Selasa, 10 Mei 2011

BILA DIRI JAHIL....TAK TAHU MENGADU DOMBA ITU DOSA BESAR....MENYEBABKAN TAK CIUM SYURGA....NI KESAN MENINGGAL AKHIRAT KEJAR DUNIA...

Pemandu syak kenderaan Anwar disabotaj
Mei 10, 11 11:37am

Pemandu peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesyaki terdapat usaha jahat mensabotaj kenderaan yang biasanya digunakan majikannya itu sehingga berlakunya kemalangan pada 19 April lalu.

Sehubungan itu Abdullah Sani Said yang telah berkhidmat selama 28 tahun dengan Anwar dijadual membuat laporan di Balai Polis Merchant Square, Petaling Jaya pada jam 3.30 petang ini.

Menurut kenyatan daripada unit komunikasi PKR hari ini, kenderaan yang sama juga digunakan oleh anggota keluarga ketua pembangkang itu.

Kenyataan itu bagaimanapun belum menyatakan jenis kenderaan yang digunakan dan butiran terperinci berhubung dakwaan itu.

Ia sebaliknya mengundang pihak media membuat liputan berhubung perkara itu petang ini.


Utusan hadapi kemungkinan diharam ke DUN P Pinang
Susan Loone
Mei 10, 11
12:04pm

Akhbar milik Umno Utusan Malaysia mungkin tidak dibenarkan lagi menjejakkan kaki di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang sekiranya jawatankuasa hak dan kebebasan memutuskan perkara itu.

Keputusan jawatankuasa yang bermesyuarat dua tahun sekali itu akan dibentangkan pada sidang hari ini.

Anggota yang hadir hari ini akan memutuskan sama ada harian itu akan diharamkan membuat liputan ekoran dakwaan dalam artikel berhubung kediaman rasmi Ketua Menteri Lim Guan Eng sebelum ini.

Dengan keanggotaan dua pertiga Pakatan Rakyat dalam DUN, nasib akhbar itu seakan-akan sudah tertulis.

Pada November tahun lalu, terdapat resolusi difailkan oleh ADUN Komtar Ng Wei Aik terharap laporan muka 7 akbar itu yang bertajuk "Apa status kediaman rasmi Guan Eng?"

Ng yang juga setiausaha politik kepada Lim membuat aduan itu berdasarkan Seksyen 109B Peraturan Tetap DUN Pulau Pinang.

Laporan yang disifatkan sebagai fakta yang tidak benar itu dipetik oleh Shabuddin Yahaya (BN-Permatang Berangan) yang mengatakan kos pengubahsuaian rumah ketua menteri sebanyak RM1.5 juta.



K'jaan dibidas kerana biarkan amalan salah
Mei 10, 11 10:35am

Majlis Peguam membidas kerajaan kerana membenarkan laporan polis yang begitu kabur digunakan sebagai asas untuk sisatan tanpa merujuk kesahihan sesuatu laporan itu terlebih dahulu.

Dalam bertindak sedemikian, presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee dalam satu kenyataan akhbarnya semalam berkata pihak berkuasa hanya menjadikan sistem undang-undang negara sebagai bahan ketawa orang ramai.

"Ia mengambarkan cukup bagi polis melancarkan siasatan sebaik laporan polis dibuat tanpa perlu menyiasat ketepatan laporan seumpama itu.

"Segala proses membuat laporan polis itu menjadikan ia satu pencerobohan kebersendirian (privacy) makan malam dan mesyuarat tertutup pihak penganjur tanpa diketahui pihak yang membuat laporan mempunyai motif lain di sebalik itu,” kata Lim.

Menurut beliau lagi, rakyat kemudiannya terpaksa memberi respon kepada siasatan polis yang dilancarkan hanya berdasarkan alasan yang sebegitu kabur bagi mempertahankan kebebasan berhimpun dan bersuara mereka,

"Ini mempersendakan prinsip keadilan kerana seseorang tertuduh adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah,” kata Lee samil menambah trend yang bahaya ini mesti dihentikan segera.

Beliau mengilas kekalutan 'konspirasi Kristian' seperti yang dilaporkan pada tajuk utama akhbar milik Umno, Utusan Malaysia Sabtu lalu sehingga menyaksikan puluhan laporan polis dari kedua-dua pihak dibuat di seluruh negara.

Akhbar berkenaan menyiarkan dakwaan dua penulis blog pro-Umno bahawa DAP dan kumpulan paderi Kristian sedang berkomplot menggantikan agama rasmi persekutuan dengan agama Kristian.


Utusan rendahkan martabat kewartawanan Malaysia
Wira Arjuna
Mei 10, 11
7:23am

Pada tahun 2001, Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Shaik Daud Ismail menyatakan bahawa cermin kereta para hakim digelapkan bukan atas sebab keselamatan diri tetapi demi menutup malu mereka.

Kenyataan ringkas beliau mencerminkan penghinaan yang ditempuhi badan kehakiman kerana terpaksa tunduk di bawah telunjuk Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad.

NONEPada hari ini pengamal satu lagi cabang demokrasi di Malaysia mungkin terpaksa mengikut jejak hakim menggelapkan cermin kereta bagi menutup aib – iaitu wartawan.

Setiap mereka yang terbabit secara langsung atau tidak langsung dalam bidang kewartawanan dicengkam dengan rasa kesal, mual atau marah dengan laporan Utusan Malaysia, kononnya ada usaha pihak gereja untuk menjadikan Kristian agama rasmi Malaysia.

Laporan muka depan Utusan Sabtu lalu itu dipetik dari dua blog pro-Umno.

utusan malaysia kritsian agama rasmiDua laman berkenaan adalah antara puluhan blogger dalam alam siber yang saban hari mengitar fitnah, tohmahan, rekayasa dan apa sahaja untuk memenuhi agenda sempit Umno.

Tindakan Utusan menyiarkan berita sedemikian tanpa menyiasat sendiri kesahihannya ataupun mendapatkan penjelasan serta merta daripada pihak gereja jelas tidak bertanggungjawab dan melanggar prinsip-prinsip asas kewartawanan.

Mungkin universiti-universiti tempatan perlu membuat kajian – sejak bila khabar angin, desas-desus dan fitnah dalam blog boleh dijadikan bahan berita, malah tajuk utama sebuah akhbar seperti Utusan Malaysia.

NONEAntara nasihat pertama yang diberikan kepada setiap wartawan dalam mana-mana media ialah keperluan untuk melaporkan sesuatu secara bertanggungjawab dan amanah.

Utusan tidak terkecuali daripada tanggungjawab ini – namun berulang kali akhbar ini menyiarkan laporan-laporan yang tidak tepat dan bertujuan untuk membakar sentimen kaum Melayu.

Sabtu 7 Mei 2011 adalah kemuncak segala penyelewengan kewartawanan Utusan apabila akhbar
itu menfitnah sekumpulan paderi Kristian semata-mata untuk membakar hati dan naluri orang Melayu supaya bernaung di bawah Umno.

Detik hitam itu bukan setakat memalukan warga kerja Utusan Malaysia tetapi mengaibkan seluruh warga media di negara ini.

NONEIni kerana suka tidak suka, tindakan Utusan bererti semua “ahli' profesion media di negara ini seolah-olah membenarkan fitnah dicetak dan disebarkan seluas-luasnya atas nama kebebasan
media.

Wartawan malu kerana saban hari, akibat tindakan Utusan dan TV3 khususnya, ungkapan “media arus perdana” di negara ini dikaitkan dengan kongkongan dan kawalan Umno, berita yang ditapis dan fakta yang direkacipta atau diputar belit.

Ini realiti media di negara ini. Sesiapa yang mengatakan akhbar, stesen televisyen, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia, (Bernama) di negara ini tidak menerima panggilan telefon dan arahan daripada Pejabat Menteri dan Perdana Menteri hanya menipu diri sendiri.

utusan malaysia, malaysia negara kristian, marahkuTindakan Utusan menyiarkan fitnah dari laman blog bagaimanapun menganjakkan imej tercalar media Malaysia ke paras baru yang hodoh dan menjijikkan.

Apabila berita yang tidak sahih boleh menghias muka depan sebuah akhbar yang menggelar dirinya penyebar fikiran rakyat, ia petanda jelas nilai-nilai murni kewartawanan di negara ini makin deras menuju ke liang lahad.

Laporan yang memetik blogger, tanpa diuji ketepatan fakta dan impak ke atas masyarakat akan menjadi cita rasa terbaru Utusan demi memenangkan Umno pada pilihanraya umum akan datang.

NONEPersetankan keselamatan negara dan perpaduan rakyat yang tersedia rapuh, asalkan maksud politik tercapai, mungkin itu yang difikirkan oleh Lembaga Pengarang Utusan.

Nampaknya usaha Utusan untuk membakar sentimen Melayu sudah berhasil sekurang-kurang di kalangan juak-juak Umno. PERKASA kini mencanang retorik kononnya unsur-unsur Komunis kini menyusup masuk NGO dan pertubuhan politik untuk mencabar kedudukan Islam di negara ini.

PERKASA dan pelbagai NGO pro Umno lain turut membuat laporan polis. Yang disasarkan bukannya Utusan dan blogger terbabit tetapi perjumpaan paderi-paderi yang dimaksudkan.

utusan malaysia, malaysia negara kristian, penang pastor meetingDi Jakarta, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menghadiri sidang ASEAN turut menangguk di air keruh dengan “menjanjikan” siasatan menyeluruh.

Apakah agaknya perasaan penganut Kristian di negara ini apabila paderi-paderi utama mereka dipanggil seorang demi seorang ke Ibu Pejabat Polis untuk memberi keterangan.

Utusan, Umno, PERKASA dan Perdana Menteri harus jawab siapa yang sedang bermain dengan api perkauman.

Rasanya semua tahu bahawa sebaik sahaja Utusan menyiarkan laporan sensasinya Sabtu lalu, semua pihak yang berkaitan sudah membuat penafian dan penjelasan khususnya di di alam siber,

Penjelasan itu berpaksi kepada hakikat perjumpaan yang dimaksudkan tidak langsung menjurus kepada apa yang dilaporkan oleh Utusan, mahupun dua blogger berkenaan.

bn youth joint pc parliament 210806 hishamuddin worryYang menarik adalah tidak ada seorangpun Menteri yang berani menegur Utusan kerana keterlanjurannya itu.

Menteri yang paling diharap akan berbuat demikian – Datuk Seri Hishamuddin Hussein selaku Menteri Dalam Negeri bagaimanapun bertindak mengikut kepentingan Umno.

Beliau menyalahkan pembangkang kerana kononnya mempolitikkan agama dan mencetuskan kemarahan penganut Kristian – sesuatu yang langsung tidak ada kena mengena dengan isu yang
dipersoalkan.

Hishamuddin juga menyifatkan sebarang gerakan untuk menukar agama rasmi negara ini akan meletakkan seluruh negara dalam bahaya – kenyataan halus yang menunjukkan Umno-Utusan
bersekongkol untuk menyemarakkan api perkauman pengundi Melayu.

joint action group utusan malaysia memo politik baru ybJ 241008 07Tahun lalu permit Suara Keadilan – lidah PKR dibatalkan hanya kerana mencadangkan Felda mungkin bankrap akibat pemborosan dan salah guna wang yang keterlaluan.

Jika “kesalahan” itu menerima hukuman sebegitu berat, tentunya laporan ”Kristian Agama Rasmi?” oleh Utusan yang bertujuan menyalakan api perkauman harus mengundang respon jauh lebih tegas dari KDN.

Namun percayalah, tidak ada apa yang akan berlaku kepada Utusan. Bak kata pepatah Inggeris “Business as usual” untuk akhbar kawalan Umno meneruskan agenda kewartawanan yang mengaibkan semua yang terlibat dalam industri ini.

ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.

Wira Arjuna adalah seorang wartawan dan editor kanan yang berpengalaman luas dan pernah menerajui beberapa media arus perdana sebelum bersara menjadi pemerhati politik.



Dosa Besar-Mengadu Domba

Mengadu domba merupakan perbuatan yang boleh mengakibatkan persengketaan dan perbalahan antara dua belah pihak. Sikap suka menyampaikan cerita atau menyampaikan percakapan satu pihak kepada pihak yang lain dengan tujuan yang tidak baik sehingga menimbulkan perasaan tidak senang di hati pihak yang lain, dan akhirnya membawa kepada perselisihan faham antara kedua belah pihak adalah sama dengan menabur fitnah.

Dalam peristiwa Isra‘ dan Mi‘raj, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah menyaksikan segolongan lelaki dan wanita yang memotong satu potongan daging daripada salah seorang dari mereka. Kemudian mereka meletakkan potongan daging tersebut pada mulut salah seorang dari mereka dan berkata kepadanya: “Makanlah sepertimana yang aku makan”. Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam bertanya: “Wahai Jibril, siapakah mereka itu?” Jibril ‘alaihisalam menjawab: “Mereka inilah pengumpat, pencela serta pengadu domba”.

Mengadu domba adalah maksud dari perkataan Arab an-namimah. An-namimah berasal dari perkataan an-namma yang bererti mengeluarkan berita dengan tujuan menghasut.

Dalam kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiah al-Muyassarah, an-namimah bermaksud memindahkan atau menyampaikan berita pada orang lain dengan tujuan yang tidak baik.

Menurut Imam al-Ghazzali Rahimahullah, perkataan an-namimah pada kebanyakan pendapat adalah menyampaikan percakapan orang lain kepada orang yang dikatakan. Contoh: Seseorang berkata kepada seseorang yang lain “ Si Fulan mengatakan tentang engkau begini begini”.

Contoh ucapan atau kata-kata lain yang menggambarkan tentang perbuatan mengadu domba, antaranya: “Dia melakukan begini terhadap hakmu”, “dia merancang untuk merosakkan urusan kamu”, “dia merancang untuk membantu musuh kamu” atau “dia memburuk-burukkan tentang hal dirimu”.

Hukum Mengadu Domba

Ulama bersepakat bahawa mengadu domba termasuk antara dosa-dosa besar. Imam al-Ghazzali Rahimahullah menyatakan bahawa mengadu domba adalah dilarang kerana ianya mendedahkan sesuatu perkara yang tidak boleh didedahkan samada perkara itu tidak disukai oleh orang yang mengatakannya atau orang yang mendengarnya atau tidak disukai oleh orang yang ketiga (orang yang dikatakan).

Perbuatan yang dianggap mendedahkan sesuatu perkara itu adalah samada dengan kata-kata atau dengan tulisan atau dengan isyarat atau dengan gerak-geri, samada yang disampaikan itu daripada perbuatan atau percakapan, samada ianya tentang keaiban atau kekurangan pada diri orang yang dikatakan.

Hakikat mengadu domba ialah mendedahkan atau membuka rahsia seseorang yang dia sendiri tidak suka orang lain mengetahuinya. Maka jika seseorang itu melihat sesuatu perkara (hal ehwal orang lain) hendaklah dia mendiamkan diri sahaja tanpa perlu menyebarkannya pada orang lain.

Walau bagaimanapun jika dengan menceritakan sesuatu perkara itu mendatangkan faedah kepada orang Islam atau dapat mencegah daripada berlakunya maksiat, maka tidaklah menjadi kesalahan jika dimaklumkan kepada yang lain. Contohnya: jika dia melihat seseorang mengambil harta orang lain, maka hendaklah dia menjadi saksi bagi melindungi hak orang yang empunya harta tersebut. Namun jika tujuan sebaliknya, perkara menceritakan hal atau percakapan orang lain dianggap sebagai mengadu domba.

Balasan Mengadu Domba

Mengadu domba merupakan salah satu daripada dosa-dosa besar kerana perbuatan ini akan mengakibatkan perkelahian antara dua belah pihak. Maka oleh kerana itu Allah Subhanahu wa Taala telah menjanjikan balasan azab yang pedih kepada golongan pengadu domba.

1. Firman Allah Subhanahu wa Taala yang menggambarkan tentang kecelakaan dan penghinaan bagi pengadu domba:

Tafsirnya: “Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci dan pengeji.”
(Surah Humazah: 1)

Penghinaan, azab serta kebinasaan dari Allah Subhanahu wa Taala bagi golongan pencaci dan pengeji. Pencaci dan pengeji menurut Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhu: orang yang suka mengadu domba, merosakkan kasih sayang (sesama manusia) dan penzalim yang membuka keaiban (orang lain).

2. Firman Allah Subhanahu wa Taala lagi:

Tafsirnya: “Yang suka mencaci lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk menjahilkan orang ramai).”
(Surah al-Qalam: 11-13)

Maksud ayat di atas ialah golongan yang suka mencaci dan menyebarkan fitnah untuk merosakkan orang lain dan ini tergolong di dalam perbuatan mengadu domba. Golongan ini tidak akan memasuki syurga sebagaimana yang diriwayatkan oleh Huzaifah Radhiallahu ‘anhu, bahawa beliau mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda:
Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba”
(Hadis riwayat Muslim)

3. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari sahabat, Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhuma, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam berjalan pada suatu tempat lalu mendengar suara dua orang yang sedang disiksa di dalam kuburnya.
Maksudnya: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: “Dua orang (yang berada dalam kubur ini) disiksa, tapi bukan disiksa kerana melakukan dosa besar.”

Baginda Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: “Ya, salah seorang daripada keduanya itu tidak bersuci dengan bersih setelah berkencing, sementara yang satu pula berjalan (di kalangan manusia) dengan mengadu domba”.”
(Hadis riwayat al-Bukhari)

Bedasarkan al-Qur’an dan hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam, mengadu domba itu adalah haram dan neraka adalah tempat mereka sebagai balasan daripada Allah Subhanahu wa Taala. Adalah menjadi kewajipan kita untuk tidak melakukan perbuatan tersebut dan menolak jika di datangi oleh golongan yang suka melakukan sedemikian.

Cara Menolak Jika Didatangi Oleh Pengadu Domba

1) Jangan mempercayainya, kerana orang yang suka mengadu domba adalah orang yang fasik. Orang yang fasik ialah orang yang ditolak kesaksiannya (syahadah). Allah Subhanahu wa Taala berfirman:

Tafsirnya: “Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu mengenainya sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”
(Surah al-Hujurat: 6)

2) Melarangnya supaya tidak mengadu domba dan menasihatinya serta mencela perbuatannya itu sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Taala:

Tafsirnya: “Suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah dari melakukan perbuatan yang mungkar.”
(Surah al-Luqman:17)

3) Hendaklah membenci perbuatan mengadu domba itu kerana Allah Subhanahu wa Taala. Sesungguhnya perbuatannya itu sangat dibenci oleh Allah Subhanahu wa Taala. Maka wajib kita membenci perbuatannya sebagaimana Allah Subhanahu wa Taala membenci perbuatan tersebut.

4) Janganlah bersangka buruk terhadap sesama saudara dalam Islam yang tiada pada ketika itu. Firman Allah Subhanahu wa Taala:

Tafsirnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang), kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.”
(Surah al-Hujuraat: 12)

5) Tidak perlu memperbesar-besarkan apa yang disampaikan kepada kamu dengan mengintip atau mencari (keburukan) untuk memastikan (apa yang disampaikan), sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Taala:

Tafsirnya: “Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang.”
(Surah al Hujuraat: 12)

6) Jangan kamu menerima apa yang kamu sendiri tidak suka dan melarang dari perbuatannya. Dan jangan disampaikan pula cerita tersebut pada yang lain, contohnya kamu berkata: “Si Fulan memberitahu kepadaku begini”. Perkara seumpama ini juga dianggap sebagai mengadu domba dan mengumpat. Maka dalam keadaan ini, kamu sendiri melakukan apa yang kamu sendiri melarang (orang lain melakukannya).

Peliharalah lidah daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh syariat, seperti mengadu domba atau menyebar fitnah kerana ia merosakkan perhubungan sesama insan. Takutlah terhadap balasan mengadu domba itu. Balasannya adalah api neraka sebagaimana yang diperlihatkan kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam pada malam Isra‘ dan Mi‘raj.


Tiada ulasan: