Jumaat, 20 Julai 2012

PENENTUNYA ALLAH...PUSINGAN LAH NI ISLAM...DUNIA DAH AKHIR ZAMAN...ORANG YANG TAK NAK BERPAKSIKAN ISLAM MEREKA DAH KETINGGALAN ZAMAN....ORANG2 BARAT...ORANG2 MAJU PUN SEKARANG TENGAH MENGINTAI ISLAM UNTUK DIANUTI...HIDAYAH DAN SEGALANYA DI TANGAN ALLAH SWT....

Mat Sabu: PAS ganti perangai Umno bahaya

  • Abdul Rahim Sabri
  • 11:03AM Jul 20 2012
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menaruh harapan besar kepada NGO, seperti Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) untuk bekerja kuat bagi membangkitkan kesedaran rakyat tentang hak asasi daripada "belenggu yang menyeksakan".

Bahkan beliau menggesa NGO lain seperti Asal Bukan Umno (ABU) menjadi "kumpulan pendesak" untuk mengkritik dasar kerajaan khusus Pakatan Rakyat jika meneruskan dasar yang zalim dan penyelewengan seperti kerajaan sebelum ini, sekiranya berlaku.

NONEMohamad berkata jika keberanian itu tidak ditonjolkan, beliau bimbang, kerajaan yang mengambil alih khususnya Pakatan, "akan mencari jalan memperkenalkan undang-undang malah kadang kala lebih teruk daripada kerajaan yang diambil alih" untuk mempertahankan kuasa mereka.

"Sebab itu slogan PAS ganti Umno ini cukup bahaya. Saya bimbang mereka (betul-betul) ganti perangai Umno. Kalau perkara itu timbul, tugas NGO ini (menentangnya).

"Bila orang dapat kuasa, amat susah kuasa itu digugat. Sebab itu kumpulan memperjuang hak asasi (perlu) terus hidup dan kuat , walaupun sesiapa sahaja memerintah.

NONE"Sebab, senang kita cakap apabila dapat kuasa. Bila dapat kuasa, sudah mula kita ugut orang. Aku bongkar ini, aku dakwa (kau) bawah OSA (Akta Rahsia Rasmi), sedangkan kita nak hapuskan OSA itu.

"Penyakit orang berkuasa, dia (buat apa sahaja) nak kekalkan kuasa... Dalam sejarah pemerintah nak serah kuasa memang susah nak berlaku," katanya.

Bahasa pembangunan


Bercakap dalam forum "ISA: Penyeksaan yang sempurna" di Kuala Lumpur malam tadi, Mohamad membangkitkan persoalan sekiranya kerajaan Pakatan mendapat kuasa, apakah akan wujud kecenderungan untuk melakukan penyelewengan seperti yang dilakukan kerajaan sebelum ini.

"Bagaimana rakyat bangun menegur dan menentang kita. Adakah kita mencari jalan untuk menutup mulut mereka supaya menjadi disiplin, rakyat yang berguna (dan) rakyat yang tidak menukar kerajaan.

azlan"Kami menggunakan TV (minta) rakyat supaya bersyukur, (dan) sedia menyokong kerajaan Pakatan yang sentiasa membuat pembangunan. Mungkin itu bahasa yang digunakan," katanya sambil diiiringi tepukan dan gelak ketawa hadirin.

Oleh yang demikian, Mohamad menggesa GMI dan NGO lain dapat bergerak lebih hebat untuk menimbulkan keberanian kepada rakyat dan mendidik serta menonjolkan perjuangan hak asasi.

"Saya harap GMI perlu lebih kuat bukan sahaja ketika kerajaan hari ini, tetapi kerajaan akan datang kerana potensi untuk menyeleweng memang sentiasa ada.

"Hanya rakyat yang berpegang teguh dengan amar makruf nahi mungkar akan menyuburkan nilai kemanusiaan pada hari ini dan masa akan datang," katanya yang pernah ditahan ISA sebanyak dua kali pada 1984 dan 1987.

Arab tiada standard cakap hak asasi
Mohamad yang lebih dikenali sebagai 'Mat Sabu' membuat gesaan itu selepas mendengar pandangan intelektual Prof Tariq Ramadan yang menjawab soalan seorang hadirin dalam satu forum dan beliau membuat perbandingan tentang kebebasan, keadilan serta hak asasi antara negara Arab di Timur Tengah dan Amerika Syarikat.

Mohamad berkata, Tariq (bawah) berpandangan bahawa negara Arab di benua itu "tidak ada standard cakap tentang hak asasi" berbanding Amerika Syarikat yang sering melaungkan keadilan dan hak asasi manusia sekalipun mereka mempunyai pusat tahanan tanpa bicara di Guantanamo Bay.

NONETurut menjadi panelis dalam forum tersebut adalah aktivis Hishamuddin Rais, isteri bekas tahanan ISA Norlaila Othman dan pendakwah Wan Ji Wan Husain.

Sementara itu, Hishamuddin mendakwa ISA digunakan bertujuan menakut-nakutkan orang yang berada di sekeliling individu yang ditahan atau parti politik supaya dapat melumpuhkan gerakan mereka.

Beliau yang pernah ditahan ISA berkata akta tersebut turut dijadikan "senjata politik" untuk mematahkan pergerakan musuh khususnya terhadap mahasiswa, kesatuan sekerja dan agamawan bagi mematahkan "pertentangan dalam politik".

"Ia instrumen efektif supaya orang ditakut-takutkan dengan ISA. Sebenarnya yang takut itu dalam diri kita, bukan ISA. Takut itu yang harus kita lawan," katanya.
Karpal mahu tuduhan hasutan ditarik balik

  • Hafiz Yatim
  • 11:27AM Jul 20 2012
Mahkamah membenarkan kan kes hasutan melibatkan Karpal Singh ditangguhkan bagi memberikan peluang kepada peguam negara menarik balik pendakwaan terhadap pemimpin DAP itu.

Berdasarkan pemansuhan Akta Hasutan 1945 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak minggu lalu, Karpal hari ini menghantar wakil kepada pejabat peguam negara meminta kes itu ditarik balik.

Peguam Jagdeep Singh Deo dalam permohonan tarikh lain untuk pendengaran kes itu memberitahu mahkamah, pihaknya mahu peguam negara mempertimbangkan perkara itu.

"Kami mahu peguam negara menggunakan kebijaksanaannya bawak Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan dengan menarik balik pendakwaan itu," katanya.

Karpal didakwa bawah akta hasutan kerana berkata tindakan undang-undang boleh diambil terhadap Sultan Perak kerana peranannya dalam krisis undang-undang tubuh negeri pada 2009.
S 'gor gesa menteri letak jawatan, pertikai pelantikan Noh
9:18AM Jul 20 2012
Kerajaan Negeri Selangor meragui motif pembentukan sebuah jawatankuasa khas oleh kabinet untuk meneliti isu air  di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya.

Ini memandangkan sudah adanya Kementerian  Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) di mana menterinya mempunyai bidang kuasa yang termaktub dalam Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA 2006), kata Exco kerajaan negeri, Dr Xavier Jayakumar.

Jawatankuasa khas itu dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dianggotai  Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Jala, Menteri; Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar.

"Oleh kerana kuasa yang diberi kepada menteri KeTTHA gagal digunakan untuk melaksanakan penstrukturan semula industri air di Selangor dan tidak dimasukkan dalam Jawatankuasa khas kabinet, (maka) kerajaan negeri menyeru menteri KeTTHA untuk meletak jawatan dengan segera.

"Kita juga mempertikaikan peranan Datuk Noh Omar dalam jawatankuasa khas kabinet tersebut, kerana beliau adalah menteri kerajaan persekutuan yang begitu lantang melobi untuk pembinaan Loji Langat 2.

"Sekiranya kerajaan pusat masih bertegas untuk penubuhan jawatankuasa khas ini, adalah wajar 5.7 juta pengguna air Selangor diwakili oleh Menteri Besar Selangor untuk menjaga kepentingan mereka," katanya dalam satu kenyataan.
Isu Air: Menteri dibidas 'kurang keberanian politik'
9:50AM Jul 20 2012
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Peter Chin dibidas kerana didakwa "kurang keberanian politik" untuk meluluskan cadangan awal kerajaan Selangor untuk menyusun semula industri air di negeri itu.

"Sejak 2008, Kerajaan Negeri Selangor telah mengemukakan beberapa kertas cadangan kepada KeTTHA untuk menstruktur  semula industri air di Selangor secara sempurna atau pun holistik.

"Kegagalan Menteri KeTTHA, Datuk Seri Peter Chin untuk memberikan persetujuan kepada cadangan Kerajaan Negeri atas sebab-sebab politik merupakan halangan kepada
penstrukturan semula ini," kata Exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong dalam satu kenyataan semalam.

Beliau yang juga ADUN Bukit Lanjan juga berkata, keengganan Kerajaan Pusat untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri
Selangor dalam jawatankuasa kabinet mengenai isu air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang baru ditubuhkan, "mencerminkan telatah 'partisan' dan berat sebelah mereka".

"Sudah tentu Jemaah Menteri Kerajaan Pusat faham bahawa sebarang perbincangan yang tidak melibatkan Kerajaan Negeri Selangor tidak akan mencapai keputusan yang bermakna.

"Ini merupakan satu lagi contoh sikap penghalang Kerajaan Pusat: politik dan keuntungan kroni didahulukan, rakyat dibelakangkan," tegas Elizabeth.

Pembentukan panel lima anggota itu diumumkan oleh Chin semalam dan diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
'Media baru bukan penentu utama kejayaan PRU13'

  • Bernama
  • 8:19AM Jul 20 2012
Media baru bukan menjadi faktor penentu utama dalam memastikan kemenangan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang meskipun ia mampu mempengaruhi persepsi masyarakat terhadap sesebuah parti.
  
Pengerusi Unit Media Baru Pemuda Umno, Tun Faisal Ismail Aziz berkata media baru merupakan satu daripada komponen yang berperanan dalam mempengaruhi pola dan corak pemikiran serta landskap politik.
  
"Media baru membantu membentuk persepsi masyarakat menyokong parti tertentu, namun ia bukan penentu kemenangan, sebaliknya pelaksanaan dasar kerajaan yang akan menjadi kayu pengukur kejayaan.
  
"Dalam politik, media baru membantu merapatkan pemimpin dengan rakyat agar dapat memberi respon dengan cepat termasuk menangkis tuduhan terhadap pemimpin serta menyebarkan mengenai polisi parti yang diwakili," katanya.
  
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi anggota panel program 'Radar Khas Siri 4' bertajuk 'Perang Media Baru-Faktor Penentu PRU13' anjuran Radio24 dan AntaraPos.com, sebuah portal berita televisyen swasta, di Wisma Bernama semalam.

Turut serta dalam diskusi itu ialah ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga merupakan Pengarah Komunikasi Parti
Keadilan Rakyat (PKR) dan pakar sains sosial yang juga Pengarah Institut Peradaban Melayu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Prof Datuk Dr Abdul Latif Bakar.
  
Tun Faisal berkata media baru berupaya memberi impak tersendiri dalam memperkuatkan jentera sesebuah parti memandangkan Malaysia mencatatkan kira-kira 13 juta pengguna Facebook dan dua juta pengguna Twitter.
  
"Kini ada banyak platform media baru. Orang ramai tidak lagi bergantung pada informasi media konvensional seperti surat khabar mahupun berita 8 malam (media penyiaran) kerana semua maklumat berada di tapak tangan," katanya.
  
Dalam pada itu, beliau berkata 'cybertrooper', 'keyboardwarrior' dan blogger dari mana-mana parti yang menyebarkan berita palsu dan fitnah selain kebencian, perlu dikenakan tindakan.
  
Abdul Latif pula berkata garis panduan dan kawalan perlu dibuat terhadap media baru agar tidak melanggar norma serta menggalakkan sikap negatif.

"Media baru sekarang memainkan peranan penting meskipun tidak semestinya mempengaruhi masyarakat untuk membuang undi.
  
"Kini banyak cybertrooper dan blogger dalam media baru yang tidak rasional dan menyebarkan aura negatif serta bertelagah...ia perlu kawalan agar tidak menjejaskan ketenteraman negara," katanya.
  
Sementara itu, Nik Nazmi turut bersetuju bahawa media baru bukan faktor penentu kejayaan pilihan raya umum tetapi berpendapat ia adalah medium yang boleh memainkan peranan menyalurkan maklumat kepada masyarakat.
  
Beliau berkata masyarakat terutamanya golongan muda kini beralih ke media baru kerana mahu melihat pandangan yang lebih seimbang.
  
- Bernama

'Golongan muda pilih calon ada pegangan agama'

  • Bernama
  • 8:32AM Jul 20 2012
Calon yang berpegang teguh pada agamanya, bersikap amanah, berjiwa bersih dan benar adalah ciri-ciri bakal pemimpin yang bakal dipilih oleh golongan muda dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
  
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia Fathul Bari Mat Jahaya berkata golongan muda masa kini yakin pemimpin yang mempunyai ciri-ciri terbabit dapat melaksanakan tanggungjawab serta boleh memimpin negara dengan baik.
  
"Dalam Islam, pemimpin yang mempunyai asas agama boleh memimpin dengan baik tanpa mudah terpesong dan mereka ini akan mengawal sifatnya untuk sentiasa melakukan yang terbaik," katanya pada debat antara beliau dan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Nasruddin Hassan di Shah Alam.
  
Debat yang disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Awani dan Bernama Radio24 selama sejam setengah itu bertajuk 'PRU KE-13, Orang Muda Pilih Siapa' dengan Pensyarah Jabatan Pengajian Strategik dan Antarabangsa dari Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya Prof Datuk Mohamad Abu Bakar  bertindak sebagai moderator.
  
Fathul turut menyelar pemimpin yang menggunakan agama bagi tujuan kepentingan parti semata-mata kerana baginya agama memainkan fungsi utama dalam menyatukan umat Islam walaupun berbeza fahaman politik mereka.
  
"Jangan gunakan agama untuk kepentingan politik dan peribadi...walaupun anda mempunyai ilmu agama yang tinggi, itu tidak bermakna anda mampu mentadbir negara dengan baik," katanya.
  
Dalam sesi debat itu, Fathul Bari turut menyeru golongan ulama supaya membantu dengan menyuarakan pandangan serta nasihat bagi menangkis fitnah mengenai kerajaan dan Islam.
  
Beliau berkata peranan dan kelantangan golongan itu akan dapat membantu dalam menangkis fitnah yang ditujukan kepada kerajaan.
  
"Kini, kita berdepan dengan fitnah yang mana banyak dikeluarkan melalui blog-blog...sebagai ulama kita seharusnya berani menegur dan perlu memainkan peranan dalam memperincikan maklumat yang disampaikan kepada rakyat tanpa ada pengaruh fitnah," katanya.
  
Sementara itu, Nasruddin turut bersetuju bahawa faktor agama mampu melahirkan pemimpin yang bersih daripada segala anasir negatif termasuk mengekang daripada melakukan rasuah.
  
Pada debat itu, beliau turut menegaskan bahawa PAS tidak akan bersekongkol dengan DAP berhubung isu yang membabitkan agama.
  
"PAS tolak pemimpin yang makan rasuah dan kita juga mahu pemimpin yang mengangkat agama. Sebab itu, kita tidak bersekongkol dengan DAP berhubung isu agama...hal-hal politik kita boleh bekerjasama tapi bukan dalam bab agama," katanya.

- Bernama


JAIS nafi campurtangan politik lantik AJK masjid

  • Bernama
  • 8:59AM Jul 20 2012
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menafikan dakwaan bahawa pelantikan jawatankuasa masjid tidak telus dan dibuat berdasarkan campurtangan politik oleh pihak tertentu.

Ketua Pengarahnya Datuk Marzuki Hussin berkata pelantikan jawatankuasa masjid di Selangor menumpukan kepada kredibiliti calon sebelum ia dipertimbang dan dilulus oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
  
"Jangan ingat bila calon itu dipilih dan mendapat undian majoriti dari kalangan ahli masjid untuk jadi imam atau nazir, mereka akan dilantik... itu tidak betul.
  
"Sebelum dilantik, pihak MAIS akan meneliti nama-nama berkenaan dan mereka ini akan ditapis. Jika rekod calon itu bersih dan memenuhi kriteria untuk memegang jawatan berkaitan, baru kita akan keluarkan surat lantikan," katanya
kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah khidmat cemerlang kepada kakitangan JAIS di Shah Alam.
  
Beliau diminta mengulas mengenai tiga badan bukan kerajaan (NGO) dan anggota dua masjid di Selangor yang menyerahkan memorandum bantahan kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam kerana mendakwa wujud campur tangan politik dalam pelantikan jawatankuasa masjid di negeri itu.
    
Kumpulan itu mendakwa wujud sikap tidak telus dalam perlantikan jawatankuasa masjis dan meminta Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam negeri bagi menyelesaikan perkara itu.
  
Diminta mengulas dakwaan terdapat dua imam iaitu daripada PAS dan Umno yang mengerjakan solat berjemaah secara berasingan di Masjid Batu 3, Marzuki berkata sehingga kini, pihaknya tidak mendapat maklumat berhubung perkara itu.
  
"Sehingga kini, tiada laporan yang diterima berhubung perkara itu, namun jika terdapat laporan, kita akan panggil kedua-dua imam ini sebelum mengambil apa-apa tindakan.
  
"Masjid adalah tempat menyatukan umat Islam dan umat Islam tidak seharusnya berpecah hanya kerana berlainan fahaman politik, jika ini berlaku bagaimana kita mahu memartabatkan agama Islam," tegasnya.

- Bernama


  • Xatrina Patrina · Pengulas Tertinggi · Oregon State University
    alahai...semua org tau bahawa ahli umno tersebut telah memakan duit haram hasil daripada sekolah kafa masjid batu 3,,, laporan tersebut telah diserahkan kepada jais dan menunggu tindakan untuk dibawa kepada sultan seterusnyer laporan polis.....

    untuk makluman si umno nie dulu tinggal di qariah masjid batu 3 shah alam jadi dia boleh jadi calon....akan tetapi si umno nie dah tinggal di kampung baru hicom dan qariah si umno nie dibawah alam megah,...
    soal sekarang nie si umno nie melobi utk jadi calon sebagai nazir sehingga sanggup untuk guna alamat kroni beliau di batu 3 shah alam, tapi ditolak oleh Jais alasan diatas tadi....si umno nie melobi disetiap surau dgn diberi mkn pada setiap mlm selama hampir sebulan..

    untuk jadi calon di masjid alam megah telah kalah dalam pemilihan jawatankuasa...jadi si umno nie beralih ker masjid batu23 yg belom membuat pemilihan....

    bila pencalonan ditolak si umno nie telah memporak perandakan imam dimasjid situ dgn cara menyuruh kroni2 yg masih tggl diqariah masjid batu 3 untuk melantik calon imam 3 pergi ke imam dua dan dari imam dua pergi ke imam satu sehingga imam2 disitu telah dgn rela hati menolak pencalonan yg dibuat tadi sehingga Jais putuskan pilihan imam....

    untuk pengetahuan semua calon2 si umno nie yg masih qariah batu 3 telah kalah dalam pemilihan....

  • Ma'aruf Ishak · Maahad Qiraat Al-Azhar, Shoubra, Mesir
    pernah terjadi semasa pengambilan ajk masjid batu 9 kampung medan..nak tunjuk pandai tapi tak berani nak ke depan..last2 sampai tak solat jumaat..ermm..sudah2la ye:))

  • Xatrina Patrina · Pengulas Tertinggi · Oregon State University
    untuk pengetahuan terang2 fitnah yg dibuat oleh si umno keparat nie...mana ada solat dua imam dan x pernah terjadi apa yang didakwa.....

    mana pencacai dah terang2 mcm nie pon masih sanggup memfitnah apabila tidak sehaluan dgn Jais..

    si umno sedang dalam perhatian kerana pecah amanah dalam soal sekolah kafa dan menggunakan duit tabung semasa pemerintahan bee eeend dahulu...

  • Xatrina Patrina · Pengulas Tertinggi · Oregon State University
    untuk pengetahuan pihak jais dan jawatankuasa masjid sedang menunggu masa yg sesuai untuk mengambil tindakan terhadap si umno nie...

    macamana nak jadi ahli jawatankuasa masjid pon x pernah pergi org pon x kenal...

  • Wan Alkodiang · · Universiti Teknologi Malaysia
    Sepatutnya Masjid Diserah terus kepada kariah ..Campurtangan pihak lain termasuk MAIS akan mengeruhkan silaturrahim dikalangan anak kariah dan akan timbul dendam.Dulu BN buat sekarang PR pulak balas .Saya juga pelik mengapa calon Nazir sampai 3 orang sepatutnya kalau calon nazir tak layak atas sebab syarie lantik jer calon Timbalan.Mudahan Umat Islam akan menjadikan masjid tempat mebina silaturahim bukan merobohkan.

    • Pak Tam · Pengulas Tertinggi · Sekolah menengah kebangsaan seri sendayan
      WA...serah kpd ahli kariah lagi banyak politiking...yg sebenarnya tatacara urustadbir melalui majlis-majlis ugama tu dah betul, cuma ada mangkok ayun yg berkepentingan peribadi+politik yg cuba memporakperandakan ahli kariah...wallahu'alam

    • Xatrina Patrina · Pengulas Tertinggi · Oregon State University
      salah nyer qaum islam juga sbb agama sekadar nama....
      cuma nak tanye.....
      masing2 fardhu a'in dh khatam ker???

    • Wan Alkodiang · · Universiti Teknologi Malaysia
      Pilihan anak kariah adalah bersesuai uruf tempatan.Politik memang wujud tapi politik akan berubah bila kefahaman umat berubah.Contoh dulu kat Johor majoriti tolak hudud pegi survey sekarang boleh kata majoriti jemaah yg kerap ke masjid sokong hudud.Pihak berkuasa Agama perlu banyak mengadakan program dakhwah termasuk menghatar secara tetap guru agama ke masjid dan surau bahkan mungkin ke rumah2 ajak orang pegi masjid.Tapi malangnya Majlis agama amat kurang melakukan usaha dakhwah tapi banyak buat aktiviti tak bermanfaat termasuk pi tangkap penceramah.zaman dah berubah Janganlah Majlis Agama guna metode irama 70an.

  • Ahmad Abdullah · Pengulas Tertinggi
    Hahaha...Kami di kelantan dah lama dah lalui benda2 macam ni...sekarang ni dah lali dah...jadi untuk rakyat selangor, yang biasa duk bawah umno berpuluh tahun, tetiba baru bertukar kerajaan, maka bersedialah mental dan fizikal menghadapi permainan jahat umno...kalau tak mampu bertahan dan menyerang balas, alamatnya PRU 13 ni beraya balik la geng2 umno.. Semoga tak jadi begitu!!!

  • Zainal Abidin Din · Pengulas Tertinggi
    Pada pendapat saya JAIS atau Mais ini kebanyakan nya orang BN . Kami dah lapor tanah untuk surau di Taman Permata telah di salahguna olih pihak yang tidak bertanggongjawab dibina diatas tanah tersebut dewan rukun tertangga kantin pejabat dan perpustakaan. Pendudukan telah bantah tetapi tak ada tindakan dari JAIS atau Mais, kerana mereka mereka yang menceroboh adalah orang UMNO. Penasihat mereka adalah bekas KP JAKIM.

  • Mohd Noor Ismail · Pengulas Tertinggi · Universiti Teknologi MARA
    Kata negara demoraksi, anak qariah lebih tahu dan mengenali siapa yg mereka nak lantik. Jika seseorg itu ada nama, pangkat, bergarta tapi datang masjid/surau hanya berjemaah solat jumaat dan solat sunat 2 hariraya, tak payahlah tadbir masjid. Nak tadbir diri sendiri pun tak mampu. JAIS jangan jadi JAIS lama...

  • Fes Debuk · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Di Bumi ALLAH
    akhir zaman..cabaran bg mrka2 yg benar baik/ikhlas..walau apepun trjadi, prjuangan ttap ditruskan hngga kiamat..kmnagan psti mnyusul bg Islam/kebenaran, it's jst matter of time..

  • Nordin Azman · Pengulas Tertinggi
    kalau nak lantik AJK masjid, bukan dari juak2 umno, haram tak pernah nampak muka, sebelum ni, tapi.... bila dah lantik datanglah sekali sekala, kalau ikut yg selalu kemesjid lah yg patut dilantik jadi AJK,...

  • MA Iskandar MA Iskandar · · Pengulas Tertinggi
    JAIS kn ltk keupayaan, ilmu dlm perlntikan iman bkn sb sokongan mejoriti semata2.Fenomina terbaru diSelangor, ramainya jemaah hadir dgr kuliah agama.Jgn sekat perkembangan ini wpun ust yg menyokong parti mana sekali pun berceramah.

  • Syabab Damai · YDP di Islam addinul haq
    Sedarlah diri tu siapa kita.layak ke x nk jaga masjid.kalau datang masjid 1 mingu 1 kali.apatah lagi masa pemilihan baru nk dtng.baik duk diam banyakan ibadah di bulan ramadhan dn seterus pengal dpn buat permohonan utk dicalon.kalau x malu........

  • Hadi Kamaruzzaman · Pengulas Tertinggi · Ipoh, Perak
    campur tgn politik ni sbnrnya utk menyekat ustaz2 pro PAS dr menyampaikan tazkirah, mintak2 bulan puasa rmi yg d jemput ke surau msjd setiap mlm. klu UMNO jaga seng la..tazkirah guna teks je, yg dgr x phm, yg bg tazkirah pun lbh kurg..

  • Xatrina Patrina · Pengulas Tertinggi · Oregon State University
    harap sepatu masing2 jgn dibawak keats kaki lima masjid sbb ramai masuk neraka sbb tidak menjaga kebersihan

  • Mohd Yasin Haji Sulaiman · Pengulas Tertinggi · Shah Alam, Malaysia
    Tak lama lagi sejarah surau arrahmah sek.8 akan berulang kpd.masjid dan surau di Selangor.Kita pakat solat hajat blan ramadhan nie macam kami buat dulu hingga trsungkur malaun tu!

  • Tariq Ziyad · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Berniaga
    Bila lah boss JAIS nak istiqamah dgn cara islam yang syumul.

Tiada ulasan: