

"Karya seni tidak sepatutnya dilipat atau digulungkan. Sekarang semua bahan-bahan itu telah rosak, hilang atau dirampas."

Zunar dan syarikatnya Sepakat Elektif Sdn Bhd - yang beliau bertindak sebagai pengarah - adalah plaintif dalam kes saman sivil itu.

Mereka menamakan pegawai yang melakukan tangkapan Arikrishna Apparau, pegawai penyiasat Marina Hashim, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai defendan.
Nik Aziz: PAS tak bimbang 'jelajah' Hasan Ali
PAS tidak bimbang dengan cadangan jelalah ke seluruh negara oleh bekas pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

NONEBeliau berkata Hasan kini bukan lagi anggota PAS dan beliau boleh berbuat apa sahaja yang bukan atas nama parti itu.

"Beliau (Hasan) bebas berbuat apa sahaja atas sifatnya sendiri dan bukan atas nama parti kerana beliau tidak lagi menjadi anggota PAS," kata Nik Abdul Aziz ketika ditanya mengenai cadangan "road show" itu untuk Hasan menjelaskan kedudukannya dalam politik selepas dipecat dari PAS.

Menteri Besar Kelantan itu bercakap kepada pemberita selepas menerima kunjung hormat lima anggota Parlimen dari China diketuai Menteri Pembangunan Pusat Bandar Kampung Baru dan Kewangan China, Thao Guang Qing, di pejabatnya di Kota Darulnaim, di Kota Bharu hari ini.

Dalam pada itu Nik Abdul Aziz mengalu-alukan pelantikan ADUN Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai anggota Exco Selangor yang baru menggantikan Hasan.

Sebelum digugurkan Hasan memegang Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor.

- Bernama
Hindraf bersama ABU bagi singkirkan Umno
Dengan matlamat sama untuk menyingkirkan Umno dari Putrajaya, Hindraf Makkal Sakthi hari ini bersetuju bergandingan dengan pergerakan 'Asalkan Bukan Umno' (ABU) dan menggesa semua pertubuhan yang mahu menumbangkan kerajaan sekarang supaya bersatu menjelang pilihan raya umum akan datang.

NONEPada sidang akhbarnya di Kuala Lumpur bersama pengasas bersama ABU Haris Ibrahim, - penyelaras kebangsaan Hindraf, W Sambulingam (kiri) berkata, pengerusi NGOnya itu, P Waythamoorthy telah bersetuju bekerjasama dengan ABU demi kepentingan rakyat.

"Waythamoorthy telah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan pemimpin-pemimpin ABU di London, dan akhirnya bersetuju menyertai mereka," katanya.

Bagi kempen pertama, mereka akan bersama mengadakan siri ceramah di enam negeri - Selangor, Negri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Perak.

Sambulingam, Haris dan pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin atau lebih popular sebagai Chegubard, akan berucap di Shah Alam, Selangor pada Sabtu ini.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu juga dijadualkan untuk berucap pada ceramah itu.

Ummi Hafilda tarik balik laporan terhadap Azwan
Ummi Hafilda Ali akan menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap abangnya, Azwan Ali yang dikatakan membuat ugutan bunuh di laman Twitternya baru-baru ini.

Ummi Hafilda berkata dia bersedia menarik balik laporan itu selepas Azwan, seorang personaliti televisyen memohon maaf semalam dan kedua-duanya berbaik semula selepas tujuh tahun tidak bertegur sapa.

"Laporan polis dibuat pada 13 Januari lepas di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail kerana ketika itu saya berasakan ancaman itu begitu berat serta serius dan tidak bertujuan menzalimi darah daging sendiri.

"Walaupun hati terlalu hancur, saya sedia memaafkan Azwan dan akan menarik balik laporan selepas dia membuat akuan sumpah tidak akan membuat ancaman dan tidak mengaibkan saya lagi selain memohon maaf secara terbuka menerusi media hari ini," katanya kepada pemberita di satu sidang media bersama Azwan di sebuah restoran di ibunegara.

Sementara itu, Azwan berkata dia bertindak mengugut adiknya itu kerana termakan hasutan mereka 'yang tidak bertanggungjawab' yang dipercayai mempunyai agenda tersembunyi.

Dia bagaimanapun enggan mendedahkan mereka terbabit hanya berkata hasutan dibuat pelbagai sudut termasuk yang datang daripada beberapa pengikut dalam akaun Twitternya.

Dalam akuan sumpahnya Azwan menyebut selepas ini dia tidak akan menghina, mengeji, mengaibkan dan melakukan serangan peribadi yang mungkin membawa fitnah terhadap adiknya itu.

Azwan turut memohon maaf atas keterlanjuran mengeluarkan kata-kata di laman Twitter yang dikatakan menghina bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, dia insaf dengan kesilapan itu, membuat akuan sumpah berjanji akan menghentikan serta-merta penggunaan ayat-ayat menghina, mengaib serta tidak lagi menyerang peribadi mana-mana individu dalam laman Twitter dan juga Facebooknya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi berkata sehingga kini laporan itu belum ditarik balik oleh Ummi.

"Jika tidak ditarik balik kita akan teruskan siasatan di bawah Seksyen 506 Akta Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan," katanya.

- Bernama

PERKASA mahu jumpa Guan Eng bincang isu Melayu
Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Pulau Pinang ingin mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng bagi membincangkan beberapa isu melibatkan orang Melayu di negeri ini.

Ketua Wira PERKASA negeri, Mohd Rizuad Azudin berkata surat berhubung perjumpaan itu akan dihantar esok dan Lim diharap memberikan keputusan untuk mengadakan pertemuan dalam masa dua minggu.

pakatan pokok sena ceramah 140112 lim guan engKatanya, PERKASA mahu bersemuka secara rasmi bagi menyelesaikan isu-isu berkaitan masalah orang Melayu di negeri ini.

"Kami ingin berjumpa dengan Lim Guan Eng setelah beberapa kali kami melakukan demonstrasi dan kami minta maklumat sampai sekarang tiada apa-apa jawapan daripada kerajaan negeri," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd Rizuad berkata antara perkara yang akan dibincangkan adalah mengenai isu perumahan mampu milik rakyat yang dijanjikan kerajaan negeri dalam pilihan raya umum lepas dan isu kedai orang Melayu yang dirobohkan tidak mendapat apa-apa pampasan daripada kerajaan negeri.

Beliau meminta kerajaan negeri memandang serius mengenai isu itu dan berharap ia dapat diselesaikan segera.

- Bernama
Najib 'restui' ancaman ke atas saya, dakwa Ambiga

Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak "merestui" ancaman yang dibuat ke atas dirinya menjelang perhimpunan awam menuntut reformasi pilihan raya pada 9 Julai tahun lalu.

Sambil menceritakan pengalaman yang "mengerikan" itu kepada siasatan awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini, Ambiga berkata keselamatan peribadi dipertaruhkan.

bersih pc on jom 100 170112 ambigaMemetik laporan portal berita The Malaysian Insider, yang melaporkan Najib menyokong Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia, sebuah organisasi kumpulan-kumpulan silat yang memberi amaran bahawa mereka akan berdepan dengan BERSIH 2.0 jika perhimpunan itu tidak dibatalkan.

"Saya percaya, jika ada musuh-musuh jahat yang mahu menyerang negara ini baik dari luar mahupun dari dalam, 'anak-anak lincah' akan bangkit melawan mereka," Najib dipetik berkata dua hari sebelum perhimpunan itu.

Pada 2 Julai tahun lalu, Ambiga berkata Najib juga melabel dirinya sebagai "ancaman kepada Islam" apabila beliau berkata: "Siapa yang tidak kenal Ambiga? Beliau adalah pengancam Islam. Dan di bawah beliau ialah Mat Sabu."

Katanya, beliau juga dituduh menyokong mermutadkan umat Islam dituduh mewakili Azlina Jailani yang memeluk agama Kristian dan mengheret kerajaan ke mahkamah kerana enggan membenarkan wanita itu menukar namanya di kad pengenalan kepada Lina Joy.

"Terdapat juga desakan supaya kewarganegaraan saya dilucutkan, serangan oleh media yang dikawal oleh kerajaan dan saya percaya bahawa semua ini direstui oleh kerajaan," kata Ambiga.

Dalam mengukuhkan keterangannya, beliau juga mengemukakan laporan berita dan keratan akhbar mengenai 'pengumuman perkhidmatan awam' oleh Radio Televisyen Malaysia yang memomokkan BERSIH.

NONESelain itu, katanya kumpulan pendesak Melayu, PERKASA telah membakar gambarnya dan secara meluas mengedarkan risalah dengan perkataan tertera 'Awas! Ambiga wanita Hindu yang berbahaya '.

Katanya lagi, presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali juga memberi amaran kepada masyarakat Cina supaya tidak menyertai perhimpunan BERSIH dan menasihatkan mereka supaya tidak keluar rumah serta menyimpan bekalan makanan.
Kuin 5: Mahasiswa protes sikap membisu PAS

Kira-kira 20 pelajar mengadakan bantahan di luar ibupejabat PAS hari ini sebagai membantah tindakan parti itu yang membisu berhubung tindakan menggantung lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kedah.

NONEMenteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak adalah pengerusi lembaga pengarah Kuin yang di bawah kerajaan negeri pimpinan PAS.

Kelima-lima pelajar itu digantung selepas berdemonstrasi di Kuin tahun lalu.

"Sehingga hari ini, tidak ada pendirian rasmi dari PAS mahupun Pakatan Rakyat. Kami tuntut supaya mereka campurtangan," kata Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS), Mohd Safwan Anang.

"Sebelum ini, kami pernah berarak ke ibupejabat Umno. Hari ini kita berhimpun di ibupejabat PAS untuk menyatakan pendirian kami menentang Akta Universiti dan Akta Kolej Universiti."

NONETurut bersetuju dengan kenyataan itu adalah Mohd Aiman Abd Razab (kiri) - seorang daripada lima pelajar yang digantung pada Jun lalu. Katanya, ini adalah mengenai prinsip.

"Kami akan terus berjuang demi menegakkan prinsip-prinsip kami (berhubung kebebasan akademik).

“Ini bukan tentang parti atau warna kulit, kita tidak mengamalkan dwi-standard. Di mana suara kita boleh diluahkan jika di bawah Pakatan kita juga cuba disenyapkan?" soal beliau.

Selain Mohd Aiman, pelajar yang dikenakan tindakan itu adalah Mohd Faiz Mohd Arshad yang digantung dua semester manakala Zukhilatif Marzukhi, Mohd Azlan Mat Zain dan Ahmad Remi Md Arof, digantung satu semester dan diberi surat amaran.

VIDEO | 5.03 minit


  • Sham Ahmad · Pengulas Tertinggi
    yg kamu bedemo dpn pejabat pas sbb tu la x d sokong...ehehe.
    cuba dpn pejabat umno baru byk yg di kerah menyokong... mcm tak tahu politik... ehehehe
    • Mohamad Mustapa · Pengulas Tertinggi · Sekolah Sri Garden
      biasa la PAS DAN PAKATAN, KALAU MEREKA BUAT, MEREKA NAK SOROK , FAHAMLAH PELAJAR SOKONG LAH BN , MAJORITI RAKYAT MALAYSIA SOKONG BN , AMBIL BALIK SEMUA NEGERI SOKONG TRANFORMASI NAJIB OK, UNDI BN ,,TAKBIR 3X
    • Tok Sagor Moden · Sarawak
      Sham tak pandai baca kot.. kan dia orang dah berdemo di ibu pejabat UMNO sebelum ni.. skrg dia orang cuba la ibu pejabat PAS, mana tahu rezeki PAS akan bertindak.. UMNO lagi dok senyap je..
    • Qimi RoZan Jess
      sham bodoh.. kan terang2 dah dibgtau dorg penah juga brarak d pjbt umno so skrg d pjbt pas... dua2 d pjbt org melayu... nape tak pegi pjbt dap ke pkr ke... bengong=bangang=begok...
    • Mohd Yusoff · Top Commenter · UPSI
      Mohamad Mustapa... kalau takdak auku majoriti pelajar lawan bn....tinggal la mu dgn wwf mu....
    • Rahman Ramli · Top Commenter · Tak sempat habis cikgu mati
      Mohamad Mustapa kau ni bangang dan lagi bodoh cuba ayati betul betul makna nya.... nak mengampu sampai jadi bodoh satu badan macam lembu...
    • Normiza Safuan · Top Commenter · USM Penang
      Mohamad Mustapa .. lembu fidlot bersuara...

      Sokong BN. Melayu rebah
    • Jin Po Buragas · University of My Own
      Mohamad Mustapa lu manyak BODO...lu apa takbir2...lu TAPIR BODO!
    • Price Patrick Sumithiran · Top Commenter · SMK Tengku Ampuan Rahimah
      ini jelas sekali PAS dan PR mesti menjawab..kenapa membisu lama2...jgn jadi hipokrit...kalau dah janji nak memberi kebebasan kepada mahasiswa, sekurang-kurangnya keluarkan kenyataan utk terangkan pendirian..
    • Naim Bassterra · Top Commenter · SMK St. Michael
      Mohamad Mustapa ......betoi kata ko sokong BN la semua negeri skg najib...negeri mana ko ckp tu mustapa bongok...kesian kat ko tu la beranak kat dlm jamban tu pasal hati busok..kui kui kui
    • Zanirun Baba · Top Commenter · 57 years old
      Mohamad Mustapa ..Ulat taik Umno SEKULAR TAKBIR..sumbang bunyi nya!!.. Hidup Melayu!Hidup Melayu!.Hidup Melayu!!..nah kan sedap bunyi nya...Roh,Jiwa Dan seluruh badan penuh Taik!! dlm badan...otak dan pemikiran ada RASUAH,SELEWENG.KHIANAT!FITNAH!SAMUN!ROGOL,BOHONG,dan banyak lagi kemungkaran..semua ada dalam UMNO!..nak takbir!..geli geman teman!..

      ABU....ASALKAN BUKAN UMNO!
    • Mizanzack Putera Iban Daud · SMK MERPATI SANDAKAN SABAH
      budak2 ni tak kuliah kah..kantoi kelak ptptn siapa nak langsaikan..
    • Narong Sadao · Top Commenter · Kampung Padang Besar, Perlis, Malaysia
      Mohamad Mustapa ..."KEJUTAN BUDAYA" macam ala-ala Islam ,penyokong umno dah mula bertakbir ,HIDUP MELAYU dah tak berapa kerat yang tinggal ...PAS lama dah...he he. ALLAHHUAKBAR!!!
    • Sam Lombardo · Top Commenter · Pondok Pesantren Walibarokah Burengan Banjaran Kediri
      Mohamad Mustapa ....buta mata buta hati...kalau umno letak kepala babi pun koo sokong...
    • Saidi Mohamad · Top Commenter
      Mohamad Mustapa mampus umno/bn allahuakbar
    • Mat Lipan · Top Commenter · Works at Pengurus penganggur
      Mizanzack Putera Iban Daud - Jgn risau kelak PR perintah putrajaya hutang PTPTN dilangsaikan....ABU
    • Abdul Muin · UKM KL
      Tok Sagor Moden , saifuddin abdullah tu kire umno gak la kan, die ade terima memo dr adam adli kan
    • Wan Yuzainal · Top Commenter · Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas
      Mohamad Mustapa boleh blah la umno
    • Mohd Hisyam Sah Nuddin · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
      ko baca full tak artikel ni....nak keluarkan statement jadi orang tak pandai..baca la full n buat kajian..ada akal allah bagi baru bg pendapat..jangan jadi pengikut membuta tuli
    • Aman Damai · Top Commenter · Malaysia
      ayat Malaysiakini'Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak adalah pengerusi lembaga pengarah Kuin yang di bawah kerajaan negeri pimpinan PAS.Mana yg terbaik kita ambik,,mungkin Dtk Seri Azizan ada benarnya.bkn semua mahasiswa betul..cuma jgn terlalu politikkan bila Umnx larang..semua pihak salahkan padahal terkena pada batang hidung sendiri..baru tau..belajar dulu.gunakan ruang yg berilmu bkn demo je..buat jem jalan je..hehhe
    • Oman Ahmad · · Top Commenter · Kota Bharu
      Qimi RoZan Jess bahalol+bengong=bahangong
  • Aliff Kazan · Pengulas Tertinggi
    jadi macam mana? tak sempat pegang federal dah buat hal. ntah2 dah kat federal esok buat akta lagi teruk dari AUKU. kalo selama ni pas selalu cabar BN untuk jawab tentang AUKU, hari ni saya cabar pas untuk jawab kes ni.
    • Chanarong Khemkaeng · Pengulas Tertinggi
      encik...hal apa? ini soal pendirian PAS aje...KUIN ni masih tertakluk di bawah AUKU, yg dikuatkuasa oleh federal govt.....cuma, mahasiswa nak tahu je apa pendirian PAS.....tehehe....
    • Suraya Idris · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
      Chanarong Khemkaeng mereka juga mahu sokongan
    • Zanirun Baba · Pengulas Tertinggi · umur 57 tahun
      wah,wah,wah,..halo DOL!..jgn samakan UMNO TAIK dgn PAS KASTURI...lain! mcm langit dgn bumi!!jgn nak nak tunjuk baiklah ULAT TAIK!!..20 mahasisiwa ni aja...tu pun belum lagu dpt jumpa MB..sabar la jumpa nanti,ni bukan MELAYU UMNO si rakus dan ZALIM,KAKI FITNAH,PAKAR SONGLAP DUIT RAKYAT!!yg ni PAS & pakatan tak pandai betul...perkara yg menjijikan tu AKU TABIK...MELAYU UMNO KUSUS NYA..memang PAKAR!.buka aja pakar MUKA TAK TAHU MALU langsunag!..nak kenal tu la UMNO TAIK!..jijik lagi menjijikan...

      ABU....ASALKAN BUKAN UMNO!
    • Asri Ahmad
      Hang ni blur la Alip.
    • Auzani Akramin Ahmad · · Top Commenter · Skudai, Johor, Malaysia
      Semua Universiti dan Kolej Universiti tertakluk bawah AUKU, AUKU ni federal ke state punya bidang kuasa?Lagipun di KUIN Ustaz Azizan tak nak ada campur tangan PAS secara langsung, nanti puak UMNO kata PAS cuba politikkan KUIN pulak, bukan macam perangai UMNO, bagi beg pun lambang UMNO, buat kat majlis UMNO dan yang bagi pimpinan UMNO..Tak tau isu jangan sembang..
    • Danial Iskandar · Top Commenter · Accountant at Dubai, UAE
      Mana budak Adli tu? Tak ikut sama ke?
      Tuan dia tk lepas agaknya...
    • Chanarong Khemkaeng · Top Commenter
      Danial Iskandar, bukankah "we are all adam adli", jd yg dtg itu juga sbnrnya adalah adam adli....he he he...(usik2 je)
    • Bun Rhot Noor · Top Commenter
      Zanirun Baba ..zainurin baba bangkai
    • Bun Rhot Noor · Top Commenter
      Danial Iskandar
      tuan dia suruh OT
    • Musang Berjanggut · Top Commenter · Selangor, Selangor, Malaysia
      Chanarong Khemkaeng - kena tipu PAS jerlah
    • Chanarong Khemkaeng · Top Commenter
      Musang Berjanggut, yeke...PAS ada tipu ke? ouch...lagi??? setakat cerita tajuk, buang masa je...ceritalah bab2 tipu tu...nak tau jugak...he he he....
    • Musang Berjanggut · Top Commenter · Selangor, Selangor, Malaysia
      Zanirun Baba - PAS berkawan dengan syiah laknatullah tu perkara paling bagus ke PAS boleh buat.... apa hukum bekerjasama dengan pembunuh Ali, pembunuh sunni dan musuh Islam no1 sekarang??? bagus sangatkah PAS ni??? hingga sanggup berkawan dengan musuh Allah untuk mendapat kuasa???? dosa rasuah lagi besar atau dosa bekerjasama dengan musuh Allah lagi besar??? jawab
    • Chanarong Khemkaeng · Top Commenter
      Musang Berjanggut, isk, apa plak masuk bab syi'ah ni abang musang....jgn lah buat statement2 nakal begini...nnti kelihatan jumud....
    • Amato San ·
      yg dorg bdemo kat pej.pas buat pe??dorg x tau ke pendirian pakatan rakyat memang menentang AUKU...sape yg luluskan akta AUKU sape???bdemo la kat kerajaan BN ade bran...entah2 UMNOBN upah diorag bdemo suruh nampakkan kepada rakyat yg pakatan rakyat x abik pot benda ni...klo ko org nak ubah bagi kepercayaan pakatan rakyat menang di federal baru ko org tau AUKU tu dihapuskan ke x..jgn nak menyalak je!! Rakyat kat luar sana da tau pe yg UMNOBN buat kat rakyat selama dia perintah???
    • Tajudin Mohamad · Top Commenter · POLITEKNIK SEBERANG PERAI
      Musang Berjanggut <----apa punya melalut la mamat ni...
    • Rohan Abd Rahman · Top Commenter · Works at Perodua
      Musang Berjanggut ,ko kalau nak cerita syiah...,bukan kat sini...tuuu,kat blog papagomo keturunan kau tu...! Bangsat betullah melayu umno ni !!
    • Izham Ishak · Top Commenter · Barber/Stylist at Self Employed (Business)
      Musang Berjanggut umno lagi sial
    • Qimi RoZan Jess
      Zanirun Baba wakakaka MB kedah dr Pas pun takut... tak reti nak jawab nak salahkn org lain... jijikkk mainan kotor bodoh.... pakatan ke kerajaan ke sama jer bila dah dpt kuasa & mntadbir... semua gila babiii...
    • Price Patrick Sumithiran · Top Commenter · SMK Tengku Ampuan Rahimah
      Ini jelas PAS dan PAKATAN RAKYAT mesti jawab..kenapa membisu lama2..jangan jadi hipokrit..
    • Salma Humaira · Top Commenter · Bachelor of beautician, KL
      Musang Berjanggut ...jaga lidah kamu..
      Daripada kata Imam al-Ghazali itu jelas menunjukkan kepada kita besarnya peranan lidah dalam kehidupan manusia kerana lidah kita boleh masuk syurga dan kerana lidah juga boleh dihumban kita ke neraka...
    • Nurshahida Koda
      Zanirun Baba ABU, Aku Benci Umno. Tuihh!
    • Naim Bassterra · Top Commenter · SMK St. Michael
      Musang Berjanggut ...aper yg merepek tu setannnnnnnnnnnnnnnnnnnn......pakai bantai je aper ko nak ckp...takde fakta...... who lets the cows out...
    • Naim Bassterra · Top Commenter · SMK St. Michael
      Qimi RoZan Jess ...saper yg gila babi...ko ke..takyah jd pencacai umno le
    • Azyez Rmp · Top Commenter · Los Angeles, California
      Qimi RoZan Jess aku betul2 minat dgn staement ko..yg celik tetap celik,yg buta memang gelap penglihatan mereka..
    • Muhammad Ismail · Top Commenter
      Musang Berjanggut - ooi bodoh mana ada syiah, syiah kepala bapak kau syiah...umngok/bn syaitan tu lebih jahat dari syiah...kalau pun kita kata syiah lebih baik dari umngok/bn syaitan tak bermana kita nih syiah bodohhhhh....
    • Nurshahida Koda
      Naim Bassterra; xlain xbukan mesti lembu shahrizat lahh Musang Berjanggut tu.
    • Qimi RoZan Jess
      Naim Bassterra ko tu la pencacai babi... aku neutral bkan nak brpihak sape2 pun...bodoh... tak reti baca ker... bangang engko nie.. len kali blajar la dlu mbaca baru la nak jata org..bongok.. nak sgt brpolitik tp gila & taksub sgt...
    • Zanirun Baba · Top Commenter · 57 years old
      Bun Rhot Noor ...oops pandai pulak marah..jgn emosi la ULAT TAIK!..kalau nak berhujah biar berilmu..tak la nampak BODOH SANGAT!...nah kau bawak QIMI RoZAN..DAN MASUK BALEK DLM tong taik!!..hanya di situ tempat yg paling sesui utk kau org!!

      ABU...ASALKAN BUKAN UMNO!
    • Qimi RoZan Jess
      Zanirun Baba wkakakaka.... tempat ko tu dlm lubang tandas taik & loji najis babi..wakakaka makan ko tu taik2 haram tu bodoh...
    • Noriman Saari · Top Commenter
      Musang Berjanggut , umno berkawan dgn upco...firma yahudi...dah lupa ke buat2 lupa...musang selalu lupa...
    • Naim Bassterra · Top Commenter · SMK St. Michael
      Qimi RoZan Jess .....bole neutral tp rupe nya tak ...sah la nak tipu kalo dah pencacai tu ngaku je la...takyah nak selindung...anjinggggg belaan umno
    • Arman Junaidi Morsheed · CEO at AJSESS M & E ENGINEERING
      saudara..baca n fahami dulu statment di atas,KUIN di bawah akta AUKU,akta ni di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan,mana-mana universitipun di negara ni waima di negeri yang ditadbir oleh PR,tetap di bawah akta AUKU juga,walaupun pengerusinya di jawat oleh ahli politik BN ataupun PR tetap terikat dengan akta tersebut..selama ni yang saya nampak cuma di pihak persatuan-persatuan mahasiswa,NGO dan PR je yang lantang bersuara mempertikai n membantah AUKU,sedihnya di pihak BN 'senyap' terus..BEBAS nk PAS negeri menyatakan pendirian berhubung pengantungan 5 pelajar KUIN,tu je..ade fahammmm...
    • Wan Yuzainal · Top Commenter · Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas
      Zanirun Baba cntik ABU
    • Aman Damai · Top Commenter · Malaysia
      kata2 Datuk Azizan sblm nie..Insaniah bukan hak PAS, Presiden PAS bukan ada locus standi dalam bab ni. Insaniah hak kerajaan negeri," katanya dipetik Harakahdaily.jadi mungkin pelajar yg buar demo igt datuk Azizan tak tegas kot.kat IPTA lain je lembut sangat..padahal mana yg ada skr..ikut dulu peraturan..kesimpulanya..AUKU ada betulnya..cuma mana yg tak betul perlu diperbaiki/disemak..bukan ada je kes2 tertentu pelajar.selalu salahkan Umnx sahaja.mcm takut sgt pada umnx berbanding kompenen BN lain..macam2..yg penting bincang elok2 sebab semuanya di selesaikan dalam urusan k.negeri kedah je..hehe
    • Arifin Masran · Top Commenter · Universiti Putra Malaysia
      Aliff Kazan, cuba bagi pada PAS sekali dalam PRU13, kita lihat siapa yang lebih baik... Kalau teruk kami pun tak nak.... Sekarang ini kita jangan bodoh tahap buta hati bila tidak diberi peluang.... jangan kita menghina minda yang dianugerah ALLAH swt kepada kita
Jingga 13 desak Hasan Ali mohon maaf pada Anwar
NGO mesra Pakatan Rakyat, Jingga 13, mempersoalkan rasional kenyataan Datuk Hassan Ali yang didakwanya cenderung untuk memfitnah dan mengaibkan peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mengaitkan ketua pembangkang itu dengan amalan homoseksualiti.

NONE"Apakah Dr Hassan diperalatkan oleh musuh politik Datuk Seri Anwar untuk menjatuhkan imej beliau. Kenyataan Dr Hassan ternyata memang kosong dan tidak mempunyai fakta untuk menyokong pernyataan itu," kata setiuasaha Jingga 13, Saifuddin Shafi Muhammad (kiri).

Jingga 13 mengecam kenyataan Hassan baru-baru ini yang didakwanya berusaha mengaitkan Anwar sebagai menghalalkan pelakuan homoseksualiti sepertimana laporan media, yang menurut NGO itu, disadur secara tidak bertanggungjawab dari wawancara Anwar dengan British Broadcasting Corporation (BBC).

Sehubungan itu, Jingga 13 mendesak Hassan memohon maaf secara terbuka kepada Anwar "demi sekelumit maruah dan penghormatan kepadanya yang masih bersisa".

Menurut Saifuddin lagi, kekecewaan Umno dan BN berikutan pembebasan Datuk Seri Anwar daripada pertuduhan liwat, nyata tidak dapat diselindungkan apabila media pro-kerajaan didakwanya memutarbelit fakta sebenar sedangkan secara nyata rakaman wawancara itu tidak disiarkan sepenuhnya.

Namun, katanya, apa yang lebih memualkan adalah reaksi segera Hassan yang didakwanya tanpa usul periksa sebelum mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.

NONESehubungan itu, Jingga 13 menyeru agar rakyat tidak terpengaruh dengan apa yang didakwa NGO itu sebagai fitnah media pro-kerajaan dan Hassan untuk meruntuhkan moral Anwar.

Saifuddin mendakwa ia merupakan cubaan terdesak dan tidak beretika kerana menurutnya sokongan dan pendirian rakyat teguh menolak politik fitnah yang semakin menjadi-jadi.

Beliau berkata, fitnah terbaru itu akan berterusan ekoran apa yang didakwanya sebagai kegagalan kerajaan untuk fokus kepada permasalahan utama dan "menjadikan isu liwat serta homoseksual ini sebagai talian hayat untuk meraih sokongan rakyat yang semakin mengecil".

Tiada ulasan: