Jumaat, 6 Januari 2012

SELAMANYA BELIAU MEMERINTAH..SELANJUT USIA KURNIAAN ALLAH..RAKYAT KENAL SAPE BELIAU...ALLAH LAGILAH KENAL...DARI BELIAU MENGENAL DIRI SENDIRI..

Dr Mahathir: Islam tercemar kerana dipolitikkan
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata agama Islam di negara ini sudah banyak tercemar dan pegangan kepada ajarannya telah menjadi luntur kerana Islam diperalat untuk kepentingan politik duniawi.

Beliau berkata agama yang satu dan mazhab yang sama tidak terdaya menangkis serangan ahli politik yang mencipta syarat-syarat baru bagi agama Islam demi politik duniawi yang dikejar mereka.

azlan"Oleh kerana syarat dan tafsiran-tafsiran ini tidak terdapat dalam Al-Quran atau hadis-hadis sahih atau mana-mana kitab tulisan ulama-ulama silam yang muktabar, maka majoriti orang Melayu Islam menolak syarat-syarat ciptaan mereka yang berkepentingan ini.

"Dengan itu berpecahlah orang Melayu Islam kepada dua kumpulan yang saling bermusuh antara satu sama lain," katanya dalam entri terkini blog beliau www.chedet.cc, yang bertajuk 'Melayu Islam'.

Menurut Dr Mahathir, orang Melayu Islam di Malaysia sekarang sudah berpecah dan bermusuhan dengan teruknya sesama mereka.

mahathir ebook launching 091211 04Dr Mahathir berkata hasil dariapada perpecahan itu, berlakulah sembahyang dua imam, larangan perkahwinan antara anggota dan penyokong parti yang tidak menerima syarat-syarat ciptaan pemimpin parti selain perkuburan berasingan antara yang tidak terima dengan yang terima.

"Yang lebih buruk lagi ialah ketaksuban pengikut kepada pemimpin ini sudah sampai kepada tahap menghalalkan apa sahaja yang dilakukan atau diperkatakan oleh pemimpin.

"Apabila pengikut yang taksub dengan pemimpin mendakwa bahawa pemimpin mereka adalah sama dengan nabi, tidak ada pembetulan atau bantahan daripada pemimpin berkenaan dan penyokong-penyokongnya," katanya.

Dr Mahathir menarik perhatian bahawa orang Melayu yang bahagia kerana bangsa mereka dikait secara langsung dengan agama Islam, sudah hilang nikmat yang datang daripada ikatan itu.

azlan"Hasilnya ialah perpecahan, kelemahan dan kehinaan. Hasilnya ialah mereka menjadi pengemis di negara sendiri, pengemis yang meminta-minta sokongan daripada orang lain. Mereka yang mengemis tetap akan menjadi orang suruhan kepada yang membantu mereka," kata Dr Mahathir.

Beliau menegaskan sepatutnya orang Melayu tidak bermasalah berkenaan agama mereka kerana semua orang Melayu beragama Islam dan daripada kumpulan Sunni atau Ahli Sunnah Wal Jamaah, berimam dengan Imam Shafie.

- Bernama


  • Muhammad Hisham · Pengulas Tertinggi · Musk Ox Hunter di Musk Ox Farm
    Dan apabila dikatakan kepada mereka: Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah, nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu. An-Nisa 61
    • Manman Mai · Pengulas Tertinggi
      wahai mahathir...anda bercakap pasal islam o org bg tip untuk bercakap pasal islam ni....memang anda salasalah seorang dr ayat 61 An-Nisa ...apa bangsa pun xkan berpeca jika memegang dasar islam...klu anda benar2 bercakap pasal islam n mengikut quran knp xnak luluskan hudud...apa yg berlaku hr ini dr anda juga mahathir yg menolak islam.....inilah jd nya...memang anda mahathir xlayak nakckp pasal islam ni....
    • Nor Wahid · · Pengulas Tertinggi · Bekerja di ISC
      Mahathir dan UMNOlah yang mempolitikkan Islam dengan menolak hukum Al-Quran. Bukan kah Mahathir yang mengatakan jika Hudud di laksanakan maka ramailah yang kudung tangan? Kerajaan manakah yang tidak membenarkan liwat di bicarakan di mahkamah syariah? Bukankah kerajaan BN yang di pimpin Mahathir (UMNO) dan sekarang di ikuti pengantinya Najib? Jadi siapa yang mempolitikkan Islam sebenarnya? Memang ada penentangan jika hukum Islam di langgar dan di pertikaikan. Memang Mahathir ni dah masuk katogeri Nyayuk dah...apa yang berlaku sekarang adalah bekas tangannya semasa menjadi PM. Allah panjangkan umurnya bagi melihat akibat dari perbuatannya semasa berkuasa dahulu. UMNO/BN bukan makin kuat tapi makin tenat dan di benci Rakyat...
    • Haydar Muaz Khairul Anuar · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Kuala Lumpur, Malaysia
      Sudahlh lu mahataik...tk payah cakap pasal Islamlah..sapa hina nabi,sapa hina janggut nabi,sapa pertikai hukum hudud yang semuanya ada dalam Quran..lu pikirlh sendiri..Allah bagi lu panjang umo,untuk lu taubat jangan perlekeh lagi hukum dan undang2 Islam.
  • Abg Zulkifli · Pengulas Tertinggi · Universiti Putra Malaysia
    Sementara kita tidak menafikan kehebatan beliau di pentas dunia, namun Saudara Mahathir lah yang memulakan kebobrokan politik di Malayisa, dengan amalan rasuah dan politik kerakusan kuasa sehinga sanggup melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kuasa politik.Memfitnah dan menghasut kebencian kepada rakan dan lawan... Sebab Mathadirlah maka wujudnya ABU>>Asal bukan UMNO!
    • Thepplway Jian Min · · Pengulas Tertinggi · 生活、生命、政治、自然、信仰 di 我的blog · 275 subscribers
      orang politik panggil jangan politik, orang gila ke ?
    • Rahim Obiwan
      islam acuan madey
    • Shaiful Hisham · Pengulas Tertinggi
      abg zulkifli, hang x tau kaa....kerakusan politik dan amalan rasuah berlaku pd semua negara yg ade kat dlm dunia ni....awat hang stupid sgt benda kecik mcm ni pun x blh pikiak kaaa....mgkn hang x mkn rasuah....tp hang tau ka...isteri hang, anak2 hang & seluruh kaum kerabat hang ada yg mkn rasuah...hang pun x tau betoi x.... ? jd jgan suka2 hati tuduh org lain mkn rasuah takut nt Allah balikkan dkt diri hang mcm mana...???
    • Putra Al-muza · 34 years old
      Shaiful Hisham,kenapa lah orang yg mcm ini di minta mengulas soal negara islam,orang melayu islam,soal islam dan hukum islam,nak bertanya jugak lah,LAYAKAH DIA INI BERBICARA SOAL ISLAM,JANGAN INGAT KAMU TU BEKAS PERDANA MENTERI KAMU SEMUA TAU,KAMU TAK LAYAK LANGSUNG BERCERITA SOAL ISLAM,SBB NYA SAYA MASIH INGAT LAGI AYAT YANG PERNAH KELUAR DARI MULUT DIA NI,PADA ZAMAN NABI TAK ADA PISAU CUKUR SBB TU NABI ADA JANGGUT,KEMUDIAN DIA TANYA LAGI MANA KAMU TAU NABI ADA JANGGUT,KAMU DAH JUMPA NABI KA,DAN KAMU SUDAH HIDUP KA PADA MASA TU,KEMUDIAN KITA INGAT LAGI SEJARAH ,SIAPA YG MEMULAI FITNAH LIWAT DI MALAYSIA,BUKAN KAH DIA NI ORANG NYA KAN,DGN SELAMBA DIA PUN BERKATA,ANWAR DIA TAK ADA BUAT SALAH APA-APA,CUMA MASA TU SAYA ADA KUASA,JADI SAYA HUMBAN ANWAR KE SUNGAI BULUH,HANYA DI KERANA KAN ANWAR MENOLAK BUAT PINJAMAN 2 BILION,PASAL NAK...See More
    • Sheikh Naimnif Selamat · Top Commenter
      Shaiful Hisham ,, Rasuah untuk umno ditukar kepada politik wang, tapi kalau orang kebanyakkan dipanggilnya rasuah, sbbtu SPRM tak boleh ambil tindakkan pada pemimpin umno sebab takde SPWM( Suruhanjaya Politik Wang Malaysia) heh.heh... ko tak paham ker??! Inilah yg ,barah kepada islam kat Malaysia selain tolak hukum Allah!!!
    • Raja Rimba · · Top Commenter · Works at Self Employed (Business)
      Ustaz Azhar Masuk Raja Lawak? Patutlah Aflin dan Harun Salim Bachik Masuk UMNO http://bit.ly/xLam0v
    • Lim Swee Chan Charles · Top Commenter · Setapak High School
      Madey layak citer pasal doktorgigi.. perkara yg lain tanya orang yg pakar dalam profesionnya. Aku akan percaya pada citernya kalo dia citer pasal GIGI.. itulah yg beliau belajar.. sebodoh bodoh aku.. rasanya aku lebih pandai darinya pasal pengetahuan Islam..
    • Putra Al-muza · 34 years old
      Raja Rimba ,jangan lah nak buat lawak ,pada hal akmu buat tak lawak langsung,kami tak kesah sapa nak masuk umno/bn ke,yang kami benci curi duit rakyat ,kaki fitnah,seleweng kan akidah,seleweng kan ahklak,itu je kami tak heran langsung ,biasalah aflin cari makan,LEPAS JUMPA ROSMAH MASUK UMNO, NAK SORU LAH KATAKAN,SUPAYA SENANG DPT JOB,SENANG BUAT PINJAMAN hhheeee ada udg seblik karipap
    • Amin Bin Hassan · University of Westminster
      Shaiful Hisham jadi hang sokong rasuah ka? sah sah orang UMNO ni hahahha jangan guna nama Allah kalau sendiri sokong rasuah, bukan tuduh tapi dah terang lagi bersuluh si sipolan tu makan rasuah, Hang tu yang buta hati..... cermin banyak kat kedai, pi beli dan tengok muka hang dalam cermin... apa hang nampak?
  • Badar Abu Bakar · UM (1988-1991)
    Orang Melayu tidak akan berpecah sekiranya menerima Islam keseluruhannya sebagai satu cara hidup dan mematuhi semua peraturan dan hukum yang ditetapkan dalam Al-Quran. Ketaksuban kepada ketuanan Melayu dan kebangsaan yang menyebabkan Melayu berpecah dan mundur serta terpaksa tunduk kepada bangsa lain dan merempat di negara sendiri.
  • Abdul Azim Talib · Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit
    kata-kata Saidina Umar, "Sebelum kedatangan Islam, kita adalah bangsa yang hina.. Kita mulia kerana Islam.. dan sekiranya kamu mencari kemuliaan selain dari Islam, nescaya kamu akan kembali ke lembah penghinaan.."
  • Sedik Za · Top Commenter
    wahai mahazir , kamu lah yang merosak islam, dan kaum melayu apa yang berlaku sekarang ada lah punca dari mu.
  • Prakash Rathakrishnan · Top Commenter · Welder at Cargotec
    Mesej ini sebenarnya ditujukan kepada PAS....Mengutuk PAS sebagai pengemis dinegara sendiri dan menjadi org suruhan.....BN cuba wujudkan konterversi antara PAS dan sekutunya DAP / PKR....Mereka Menghasut PAS utk merebut kerusi PM sekiranya PR tawan putrajaya....Kerana mereka ( BN ) mengangarkan yg DSAI akan dipenjara dan ini peluang mereka utk menyerang PR dgn mengunakan PAS atau pun nama islam sebagai senjata utk memisahkan PAS dari PR...JGN terjerat....
  • Wali Sulam · Top Commenter · UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, SELANGOR
    mahathir bercakap pasal islam? hahahaha
  • Mad Sixth Sense · Top Commenter · University of Liverpool
    Mahathir kata Islam tercemar kerana terlalu dipolitikkan....tetapi pada hakikatnya Orang Islam yang menerajui Politik negara tidak berpaksikan Islam yang sebenar dalam setiap aspek pemerintahan adalah punca yang menyebabkan imej Islam tercemar.
  • Marthus Arthus · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
    Islam tercemar kerana dipolitikkan oleh UMNO...jom ABU...Asal Bukan Umno...jom Undi PR dalam Pilihan Raya nanti...yang layak tapi belum berdaftar tu cepat2 tunaikan t/jawab sebagai rakyat Msia..kait sama2 Tumbangkan UMNO/BN dlm GE nanti.
  • Synapsez Neuron · UiTM Alor Gajah, Melaka
    JANGAN salah Faham DIA cakap pasal MELAYU bukan tentang ISLAM.. Dia memperjuangkan MELAYU tapi Bukan ISLAM..

Apabila Anwar tiada di gelanggang politik...

Anwar Ibrahim yakin. Sekiranya beliau terkeluar dari arena politik aktif sekalipun, Pakatan Rakyat akan tetap mampu mengemudi jalan ke Putrajaya.

Bukan itu sahaja. Malah, katanya, Pakatan Rakyat mungkin akan lebih menyengat dalam sayembara politik dengan BN.

anwar ibrahim in seremban 5Ini kerana, menurut Anwar, Pakatan Rakyat sudah ada formula dan kata sepakat tentang apa yang perlu dilakukan sekiranya keputusan mahkamah dalam kes liwat yang dihadapinya tidak memihak kepada beliau pada Isnin depan.

Beliau memberitahu umum bahawa pucuk pimpinan Pakatan Rakyat telahpun bersetuju untuk menampilkan tokoh yang sesuai untuk menggantikan tempatnya sebagai peneraju Pakatan itu.

Siapa tokoh berkenaan akan bergantung kepada butir keputusan mahkamah 9 Januari nanti.

Jika benar demikian persiapan Pakatan Rakyat, ini bermakna siapa sahaja yang akan dipilih kelak pasti akan mendapat sokongan tuntas dan mutlak daripada ketiga-tiga kerabat – DAP, PAS dan PKR.

Ini juga bermakna:

  • Pakatan telah mencapai tahap bukan sahaja kerjasama tetapi asimilasi atau penghayatan politik yang total – satu matlamat, satu hati satu cara. Ini adalah sesuatu yang mengkagumkan mengambil kira Pakatan bukan sebuah pertubuhan politik berdaftar seperti BN.
  • Memang sudah ada tokoh yang setanding atau sekurang-kurangnya menghampiri kaliber Anwar dalam Pakatan yang pasti boleh diterima oleh semua ahli kerabat pakatan politik itu.
  • NONEIni juga bermakna soal siapa dan dari parti mana yang akan menjadi perdana menteri jika Pakatan menakluki Putrajaya bukan lagi isu. Malah, Anwar yakin sesiapa sahaja yang menggantinya memimpin Pakatan adalah untuk tempoh sementara. Apabila Pakatan menang, katanya, perdana menteri sementara itu akan menggunakan kuasa politik untuk memulihkan kedudukannya dan mengembalikan kerusi perdana menteri itu kepadanya. Nas yang digunakan oleh Anwar ialah, ini pernah berlaku di Turki apabila Ecep Erdogan yang disekat daripada memegang kuasa politik terbukti dapat menjadi pemimpin Negara itu apabila partinya menang dalam pilihanraya dan “memulihkan” haknya. Dan,
  • Anwar mengukuh dan meramalkan betapa benarnya kempen Raja Petra Kamaruddin bahawa beliau sudah tidak releven lagi dalam konteks politik Malaysia hari ini. Jika memang sudah ada pengganti, mengapa perlu pada Anwar lagi?

Soalnya, benarkah Pakatan kini sudah ada pengganti Anwar? Atau, kenyataan Anwar itu hanya untuk menyedapkan hati penyokong Pakatan bahawa tidak akan berlaku pergeseran dan pertikaian dalam Pakatan apabila beliau tidak ada dalam gelanggang politik?

Ia menimbulkan lebih banyak persoalan lagi. Antaranya;

NONE1. Benarkah pelbagai golongan dan fahaman politik dalam DAP, PAS dan PKR dapat dileburkan menjadi satu suara, satu hati dan satu cara perjuangan dalam setiap kerabat Pakatan berhubung isu pengganti Anwar ini?

2. Sudah langsaikah pertikaian fahaman politik – Islam dan Malaysian Malaysia – PAS dan DAP kini? Atau, adakah ia akan menjalar lebih ganas selepas ketiadaan Anwar?

3. Benarkah tidak kira tokoh dari parti mana sekalipun yang dipilih menjadi pengganti Anwar akan diterima baik oleh pelbagai regu politik dalam parti-parti kerabat Pakatan sendiri?

Andaikata dipilih dari kalangan tokoh PAS, apakah jaminannya ia akan jadi keputusan sebulat suara? Episod Hasan Ali dengan intepretasinya PAS telah tergelincir dari landasan politiknya baru-baru ini pasti berulang kerana kali ini, natijah persaingan ialah kerusi perdana menteri Malaysia!

NONEBegitu juga jika calon yang dipilih dari PKR. Jika benar desas-desus mengatakan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah puteri sulung Anwar dipilih sebagai pengganti beliau, bagaimana dengan Azmin Ali yang memegang jawatan timbalan presiden?

Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail pasti tidak boleh menjadi wakil rakyat pada tempoh terdekat menjelang pilihanraya ke 13 kerana telah bertindak mengosongkan kerusi Permatang Pauh yang dimenanginya dalam pilihanraya ke-12 bagi memberi laluan kepada Anwar Ibrahim.

Tidakkah keadaan ini akan mengusik kembali kenangan dan episod persaingan menjelang pemilihan pucuk pimpinan PKR pada penghujung 2010?

4. DAP mungkin menjarakkan diri daripada persaingan memilih pengganti Anwar ini kerana jatidirinya bukan sebuah parti Melayu-Islam. Hambatan perlembagaan dan protokol politik lazim negara dengan sendirinya menolak calon DAP daripada diangkat jadi ketua Pakatan Rakyat.

selangor dap congress 2011 1Namun bagaimana jika DAP sendiri memiliki kerusi terbanyak di kalangan anggota Pakatan pada pilihanraya umum ke 13?

Apakah ada kemungkinan DAP pula melaksanakan program “ala-16 September 2008 Anwar Ibrahim” dengan “memujuk, memancing dan menggertak” parti-parti bukan berasas Islam dan Melayu menyertainya menubuhkan kerajaan baru?

Ini semua mungkin. Selain banyak bergantung kepada butir keputusan perbicaraan kes Liwat II Anwar Ibrahim, ia juga banyak bergantung kepada faktor-faktor luar Pakatan yang lain.

Umpamanya, apakah jaminannya bahawa walaupun kurang bilangan ahli parlimen untuk menubuhkan kerajaan ke-13 negara, BN sendiri tidak akan berusaha untuk melaksanakan kempen “ala 16 September Anwar Ibrahim”?

NONEKali ini kedudukan Umno tentu kelihatan lebih jelas dan ikhlas untuk memperkukuh perpaduan Melayu dan Islam. Ini kerana dengan kekuatan yang jauh lebih merosot daripada sebelumnya, naluri untuk hidup “survive” Umno akan lebih tinggi. Maka jika keikhlasan yang dituntut, Umno akan terpaksa berpegang kepada prinsip itu.

Umno bersama komponen BN lain mungkin ketika itu kalah di segi bilangan kerusi. Namun jika ia dapat mengekalkan sekurang-kurangnya 60 hingga 70 kerusinya sekarang, ia masih boleh meyakinkan PAS dan ahli parlimen Melayu-Islam PKR untuk menyertainya menubuhkan kerajaan Melayu-Islam.

NONEAnwar Ibrahim sudah tiada ketika itu untuk mempertahankan pembinaan sebuah kerajaaan Satu/Pan Malaysia yang diidamkan.

Apapun, percayalah, keyakinan Anwar bahawa ketiadaannya dalam arena politik Malaysia akan tidak menggerhanakan Pakatan, tidak semestinya tepat. Ia pasti goyah dan mungkin bergoncang dilanda real-politik pelbagai dimensi, persepsi, etnik dan agama.

ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis/penyumbang dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi sidang pengarang Malaysiakini.

Abdul Rahman Malik adalah bekas kakitangan awam dan kini cenderung memperjuangkan nasib politik orang-orang Melayu.


  • Jawa Dari Bali Jawabali · Pengulas Tertinggi · Institute Teknologi Bandung
    Pastikan Pakatan Rakyat menang, DSAI dibebaskan dan dimasukkan pula orang2 umno di dalam penjara kerana rasuah, penipuan, fitnah, lesap duit rakyat dll.
    • Mengdez New Book · · Pengulas Tertinggi
      Maaflah, tengok saje 'kini cenderung memperjuangkan nasib politik orang-orang Melayu' sudah rasa sama macam penulis BN, mengapa memperjuangkan nasib politik Melayu apabila negara sudah diterajui orang Melayu? sepatutnya kita memperjuangkan nasib orang Malaysia yang ketinggalan tidak kira kaum apa pun, pemikiran yang selalu mengutama kaum sendiri patut dihakis, ini merupakan ajaran BN selama ini, kalau mahu menolak BN, perlu menolak pemikiran macam ini. Malaysia untuk orang Malaysia yang mencintainya, tidak kira kaum apa.
    • Ida Sofia · · Pengulas Tertinggi · SMK Aminuddin Baki
      Mengdez New Book saya amat setuju...tulisan di atas lebih kepada umno.....
    • Kamaruddin Saijo · Pengulas Tertinggi
      sokong 100%
  • Tokbathin Bathin · Pengulas Tertinggi · Sek men vokasional nibong tebal
    Penulis otak kotak"dengar sini"tanpa UMNO pun Malaysia akan aman makmur, tulisan kamu satu cubaan provokasi menakut-nakutkan dan memperbodohkan rakyat hanya UMNO yang layak terajui pemerintahan dan merompak duit negara" Pee rah".Mengapa negeri2 yang ditadbir PR mendapat pengiktirafan dari PAC?
    • Bogo Indra Gonzales · · Pengulas Tertinggi · umur 32 tahun
      Tokbathin saya setuju benar apa you cakap..porrrah umno
    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi
      Penulis diatas byk bermain dgn kemungkinan. Ini semua utk menimbulkan keraguan rakyat pd PR/PAKATAN. Saya seakan dpt membaca bahawa penulis diatas sbnarnya adalah penyokong tegar umno. Sbb itu dibawah sekali dia kata, 'kini cenderung memperjuangkan nasib politik orang-orang Melayu'. Siapa yg biasa cenderung dgn politik org2 melayu & asyik dgn melayu, melayu? Anda dah tau jawapannya. Cuba tgk apa dia kata, 'Kali ini kedudukan Umno tentu kelihatan lebih jelas dan ikhlas untuk memperkukuh perpaduan Melayu dan Islam. Ini kerana dengan kekuatan yang jauh lebih merosot daripada sebelumnya, naluri untuk hidup “survive” Umno akan lebih tinggi. Maka jika keikhlasan yang dituntut, Umno akan terpaksa berpegang kepada prinsip itu.'
      Mmg umno akan berusaha lebih, dgn keadaannya skrg yg jauh lebih merosot. Tapi bukan lebih ikhlas utk memperkukuh perpaduan melayu & Islam. Tapi semata2 utk mengekalkan kuasa yg dinikmatinya. Itu sj...
    • Manman Mai · Pengulas Tertinggi
      penulis jgn mainkan api perkauman sempit n menyempitkan fikiran rakyat yg inginkan keadilan n kesejahteraan sejagat...bukan mudah nak diperbodohkan rakyat/generasi skrg ni....dah nampak dgn nyata dimana yg haq mana yg bathil...jika PRU13 PR memerintah biar pun DAP majoritinya,,,tp negara yg berdaulat mempunyai kesultanan raja berpelembagaan tetap melayu/islam yg memgang tampuk kerajaan...maaf klu sy salah ...xperlu nak menakutkan ...masing2 yg berakal mempunyai jati diri untuk hidup dgn aman n harmoni...tanpa UMNO/BN malaysia tetap ujud insyaallah lg bertambah baik rakyat dapat nikmat dr pemerintahan yg adil n saksama,,,,
    • Raja Rimba · · Top Commenter · Works at Self Employed (Business)
      Ustaz Azhar Masuk Raja Lawak? Patutlah Aflin dan Harun Salim Bachik Masuk UMNO http://bit.ly/xLam0v
    • Adam Siber · Top Commenter
      Itula penulis orang Melayu...suka meramal tetapi tidak beramal...kah.kah..kah....Cuba tengok siket...negara lain takde Melayu pun takde UMNO pun...aman jugak...yang tak aman dengan orang Melayu ialah UMNO...dulu Melayu+Cina+India tak kamceng...UMNO pula suka kencing...Kini semua bersama dan bersatu bersama pR....UMNO dah kalut...macam2 provokasi...kalau la aku Ultraman dah lama aku tangkap provokator tu...
  • Adi Dfb · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
    Ingatlah, walau apa pun terjadi. Malaysia ini negara anda. Ia negara kita. Mari kita mengundi.

    THE VOICE OF PEOPLE WILL TEAR UMNO/BN TO PIECES.
  • Zexx Zainol · Top Commenter · Implementation Manager at Ericsson AB
    Resam dunia,,, patah tumbuh hilang berganti,,, Tak ada Anwar,,,, ramai lagi pemimpin Pakatan Rakyat yg Berwibawa,,,, Ala-ala rumah yg kita buat tambahan baru (renovation) tentunya LEBIH CANTIK DAN MENAWAN,,,, ASALKAN,,, ASALKAN,,,, umno parti Pengkhianat umat Melayu diKAPAN & diTALKIN kan,,,, hahaahaahaaahaaaaaaa SYOK NYER,,,, GUA NAZAR BUAT 'KAMBING GULING',,,,, Mari Kita Raikannya nanti INSYAALLAH!
    • Bogo Indra Gonzales · · Top Commenter · 32 years old
      Zexx Zainol bukan kambing guling saja lembu nfc pun kita buat lembu guling beri rakyat makan meraikan kemenangan pkr nati.
  • Abd Razak Ahmad Hejas · Gaya College, Kota Kinabalu '78-'79
    insyaAllah kepimpinan yg BIKAKSANA mmpumngatasi plbg masaalah sbb sebarang PERUBAHAN hnya mmpu dilakukan oleh pemimpin yg bnr2 BERKARISMA DNMMILIKI DAYA JUANG SERTA PEMIKIRAN YG TAJAM/BERNAS.wallahhuaklam.
  • CdKosong Berdebu
    penjara @ tidak, BN ttp akan tumbang, anwar @ bukan, Malaysia tetap akan dibebaskan!!!bersatulah kamu rakyat utk menikmati DEMOKRASI!!!!
  • Sang Nitham · Top Commenter · Technical Director at GO Nitham Sdn Bhd
    Bagus jugak artikel ni. Kalau nak sementara, dah tentu PAS paling layak, paling menjaga janji.
  • Bicara Orangmuda · Queens University Belfast
    DSAI adalah tokoh negara walau apapun tindakan ataupun mungkin fitnah yg dilemparkan kpd beliau.dan org muda kadang2 pelik kenapa DSAI begitu dikehendaki agar dikenakan hukuman. usianya pun makin lanjut. sepatutnya pihak kerajaan yg ada kini memanfaatkan sebaik mungkin kelebihan2 yg ada pada DSAI. mungkin ada kaedah yg lebih baik dan org2 cerdik pandai dlm kerajaan takkan tak mampu nak fikir caranya. kalau dgn penganiayaan dan memalukan begini. siapa yang rugi. kerajaan dan sudah pasti rakyat malaysia yg paling rugi.
  • Jamaluddin Jumri · Top Commenter · Manager at Own bisnes an engineering
    penjara atau tidak bukan soalnya, yg pasti hapuskan politik kotor umno bn rasuah, zalim.jom kita ABU kan umno.pastikan kempen ABU berjalan lancar dan tercapai.walau dipenjara sekalipun kita masih ada lagi ANUAR IBRAHIM yg lain.fia memang tidak bersalah.
    • Bogo Indra Gonzales · · Top Commenter · 32 years old
      Harus kita rakyat malaysia bersatu kuburkan umno dan penjarakan pemimpen yang makan rasuah baru mereka rasakan.
  • Mohd Ropi Ismail Rindu · Top Commenter · SMK.Tok Motong at Teacher bm
    Pemimpin boleh datang dan pergi....?, Janji Berpegang pd 2 asas, pasti takan sesat(Al-Quran&Hadis), Negara Brunei, Indonesia tiada Umno pun ok jerrrrrr, Korea Utara tiada DAP pun, Amerika tetap "gerun" dan Libya tiada PAS pun, tetap kena serang dekkk NATO....Hapuskan "MITOS" yg karut-marut tuuuuuuu, janji Bersatu, Adil dan Berkebajikan tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit.
  • Ash Ley · Top Commenter
    sedih campur hairan...bagaikan semua pihak tahu keputusan mahkamah, walaupun jelas tiada bukti apatah lagi saksi, kau jawab lah rosmah & najib dpn tuhan nanti, temasuklah mereka2 yg menyokong kezaliman mereka berdua.
    • Zulkifli Marzuki · Top Commenter · North Pole, Alaska
      anwar tidak mengemukakan alibi dimahkamah.. wallaupun mendakwa bersama keluarga sewaktu kejadian berlaku semasa press conference.
    • Ash Ley · Top Commenter
      Zulkifli Marzuki tidak mengemukakan kerana langsung tidak dpt dipanggil saksi2 yg ada dlm kondo tersebut
    • Zulkifli Marzuki · Top Commenter · North Pole, Alaska
      Ash Ley : karpal pun tak pertikaikan anwar meliwat saipul.. cuma yg dipertikaikan oleh karpal.. kenapa saipol tak mlarikan diri semasa diliwat oleh anwar. maknanyer... fikir sendiri yerr
  • Zam Jitu · Top Commenter
    samada anwar masuk penjara atau tidak ianya tak penting, kerana yang penting tumbangkan BN.pakatan bukan anwar punya ..ramai lagi pemimpin yang wibawa.

Tiada ulasan: