Menurut Edano, Tokyo Electric Power Co bercadang mengiisi kebocoron reaktor di pusat tenaga Fukushima Daiichi dengan air laut bagi menyejukkannya dan mengurangkan tekanan unit berkenaan.
"Reaktor nuklear itu dikelilingi oleh bekas reaktor keluli, yang kemudiannya dikelilingi oleh bangunan konkrit,” katanya.
"Bangunan konkrit itu tumbang. Tetapi kami dapati reaktor di dalamnya tidak meletup.”
"Kami juga sahkan bahawa reaktor nuklear tidak musnah. Letupan tidak berlaku di dalam bekas reaktor itu. Oleh demikian, jumlah radiasi yang tersebar luar tidak besar,” katanya di Tokyo.
"Ketika ini, tiada perubahaan ketara berhubung tahap radiasi yang tersebar di luar (daripada sebelum letupan), jadi kami minta orang ramai supaya bertenang,” kata Edano.
Katanya, proses mengisi air laut ke dalam simpanan reaktor akan mengambil masa lima hingga 10 jam dan sekitar 10 hari bagi melengkapkan proses berkenaan termasuk mengunakan asid boric bagi menghalang kritikaliti.
Menurut Edano, pihaknya sedang mengkaji punca letupan itu dan situasinya dan serta akan membuat pengumuman kepada orang ramai apabila mendapat maklumat lanjut.
Sebelum itu pada kira-kira jam 3.30 waktu tempatan, satu letupan kedengaran di sebuah loji nuklear di Sendai, Jepun yang menimbulkan kebimbangan reaktor itu akan musnah dan menyebabkan bahan radioaktif tersebar.
Menurut Tokyo Power Electric Co yang menguruskan Loji Fukushima Dai-ichi di Sendai menyatakan tidak pasti letupan di loji berkenaan yang menyebabkan satu dindingnya runtuh, mengandungi reaktor nuklear.
Bagaimanapun mereka mengesahkan empat pekerja tercedera akibat kejadian itu.
Paparan TV Jepun menunjukkan salah satu dinding bangunan terbakar hangus dengan hanya meninggalkan rangka besinya.
Jurucakap kerajaan, Yukio Edano menyatakan semua penduduk dalam lingkungan 10 kilometer dari loji berkenaan patut dipindahkan.
Walaupun berdepan dengan kemusnahan, wakil Suruhanjaya Keselamatan Nuklear Jepun Ryohei Shiomi berkata ia tidak akan merebak dari lingkungan 10 km dan kebanyakan 51 ribu penduduk di sekitar telahpun dipindahkan.
Pasukan keselamatan Jepun termasuk lebih 50 ribu tentera dikerah membantu bagi memastikan kemalangan dan kebakaran dapat diatasi serta menyelamatkan mangsa akibat bencana alam paling teruk dalam tempoh 140 tahun ini.
Kadar rasmi kematian setakat jam 5 petang waktu tempatan ialah 413 dengan 784 disahkan hilang dan 1,128 tercedera.
Bagaimanapun media tempatan melaporkan lebih dari 1,300 terbunuh.
200 hingga 300 mayat dijumpai di pantai Sendai, bandar paling hampir dengan pusat gempa bumi semalam.
Lebih 215 ribu rakyat kini berlindung di 1,350 pusat pemindahan di lima wilayah berbeza.
Impak sebenar masih tidak dapat dikenal pasti.
Kemusnahan teruk dilaporkan di wilayah Miyagi kerana gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter semalam dan tsunami yang memusnahkan pelbagai kawasan terutamanya di bandar Sendai dan kawasan timur Jepun.
Dalam memuji “kejujuran intelektual” Professor Wang Gangwu yang dilahirkan di Surabaya tetapi dibesarkan di Ipoh semasa pelancaran buku bahasa Mandarinnya berjudul 'Junzi', Tengku Razaleigh berkata negara kini kekurangan kualiti dalam persekitaran politik.
"Ini adalah komoditi yang sukar diperolehi hari ini, khususnya dalam persekitaran politik yang dihadapi di Malaysia hari ini di mana pembohongan politik kian menular,” katanya.
Kecaman Tengku Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang semakin pedas apabila beliau menyentuh buku memoir Mahathir 'A Doctor in the House', yang dilancarkan di Kuala Lumpur awal minggu ini.
"Menipu secara politik datang melalui media dan ada kalanya dengan menulis buku memoir. Satu daripadanya adalah yang terbaru dilancarkan dengan tajuk pseudo (awalan asing palsu), 'A Doctor in the House'.
"Saya gunakan 'pseudo' kerana ia adalah tiruan tajuk daripada sebuah filem komedi British yang terkenal pada 1950an berdasarkan novel Richard Gordon. Mungkin ia disengajakan bagi mencerminkan lawak, selain pembohongan politik, kata Tengku Razaleigh secara sinis.
Menurutnya, dakwaan yang dilemparkan oleh Mahathir dalam buku tersebut ke atas dirinya bukan sesuatu perkara baru.
"Sekali lagi, saya dituduh mengheret parti (Umno) ke mahkamah. Saya juga didakwa terbabit dengan politik wang semasa bertanding pada pemilihan parti 1987,” kata Tengku Razaleigh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan