Jumaat, 11 Mac 2011

RASUAH...MEMBERI MENERIMA TAK BERMORAL@SALAH SEGI UNDANG...DALAM ISLAM DUA2 MASUK NERAK.A.....

Saksi: Sultan Johor ada kepentingan dalam 'jambatan bengkok'
Hafiz Yatim
Mac 10, 11
6:59pm

Sultan Johor mempunyai kepentingan dalam projek jambatan laluan antarabangsa Malaysia-Singapura yang lebih dikenali sebagai 'jambatan bengkok', demikian Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu hari ini.

Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dikatakan memperolehi kepentingan tersebut ketika baginda menjadi Tengku Mahkota pada 1998.

NONEIni didedahkan oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dalam
keterangannya hari ini.

Eskay menyaman Merong Mahawangsa Sdn Bhd dan pemegang saham utama syarikat tersebut, Yahya A Jalil, sebanyak RM20 juta.

Kenyataan tuntutannya menyebut bahawa defendan gagal membayarnya RM20 juta seperti yang dipersetujui kerana membantunya mendapatkan projek jambatan bengkok.

Yahya, yang merupakan pengarah Merong Mahawangsa, didakwa oleh Eskay mendapatkan bantuannya untuk mendapatkan projek tersebut dari kerajaan dan bagi mendapatkan dana asing RM640 juta untuk melaksanakan projek tersebut.

NONEDalam keterangannya, Eskay (kanan) berkata, dia pada awalnya mahukan kepentingan 16.66 peratus dalam Merong Mahawangsa sebagai balasan kerana berjaya membantu syarikat berkenaan mendapat projek tersebut,

Dia mendakwa, pada 3 Julai 1998 Yahya bagaimanapun telah menghubunginya dan memaklumkan kepadanya bahawa persetujuan tersebut tidak dapat dipenuhi.

“Yahya memaklumkan kepada saya berlaku perubahan keadaan dalam Merong Mahawangsa. Yahya menjelaskan kepada saya bahawa Tengku Mahkota Johor (kini Sultan Johor) akan menjadi pemegang saham dalam syarikat tersebut".

Oleh itu, katanya, Yahya memberitahunya bahawa perjanjian awal untuknya mendapat 16.66 peratus dalam syarikat tersebut tidak dapat dipenuhi.

Berikutan itu, kata Eskay, Yahya menawarkan gantirugi kepadanya sejumlah RM20 juta sebagai menggantikan pegangan 16.66 peratus dalam syarikat tersebut.





PKR balas serangan Gobala, 'dedah' cek RM1.4j
Hazlan Zakaria
Mac 10, 11
4:11pm

Selepas 'diserang' ahli parlimen Bebas dari Padang Serai, N Gobalakrishnan di Parlimen semalam, PKR 'menyerang balas' hari ini dengan mendakwa bekas rakan seperjuangan mereka itu telah dibayar untuk meninggalkan parti pembangkang dan menyerang kepimpinannya.

NONEPKR mengulangi pendiriannya bahawa tindakan wakil rakyatnya keluar parti, adalah didorong oleh insentif mewah yang tidak mungkin mereka perolehi jika kekal di dalam parti itu.

Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution (kanan) menyifatkannya
sebagai satu godaan yang mendorong mereka menjadi mangsanya.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Parlimen hari ini, beliau berkata, mereka ini kemudiannya mencipta pelbagai alasan yang tidak berasas untuk menjustifikasikan pengkhianatan mereka itu.

Begitu juga, kata Saifuddin, dengan ahli parlimen Padang Serai yang juga keluar dari parti itu.

NONEYang anehnya, dakwa beliau, secara tiba-tiba, Gobalakrishnan dapat membayar pajakan RM1,402,250 untuk Embun Megah Sdn Bhd dialamatkan 1525, Kulim Height 3, Kulim Golf and Country Resort Kedah - yang didakwa Saifuddin milik ahli parlimen itu - kepada Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad.

Bayaran itu, dakwanya lagi, telah dibuat melalui dua cek lewat tarikh Bank Hong Leong Bank - satu bertarikh 12 Januari 2011 berjumlah RM700,000 dan yang satu lagi bertarikh 15 Mac 2011 berjumlah RM701,250, kata Saifuddin, sambil menunjukkan salinan fotokopi cek tersebut kepada pemberita.







CFM: PM bagi kebenaran Injil dalam bahasa Melayu
Mac 10, 11 6:35pm

Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) mendakwa janji-janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa tiada pengharaman kitab Injil dalam bahasa Melayu, telah tidak dipatuhi oleh pihak berkuasa.

CFM, yang merupakan badan gabungan bagi semua kumpulan Kristian di negara ini berkata, Najib pada perjumpaan tahun lalu berkata kitab-kitab berkenaan akan dibenar diagihkan secara bebas sekurang-kurangnya di Sabah dan Sarawak.

Menurut pengerusi CFM, Bishop Ng Moon Hing, perkara itu disampaikan kepada pemimpin CFM oleh beberapa menteri kabinet dan pembantu mereka pada Disember 2009.

Katanya, Najib juga telah dimaklumkan berhubung rampasan 5,000 lagi kitab suci penganut Kristian tahun lalu.

“Apabila diberitahu bahawa 5,000 lagi kitab Injil dirampas pada satu jamuan teh ketika sambutan Krismas yang lalu, (perdana menteri) melahirkan rasa terkejut kerana arahan tidak lagi menahan kitab yang dirampas di Pelabuhan Klang belum dilaksanakan.

“Namun, tidak ada apa-apa yang dilakukan oleh pihak berkuasa bagi memastikan kitab itu tidak ditahan,” kata Ng.

Menurut beliau, setakat ini, 30,000 salinan kitab itu masih ditahan di Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Kuching. Injil dalam bahasa Melayu itu dikenali sebagai Perjanjian Baru, Mazmur dan Amsal.



KDN: 59 dakwaan kes salah laku pegawai SPRM
Hazlan Zakaria
Mac 10, 11
6:09pm

Kementerian Dalam Negeri hari ini mendedahkan bahawa terdapat 59 laporan polis yang dibuat ke atas pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan salah laku dan penganiayan antara 2005 hingga 2010.

NONEDaripada 59 laporan polis itu, 23 kes masih disiasat, 29 kes menunggu arahan daripada Pejabat Peguam Negara dan tujuh lagi ditandakan sebagai tiada tindakan lanjut.

Perkara ini didedahkan oleh kementerian dalam negeri dalam jawapan bertulisnya kepada Gobind Singh Deo (DAP-Puchong).

Bercakap kepada wartawan kemudiannya, Gobind Singh melahirkan kebimbangannya kerana daripada 59 laporan polis, tidak ada satupun pendakwaan yang dibuat.

azlan"Bukankah ganjil jika tiada satu pun daripada laporan berkenaan menyaksikan sebarang pendakwaan di mahkamah?” soal Gobind.

Menurut beliau kes-kes itu telah menonjol sebelum kematian Teoh Beng Hock lagi dan menimbulkan desakan supaya prosedur SPRM diperketatkan.





S'gor tak boleh tutup kedai nombor ekor seperti di K'tan
Mac 10, 11 8:50pm

Kerajaan negeri Selangor tidak boleh menutup kedai yang menjual tiket loteri atau nombor ekor di negeri itu sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaan PAS Kelantan, lapor Bernama.

Bernama memetik pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali sebagai berkata kerajaan negeri akan meminta pandangan alim ulama dan pengamal undang-undang terlebih dahulu sebelum membuat tindakan seperti itu, lapor Bernama
.
Bagaimanapun keadaan di Selangor tidak boleh disamakan dengan di Kelantan, katanya kepada pemberita di Shah Alam hari ini.

Hasan, yang juga Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, berkata orang Islam di Selangor diharamkan daripada membeli nombor ekor dan tiket loteri seperti yang termaktub dalam Enakmen Undang-Undang Islam kerajaan negeri.

Hasan berkata Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) juga boleh mengambil tindakan terhadap orang Islam yang berjudi, meminum arak atau pun melakukan maksiat di tempat terbuka.

Ditanya mengenai kegiatan pihak tertentu mengedar risalah tilik nasib dan nombor ramalan empat ekor yang memaparkan pengalaman orang Islam yang kononnnya memenangi hadiah, beliau berkata perkara itu akan dibawa dalam mesyuarat JAIS tidak lama lagi bagi mengenal pasti bentuk tindakan yang akan diambil.

- Bernama



Hata 'agak seronok' disiasat Utusan
Salhan K Ahmad
Mac 10, 11
6:01pm

Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari berkata beliau berasa "agak seronok" ketika siasatan dalaman dijalankan ke atasnya oleh pengurusan Utusan Melayu (M) Bhd hari ini.

Hata menjelaskan, siasatan yang dijalankan hari ini juga "tiada apa-apa yang kritikal," selain perkara melibatkan umum melibatkan prosedur dan tugas sehariannya.

"Saya rasa (siasatan) agak menyeronokkan. Semuanya berjalan dengan harmoni," kata wartawan kanan di akhbar Utusan Malaysia itu.


Katanya lagi, siasatan pada pagi ini melibatkan keterangan oleh penolong pengarangnya Rosni Hasan.

"Antaranya mengenai bagaimana sesuatu tugasan diberikan," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini.

Siasatan yang bersambung pada sebelah petang pula mendengar keterangan daripada pengarang berita kanannya Zulkifli Hamzah dan juga oleh pengurus sumber manusia Nazlan Othman.

Hata berkata, antara keterangan yang diberikan dalam sesi itu adalah berkaitan soal teknikal melibatkan perkara berhubung pelantikan.

Siasatan akan bersambung semula pada 21 Mac.



Exco: Tiada pengharaman loteri di Terengganu
Mac 10, 11 12:05pm
Kongsi 46
Terengganu tidak mempunyai premis perjudian bukan kerana larangan oleh pihak berkuasa tetapi tidak ada permohonan mengendalikan perniagaan itu, kata anggota exco Terengganu Toh Chin Yaw.

toh chin yaw"Sejak BN mengambil kuasa negeri itu pada 2004, hanya ada segelintir orang yang berkata mereka mahu mengendalikan premis berkenaan, tetapi ia hanya cakap-cakap. Tidak ada orang yang memohon secara rasmi,” kata Toh, menurut laporan akhbar Sin Chew Daily, semalam.

Judi dan juga undang-undang tegas berhubung penjualan alkohol dikuatkuasakan oleh majlis tempatan selepas PAS menguasai kerajaan negeri pada 1999. Semua premis perjudian diarahkan ditutup.

Ditanya, sama ada beliau bermaksud kerajaan negeri akan meluluskan permohonan seumpama itu, Toh berkata beliau tidak dapat menjawap soalan itu kerana sehingga kini tidak ada sebarang permohonan.

Berdasarkan prosedur, kerajaan negeri atau majlis tempatan akan menimbangkan semua permohonan, katanya.

lim kit siang 03"Kita sepatutnya fokus pada situasi di Kelantan. DAP perlu sendiri jelaskannyanya. (Penasihat DAP) Lim Kit Siang seharusnya mengheret kerajaan negeri Kelantan ke mahkamah,” kata Toh.

Beberapa pemimpin MCA dan Gerakan telah berulang-kali mendesak DAP menjelaskan pendiriannya berhubung keputusan kerajaan Kelantan pimpinan PAS yang menyerbu dua premis yang menjual tiket loteri secara tersembunyi.

Premis perjudian telah diharamkan sejak PAS menawan negeri itu pada 1990.

Isu ini menjadi sesuatu yang hangat kepada Pakatan Rakyat kerana MCA dan Gerakan menggunakannya bagi memaparkan bahawa PAS cuba mengekang kebebasan bukan Islam.


Seorang pelatih Pulapol meninggal, 308 dikuarantin
Mac 10, 11 6:32pm

Seramai 308 pelatih Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) di Jalan Semarak, Kuala Lumpur, kini dikuarantin berikutan kematian seorang rakan mereka dua hari lepas akibat virus Adenovirus, sejenis jangkitan pada pernafasan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata tiga pelatih masih dirawat di unit rawatan rapi Hospital Kuala Lumpur (HKL) manakala 23 lagi kini ditempatkan di wad biasa.

"Kementerian belum menemui punca sebenar bagaimana virus tersebut wujud dan boleh merebak di kawasan berkenaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Jalinan Kasih 1Malaysia bagi penghuni di Penjara Bentong dekat Bentong hari ini. Liow adalah juga ahli parlimen Bentong.

Beliau meminta pengurusan pusat latihan polis, penjara, tentera dan Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) supaya meningkatkan penjagaan kebersihan di kawasan mereka.

Liow juga berkata Kementerian Kesihatan akan membawa masuk 200 doktor pakar dari Mesir, India dan Bangladesh bagi mengisi kekosongan jawatan doktor pakar di negara tahun ini.

Katanya, setakat ini hanya terdapat 2,500 doktor pakar yang ditempatkan di hospital-hospital utama di seluruh negara.

"Sekarang ini hospital utama seperti Kuantan, Temerloh, HKL dan beberapahospital di ibu negeri mengalami kesesakan kerana ramai pesakit ingin mendapatkan rawatan daripada doktor pakar," katanya.

Beliau berkata dengan adanya doktor pakar di hospital daerah, masalah kesesakan yang berlaku di hospital-hospital utama akan dapat diatasi.

- Bernama





Kawalan keselamatan peribadi untuk Pornthip
S Pathmawathy & Regina Lee
Mac 10, 11
4:45pm

Pakar forensik Thailand, Dr Pornthip Rojanasunan akan diberi perkhidmatan pengawal keselamatan peribadi sepanjang tempoh beliau berada di negara ini untuk memberi keterangan pada Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock.

NONESeperti permintaannya yang dikemukakan melalui peguam kerajaan negeri Selangor, Malik Imtiaz Sarwar, Pornthip juga memohon tarikh beliau dijadual memberi keterangan pada 16 dan 17 Mac ditukar kepada 18 hingga 20 April.

Berhubung permintaan itu, setiausaha suruhanjaya, Datuk Saripuddin Kasim dalam satu kenyataan berkata mereka telah meminta pakar itu untuk datang pada minggu pertama April.

"Berhubung permohonan menjadualkan semula tarikh memberi keterangan, suruhanjaya telah meminta Dr Pornthip menimbang semula tarikh lebih awal iaitu sebelum minggu pertama bulan April 2011, malah suruhanjaya bersedia menjalankan prosiding pada hari minggu.

"Ini berikutan suruhanjaya perlu menyelesaikan tugasan sebelum atau pada 25 April 2011," kata Saripuddin.Selain Pornthip, suruhanjaya itu juga sebelum ini berjaya mendapat persetujuan lisan daripada seorang lagi pakar forensik yang terbabit dalam kes tersebut, iaitu, Professor Dr Peter Vanezis dari United Kingdom.

Suruhanjaya Diraja itu ditubuhkan pada penghujung bulan januari selepas inkues selama 18 bulan yang dijalankan membuat keputusan penghakiman terbuka dengan memutuskan Teoh, seorang pembantu politik DAP tidak membunuh diri mahupun dibunuh.

Pornthip, dibawa oleh kerajaan negeri Selangor semasa inkues lalu berkata berdasarkan bedah siasat kedua yang disaksikannya mendapati Teoh tidak membunuh diri.

NONEPakar yang berkhidmat dengan Institut Sains Forensik Thailand itu juga mendakwa kemungkinan Teoh dibunuh adalah 80 peratus.

Vanezis yang dibawa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak bersetuju dengan penemuan Pornthip dan berkata kecederaan Teoh dialami ketika beliau sedar.

Teoh dijumpai mati pada 16 Julai 2009 di Plaza Masalam selepas disoal-siasat semalaman oleh SPRM di pejabatnya di Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan itu, sebagai saksi dalam kes membabitkan salah guna dana oleh seorang exco Selangor.



Khalid akui kelemahan dirinya
Salhan K Ahmad & Regina Lee
Mac 10, 11
2:28pm

Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, beliau mengakui kelemahannya dalam mengetuai pentadbiran negeri Selangor sebagai menteri besar.

Begitu juga kelemahan peribadinya yang mengundang pelbagai bentuk kritikan – sebahagian besarnya daripada kumpulan yang menentang pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor.

Malah, kelemahan Khalid dalam bertutur turut dijadikan bahan jenaka dalam siri protes yang dianjurkan penyokong BN di Selangor.

NONEKetika mula menceburi politik ketika bertanding dalam pilihan raya kecil Ijok pada 2007 sebagai calon PKR, beliau tersasul menyebut “undilah BN.”

Perkara ini sering dijadikan bahan untuk dibangkitkan dalam siri ceramah BN.

Khalid mengakui bahawa pilihan raya kecil itu merupakan antara pengalamannya yang paling buruk.

“Pilihan raya kecil Ijok membuka mata saya. Ia adalah satu mimpi buruk. Saya tidak dapat bayangkan bahawa politik adalah seperti itu,” katanya lagi.

Namun, ketika ditemuramah selama lebih sejam oleh Malaysiakini minggu lalu, Khalid kelihatan yakin dan juga bertutur dalam bahasa Inggeris dengan fasih.

Katanya, beliau juga mengabaikan sebahagian daripada kritikan yang dilemparkan kepadanya kerana beliau kini perlu menyesuaikan diri dengan pantas.

Khalid juga berkata, beliau kini kurang sensitif berbanding ketika beliau mengetuai gergasi korporat Permodalan Nasional Berhad.


Emel 1M'sia: Rakyat diajak selamat wang rakyat
Mac 10, 11 3:19pm
Kongsi 131
Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok masih berang dengan jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak terhadap satu soalan di Parlimen bahawa kerajaan membelanjakan RM63,000 untuk menghantar emel ucapan "Salam 1Malaysia" kepada 1.25 juta rakyat Malaysia.

NONESebelum ini, ahli parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan bertanya kepada Najib di Parlimen semalam tentang e-mel yang dihantar kepada rakyat Malaysia pada awal pada Februari, bersama-sama dengan ucapan SMS Tahun Baru Cina.

Dalam jawapan bertulisnya, Najib berkata empat juta SMS yang dihantar disediakan secara percuma oleh tiga syarikat-syarikat
telekomunikasi - DiGi Bhd, Maxis Bhd dan Celcom Bhd - sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat mereka.

Syarikat yang mengendalikan penghantaran emel berpangkalan di Amerika Syarikat.

Sehubungan itu, Teresa yang juga pengerusi DAP Selangor, mengingatkan Najib bahawa bajet yang diperuntukkan oleh menteri kewangan (Najib) kepada Najib sebagai perdana menteri, bukanlah dana peribadinya, tetapi wang pembayar cukai, yang perlu diuruskannya dengan cermat untuk kebaikan semua rakyat Malaysia, dan bukannya syarikat terpilih sahaja.

NONEBeliau yang juga exco kerajaan Selangor turut mendakwa bahawa Najib telah menganugerahkan kontrak menghantar emel kepada pihak ketiga, Lyris Inc, yang merupakan syarikat pemasaran teknologi yang berpangkalan di California.

Teresa mendakwa, tiada proses tender terbuka, tetapi nama syarikat terbabit, boleh dilihat dengan mengklik pada pautan 'tidak melanggan' (unsubscribe) pada emel.

Sehubungannya, beliau menggalakkan orang ramai mengklik 'tidak melanggan' (unsubscribe) senarai penghantaran 'Salam 1Malaysia' bagi menyelamatkan wang pembayar cukai serta untuk menghantar satu mesej protes terhadapnya.




SYABAS, JKR bakal tertakluk bawah FOI S'gor
Salhan K Ahmad
Mac 10, 11
3:12pm

Satu jawatankuasa pilihan khas telah membuat penambahbaikan utama ke atas rang undang-undang kebebasan maklumat Selangor (FOI) bagi menjelaskan bidang kuasa kerajaan negeri ke atas maklumat di bawah kuasa jabatan kerajaan.

Pengerusi jawatankuasa itu Saari Sungib berkata, penambahbaikan utama itu menjelaskan bahawa kerajaan negeri berhak ke atas semua maklumat yang dipegang oleh jabatan di bawah bidang kuasa Selangor.

Selain itu juga, penambahbaikan itu meluaskan definisi jabatan kerajaan supaya turut merangkumi organisasi "yang berurusan dengan kepentingan negeri Selangor," katanya.

"Jabatan didefinisikan sebagai segala yang berada di bawah kuasa kerajaan negeri, bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) dan juga syarikat berkaitan kerajaan.

"Dahulunya jabatan ini berada bawah kuasa SUK (setiausaha kerajaan negeri), tapi sekarang merangkumi semua yang berada bawah SUK dan PBT," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Beliau memberi contoh hak ke atas maklumat yang dipegang Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) yang sebelum ini tidak tertakluk bawah kuasa kerajaan negeri melalui rang undang-undang yang dibentangkan sebelum ini.

"SYABAS bukan jabatan dan bukan syarikat berkaitan kerajaan Selangor tapi berususan dengan kepentingan selangor, jadi kita juga memberi maksud bahawa Syabas tertakluk kepada enakmen ini.

"Jika ada masalah nanti, boleh dibawa ke mahkamah untuk diselesaikan. Kalau pada awal lagi kita hadkan bidang kuasa enakmen ini, susah (untuk dikuatkuasakan)," katanya lagi.

Selain itu, definisi berkenaan akan turut merangkumi jabatan kerajaan persekutuan seperti Jabatan Kerja Raya yang turut mendapat peruntukan daripada kerajaan negeri.

"Contohnya JKR ini jabatan pertama antara persekutuan dengan negeri di mana 30 peratus daripada peruntukan JKR negeri adalah daripada bajet kerajaan negeri.

"Peruntukan ini melibatkan pembayaran gaji, emolumen dan juga projek-projek kecil. Jadi kalau awal-awal kita kata JKR tidak tertakluk kepada kerajaan negeri, tidak bolehlah," kata Saari lagi yang juga ADUN Hulu Kelang.

Katanya lagi, rang undang-undang itu telahpun selesai dikaji oleh jawatankuasa pilihan khas tersebut hari ini dan perundingan awam juga telah diadakan.

Rang undang-undang itu akan dirujuk ke jawatankuasa DUN Selangor untuk bacaan kali ketiga pada 28 Mac dalam sidang akan datang.


Nazri cabar Pakatan lantik ketua pembangkang
Mac 10, 11 3:58pm

Tanpa ketua sementara untuk mengetuai pembangkang di persidangan Dewan Rakyat, Pakatan Rakyat boleh diibaratkan seperti 'anak ayam kehilangan ibu', kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.

NONEBeliau berkata mereka tidak perlu mengisi kekosongan itu tetapi tidak ada ketua pembangkang pada sesi ini.

"Jadi, tidak ada sesiapa yang akan bertindak sebagai ketua. Jadi mereka ibarat seperti anak ayam kehilangan ibu, saya umpamakan sedemikian kerana pembangkang tiada ketua sementara," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat kepada pelajar-pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang akan melanjutkan pengajian ke Jepun, di Putrajaya hari ini.

Pada hari terakhir persidangan Dewan Rakyat Disember lepas, empat ahli parlimen Pakatan Rakyat digantung selama enam bulan iaitu ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh), Azmin Ali (PKR-Gombak), R Sivarasa (PKR-Subang) dan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor).

Pembangkang kini berjumlah 76 di Dewan Rakyat selepas ahli parlimen Padang Serai N Gobalakrisnan keluar daripada PKR dan menjadi anggota Bebas.

"Jelas menunjukkan tiada persetujuan pada sesi ini siapa yang patut bertindak sebagai ketua pembangkang, kerana mereka tidak boleh bersetuju untuk satu jawapan," katanya.

NONEDitanya sama ada Pakatan Rakyat akan melantik seseorang menggantikan Anwar, Nazri berkata beliau tidak tahu tetapi yang jelas katanya terdapat kesukaran untuk berbuat demikian.

"Jika tidak, mudah jika mereka ada Hadi (Datuk seri Abdul Hadi Awang) atau Kit Siang (Lim Kit Siang), tetapi kenyataannya mereka tidak boleh membuat sebarang keputusan, membuktikan mereka tidak boleh bekerjasama," katanya.

- Bernama



Surendren: Najib, Mubarak ada persamaan ketara
Mac 10, 11 1:56pm

Pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sering menindas dan bersikap kuku besi dilihat persis corak pemerintahan bekas diktator Mesir Hosni Mubarak dakwa kepimpinan PKR.

NONENaib Presidennya, N Surendren berkata Najib yang menerajui BN sentiasa secara konsisten menggunakan apa-apa cara walaupun jahat untuk kekal berkuasa seperti parti yang diterajui Mubarak, Parti Demokratik Nasional (NDP) di Mesir.

“Terdapat persamaan yang luar biasa antara pemerintahan autoritarian selama 30 tahun di Mesir oleh Hosni Mubarak dan pemerintahan menindas selama 53 tahun oleh Najib dan BN ke atas Malaysia.

“Antara persamaannya adalah: pergantungan kerajaan atas suatu sistem polis yang agam untuk menumpaskan pihak pembangkang; kawalan ketat ke atas media cetak dan televisyen; tahanan tanpa bicara yang bermotifkan politik; keadaan darurat berdekad yang tidak dibatalkan; sistem kehakiman yang berat sebelah dan berpihak kepada kerajaan; pilihanraya yang tidak bebas ataupun adil,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

anwar and najib and budget malaysiaNamun menurut Surendran, persamaan yang paling ketara adalah kedua-dua pemimpin itu dari masa ke semasa mengheret pesaing politik mereka ke mahkamah untuk menghadapi tuduhan jenayah yang direka-reka.

“Objektifnya adalah untuk menghancurkan pesaing politik secara politik dan peribadi, dan oleh demikian menghapuskan ancaman kepada pemerintahan mereka.

“Rejim-rejim yang tidak bertoleransi dengan pasti akan menggunakan kaedah seperti ini kerana mereka tidak mempunyai pertimbangan keadilan dan tidak memedulikan kedaulatan undang-undang,” katanya.

Mubarak digulingkan oleh rakyatnya selepas jutaan mereka berkumpul dan memprotes secara aman di Dataran Tahrir sejak 25 Januari lalu selepas tidak tahan dengan pemerintahan kuku besi beliau selama 30 tahun.

NONEMenurut Surendran, kes Liwat II yang membabitkan Anwar sama dengan apa yang dilakukan Mubarak ke atas pemimpin pembangkang Mesir Ayman El Nour pada tahun 2005 sehingga menyebabkan Alyman dipenjara selama lima tahun.

Anwar semasa pemerintahan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir juga pernah dipenjara selama 6 tahun.

"Kerajaan Najib menggunakan taktik yang sama sahaja. Mubarak dengan terkenalnya menggunakan mahkamah Mesir untuk memenjarakan Ayman Nour, pemimpin Parti El Ghad yang dipenjarakan selama lima tahun dengan kerja berat. Persamaan dengan pendakwaan Anwar yang sekarang berlangsung adalah amat ketara," katanya lagi.

Justeru Surendren berkata rakyat perlu bangkit untuk memastikan kerajaan BN disingkirkan agar penindasan, korupsi dan kezaliman dapat dihentikan sepertimana Mubarak dan NDP.

NONE"Rakyat Malaysia, bersama dengan dunia, berasa girang melihat melihat pemergian penzalim Mubarak dan kemenangan rakyat Mesir. Sekarang, kita mengalukan hari yang cemerlang apabila rakyat Malaysia mengakhiri pemerintahan membazir, lembap dan menindas BN dan pemimpinnya Najib Razak.

“Pemerintahan BN yang mencerminkan pemerintahan Mubarak ke atas Mesir, mesti berakhir. Untuk kebaikan negara, BN perlu disingkirkan," akhiri kenyataannya itu.




Tiada ulasan: