Polis diminta siasat pengacau program ABU
Muhammad Faizal, | 24 Jan 2012 |
Penyelaras Activist901, Azura Aziz menjelaskan sebagai sebuah badan NGO yang baru ditubuhkan menentang keras perbuatan individu yang membuat kekecohan tersebut sambil melontarkan perkataan yang berbaur perkauman dan hasutan kepada kaum India yang berada di sana.
"Kami menggesa pihak polis untuk menjalankan siasatan yang menyeluruh dan mengenal pasti identiti sekumpulan individu yang telah membuat kekecohan tersebut kerana melalui bukti video dan jugak gambar yang ada.
"Individu tersebut telah mengeluarkan perkataan-perkataan yang mengancam keselamatan kaum India yang berada di situ," jelasnya.
Tambahnya lagi, cacian yang dilemparkan oleh kumpulan tersebut jelas tidak mengambarkan semangat 1Malaysia jika ia dilakukan oleh pihak Umno.
"Kita tidak pasti apa motif sebenarnya mereka bertindak sedemikian sehinggakan berlaku kecederaan kepada orang awam.
"Sama ada ia bermotif politik ataupun bersifat iri hati, pihak polis harus bertindak segera kerana kita tidak mahu kejadian tersebut berulang lagi," sambungnya lagi.
Sebelum ini, dalam insiden tersebut, seorang belia kaum India telah tercedera kerana dan dimasukkan ke Hospital pakar Seri Sentosa, Klang.
Turut hadir semasa laporan polis itu adalah Soladiriti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan juga Hindraf.
Laporan dibuat di IPD Dang Wangi tengah hari tadi.
Lelaki ditahan bantu siasatan kes ganggu ceramah ABU
Polis
menahan seorang lelaki untuk membantu siasatan berhubung kejadian
gangguan terhadap majlis ceramah pergerakan Asalkan Bukan Umno (ABU) di
Jalan Kebun, Shah Alam, Sabtu lalu.Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob ketika dihubungi Malaysiakini tengahari ini, mengesahkan perkara tersebut.
Menurutnya, lelaki tersebut ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 148, Kanun Keseksaan. Seksyen berkaitan kesalahan membawa senjata dalam rusuhan.
Katanya, beliau akan mengadakan sidang akhbar di ibupejabat polis Shah Alam jam 4 petang ini mengenai perkembangan selanjutnya siasatan kes berkenaan.
Dalam kejadian pada 21 Januari lalu, ceramah ABU di Dewan Orang Ramai Majlis Bandaraya Shah Alam di Jalan Kebun itu, terpaksa ditunda selepas diganggu sekumpulan lelaki yang dilapor bersenjatakan kayu dan topi keledar.
Akibat serangan tersebut, seorang lelaki berusia 33 tahun mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital. Mangsa kini dilaporkan stabil dan masih trauma dengan kejadian tersebut.
Sementara itu, Sinar Harian Online melaporkan lelaki itu berusia lewat 20-an selepas dikenal pasti antara yang menimbulkan kekecohan.
Ia memetik ACP Zahedi sebagai berkata, pihaknya sedang mengenal pasti beberapa suspek lagi dan siasatan sudah mula dijalankan selepas kejadian tersebut berlaku.
“Tangkapan susulan akan dibuat selepas ini kerana dipercayai kekecohan ini ditimbulkan oleh beberapa individu yang dikenal pasti orang awam yang hadir,” katanya.
Beliau berkata, ceramah yang dianjurkan itu tidak dimaklumkan kepada pihaknya tetapi keadaan dapat dikawal selepas anggota polis tiba di tempat kejadian.
Zahedi juga menegaskan, tidak berlaku sebarang kerosakan di dalam atau luar dewan ketika kejadian termasuk dakwaan gerai yang dimusnahkan oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali.
Menurutnya, empat laporan diterima selepas kejadian tersebut dan hasil daripada laporan, pihaknya mengambil tindakan dan membawa kepada penahanan seorang suspek untuk siasatan.
Kong Bu Fenzi · Pengulas Tertinggi
OOOI... police. ada siasat budak ini kah?
ini hero umno. perjuang melayu , perjuang islam.. kua kua kua.
http://www.facebook.com/media/set/ ?set=a.284829301572637.7097 6.100001367094879&type=1
Mohsin Hj Abu · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
... hari ini kena tahan besok "tangan ghaib" mengarahkan untuk membebaskannya ...
Spr KKong · Top Commenter
Mana yg lain? Xkan seekor bolih kacau macam itu? Polis ada x sewa merc hantar dia pulang x???
Ariffudin B Yusoff Arif · Sekolah menengah agama nadhatul hasanah
ni la lembu NFC nie....org dah cakap simpan dalam condo diam2
Amir Hamzah Bin Amha · Subscribe · Top Commenter · AMK Permanent Chairman at Parti Keadilan Rakyat Cabang Kota Raja
TAHNIAH PDRM! kalau boleh sekeh si boroi tu sebijik boleh?
Hazman Sharit · Top Commenter · Universiti Teknologi Malaysia
kalau orang yang menentang pembangkang buat salah cepat diambil tindakan, sebaliknya berlaku jika org pembangkang yang buat rusuhan, siap dihidangkan nasi minyak lagi....untungnya org pembangkang kat malaysia ni
Tajak Al'banjary · Top Commenter · Shah Alam, Malaysia
Hero melayu konon...hang kebun adalah! Bertindak tanpa ikut akal waras...
Jack Petgc · Top Commenter · Jakarta, Indonesia
yang ceramah bukan umno, yang datang bukan amno....yang buat kecoh pun bukan umno..yang kena tanah pun bukan umno.......diorang yang buathal..yang dituduh umno jugak..ada ka patut.
Sufian Zabidi · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
jom pakat2 tengok drama/sandiwara terbaru ni.....apa endingnya...
KETUA PENYANGAK/PENGGANAS/PERUSUH JALAN KEBUN SUDAH KENA CEKUP POLIS... MUNGKIN AKAN DITAHAN DIBAWAH SEK 117 KAJ UNTUK BEBERAPA HARI MEMBANTU SIASATAN....RAKAN-RAKAN SEJENAYAH SEDANG DIBURU... MANA MAU LARI HAAA!!!!
Lelaki ditahan bantu siasatan kes ganggu ceramah ABU
Polis
menahan seorang lelaki untuk membantu siasatan berhubung kejadian
gangguan terhadap majlis ceramah pergerakan Asalkan Bukan Umno (ABU) di
Jalan Kebun, Shah Alam, Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob ketika dihubungiMalaysiakinitengahari ini, mengesahkan perkara tersebut.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob ketika dihubungiMalaysiakinitengahari ini, mengesahkan perkara tersebut.
Menurutnya,
lelaki tersebut ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 148, Kanun
Keseksaan. Seksyen berkaitan kesalahan membawa senjata dalam rusuhan.
Katanya,
beliau akan mengadakan sidang akhbar di ibupejabat polis Shah Alam jam 4
petang ini mengenai perkembangan selanjutnya siasatan kes berkenaan.
Dalam kejadian pada 21 Januari lalu, ceramah ABU di Dewan Orang Ramai Majlis Bandaraya Shah Alam di Jalan Kebun itu, terpaksa ditunda selepas diganggu sekumpulan lelaki yang dilapor bersenjatakan kayu dan topi keledar.
Akibat serangan tersebut, seorang lelaki berusia 33 tahun mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital. Mangsa kini dilaporkan stabil dan masih trauma dengan kejadian tersebut.
Sementara itu,Sinar Harian Online melaporkan lelaki itu berusia lewat 20-an selepas dikenal pasti antara yang menimbulkan kekecohan.Dalam kejadian pada 21 Januari lalu, ceramah ABU di Dewan Orang Ramai Majlis Bandaraya Shah Alam di Jalan Kebun itu, terpaksa ditunda selepas diganggu sekumpulan lelaki yang dilapor bersenjatakan kayu dan topi keledar.
Akibat serangan tersebut, seorang lelaki berusia 33 tahun mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital. Mangsa kini dilaporkan stabil dan masih trauma dengan kejadian tersebut.
Ia memetik ACP Zahedi sebagai berkata, pihaknya sedang mengenal pasti beberapa suspek lagi dan siasatan sudah mula dijalankan selepas kejadian tersebut berlaku.
“Tangkapan susulan akan dibuat selepas ini kerana dipercayai kekecohan ini ditimbulkan oleh beberapa individu yang dikenal pasti orang awam yang hadir,” katanya.
Beliau berkata, ceramah yang dianjurkan itu tidak dimaklumkan kepada pihaknya tetapi keadaan dapat dikawal selepas anggota polis tiba di tempat kejadian.
Zahedi juga menegaskan, tidak berlaku sebarang kerosakan di dalam atau luar dewan ketika kejadian termasuk dakwaan gerai yang dimusnahkan oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali.
Menurutnya, empat laporan diterima selepas kejadian tersebut dan hasil daripada laporan, pihaknya mengambil tindakan dan membawa kepada penahanan seorang suspek untuk siasatan.....
Selepas ke balai polis, ABU ke Suhakam
Harakahdaily, | 25 Jan 2012 |
Memorandum itu akan diserahkan jam 11 pagi ini di Pejabat Suhakam, Jalan Sultan Ismail.
Semalam mereka membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi.
Menurut jurucakap mereka, laporan tidak dibuat di Klang kerana tidak yakin dengan polis di sana yang dlihat bercakap dengan pihak terbabit selepas kejadian itu.
Ceramah Umum ABU di Dewan MBSA seksyen 30, Jalan Kebun, Shah Alam pada 22 Januari lalu menyaksikan satu serangan keterlaluan oleh sekumpulan samseng terhadap orang ramai.
Samseng yang dipercayai penyokong tegar Umno itu bertindak ganas dengan mensasarkan kaum India sahaja apabila dilihat hanya menyerang kaum India tanpa memperdulikan kaum Melayu dan Cina yang turut berada di dalam dewan itu.
Akibat daripada tindakan tersebut seorang ahli Kelab Penyokong PAS, Krishnan cedera parah (gambar) apabila diserang oleh Umno dan dimasukan ke Hospital Pakar Sri Sentosa bagi menerima rawatan.
Politik perkauman akhiri zamannya
Abd Shukur Harun shukurharun@yahoo.com, | 25 Jan 2012 |
Dengan itu, tidak mungkin lagi politik perkauman akan terus mendominasi iklim politik di Malaysia, justru golongan yang mendukung politik perkauman semakin merosot dan terus merosot.
DAP yang sejak puluhan tahun digambarkan oleh musuh politiknya sebagai parti perkauman Cina, kini berusaha keras memulihkan imejnya sebagai parti politik untuk semua kaum di Malayia. Usahanya itu sebanyak sedikit menampakkan hasil di mana sudah ada tokoh-tokoh Melayu yang menyertainya.
Keterlibatan tokoh Melayu itu mampu menonjolkan kesungguhan DAP untuk dilihat secara praktikal sebagai parti bukan perkauman. Tokoh terkini Melayu dalam DAP yang mula mengukir nama ialah seperti Zairil Khir Johari (anak Tan Sri Khir Johari), Prof. Arifin Omar, Mohd Arif Sabri seorang blogger yang terkenal dengan nama samaran Sokmongkol AK 47, bekas Presiden Kesatuan Wartawan Malaysia (NUJ), Hatta Wahari dan mungkin ramai lagi yang sudah memasang niat untuk bersama DAP.
Ramai yakin untuk memastikan Melayu dilihat ada tempat dalam DAP, mereka akan diberi kedudukan tertentu untuk ditonjolkan sebagai tokoh Melayu dalam DAP.
Kalangan yang menyertai DAP ini sudah tentu mempunyai persepsi yang sama bahawa masa depan politik Malaysia bukanlah politik perkauman. Justru mereka melihat Pakatan Rakyat – di mana terdiri dari PAS, DAP dan PKR – mempunyai potensi yang sangat baik.
Menurut Dr. Mujahid Yusof Rawa Ahli Parlimen Parit Buntar, merangkap Pengerusi Perpaduan Nasional PAS dalam tulisannya di Merdeka Review baru-baru ini, bahawa usaha ‘mesra Melayu’ oleh DAP menjadi mudah apabila ia menjadi parti yang memerintah di Pulau Pinang.
Kata beliau, DAP menzahirkan hasratnya itu melalui dasar berkebajikan kerajaan negeri di mana golongan yang paling bermanfaat dalam dasar ini ialah orang Melayu selain daripada bangsa lain.
“Pengagihan ini memperlihatkan betapa DAP bukanlah hendak meminggir orang Melayu atau mendiskriminasikan mereka di Pulau Pinang, malah penonjolan Lim Guan Eng yang lebih memahami kehendak Islam berbanding dengan Ketua-Ketua Menteri sebelum ini pada kadar tertentu, telah mencairkan chauvanisme DAP. Jadi Ketua Menteri Pulau Pinang itu sendiri adalah satu alat taktikal yang paling efektif untuk DAP menggerakkan strategi 'mesra Melayunya'," kata Mujahid.
Semuanya ini adalah perkembangan yang sangat menarik sedang berlaku dalam dalam politik kepartian di Malaysia. Bagi aktivis dan pemerhati politik seperti Dr. Mujahid, perkembangan ini menandakan nafas-nafas akhir politik perkauman yang mencengkam politik Malaysia selama ini. Suatu masa nanti, katanya, parti politik Malaysia tidak boleh lagi dikenali dengan pola perkaumannya kerana mereka sudah membebaskan diri dari pengenalan itu.
Yang menjadi persoalan nanti, kata beliau, ialah apakah dasar yang diutarakan kepada rakyat, mana-mana parti yang lebih menarik dasarya itulah yang menjadi pilihan rakyat. Begitu juga ketokohan peribadi ahli politik sebagai ikon yang disukai ramai akan menjadi trend politik kepartian di masa depan.
Sehingga semua itu terlaksana, yang penting ialah prosesnya yang sedang bermula dengan kadar yang sungguh laju.
Pada pendapat saya, PAS sendiri, sebagai parti bukan perkauman yang memperjuangkan dan berusaha menterjemahkan kesyumulan Islam, ia mempunyai kemampuan untuk menarik perhatian lebih ramai bukan saja golongan generasi baru, bahkan juga generasi lama dari pelbagai kaum dan agama.
PAS sendiri ternyata sentiasa hidup di tengah-tengah suasna terkini seperti yang berlaku dalam PRU Ke-12 yang lalu di mana pengundi, terdiri pelbagai bangsa dan agama telah menyokongnya. Di kawasan yang banyak pengundi bukan Melayu seperti di Kota Raja, Selangor di mana calon PAS, Dr. Maria Mahmod telah mencapai kemenangan besar.
Begitu juga di kawasan Kuala Selangor keadaan yang serupa berlaku di mana calon PAS, Dr. Dzulkifly Ahmad juga telah berjaya.
Kawasan lain yang mempunyai ramai pengundi bukan Melayu seperti di dua Dun di Muar, di Pulau Pinang, Perak dan lain-lain, calon PAS juga menang cemerlang.
Hasil tahalluf-Siasi yang dijalin oleh PAS bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat, menyebabkan pemngundi bukan Melayu kebanyakannya telah memberi sokongan kepada calon Pakatan, khususnya dari PAS. Ini membuktikan bahawa tasawuur Islam yang dibawa oleh PAS telah diterima oleh pelbagai pihak, khususnya bukan Islam.
Inilah manfaat paling ketara hasil jalinan hubungan PAS dengan pelbagai parti, di mana selama ini, Islam kelihatannya tinggal di masjid dan surau saja.
Saya yakin, dengan sifat Islam yang menolak perkauman, dikriminasi kaum dan seumpamanya, generasi baru, bahkan generasi lama, akan terus menerima PAS dalam PRU Ke-13 akan datang.
Saya berkongsi pandangan dengan Dr. Mujahid seterusnya bahawa yang menjadi persoalan nanti, ialah apakah dasar yang akan diutarakan kepada rakyat, mana-mana parti yang lebih menarik dasarya itulah yang menjadi pilihan rakyat, bukan diukur dari sudut kaum dan sebagainya.
Oleh itu, suatu hal yang amat penting difikirkan oleh Pakatan, khususnya PAS, ialah persoalan ketokohan peribadi ahli politiknya sebagai ikon yang disukai ramai, yang akan menjadi trend politik kepartian di masa depan.
Generasi baru, boleh jadi juga generasi lama, akan melihat siapakah para tokoh yang akan dicalonkan. Kewibawaan, ilmu, keteramplilan dan latar belakang, serta rekod perkhidmatan seseorang calon akan menjadi ukuran penting kepada pengundi. Dengan itu Pakatan Rayat, khususnya PAS, mestilah menyediakan calon bermutu tinggi, yang mempunyai ciri-ciri seperti yang diebutkan.
Namun, saya percaya, PAS tidak kurang dengan tokoh berwibawa dari pelbagai lapangan, justru ia adalah gabungan antara ulama dan professional, yang menjadi harta kekal PAS sendiri.
Mengukur dari trend politik yang ada sekarang, PRU Ke-13 nanti sangat critical sifatnya. Ini kerana pengundi tradisional yang selama ini terbiasa dengan memilih berdasarkan kaum dan suku sakat mereka akan mengakhiri zamannya.
Inilah sebuah perubahan yang akan dihadapi oleh semua parti politik.
Dengan itu, hanya parti politik yang bukan perkauman, diyakini mampu membela rakyat, mampu membawa keadilan dan demokrasi akan menjadi pilihan rakyat.
Serang di Jalan Kebun: Suhakam pertikai polis
Muhammad Faizal, | 25 Jan 2012 |
(Badrul Hisham menyerahkan memo kepada Pesuruhjaya Suhakam ekoran serangan majlis mereka di Jalan Kebun, Klang)
KUALA LUMPUR, 25 Jan: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini melahirkan rasa kesal di atas insiden serangan di majlis anjuran Asal Bukan Umno (ABU) bersama Hindraf di Jalan Kebun, Klang baru-baru ini.
Bercakap sewaktu menerima serahan memorandum dari kumpulan Asal Bukan Umno (ABU) hari ini, Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha'ani Abdullah berkata, pihak berkuasa sepatutnya bertindak adil dalam insiden tersebut.
"Sebagai pihak berkuasa mereka sepatutnya menggunakan undang-undang melindungi mangsa kepada kekacauan tersebut bukannya memberi perlindungan kepada yang membuat kacau.
"Saya ingin menegur pihak polis agar lebih adil, siapa yang benar atau yang salah mereka perlu tahu dan kita tidak mahu mereka menyalahguna kuasa yang mereka ada," jelasnya.
Serahan memorandum itu dibuat pemimpin ABU yang diketuai Badrul Hisham Shahrin di Pejabat Suruhanjaya itu di Kuala Lumpur pagi tadi.
Semalam mereka membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi.
Menurut jurucakap mereka, laporan tidak dibuat di Klang kerana tidak yakin dengan polis di sana yang dlihat bercakap dengan pihak terbabit selepas kejadian itu.
Ceramah Umum ABU di Dewan MBSA seksyen 30, Jalan Kebun, Shah Alam pada 22 Januari lalu menyaksikan satu serangan keterlaluan oleh sekumpulan samseng terhadap orang ramai.
Samseng yang dipercayai penyokong tegar Umno itu bertindak ganas dengan mensasarkan kaum India sahaja apabila dilihat hanya menyerang kaum India tanpa memperdulikan kaum Melayu dan Cina yang turut berada di dalam dewan itu.
Akibat daripada tindakan tersebut seorang ahli Kelab Penyokong PAS, Krishnan cedera parah (gambar) apabila diserang oleh Umno dan dimasukan ke Hospital Pakar Sri Sentosa bagi menerima rawatan.
Dalam ulasannya, Sha'ani berkata, pihak berkuasa juga sepatutnya boleh terus mengambil tindakan kepada mereka yang menyerang ceramah ABU pada malam itu kerana jelas boleh dilihat pihak mana yang memulakan kekacauan tersebut.
"Suhakam sendiri melihat apa yang berlaku pada hari tersebut siapa yang memulakan kekacauan dan sepatutnya pihak polis boleh menahan terus mereka tetapi apa yang kita dengari adalah kenyataan pihak berkuasa yang mengatakan tidak ada apa-apa yang berlaku dan belum menerima sebarang laporan.
"Majlis tersebut dianjurkan oleh sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang sah di sisi undang-undang bukannya kongsi gelap, dan atas alasan itulah sepatutnya polis sedar siapa yang bersalah ataupun tidak," katanya lagi.
Menurutnya, apa yang dibimbangi, serangan tanpa rasa takut ekoran tiada tindakan drastik oleh pihak bekuasa akan menjadi trend selepas ini lebih-lebih lagi dalam suasana menjelang pilihan raya.
Sehubungan itu, beliau memberitahu Suhakam akan membawa perkara tersebut dalam mesyuarat suruhanjaya untuk tindakan selanjutnya serta akan melakukan inkues awam.
"Setiap yang bersalah perlu dikenakan tindakan bukannya dilindungi oleh pihak berkuasa, saya ingin persoalkan kepada pihak polis siapa yang mereka ingin lindungi individu yang benar ataupun yang bersalah," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan