Isnin, 2 Januari 2012

SAPE DIA...ULAMAK KE..HEBATKAH ILMUNYA...ADAKAH ILMUAN SERTA JANGKAAN BERTEPATAN DENGAN TAKDIR ALLAH KE

Selangor tuntut Raja Petra kemuka bukti rasuah

Kerajaan Selangor menuntut penulis blog terkenal Raja Petra Kamarudin mengemukakan butiran terperinci berhubung dakwaan berlakunya amalan rasuah di negeri itu melibatkan "usahawan Cina".

Setiausaha politik kepada Menteri Besar Selangor Faekah Husin berkata, ini kerana dakwaan berlakunya pemberian "duit kopi" untuk mendapatkan projek merupakan tuduhan yang serius.

"Kami menuntut RPK (Raja Petra) untuk tampil memberikan butiran lanjut kepada kerajaan negeri dan pihak berwajib agar penyiasatan terperinci dapat dilakukan," katanya.

Dalam wawancara eksklusif di Utusan Malaysia semalam, Raja Petra dilaporkan mendakwa terdapat ahli perniagaan Cina di Selangor bertemunya dan memberitahu mereka masih perlu membayar bawah meja RM2 juta, seperti amalan bawah pentadbiran lalu.

"Semua kata mereka ini benar dan mereka ingin beri saya buktinya. Saya tanya mereka, apa yang mereka hendak saya lakukan? Mereka beri saya bukti itu dan saya siarkan di dalam Malaysia Today. Orang akan kata saya Trojan Horse. Orang akan kata saya sudah kena beli," beliau dipetik sebagai berkata.

Raja Petra juga dilaporkan menafikan terdapat perubahahan drastik di negeri itu dan amalan rasuah masih berada di tahap sama dan rakyat masih perlu bayar di bawah meja untuk selesaikan sesuatu hal.

Sedia bayar kos pulang

Dakwanya lagi, orang Cina di Selangor sudah tidak gembira dan tidak puas hati kerana perniagaan mereka didakwa jammed.

Dalam kenyataannya hari ini, Faekah berkata, kerajaan selangor juga bersedia membayar kos perjalanan Raja Petra pulang ke tanah air untuk mendapatkan maklumat itu.

Katanya, ia sebahagian daripada peruntukkan RM15 juta yang diluluskan dalam belanjawan negeri lalu bagi tujuan membasmi rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

"Sesungguhnya inilah sekecil-kecil jasa yang beliau boleh lakukan untuk membantu kerajaan yang benar-benar mahu membenteras rasuah; apatah lagi beliau sendiri dari darah bangsawan negeri Selangor.

"RPK (Raja Petra) tidak seharusnya melemparkan dakwaan liar hanya semata-mata mahu memperlekeh usaha kerajaan negeri untuk mewujudkan sebuah pentadbiran yang baik, bersih dan penuh pertanggungjawaban," katanya.

Faekah berkata, meskipun menghormati hak Raja Petra melakukan analisa politik, namun beliau musykil dan hanya peulis blog itu seorang sahaja mengetahui logik sebenar kenyataan tersebut.

'Kekecewaan dalam buangan'

Pada masa yang sama saya, pegawai kanan Tan Sri Khalid Ibrahim Ibrahim itu berkata, rakyat boleh menilai sendiri kenyataan dan dakwaan tersebut yang disiarkan di beberapa lagi akhbar arus perdana yang dulunya "mengkritik dan mengutuk RPK secara keras".

"Walau apa pun sebab yang membawa kepada tindakan akhbar-akhbar tersebut bertukar selera serta ghairah memberi keistimewaan kepada RPK, yang pasti RPK harus bertanggungjawab ke atas apa yang beliau telah katakan," kata Faekah.

Dengan nada sini, Faekah berkata beliau "simpati" dan "amat memahami" kekecewaan Raja Petra yang hidup "terpaksa hidup dalam buangan di tengah-tengah permasalahan peribadi".

Bagaimanapun, tambahnya, tindakan melemparkan "dakwaan liar" tidak akan membantu membawanya pulang, sebaliknya hanya mencemarkan lagi imejnya.

"Rata-rata teman reformasi yang sempat dihubungi serta rakyat biasa, telah pun membuat kesimpulan bahawa RPK begitu terdesak serta mengharapkan kebebasan dan dibenarkan pulang ke negara ini.

"Insuransnya mudah; tohmahan dan fitnah terhadap kerajaan negeri Selangor dan Penasihat Ekonomi Negeri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai serangan awal menghadapi pilihan raya umum," katanya.

  • Ezwan Kamarul · Pengulas Tertinggi · Managing Partner di Messrs. Ezwan Kamarul & Partners / Messrs. FX Project Sdn Bhd
    lu cakap aje laa yang lu dah tak larat nak merempat kat london, nak balik duit tak de...kan ke senang.
    • Siti Jarum · Pengulas Tertinggi · Kuching, Malaysia
      eh katanya RPK ini kerabat di raja Selangor takkan kerabat di Selangor tu tk boleh bantu sdrnya yg melarat dan hidup tempang di negeri orang? Aku nak dengar komen kerabat-kerabat di raja Selangor tu...mereka ni menyokong umno ke menyokong kebangkitan rakyat?
    • Siti Jarum · Pengulas Tertinggi · Kuching, Malaysia
      kita di selangor dah bosan dgn mcm-mcm perbuatan natang kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor belum dpt dibalas, takpalah kita balas natang ni selepas PRU13 nanti. Ok setuju.
    • Udin Dien · Pengulas Tertinggi · Pondok jer
      kalau ader rasuah tu rpk,, sebelum subuh sprm dah terpacak kat depan pintu siap dgn watawan tv3 dgn utusan dok tunggu di belakang...
    • Ezwan Kamarul · Top Commenter · Managing Partner at Messrs. Ezwan Kamarul & Partners / Messrs. FX Project Sdn Bhd
      ezam sesumpah keluar PKR lagikan tak de kesan ini kan lu rpk. Lu ada tengok gua punya lutut cabut kaa? lu balik laa...lu punya gigi belum tumbuh abis lu mau masuk ini line kaa..? gua tak da masa mau layan amoi serupa lu..
    • Mat Kelabu Asap · Top Commenter · USM Malaysia
      RPK telah jagigila kerana masalah hidup dalambungan ingin bodek UMNO untuk pulang
    • Pakai Otak · Top Commenter · Dgn Kawan 2
      Kesian RPK...nak balik kat PR, PR tak terima..Nak ke nehara asal kena minta simpati BN kena buat byk tuduhan dan fitnah liar pada PR sblm PRU13...Berat kerja tu wahai RPK...baik duduk kat london je lah..
    • Marsita Binti Abu Samah · SMK Tunku Kurshiah
      Udin Dien komen paling tepat..... ini betul betul faham negara sendiri...
    • Haydar Muaz Khairul Anuar · Top Commenter · Works at Kuala Lumpur, Malaysia
      ini jenis umang-umang,tidak ada pendirian..yg sebenarnya dia ni dh terdesak dh tk larat tinggal dalam buangan.. puihhhhh.
    • Prasert Chaipradit · · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
      Kerana duit, manusia sanggup apa saja termasuk tipu, bohong, putar belit fakta dan 1001 macam. Baka sampah, dilahirkan di mana sekalipun tetap sampah.
    • Zanirun Baba · Top Commenter · 57 years old
      apa yg di katakan FEKAH ada banyak lojik nya..RAJA PETRA YOU ARE JUST A SMALL TINY PART OF REFORMASI..changes is not because of you..most people praised you fro your ideas..but dont loose your head...YOU HAVE BECOME BIG HEADED ...YOU THINK ONLY YOU THAT PEOPLE WILL LISTEN TOO...your just a pain in the ASS....TALKING TO PRO-GOVERNMENT MEDIA IS YOUR BIGGEST MISTAKE...Apa keburukan yg ckp pasal UMNO sekarang kau terdesak dan tikam kita semau dari belakang...PADA KAMI KAU ADALAH SEJARAH....JILATLAH NAJIB KALAU KAU NAK.KAMI TAK KESAH..KAMI ADALAH REFORMIS TULIN DAN BERPEGANG KEPADA PRINSIP...TAK MUNKIN MENCEMARKAN DASAR PERJUAGAN DEMI KEDAILAN UNTUK SEMUA RAKYAT...KAMU BOLEH PERGI MAMPUS!
    • RO Dins · · Top Commenter · Works at Private Investigator
      Udin Dien hang betoi, kalau puak2 umporno mcm2 alasan SPRM, tiada lapuran le dan mcm2 lagilah alasan mrk....
    • Abdul Halid Hamdan · Top Commenter · Works at Self Employed (Business)
      Siti Jarum : kita kena kempen lebih kuat..... cerita yg benar kpd rakyat... tapi kita kena ingat dalam jabatan kerajan negeri masih ada suku sakat BN/UMNO... buat kerja sebagai yg didakwa oleh RPK, termasuk juga di jabatan Kerajaan tempatan... amalan yg susah hendak diubah..... Umpama di Jln Kebun, Masaalah Bas MB yang kena tanggung, TV3 lagnatullah memang suka ambil kesempatan. Bas tu siapa yg punya......(syarikat persarana, ahli ahli politik yg dulu) Pasar malam Kg. Delek dah selesai lama dah... Ada TV3 lagnat nak komen balek.... haram tak datang pun.... suka mengacau pentadbiran org.....
    • Mohamad Sohri Paijan
      tak payah nak layan buang masa aja sape dia ni sampai kerajaan pakatan nak bagi tambang balik pandai2 pergi pandailah dia nak balik duit tu kita sedekah kat anak yatim lagi bagus
    • Ummu Abdullah · Top Commenter
      Marsita Binti Abu Samah ~ RPK = Raja Putera Kapoooor
    • Zulhainan Ahmad · Top Commenter
      Haydar Muaz Khairul Anuar dia bukan dibuang tapi jadi pelarian... lari takut bayang2 sendiri macam anjing lepas tu menyalak sana sini.
    • Mohd Ayub Harun · Top Commenter
      Udin Dien dia dah termakan racun UMporNO....itu yg mabuk tu....
    • Umar Buang · Top Commenter · 53 years old
      Udin Dien Peniaga Cina yg dimaksudkan itu bodoh. Buat apa suruh RPK. Beri saja bukti tu pada Najib atau Ezam atau hantar terus pada akhbar pencacai Utusan.
  • Muhammad Hafidz Abdullah · Pengulas Tertinggi · Owner/ President di Kelab MHA
    Tak kan beraninya RPK untuk balik, tuduhan terhadap BN dan Najib pun tak berani berhadapan inikan pula dengan kerajaan PR. RPK sejenis spesies yang suka menabur fitnah.
    • Abg Zulkifli · Pengulas Tertinggi · Universiti Putra Malaysia
      Menabur fitnah untuk cari sesuap nasi.
    • Jamil Awab · Pengulas Tertinggi · MPTAA
      RPK= spesies Zulkifli Nordin. Kena bodek Najib Rosmah, cari makanlah katakan! Spesies jenis RPK ni, perjuangannya untuk perut saja! Selebihnya sanggup apa saja yang d arah oleh Rosmah Najib.
    • Shahril Haniff · Pengulas Tertinggi · Systemutvecklare di MAnalyze AB
      Hahaha.. kalau RPK tuduh najib macam2 ko terima bulat bulat.. bila dia tuduh kerajaan PKR, ko tolak bulat bulat... pen cacai pen cacai! kesian aku baca korang punya pendapat nih
    • Pakai Otak · Top Commenter · Dgn Kawan 2
      Teruskan RPK menabur fitnah, saya suka cara anda begitu... Kerana dgn cara itulah kita kenal siapa RPK...hehehe
    • Abby Sharif · Consultant at Abtel System (M) Sdn. Bhd
      nak cari sesuap nasi bukan senang Sekarang ni...RPK kenalah buat macam2 keje...siapa hulur bantuan Dialah boss RPK....kesian jugak saya tengok mamat ni
    • Shahril Haniff · Top Commenter · Systemutvecklare at MAnalyze AB
      Abby Sharif Betul tu.. dulu Nuar suap dia suruh kata macam2 kat Najib.. sekarang ni Nuar dah bosan dengan dia, dia terpaksa la carik orang lain suap dia hahahaaha
    • Muhammad Rezman Mohd Sobery · Top Commenter · 27 years old
      Shahril Haniff :RPK buat kenyataan berani,tp suruh bagi bukti kecut perut...apsal cina mengadu sama lu RPK?melayu,india tarak mengadu sama lu ker?
    • Nain Mamat · Top Commenter · Works at Affin Bank Berhad
      RPK ni mmg org x ada prinsip...dulu dio puji anwar kutuk najib....skrg puji najib kutuk anwar....mana satu nak pakai...
    • Shahril Haniff · Top Commenter · Systemutvecklare at MAnalyze AB
      Muhammad Rezman Mohd Sobery Mana ade berani bro.. dulu dengan Najib dan rosmah pun dia cabut lari pegi luar negara hahahaa... balik sini gerenti PKR cabar kerajaan suruh tangkap dia... hahahaha
    • Shahril Haniff · Top Commenter · Systemutvecklare at MAnalyze AB
      Nain Mamat .. dua dua takleh pakai laaa bro.....
    • Sakrani Ahmad · Top Commenter · Pasir Gudang, Johor, Malaysia
      Jamil Awab ,harap semua muslim baca YAASIN setiap hari minta ALLAH beri petunjuk kpd mereka,agar perut mereka terus melembung dan pecah begitu saja.Doa orang teraniyanya akan di kabulkan kes,percaya lah.
    • Amarisme Bin La Ni · University of Central Lancashire
      Raja Petra nih spesis kalau dah takde tempat nak tembak dia akan mangsakan kawan sendiri... eg. Dia tembak Nik Aziz dulu sebaik isu Anwar selesai suatu ketika dahulu
    • Mekka Man · Top Commenter
      mamat tua ni nak idup ...perut dah buncit masih nak buat fitnah ..manusia jenis ape ni ....
    • Aman Afzan Izzara · Uitm
      Shahril Haniff --macam ni lah sedara, sedara memang kenal sangat budi pekerti baik bapa sedara, bila orang tuduh bapa sedara meliwat adik kandung sedara, sedara nak ye kan je ke?
    • Zanirun Baba · Top Commenter · 57 years old
      Shahril Haniff ..TU BUKAN isu dia..nak sokong siapa pun atau nak ckp apa pun tak kisah..itu demokrasai nama nya...isu nya ialah kenyataan nya sudah dua kali termasuk ini..pasala ALTANTUNYA DAN YG INI....dan ckp berputar putar....ckp biar dgn fakta yg betul...baru org boleh terima...ini dengar ckp org terus buat tuduhan...KERAJAAN SELANGOR SANGGUP BAYAR SEMUA BELANJA UNTUK DIA PULANG DAN BAWA BUKTI! kalau berani balek lah...pasti NAJIB takan halang atau tangkap kamu....balek la!
    • John Labi · Top Commenter
      lepas ni RPK boleh jd senator le..
    • Zanirun Baba · Top Commenter · 57 years old
      Shahril Haniff ...pandangan kamu sebagai ULAT TAIK UMNO..apa yg kamu ckp sudah jadi fitnah..kamu nampk ke anwar bagi dia makan..tu sbb nya PEMIMPIN UMNO dan PENYOKONG NYA di jangkiti penyakit karonik yg dah tak boleh di ubat,antara penyakit nya ialh.....PENIPU,BANGSAT,PENYANGAK
      ,PENYELEWENG,PERASUAH,PENYAMUN.PEMBUNUH.PEROGOL,PEMABUK,....mcm kau teruskan lah
    • Muhammad Hafidz Abdullah · Top Commenter · Owner/ President at Kelab MHA
      Shahril Haniff bukan tolak bulat2 buktikan kerana kalau tak ada bukti maksudnya fitnah.
    • Adi Mohamad ·
      Hahahaha.. Lebih kurang sama la ko ni Shahril Haniff ngan diorang semua.. tapi masih tak sedar2 jgk... kekekkekekeke
    • Shahril Haniff · Top Commenter · Systemutvecklare at MAnalyze AB
      Muhammad Hafidz Abdullah Hahaha.. kes najib dulu pun dia takde bagi bukti pun.. masin sumpah sumpit jerrkk... tapi korang terima aje.. pasti pada masa tu RPK ni HERO pujaan kamu... hahaha... kesian kesian kene kencing dek RPK
    • Kyle Phytrie · Top Commenter · SMK Dato Jaafar
      Shahril Haniff ...aq pun nak gelak gak..hehe...lg satu si adam adli kt twitter ckp si sape tu anang ea ddah nazak...tup2 bley di interview lg haha disiarkan kat malaysia kini...aq plak yg dah confius sape yg benar...agknya tbe satu ari si adam adli ni sokong bn...ape persepsi owg pr ni ek???
    • Shahril Haniff · Top Commenter · Systemutvecklare at MAnalyze AB
      Kyle Phytrie Alaa..mereka ni mana yang untung mereka masyukkk laa.... Macam budak Adli tu.. aku ade bace dalam malaysiakini dia sendiri kata, "satu hari nanti dia minta maap la denga Najib" (orang PR buat2 tak bace bende tu hahahhahahahaaa)..
    • Kyle Phytrie · Top Commenter · SMK Dato Jaafar
      Shahril Haniff hehehe...ntah la...skang ni aq bace Malaysia kini dgn akhbar perdana bkn niat tuk bace berita..tp da macam Novel ar plak..version laen2...heheheh!!!! tp mmg klako ngan org2 pr ni...taksub dgn lagu2 yg penyanyi dowg nyanyikan...hehe
    • RO Dins · · Top Commenter · Works at Private Investigator
      Betoi tu Shahril Haniff dua2 x le pakai, yg pasti umporno mesti di tumbangkan PRU13 nanti....
    • Kyle Phytrie · Top Commenter · SMK Dato Jaafar
      sape pun yg memerintah...aq cume taat pada yg satu....!!! :) !
    • Selempang Merah · Top Commenter · Kuala Lumpur
      Shahril Haniff ....ekekekeke.. sokong anda...
    • Muhammad Hafidz Abdullah · Top Commenter · Owner/ President at Kelab MHA
      Shahril Haniff aku bukanlah totok seperti manusia lain yang menyokong sesuatu secara melulu, aku tetap menyangkal kenyataan RPK tentang Najib dan Anwar cuma aku pelik sedikit dalam kes Antantuya yang didapati bersalah orang yang tiada sebab untuk membunuh Antantuya iaitu tiada kepentingan bagi dua orang yang tertuduh malahan bom C4 kalau ikut undang2 kalau nak keluarkannya hanya menteri sahaja yang boleh. Jadi ketika itu siapa Menteri Pertahanan? Tolong jawab
    • Selempang Merah · Top Commenter · Kuala Lumpur
      Muhammad Hafidz Abdullah ... betul tu... tapi kalau nak menuduh seseorang mesti ada bukti nyee.. betul tak.. bukan hanya pakai logik akal aje..
    • Abdullah Llah · Top Commenter · Sm telok chegai
      Abg Zulkifli, bukan setakat sesuap nasi tetapi dah bersuap-suap nasi,burger,tomyam,roti canai,tose dan tah apalagi lagi boleh di sumbat kalau dapat duit berjuta-juta
Mufti: 'Pembantaian siswa' di UPSI membingungkan

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menyifatkan insiden yang berlaku di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim semalam sebagai "pembantaian mahasiswa" yang amat membimbangkan.

Bekas zamil pelawat di Universiti Oxford itu menimbulkan rasa hairannya kenapa perhimpunan itu sampai "menumpahkan darah sesama sendiri yang diharamkan oleh agama"?

"Apakah pintu musyawarah sudah tertutup? Kemarahan tidak akan selesai dengan memarakkan kemarahan! Masing-masing ada hak untuk bertindak, maka jagalah batasan hak masing-masing," katanya.

Seramai 17 mahasiswa ditahan dalam perhimpunan prokebebasan akademik di depan UPSI semalam dan seorang cedera serta dikejarkan ke hospital.

Kejadian itu mengundang kritikan keras pelbagai pihak, termasuk pembangkang, kumpulan mahasiswa, peguam dan NGO.

Pihak polis bagaimanapun menafikan menggunakan kekerasan dan mendakwa kecederaan peserta perhimpunan disebabkan "rempuhan sendiri" ke klinik berdekatan.

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini, Dr Juanda berkata, pihak berkuasa sewajarnya menggunakan kebijaksanaan -- yang didakwanya makin hilang -- setika kemarahan peserta perhimpunan itu memuncak.

"Ya, anda ada kuasa, tetapi biarlah orang hormat dan hargai kuasa anda, bukannya memarakkannya dengan fitnah kebencian!" katanya.

Dr Asri: Ingat apa berlaku di Tunisia

Sementara itu, bekas mufti negeri sama Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula berkata, beliau terkejut melihat kecederaan yang menimpa mahasiswa terbabit -- Muhamad Safwan Anang -- dan jika terbukti polis melakukan, ia sesuatu yang malang.

"Apa pun kena siasat siapa yang salah. Saya berpendapat golongan terpelajar mesti diberikan ruang bersuara dengan syarat aman dari rusuhan.

"Jika mereka diganggu atau dicederakan, ia petanda kezaliman sesuatu pemerintahan," katanya.

Dalam kenyataannya awal pagi tadi, Dr Asri berkata, walaupun tidak semestinya tuntutan mahasiswa dipersetujui, mereka tidak wajar diperlakukan sedemikian.

"Jika mahu tahan, tahan dengan prosedur yang betul, bukan pukul. Menindas mereka hanya membangkitkan sentimen kebencian kepada pihak kerajaan yang nanti tidak dapat diubati lagi.

"Kena ingat apa yang berlaku di Tunisia!" katanya yang kini bertindak sebagai zamil di Universiti Oxford.

Katanya, suruhanjaya siasatan perlu dibuat dan menasihatkan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifudin Abdullah berjumpa secara tertutup dengan pihak polis.

Raja Petra: Anwar bukan lagi pilihan

Penulis blog terkenal Raja Petra Kamarudin hari ini membuat kejutan dengan mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bukan lagi pilihan rakyat Malaysia, antaranya kerana mempunyai isu moral.

Dalam wawancara eksklusif kepada Mingguan Malaysia, Raja Petra dilaporkan berkata, ketua umum PKR itu juga tidak mampu menjadi penasihat ekonomi Selangor, apatah lagi untuk mentadbir negara.

Antara lain, Raja Petra mendakwa Anwar berbohong apabila menyatakan tidak mengenali Datuk Eskay Shazryl Abdullah yang terlibat menayangkan video seks pelakunya kelihatan seperti Anwar.

Menurut Mingguan Malaysia lagi, Raja Petra berkata, hanya PKR memerlukan Anwar sedangkan DAP dan PAS tidak akan mengharapkan pemimpin itu lagi sekiranya pakatan pembangkang gagal membentuk kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.

"Soalnya, jika anda nak jadi gay, teruskanlah. Anda tak boleh jadi pemimpin dan gay sekali gus. Di Australia, anda boleh.

"Di Malaysia, anda kena pilihlah. Kalau nak jadi perdana menteri dan gay sekali gus, sudah tentu di Malaysia tak boleh," laporan itu dipetik.

  • Muzammil Daud · Pengulas Tertinggi · Project Manager di Private multinasional
    Bottom line is kita rakyat Malaysia kena ada pilihan selain BN yang dah perintah lebih 50 tahun yang dah fikir mereka raja. Apa jua isu hanya isu yang boleh diselesaikan. Isu isu ini tidak mnjadikan BN UMNO lebih baik secara otomatis. Contohnya, jika kita tinggal di sebuah pulau yang hanya ada sebuah kedai runcit. Apa jua yang kedai tu jual kita terpaksa beli walaupun dia jual barang mahal atau barang rosak. Bila tiada pilihan, kita terpaksa juga beli di kdai yang satu tu lah. Bayangkan jika ada kedai kedua di pulau itu, maka kedai pertama kena mula buat perubahan tak jual lagi telur busuk atau kurangkan harga. Jadi, kita kena ada pilihan selain BN. Kena beritahu BN UMNO kau bukan raja, kami rakyat raja ada hak nak pilih BN atau PR!
  • Mohd Salimon · · Kuala Lumpur, Malaysia · 242 subscribers
    Another loose cannon beside Hassan Ali. RPK, if you got the balls to face everything just like Anwar, I salute you. But if you don't, then you are just a twisted old coward.
  • Hawks Lone · Top Commenter · Sekolah Menengah Damansara Utama
    ampu UMNO, kau selamat di Malaysia. d akhirat...malaikat maut sedang menunggu kau (RPK)...
    • Mohd Firdaus · Top Commenter
      perbuatan munafik RPK akan dibalas
    • Muhammad Aizat Mohammad Jan · Top Commenter
      Klu pilih semata2 sebab Anwar, tak jadi perubahan kat Malaysia ni, Pakcik RPK. Kami pun tahu kalau Anwar dipenjara pun perubahan tetap rakyat Malaysia nak.
    • Badr HMan · Tak ada
      Kita dah meluat dgn yg ada skrg.... tapi yg nak ambik tempat kena hebat dan lebih baik. Tak ada kesetiaan untuk kezaliman, penyelewengan, salhguna kuasa. Itu hanya ingatan
  • Nur Slurr
    Aku peduli apa dengan anuar, dia nak telangkup ke nak terbalik ker .... yang pasti ABU (asalkan bukan UMNO)
    • Pangeran Alang · Top Commenter · Kuli at JKDM
      Pasal Anwar la...rakyat PERCAYA Umno Mampu dikalahkan...Jangan lah selangkah menyeberangi ke pintu kejayaan...dilupakan orang yang punya bakti membina jambatan tu... Jangan confident membuta...
    • Joe's Jfk · Top Commenter
      io tkde anwar tkkan ada rkyt bgn sebegini hebat..bangang
    • Man Tapoi · Top Commenter · Khartoum, Sudan
      yg hebat tu pas bukan aljuburi
    • Nadzri Yusof · Kangar
      Man Tapoi awat hang pekak badak dan buta hati . hang nampak ke benda tu berlaku mau takat cerita siapa pun boleh pekak badak
    • Mohd Muzlimi Junoh · Top Commenter · SMK Convent Sentul, KL
      Man Tapoi ...Man oooiiiiiii PAS hebat ke...kalau hebat takkan 60 tahun masih tak mampu berjaya..kalau bukan pertolongan PKR & DAP...usahlah mimpi man oiiiii...PAS tak sehebat yang disangka...
    • Asrul Shahir · Top Commenter · University of Kentucky
      Mohd Muzlimi Junoh ..Pakatan 3 parti yg menjadikan Pakatan Rakyat Hebat...Man jubur terima kenyataan Pas hebat,ko pulak kata Dap & PKR hebat...memang ketiga -tiga parti ni hebat...untuk rakyat....di PRU 13 kita humbankan BN...ok ..Bro
    • Man Tapoi · Top Commenter · Khartoum, Sudan
      Asrul Shahir - PAS hebat kerana islam nya. Dua parti itulah yang merosakan kehebatan PAS. Dapig dan PKR juburi ...
    • Mayup Ar · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
      Man Tapoi , utk pengetahuan kau..dulu ayah kau yg lahirkan kau melalui dubur...akibat dirogol oleh nenek kau
    • Jutawan Pakir Pakir · Top Commenter · Union High School
      YES...no BN,YG dah JD lembu biarkan mereka...APA siap sekalipun pRU 13 BN akan hancur dari bumi ALLAH...insyaallah..
    • Romadhan Houssien · University of Pretoria
      Man Tapoi -Betul !pas memang hebat. Pas adalah terasnya, dap adalah akarnya dan pkr pula dedaunnya. Tak sia-sia ada man tapoi.
    • Sepat Laut · Top Commenter · University of Nottingham
      Betol!!!!!!!!!p ade aku hanya PAS...NO to ALjuburi, No to UMNO, No to DAPig, NO to PARIAH Ambiga, No PoRn.... Hanya PAS
    • Mayup Ar · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
      Sepat Laut ,Sepat Laut , No, no , no atau UMNO? , looks like me sounds like me....UMNO la tu...tak malu ngaku jadi org PAS kuakuakau
    • Ahmad Dani · Top Commenter · SMK Putrajaya Presint 8 (1)
      Man Tapoi jangan jadi kayu api lah bro..otak ada letak kat jubur ka...pas hebat ka...kita ne hanya hamba di muka bumi ne..semua ada melakukan kesilapan...tak ada yang hebat pun...
    • Mohamad Zaimi Mohamad Noh · Technical University of Madrid
      Pangeran Alang ...kami bukan menyokong tanpa bukti. Kami cuma nak perubahan. Manifesto PR lebih baik dari BN. Memang telah terbukti di negeri2 pemerintahan PR. Saya selesa dibawah pemerintahan PR daripada BN dulu.Kami bukan nak lupa pd arkitek yg membina jambatan dulu. Cuma arkitek tu skrg dah tak releven lagi buat masa skrng. Patut dia direhatkan.Kita kena guna teknologi dan kepakaran baru untk menggantikan arkitek dan teknologi lama.
    • Mohamad Zaimi Mohamad Noh · Technical University of Madrid
      Romadhan Houssien....hujah anda yg bernas dan bijak...saya sokong 100%. Nak tambah sikit je...ranting2nya adalah NGO2 yg menyokong PR.
    • Asrul Shahir · Top Commenter · University of Kentucky
      Mohamad Zaimi Mohamad Noh .hujah anda pun bernas juga ..aku pun nak tambah sikit..penyokong 2 PR adalah bajanya...
    • Nuruddin Ismail · Adtec kulim
      Man Tapoi awat hang bangang?? kalau betoi2 anwar al juburi awat x menang2 kes lagi umporno?? sah hang manusia pendek akal
    • Musalmah Shaari · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
      Pangeran Alang , bukan Anuar yg membena jambatan, rakyat yg membena jambatan, bila Anuar di anaiya rakyat bangun menyokongnya.
    • Musalmah Shaari · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
      Joe's Jfk , kalau tak ada rakyat Anuar tak boleh buat apa apa sendirian. Kami tidak taksub dg seseorang, ramai yg berkorban masa , tenaga dan wang ringgit. Anuar hanyalah seorang dari yg ramai.
    • Salsabila Hans · Top Commenter
      Man Tapoi:siapa aljuburi ente ke...jgn menuduh org tanpa bukti nanti ente dapat dosa kering ana x dapat tlg....muhasabah diri ente dulu baru menuduh orang ente dah mantap sangat ke!
    • Salsabila Hans · Top Commenter
      Mohd Muzlimi Junoh : abis BN hebat sangat ke dgn rasuahya sampai ente sokong sangat.
  • Mazlan Abd Malek · Top Commenter · IBKL ( 92 - 94 )
    siapa kenal RPK pasti x kan terkejut dgn tindakan beliau....beliau dibelenggu 1001 masalah.....jln selamat.....sujud kpd UMNO.......pasti selamat......kpd rakyat Malaysia....anda berhak membuat pilihan terbaik......pilihlah yg terbaik antara yg x baik.....ketika dan saat ini...UMNO /BN bukanlah yg terbaik...dibuktikan dgn pelbagai pendedahan...penyelewengan..salahguna kuasa..rasuah..pembunuhan misteri....pencabulan undang2.....penjualan warganegara......kongsi gelap......apakah masih waras anda utk meilih UMNO/BN dlm PRU 13? PILIHAN DI TANGAN SAUDARA SEKALIAN....JGN MENYESAL SELEPAS SETIAP KALI BERAKHIRNYA P/RAYA...CUKUPLAH 12 KALI PRU......KITA DIBEBANI PELBAGAI MASALAH HILANGNYA KAWALAN KERAJAAN TERHADAP HARGA BARANGAN DI PASARAN.........
  • Kong Bu Fenzi · Top Commenter
    Jangan marah , ambil perhaian ini keluar dari Mingguan Malaysia.
    Nampak Mingguan Malaysia... ini suratkhabar yang paling pandai putar belit.
    Ini suratkhabar reject ,.... rpk kena putar jadi mangsa Mingguan Malaysia...
    Awas.. tengok sumber berita dari Mingguan Malaysia!
    • Kong Bu Fenzi · Top Commenter
      Mingguan Malaysia
      Mingguan Malaysia
      Mingguan Malaysia
      kua kua kua ... tumpang ama RPK
      lepas interview , tulis macam macam ... kua kua kua
      aku pun boleh lah . kau pun boleh ..
      semua orang pun boleh buat macam ini .
      Jangan muda caya Mingguan Malaysia . kua kua kua
    • John KZ Rizariel · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
      Kong Bu Fenzi Mingguan Malaysia mana relevan lagi yang ada Mingguan MONGOLIA
  • Razali Muaz · Top Commenter · Works at Pasir Gudang, Johor, Malaysia
    AKU TAK PERCAYA KAT BOTAK NI LIDAH BERCABANG MACAM ZULKIFLI NORDIN.
    • Dak Nip · Top Commenter · Works at UKM
      Botak2 jgn main..aku pon Botak gak..tp Botak aku xbodoh mcm die ni..lidah bercabang dan kuat ampu..interview nk English jer..mcm bgs..aku jpa si Botak yg licin dari aku ni tau ar..aku sekeh laju2..kah kah kah
  • Abun Sui Anyit · Top Commenter · Sacred Heart School
    Tak usah kita terpengaruh dengan komen SEORANG ini, jikapun benar sumbernya dari RPK. Undi beliau hanya SATU - tak boleh halang perubahan yang didambakan majority rakyat Malaysia sekarang. RPK tidak boleh mengubah matlamat rakyat memilih kerajaan Pakatan Rakyat dalam PRU-13 akan datang. Kita rakyat dalam Malaysia yang rasa susah akibat BN. Luar negara tak rasa apapun. Kita RAKYAT yang rasa susah, kita rakyatlah tahu UBAH.
  • Nasir Khan Akbar Khan · Works at International Man of Leisure
    RPK ni akan menulis dan menipu mengikut berapa bnyk wang yg diterima. Lg bnyk masuk..lg bnyk penipuan dan fitnah yg ditulis oleh blogger upahan ni. Tak dpt upah camana nk sara hidup kat England tu..
Kes 'babi': 4 ditahan, 13 disiasat


Polis menahan empat lelaki semalam bagi membantu siasatan berhubung penemuan tengkorak dan daging yang dipercayai khinzir di luar pagar Masjid Al-Falah, Taman Desa Jaya, di Johor Baharu, Jumaat lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata kesemua mereka yang berumur 15 hingga 33 tahun itu ditahan awal pagi semalam di sekitar bandar raya ini oleh pasukan khas bagi menyiasat kes itu, yang diketuai Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Ismail Yatim.

NONE"Polis dalam menjalankan siasatan kes berkenaan telah merakamkan percakapan 13 individu setakat ini. Polis juga ingin mengesan seorang lelaki berumur 40an bagi membantu siasatan," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di Johor Baharu, hari ini.

Mohd Mokhtar berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan.

Beliau berkata berkata pihaknya kini sedang menunggu keputusan Pejabat Veterinar Sepang, Selangor bagi mengesahkan sama ada tengkorak dan cebisan daging itu adalah khinzir atau sebaliknya.

Jumaat lepas, jemaah Masjid Al-Falah berkenaan terkejut dengan penemuan tengkorak dan daging yang dipercayai khinzir itu yang diletakkan di dua lokasi di masjid berkenaan.

NONEDalam kejadian pertama, kira-kira pukul 4.45 petang, Khamis lepas, empat kepala dipercayai khinzir itu ditemui di pagar belakang masjid berkenaan manakala lima lagi kepala dipercayai haiwan yang sama ditemui kira-kira pukul 6.30 pagi esoknya, di perkarangan luar pintu masuk masjid oleh jemaah yang ingin menunaikan solat subuh.

Sementara itu, dalam kes lain, Mohd Mokhtar berkata polis menahan dua lelaki dan dua wanita yang dipercayai terlibat dalam kegiatan samun berkawan selepas menyerbu sebuah rumah di Jalan Harmonium 18, Taman Desa Tebrau, di Johor Baharu, Jumaat lepas.

Beliau berkata dalam serbuan pada pukul 10 malam itu, polis merampas pelbagai barangan yang disyaki hasil samun termasuk wang tunai RM10,000, 165 jam tangan, 30 telefon bimbit, 37 biji pil Eramin 5, enam paket plastik lut sinar mengandungi ketulan hablur dadah jenis syabu, enam komputer riba, sebuah kereta Mercedes Benz yang dilaporkan hilang di Kota Tinggi dan lapan botol minuman keras.

Katanya, salah seorang suspek yang ditahan itu mempunyai tiga rekod jenayah termasuk menceroboh dan penyalahgunaan dadah.

"Polis berjaya menyelesaikan 29 kes samun berkawan menerusi penahanan terbabit. Kesemua yang berumur 20 hingga 47 tahun itu kini direman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan," katanya.

- Bernama

Tiada ulasan: