Selasa, 31 Julai 2012

YANG NAK MASUK BIAR AKHLAK BOLEH DICONTOHI SEKURANG2 PENAMPILAN PAKAIAN...ORANG LAIN SEMUA BERLAKON...MAKA MEREKA TU TIDAK...YANG TAHU IKHLAS ALLAH SAJA

Amerika cipta robot sekecil serangga untuk membunuh musuh


Sebuah laporan menunjukkan bahawa tentera AS telah menghabiskan berbilion-bilion dollar untuk membina pengawasan pesawat tanpa pemandu dan mengembangkan pesawat mikro yang boleh hadir dalam sekumpulan serangga sebagai mata-mata bersaiz kecil dan mampu terbang.
Sebuah laporan menunjukkan bahawa tentera AS telah menghabiskan berbilion-bilion dollar untuk membina pengawasan pesawat tanpa pemandu dan mengembangkan pesawat mikro yang boleh hadir dalam sekumpulan serangga sebagai mata-mata bersaiz kecil dan mampu terbang.

Menurut sumber internet yang dihimpun dari pelbagai pasukan penyelidik di Johns Hopkins University kerjasama dengan Pejabat Penyelidikan Ilmiah Tentera Udara AS di Wright-Patterson Air Force Base di Arlington, Virginia, mengatakan bahawa mereka sedang mengembangkan apa yang mereka sebut dengan kenderaan udara mikro MAV yang akan melakukan tugas sebagai perisikan di pelbagai tempat dan negara.
Serangga robot itu direka sedemikian rupa sehingga dengan mudah dapat menyusup kawasan bandar, walaupun faktor padatnya bangunan dan konsentrasi orang-orang, namun kewujudan enjin pembunuh ini tak terduga dan tanpa halangan dan sangat praktikal.

Robot serangga super mini ini juga boleh dikendalikan dari jarak jauh dan dilengkapi dengan kamera dan mikrofon built-in.
Walaupun peranti perisikan baru ini mempunyai kemampuan untuk mendarat tepat pada kulit manusia, dengan menggunakan super-mikron jarum bersaiz kecil untuk mengambil sampel DNA dan terbang lagi dengan kelajuan tinggi. Orang hanya akan merasa sedikit rasa sakit seperti gigitan nyamuk tanpa sensasi terbakar dan bengkak.
Drone serangga super surveilans ini sukar dikesan dan juga boleh menyuntik racun melalui pengenalan frekuensi radio mikro RFID sebagai peranti pengesan yang boleh menyusup di bawah kulit, dan dapat menyuntik racun ke tubuh musuh jika berlaku peperangan.
Pada awal tahun 2007, kerajaan AS dituduh secara diam-diam mengembangkan perisik serangga robot tersebut ketika para penunjuk perasaan anti perang di Amerika Syarikat menyaksikan beberapa benda terbang mirip dengan pepatung atau helikopter melayang-melayang di atas kepala mereka

AS tidak sendirian dalam membuat drone ini, terdapat negara seperti Perancis, Belanda dan Israel juga mengembangkan peranti yang sama.
Perancis juga telah mengembangkan kepakan sayap dengan bio-terinspirasi drone mikro. Sementara badan Netherlands BioMAV Biologically Inspired AI for Micro Aerial Vehicles juga telah mencipta drone burung Kakak tua AR.
Sementara itu, Israel Aerospace Industries IAI telah menghasilkan pesawat berbentuk kupu-kupu, beratnya hanya 20 gram, yang kemampuannya dapat mengumpulkan semua data perisikan yang disimpan di dalam bangunan.

Sementara drone serangga AS ini dilengkapi dengan kamera 0,15 gram dan kad memori, yang dikawal dari jarak jauh dengan helm khusus. Mengenakan helm, pembekal akan mendapati diri mereka dalam "badan kupu-kupu" dan melihat drone tersebut tepat seperti kupu-kupu secara real.

Ning Baizura tidak libat mana-mana parti politik

Harakahdaily, 31 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Penyanyi Ning Baizura binti Hamzah (gambar) dalam satu kenyataannya hari ini berkata, beliau tidak mahu melibatkan diri dengan mana-mana parti politik.

Oleh itu, beliau menafikan laporan akhbar Sinar Harian, beliau 'bakal' menjadi ahli PAS dan menyifatkan laporan itu tidak benar.

Berikut adalah kenyataan penuh Ning yang dikeluarkan melalui peguam beliau.


Ning Baizura tidak melibatkan diri dalam mana-mana parti politik

Ning telah mendapati bahawa suatu kenyataan akhbar di dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 30 Jun 2012 di man telah melaporkan bahawa Ning ada mengatakan niatnya/hasratnya untuk menjadi ahli seebuah parti politik Malaysia.

Ning ingin menyatakan di sini secara spesifik am dan secara keseluruhannya tidak berniat untuk menjadi ahli mana-mana parti politik.

Ning selama ini adalah neutral dan impartial dalam hal politik Malaysia dan ingin terus menjadi apolitikal.

Namun begitu, Ning berharap Malaysia akan terus aman dan  dilimpahi dengan rezeki di bawah parti yang memerintah.


Ekoran tuntutan ini, Harakahdaily menarik balik laporan akhbar Sinar Harian yang disiarkan dalam Harakahdaily melalui ruangan terbaik dari blog dan memohon maaf dari Ning ekoran laporan itu.

Tukar royalti kepada ehsan mendahului mahkamah

Harakahdaily, 31 Jul 2012
BACHOK: Kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin yang menyifatkan program Konvoi NGO Royalti ke beberapa destinasi di Hulu Kelantan baru-baru ini sebagai mendahului keputusan mahkamah sangat tidak disenangi oleh ramai pihak.
Pengerusi Solidariti Anak Muda Bachok Tuntut Royalti dan Pendaratan Minyak di Bachok (Cabar), Ahmad Marzuk Shaary (gambar) ketika dihubungi menyatakan sokongan penuh kepada program konvoi tersebut.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak agar sedar dan mengambil berat terhadap desakan dan tuntutan itu kerana ianya adalah untuk kepentingan rakyat Kelantan.

Beliau yang turut menyertai konvoi tersebut sebelum ini beberapa kali mengulangi desakan supaya gas dan petroleum didaratkan di Kelantan khususnya Bachok dengan hasrat menjunjung titah Sultan Kelantan yang  telah menyediakan zon perindustrian petroleum di kawasan Bachok seluas 4,000 ekar.

“Kalau sekiranya penganjuran konvoi tersebut mendahului mahkamah kerana tuntutan royalti oleh Kerajaan Kelantan dalam proses mahkamah, maka membelanjakan wang royalti oleh sebuah jawatankuasa  atas nama ehsan itu jauh lebih mendahului mahkamah, tidak patuh kepada perjanjian juga menghina mahkamah,” katanya.

Ini, ujarnya kerana mahkamah adalah simbol keadilan, dalam perjanjian yang telah termeterai sejak 1975 secara jelas memperuntukkan lima peratus royalti untuk kerajaan Kelantan.

Bila menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan beberapa pemimpin kerajaan pusat sendiri yang meminta pihak tertentu mengembalikan royalti untuk Kelantan.

“Saya amat berterima kasih dan bersyukur dengan beberapa kenyataan ini antaranya Ku Li dan ini menandakan bahawa perjuangan tuntutan royalti oleh kerajaan negeri kelantan sudah mula diberi perhatian, tetapi jangan hanya untuk gimik dan menarik sokongan dalam pilihanraya yang semakin hampir,”

“Semua pihak yang bersungguh menafikan royalti untuk rakyat Kelantan ini perlu akur dengan hak rakyat Kelantan dan kena berlaku adillah walaupun Kelantan di perintah oleh PAS kerana ini bukan untuk PAS tetapi untuk kerajaan dan rakyat Kelantan.

“Nak berpolitik politiklah tapi jangan sampai mendiskriminasi anak bangsa sendiri,” tambahnya.
Hairie Othman belum rancang bertanding p'raya

  • Ahmad Fadli KC
  • 11:19AM Jul 31 2012
Pelakon Hairie Othman yang baru sahaja menyertai PAS tidak menolak kemungkinan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang jika dicalonkan.

Hairie ketika dihubungi Malaysiakini bagaimanapun menegaskan bahawa beliau sendiri sendiri belum merancang untuk berbuat demikian buat masa ini.

"Itu saya saya tidak menolak (kemungkinan akan dicalonkan). Tetapi buat masa ini saya masih belum memikirkan ke arah itu. Saya anggap diri saya ini sebagai aktivis parti sahaja," kata Hairie.

NONEUra-ura itu timbul apabila beliau dilihat semakin rancak berceramah di pentas PAS selepas menyertai parti itu secara rasmi akhir Jun lalu.

Mengulas lanjut, Hairie berkata penyertaannya ke dalam PAS merupakan satu bentuk penghijrahan agama dan politik.

"Dua-dua sekali (hijrah agama dan politik), dan sejak masuk PAS ini saya banyak belajar tentang agama," kata Hairie.

Penyertaan golongan pelakon dan penyanyi ke dalam parti pembangkang merupakan sesuatu yang jarang berlaku sebelum ini.

Salah satu penyebabnya adalah tanggapan bahawa mereka yang berbuat demikian akan sukar mencari makan menerusi media massa perdana yang dilihat menyebelahi parti pemerintah.

Mengulas perkara itu, Hairie menegaskan yang beliau yakin rezekinya tetap akan terjamin walaupun bergiat aktif dengan PAS.

"Kita sentiasa boleh cari sumber rezeki yang lain," katanya.

Menurutnya lagi, sokongan terhadap Pakatan Rakyat di kalangan seniman dan selebriti tanah air juga semakin meningkat akhir-akhir ini.

Namun demikian tambahnya, ramai yang memilih untuk tidak menyatakan sokongan mereka secara terbuka kerana tidak mahu sumber pendapatan mereka terjejas.

"Kawan-kawan artis ada yang menyokong dan bersama Pakatan Rakyat secara senyap-senyap.

"Cuma kebanyakannya memilih untuk tidak menyuarakannya kerana masih mahu kekal dalam industri," kata Hairie.
Selain Hairie, turut menyertai PAS setakat ini ialah penyanyi Aishah, pelawak Bob Lokman, dan terbaru pelakon Abby Abadi ketika parti itu dilihat semakin rancak menerima keanggotaan dari selebriti dan bekas pegawai kanan kerajaan.

Penglibatan Hairie dalam bidang lakonan bermula menerusi filem pertamanya, Kad Cinta pada tahun 1995.

Popularitinya melonjak naik pada tahun 2000 selepas memegang watak Leftenan Adnan dalam filem dengan judul sama.

Gerakan tuduh k'jaan Kedah berbelanja mewah

  • Sara Ghazie
  • 9:50AM Jul 31 2012
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak telah dituduh berbelanja mewah untuk kereta mewah, bagi kegunaan rasmi.

NONEMenurut Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang (kanan), Kedah telah membeli sebuah Mercedes S350 pada akhir tahun lepas untuk menteri besar.

Bercakap kepada Malaysiakini, Tan berkata tiga gambar yang dipaparkan di laman blognya, yang diambil kira-kira dua minggu lalu semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah, menunjukkan kerajaan negeri telah menyalahgunakan wang pembayar cukai.

"Harga pasaran untuk S350 Mercedes adalah kira-kira RM850,000. Ini tidak termasuk harga plat nombor, KCX 8," tulis Tan dalam blognya.

NONEBagaimanapun, katanya beliau tidak pasti sama ada kereta itu telah didiskaunkan atau dikecualikan daripada duti eksais.

Azizan berkata pada November lalu kerajaan negeri Kedah
memilih untuk membeli lima Toyota Camrys dan Mercedes-Benz S Class kerana kos penyelenggaraan yang tinggi bagi kereta Proton Perdana V6 yang digunakan sebelumnya.

Tan juga mempersoalkan Azizan sama ada pemimpin Pakatan Rakyat mempunyai hak untuk mengkritik pemimpin BN yang dituduh menggunakan wang rakyat apabila mereka sendiri menggunakan wang pembayar cukai untuk membeli kereta mewah
Titik panas meningkat, kualiti udara di Pantai Barat merosot

  • Bernama
  • 9:05AM Jul 31 2012
Peningkatan bilangan titik panas di Sumatera, Indonesia sejak Khamis lepas menyebabkan kemerosotan kualiti udara di beberapa kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia.
    
Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam kenyataannya semalam, berkata kawasan Pelabuhan Klang, Selangor berada pada tahap tidak sihat dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 118 setakat 11 pagi tadi.
  
Sebanyak 16 kawasan berada pada tahap baik daripada 51 stesen pengawasan kualiti udara JAS, manakala 31 lagi berada pada tahap sederhana.
  
Pengaruh angin monsun barat daya yang bertiup dari kawasan titik panas atau kawasan berlakunya pembakaran terbuka yang tidak terkawal di Sumatera, telah membawa pencemaran merentasi sempadan dan menyebabkan kemerosotan kualiti udara di kawasan pantai barat Semenanjung terutamanya di Pelabuhan Klang, kata kenyataan itu.
  
Selain meningkatkan penguatkuasaan terhadap pelepasan asap daripada kenderaan bermotor dan pelepasan dari industri, JAS juga menegaskan larangan pembakaran terbuka bagi kawasan di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Tudan, Permai Jaya dan Kuala Baram di Miri, Sarawak yang dikeluarkan bulan lepas masih berkuat kuasa.

- Bernama
Umno dakwa Pas berlakon bela rakyat isu royalti
Wartawan Sinar Harian
31 Julai 2012
Bendahari Pemuda Umno Kelantan, Datuk Bazlan Baharudin
Bendahari Pemuda Umno Kelantan, Datuk Bazlan Baharudin.
KOTA BHARU - Pemuda Umno Kelantan menyifatkan isu tuntutan royalti minyak sengaja dimainkan Pas negeri ini bagi menunjukkan seolah- olah parti itu membela nasib rakyat.

Bendahari Pemuda Umno Kelantan, Datuk Bazlan Baharudin berkata, rakyat negeri ini sebenarnya sudah memahami hasrat Kerajaan Pusat yang tidak mahu wang royalti tersebut nanti diagih secara tidak adil.

Beliau berkata, hanya pemimpin Pas suka membuat ‘bising’ untuk menggambarkan parti itu berjuang demi nasib rakyat.

“Kerajaan Pusat tidak mahu wang royalti ini nanti diagih secara tidak sama rata sekiranya menerusi Kerajaan Negeri. Saya percaya rakyat Kelantan sudah faham hasrat kerajaan.

“Di sini pemimpin-pemimpin Pas yang ‘bising’ ingin menampakkan macam hendak bela nasib rakyat,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Bazlan berkata demikian bagi mengulas kenyataan Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah yang mengulangi pendiriannya supaya Barisan Nasional (BN) perlu menyelesaikan isu royalti minyak yang dituntut Kerajaan Kelantan sebelum Pilihan raya Umum Ke-13 (PRU13).

Dalam kenyataan itu Razaleigh turut tidak menafikan hak rakyat Kelantan mendapat royalti tersebut berdasarkan Akta Kemajuan Petroleum 1974.

Sehubungan itu, Bazlan yang juga Ketua Pemuda Umno Gua Musang turut bersetuju dengan Tengku Razaleigh bahawa royalti petroleum merupakan hak rakyat negeri ini.

Bagaimanapun, beliau berkata Kerajaan Pusat berhak untuk mengubah cara pembayaran royalti menerusi wang ehsan seperti yang dilakukan di Terengganu.

“Contohnya dulu di Terengganu dinamakan wang ehsan dan tidak ada sebarang masalah bahkan BN dapat merampas balik Terengganu daripada Pas.

“Kelantan juga akan buat perkara yang sama dan akan mengagihkan secara berhemah dan adil, tidak kira parti mana-mana sekalipun,” katanya.
Tindakan Lajim letak jawatan panaskan politik negara
Wartawan Sinar Harian
31 Julai 2012
Timbalan Ketua Penerangan Pas Terengganu, Azman Shapawi Abdul Rani
Timbalan Ketua Penerangan Pas Terengganu, Azman Shapawi Abdul Rani
KUALA TERENGGANU – Tindakan Datuk Seri Lajim Ukin meletak kesemua jawatan dalam Umno dan Barisan Nasional (BN) mampu memanaskan lagi suasana politik di negara ini.

Timbalan Ketua Penerangan Pas Terengganu, Azman Shapawi Abdul Rani tidak menolak kemungkinan besar pemimpin itu akan menyertai pembangkang tidak lama lagi dan mampu mengubah landskap politik di Sabah dan Sarawak, yang didakwa sebagai talian hayat Umno dan BN.

“Beliau merupakan orang lama dalam Umno dan juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Mungkin perubahan dilakukan itu adalah atas kesedaran politik memandangkan BN tiada keyakinan bantu masyarakat di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Azman Shapawi yang tidak menolak tindakan Lajim itu akan disusuli pemimpin-pemimpin Umno dan BN Sabah yang lain.

Beliau turut menaruh keyakinan bahawa sebahagian penyokong Lajim juga akan mengikuti parti yang menjadi pilihan pimpinan itu nanti.

“Senario ini sebagaimana artis iaitu apabila seorang menyertai pembangkang, yang lain pun akan menyusul. Yang membezakan adalah cepat atau lambat,” katanya.

Beliau turut meramalkan keadaan itu akan berjangkit kepada pemimpin di Sarawak, lebih-lebih lagi apabila berlaku kebangkitan terhadap pembangkang sebagaimana ditunjukkan rakyat dalam pilihan raya kecil di Parlimen Sibu yang dianggap kemenangan luar jangkaan di pihak pembangkang.

“Kita lihat apa yang berlaku ini sebagai perkara positif terhadap PR dan landskap politik negara,” katanya.

Tiada ulasan: