Umno bahagian dapat beli tanah - murah sangat!
Pemimpin
Umno bahagian Tanjung Karang didakwa telah menyalahgunakan kedudukan
mereka untuk membeli tanah daripada pentadbiran Umno negeri sebelumnya
pada kadar yang terlalu murah.ADUN Selangor, Ng Suee Lim menunjukkan dokumen dalam satu
sidang akhbar hari ini, berhubung maklumat terperinci penjualan 0.437ha tanah kepada bahagian Umno pada kadar hanya satu ringgit bagi satu kaki persegi pada November 2001.
"Harga asal tanah tersebut adalah lebih daripada satu juta ringgit, tetapi ia akhirnya dijual pada harga hanya RM47,039.
"Harga sedemikian biasanya hanya untuk penempatan tradisional, bukan bagi tanah komersil." Ng berkata.
ADUN Sekinchan mencabar Menteri Pertanian Datuk Noh Omar sama ada memulangkan kembali tanah tersebut atau membayar pampasan kepada kerajaan negeri bagi kerugian dalam pendapatan.
Perkhidmatan Tan Sri Abu Bakar sebagai KP JPA ditamatkan
Perkhidmatan Tan Sri Abu Bakar Abdullah, 57, sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam ditamatkan semalam.
Bagaimanapun, dalam kenyataan tiga perenggan hari ini, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa tidak menyatakan sebab-sebab perkhidmatan Abu Bakar ditamatkan.
Berikutan kekosongan tersebut, Dr Ali berkata Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Datuk Farida Mohd Ali akan menjalankan tugas-tugas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berkuatkuasa semalam.
Dr Ali berkata, kerajaan sedang menimbang dan meneliti calon yang layak dan sesuai bagi jawatan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang baru.
Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas sumbangan dan khidmat bakti Abu Bakar sepanjang 35 tahun perkhidmatannya dalam perkhidmatan awam.
- Bernama
Nunurheni (kiri) berkata, pada pertemuan itu barulah suaminya itu, Razali Kassan menceritakan kejadian menyayat hati yang berlaku di dalam kem tersebut.
Dalam pertemuan tersebut, Razali yang dilihatnya berada dalam keadaan lemah dan pucat menceritakan betapa beliau dipukul oleh pegawai kem, kata Nunurheni.
"Dia biasanya tak mengadu macam itu. Dia tak pernah mengadu dia kena pukul ke. Dari mula ditahan, dia tak pernah cakap apa-apa. Dia cakap ISA baik, pembangkang yang burukkan ISA kata teruk.
"(Tetapi) semalam dia cakap dia dipukul. Macam mana, saya tak dapat membayangkan. Alasannya (dipukul) cuma (kerana) tak ikut arahan, menyusahkan kerana perlu hantar ke hospital dan tak makan bila diberi makan," kata Aini dengan sebak.
Isteri kepada seorang lagi tahanan yang menyertai mogok lapar tersebut turut menyatakan perkara sama.
Khairunniza Mohd Khir (kiri) berkata suaminya, Mustawan Ahbab turut menceritakan bahawa Razali bukan sahaja dipukul malah turut diludah oleh pegawai tersebut.
"Saya jumpa (Mustawan) dalam 30 minit sahaja. Suami saya beritahu yang Razali memang kena pukul, dibelasah, diludah kerana masih mogok lapar.
"Dia (suami) beritahu saya orang atasan yang buat. Dia tak tahu pangkat tapi dia kata, bukan orang bawahan tapi orang itu pegawai tinggi di KemTa," kata Khairunniza, 36.
Wanita berkenaan berkata demikian dalam satu program dialog di pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) di Kuala Lumpur hari ini.
Razali yang berasal dari Johor ditahan di bawah ISA pada Januari 2011 kerana disyaki menyeludup senjata.
Mustawan pula ditahan pada Oktober 2010 kerana disyaki terlibat dengan kumpulan militan.
Razali dan Mustawan merupakan antara tahanan yang mengadakan mogok lapar kerana masih belum dibebaskan walau ISA sedang dalam proses untuk dimansuhkan.
Dalam satu emel kepada Malaysiakini, pejabat duta Iraq Amal Moussa Hussein berkata kedutaan itu sedang menjalankan usaha tersebut "melalui saluran rasmi Malaysia".
"Kedutaan Republik Iraq ingin... memaklumkan kepada anda bahawa Kedutaan sedang membuat susulan ke atas kes tahanan Iraq melalui saluran rasmi Malaysia," emel itu dipetik.
Ia turut menyatakan bahawa hal ehwal warga Iraq yang ditahan oleh pihak berkuasa Malaysia berada bawah perhatiannya dan merupakan salah satu tugas kedutaan.
Malaysiakini pada bulan lalu melaporkan bahawa tahana tersebut, termasuk warga Iraq, Sami Hammad, mendakwa diseksa oleh pihak berkuasa ketika tempoh tahanan reman 60 hari, sebelum dihantar ke kem Kamunting.
Menurut nota yang diseludup keluar dari kem berkenaan, Sami dan beberapa orang yang lain menyatakan dengan terperinci mengenai penyeksaan tersebut, yang menyebabkan beberapa kali cuba membunuh diri.
Warga Iraq itu mengesahkan kepada peguamnya Fadiah Nadwa Fikri bahawa beliau bersama individu lain diserang dan badannya dilumur dengan cili boh dan foto bogelnya turut dirakam, ketika tempoh reman tersebut.
Polis sebelum ini berkata dakwaan dalam nota berkenaan sebagai "berniat jahat" dan "tidak berasas" tetapi tidak memberi reaksi mengenai pertanyaan Malaysiakini mengenai dakwaan Sami.
Bagaimanapun, dalam kenyataan tiga perenggan hari ini, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa tidak menyatakan sebab-sebab perkhidmatan Abu Bakar ditamatkan.
Berikutan kekosongan tersebut, Dr Ali berkata Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Datuk Farida Mohd Ali akan menjalankan tugas-tugas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berkuatkuasa semalam.
Dr Ali berkata, kerajaan sedang menimbang dan meneliti calon yang layak dan sesuai bagi jawatan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang baru.
Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas sumbangan dan khidmat bakti Abu Bakar sepanjang 35 tahun perkhidmatannya dalam perkhidmatan awam.
- Bernama
Isteri: Tahanan ISA dakwa dipukul pegawai kem
Isteri
kepada salah seorang tahanan ISA yang mengadakan mogok lapar di Kem
Tahanan Kamunting Nunurheni@Aini Onim berkata suaminya tidak pernah
mengadu dipukul ketika dalam tahanan, tetapi lain halnya ketika beliau
menemui lelaki itu semalam.Nunurheni (kiri) berkata, pada pertemuan itu barulah suaminya itu, Razali Kassan menceritakan kejadian menyayat hati yang berlaku di dalam kem tersebut.
Dalam pertemuan tersebut, Razali yang dilihatnya berada dalam keadaan lemah dan pucat menceritakan betapa beliau dipukul oleh pegawai kem, kata Nunurheni.
"Dia biasanya tak mengadu macam itu. Dia tak pernah mengadu dia kena pukul ke. Dari mula ditahan, dia tak pernah cakap apa-apa. Dia cakap ISA baik, pembangkang yang burukkan ISA kata teruk.
"(Tetapi) semalam dia cakap dia dipukul. Macam mana, saya tak dapat membayangkan. Alasannya (dipukul) cuma (kerana) tak ikut arahan, menyusahkan kerana perlu hantar ke hospital dan tak makan bila diberi makan," kata Aini dengan sebak.
Isteri kepada seorang lagi tahanan yang menyertai mogok lapar tersebut turut menyatakan perkara sama.
Khairunniza Mohd Khir (kiri) berkata suaminya, Mustawan Ahbab turut menceritakan bahawa Razali bukan sahaja dipukul malah turut diludah oleh pegawai tersebut.
"Saya jumpa (Mustawan) dalam 30 minit sahaja. Suami saya beritahu yang Razali memang kena pukul, dibelasah, diludah kerana masih mogok lapar.
"Dia (suami) beritahu saya orang atasan yang buat. Dia tak tahu pangkat tapi dia kata, bukan orang bawahan tapi orang itu pegawai tinggi di KemTa," kata Khairunniza, 36.
Wanita berkenaan berkata demikian dalam satu program dialog di pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) di Kuala Lumpur hari ini.
Razali yang berasal dari Johor ditahan di bawah ISA pada Januari 2011 kerana disyaki menyeludup senjata.
Mustawan pula ditahan pada Oktober 2010 kerana disyaki terlibat dengan kumpulan militan.
Razali dan Mustawan merupakan antara tahanan yang mengadakan mogok lapar kerana masih belum dibebaskan walau ISA sedang dalam proses untuk dimansuhkan.
Isu seksaan dalam ISA: Kedutaan Iraq guna 'saluran rasmi'
Kedutaan
Iraq sedang membuat persediaan untuk membuat susulan dengan kerajaan
Malaysia berhubung isu warganya yang mendakwa diseksa semasa dalam
tahanan ISA.Dalam satu emel kepada Malaysiakini, pejabat duta Iraq Amal Moussa Hussein berkata kedutaan itu sedang menjalankan usaha tersebut "melalui saluran rasmi Malaysia".
"Kedutaan Republik Iraq ingin... memaklumkan kepada anda bahawa Kedutaan sedang membuat susulan ke atas kes tahanan Iraq melalui saluran rasmi Malaysia," emel itu dipetik.
Ia turut menyatakan bahawa hal ehwal warga Iraq yang ditahan oleh pihak berkuasa Malaysia berada bawah perhatiannya dan merupakan salah satu tugas kedutaan.
Malaysiakini pada bulan lalu melaporkan bahawa tahana tersebut, termasuk warga Iraq, Sami Hammad, mendakwa diseksa oleh pihak berkuasa ketika tempoh tahanan reman 60 hari, sebelum dihantar ke kem Kamunting.
Menurut nota yang diseludup keluar dari kem berkenaan, Sami dan beberapa orang yang lain menyatakan dengan terperinci mengenai penyeksaan tersebut, yang menyebabkan beberapa kali cuba membunuh diri.
Warga Iraq itu mengesahkan kepada peguamnya Fadiah Nadwa Fikri bahawa beliau bersama individu lain diserang dan badannya dilumur dengan cili boh dan foto bogelnya turut dirakam, ketika tempoh reman tersebut.
Polis sebelum ini berkata dakwaan dalam nota berkenaan sebagai "berniat jahat" dan "tidak berasas" tetapi tidak memberi reaksi mengenai pertanyaan Malaysiakini mengenai dakwaan Sami.
Hisham harus tarik balik kenyataan kurang sensitif
ULASAN
Pencerobohan kediaman bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim
Thamby Chik di Kuala Lumpur mengesahkan kebimbangan tentang situasi
keselamatan awam yang makin merosot di Malaysia dan bercanggah dengan
jaminan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein Onn bahawa
satu atau dua insiden jenayah ganas tidak membuktikan peningkatan
jenayah di Malaysia.
Kediaman Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik telah dilaporkan diceroboh oleh pencuri yang telah melarikan wang tunai serta sepucuk pistol.
Kehilangan pistol kepada penjenayah membawa implikasi yang sangat
besar terhadap keselamatan awam. Sekiranya orang kenamaan pun tidak selamat, bagaimanakah rakyat boleh selamat?
Sikap Datuk Seri Hishamuddin yang tidak mengambil endah dengan laporan-laporan jenayah dalam media jelas tidak bertanggungjawab dan menunjukkan bahawa beliau tidak sensitif bukan sahaja kepada penderitaan mangsa tetapi juga kepada kebimbangan awam.
Sikap Hishamuddin yang bergantung semata-mata kepada perangkaan adalah sikap yang malas dan salah kerana beliau harus memahami bahawa fakta dan angka tidak mempunyai dimensi insaniah tentang kerugian dan kecederaan yang terpaksa dialami mangsa.
Dalam erti kata lain, walaupun fakta dan angka mungkin menunjukkan bahawa indeks jenayah telah menurun, yang lagi pentingnya adalah sama ada rakyat berasa selamat. Kata-kata Hishamuddin yang menguar-uarkan penurunan indeks jenayah tidak akan membuatkan wanita berasa selamat di Lembah Kelang semasa memasuki tempat letak kereta.
Hishamuddin harus menarik balik kenyataannya yang kurang sensitif dan memberi perhatian terhadap situasi jenayah yang makin teruk sebelum ia menjadi krisis yang besar. Jangan lupa bahawa ahli jawatankuasa pemandu Bersih Dr Wong Chin Huat telah diserang dan dicederakan semasa berjoging, sementara seorang cikgu Teoh Soo Kim, 51, telah cedera parah dan sedang berjuang untuk hidup selepas diculik.
Seorang kanak-kanak 12 tahun di Ipoh dan seorang yang berumur 20-an di Mutiara Damansara, Petaling Jaya pula hampir diculik dalam bulan yang lepas. Kejadian-kejadian ini adalah ekoran daripada penculikan berprofil tinggi seorang kanak-kanak 12 tahun berbangsa Belanda Nayati Moodliar, yang telah mendapat liputan media antarabangsa.
Pihak polis seharusnya memberi tumpuan kepada tanggungjawab dasar mereka iaitu menangani jenayah dan bukannya mengikut perintah politik untuk menangani para penunjuk perasaan yang membantah secara aman atau pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.
Pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati. DAP menyeru agar kerajaan Persekutuan melabur dana dalam keselamatan awam melalui teknologi seperti CCTV, menyokong pemantauan masyarakat melalui pasukan peronda sukarela serta menempatkan pegawai polis di kawasan-kawasan “hotspot” jenayah.
LIM GUAN ENG adalah Ketua Menteri Pulau Pinang dan setiausaha agung DAP.
Muhammad Sha'ani berkata, lawatan yang akan dilakukan pada masa terdekat itu juga akan disertai doktor bagi membuat pemeriksaan terhadap tahanan berkenaan.
"Kita akan lakukan lawatan secepat mungkin. Kita akan cuba bawa doktor untuk buat pemeriksaan pada tahanan untuk buat satu laporan kesihatan yang bebas dan lapor kesihatan tahanan pada masa ini," katanya.
Sha'ani berkata demikian selepas menerima memorandum oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) di ibu pejabat Suhakam hari ini.
Memorandum itu diserahkan oleh sekretariat GMI, Ahmad Syukri Razab.
Mogok lapar yang dijalankan tahanan tersebut kini masuk hari ke-12.

Memorandum tersebut antara lainnya turut mendesak agar Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan terhadap pegawai yang didakwa telah memukul tahanan yang mengadakan mogok lapar tersebut.
GMI turut mendesak agar KDN memberi jaminan bahawa tahanan yang melancarkan mogok lapar tidak akan dikenakan tindakan seperti itu.
Sekretariat GMI Ahmad Syukri Razab yang menyerahkan memorandum itu berkata, tahanan yang mendakwa dipukul itu - Fadzullah Razak dan Razali Kassan, kini diasingkan daripada tahanan lain.
"Kami menuntut menteri dalam negeri memberi jaminan bahawa pihak keluarga, peguam dan doktor akan diberi akses kepada tahanan tanpa sebarang halangan oleh pihak kem KemTa.
"Kami juga meminta agar Suhakam dapat mengadakan konsultasi bersama KDN dan segera mengadakan resolusi sebelum keadaan bertambah buruk," kata Syukri.
Mogok lapar kedua yang dijalankan tahanan tersebut kini masuk hari ke-12.
GMI menghantar memorandum berkenaan hari ini daripada maklumat daripada peserta mogok lapar yang dilawati keluarga masing-masing semalam.
Lawatan tersebut turut disertai GMI yang mengadakan protes bersama ahli keluarga tahanan dan aktivis pelajar di hadapan kem berkenaan bagi menunjukkan solidariti bersama tahanan ISA yang mengadakan mogok itu.

Mogok lapar: Suhakam akan periksa tahanan ISA
Pesuruhjaya
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Muhammad Sha'ani Abdullah
berkata badan itu akan melawat tahanan bawah ISA yang mengadakan mogok
lapar di Kem Tahanan Kamunting.Muhammad Sha'ani berkata, lawatan yang akan dilakukan pada masa terdekat itu juga akan disertai doktor bagi membuat pemeriksaan terhadap tahanan berkenaan.
"Kita akan lakukan lawatan secepat mungkin. Kita akan cuba bawa doktor untuk buat pemeriksaan pada tahanan untuk buat satu laporan kesihatan yang bebas dan lapor kesihatan tahanan pada masa ini," katanya.
Sha'ani berkata demikian selepas menerima memorandum oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) di ibu pejabat Suhakam hari ini.
Memorandum itu diserahkan oleh sekretariat GMI, Ahmad Syukri Razab.
Mogok lapar yang dijalankan tahanan tersebut kini masuk hari ke-12.
"Kita akan lakukan lawatan secepat mungkin. Kita akan cuba bawa doktor untuk buat pemeriksaan pada tahanan untuk buat satu laporan kesihatan yang bebas dan lapor kesihatan tahanan pada masa ini," katanya.
Sha'ani berkata demikian selepas menerima memorandum oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) di ibu pejabat Suhakam hari ini.
Memorandum tersebut antara lainnya turut mendesak agar Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan terhadap pegawai yang didakwa telah memukul tahanan yang mengadakan mogok lapar tersebut.
GMI turut mendesak agar KDN memberi jaminan bahawa tahanan yang melancarkan mogok lapar tidak akan dikenakan tindakan seperti itu.
Sekretariat GMI Ahmad Syukri Razab yang menyerahkan memorandum itu berkata, tahanan yang mendakwa dipukul itu - Fadzullah Razak dan Razali Kassan, kini diasingkan daripada tahanan lain.
"Kami menuntut menteri dalam negeri memberi jaminan bahawa pihak keluarga, peguam dan doktor akan diberi akses kepada tahanan tanpa sebarang halangan oleh pihak kem KemTa.
"Kami juga meminta agar Suhakam dapat mengadakan konsultasi bersama KDN dan segera mengadakan resolusi sebelum keadaan bertambah buruk," kata Syukri.
Mogok lapar kedua yang dijalankan tahanan tersebut kini masuk hari ke-12.
GMI menghantar memorandum berkenaan hari ini daripada maklumat daripada peserta mogok lapar yang dilawati keluarga masing-masing semalam.
Lawatan tersebut turut disertai GMI yang mengadakan protes bersama ahli keluarga tahanan dan aktivis pelajar di hadapan kem berkenaan bagi menunjukkan solidariti bersama tahanan ISA yang mengadakan mogok itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan