Jumaat, 6 Januari 2012

TUA DAH..UNTUK SEMUA BERHENTI MENGAMBIL HAK CARA BATIL..BERTAUBATLAH..INFAK HARTA@KEKAYAAN KEJALAN ALLAH..AGAR HARTA TAK JADI BAHAN BAKARAN DLM NERAKA

Kajian: PKR S'gor paling terjejas tanpa Anwar
Hanya satu daripada setiap empat penduduk di negeri Selangor yang mempunyai keyakinan terhadap PKR tanpa ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, menurut kaji selidik yang dijalankan oleh Universiti Malaya (UM).

university malaya umcedel political survey 050112 will pkr survive without anwarDaripada 795 responden yang disoal membabitkan semua kaum dan peringkat umur, hanya 25 peratus percaya bahawa PKR mampu meneruskan kesinambungan dan terus mantap tanpa Anwar sebagai ketuanya.

33 peratus responden berpandangan sebaliknya manakala 42 peratus lagi tidak pasti.

Kajian berkenaan dijalankan di Selangor dari 3 hingga 11 Disember lalu dan meliputi kawasan parlimen Puchong, Sepang, Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Selayang, Gombak, Ampang, Hulu Langat, Pandan, Subang dan Shah Alam.

Enam puluh peratus daripada responden terdiri daripada bangsa Melayu manakala Cina dan India pula masing-masing mewakili 25 dan 12 peratus responden.


M'kini muncul pemenang, kata Sarawak Report

Walaupun Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud menarik balik saman fitnah terhadap Malaysiakini semalam, tetapi pengkritiknya, Sarawak Report mendakwa reputasi ahli politik veteran itu telahpun tercalar.

Peraturan pertama dalam kes saman fitnah, tegas Sarawak Report, ialah ia menarik perhatian kepada pengadu.

Tambahnya, dalam keadaan sedemikian, Taib bertekad untuk bertindak terhadap Malaysiakini yang telah membawa satu fakta ke perhatian dunia - bahawa negeri itu mempunyai "hutan hujan tertua di dunia" dan ia semakin pupus.

Portal anti-Taib itu mendakwa, ketua menteri memfailkan saman tersebut kerana BN tidak biasa dengan sebuah media yang tidak melaporkan apa yang dikehendaki oleh parti pemerintah.

NONE"Mereka telah lama mewujudkan satu monopoli korup ke atas akhbar dan penyiar di Malaysia dan mereka fikir ia akan berakhir di situ," katanya sambil menambah bahawa capaian internet, telah membantu menjatuhkan rejim-rejim zalim di Timur Tengah tahun lalu.

"Apabila dia menyedari kesilapannya itu, cerita tersebut sudahpun menjadi begitu besar dan semua itu adalah kerana tindakan mahkamahnya sendiri," kata Sarawak Report.

Namun begitu, tambahnya, ketua menteri itu jelas mengharapkan yang dia boleh terlepas daripada isu tersebut, kerana mempunyai kuasa dan kekayaan.

Dakwa portal itu lagi, memandangkan pengawalan BN ke atas mahkamah dan badan kehakiman, Taib berharap dia dapat mencapai satu keputusan yang boleh menyebabkan Malaysiakini tutup kedai.

Menurut Sarawak Report lagi, dunia dapat melihat profesionalisme Malaysiakini dan laporan yang tepat di talian berdasarkan kepada maklumat konkrit yang disediakan oleh pihak berkuasa percukaian di Jepun.

Malaysiakini tidak perlu bayar sesen pun

Dengan perbicaraan dijadualkan bermula menjelang pilihan raya persekutuan, Sarawak Report mendakwa ia adalah jelas bahawa Taib terpaksa menyelesainya, tidak kira apa cara sekalipun.

"Reputasinya tidak mampu berdepan dengan serangan seumpama itu, begitu juga dengan BN.

"Penyelesaian di luar mahkamah hari ini merupakan satu keaiban terhadap Taib. Malaysiakini tak perlu bayar sesen pun. Satu kesilapan yang besar, kesemuanya disebabkan oleh rasa marah," dakwa Sarawak Report.

Menurutnya lagi, ianya jelas kepada seluruh dunia bahawa Taib memikirkan tentang berdepan dengan persoalan seumpama itu di mahkamah terbuka dan membuat keputusan yang bijak bahawa lebih baik jangan berbuat demikian.

NONEKatanya, Taib (kiri) telah mencuba berbulan-bulan lamanya untuk
mendapatkan penyelesaian tetapi Malaysiakini enggan berganjak - walaupun wartawannya yang menulis berita itu telah meninggal dunia dan keputusan pihak berkuasa percukaian Jepun untuk menggugurkan pendakwaan terhadap dakwaan sogokan tersebut.

Menurut Sarawak Report lagi, Malaysiakini telah menolak tawaran asal Taib untuk menggugurkan kes itu jika mereka membayar kos perundangannya.

Mereka juga, tambahnya, menolak tawaran semulanya untuk menarik diri jika mereka hanya membayar beberapa ribu ringgit, supaya dia boleh mengatakan bahawa mereka terpaksa membayar gantirugi.

Jadi, dakwa Sarawak Report, Taib datang balik untuk meminta Malaysiakini memohon maaf dan sebagai balasannya, dia akan menggugurkan saman fitnahnya itu.

"Sesuatu permohonan maaf, terutamanya qualified apology yang berdasarkan perubahan dalam pendekatan pendakwaraya Jepun, tidak membabitkan apa-apa kos ke atas mereka! Taib telah hilang dendamnya... dan begitu juga reputasinya."

Pelajar cedera cabar polis siar video penuh
Seorang pemimpin pelajar yang cedera dalam demonstrasi di luar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, mencabar polis menyiarkan rakaman penuh video kejadian tersebut.

Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas), Muhammad Safwan Anang bertegas bahawa empat klip video yang disiarkan pihak polis hanya menunjukkan apa yang berlaku sebelum pergelutan antara polis dan pelajar, yang menyebabkan dia cedera parah.

muhammad safwan anang launch police report 050112 01"Kami mengutuk polis kerana berbuat demikian. Mengapa mereka tidak memuat naik gambaran sebenar tentang apa yang berlaku semasa pergelutan itu?" soalnya.

Katanya, ini bermakna polis menafikan berlaku pergelutan, menyembunyikan sebahagian daripada bahan bukti," kata Safwan berhubung insiden awal pagi Ahad lalu di luar kampus UPSI di Tanjung Malim, Perak.

Safwan yang masih menggunakan kerusi roda berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan di balai polis Dang Wangi petang ini.

Dalam laporan itu, dia menuduh berlaku kekasaran pihak polis semasa pergelutan tersebut, dan juga mengadu cermin depan keretanya dipecahkan oleh orang yang tidak diketahui pada pagi berikut.

Safwan tetap mendakwa anggota polis menumbuk pipi kirinya dan menekan lutut pada dada kanannya ketika menangkapnya, menyebabkan dia selepas itu mengalami sesak nafas dan tidak sedarkan diri.


  • Kong Bu Fenzi · Pengulas Tertinggi
    Budak mahasiswa pun mengkritik polis.
    Apa tah lagi suspect suspect yang kena reman dalam lokap?
    Apa tah lagi kes kugan? apatah lagi masuk lokap keluar dengan tanpa nafas? mulut berbuih? berapa ramai yang mati dalam lokap?
    - Kalau polis dengan telus dan ikhlas , tiada rasuah benar benar khimat untuk masyarakat dengan professional. saya percaya rakyat akan marah mahasiswa ini tapi sebaliknya rakyat sudah muak dengan imej polis.
    • Kienwah Chong · Pengulas Tertinggi · Bayan Lepas
      Dalam lokap, kalau ada duit hitam boleh jadi putih. yg tak ada duit .... haha putih pun jadi hitam. ingat.... bila kena lokap, jangan lupa bawa duit.
    • Bun Rhot Noor
      ingat kayu api neraka...
    • Kuning Bersih · UI (Universitas Insya Allah)
      kahkakah... Kuakuakua.. Bodoh punye bdk... Dh ko degil n melwn ms kn tngkp mmgla kena kasar... Pstu tuduh polis kejam kt ko... Hoiii mangkuk hayun yg ko report polis wtpe ko wtla report kt amk samsul ketot gendut or nuwar tuk dgr rengekn ko tu...hikhik
  • Raja Mohd Shahrim · Pengulas Tertinggi · CEO di NFC
    Slogan PDRM...

    'Sekali Menipu, Selamanya Menipu'.

    Mana korang percaya.. suara rakyat yg ditindas atau penafian puak yang menindas...

    TOLAK UMNO dan dengan sendirinya polis jadi teman rakyat..
    • Raja Mohd Shahrim · Pengulas Tertinggi · CEO di NFC
      Huh???? tu bukan mcm nak sama dgn slogan UMNO ker??? Tipu Melayu dan terus menipu.. asal plak nak kusi roda.. aku nak naik lembu... tp bukan sebarang lembu .. lembu Shahrizat .. err atau pun kalau bole aku nak naik blakang shahrizat.. hehhee
    • Roszan Md Nor · Pengulas Tertinggi
      Polis pukul pesalah bila menipu...sebenar polis menipu.tapi tak semua polis.menipu.oi pak polisi tolong jaga rakyat bukan ikut telunjuk politik umnooo.gaji kau ambil tu semua cukai rakyat termasuklah pak polisi.apalah salah berlaku adil dalam undang2.asyik ikut umnoogok.nie sb pun satu Hal.apa pak polisi rasa parti lain tak boleh perintah ke?umnoogok je Yang boleh,fikirlah wahai pak polisi semua.tiada benda dalam dunia kekal.
    • Kuning Bersih · UI (Universitas Insya Allah)
      raja petra dh mls nk lyn si nuwar tu ko pun raja gk... Bila nk sedo?
    • Rajiswaran Muniandi · University Sains Malaysia
      Kuning Bersih Raja Petra kehabisan duit kat Australia, so dia sanggup terima UMNO sebagai sponsor dan ikut telunjuk UMNO.
    • Achmad Abdollah · Institut Teknologi Tun Abdul Razak
      Kuning Bersih .. jenis otak kuning dan jenis lidah kuning!! RPK dah terdesak nak balik malaysia lah wooiii.. semua boleh baca.. dulu kata tak kena sontot tapi sekarang cakap kena sontot.. apa punya kepala bana RPK!! kisah anwar tetap sama.. dilihat tak disontot sebab saifool ngaku makan karipap dan minum kopi lepas liwat.. kah...kah...kah...boleh caya ka malaun saifool nii... apa2 pun ASAL BUKAN UMNO!!
    • Akik Desa · Top Commenter · Miri, Sarawak
      Kuning Bersih RPK gila duit macam awak juga.. harap nak minta songlap...
    • Abdul Razak · Top Commenter · Director at Gerakmaju taskforce
      Kuning Bersih ada gak yang ngok mcm kau nie.ahli umno mmg mcm ni
    • Kuning Bersih · UI (Universitas Insya Allah)
      Rajiswaran Muniandi nuwar dh xsupply duit maaaa... Hehe... 2x5 sm2 sondol mcm pengikutnye....
    • Raja Rimba · · Top Commenter · Works at Self Employed (Business)
      Anwar Bebas 901 Reformasi. Sudahkah Anda Bersedia http://bit.ly/yNjpQp.
    • Kuning Bersih · UI (Universitas Insya Allah)
      Achmad Abdollah otk lu slow la... Mmgla kn mkn karipap n minum kopi dulu dh bos ajak n suruh xkn nk melawan.... Aduyaiii itupn xtau ka... Rpk dh xthn ngn tmberang nuwar tu... U all je yg mkn taik tmberngnye tu... Lol dogol!
    • Kuning Bersih · UI (Universitas Insya Allah)
      Akik Desa lol itu pemimpin pr dr dap pun kaki songlp maa... Lol xbc ka itu kes wt suite kt ipoh.. Lol2... Huk2
    • Faisal Kaiba · · Top Commenter · Works at Tidak ada kerja ni
      demo kat upsi ari tu menipu aje kerja n ada yg berangan jadi "Stone Cold" langgar pintu kaca pecah kepala jadi lebih baik laggar telur Anwar TEMBERANG lebih baik...dasar pkr TEMBERANG.....
    • Faisal Kaiba · · Top Commenter · Works at Tidak ada kerja ni
      pd siswa n siswi demo ni polis kasi lepas je anjinng beramai2 n besar2 pergi cabut telur siswa2 lelaki ni n siswa perempuan pula kasi pancut air kencing atas muka aje...
  • Reformis Malaya Politikus Bebas · Top Commenter · 104 years old
    rm setuju polis tunjuk semua video cuma rm nak nasihati safwan ape yg polis yg buat mlm itu adalah krn sikap safwan dan kwn2 yg lain. kalian membuat provokasi kata2, membuat bibit2 rusuhan panjat pagar, gegar pagar, maki hamun staf dan student upsi, kwn anda juga ada yg tumbuk polis walaupun ketika itu polis hanya menahan saja.kemudian rakan anda pecahkan pintu klinik dan anda juga mahu demo selama 16 jam....rm tdk katakan polis betul 100% ada juga kekasaran tp rm melihat anda dan rakan2 juga tdk betul.
    • Reformis Malaya Politikus Bebas · Top Commenter · 104 years old
      pd malam itu juga polis tlh beri peluang kpd safwan dan rakan2 utk luah dan serah memo...polis mula tangkapan bila rakan2 safwan panjat,gegar pagar dan maki hamun staf student upsi...polis taknak blaku pgaduhan.polis dah beri peluang tp anda memprovok dgn kata2.
    • Raja Mohd Shahrim · Top Commenter · CEO at NFC
      Sebenarnya RM apa yang berlaku kerana bibit kebencian pada polis yang dilihat sebagai alat utk UMNO terus berkuasa.. jadi apa yg associate dgn umno dilihat tidak relevan dan perlu ditentang..
    • Baharudin Salleh Bin Awang · Top Commenter · Marketing at Qantas
      Raja Mohd sharim jadi pihak mana harus dipersalahkn?
  • Pantai Timor · Top Commenter · -
    susah nak percaya kata-kata polis.. Siarlah rakaman penoh, barulah rakyat boleh nilai..sekarang ni rakyat malaysia hanya 15% sahaja yang percaya cakap polis aku rasa..
  • Bun Rhot Noor
    laa kesiannya..hidup lagi..ingat kan dah mampos..berkerusi roda lak tu..padahal boleh berjalan laju je...hahahha..kata orang lain menipu padahal ko sendiri lebih menipu dari orang lain...bodoh betul..x sangup aku antar anak kat sekolah yang mamat gila ni jadi cekgu.
    • Akik Desa · Top Commenter · Miri, Sarawak
      Hantar saja anak awak bersekolah menipu dengan Shahrizat cepat jadi orang kaya...
    • Fauzi Othman · Top Commenter · IKMS
      hello bun rhot noor!!! kalo ko tak sanggup antar anak ko kat sekolah mamat tu mengajau..mamat tu lagilah tak sanggup nak mengajau anak ko.yelah kalo dah bapak lembu anak2 ko pon mestilah lembu gak.tak gitu bun rhot noor????..aku rasa lebih baik ko antar anak ko sekolah kat kondo lembu kak ijat sebabnya hanya mak lembu je yg pandai ngajor anak lembu ngan bapak lembu cam ko ni!!! kalo dah otak macam taik lembu alamatnya sampai ke tua la ko jadi lembu.lembu umno le katakan.....memang tak reti bahsa...bangggggang...
  • Zahari Ibrahim · Top Commenter · Sekolah Menengah Sulaiman, Bentong
    aku ingat la..angota polis ni sebelum dan selepas gi kursus kat PULAPOL depa diberi kursus kat PWTC...ibu pejabat umno...tu sbbnya depa pandai menipu rakyat mcm umno buat...tu sbbnya polis ni susah sgt nak sokong apa yg PR buat...
  • Raja Rimba · · Top Commenter · Works at Self Employed (Business)
    Anwar Bebas 901 Reformasi. Sudahkah Anda Bersedia http://bit.ly/yNjpQp.
  • Syedalif Muhammad · Top Commenter · UiTM Shah Alam
    mahasiswa yang cedera dibawa pegawai media ke hospital....kemana polis ketika itu...
  • Pak Din · Top Commenter · 45 years old
    Poliskan RAJA di Malaysia.........boleh buat apa aje selagi aku ada KUASA.....
    • Ahmad Zakaria · Top Commenter
      cabut nyawa org pun depa tak kesah,apa ada hal dgn belasah org... benar kata Pak Din Polis Raja diMalaysia.
    • Rohan Abd Rahman · Top Commenter · Works at Perodua
      Sebelum bersara,Musa Hassan dah perturunkan segala ilmu temberangnya pada penggantinya...,jadi sebenarnya kita semua memang DAH KENA TIPU! Kah,kah,kah,kah!! Najib dan Hishamudin senyum je...!
  • Abdul Razak · Top Commenter · Director at Gerakmaju taskforce
    polis ni kalau tak menipu bukan polis.kes memali, bersih 2 n kes upsi polis tipu org ramai guna tayangan video di edit.patiut pun anak2 polis ramai yg teruk berbanding anak askar ataupun pekerja lain

Tiada ulasan: