Khamis, 26 Januari 2012

BILA YANG SALAH CUBA DITUTUP...ORANG YANG CUBA MEMPERBAIKI KEADAAN AGAR ADIL@TELUS DIHALANG@GANGGU...ADAKAH KITA INGIN KETIDAK ADILAN INI TERUS BERLAKU...

6 remaja ditahan bantu siasat gangguan majlis ABU
Polis menahan enam orang remaja untuk membantu siasatan berhubung kejadian gangguan terhadap majlis ceramah pergerakan Asalkan Bukan Umno (ABU) di Jalan Kebun, Shah Alam, Sabtu lalu.

abu ceramah disturbed 220112 05Mereka termasuk seorang pelajar tingkatan empat, seorang pelajar tingkatan lima dan pelajar orang yang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Manakala yang lainnya menganggur.

Tiga daripada mereka ditahan pada 24 Januari lalu, manakala tiga lagi ditahan awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob memberitahu satu sidang akhbar bahawa mereka berusia antara 16 hingga 19 tahun.

NONEMenurut ACP Zahedi (kiri), mereka ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 148,
Kanun Keseksaan. Seksyen berkenaan berkaitan kesalahan rusuhan.

Katanya, kesemua mereka - semuanya penduduk tempatan di situ - telah dibebaskan dengan ikat jamin polis pagi ini.

"Kita tidak reman mereka, tetapi kita mengambil keterangan mereka," katanya.

Polis juga, katanya, sedang mengesan beberapa orang lagi individu untuk membantu siasatan kes tersebut.
 "Masih lagi (dalam siasatan). Belum sudah lagi (siasatan). Kita mencari individu yang dikenalpasti, mengenai rakaman termasuk video yang disumbangkan oleh Encik Kumaran dalam Youtube Malaysiakini.

abu ceramah disturbed 220112 04"Jadi kita mencari pesonaliti kedua-dua pihak," tegasnya dalam sidang yang turut dihadiri dua lagi pegawai atasan polis daerah tersebut.

Dalam kejadian pada 21 Januari lalu, ceramah ABU di Dewan Orang Ramai Majlis Bandaraya Shah Alam di Jalan Kebun itu, terpaksa ditunda selepas diganggu sekumpulan lelaki yang dilapor bersenjatakan kayu dan topi keledar.

Akibat serangan tersebut, seorang lelaki berusia 33 tahun mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital. Mangsa kini dilaporkan stabil dan masih trauma dengan kejadian tersebut.

Dalam sidang media itu juga, Zahedi berkata seramai 30 lelaki bermotosikal yang mengetahui ceramah tersebut melalui kain rentang yang dipasang, telah menghala ke dewan itu untuk menghalang perjumpaan atau ceramah berkenaan.

NONEKemudian, katanya, berlakunya perbalahan, termasuk kata-kata
kesat dan menyinggung kedua-dua pihak, sehingga berlakunya kekecohan sehingga menyebabkan ada yang mengalami kecederaan.

"Polis dimaklumkan mengenai perkara itu selepas kekecohan berlaku dan dapat mententeram (keadaan) sesudah tiba dilokasi," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Zahedi berkata, setakat ini pihaknya menerima enam laporan polis berhubung insiden berkenaan dan tindakan telah diambil terhadap laporan tersebut.

"Kita akan mengambil tindakan jika berlakunya kesalahan. Negara kita demokratik dan berpelembagaan, maka dalam konteks ini setiap orang sama mengikut undang-undang.

"Kita laksanakan tugas kita dengan adil dan saksama dan berpegang teguh dengan undang-undang di negara ini," katanya.
Ganggu majlis ABU, polis nafi dakwaan bersubahat
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Zahedi Ayob menafikan dakwaan bahawa polis terlibat atau bersubahat dengan pihak tertentu dalam kekecohan yang berlaku dalam ceramah di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam di Jalan Kebun, Sabtu lalu.

NONESebaliknya, kata beliau, ACP Zahedi (kiri) berkata, pihak polis hanya mengetahui tentang kekecohan yang berlaku di situ sesudahnya ianya berlaku dan bukan sebelumnya.

Bercakap dalam sidang medianya di ibu pejabat polis daerah (IPD) Shah Alam, beliau juga berkata, pihak penganjur tidak memohon permit bagi mengadakan majlis tersebut.

"Mereka langsung tidak memaklumkan (kepada kita). Maka kita tidak
membuat persiapan sehingga dimaklumkan kekecohan telah berlaku.

"Bila berlaku, kata kita tidak jaga keselamatan... Itu tidak adil," katanya sambil menambah bahawa tidak berlaku kerosakan harta benda awam di dewan tersebut.

NONESehubungan itu, Zahedi memberi saranan kepada bakal penganjur supaya memaklumkan kepada polis berhubung majlis yang mereka akan adakan pada masa depan.

"Pelajaran yang kita perolehi ialah mesyuarat atau perjumpaan, maklumkan kepada polis supaya kami boleh menjaga keselamatan dan menjaga keamanan. Itu sahaja.

"Di samping itu, pihak penganjur perlu sedar dan prihatin kepada sensitiviti penduduk tempatan, tempat yang mereka hendak anjurkan (ceramah)," tambahnya sambil menambah laporan yang mengatakan terdapat gerai dirosakkan adalah tidak betul.

Semalam, Pergerakan Asalkan Bukan Umno (ABU) dilapor mengesyaki terdapat anggota polis bersekongkol dengan pihak yang didakwa mengganggu ceramah mereka di Shah Alam Sabtu lalu.

Ditanya mengenai sensitiviti yang dimaksudkan sehingga menyebabkan kekecohan berlaku, Zahedi berkata ia masih dalam siasatan polis dan enggan mengulas panjang.

Bagaimanapun, beliau mengesyaki penduduk tempatan "tidak berpuashati" dengan kain rentang ceramah berkenaan yang tertulis "Tamatkan Rejim Umno/BN".

"Ini yang menimbulkan kemarahan orang tempatan," katanya sambil menunjukkan salinan gambar kain rentang tersebut kepada pemberita.

Malah, tambahnya, Akta Perhimpunan Aman yang baru diluluskan, juga menyentuh tentang sensitiviti setempat.

Menjawab soalan, Zahedi berkata, tidak ada senjata tajam ditemui dalam insiden tersebut.

"Tetapi yang kita nampak dalam video itu, kayu bekas bendera, yang dipasang di sekeliling dewan tersebut.

"Apa tujuan kayu itu berada dalam dewan, Allahua'lam," katanya sambil merujuk kepada rakaman video dalam Youtube.

Dalam perkembangan berkaitan, Zahedi juga sedang menunggu laporan perubatan berhubung kecederaan yang dialami oleh seorang lelaki yang berumur 27 tahun.

"Kita menunggu laporan perubatan lelaki yang dikatakan cedera. Kami bersungguh untuk menemuramahnya jika situasi mengizinkan. Kalau keadaan, doktor kata, tak ada apa-apa, boleh temuramah, kami akan temuramah.

"Dan kami ingin mengetahui bagaimana dia mendapat kecederaan, dan mengapa dia, dan tidak orang lain. Itu adalah isu pokok yang kita nak tanya," katanya sambil menyatakan setahu mereka, lelaki itu cedera di bahagian bahu dan merah di bahagian mata.

Zahedi enggan mendedahkan nama lelaki berkenaan, tetapi berkata pemuda itu adalah seorang pemandu lori dan merupakan orang luar yang tinggal di seksyen 25, Shah Alam.
Sha'ani tegur polis berhubung kenyataan 'bodoh'
Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Mohd Sha'ani Abdullah naik angin hari ini berhubung apa yang disifatkan sebagai "kebodohan" dan ketidakmatangan pegawai kanan polis dan kenyataan mereka mengenai gangguan di ceramah anti-BN, di Klang baru-baru ini.

Sebagai pegawai kanan, katanya, standard mereka adalah jauh lebih tinggi dan mereka mesti tahu fakta dan tahu tanggungjawab mereka.

Bercakap kepada pemberita di ibupejabat Suruhanjaya Hak Asasi
Manusia Malaysia (Suhakam) di ibunegara hari ini, Mohd Sha'ani berkata beliau tidak boleh menerima kenyataan mereka.

NONESebaliknya, kata beliau, mereka perlu berusaha supaya dihormati dan tidak hanya menunjukkan bahawa mereka adalah 'bos'.

Mohd Sha'ani (kanan) bagaimanapun menjelaskan bahawa ini adalah pandangan peribadi beliau, walaupun beliau akan membentangkannya kepada Suhakam.

Beliau berkata, pihak polis adalah mewakili semua anggota masyarakat, dan bukan hanya majoriti.

Beliau membidas polis kerana didakwanya seolah-olah membuat alasan menyebelahi pihak orang yang bertindak ganas, untuk mereka berbuat sesuka hati, sehingga menjejaskan hak asasi manusia mereka yang menjadi mangsa serangan.

Katanya, institusi unggul di Malaysia itu tidak memahami prinsip-prinsip hak asasi manusia, sambil menyifatkan sebarang kompromi terhadap hak asasi manusia untuk "tujuan keselamatan sebagai satu penyalahgunaan kuasa".

NONEBeliau menegaskan bahawa polis sepatutnya menjaga keamanan dan mencegah kejadian yang tidak diingini, dan bukannya berkompromi dan mengurangkan hak-hak rakyat Malaysia untuk bebas bersuara.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Polis Daerah Shah Alam dan polis berhubung kejadian itu Sabtu lalu apabila kira-kira 20 remaja, yang mungkin termasuk ahli Umno dan BN, didakwa mengganggu ceramah yang diadakan oleh gerakan anti-BN - Asalkan Bukan Umno (ABU).

Pihak polis telah dilaporkan mengulas bahawa ceramah yang menurut mereka bermula semasa solat dan mengandungi ucapan yang menimbulkan kemarahan lebih 1,000 penduduk kampung, terpaksa dibatalkan ekoran bantahan penduduk.

Polis juga menegaskan bahawa tidak berlaku sebarang kerosakan di tempat ceramah dan gerai-gerai sekitarnya dan tidak ada yang cedera.

Bagaimanapun, penganjur ABU yang datang untuk membuat laporan kepada Suhakam hari ini mempertikaikan satu persatu kenyataan tersebut.

VIDEO | 3.29 min
Blogger: 'Wartawan gay' dedah isu beli belah Rosmah
Penulis blog pro-Umno hari ini mula tampil mempertahankan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa berbelanja mewah semasa lawatannya ke Australia pada awal tahun ini.

Salah satunya disuarakan blog pisau.net yang turut menyerang penulis pojok akhbar Sydney Morning Herald, Andrew Hornery – antara lainnya dengan didakwa penulis tersebut sebagai "wartawan gay."

"Apa saja yang ada kaitan dengan Pakatan mesti gay. Isu terbaru yang memfitnah Datin Seri Rosmah, berkokok sakan seantero dunia Pakatan membawa berita.

"...Rupa-rupanya sumber berita seluruh haprak Pakatan dari seorang wartawan gay dan paling teruk di Australia," tulisan di blog itu dipetik.

Tulisan itu juga menyatakan bahawa Hornery merupakan penulis kolum gosip dan bukannya wartawan berita.

Menurut blog berkenaan lagi, Hornery disenaraikan di dalam satu laman web yang mengumpulkan "wartawan paling teruk" Australia – www.australiasworstjournalist.com.au.
Laman tersebut antara lainnya mendakwa Hornery tidak menulis semula fakta dengan tepat dalam tulisannya.

Kandungan blog berkenaan turut disebarkan oleh bekas ahli parlimen PKR, Datuk Zulkifli Noordin dan juga unit perang siber Umno, Unit Media Baru di laman Twitter.

Tulisan berkenaan timbul selepas Hornery mempertahankan dakwaannya hari ini bahawa Rosmah telah berbelanja mewah semasa lawatannya ke negara itu.

Rosmah semalam menyangkal dakwaan Hornery yang dibuat dalam seksyen 'Private Sydney' harian itu dengan menyifatkannya sebagai "karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar".
Kolumnis: saya sahkan sendiri dengan Kapp
Kolumnis akhbar The Sydney Morning Herald, Andrew Hornery mendakwa pereka fesyen Carl Kapp yang memberi butiran mengenai Datin Seri Rosmah Mansor yang dikatakan telah membeli-belah sebanyak A$100,000 (RM325,000) semasa bercuti di sana.

Hornery yang menulis kandungan kolum gosip yang disiarkan pada hari Sabtu itu, berkata beliau mengesahkan butiran tersebut dengan Kapp selepas blog fesyen Frockwriter melaporkan tentang kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Rosmah ke butik Kapp.

"Petikan (Kapp) itu adalah petikan langsung kata-katanya sendiri," kata Hornery kepada Malaysiakini dalam satu temubual melalui emel.
Pereka fesyen Sydney: Rosmah memang buat pembelian
Pereka fesyen Sydney, Carl Kapp mengesahkan bahawa isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor telah membuat pembelian di kedainya, tetapi menafikan pernah berkata bahawa Rosmah telah membelanjakan A$100,000.

NONEMenjawab dalam satu kenyataan hari ini atas pemintaan Malaysiakini
untuk mendapatkan komennya, Kapp (kanan) berkata, Rosmah dan "kumpulan yang agak besar" semasa lawatan tersebut "membuat pelbagai pembelian".

Kapp berkata, beliau tidak didedahkan jumlah yang dibelanjakan, seperti yang telah dinyatakan dalam blog fesyen Frockwriter dan kolum 'Private Sydney' dalam akhbar Sydney Morning Herald.
"Saya ingin menjelaskan bahawa dalam kenyataan saya mengenai kunjungan pelanggan kehormat tersebut, saya tidak pernah membuat apa-apa rujukan khusus kepada jumlah yang dibelanjakan di kedai Paddington saya," kata Kapp dalam satu kenyataan jelas dibuat dengan berhati-hati.

"... Semasa lawatan mereka, anggota rombongan (Rosmah), termasuk rakan-rakan serta pengerusi dan penganjur Festival Fesyen Islam telah membuat pelbagai pembelian secara berasingan. Saya percaya Datin Sri Rosmah adalah penaung Festival Fesyen Islam. "

Frockwriter melaporkan pada 17 Januari lalu, berdasarkan temubual dengan Kapp, bahawa "Rosmah telah menempah 61 helai sutera".

"Berdasarkan harga purata dalam koleksi beliau - yang bermula pada harga A$400 dan hingga ribuan dolar, Frockwriter menganggarkan ia boleh mencecah A$100,000," tulis blogger Patty Huntington.

Penulis kolum Andrew Hornery pula melaporkan bahawa isteri Perdana Menteri membuat "tempahan pakaian kira-kira A$100,000 di butik (Kapp) semasa bercuti di Sydney.

Menurut Kapp, artikel tersebut juga "tidak tepat" apabila mengatakan bahawa beliau "diterbangkan ke Malaysia bulan depan" semata-mata untuk faedah Rosmah.

Sebaliknya, kata beliau, lawatan ke pelbagai tempat di rantau Asia, termasuk Malaysia, bagi tujuan saluran pemasaran barangannya dan untuk mendapatkan bahan bagi produk masa depan, adalah perkara biasa dalam urusan kerjanya dan perniagaan.
Kolumnis pertahan dakwaan Rosmah belanja RM325,000
Kolumnis Sydney Morning Herald Andrew Hornery mempertahankan dakwaannya bahawa isteri perdana menteri Rosmah Mansor membelanjakan lebih RM300,000 semasa lawatannya ke Australia.

NONE"FLOM (wanita pertama Malaysia) dakwa saya membesar-besarkan secara liar lawatan sambil membeli-belahnya di Sydney?

"Saya tetap pertahankan setiap kata-kata saya. Sumber saya amat kukuh," kata Hornery dalam Twitternya kira-kira sejam lalu.

Isteri Datuk Seri Najib Razak semalam menyangkal dakwaan Hornery yang dibuat dalam seksyen 'Private Sydney' harian itu dengan menyifatkannya sebagai "karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar".

Selain perbelanjaan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik, Hornery juga mendakwa Rosmah dan suami menginap di emper (penthouse) bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan pereka fesyen ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.

Tiada ulasan: