Ahad, 13 Mac 2011

JANGAN LUPA SEJARAH...DULU PENDIDIKLAH BANYAK DALAM POLITIK LEBIH2 DARI SITC...PEMIMPIN YANG ADA PUN DIDIK OLEH PENDIDIK..NI KACANG LUPAKAN KULIT

Baru: Najib khianati penganut Kristian Sarawak
Mac 12, 11 5:52pm


Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian membidas Perdana Menteri Najib Razak dan Kementerian Dalam Negeri kerana mendalangi penahanan 30 ribu naskah Kitab Injil versi Bahasa Melayu di Pelabuhan Kuching sejak Januari lalu.

NONEDalam kenyataannya, Baru menganggap tindakan itu sebagai pencabulan hak masyarakat Kristian di Sarawak dan kegagalan Putrajaya mendokong kebebasan beragama yang termaktub dalam Perjanjian Persekutuan 1963 yang membolehkan Sabah dan Sarawak menganggotai Malaysia.

"Ia bukan sahaja pencabulan terbuka terhadap hak orang Kristian yang termaktub dalam pelembagaan tetapi bertentangan dengan provisi dan syarat-syarat dalam Perjanjian Malaysia 1963.

“Sebagai rakyat beragama Kristian di Sarawak, kita diberi jaminan bahawa hak kebebasan agama sebelum Sarawak menyertai Malaysia" kata Baru.

Menurut beliau yang juga seorang peguam, sepucuk surat bertarikh 12 Januari 2lalu mengenai penahanan itu oleh Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al- Quran negeri Sarawak menyatakan rampasan itu dilakukan di bawah seksyen 9A, 17 dan 18, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984. Tindakan selanjutnya menanti keputusan Menteri Dalam Negeri.

Sebelum ini KDN turut merampas 5,000 kitab Injil Bahasa Melayu di Pelabuhan Klang dan telah menahannya sejak tahun lalu.

Menurut Baru, hal ini tidak dapat diterima masyarakat Kristian di Sabah dan Sarawak dan mahu Najib bertanggungjawab sebagai ketua kerajaan persekutuan.

"Beliau (Najib) tidak boleh memberi sebarang alasan bahawa 'Napoleon Kecil' yang menyebabkan masalah ini," katanya.

Menurut Baru masyarakat Kristian di negara ini, terutamanya di Sarawak harus menghantar mesej tegas dengan mengubah kerajaan pada pilihan raya negeri dan pilihan raya umum akan datang.




Peniaga gagal hadiah keranda kepada ADUN
Mac 12, 11 8:36pm


Timbalan Yang Dipertua Persatuan Peniaga-peniaga Komtar Mohamed Ghani Abd Jiman hari ini menghantar hadiah berupa sebuah keranda kepada ADUN Komtar, Ng Wei Aik.

Bagaimanapun, cubaan Ghani untuk menghantar keranda itu ke rumah Ng di Happy Valley berdekatan Paya Terubong, gagal.

ghani sent coffin to lim guan eng ng wei aik 120311 ghani gang left after warned by policeLori yang dipandunya dan dinaiki beberapa rakannya, dari Penang Road ke Happy Valley, telah dihalang oleh polis selepas dibantah penduduk.

"Saya membuat protes ini kerana Ng merancang untuk mengeluarkan saya dari Komtar sebaik kerja-kerja pengubahsuaian siap," katanya kepada pemberita selepas mengadakan tunjuk perasaan secara aman yang disertai beberapa anggota dari 11 badan bukan kerajaan di Georgetown, hari ini.

"Kami tidak mahu pemimpin yang suka bertindak kasar di Pulau Pinang dan akan terus menunjukkan penentangan sehingga dia meletak jawatan," katanya merujuk tindakan kasar Ng terhadap seorang pemilik restoran nasi kandar awal tahun ini.

ghani sent coffin to lim guan eng ng wei aik 120311 demostrationSebelum itu, sekumpulan lebih daripada 200 orang yang mendakwa anggota NGO Melayu Islam mengadakan tunjuk perasaan di Komtar berhubung isu tanah Melayu dan usaha meminggirkan orang Melayu di negeri ini.

Pengerusi kumpulan itu Anuar Khan Ali Azqar Khan berkata mereka akan menyerahkan satu memorandum kepada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas di Seri Mutiara, di Geeorgetown petang ini.

"Kami tidak mahu orang Melayu di negeri ini terus merana disebabkan sikap kerajaan negeri yang gagal mengurus masalah orang Melayu dengan baik," katanya.

- Bernama


IGP: Pangkat sarjan jika ada diploma
Mac 12, 11 6:01pm


Mereka yang mempunyai sekurang-kurangnya kelulusan diploma akan ditawarkan pangkat Sarjan jika menyertai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di masa depan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, ia merupakan skim baru untuk PDRM menarik minat anggota masyarakat terutama golongan muda menyertai pasukan tersebut.

NONE"Ini salah satu skim baru yang akan kita perkenalkan iaitu kelulusan minimum untuk masuk dalam perkhidmatan polis bagi pangkat Sarjan ialah diploma.

"Menerusi skim baru ini juga, kenaikan pangkat juga akan lebih cepat. Kita mempermudahkan, umpamanya Konstabel untuk naik ke pangkat Koperal, Insya-Allah dalam masa lima tahun. Kalau dulu ada sampai 10 tahun, 15 tahun ada yang pencen pun masih Konstabel lagi.

"Begitu juga pangkat-pangkat lain. Kita nak ubah (skimnya),” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan pemakaian pangkat Pegawai Kehormat Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Kor Suksis) di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Kuala Terengganu hari ini.

- Bernama



PM ingatkan warga pendidik IPT tak terlalu berpolitik
Mac 12, 11 5:12pm


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengingatkan warga pendidik di institusi pengajian tinggi (IPT) supaya tidak terlalu berpolitik untuk mengejar jawatan, sebaliknya menumpukan kepada tugas mendidik anak bangsa.

"Jangan terlalu banyak sangat politik... sampai masa nak lantik Naib Canselor atau Timbalan Naib Canselor begitu banyak surat layang dan sebagainya saya terima.

"Saya lihat penyakit politik di universiti ini kadang-kadang lebih hebat daripada nak pilih calon pilihan raya. Ini satu budaya tidak sihat di universiti dan saya rasa malu kalau sikap warga universiti lebih kepada politik daripada tugas utama mengajar anak-anak kita," katanya ketika berucap pada lawatan ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Pekan, hari ini.

Turut hadir ialah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Naib Canselor UMP Prof Datuk Daing Nasir Ibrahim.

Dalam sidang media selepas itu, Perdana Menteri berkata kepuasan seseorang pendidik sepatutnya apabila berjaya membentuk minda pelajar dan bukannya mengisi sesuatu jawatan dalam pengurusan.

"Soal siapa jadi Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor biarlah proses penilaian dibuat secara objektif," katanya.

Sementara itu, Najib berkata IPT perlu memainkan peranan merapatkan jurang kemahiran untuk mengisi keperluan modal insan dalam menuju negara maju dan berpendapatan tinggi.

"Dari segi kelulusan teknikal masih lagi ada kekurangan dalam negara kita, sebab itu kita akan melihat semula perancangan kita supaya kita dapat memenuhi (modal insan) melalui peranan IPT dalam negara kita," katanya.

Justeru, beliau berkata peranan universiti di negara ini akan diperhalusi supaya menjadi lebih khusus dalam mengeluarkan tenaga kerja yang diperlukan oleh industri.

"Sebab itu universiti baru seperti UMP ini menjadi universiti teknikal melibatkan bidang teknologi dan modelnya ialah model universiti teknikal Karlsruhe, Jerman," katanya.

Pada majlis sama, Perdana Menteri turut melancarkan projek teknologi hijau UMP, yang dibangunkan secara usahasama anak syarikatnya, UMP Green Technology Sdn Bhd dengan Urban Environment Industries Sdn Bhd, membabitkan pembangunan kitar semula minyak dasar daripada minyak hitam terpakai menggunakan teknologi pengekstrakan yang dijangka dapat menyelesaikan masalah untuk melupuskan minyak hitam terpakai.

Projek usahasama itu dilakukan di kilang pemprosesan minyak pelincir terpakai di Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan dengan kapasiti pengeluaran tahunan 14,000 metrik tan setahun.


Tiada ulasan: