Sabtu, 28 Julai 2012

AGAK2LAH....JANGAN PERKARA TU SIA-SIA...SIA-SIA TAK PE LAGI...TAKUT TAK LEH JAWAB DIPADANG MAHSYAR...MANA LEBIH PENTING

Lagu tema Merdeka propaganda 'kasar', kata penulis lirik

  • AidilaRazak
  • 3:52PM Jul 28 2012
Selepas logo sambutan Hari Kebangsaan dikritik hebat, kali ini lagi temanya pula dipertikaikan.
I
Bagi Buddhi Hekayat - penulis lirik lagu yang memenangi anugerah, Awan Nano - lagu tema Hari Kebangsaan merupakan satu "propaganda yang kasar".

NONE"Bahasanya mungkin halus tetapi ia tak dapat timbulkan rasa
cinta pada negara. Malangnya, penulis seperti pemerintah yang puji diri sendiri," katanya.

Beliau menambah bahawa lirik  "Janji sudah ditepati, kini masa balas budi" adalah seperti "meletak pisau ke leher rakyat".

"Ramai orang akan mengatakan saya berkata begitu kerana saya ahli PKR dan sebagainya, tetapi sebenarnya, saya akan mengatakan perkara yang sama walaupun Pakatan Rakyat sendiri yang melakukannya," kata ketua cabang PKR Parit Sulong, yang nama sebenarnya ialah Hasmi Hashim.

Malaysiakini menerima CD yang mengandungi lagu dan lirik semasa pelancaran tema Hari Kebangsaan di Brickfields awal bulan ini.

Lirik ditulis oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim manakala melodinya oleh Aye, Jasnie dan Arman E six.

NONEPandangan Buddhi Hekayat turut disokong oleh Bob Lokman,
yang menulis lirik untuk lagu hit rock blada 80-an - Isabella - yang berkata bahawa lagu tema Hari Kebangsaan itu "murah dari segi tulisan, tiada nilai puitis, kata-kata yang digunakan sangat murah. Tiada nilai patriotik."

"Lagu patriotik perlu sesuatu yang menimbulkan semangat rakyat, bukan mengajar mereka membodek. Lagu ini membodek dan memberitahu orang yang mereka tiada pilihan. Ia kempen politik dan bukannya lagu Hari Kebangsaan," tambahnya
PAS minta Ismail Sabri jawab dakwaan pengarah ditukar

  • Siti Zulaikha Zulkifli
  • 4:04PM Jul 28 2012
 PAS meminta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob menjelaskan dakwaan yang mengatakan beberapa pegawai di bawah kementerian itu yang telah ditukarkan tempat kerja kerana dikatakan gagal mencapai sasaran kehadiran pada sambutan Hari Koperasi Negara.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mendakwa, empat pengarah jabatan koperasi negeri telah ditukar tempat kerja berikutan kegagalan tersebut.

Mahfuz mendakwa, pegarah terbabit telah diberi surat pertukaran tempat kerja dua hari selepas hari perhimpunan itu diadakan pada 14 Julai lalu.

Beliau mendakwa tindakan itu diambil selepas Hari Himpunan Koperasi Malaysia gagal untuk himpunkan sejumlah 100,000 orang.

"Sasaran itu tidak kesampaian sehingga keadaan majlis itu sangat mengecewakan perdana menteri. Nampak sesuatu perkara yang tidak kena dengan penganjuran majlis tersebut," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

Bagaimanapun, tegas Mahfuz, isunya ialah kenapa harus disalahkan kepada pegawai-pegawai berkenaan selepas kegagalan program himpunan tersebut?.
Jangan lupa: Komunis, Puasa, China

  • Rahmat Haron
  • 10:50AM Jul 28 2012
KOLUM Menjelang Ramadhan Al-Mubarak, kita sekali lagi cuba disajikan dengan propaganda usang dan lapuk, momokan hantu komunis dan pengganas Islam (dirujuk pihak berkuasa sebagai JI).  Bulan puasa, seiring dengan sambutan hari kemerdekaan – seperti selalu – dapat dimanfaatkan parti pemerintah untuk menyerang parti-parti Pakatan Rakyat. Masyarakat mahu diingatkan bahawa Mat Sabu bertanggungjawab membawa wacana sejarah yang menamakan Mat Indera sebagai tokoh kemerdekaan.

NONEDi sebalik propaganda anti-komunis ini, yang cuba diterapkan adalah tanggapan orang komunis itu tidak beragama, atheis, malah memerangi agama. Tanggapan (persepsi) pastilah ada benar dan ada salahnya. Tetapi tanggapan bukanlah fakta kebenaran. Makanya seorang pimpinan tertinggi parti Islam yang membela tokoh komunis Malaya, cuba untuk diputar serang-pesongkan tanggapan umum terhadapnya agar menjadi hodoh buruk pemerian serta gambarannya.
Seraya pembelaan perjuangan berdarah patriotisme merebut kemerdekaan tanahair daripada penjajahan Inggeris telah diserong pesong menjadi membela fahaman anti-agama, khususnya anti-Islam dan pro kepada rakyat berketurunan Cina di Malaysia. Komunisme adalah ideologi. Sistem aturan fikiran ideologi ini, sebagaimana salasilah agama-agama juga turut memiliki cabang-cabang mazhab berupa pecahan –– percambahan – penokok tambahan – penyesatan – atau perkembangannya. Komunisme, juga memiliki keragaman versi-versinya. Tidak sama Parti Komunis Malaya (PKM) dahulu, dengan Parti Komunis China sekarang. Meskipun kedua-duanya adalah parti komunis.

Ia sebuah lagu lama dakyah perang dingin yang dinyanyikan semula dengan nafas mutakhir yang kurang segar. Lagu ini tetap didendangkan, walaupun fakta-fakta sejarah, penulisan biografi dan kesaksian bekas-bekas anggota PKM, khususnya mereka yang beragama Islam, menunjukkan hal yang sebaliknya.
Malahan fakta menunjukkan Mat Indera juga seorang guru agama. Sejarah boleh ditaksir baca bahawa sebenarnya bukan PKM yang menyusupi golongan kiri dan agamawan Melayu progresif. Pada tahun 2012 ini, melalui blog Mat Amin (http://matamin02.blogspot.com/) misalannya, kita dapat melihat hal yang sebaliknya berlaku. Apatah lagi dakwah serta perkahwinan campur Melayu-keturunan Cina telah meng-Islamkan ramai ahli PKM yang bukan Islam.

Kita mesti senantiasa beringat akan hal-hal berkait sentimen keagamaan, perkauman atau kebudayaan sesuatu etnik seringkali menjadi alat untuk dieksploitasi atau dimanipulasi sebagai kempen bagi mendapat sokongan politik. Baru-baru ini pula, saya membaca tentang tindakan Pemuda PAS dan terbaru Pemuda parti Umno terhadap nasib orang Rohingya.
NONESaya tidak bertujuan mempersoal hasrat atau niat tersirat di dalam hati masing-masing. Sekecil atau sebesar apapun, ia usaha mulia – kalau betul hajatnya. Cuma rasanya, Khairy Jamaluddin dilihat sebagai peniru atau cuba menutup kelemahan pihak berkuasa, lalu ikut menuruti jejak Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan. Dewan Pemuda PAS telahpun terlebih dahulu mengumumkan demonstrasi Munajat, sebagai setiakawan untuk rakyat Rohingya itu.

Masalah Rohingya bukan baru. Seperti Palestin, telah puluhan tahun wujud, sepertimana banyak lagi masalah-masalah perpindahan/pengusiran paksa di dunia hari ini. Kita tahu ramai pelarian Rohingya di Malaysia, yang pernah ditahan, tidak diiktiraf sebagai pelarian, dihantar ‘pulang’ hanya ke sempadan Thailand. Seterusnya para pelarian di sempadan ini perlu untuk sekali lagi melalui denai berliku jaringan sindiket pemerdagangan manusia yang penuh jerangkap itu, agar dapat sekali lagi sampai ke sini.
Lantas kebarangkalian mereka  untuk melalui lingkaran setan – perhambaan moden –pemerdagangan manusia – rasuah dan salah guna pihak berkuasa –  itu berkali-kali lagi, setelah berada di tanah Malaysia yang selamat ini, amat cukup besar sekali. Perkara ini pernah dikupas dan diungkap dengan teliti serta penuh menyayat hati oleh para pelarian Rohingya sendiri di dalam buku The Revolving Door, terbitan Tenaganita, pada tahun 2008.

Bukan ahli politik Malaysia saja yang menggunakan puasa sebagai modal buat dijual di pasar politik untuk dibeli (disokong) orang ramai. Presiden Amerika Syarikat (AS), Obama juga turut memanfaatkan Ramadan dengan memberikan ucapan selamat serta merayakan acara berbuka puasa di Rumah Putih. Apakah ucapan ini benar-benar ditujukan kepada umat Islam AS atau ke seluruh dunia, ataupun khusus dihalakan kepada pihak-pihak tertentu sahaja?
Polisi luar negara Amerika Syarikat sejak berdekad-dekad lamanya seringkali dilihat tidak mesra, malah memusuhi umat Islam dan negara-negara Islam. Barangkali ucapan Obama tersebut berkait rapat dengan dasar luar AS terhadap China dengan menghubungkannya kepada keadaan dan nasib umat Islam, di China.

Rumah Putih cuba menunjukkan kepada dunia bahawa AS yang ‘demokratik’ lebih peka terhadap ajaran Islam berbanding China yang ‘komunis’ kerana dilapor melarang rakyat minoritinya yang beragama Islam daripada berpuasa. Meskipun hakikatnya, di luar konteks ucapan sambutan puasa Obama itu – seperti yang terjadi di Timur Tengah, Afghanistan, Iraq, Palestin atau penganiayaan di kem Abu Gharib – Islam dicemari dan tidak dihormati.

Uighur (disebut Wee-gerz) merupakan kumpulan etnik yang berbahasa Turki, beragama Islam di kawasan Xinjiang. Dulu ia dikenali dengan nama Turkistan Timur. Secara sejarahnya, wilayah ini merupakan  laluan perdagangan ‘jalan sutera’ Asia Tengah yang penting. Interaksi para penduduk di wilayah ini dengan para pedagang serta pendakwah Arab, Farsi dan Turki, sejak tersebarnya hadis, “tuntutlah ilmu sampai ke negeri China,” telah membawa syiar Islam ke Xinjiang. Wilayah Barat Laut China tersebut kaya dengan hasil galian bumi, minyak, gas dan arang batu.

Awal minggu ini, Radio Free Asia melaporkan pihak berkuasa melarang sebarang bentuk kegiatan ibadat awam pada sepanjang bulan Ramadan. Menurut Dilxat Raxit,  jurucakap World Uyghur Congress, kumpulan pelarian yang berpangkalan di Munich, “para anggota Parti Komunis China (CPC), kakitangan kerajaan di Xinjiang dilarang daripada berpuasa sepanjang bulan Ramadan.”
Umat Islam di sana sentiasa dalam pemerhatian, kawalan dan pemantauan pihak berkuasa. Bagi para pekerja swasta dan para pelajar sekolah dan universiti pula, mereka disediakan makan tengahari. Ia pastilah membawa bermacam-macam tanggapan, atau barangkali tindakan.

Di sini ingin saya cadangkan Khairy  yang berhubungan rapat dengan Sekretariat Pemuda CPC, usulkan agar parti Umno yang telahpun menandatangani perjanjian hubungan rasmi (MOU) pada tahun 2010 dengan CPC untuk melakukan sesuatu. Inilah masanya untuk Umno membuktikan keperkasaan serta kejaguhannya di mata orang Melayu, umat Islam, rakyat Malaysia dan umat manusia sejagat! Moga umat Islam Uighur dapat diselamatkan, tetapi janji ditepati kepada CPC. Pautan video (http://youtu.be/t0o6qq7K7mk).
Kini, bagaimana pula jika orang bertanyakan tentang keterkaitan rasmi parti United Malay National Organization dengan CPC, yang menindas Wilayah Autonomi Xinjiang dan mendiskriminasi minoriti umat Islam yang ‘hanyalah’ berjumlah kira-kira 8 juta orang itu? Kita juga tahu, ada pelarian politik Islam Uighur yang dihantar pulang pihak berkuasa Malaysia ke China, untuk berdepan pemenjaraan dan hukuman.
Entahkan hidup, entahkan mati. Menjadi amalan di China, anggota keluarga yang bertanyakan atau menghantar petisyen kepada pihak berkuasa China, berdepan ancaman, gangguan, ugutan, malah tangkapan ataupun ayat hambar kepada isteri tahanan, “baliklah jaga anak-anak di rumah.”

Rasa peri kemanusiaan bagi saya lebih besar merentas perbezaan mazhab-mazhab, kerasmian protokol agama-agama, sistem-sistem idea, etika, adat atau moral apapun di dunia. Kerana jika kita benar-benar tersentuh terhadap nasib golongan minoriti Islam di negara manapun.
Kita juga mesti tersentuh dengan nasib kezaliman tindakan diskriminasi terhadap golongan minoriti apapun dan di manapun, tanpa mengenal batas agama, kaum, gender atau latar budaya, mahupun asal negara seseorang itu. Lebih-lebih lagi kepekaan kita terhadap cara, dasar dan perundangan negara Malaysia sendiri dalam memperlakukan golongan minoriti. [Kita yang saya maksudkan – cukup sekadar yang membaca tulisan ini?]

aung san suu kyi released burma waves to crowdSuka saya kutip kembali, ucapan penerima Hadiah Nobel Keamanan, Aung San Suu Kyi baru-baru ini, moga-moga dengan semangat bulan puasa, kita dapat belajar, paling kurangpun tentang jiwa dan akal budi diri kita sendiri. Meski konteks ucapan Suu Kyi merujuk kepada kesusahan para pelarian rakyat Burma, tetapi kesejagatan ungkapannya yang cuba diangkat:

“The French say that to part is to die a little. To be forgotten too is to die a little. It is to lose some of the links that anchor us to the rest of humanity. When I met Burmese migrant workers and refugees during my recent visit to Thailand, many cried out: “Don’t forget us!” They meant: “don’t forget our plight, don’t forget to do what you can to help us, don’t forget we also belong to your world.”

[“Ungkapan Perancis menyatakan berpisah itu untuk mati sebahagian daripada diri. Untuk dilupakan juga adalah untuk mati sebahagian daripada diri. Ia menghilangkan beberapa pautan yang menambat kita dengan seluruh umat manusia. Apabila saya bertemu para pelarian dan pekerja migran Burma dalam lawatan ke Thailand, ramai yang menyuarakan: “Jangan lupakan kami!” Maksud mereka: “jangan lupakan penderitaan kami, jangan lupa untuk berbuat apa yang kamu boleh buat untuk membantu kami, jangan lupa kami juga kepunyaan duniamu.” ]

RAHMAT HARON adalah seorang penyair, penulis dan seniman antara disiplin sepenuh masa. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.


Statistik jenayah perlu penilaian pihak ketiga

Harakahdaily, 28 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Dengan kejadian jenayah yang hampir setiap hari dilaporkan, adalah sukar untuk rakyat menerima kenyataan pihak Kementerian Dalam Negeri dan juga Polis bahawa indeks jenayah di negara ini semakin menurun.

Dalam kes-kes terbaru, ahli Exco Melaka Datuk Latiff Tamby Chik telah mengalami kerugian sebanyak RM200,000, sementara rumah bekas Ketua Polis Melaka Datuk Ahmad Long dan jirannya telah dipecah masuk.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini berkata kesemua kes-kes itu menimbulkan perasaan curiga terhadap penurunan indeks jenayah yang diuar-uarkan.

Tambahnya, statistik yang menunjukkan penurunan indeks jenayah adalah tidak relevan apabila persepsi awam adalah bertentangan dan orang tidak berasa selamat.

Lebih teruk katanya, mangsa-mangsa rompakan bukanlah hanya rakyat biasa tetapi juga orang-orang kenamaan dan ahli-ahli politik kebangsaan.

"Malah bekas KPN Tan Sri Musa Hassan sendiri mempersoalkan penurunan indeks jenayah yang dilaporkan, dan berkata bahawa jika benar kadar jenayah tidak meningkat maka menteri-menteri dan pegawai-pegawai tinggi tidak perlu mengupah pengawal peribadi.

"Untuk sebab ini, penilaian pihak ketiga tentang penurunan indeks jenayah sekurang-kurangnya dapat meyakinkan rakyat bahawa indeks jenayah itu memberi gambaran yang tepat tentang keadaan jenayah dan keselamatan awam di Malaysia," katanya.

Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang itu lagi, jika perlu, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn juga patut menempatkan semula pegawai-pegawai perisik Cawangan Khas (SB) untuk memerangi jenayah daripada kegiatan mengintip dan mengganggu pemimpin-pemimpin PR.

Sehingga kini katanya, menteri itu masih tidak menjawab dakwaan bahawa SB telah menghasilkan 382,000 laporan mengenai kegiatan-kegiatan politik rakyat Malaysia dan menjalankan 351,000 pemeriksaan keselamatan pada tahun 2010, berdasarkan peruntukan polis dalam Bajet 2012.

"DAP ingin mengulangi tuntutan kami kepada Kementerian Dalam Negeri supaya pegawai-pegawai polis dilantik untuk tujuan memerangi jenayah.

"Jika SB dapat ditempatkan semula untuk menghasilkan lebih daripada 700,000 laporan tentang jenayah dan penjenayah daripada laporan tentang pemimin-pemimpin PR, maka dana rakyat bukan sahaja akan digunakan dengan betul tetapi keyakinan bahawa polis akan menjaga kepentingan awam dan bukan hanya kepentingan politik Umno atau BN akan dihasilkan," katanya.

Apa yang bernilai?

Tuan Ibrahim Tuan Man, 27 Jul 2012
Sesuatu barangan itu bernilai bukan sangat kepada barangan, tetapi keadaan menentukan nilainya.

Sebatang buluh yang hanyut tiada nilai dalam keadaan biasa, namun ia akan lebih mahal dari dunia dan isinya bagi seseorang yang sedang terkapai-kapai kelemasan.

Demikian juga sebotol air minuman, mungkin nilainya hanya satu ringgit dalam keadaan biasa, akan tetapi ia akan mencecah ribuan ringgit di saat sedang dahaga di padang pasir.

Demikianlah pahala tidak dirasai nilainya sewaktu di dunia, berbanding di akhirat , yang semua tiada bernilai melainkan pahala.

Oleh kerana semua kita sedang menuju ke sana, maka kutiplah apa yang menjadi bekalan pahala, walau sekadar manis muka pada saudaramu.

 Dua Ahli Parlimen Barisan Nasional Dijangka Tinggalkan BN
Posted on Friday, July 27 @ 20:00:17 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: setisab

"Perkembangan terbaru politik Sabah semakin memeningkan kepala Datuk Seri Najib Razakapabila dua orang MP BN Datuk Seri Lajim Ukin (Beaufort) dan Datuk Seri Wilfred Bumburing (Tuaran) telah dengan rasminya menjemput Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghadiri pelancaran satu pergerakan politik baru yang dikenali dengan nama Angkatan Perubahan Sabah (Sabah Reform Front - SRF). (Laporan isu Sabah)

Ketua perhubungan PKR Sabah Ahmad Tamrin Jaini mengesahkan perkara ini dengan berkata beliau telah menerima jemputan rasmi daripada kedua-dua MP BN tersebut hari ini.

"Ini adalah perkembangan yang baik untuk Pakatan. Ini menunjukkan mereka sedia untuk meninggalkan BN dan bekerjasama bersama Pakatan untuk menjatuhkan BN di Sabah," katanya.



Dari Anwar Ibrahim: 'Kopivosian Tadau Ka'amatan'

Untuk Pesta Ka'amatan ini (30 Mei-31 Mei), saya ingin merakamkan ucapan selamat menyambut hari Ka'amatan kepada semua saudara dan adik-adik saya di Sabah, terutama masyarakat Kadazan, Dusun dan Murut.

Anwar Orang Ke 32 Pemikir Terbaik Dunia

Tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tahniah juga kepada Pakatan Rakyat kerana mempunyai pemimpin yang ideanya diakui memberi manfaat kepada masyarakat sejagat. .... Tok Jib ni akan pikir camana dia nak bunuh altantuya tu satu.. satu lagi dia nak pikir kat mana dia nak duduk lepas PRU musim depan nanti kerna habis kerusi telah disapu oleh PR.. mungkin la duduk kat sabah serawak karna situ shj yg masih ramai penduduk yang tegar BN ...

Majoriti Rakyat Malaysia Harapkan Apa Yang ...

Majoriti Rakyat Malaysia Harapkan Apa Yang Diberitakan Ini Akan Terjadi. BN mungkin tewas lebih daripada 60 peratus kerusi parlimennya di Sabah dalam pilihan raya umum akan datang, kata seorang penganalisis politik ...

Beberapa wakil rakyat dan pemimpin BN Sabah ...

Lawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sabah petang ini dijangka akan menyaksikan beberapa wakil parliament dan pemimpin Barisan Nasional Sabah akan menyerahkan borang keahlian untuk sertai PKR. Antara yang ...

Kaum Cina bukan kingmaker dalam pilihan raya ...

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, daripada keseluruhan 222 kerusi Parlimen, hanya 34 yang mempunyai komposisi pengundi kaum Cina sebagai majoriti. ... “Pilihan raya umum yang akan datang adalah satu peluang bagi semua rakyat Malaysia untuk memahat sejarah bersatu padu dan menghantar mesej yang jelas untuk menamatkan 54 tahun pemerintahan rakus BN dan memberi mandat kepada kerajaan baru Pakatan Rakyat,” kata Kit Siang.

Majoriti Rakyat Malaysia Harapkan Apa Yang ...

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Batu Sapi, Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu. Beliau berusia 54 tahun. Anwar Ibrahim Seorang Pemimpin ...

Anwar Ibrahim Seorang Pemimpin Berjiwa Besar

Penolong Setiausaha Agung Pas, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi membela Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menyifatkan kenyataan mutakhir pemimpin itu mahu ...

Anwar Ibrahim: Gayu guru, gerai nyamai! Ketegal ...

Anwar Ibrahim: Gayu guru, gerai nyamai! Ketegal Rakyat! ... Perutusan Gawai dari Dato' Seri Anwar Ibrahim ... Gawai Address from Dato' Seri Anwar Ibrahim, Leader of the Opposition ...

BICARA MINDA DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

BICARA MINDA DATO' SERI ANWAR IBRAHIM. Kerajaan Rakyat l Adalah suatu kritikan yang ....Assalamualaikum dari Anwar Ibrahim buat rakyat Malaysia

http://kerajaanrakyat.blogspot.com/"


 Ibu sarat mengandung peserta menembak negara di Sukan Olimpik
Posted on Friday, July 27 @ 18:30:19 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: bumiperak

"

Dalam cabaran acara menembak di Sukan Olimpik, setiap tumpuan perlu difokuskan setiap ketika. Begitulah peserta menembak Negara Nur Suryani Mohamed Taibi perlu mengacukan riflenya dengan tepat pada Sukan Olimpik London kali ini selain dari perlu menghiraukan sorakan penonton, kicauan burung atau deringan telefon. 


Kali ini tendangan bayi di kandungan dalam perutnya akan menimbulkan cerita lain padanya.

Nur Suryani 29 dari Negeri Perak, Malaysia bakal melahirkan anak pertamanya pada 2 September ini kurang dari sebulan selepas berakhirnya Sukan Olimpik London. Dia mengandung 34 minggu tahkala acara 10 meter rifle pusingan pertama.

Keadaan perut besarnya nanti dijangka mengemparkan 390 peserta menembak yang akan mengambil bahagian di acara menembak yang akan berlangsung di Royal Artillery Barracks, Woolwich. Ini bukan kali pertama perempuan mengandung menyertai acara Sukan ini, tetapi tidaklah terlalu dekat waktu kelahirannya.

Nur Suryani sampai di lapangan terbang London semalam 25 Julai bersama suaminya Marhazli Mohtar seorang anggota polis.

"Kebanyakan orang beritahu saya kurang waras dan pentingkan diri sebab mereka fikir saya mengancam kesihatan kandungan saya", tapi saya katakan “Suami saya kata dapatkannya kerana ia peluang yang jarang muncul dan mungkin tidak muncul lagi.

Saya seorang ibu, saya tahu apa yang harus saya lakukan. Sememangnya saya seorang yang degil” ujarnya.

Jawatankuasa Olimpik Negara Malaysia mahukan saya dihantar ke London lebih awal sebab mereka kuatir, tetapi saya dengar juga dari penerbangan Malaysia tidak menggalakan penerbangan kepada perempuan mengandung lebih dari 35 minggu.

Selepas Sukan Olimpik Nur Suryani akan menumpu kepada kelahiran bakal anaknya, perempuan yang akan diberikan nama Dayana Widyan. Ia mungkin kegembiraan berganda sekiranya dia berjaya di atas podium olimpik.. insyaallah.

Nur Suryani kini berada dalam ranking ke 47 dunia dan pemenang pingat emas Sukan Commonwealth 2010 di New delhi dalam acara air rifle berpasangan dengan Farhana Halim. Sukan Asia yang lalu di Qatar, Suryani memperolehi kelayakan Olimpik ketika itu belum lagi disahkan mengandung.

Keadaan perut besarnya menghadkan penyertaan yang memerlukan posisi yang berlainan. Biarpun begitu satu acara sudah memadai (acara 10m) dan sudah menyesuaikan antara rifle dan perutnya.

“Saya agak terkilan kerana perut besar saya tak dapat menyertai semua 3 acara lain yang memerlukan berbaring dan pergerakan tetapi difikirkan kembali masih bertuah dengan satu peluang ini” katanya yang telah terlibat sukan menembak semenjak berusia 15 tahun.
Malaysian air rifle shooter Nur Suryani Mohamed Taibi in action during a competition in Subang, Malaysia. Nur Suryani in action in a competition in Subang, Malaysia
The heavily pregnant Malaysian Olympic shooter Nur Suryani Mohamed Taibi carries her equipment after a practice session at the Royal Artillery Barracks Nur Suryani carries her equipment after a practice session at the Royal Artillery Barracks


Kepekaan Semua Pihak Sangat Dihargai
Posted on Friday, July 27 @ 18:33:10 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: MelayuMerapu

"

 

Saya sangat gembira kerana isu penyenaraian FGVH menarik minat banyak pihak. Golongan pro Umno dengan hujah mereka. Dulu susah, sekarang dah selesa nak apa lagi. Durian runtuh dapat pulak. Takkan lah PM nak tipu kita. Pembangkang sj yg tak tau bersyukur, jd penghasut tak habis2. Untung FGVH, kita dpt dividen 20% melalui Tabung Amanah Peneroka.

Bagi yg menentang penyenaraian FGVH di Bursa Msia pula ada hujah mereka. Saya hargai segala pandangan dan kritikan berbagai pihak. Setidak2nya keprihatinan masyarakat jauh lebih baik dari dulu. Soal samada hujah yg dikemukakan relevan atau tidak, itu soal lain.

Saya paparkan pada kali ini mengenai perjanjian pajakan yg harus dipatuhi. Adalah pelik apabila Kerajaan Negeri Kelantan, Selangor dan Kedah tidak di rundingi mengenai status tanah Felda Plantation di negeri mereka. Ia jelas ada dlm prospektus FGVH. Apabila Isa Samad menghantar surat kpd MB Terlibat; dan Kerajaan Negeri tidak berminat memajak kpd FGVH selama 99 tahun tanah mereka, seharusnya FGVH menghormati pendirian Kerajaan Negeri. Ini belum lagi di lihat dlm konteks tanah tersebut sudah ada hakmilik atau belum.

Untuk pengetahuan, Kerajaan BN Johor, Sabah dan Perak pun tak setuju mengenai status pemilikan tanah Felda Plantation. Bila saya sebut banyak golongan pak angguk dlm Felda, ramai yg tersentuh dan marah dengan saya. Ketika saya bersama Lawyer Razak Ahmad, Hassan Karim dan Salleh Ahmad mempertahankan Felda Cahaya Baru dari di faraidkan beberapa kerat pimpinan Umno tempatan; berapa ramai peneroka dan anak peneroka yg sedar?

Kami serah memo kpd MB Johor dari zaman Muhyiddin sampai ke Ghani Othman, siapa yg bersama? Nasib Felda Sg Buaya, Labu Johnson, Sendayan dan Bkt Cerakah....menang sorak kampung tergadai!

Dari awal lagi, memang saya dan ANAK membantah penyenaraian FGVH ke Bursa Msia. Walaupun boleh dipertikai dakwaan yg mengatakan yg membangkang golongan minoriti. Saya yakin, kalau secara demokratik dibuat forum, dialog, debat mengenai baik buruk penyenaraian FGVH selama beberapa bulan dengan menampilkan pakar2 ekonomi kedua2 belah pihak; kalau dibuat referendum belum tentu memihak kerajaan BN. Soalnya, selama 8 bulan sejak Najib umum melalui pembentangan Bajet tanggal 7 oktober 2011; adakah pendekatan telus dan bebas dibuat?

65% pengurusan tertinggi Felda melalui kajian di bawah FGVH sendiri tidak bersedia dengan penyenaraian FGVH, Ketua Peneroka Felda Kebangsaan, En Shamsudin Othman bersama Jawatankuasanya buat sidang media di KL membantah, Tan Sri Rozali Ismail ambil inisiatif wujudkan GEMPAK. Saya baca memo GEMPAK kpd PM. Sebahagian besar kandungannya senada dengan pemdirian ANAK. Dua kali saya temui YBM Tengku Razaleigh Hamzah. Penentangan dan pandangan beliau sgt keras. Penyenaraian FGVH akhirnya akan menjadikan peneroka Felda sehelai sepinggang!
Siapa kita nak sanggah Tengku Razaleigh Hamzah...

Apapun, kepekaan banyak pihak terutamanya Gen 2 dan 3 Felda amat saya alu2kan. Akhir2 ini pula bukan sahaja minat dari media dan blogger, penyelidik dari IPTA, IPTS dan Ngo menemui saya. Tokoh2 VIP dan penganalisis ekonomi turut berbincang dengan kami. Kita bertukar2 pandangan. Selepas hariraya ini ada banyak event penting akan dijayakan.

Moga usaha kita diberkati Allah.
  
http://berantogisify.blogspot.com/2012/07/kepekaan-semua-pihak-sangat-di-hargai.html


Bersama Ustaz Azhar Idrus
Posted on Friday, July 27 @ 20:03:44 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: setisab

"

Program: Kuliah Asar bersama Ustaz Azhar Idrus

Hari: Ahad

Masa: 5.00 petang

Tempat: Masjid Bulat, Seksyen 14, Petaling Jaya

Terima kasih kepada laman Tranungkite kerna bantu menghebahkan maklumat majlis Ilmu ini.
 Jangan Ikut Perangai Sultan: Islam tidak ajar buat ...
Tunku Mahkota Johor biadap, tidak menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat · Hello.. Takkan nak biarkan aje Sultan melalut. Nak bodek Sultanpun berpadalah sikit 
Malah, ia turut mengajar bahawa negara itu mungkin akhirnya perlu memusnahkan bandar-bandar suci penganut Islam, seperti Makkah dan Madinah, tanpa mengendahkan kematian orang awam, berikutan adanya contoh ...
Prakata: Kita baca kenyataan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang dikeluarkan oleh Bernama. Esok atau lusa insyaALLAH Kerajaan Rakyat ulas. Hari ini, Ahad, Kerajaan .
Kenyataanya dibuat dalam satu siri sidang yang dihos oleh pemerintah bagi mempertingkatkan integrasi di kalangan empat juta penduduk Islam di Jerman yang mempunyai seramani 81 juta penduduk itu.Separuh daripada ...
 Curi 14 ekor lembu boleh dipenjara 7 tahun. Shahrizat kena berapa tahun?
Posted on Friday, July 27 @ 16:09:22 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: setisab

"

Tolong kira, sepatutnya berapa tahun Makcik ni dipenjarakan. Hajat enam sahabat beraya dengan hasil mencuri lembu tidak kesampaian apabila mereka diberkas polis. Modus operandi kumpulan tersebut ialah menyasarkan ladang ternakan lembu yang jauh di pedalaman selain melakukannya di waktu malam.


Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Penolong Pesuruhjaya Din Ahmad, berkata kegiatan kumpulan terbabit diketahui apabila seorang pengadu membuat laporan mengenai kehilangan 14 ekor lembu ternakannya pada 18 Julai lalu.

Menurutnya, setelah menerima laporan, pihaknya terus membuat siasatan dan berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan di Alor Gajah sehari kemudian sekitar 12.40 pagi bersama sebuah lori dipercayai digunakan mengangkut lembu curi.

"Susulan penangkapan suspek pertama polis berjaya menahan lima lagi suspek di Masjid Tanah, Melaka, selain berjaya menemui lapan ekor lembu beberapa jam kemudian.

"Daripada lima suspek yang ditahan itu, empat adalah warga Indonesia. Kesemuanya berumur antara 24 dengan 52 tahun.

"Polis juga percaya dengan tertangkapnya enam suspek ini, tiga kes berjaya diselesaikan, selain percaya kumpulan ini bergiat aktif bermula awal tahun lalu," katanya pada satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, kelmarin.

Menurut Encik Din Ahmad, siasatan awal mendapati selain di Batu Pahat, kumpulan terbabit juga telah melakukan kegiatan sama di beberapa kawasan di sekitar Kluang, lapor Sinar Harian.

Katanya, setelah berjaya mencuri ternakan, mereka akan menjualnya dengan harga yang jauh lebih murah berbanding harga pasaran dan jualan dilakukan di pasaran sekitar Melaka.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan juga boleh dikenakan denda

Kerajaan Rakyat minta tolong pembaca kirakan, sepatutnya Shahrizat dipenjarakan berapa tahun?
 .
Cabaran itu dibuat Izzah selepas pimpinan Umno kekal mempertahan Shahrizat dalam skandal lembu NFC selain Shahrizat sendiri enggan meletakan jawatan. “Memandangkan pimpinan Umno kekal mempertahan Ketua ...
Ketua wanita PKR, Zuraida Kamaruddin mencabar Datuk Seri Shahrizat Jalil (Gaji Shahrizat) meletakkan jawatan berhubung kontroversi projek lembu fidlot yang diusahakan keluarga menteri itu. Dalam ucapan dasarnya di ...
Dalam pada itu, Rafizi berkata pihaknya akan terus mendedahkan penyelewengan pinjaman mudah oleh kerajaan itu ketika perbicaraan saman yang difailkan Datuk Seri Shahrizat Jalil bermula Ogos ini. “Bila kita disaman, kita akan gunakan peluang di mahkamah dan pastikan ... Sebelum ini, KEADILAN mendedahkan pinjaman RM250 juta digunakan untuk tujuan selain penternakan lembu. Antaranya membeli dua unit kondominium mewah di Kuala Lumpur, tiga .
Pendedahan yang dibuat setakat ini menunjukkan bahawa NFC yang diterajui suami Dato' Seri Shahrizat Jalil dan anak-anak mereka gagal memenuhi sasaran kerana mereka langsung tidak ada pengalaman di dalam industri ... “Pusat Fidlot Nasional ini Tuan Yang diPertua, matlamat utama pelaksanaan Pusat Fidlot Nasional ialah untuk kita mewujudkan sistem pengeluaran daging lembu fidlot secara komersial sepanjang rantai nilai bagi meningkatkan ...
"
 Gambar Tragis : Masjid Dibakar , dan rakyat di bunuh di Myanmar. di mana kita?
Posted on Friday, July 27 @ 15:46:43 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: abuluqman

"

Terkini... peristiwa tragis dan menyayat hati umat Islam Rohingya...Masjid tempat beribadah hangus dibakar! Kirimkan doamu teman...kita mengadu pd Allah yg Maha Kuasa... Difahamkan hampir 2.8 juta orang Islam Rohingya telahpun menjadi mangsa penindasan di Myanmar...



Melarikan diri dari kampung halaman untuk mencari tempat yang selamat...hanya doa dan sumbangan  kita sahaja yang dapat meringankan beban mereka. amin"
 Katun Mat arang disiasat, Katun HINA Ulama bagaimana?
Posted on Friday, July 27 @ 22:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: irama

"

Kartun hina ulamak yang disiarkan dalam laman web dgn tagline Donkey or Dog yang menunjukkkan gambar ulamak ditunggang seperti Kaldai atau Anjing.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memulakan siasatan terhadap penerbitan komik 1Malaysia yang memuatkan kartun berkaitan "Awang Arang" yang didakwa boleh mewujudkan ketegangan kaum oleh NGO dan kumpulan hak asasi.

Bagaimana dgn laman web yang menyiarkan gambar katun menghina ulamak tersebut?

Lagi kartun dari website itu:

http://www.malaysia-instinct.com/english/index.php?option=com_phocagallery&view=category&id=2&Itemid=745
 
 Prihatin kami tak bertepi
Posted on Friday, July 27 @ 21:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: pemudadunsura

"

Ramadhan kembali menjenguk. Menziarahi para mukmin untuk melimpahkan rahmat dari Ilahi. Masing-masing berlumba-lumba melakukan kebajikan. Pemuda DUN Sura juga tidak ketinggalan untuk turut sama mengejar segala ganjaran kebaikan yang dijanjikan oleh Allah Taala kepada pencinta kebaikan.

Ramadhan 1433H; Program Pemuda Bersamamu sudah masuk Musim Ke - 8.

Program kebajikan yang bertujuan melihat penduduk yang kurang berkemampuan sekitar kawasan ini mampu untuk sama-sama menguntum senyum menyambut kedatangan Ramadhan dan Aidilfitri yang bakal menyusul. Program yang bukan lagi suatu yang asing bagi penduduk di sini adalah satu usaha menyahut seruan Baginda Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam: "Sesiapa yang meringankan beban penderitaan seorang Mukmin di dunia, pasti Allah akan meringankan beban penderitaannya di akhirat kelak. Sesiapa yang memudahkan orang dalam keadaan susah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat. Sesiapa yang menutup aib seorang Muslim pasti Allah akan menutup (aibnya) di dunia dan di akhirat. Dan Allah akan selalu menolong hambaNya selama mana hamba tersebut menolong saudaranya..."

Para ulama' sentiasa berpesan: sebagaimana Baginda Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam diturunkan oleh Allah Taala sebagai rahmat atas sekalian alam; maka umat Baginda juga berperanan untuk menjadi penyebar rahmat Ilahi ini. Baginda mengingatkan kepada umatnya: "Sesiapa yang tidak mengambil cakna mengenai perihal muslim yang lain, sesungguhnya dia bukanlah termasuk dalam kalangan umatku"

Pemuda Bersamamu adalah satu program kebajikan anjuran Pemuda PAS DUN Sura mengagihkan barang-barang keperluan termasuk sedikit wang belanja sepanjang Ramadhan dan Syawal ini untuk kegunaan golongan kurang berkemampuan yang terpilih tanpa mengira fahaman politik. Golongan-golongan yang menjadi pilihan untuk dibantu adalah golongan yang sedang menderita kerana sakit, faqir, miskin, ibu tunggal termasuk anak-anak yatim.

Program kali ini mensasarkan 190 penerima seluruh DUN Sura. Program tahunan ini dirancang awal dan mendapat komitmen yang tinggi daripada seluruh ahli jawatankuasa program yang terdiri daripada tenaga JPC di setiap cawangan dalam Dun Sura dengan dipandu oleh Saudara Muhammad Amri selaku pengarah program.

Kerja-kerja mengumpul dana tabung Pemuda Bersamamu Musim Ke - 8 telah giat dijalankan bermula daripada sebelum Ramadan lagi. Kali ini, Markaz Pemuda Dun Sura telah dipilih sebagai pusat operasi program ini. Pengagihan sumbangan dijangka akan dibuat secara langsung terus ke rumah penerima yang telah dijadualkan pada 22 Ramadhan ini bersamaan 11 Ogos 2012.


Bagi memastikan kejayaan program yang dirancang ini, seluruh jawatankuasa program mengharapkan bantuan sekadar termampu daripada sesiapa yang berminat untuk menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban saudara kita yang dhaif. Segala sumbangan berupa wang tunai atau beras bolehlah dihulurkan kepada:

URUSETIA PEMUDA BERSAMA MU 8.0

PEJABAT PAS MAJLIS TINDAKAN DUN SURA,

LOT 1251, JALAN NIBONG, KAMPUNG MOLEK,

23000 DUNGUN, TERENGGANU.

(up: USTAZ MOHD HANAFIAH HITAM ~ 013-9819543)


atau melalui akaun bersama:

BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB) CAW. DUNGUN

NO AKAUN: 13044010016883

PENAMA: TENGKU MOHD HISHAM TENGKU AMBAK, ISMAZI ISMAIL, SHAFIEE EMBONG


atau menghubungi:

Ketua Kebajikan Pemuda Dun Sura, sdra Shaikh Salmin (019-9808903) @ Bendahari program,sdra Shahir (012-9383859)

Harapan untuk melihat kejayaan program ini dan manfaat yang akan dirasai oleh golongan yang kurang bernasib baik amatlah tinggi sekurang-kurangnya mereka turut merasa kemeriahan Hari Raya yang bakal disambut nanti dengan menerima sedikit sumbangan yang tidak seberapa daripada golongan yang lebih bernasib baik dan pemuda Dun Sura sekadar menjadi penggerak sukarela semampunya.

"Prihatin kami tidak bertepi, membantu sekadar termampu"

Tiada ulasan: