Gosip Rosmah di tangan wartawan gay
Sebilangan
orang meremehkan ruangan gosip di akhbar Australia yang mendedahkan
babak awal percutian perdana menteri dan isterinya Rosmah Mansor.
Apatah lagi wartawan yang mengulas perbelanjaan A$100,000 (RM325,000) itu seorang gay -- istilah yang dicemuh di negara ini.
Jika seseorang itu pro-kerajaan dan simpati pada Rosmah, dua fakta ini sudah cukup melucutkan kewibawaan maklumat yang disampaikan di harian Sydney Morning Herald minggu lepas.
Mungkin mereka sendiri sudah terlupa atau tidak menyedari bahawa dakwaan liwat Anwar Ibrahim sendiri bermula dari keratan kecil kolum gosip sebuah majalah hiburan popular pada 1997.
Pemimpin majalah itu pula, walaupun bawah payung kumpulan media yang akrab dengan Umno, seorang yang mempunyai orientasi seks tertentu (jika gay tidak sesuai).
Beberapa bulan sebelum buku 50 Dalil muncul pada awal 1998, keratan kecil ini cukup menjadi bahan wartawan memburu berita dengan cuba mengesahkan dakwaan itu daripada mulut perdana menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad sendiri.
Lihatlah bagaimana keratan kecil gosip itu berkembang menjadi episod politik yang maha dahsyat dan kes mahkamah yang maha gempar kemudiannya.
Perbandingan ini tidaklah membawa maksud gosip lebih benar daripada buku; atau kes mahkamah Anwar kemudiannya lebih palsu daripada dakwaan Dr Mahathir.
Ia hanya menjelaskan satu unjuran peristiwa bahawa gosip di media -- walau dianggap remeh dan layak dipedulikan oleh orang yang rendah akalnya -- boleh mendatangkan malapetaka politik suatu hari nanti.
Setidak-tidaknya malapetaka kepada Anwar dan penyokongnya -- termasuk pemimpin kumpulan media yang menerbitkan keratan kecil gosip tersebut!
(ii)
Ruangan 'Private Sydney' kelolaan Andrew Hornery bukan sahaja membongkar beberapa babak awal tabiat berbelanja Rosmah, ia juga menceritakan ke mana pergi suaminya Najib Abdul Razak dan gelagatnya sewaktu bercuti di kota besar itu.
Dengan dukungan maklumat blog Frockwriter, yang menjadi sandaran Hornery, peminat politik dapat mengintai di sebalik tabir kehidupan santai pasangan pertama negara ini.
Episod ini belum dibahaskan media secukupnya.
Fokus utama setakat ini -- termasuk penjelasan pereka fesyen Carl Kapp -- malah mendedahkan lagi sisi-sisi Rosmah yang sedia dicurigai ramai.
Reaksi Najib terhadap Kapp dan pereka fesyen Itali kegemaran ahli parlimen Pekan sewaktu berbual di penthouse semahal A$20,000 (RM65,100) semalam belum dibicarakan.
Media sendiri, termasuk Malaysiakini, setakat ini gagal mengesahkan daripada tuan punya badan. Apakah wajar seorang perdana menteri mendapat kemudahan seperti itu dan berapa kerap perbelanjaan dikeluarkan untuk kemudahan seumpamanya?
Jika media gagal mendapatkannya sekarang, mungkin tiba giliran ahli-ahli Dewan Rakyat membangkitkannya dalam persidangan Mac depan.
Kalau gagal juga di Dewan Rakyat, nampaknya hanya si isteri yang bakal menanggung cemuhan sedangkan sang suami yang memegang jawatan awam tertinggi ghaib daripada radar muhasabah rakyat.
Tidakkah ia berat sebelah dan ganjil?
(iii)
Rosmah, sebagai pendamping perdana menteri, sengaja mencari status selebriti.
Sebagai wanita pertama, status itu sepatutnya datang secara alami; bukan direkayasa melalui penampilan berlebihan di media arus perdana.
Namun Rosmah ingin menonjol sebagai ikon besar wanita; bukan sekadar selebriti biasa.
Kadang-kadang imej Rosmah jauh ke depan daripada ketua Wanita BN sendiri, jawatan kanan dalam kerajaan dan parti, sehingga Shahrizat Abdul Jalil kelihatan sekadar bayang-bayang isteri Najib.
Mujurlah muncul isu National Feedlot Corporation (NFC) dan keriuhan projek lembunya di Gemas -- dapatlah menteri berkenaan mencuri perhatian rakyat.
Di awal penonjolannya, Rosmah tidak menyedari ia telah meresahkan media apabila hampir setiap hari akhbar dan TV terpaksa memberitakan kegiatan, foto atau kenyataannya.
Remeh-temeh melayan karenah Rosmah dalam usahanya mendapatkan liputan di media sudah menjadi gosip tidak bertulis di kalangan barisan wartawan arus perdana sejak 2009, awal-awal Najib memegang tampuk kepemimpinan negara.
Penonjolan itu juga sekali gus membangkitkan rasa ingin tahu luar biasa pengguna media, yang juga pengundi dan rakyat negara ini.
Dan akibatnya -- seperti lumrah nasib semua manusia yang berkuasa, terkenal dan elitis -- ikon ini menjadi sasaran intipan dan umpatan ramai, termasuk ahli politik dan media.
Semakin besar penonjolannya, semakin ghairah pula rakyat bawahan ingin menyelak misteri kekuasaan, keelitan dan pengaruh Rosmah. Ibarat selebriti Barat dengan paparazzinya!
Jadi media, sebagai saluran popular komunikasi antara elit dan rakyat bawahan, tidak mempunyai banyak pilihan kecuali memburu dan terus memburu ikon besar itu.
Sehingga? Sehingga ia lenyap daripada radar awam dan ikon atau selebriti baru pula muncul.
Fathi Aris Omar bertugas sebagai ketua pengarang di Malaysiakini.

Resepi 'oomph & wow' BN Kelantan
Pengerusi
Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed menggariskan
beberapa faktor termasuk menurunkan calon yang "ada oomph dan faktor
wow" yang akan menjadi penentu bagi Umno dan BN untuk kembali berkuasa
di Kelantan pada pilihan raya umum ke-13 nanti.
Beliau berkata Umno dan BN Kelantan mesti kuat untuk memasuki "medan pertarungan" dan menjuarai pertandingan akan dijangka sengit kali ini.
"Alhamdulillah pemimpin kita (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak kuat diterima rakyat begitu juga timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, tetapi itu tidak cukup kalau Umno dan BN Kelantan tidak kuat, jadi semua kena kuat, barulah rakyat terima kita," katanya dalam temuramah khas dengan Bernama di Kota Baharu.
Mustapa, yang juga Anggota Parlimen Jeli dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata faktor calon adalah perkara yang amat penting yang akan menjadi penentu sama ada BN mampu menumbangkan Pas yang sudah 22 tahun menerajui Kerajaan Kelantan.
Pada pilihan raya umum yang lepas pada 2008, PAS memenangi 38 kerusi Dewan Undangan Negeri, BN enam dan PKR satu. Bagi kerusi Parlimen pula, PAS memenangi sembilan, PKR tiga dan BN dua.
Mustapa berkata walaupun belum dimuktamadkan, Umno Kelantan sudah mempunyai senarai "winnable candidate" atau calon boleh menang, untuk bertanding pada pilihan raya ke-13 nanti.
"Pada masa lalu mungkin ada kesilapan di beberapa tempat. Secara umumnya calon kita bagus tetapi ada beberapa tempat yang mungkin kurang sesuai, sebab itu kita kalah di tempat berkenaan," katanya.
Mustapa berkata pada kali ini, Umno perlu lebih berhati-hati dalam membuat keputusan iaitu hanya calon paling "winnable" dicalonkan bagi sesuatu kerusi pilihan raya.
"Konsep winnable candidate ini bukan sahaja calon itu popular dalam Umno tetapi diterima dengan baik oleh semua pihak. Kalau hanya popular dalam Umno, kita kalah...wajib. Tak boleh masuk pilihan raya, hari pertama sudah kalah walaupun anggota Umno ramai tetapi mereka tidak cukup untuk memenangkan calon kita.
"Winnable candidate ini bukan hanya popular dalam parti tetapi mesti juga popular dengan rakyat, badan bukan kerajaan, pegawai kerajaan, polis, tentera, veteran dan lain-lain. Winnable candidate ini hendaklah dapat menarik minat, ada 'ooomph', ada faktor 'wow', yang boleh menarik minat. Bukan saja orang Umno tetapi semua golongan pengundi, termasuk pengundi atas pagar," katanya.
Mustapa berkata, untuk memenangi pilihan raya umum ini, Umno Kelantan tidak ada pilihan melainkan menampilkan calon yang terbaik.
Oleh itu, anggota dan semua pemimpin Umno Kelantan mesti menerima apabila pucuk pimpinan parti membuat keputusan muktamad calon yang akan diturunkan pada pilihan raya ke-13 dan jangan ada sesiapa pun yang mensabotaj parti atau mengamalkan "cah keting atau menikam dari belakang" kerana ia akan menguntungkan lawan, katanya.
Mereka yang bercita-cita untuk dipilih sebagai calon mesti menilai kemampuan diri sendiri dan tidak cuba menonjolkan diri yang akhirnya akan memerangkap mereka dalam kekecewaan, kata Mustapa.
"Biasanya orang yang tonjolkan diri akan ditolak. Pada zaman Rasulullah, orang yang tonjol diri ini awal-awal lagi tidak dipertimbangkan, pada zaman Khulafa Ar-Rasyidin, biasanya kalau seseorang itu kata dia paling layak, dialah mungkin tidak layak," katanya.
Beliau berkata Umno menyedari dalam sesuatu kawasan pilihan raya terdapat beberapa calon yang dianggap "winnable candidate" dan walaupun wujud kesukaran dalam membuat pilihan, kesepakatan dan taat kepada pemimpin akan menjadikan pemilihan itu mudah.
"Kita tahu ramai yang layak, ramai yang winnable, mungkin dalam satu kawasan ada tiga orang yang semuanya winnable candidate, jadi dalam konteks itu kita pilih yang terbaik di kalangan winnable candidate.
"Misalnya dalam satu kawasan DUN ada dua calon winnable, dalam kawasan Parlimen pula ada tiga hingga empat calon winnable, maka kita nak pilih yang paling winnable di kalangan winnable itu.
"Jika ada tiga calon winnable, kita pilih yang paling winnable, yang dua lagi itu hendaklah bersabar, menerima realiti bahawa kita boleh pilih seorang sahaja dan yang dipilih itu adalah yang terbaik, bukan maknanya yang tidak terpilih itu tidak baik, dia baik juga, dia winnable juga tetapi kita nak yang
paling winnable.
"Maka yang dua yang tidak terpilih itu jangan nyitok (melenting), jangan sabotaj, itu yang penting. Harus ada kesabaran dan disiplin kerana dalam perjuangan ini kita nak menang, kalau dengan tindakan kita memberontak atau sabotaj ia boleh melemahkan parti maka tidak guna perjuangan kita untuk merampas Kelantan daripada Pas," kata Mustapa.
Sejarah merakamkan kekalahan Umno dan BN di Kelantan sejak 1990 bukan kerana Pas kuat tetapi Umno lemah akibat "cah keting" sesama sendiri kerana tidak dipilih sebagai calon atau tidak memperoleh jawatan yang diidamkan dalam bahagian sehinggakan terdapat jentera pilihan raya memboikot kempen pilihan raya.
Mustapa berkata untuk menang dalam pilihan raya umum ke-13, semua pemimpin Umno bahagian dan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri serta veteran Umno perlu berganding bahu bekerja dalam satu pasukan dengan satu matlamat untuk merampas kembali kerajaan negeri Kelantan daripada Pas.
Beliau berkata "gelombang merah", satu gerakan yang diwujudkan tahun lepas, semakin menyemarakkan semangat perpaduan dan kerja berpasukan dalam kalangan anggota dan pemimpin parti.
"Gerakan 'gelombang merah' ini telah berjaya untuk menyatukan kita di bawah satu panji untuk kita lebih komited menjalankan tugas memastikan kemenangan Barisan Nasional," katanya.
Mustapa berkata pemimpin Umno di semua peringkat perlu sentiasa turun padang menemui rakyat bukan sekadar apabila adanya program anjuran kerajaan atau parti, kerana dengan cara itu masalah rakyat boleh dikenal pasti, difahami dan diselesaikan dengan berkesan.
Semua pemimpin bahagian dan tiga sayap Umno tersebut tidak boleh lagi mengharapkan gerak kerja dilakukan pemimpin peringkat negeri sebaliknya mereka mesti bersama-sama menjelajah ke seluruh pelusuk negeri melaksanakan program parti dan dengan inisiatif sendiri melakukan "sentuhan peribadi" agar segenap lapisan rakyat merasai pemimpin Umno sentiasa dekat di hati mereka, katanya.
Mereka perlu menemui seberapa banyak kumpulan masyarakat termasuk badan bukan kerajaan, penjawat awam, pesara kerajaan, petani, nelayan, peniaga dan golongan muda, supaya kumpulan tersebut menghargai bahawa pemimpin Umno sentiasa prihatin untuk membela nasib mereka, kata Mustapa.
"Kita berasa bangga 'Jalinan Rakyat', satu jentera di bawah Wanita Umno telah bergerak di setiap bahagian, mereka menziarah kampung-kampung dan saya nak maklumkan jentera yang paling kemas ialah Jalinan Rakyat iaitu seorang ahli jaga 10 keluarga di mana mereka mengenali keluarga tersebut, jika ada apa apa masalah mereka tahu, ada bantuan, merekalah yang menyalurkannya," katanya.
Mustapa berkata perkara lain yang mesti diberi keutamaan ialah jentera penerangan di semua peringkat perlu sentiasa aktif agar rakyat memperoleh maklumat yang tepat mengenai dasar-dasar kerajaan.
"Menyerang adalah amat penting, mana-mana peperangan, kita kena serang, kita sudah menyerang. Penerangan itu mustahak, kalau rakyat tidak mendapat penerangan, kita tidak boleh persalahkan mereka kalau mereka punyai pandangan serong terhadap kita," katanya yang mahukan aktiviti penerangan diperhebatkan secara berterusan ke seluruh negeri.
Mustapa berkata sekiranya rakyat tidak mendapat penjelasan terhadap sesuatu isu, sudah pasti mereka akan terpengaruh dengan fitnah yang disebarkan oleh pembangkang dan ia akan menghakis pengaruh dan kepercayaan rakyat terhadap Umno.
"Dua puluh dua tahun adalah tempoh terlalu lama bagi sesebuah negeri di bawah pemerintahan pembangkang. Saya yakin dengan kerja kuat kita semua, kita semua bersatu hati, tiada perpecahan, taat pada pucuk pimpinan, BN akan kembali memerintah Kelantan pada pilihan raya kali ini," katanya.
- Bernama

Anwar gesa Hadi terus tanding p'raya
Tidak
mudah untuk Pakatan Rakyat melepaskan Presiden PAS Datuk Seri Abdul
Hadi Awang daripada tidak bertanding dalam pilihan raya umum akan
datang.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Abdul Hadi memainkan peranan penting dalam gabungan pembangkang yang membantunya mencapai kejaan seperti sekarang.
Anwar berkata, beliau akan bertemu dengan Abdul Hadi bagi menggesa veteran PAS itu terus bertanding dalam pilihan raya umum akan datang dalam masa segera.
Sokongan Abdul Hadi, menurut Anwar lagi, diperlukan sama seperti Pakatan memerlukan sumbangan penasihat DAP Lim Kit Siang.
Dalam pilihan raya umum lalu, PKR, DAP dan PAS berjaya menawan lima negeri daripada BN, walaupun kehilangan Perak tidak lama kemudian apabila wakil rakyatnya melompat parti.
Dalam wawancara ekslusif yang disiarkan Sinar Harian semalam, Abdul Hadi menawarkan berundur berdasarkan khidmatnya yang disifatkan sudah terlalu lama menyandang jawatan sebagai yang berhormat.
'Anak saya biar dulu'
Berikut transkrip temubual Sinar Harian yang dipetik Harakahdaily daripada video yang dipaparkan di Facebook Abdul Hadi:
Wartawan: Jadi Datuk Seri akan tanding semulalah?
Abdul Hadi: Saya terpulang kepada parti sama ada atas mahupun bawah. Memang saya terlalu lama jadi wakil rakyat. Saya hitung-hitung kalau Dun, sudah 30 tahun lebih.
30 tahun Dun, sejak 82. Parlimen sudah belas-belas tahun. Sudah lama. Dan sebab itu, saya memberi tawaran - yang pertama, sama ada saya tak bertanding semua, saya boleh bergerak ke seluruh negara.
Yang kedua, bertanding satu sahaja. Hah itu. Itu harapan saya kepada tu lah...
Bertanding parlimen atau DUN?Itu terpulang kepada parti menilai.
Adakah harapan Datuk Seri itu untuk memberi laluan kepada pemuda atau anak?Anak saya biar dulu. Biar dia jadi petugas parti.
Sementara itu, jawatankuasa pusat PAS dijadual membincangkan hasrat Abdul Hadi itu dalam mesyuarat bulanannya pada 12 Februari depan.
"Berdasarkan keadaan kesihatan dan kemampuan beliau, kami merasakan suara Abdul Hadi perlu didengar di Parlimen, salah satu (kerusi untuk ditandingi) akan ditimbang," beliau dipetik sebagai berkata.

Kenapa Melayu tak lagi takutkan DAP
Isu
penyertaan beberapa orang Melayu ke dalam DAP baru-baru ini sedang
hangat dibicarakan, terutama sekali di kalangan pemimpin-pemimpin Umno
yang seolah-olah teruja dengan perkara yang sebenarnya tidaklah luar
biasa sangat.
Yang terbaru, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri telah menyindir bahawa DAP tidak pernah membela kepentingan orang Melayu, manakala ketua Puteri Umno pula menuduh kerajaan negeri Pulau Pinang menganaktirikan masyarakat Melayu di sana.
Tuduhan pemimpin-pemimpin Umno ini jelas palsu kerana sejarah jelas membuktikan bahawa DAP adalah parti yang membela sesiapa sahaja yang ditindas, tanpa mengira warna kulit atau agama.
Lebih sedekad lalu setiausaha agung DAP yang kini merangkap ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak teragak-agak untuk membela seorang anak gadis Melayu yang tercabul, sehingga beliau sendiri terpaksa meringkuk dalam penjara akibat dimangsakan oleh undang-undang yang berat sebelah.
Mungkin pemimpin-pemimpin Umno, terutamanya yang bertaraf Puteri atau Putera, malah Pemuda, tidak tahu atau tidak mengingati akan insiden ini. Atau pun pemimpin-pemimpin Umno sengaja tidak mahu ingat kerana yang terlibat itu adalah seorang pemimpin daripada kalangan parti mereka.
Di Pulau Pinang pula, kerajaan negeri Pakatan Rakyat pimpinan Lim Guan Eng giat melaksanakan program-program kebajikan sosial yang disasarkan kepada pelbagai golongan seperti warga emas, ibu tunggal, orang kelainan upaya, keluarga-keluarga muda serta pelajar-pelajar sekolah dan universiti adalah contoh-contoh dasar yang membantu golongan masyarakat yang paling memerlukannya.
Dasar yang dilaksanakan ini jelas tidak bersifat perkauman. Namun, rata-rata golongan yang paling banyak menerima bantuan adalah masyarakat Melayu yang selama ini dipinggirkan dan disia-siakan oleh Kerajaan Umno yang kononnya memperjuangkan kepentingan mereka.
Bagi hal-ehwal agama Islam pula, kerajaan Umno-BN hanya memperuntukkan RM12 juta setahun. Di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat, jumlah ini telah dinaikkan setiap tahun sehingga peruntukan untuk tahun 2012 sudah pun mencecah RM64 juta, iaitu lima kali ganda lebih.
Peruntukan besar ini merangkumi usaha-usaha untuk, antara lainnya, pembesaran tapak perkuburan Islam, pembangunan sekolah agama rakyat, elaun-elaun untuk pegawai masjid, guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa), para huffaz serta progam-program sambutan kebesaran Islam (yang mengikut fitnah Umno tidak disambut sama sekali di Pulau Pinang). Tidakkah ini membantu masyarakat Islam yang rata-ratanya orang Melayu?
Tambahan pula, sistem tender terbuka yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri telah menampakkan kejayaan kontraktor-kontraktor Melayu yang selama empat tahun sejak perlangsungannya telah memenangi lebih 70 peratus daripada semua tender kerajaan Negeri. Lebih penting sekali, mereka telah berjaya secara sah dan tanpa bantuan atau pengaruh politik.
Dalam erti kata lain, bukan sahaja usahawan-usahawan Melayu telah berjaya dalam suasana persaingan, mereka juga dimartabatkan kerana berjaya atas daya usaha mereka sendiri.
Sekiranya pemimpin-pemimpin Umno merasa bahawa warga Melayu di Pulau Pinang berada dalam keadaan tertindas dan tidak maju, bukankah itu salah kerajaan BN yang telah memerintah selama lebih 50 tahun di Pulau Pinang?
Umno sudah tidak layak untuk membela nasib orang Melayu. Ini kerana mereka hanya tahu satu jalan penyelesaian, iaitu dalam bentuk skim cepat kaya yakni Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) dengan syarikat-syarikat penjana tenaga elektrik bebas (IPP), konsesi-konsesi berat sebelah dengan syarikat-syarikat pengendali tol lebuh raya, skandal RM250 juta National Feedlot Corporation yang melibatkan keluarga seorang menteri dan juga penyenaraian Felda Global Ventures yang bakal menguntungkan segelintir kroni elit.
Kerajaan tidak pernah menganaktirikan sesiapa pun. Yang melemahkan orang Melayu adalah pucuk pimpinan Umno yang mahu mengekalkan kuasa melalui kebergantungan orang Melayu kepada Umno. Dalam erti kata lain, kuasa Umno adalah kemudaratan orang Melayu.
Kerana itu, tidak hairanlah kenapa orang Melayu yang makin celik dan sedar akan kemungkaran Umno dan sekutu-sekutunya tidak akan takut lagi untuk memilih DAP yang mengutamakan rakyat Malaysia dan menawarkan siasah baru yang berteraskan demokrasi, hak asasi dan peluang saksama.
Penulis bertugas sebagai setiausaha politik kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan