Khamis, 3 Mac 2011

KELIRUKAN MANUSIA DAN RAKYAT...KELIRUKANLAH....TETAPI TIDAK BAGI ALLAH....MEREKA NI BERANI BERMAIN API...BERANI MEMPERMAIN HUKUM2 ALLAH..SAMA2 TUNGGU

CAP dakwa harga makanan lonjak hingga 167 peratus
Mac 3, 11 10:15am

Persatuan Pengguna Pulau Pinang mendakwa harga pelbagai makanan telah melonjak antara 20 peratus hingga 167 peratus sejak bulan lalu akibat kenaikan harga pelbagai barangan keperluan.

NONEPresidennya, SM Mohamed Idris berkata peningkatan harga makanan itu telah menyebabkan kesukaran yang amat sangat kepada kehidupan pengguna.

"Satu hidangan sayuran yang dijual pada harga 60 sen enam bulan yang lepas, kini dijual pada harga 80 sen hingga RM1.00 setiap hidangan, peningkatan 25 peratus hingga 66 peratus; udang (saiz sederhana) daripada RM1.50 hingga RM4.00 setiap satu, peningkatan 167 peratus," katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut SM Mohamed, pengusaha restoran dan pemilik gerai makanan yang ditemubual oleh pegawai CAP, berkata kenaikan harga makanan dan minuman ringan adalah akibat daripada kenaikan harga barangan keperluan yang diimport seperti bawang, bawang putih, kacang dal dan rempah; ayam, daging, daging kambing, ikan, udang, sayuran, tepung beras, telur, susu pekat manis, biji kopi, serbuk teh daripada antara 20 peratus sehingga 200 peratus serta peningkatan dalam harga gas dan bahan api.

NONEKatanya kajian yang dijalankan sekitar gerai-gerai di Pulau Pinang itu mendapati kenaikan bukan sahaja membabitkan kedai makanan orang Islam tetapi juga menjejaskan makanan orang Cina dan India.

"Harga char koay teow di gerai makanan Cina menunjukkan peningkatan 50 peratus daripada RM3.00 kepada RM4.50 sepinggan.

"Barangan makanan lain seperti moey daging atau bubur meningkat daripada RM3.50 kepada RM4.50; mee udang daripada RM4.50 kepada RM5.50; mee tomyam RM4.00 kepada RM4.50; nasi goreng daripada RM3.50 kepada RM4.00," katanya.

Menurut beliau bagi makan India pula, harga tosai yang dijual RM1.00 setiap satu kini meningkat RM1.20, peningkatan 20 peratus harga roti canai dan nasi lemak masih sama tetapi kandungannya telah dikurangkan.

mamak restaurant 271206 open stoves"Harga kopi dan teh telah meningkat daripada 80 sen kepada RM1.00 hingga RM1.10 segelas; Nescafe, Horlicks dan Milo meningkat daripada RM1.20 kepada RM1.30 segelas; minuman tin dan jus segar pula meningkat daripada RM1.50 kepada RM2.00, peningkatan 33 peratus.

"Di sesetengah tempat ais kosong telah meningkat daripada 20 sen kepada 40 sen segelas iaitu peningkatan 100 peratus," katanya.

Presiden CAP itu berkata memandangkan kenaikan kos, bayaran bagi perkhidmatan lain seperti pembaikan paip, elektrik, bengkel kereta, membaiki motosikal juga telah meningkat bayarannya daripada antara 20 peratus kepada 30 peratusdalam tempoh lebih enam bulan lalu.

mamak restaurant 271206 patronsSehubungan itu, SM Mohamed menggesa kerajaan mempertimbangkan perkara ini dengan serius bagi mencari jalan bagaimana untuk mengatasi kenaikan kos.

"Pengguna (perlu) berhati-hati dalam berbelanja dan untuk meminimumkan makan di luar dan jika mereka tidak mempunyai pilihan tetapi terpaksa makan di luar, maka pilihlah kedai yang mengenakan harga yang berpatutan.

"CAP juga menggesa peniaga supaya memainkan peranan mereka dalam membantu situasi kenaikan harga dengan mengurangkan pengambilan keuntungan bagi memastikan mereka dapat meneruskan perniagaan," katanya.



JPN disaman kerana nombor MyKad bertindih
Regina Lee & Hafiz Yatim
Mac 3, 11
1:37pm


Mendapatkan kad pengenalan adalah hak setiap rakyat Malaysian di negara ini.

Namun bagi pemandu teksi Mohammad Daud Salleh, 42, ia adalah permulaan mimpi ngerinya, apabila beberapa tahun lalu mendapati seseorang lain juga telah diberikan nombor pengenalan yang sama oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Perkara itu diketahuinya pada 2005, ketika cuba menggantikan kad pengenalan plastiknya dengan MyKad yang mempunyai cip.

Bermula detik itu, beliau terpaksa berulang-kali ke ibu pejabat JPN di Putrajaya bagi menyelesaikan kemelut itu dan akhirnya diberikan kad yang baru.

Namun mimpi negerinya tidak berakhir selepas itu.

Pada 2007, beliau diberikan saman oleh Jabatan Pengangkutan Jalan yang dialamatkan ke rumahnya di Gombak. Alasan mereka, Mohammad Daud 'didapati' memandu laju dengan kereta yang bernombor pendaftaran WLY3910 - kereta yang didakwa tidak dimilikinya.

Beliau kemudian mengambil keputusan menjalankan 'siasatan' sendiri dengan berkunjung ke Bank Negara dan Public Bank untuk menyemak staus pinjaman kereta berkenaan dan memaklumkan bahawa beliau tidak pernah meminjam ataupun memiliki kereta tersebut.

Beliau juga berkunjung ke ibu pejabat JPJ di Putrajaya dan terkejut apabila ditunjukkan salinan MyKad yang tertera nombor yang sama dengan yang dimilikinya tetapi dengan gambar serta alamat yang berlainan.



Timbalan KSU hadapi tuduhan rasuah
Mac 3, 11 1:10pm


Timbalan ketua setiausaha (Perancangan dan Pembangunan) Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Bakaruddin Othman, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam pagi ini atas tuduhan rasuah sewaktu menjadi yang dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

NONEDia dituduh menggunakan jawatannya sebagai yang dipertua MPS untuk meluluskan pembiayaan daripada MPS sebanyak RM26,500 untuk kerja selengaraan rumah miliknya sendiri, di dalam mesyuarat jawatankuasa sebutharga MPS Bilangan 7/2001, yang mana tertuduh mempunyai kepentingan secara langsung ke atas jabatan tersebut.

Bakaruddin, 57 (tengah), dituduh berbuat demikian untuk selengaraan rumah beralamat di No. 14413, Jalan Laksamana 9, Kampung Laksamana, 68100 Batu Caves, Selangor.

Dia dituduh melakukan kesalahan tersebut di antara bulan Jun 2001 dan April 2002, di Bangunan MPS, Pesiaran 3, Bandar Baru Selayang, Gombak, demikian menurut kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tertuduh yang tidak diwakili peguam, mengaku tidak bersalah. Hakim Asmadi Husin membenarkan ikatjamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dijalankan oleh Datuk Abdul Razak Muda dari SPRM. Mahkamah menetapikan sebutan kes pada 4 April.

Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan dengan hukuman penjara tidak kurang 14 hari dan tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan.



Bekas pekerja kaitkan Taib di video
Mac 3, 11 2:49pm


Sebuah video yang memalitkan Tan Sri Abdul Taib Mahmud kini muncul dengan bekas pekerjanya sendiri mendakwa ketua menteri Sarawak itu memiliki kekayaan berbilion-bilion ringgit di benua Amerika Utara sahaja.

azlanDalam video 'mengenang Ross Boyert' yang disiarkan pada laman sesawang Sarawak Report (SR), Boyert - bekas ketua pegawai operasi syarikat milik Taib, Sakti International, Wallysons Inc dan dua lagi firma di Amerika yang memiliki hartanah bernilai US$80 - menentang ketua menteri itu.

Boyert juga mengesahkan Taib "adalah bos" Sakti International di Amerika Syarikat dan dikaitkan dengan Sakto Corporation di Kanada.

"Taib adalah pemilik syarikat ini dan semua assetnya, " kata Boyert dalam dokumentari video 16-minit itu.



3 pakar patologi kekal keputusan Teoh mati akibat jatuh
Mac 3, 11 7:36pm


Tiga pakar forensik patologi yang memberi keterangan kepada suruhanjaya yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock mengekalkan
keputusan bahawa kematian setiausaha politik seorang anggota exco kerajaan Selangor itu disebabkan kecederaan berganda akibat jatuh dari tempat yang tinggi.

Pegawai Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh, Dr Shahidan Mohamed Noor; Pakar Perunding Perubatan Jabatan Forensik dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Dr Khairul Azman Ibrahim dan Pensyarah Kanan Unit Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr Prashant Naresh Samberkar merupakan saksi yang sama dalam inkues di Mahkamah Koroner Shah Alam sebelum ini.

Dr Shahidan, yang dipanggil memberi keterangan hari ini, merupakan pakar forensik patologi yang membuat pembedahan kali kedua bersama-sama Pakar Patologi Thailand Dr Pornthip Rojanasunand dan Pakar Forensik British Prof Dr Peter Vanezis.

Dr Shahidan turut merumuskan bahawa kecederaan pada leher Teoh disebabkan tekanan yang kuat ketika jatuh.

Dr Khairul Azman, yang selesai memberi keterangan semalam dan Dr Prasant yang selesai memberi keterangan pagi tadi, turut membuat keputusan yang serupa dalam laporan autopsi masing-masing.

Ketiga-tiga mereka juga mendapati Teoh berada dalam keadaan sedar ketika jatuh berdasarkan tindak balas pergerakan tubuh.

Teoh, 30, setiausaha politik anggota Exco Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, selepas memberi kenyataan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

Suruhanjaya siasatan itu dipengerusikan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen. Ia dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk T.S.Nathan, Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik serta Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 Januari lepas, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner membuat 'keputusan terbuka'.

Dalam prosiding hari ini, Dr Shahidan yang ditanya oleh peguam N Navaratham yang mewakili Majlis Peguam, sama ada beliau menerima arahan sesiapa untuk memfokuskan bahagian leher mangsa (ketika bedah siasat) berkata, ia dibuat hasil perbincangan secara profesional dalam kalangan lima doktor yang terlibat iaitu Dr Khairul Azman, Dr Prashant, Dr Pornthip dan Dr Venesis.

Ditanya mengapa lebam pada leher tidak disedari pada bedah siasat pertama dan ia muncul ketika bedah siasat kedua, Dr Shahidan berkata ketika bedah siasat kali pertama oleh Dr Khairul dan Dr Prasant dilakukan, ia mungkin telah ada tetapi tidak dinyatakan dalam laporan.

Prosiding disambung Isnin.

- Bernama



BN, PAS usaha tarik pengundi atas pagar
Mac 3, 11 5:43pm


Pada hari keenam hari ini dalam kempen pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Kerdau, calon serta jentera parti bertanding sibuk mengatur strategi meraih sokongan pengundi atas pagar.

Satu tinjauan rambang menunjukkan pengundi sendiri merasakan BN dan PAS yang berentap mempertingkatkan usaha mendapatkan sokongan pengundi atas pagar memandangkan kedua-dua parti yakin penyokong setia masing-masing akan tentunya mengundi calon masing-masing Ahad ini.

Seorang pengundi, Hamaluddin Abu Bakar, 51, dari Kampung Peragap berkata, penyokong tegar sesuatu parti sukar untuk berubah tetapi yang berada di tengah-tengah akan memilih isu semasa dan apa yang dijanjikan dan boleh dilaksanakan oleh sesuatu parti kepada mereka kelak.

"Jadi jentera pilihan raya mana-mana parti kena pandailah. Janganlah harap pemimpin saja yang beri kenyataan," katanya.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyatakan hasrat untuk melihat calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad menang dengan majoriti lebih baik daripada majoriti 1,615 undi yang diperolehi calon BN pada 2008, Datuk Zaharuddin Abu Kasim.

Pada masa itu, Zaharuddin meraih 4,135 undi manakala lawannya daripada PAS, Hasanudin Salim mendapat 2,520 undi.

Zaharuddin, 63, meninggal dunia pada 12 Februari lepas manakala Hassanuddin, 44, sekali diturunkan sebagai calon PAS, kali ini menentang Syed Ibrahim, juga berusia 44.

Sebanyak 54 peratus daripada 8,999 pengundi atau 4,859 orang di kawasan Kerdau terdiri anggota Umno, yang kalau secara sifir mudahnya, BN boleh mencatat kemenangan dengan mengambil kira kesemuanya turun mengundi.

Tetapi adakah BN sendiri pasti semua anggota dan penyokongnya termasuk 548 pegundi baru, akan keluar mengundi Ahad ini.

Dalam pilihan raya umum lepas, sebanyak 80.3 peratus atau 6,799 daripada 8,451 pemilih di situ telah keluar mengundi.

Pengarah pilihan raya kecil Kerdau PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man awal-awal lagi sudah mengakui bahawa agak sukar bagi parti itu untuk menang.

"Tapi kita cuba tarik mereka yang ditengah-tengah ini. Kita pergi rumah-rumah dan jika mereka memang menyokong Umno kita anggaplah ziarah. Tak menjadi masalah. Kita beri penjelasan kenapa perlu undi PAS.

"Kita juga ada penyokong dan anggota parti yang mana saya pasti akan memberikan undi kepada PAS.

"Bagi anggota Umno itu, kadang-kadang nama mereka sahaja didaftar tetapi mereka sendiri tidak tahu dan yuran dibayar oleh orang lain. Tapi untuk jadi anggota PAS mereka kena bayar sendiri," kata Tuan Ibrahim yang juga pesuruhjaya PAS Pahang kepada Bernama hari ini.

- Bernama


Isu arak, judi: Umno cuba kelirukan rakyat kata PAS
Mac 3, 11 4:31pm


Isu arak dan judi yang didakwa masih tidak diharamkan sepenuhnya di Kelantan menjadi perdebatan hangat antara seorang exco kerajaan dan ketua pembangkang pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.

pas and kelantanPengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan membidas ketua pembangkang, Datuk Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) yang membuat kenyataan yang mengelirukan rakyat semalam dan disiarkan di akhbar hari ini.

"Ketua pembangkang telah bercakap di luar dewan dalam kapasiti jawatannya itu dan menjadi persoalan kenapa tidak dibangkitkan di dalam dewan ini.

"Beliau (Md Alwi) cuba mengelirukan rakyat dengan membuat kenyataan yang tidak benar mengenai isu arak dan judi ini,” katanya yang sebelum itu menjawab soalan Rohani Ibrahim (Pas-Tanjong Mas) di dewan itu.

Sambil menafikan dakwaan itu, Md Alwi berkata, sebagai ketua pembangkang, beliau hanya menjawab soalan wartawan yang menunggunya di luar.

Katanya, memang benar Islam telah mengharamkan arak dan judi, tetapi kerajaan Kelantan masih membenarkannya kepada penganut bukan Islam bagi menghormati budaya mereka.

"Haram tetap haram dan halal tetap halal, tetapi dakwaan yang mengatakan Umno membenarkan perkara ini juga tidak benar dan saya boleh menerima keadaan ini di Kelantan,” katanya.

- Bernama

Tiada ulasan: