Jumaat, 6 Januari 2012

DAH JADI TAKDIR..KENYATAAN DAH DIBUAT..MAKA TERANG LAGI BERSULUH...KOMEN2 DIBAWAH MEMALUKAN DIRI..ITU PUN JIKA ADA RASA MALU...ELOK DIAM...

Polis benar penyokong Anwar berhimpun di tempat lain
Polis membenarkan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perhimpunan Isnin ini, tetapi ia hendaklah diadakan di lokasi lain dan bukan di hadapan Kompleks Mahkamah, di Jalan Duta demi menjaga ketenteraman awam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata pihak penganjur perlu bertemu dengan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh bagi membincangkan lokasi
yang bersesuaian untuk mengadakan perhimpunan itu.

"Kami boleh benarkan perhimpunan itu dijalankan tetapi bukan di mahkamah. Mereka boleh berhimpun di tempat yang tidak mengganggu ketenteraman awam dan
kelancaran trafik.

"Walaupun undang-undang Akta Perhimpunan Aman 2011 belum digazetkan, kami sedia membenarkan penganjur meneruskan perhimpunan itu dengan syarat mereka membatalkan perhimpunan di hadapan mahkamah itu bagi menjaga kepentingan umum," katanya pada sidang media khas di Bukit Aman hari ini.

Beliau berkata jika nasihat untuk membatalkan perhimpunan itu tidak diendahkan,pihaknya bersedia untuk mengawal keadaan serta mengambil tindakan bersesuaian supaya tidak terjadi kekacauan dan juga tekanan kepada mahkamah.

Jika keadaan demonstrasi di luar kawalan, Ismail berkata polis akan menggunakan elemen penyuraian seperti penggunakan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), 'water cannon' dan gas pemedih mata sekiranya perhimpunan itu mengancam keselamatan awam.

"Saya menyeru orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan di hadapan mahkamah itu kerana dikhuatiri kedatangan mereka itu hanya akan mengganggu ketenteraman awam dan keselamatan negara dan mendatangkan ancaman kepada orang lain," katanya.

Beliau turut mengingatkan orang awam agar matang dan menghormati keputusan mahkamah dan sebarang tindakan yang menentang atau melawan keputusan mahkamah merupakan satu kesalahan di bawah Akta Hasutan.

Ismail berkata dalang-dalang perhimpunan itu kini dipantau dan polis sentiasa memantau keadaan terkini melalui laman siber dan media.

Beliau berkata pihak penganjur juga tidak sepatutnya menggunakan slogan 'Bebaskan Anwar' kerana ia seolah-olah membelakangkan mahkamah dan tidak menghormati sistem keadilan negara kerana keputusan belum dikeluarkan.

"Hormati keputusan mahkamah. Saluran rayuan sentiasa terbuka kepada mana-mana pihak yang terkilan dengan keputusan mahkamah dan bertindaklah dengan kematangan, bukan emosi seiring dengan amalan demokrasi dan budaya masyarakat Malaysia," katanya.

Sehingga hari ini, polis menerima 535 laporan daripada pelbagai pihak di seluruh negara kerana membantah perhimpunan itu yang dirancang diadakan Isnin ini.

- Bernama

PKR bincang dengan polis esok
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali akan mengetuai satu delegasi dalam perbincangan dengan Ketua Polis Kuala Lumpur esok berkenaan perhimpunan yang dijadualkan pada 9 Januari.

PKR dalam satu kenyataan berkata perjumpaan itu dijadualkan diadakan di Ibupejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada jam 10 pagi.

Menurutnya, kesediaan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang telah mengarahkan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh untuk mengadakan pertemuan dengan pihaknya adalah dialu-alukan.

Ismail dilaporkan berkata beliau telah mengarahkan Ketua Polis Kuala Lumpur untuk mengadakan pertemuan dengan penganjur demonstrasi itu, manakala Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula dipetik sebagai berkata sebarang demonstrasi jalanan tidak akan mengubah mana-mana keputusan mahkamah.

Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan pada Isnin depan dalam kes pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, tiga tahun lepas.

- Bernama

Hasan Ali cadang Nik Aziz, Hadi ganti Anwar jadi PM

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali mencadangkan supaya Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilantik sebagai Perdana Menteri jika Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah dalam kes bicara liwatnya dan jika Pakatan berjaya menumbangkan BN pada pilihan raya umum akan datang.

husan ali pc 050112 01Sekiranya umur menjadi faktor penghalang, maka Hasan mencadangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri kerana kedua-dua mereka adalah calon yang mampu dan berkelayakan.


Hasan berkata apabila memilih seseorang pemimpin, selain rekod prestasi mereka dalam kerajaan dan peringkat antarabangsa, latar keluarga mereka juga perlu diberi perhatian.

“Untuk jadi pemimpin track record mesti bagus, track record kita khidmat dengan kerajaan, swasta, di peringkat antarabangsa dan organisasi perlu diambil kira.

Track record perlu tengok ini. Kita juga tengok perkelilingan kita, keluarga kita mesti bagus, isteri kita mesti bagus, anak kita mesti bagus jangan ada dadah.

“Sebab kita nak jadi pemimpin dan pemimpin ini neraca atau cermin kepada rakyat kita pimpin," katanya.

Justeru, katanya atas sebab itu, baginya orang yang paling layak memimpin negara ini dan yang terbaik sepanjang pengetahuannya adalah Nik Aziz.

nik aziz hugging hadi awang 230708“Yang paling cantik untuk pimpin Malaysia ini, saya nak namakan orang itu, bagi saya beliau adalah Datuk Nik Aziz.

“Kalau umur jadi halangan, Datuk Seri Hadi Awang pada saya," katanya.

Hasan juga menemplak mereka yang mempertikaikan mengapa pemimpin kanan PAS itu tidak boleh menjadi perdana menteri.

“Apa Hadi awang tak boleh? Adakah kerana dia tak dididik di England, di Oxford atau Cambridge tidak boleh jadi PM.

“Adakah kerana beliau pakai jubah atau serban dia tak boleh jadi PM?" soalnya pula.

Hasan berkata, kedua-dua pemimpin itu mempunyai cara hidup, latar keluarga dan rekod prestasi serta pengalaman mereka berurusan dengan rakyat yang cemerlang.

“Tengok kehidupan, keluarganya, pengalaman mengurusnya, pengalaman tadbir manusianya saya rasa kalau saya ada cadangan atau ada kuasa kemukakan cadangan itu saya cadang dua orang inilah yang saya akan paparkan sebagai pemimpin yang boleh didaikan PM Malaysia," katanya lagi.



Demo 901: Hasan tak hadir, nasihati pelajar elaknya
Exco kerajaan negeri Selangor Datuk Hasan Ali tidak menyokong perhimpunan ‘Bebaskan Anwar’ pada 9 Januari ini dan tidak akan menghadiri demonstrasi itu.

Perhimpunan itu dianjurkan oleh PKR dan akan dihadiri oleh pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat sebagai menunjukkan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika keputusan perbicaraan liwat II yang membabitkan ketua pembangkang itu diumumkan.

Hasan ali pcSehubungan itu, Hasan yang juga bekas pesuruhjaya Selangor menasihatkan mahasiswa dan pelajar khususnya yang sedang menghadapi peperiksaan dalam tempoh ini supaya tidak menghadiri perhimpunan itu.

"Walaupun terdapat arahan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Osman bagi ahli-ahli (PAS) suapaya hadir, saya merasakan bahawa ini adalah tidak sesuai.

"Saya telah semak sebelum ke sidang media ini, tidak terdapat arahan oleh mana-mana pesuruhjaya PAS negeri lain yang mengeluarkan arahan seumpama itu. Tiada juga arahan yang dikeluarkan oleh pemimpin atasan supaya hadir. Oleh itu, saya tidak akan hadir," katanya.

Hasan, bekas ahli akademik dan bekas ketua Biro Tatanegara, berkata sebagai pelajar mereka perlu menumpukan perhatian pada pelajaran dan tidak terpengaruh apa-apa yang mungkin berlaku kepada Anwar.

"Tumpukan perhatian pada pelajaran dan masa depan anda. Saya difahamkan kebanyakan universiti seperti Universiti Malaya, Universiti Industri Selangor, Universiti Teknologi Mara, Universiti Pertanian Malaysia sedang mengadakan peperiksaan dalam tempoh ini.

“Tumpukan pada peperiksaan dan lakukan yang terbaik.

azlan"Saya kasihan terhadap Anwar tetapi beliau tidak seharusnya menjadikan masalah peribadinya sebagai isu negara dan mengheret orang lain bersama. Pelajar sekolah menengah juga harus kekal di sekolah-sekolah dan tidak menjejaskan pelajaran mereka," katanya.

Hasan berkata demikian sebagai mengulas perhimpunan yang dicadangkan untuk menyokong Anwar selepas keputusan perbicaraan liwat diumumkan.


  • Mohd Salimon · · Kuala Lumpur, Malaysia · 245 subscribers
    Hasan Ali pencacai UMNO in the making. PAS must be blind or probably running out of ideas.
  • Zamri Ismail · Pengulas Tertinggi
    Lantak kamu la Hassan..x payah heboh2..waktu BERSIH 2.0 arahan rasmi dari Presiden PAS wajibkan ahli hadir..kamu hadir ke tak??
    • Abdol Rahim Ahmad · Teacher di Kementerian Pelajaran Malaysia
      die bg nasihat, nasihat kan satu rahmat Allah...kt ni, diam2 sudah...
    • Buka Minda Anda · Pengulas Tertinggi · Shah Alam, Malaysia
      NASIHAT? nasihat ada makna tu....hehe.... masa BERSIH... dia tgh 'bersihkn' rumah dia
    • Kita Rakyat · Pengulas Tertinggi
      hassan ni memang nak sabotaj pakatan rakyat. himpunan 901 bukan saja nak bebaskan anwar ttp juga utk menolak fitnah dr barisan nasional.
    • Murugan Munisamy · · Top Commenter · Institude technology udara
      Hassan takut kot, lu takdah pun 901 jalan juga, lu pi jaga kain macik BN
    • Hasmira Hasmi · Top Commenter · SGB
      Buka Minda Anda ,dia dah termakan hasutan puak2 sebelah sana,mungkin ada harapan jadi calon atau jadi macam nakahie
    • Amm Pin · Top Commenter
      lepas ni kenyataan dr hasan akan di siarkan selama 7 hari 7malam dlm berita...
    • Mohamad Abdul Hadi
      kalo taknak datang diam je la... perjuangan PR adalah mendemokrasikan pemikiran rakyat.... makin lame makin hilang respek kat hassan ni... keluar je la dari PAS... zzzz
    • Man Tapoi · Top Commenter · Khartoum, Sudan
      kerja sia sia .. kerja bodoh ... membela pemaksiat!
    • Kiyai Reformis · Top Commenter · Pontian, Johor, Malaysia
      Kenapa la PAS masih simpan orang macam ini? PAS akan kalah kalau kalau menyimpan hantu perkasa ini.. Kemenangan PKR dan DAP selepas PRU 13 tidak berguna untuk Pakatan Rakyat ! Kalau tak nak berambus baik diam, Kalau tak nak diam,halau keluar jer..!
    • Man Tapoi · Top Commenter · Khartoum, Sudan
      Kiyai Reformis PKR dan DAP parti laknat. Pemimpin nya anti islam dan peliwat ... patut parti begini yang harus dicampak keluar oleh rakyat. Hasan Ali pejuang islam. Hanya sikafir saja tidak suka hasan ali. Takbirrrrrrrrrr
    • Suraya Idris · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
      Zamri Ismail pandangan yang terbaik daripada tokoh yang terpelajar, syabas DDHA
    • Muhammad Abdullah · Top Commenter · SM TEKNIK PERTANIAN CHENOR
      Zamri Ismail,BERSIH 2.0 TAK BERSIH,sebab tu Datuk Hasan Ali tidak hadir,kamu tak faham lagi ke?Beliau begerak berpandukan ilmu bukan dengan otak udang.
    • Hadi Kamaruzzaman · Top Commenter · Ipoh, Perak
      biar la...zaman nabi pn dah ada org mcm ni....
    • Mohd Rosdi · Top Commenter · Ilp ipoh
      kalau hasan ali cakap dlm tv 3suku sah dia ada udang sebalik meee
    • Abdol Rahim Ahmad · Teacher at Kementerian Pelajaran Malaysia
      nasihat tetap nasihat...ade makne r x pun, bkn nye kt tau, hye Allah n die jer yg tau...kt yg xtau ni yg bt2 tau, leh jd fitnah klu ckp klu kt tau, leh jd ngumpat klu kt tau...jd, tau2 je la ye mane amal kite...
    • Pakai Otak · Top Commenter · Dgn Kawan 2
      TAK PAYAH HADIR LE HASAN BUAT SEMAK JE...NANTI SUSAH PULAK POLIS NAK SEMBUR WATER CANON KALAU KO ADA KAT SANA... KALAU HASAN TAK ADA FUHHH POLIS BOLEH BUAT APA SAHAJA...HEHEHE
    • Zanirun Baba · Top Commenter · 57 years old
      Man Tapoi ..Kau tak layak takbir!..Kau patut laung HIDUP MELAYU!..HIDUP MELAYU!HIDUP MELAYU!..
    • Baharudin Salleh Bin Awang · Top Commenter · Marketing at Qantas
      Mohd Rosdi baea bertenang dlu,ada sebab tu tak ikut.
    • Kapten Mokhtar · Top Commenter · Pengurus at CZM CONSTRUCTION & TRADING
      Hassan ali x mahu iku arahan parti dia malu la dri Pesuruhjaya PAS Selangor jd ahli d lantik aja. dpersila lah jd katak bersama Brehim ali n Zul kulum
    • Mat Pedas · Top Commenter · 18 years old
      Kita Rakyat : hassan Ali Bodo ini..bukan suara PR..ini suara Umno!!!!
    • Daniel Mousa Daulah Islamiah · Top Commenter · Maahat Tahfiz Al Hidayah
      wajib hadir tu mcm wajib solat 5 waktu ker...kalau x p berdoasa besar????...bagus la pelajar belajar betul2,belajar sampai pandai dan berjaya...guna masa utuk menelaah buku lebih baik dari sertai perhimpunan....buang masa dan tenaga jer p perhimpunan tu...belajar rajin2 sampai pandai...sampai pandai menilai yg baik dan buruk...senang x mudah pecaya ckp orng yg berkarat otak.....jd manusia yg bermoral tinggi..berakhlak tinggi...
    • Man Ahmad · Top Commenter · Seri Kembangan
      sy penah bekerja di opis hasan ali sblm dan slpas dia masuk PAS...i knew him very well..apa matlamat dia masuk PAS 1 opis SABHA Group tau...x heran kalo dia masuk AMENO
    • Mohamad Abdul Hadi Mohamad · · Top Commenter · Assistant Architect at Arkitek Ikatan Cipta Bina
      Mohamad Abdul Hadi : ada orang sama nama ngan aku la.. hahah'
    • Kamarul Anwar · Tiada
      Cara Hassan memberi pandangan bukan sehaluan dengan pimpinan PAS. Pandangan Hassan amat digemari oleh UMNO terutama pada masa ini. Inilah penyakit jika tidak sempat mengikuti Tarbiah PAS. Jika Hassan faham diam2 sudahlah...
    • Juddy Lesen · Top Commenter
      tupai bermain d hujung pucuk.......kelapa.mmg betul kata kwan2 yg mnyedari gerak .....ptemuan ITU.sudah lama d rancang.dramanya d lancar kemudian.....iklanya dah mula silih bganti.alhamdulillah......sbelum dia buat mcm brahim katak....kini kejelasan
    • Juddy Lesen · Top Commenter
      Daniel Mousa Daulah Islamiah ....mmg sewajib solat 5 waktu bila bdpan dgn kmungkaran.apatah lg sebesar ini...tp bukan bsekongkol bpeluk tubuh.utk mnyokong si pjahanam.
    • Wan Don · Top Commenter · Pembantu Tadbir (P/O) at Pesara
      Perhimpunan 901 turut disertai Presiden PAS TG Haji Hadi Awang, ini yang membuat rakyat Selangor sekali lagi tersinggung.
    • Juddy Lesen · Top Commenter
      Daniel Mousa Daulah Islamiah ........melawan kemungkaran juga jihad.bukan bpoya2,new year,disco,umah urut......pg stadium pun tak dpt pahala.......ke medan jihat "janjinya".
    • Yusri Rawi · Top Commenter
      Man Tapoi -apa lu merepek ni mamat..nak tahu cerita hassan ni,tanyalah ank selangor..rancngan nya,bergabung dgn umno,makanya dia lah MB Sealngor..tup2 tak jd,PKR sudah ambk maa..pasai tu marah sgt kat DSAI..Hassan ni kecewa,frust..kan commnt dr pempn Pas ...dia kecewa...
    • Ismahaji Abu · Top Commenter
      Hello Dato...klau x nak terlibat duk diamx sudaah le...jgn hasut org lain...x boleh nak blajar sarjana ni....rupenye...org kat bawah ni mkn meluat tgk Dato bg statement kat media...
    • Laziaf Mos · Top Commenter · Segamat
      pak hassan suka motivate jer...maklum lah masyuk...jangan marah kat pak hassan...orang tua...dah tak kuat...tak pasal2 masuk wad...nasihat kat pak hassan...jangan banyak cakap,nanti sakit jantung...
    • Mhd Amir · Top Commenter
      sila hadir demo.....perlu tnjukkn yg korng adalh pejuang.......pejuang liwat...........kih2....anwar pesan....sila pkai spender shja time berdemo! Sng nk mndi water canon nnti....bt dr hassan....pnyokng2 ko ni dh thap taksub....xyh bg nsht la..bt abis air liur ja...aku nk bg galakn adalah....sila berdemo pkai spender 9hb ni.....adiosss
    • Mohd Yazid Bin Baharom · International Islamic University Malaysia
      jangan layan pak hassan ni...elok pas buang dia ni je spesis zulkifle nordin
    • Sya Iqah · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
      jgn byk ckp lah hasan kluar lah dari pas... semakje
    • Kiyai Reformis · Top Commenter · Pontian, Johor, Malaysia
      Ini org ketagih nak jadi MB.. Umno dah bisik kat dia gaknya.. kalau PR tumbang kat Selangor ko la paling layak jadi MB.. sbb calon MB dalam Umno dah tak de dah.. ahli Pas bawahan yang suka sangat kat Hassan Ali paham politik ke tidak ? Kalau PR tumbang Pas kalah sekali bro..! Lepas tu ko nak ketawakan diri sendiri.. wala' sikit la..!
    • Tariq Ziyad · Top Commenter · Works at Berniaga
      Abdol Rahim Ahmad pak hasan ini pernah demo dgn Ibrahim Ali.
    • Shauki Hussin · Maktab perguruan islam bangi
      waktu perhimpunan anti kristianisasi di dewan jubli perak Shah alam dato hassan ali mohon semua yg hdir supaya datang beramai2 ke stadium shah alam ...tpi yg hadir ? mgecewakan...org 2 kuat PAS pun x rmai yg dtang...
    • Abdul Malek Hassan · · Top Commenter · Sekolah Tengku Ampuan Rahimah
      hassan tak perlu komen pon kalo tak nak hadir.. dok diam jer jadi org bisu..tak payah plak nak nasihatkan pelajar2 supaya jgn hadir.. elok la pakcik nie berenti jer jadi ahli exco dan ahli parti.. bunyi pon mcm tali barut jer.. tak payah jugak kata ini hal peribadi anuar.. cakap mcm tak guna otak la plak..
    • Arifin Masran · Top Commenter · Universiti Putra Malaysia
      Pak Hassan nak simpan janggut (ikut sunnah) pun kurang kemampuan.... Apa lagi yang lain
    • Zaidan Misran · Top Commenter · Ikm melaka
      aku sampai bila2 pun tak kan percaya kat Hasan UMNO ni. talam dua muka. dulu dia ajak kita serang gereja, konon utk mempertahankan akidah org islam. Nabi sendiri melarang umatnya menyerang rumah ibadat agama lain sebaliknya berusaha mengukuhkan iman umatnya supaya tiada kepercayaan lain yg dpt merosakkan akidah kita. ini semua utk membangkitkan kemarahan org bukan islam supaya tidak mengundi PKR dan seterusnya memecahkanbelahkan pakatan pembangkang.
    • Muhammad Ismail · Top Commenter
      Daniel Mousa Daulah Islamiah - KAU NI NAK TUMPANG SENANG ATAS KESUSAHAN ORG LAIN... FAHAM TAK...KAU NIH JENIS ORG YG TAK AMBIK KESAH APA PUN BERLAKU... JANJI KAU SAJA NAK HIDUP SENANG...SPECIES MACAM KAU NIH KALAU KOMINIS PERINTAH SEKALIPUN KAU BOLEH HIDUP...HARAP JANGGUT JER KAU NIH... TAPI TAK BOLEH HARAP LANGSUNG...
    • Sakrani Ahmad · Top Commenter · Pasir Gudang, Johor, Malaysia
      Memang tak sesuai kepada pelajar yg sedang menghadapi peperiksaan.Beri peluang kpd orang tak periksa lain kali awak pula.
    • Noor Mohd · Top Commenter · Works at Finance and Banking
      Kita Rakyat manusia yg tak tahu wala pd pimpinan. tgha pie dia pandai2 arahkan tak payah pie. hempeh gas punya ali
    • Kuning Bersih · UI (Universitas Insya Allah)
      yela mn de tgna suruh turun! Xpela dato' bdk2 pas skrg ni pun byk yg mangkuk hayun... X mncerminkn ahli pas... Perangai n kata2 dh sama dgn pkr n dap.. Dhla bodoh sombong, bongkak plk tu...
    • Aizat True Leader · Top Commenter
      Abdol Rahim Ahmad setuju
    • Raja Rimba · · Top Commenter · Works at Self Employed (Business)
      Anwar Bebas 901 Reformasi. Sudahkah Anda Bersedia http://bit.ly/yNjpQp.
  • Haji Nazim
    Sukahati la pak hasan.Pak hasan bukan pernah join mana-mana demo pun.
  • Abdul Manan · Top Commenter · UKM, Bangi, Selangor
    hasan ali ni ingat dah betul2 minta maaf kat pas tapi cara dia cakap sebiji macam orang umno....pakat ramai2 tendang je dia dari pas...
    • Kupasan Isu
      Kami Sebagai Rakyat 1 Malaysia Tetap Dengan 1 Azam Akan Mengekalkan Azam Kami 2012 Menumbangkan BN di PRU 13.. walau pun Datuk Hasan Ali dah jadi macam jurucakap UMNO pulak..
    • Abdul Halim · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
      betul tu...cara dato hassan ali x sehaluan dgn pemimpin pas yang lain...faham2 jela kan maksud dato hassan ali kan..
    • Abdul Manan · Top Commenter · UKM, Bangi, Selangor
      zulkifli marzuki kan hari tu saya dah kata anda penakut...tak de photo dan info diri....adakah anda2 sebahagian taik2 yg digugurkan oleh umno untuk menyibuk....
    • Joe's Jfk · Top Commenter
      buang jela si bangang ni..dr dlu tk prnh tnjuk kesian pd dsai
    • Zanirun Baba · Top Commenter · 57 years old
      saya setuju dgn Abdul Manan...dia dah bertukar menjadi UMNO!.. rupa nya selama ini dia berjuang utk cari galmaour..contoh dari kenyataan nya terhadap Dr Rani osman nampak sangat sudah bercanggah...to me he is history!..DATO DR HASSAN ALI BY ALL MEANS PLEASE GO AND JOIN UMNO! you have my BLESSING!..
    • Kapten Mokhtar · Top Commenter · Pengurus at CZM CONSTRUCTION & TRADING
      Hasan ali nak jd katak yg ke ?
    • Baharudin Salleh Bin Awang · Top Commenter · Marketing at Qantas
      Hinanya nampak hassan ni, ,dia pejuang islam yang berada dilaluan yang lurus,ya allah selamatkan pejuang islam mu dr caci nesta kianat dengki.
    • Abdul Rahim Omar · Top Commenter
      Mangkuk ayun ke mangkuk tandas ni?
    • Daniel Mousa Daulah Islamiah · Top Commenter · Maahat Tahfiz Al Hidayah
      ala dalam pas dan dalam pkr memang banyak ex umno pun apa nak kisah....apa bezanya....
    • Salehudin Hanafi · Top Commenter · SMKSS
      Hassan Ali ni dah x layak berada dalam Jamaah PAS...!!! lagi lama disimpan makin banyak onarnya kepada PAS....!!! Nyahkan beliau dari PAS dengan segera....!!! beliau hanya layak jadi ketua penerangan UMNGOK.....!!!!
    • Raja Mohd Shahrim · Top Commenter · CEO at NFC
      Baharudin Salleh Bin Awang
      Hasan Ali tak layak dilabel sebagai pejuang Islam.. tapi pejuang bangsa boleh...
    • Raja Mohd Shahrim · Top Commenter · CEO at NFC
      Zulkifli Marzuki
      Bukan takut.. tp Hasan nak tunggu parti rasuahiyah pelawa dia.. hehe
    • Man Ahmad · Top Commenter · Seri Kembangan
      sy penah bekerja di opis hasan ali sblm dan slpas dia masuk PAS...i knew him very well..apa matlamat dia masuk PAS 1 opis SABHA Group tau...x heran kalo dia masuk AMENO
    • Shakri Othman · Top Commenter
      kalau PAS tendang hassan,itu yg dia tunggu,dia tak langgar bai'ah,...umno akan sambut,sanjung,tatang hari2 kat tv3/utusan.....
    • Raja Mohd Shahrim · Top Commenter · CEO at NFC
      Man Ahmad
      Lagi banyak kita tau, maka lebih baik kita beerwaspada dgn insan sperti Hasan..
    • Muhammad Iqbal · Top Commenter · CTO at IBS Technology Sdn Bhd
      Bro Abdul Manan, bro kena faham itulah wajah zulkifli marzuki yang sebenarnya.....zulkifli marzuki ni spesies 'PENGUIN'....spesies haiwan ini kalau dikaji secara scientific adalah spesies pak turut.....kalau tak percaya tengok cara 'PENGUIN' berjalan, haiwan ni akan berjalan secara beratur tak kira siapa didepannya.....kah....kah....kah.....
    • Jauhari Taib · Top Commenter · Tsukuba University, Japan
      Abdul manan: Saya dah kata dulu lagi Hasan ini maverick yang tidak reti berjemaah. Berada dalam jemaah, ikutlah tatacara jemaah.
    • Abdul Malek Hassan · · Top Commenter · Sekolah Tengku Ampuan Rahimah
      meluat plak tengok muka dia nie.. bermuka2..takpayah simpan dia lama2 jadi exco..TS Khalid takyah tunggu PRU13 nak gugurkan dia..muka tak tau malu..muka berbulu..
    • Adnan Nan · Top Commenter · Selangor, Selangor, Malaysia
      Btl tu yob..c hasan ni nak jd pedekar atu penyamun,ke da nak mule jd pencacai..teman mmg dr mule kerajaan PR memerintah lg teman dah tak bekenan dgn c hasan ni.ckp beso n berbangge diri tak habis2.die selalu ingat yg die tersgt pandai.
    • Romadhan Houssien · University of Pretoria
      Baharudin Salleh Bin Awang - Hidup dalam khayalan dan imaginasi sendiri!
  • Abg Zulkifli · Top Commenter · Universiti Putra Malaysia
    Kalau Hassan offer nak ikut pun kita cadang tolak. sebab kita dah faham benar Hassan ni lidah bercabang. Dia dah terbayang dah berapa dia akan dapat..dari dunia ini!
  • Ibnu Mohamad · Nilai
    aq sokong PAS n PR,, tp aq stuju dgn hasan ali,, nie kes pribadi n x prlu nak heret org len..tp aq x de la bntah himpunan nie..nak brhimpun,, himpunla..smua de hak..tp aq x sokong 901..aq x kan prtahankan pmimpin,, tp hnye prthnkan keadilan..
  • Deansmen Dean · Top Commenter · CEO at Self Employed Contractor
    YANG AKAN HADIR HANYA PUAK YANG BEBAL DAN DUNGU SERTA TONGONG JER.......
    • Hassan Karim
      kau jangan cakaplah Deansmen, org macam kau ni tak layak jadi jantan, tak ada batu, inilah otak org umno,bengon, tidak ada perasaan dengan kezaliman yang berlaku.
    • Hasmira Hasmi · Top Commenter · SGB
      deansmen,puak tolol tu sebelah sana,harta negara dirompak,kehakiman di perkuda,baham rasuah,keluarga si ijat samun harta negara dipertahankan
    • Jashamsulnizam Md Jani · Top Commenter
      Lu xmau join itu lu punya psl, gua respect lu n lu pn kene respect diorg yg nk join tu, ok...
  • Md Zulaimi Kazin · · Top Commenter · CEO/Owner at Ar-Raihan Food Industries (M) Sdn, Bhd dan Janda Product Marketing
    "Saya kasihan terhadap Anwar tetapi beliau tidak seharusnya menjadikan masalah peribadinya sebagai isu negara dan mengheret orang lain bersama"...DHA mencuri peluang untuk popular, susah juga orang yang gila populariti. Bukan soal masalah peribadi DSAI, ini soal keadilan dan dizalimi. Isu DSAI ini bukan isu "LIWAT" tapi isu konspirasi politik untuk melumpuhkan PR, takkan org cerdik macam DHA tak boleh baca permainan politik UMNO atau betullah kata Cikgu Pa bahawa DHA terperangkap dengan mainan politik UMNO. DHA, saya secara peribadi makin hilang hormat pada DHA kerana angkara "madah berhelah" yg menjerumuskan DHA lembah politik nista nestapa ini...saya kira ramai yang seumpama saya.
  • Din Gombak · Top Commenter
    Kempen "Bebaskan Anwar 901" yang dirancang pada Isnin ini, orang ramai tidak perlu terlalu emosi dan mudah terpengaruh jika ada pihak tertentu cuba menghasut anda bagi menyertai demonstrasi berkenaan.
  • Razzi Noh · Ikbn dusun tua
    tak payah join buang masa saja .............
  • Man Tapoi · Top Commenter · Khartoum, Sudan
    Pesuruhjaya PAS selangor Bomoh Abdul Rani tu memang sengal. Pandai pandai suruh orang turun tanpa melalui majlis syuro'.Dia ni emmang giler glamour dan kuasa. Sama macam khalid samad yang nak jatuhkan hasan ali. Menghadiri perhimpunan ni boleh jadi haram hukumnya kerana membela orang yang kan dijatuh hukum. Kalau dia didapati bersalah bermakna kita menyokong liwat dan orang yang bersalah. Apa hukumnya. Dan kita juga menzalimi rakyat kerana membuatkan jalan jemn dan sebagainya. Dan pastinya rusuhan pasti berlaku kerana pengikut anwar ni memang dikalangan samseng samseng yang diupah untuk menghuru harakan negara. Ya Allah hancurkanlah pengkhiannat negara ini!
  • Datuk Haji AMir Mansor · Top Commenter · SRK Taman Dato Harun
    Saya amat sedih dan rasa tidak hormat pada Encik Hassan.. Ayat dia yg mengatakan "masalah peribadi anwar jgn heret org lain"... adalah skrip dangkal dan hina. Org beragama, berilmu tapi rupanya tidak bermaruah. Sbg org islam kita patut malu dgn org bukan islam yg menjadikan masalah saudaranya sebagai masalah bersama...
    • Datuk Haji AMir Mansor · Top Commenter · SRK Taman Dato Harun
      saya perasan.. yg perangai dia telah berubah sejak jadi exco kanan selangor. satu hari.. sy pernah hadir ke kursus motivasi beliau.. dia lewat hampir 2 jam.. satu perkataan maaf pun tak keluar dari mulutnya... sedih..
    • Razali Muaz · Top Commenter · Works at Pasir Gudang, Johor, Malaysia
      Datuk Haji AMir Mansor anda dah tahu perangai hasan ali kenapa tak bagi tahu aku aku ingat dia dah berubah
  • Gee Karan · Top Commenter · Smk tunku putra langkawi
    blehh berambos laa hasann aliiiii....aku dh nek menyampah laa ngan koo nii....ckapp jer brapi apiii..hati mcm pondan siammmm..ako boikot hasannn alii podahhhh.....
  • Mustafa Deveci · Top Commenter
    PRU 13, HASAN TAK PAYAH KASI TANDING....SURUH DIA DIAM.
  • Reformis Malaya Politikus Bebas · Top Commenter · 104 years old
    itu hak hasan kita mesti hormati.
  • Selipar Putus · Top Commenter · Universiti Putra Malaysia
    kan elok Datuk berdiam ttg isu ini..klu x setuju, x setuju la jgn la bagi kenyataan akan menimbukan suasana negatif terhadap PR..Datuk mmg sengaja suka memberi kredit percuma kpd UMNO/BN utk menghentam PR dlm isu ini..Datuk tidak mengambil iktibar ke ttg isu yg dicetuskan oleh Datuk baru2 ini yg menjadi ribut kecil dlm PAS?
  • Badaruddin Mohd Tajudin · Top Commenter · UNIVERSITI KEHIDUPAN
    LANTAK KO LA HASAN ALI KO NAK DATANG KE TAK, KO DATANG KE TAK DATANG KE BUKANNYA BOLEH MERAMAIKAN PUN. KO DENGAN IBRAHIM ALI SAMA JE, KALAU KO NAK DATANG PUN KO PERGI MASUK BELAH PERKASA...AKU TAU KO PUNYA STATMENT SEBENARNYA BUKAN NAK MENUNJUKKAN KO NAK DATANG ATAU TIDAK, KO NAK TUNJUKKAN KO TU ORANG UMNO DALAM PAS.
  • Ipoh Mali · Top Commenter
    Kamu Tak payah Bising2 la Hassan Ali..Duduk Diam je. BERSIH 2.0 Presiden PAS turun..Kamu tak turun pun.. Pergi je Lepak Hard Rock Cafe dgn Sultan Selangor ke.. Hisap curut dgn Najib ke.. Jumpa Noh Omar ngan Khir Toyo dalam Hotel ke..Cari Org Murtad ke.. Kalau Tak nak Pergi.. Tak payah Bising2..
  • Shahrul Nizam · · Top Commenter · Seri Kembangan
    Aiya Hasan.. ini bukan masalah peribadi.. itu la asyik buat ikut kepala sendiri ja & tak berjemaah sampai tak faham masalah sebenar.. tunggu je la anda apa2 perhimpunana anjuran TV3 & Utusan mungkin lebih sesuai dengan kepala anda..
  • Mohd Yusof Muda · Top Commenter · Maktab Perguruan Sultan Idris
    Nasihat yang baik apa salahnya? Terpulang kepada individu nak hadir beri sokongan atau tidak...kalau berkelapangan mungkin boleh tetapi kalau ada hal-hal yang lebih penting lagi tak payahlah nak menyusahkan diri.
  • Hanif Harun · Top Commenter
    Sokongan moral En Hassan.. patutlah kurang sokongan dan pencalonan.. orang nak bertanding dia pun sibuk! bila tak cukup mula lah meloncat? tak gitu? apa yang orang luar nampak lah.. macam tulah Hassan Ali.. sedap duduk di office berhawa dingin daripada kena simbah meriam air FRU.

    Jalan perjuangan mana ada yang mudah.. tanya Dr Hamka.. tanya Nelson Mandela.. Hassan jer berjuang dalam pejabat! mengalahkan Gandi yang berlapar.
  • Md Isa Is · Works at AINUR INDAH ENTERPRISE
    saya sbagai ahli pas menyarankan pada pimpinan pas supaya hassan ali digugurkan keahliannya , tindakan hassan ali tak sehaluan dengan jemaah parti islam semelaysia .kl 901 bukan sekadar membela saudara anwar , menolak fitnah oleh kerajaan umnobn yg memimpin negara tak mengikut acuan agama allah .
  • Abdullah Ghouse · Top Commenter · University of Nebraska–Lincoln
    Dtg sbg tanda protes dan moral support di atas kepincangan undang negara ini yg berat sebelah.Mereka yg berani saja tampil dan kmi nasihat Dr Hassan Ali duduk di rumah sama keluarga dan tengok tv3.
    Anda pasti selamat, biarrakan2 Pakatan Rakyat yg lain dtg ke mahkamah.
  • Smiley Everyday · Top Commenter · Chulalongkorn
    abg hasan seolak-olak takut ke medah jihad, apa guna menjadi pakar motivasi pembakar semagat rakyat.Bila rakyat perlukan sokongan moral , tak mahu hadir duduk dalam kain selimut monitor melalui kaca tv he..he..

Tiada ulasan: