40 orang paling kaya Malaysia kumpul RM186.3 bilion
SINGAPURA: Kekayaan terkumpul 40 orang paling kaya di Malaysia berjumlah US$62.1 (RM186.3) bilion, meningkat sebanyak US$11.1 (RM33.3) bilion berbanding tahun lepas, menurut senarai kekayaan terbaru disiarkan Forbes Asia.
Dua tempat teratas pertama masih dipegang oleh Robert Kuok Hock Nien dan Ananda Krishnan.
Kuok, 87, menerajui kedudukan pertama sejak 2006 apabila Forbes Asia mula menyenaraikan 40 orang paling kaya di Malaysia dengan kekayaan beliau bernilai US$12.5 (RM37.5) bilion, naik sebanyak setengah bilion daripada tahun lepas.
Ananda, 72, berada di kedudukan ke-2 dengan kekayaan bernilai US$9.5 (M28.5)bilion, naik daripada US$8.1 (RM24.3) bilion tahun lepas.
Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary yang mengumpulkan US$2.5 (RM7.5)bilion menduduki tempat kelapan. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan