Hazayani Zakaria | |||||||||||||||||||
KUALA LUMPUR, 10 Mac: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub mahu Kementerian Pelajaran serius dalam memastikan masa depan guru sandaran tidak terlatih (GSTT) lebih terjamin. Beliau sewaktu mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini berkata, meskipun guru-guru sandaran ini tidak menerima latihan secara formal dalam bidang pendidikan, namun mereka mempunyai pengalaman yang berguna untuk menjadi guru tetap. "GSTT ini walaupun mereka tidak terlatih tetapi mempunyai pengalaman. Adakah kementerian bersedia memberikan keutamaan kepada GSTT memohon untuk memasuki maktab perguruan dan mempunyai diploma dalam bidang tersebut dan ada di antara mereka memang berminat menjadi guru," katanya yang juga Naib Presiden PAS. Salahuddin dalam soalan asalnya meminta Menteri Pelajaran menyatakan pendirian kerajaan terhadap nasib guru-guru sandaran di negara ini serta jumlahnya. Beliau juga ingin tahu jaminan kerajaan terhadap masa depan mereka. Menjawab soalan tersebut, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, Kementerian Pelajaran Malaysia sedang meneliti dan memuktamadkan kedudukan GSTT dalam tempoh terdekat agar pengalaman dan keupayaan guru-guru ini dapat dimanfaatkan dan seterusnya memberi peluang kepada mereka menjadi guru terlatih. PKR gesa LHDN siasat kewangan Gobala
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Khamis, 10 Mac 2011
LEBIH TERUK DIKUDA OLEH SYAITAN SERTA IBLIS.....MARILAH KITA BERLINDUNGAN KEPADA ALLAH DARI KEJAHATAN SYAITAN2...
PAS mahu guru sandaran lebih terjamin
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan