Ahad, 29 Julai 2012

INI BELASAH JUGA KOD 'KATA TOK2 GURU DULU "SAPE2 YANG JAHIL AGAMA IA JAHILLAH...WALAUPUN IA ADA IJAZAH SERTA DOKTOR FALASAFAH...SEBAB JAHILNYA...MEREKA CERDIK ILMU DUNIA LEMAH ILMU AGAMA...DAN LAGI TERUK...TAK MENGENAL ALLAH...DAN TAK BERAKIDAH@TAK ISLAM..." MACAM TAK BETUL JE...TAPI BILA DIHALUSI MEMANG ADA KEBENARANNYA....WALLAH HU ALLAM@ALLAH YANG LEBIH MENGETAHUI

Lajim Ukin cetus momentum perubahan rakyat Sabah

Hazayani Zakaria, 29 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Tindakan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin (gambar) melepaskan semua jawatan dalam Umno disifatkam sebagai 'sejarah baru' politik Sabah.

Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminuddin Aling berkata, tindakan berani Lajim itu mampu mencetuskan momentum perubahan yang besar kepada rakyat negeri di bawah bayu itu.

"Ini satu sejarah yang baru dalam politik negeri Sabah dan PAS sangat mengalu-alukan momentum perubahan ini kerana ia sudah tentu memberi impak yang besar kepada kepercayaan rakyat terhadap Barisan Nasional," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Semalam, Lajim mengumumkan peletakan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkuatkuasa serta-merta.

Beliau didakwa berbuat demikian kerana tidak lagi yakin terhadap kemampuan Umno BN membela nasib rakyat Sabah.

Mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau tidak terperanjat dengan pengumuman lajim, Aminuddin menyifatkan ia sebagai 'menyembunyikan kegerunannya'.

"Najib hanya nak sembunyikan rasa gerunnya sahaja kerana pasti akan ada yang mengikuti jejak langkah Lajim ini," katanya.

Difahamkan, Lajim akan membuat pengisytiharan keluar Umno dan menyertai Pakatan Rakyat di rumah beliau, petang ini.

"Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS, Dr Hatta Ramli akan ada bersama petang ini dan kita tunggulah pengisytiharan Lajim," katanya.

Sementara itu, Aminuddin berkata, mood rakyat Sabah mahukan perubahan dan bosan dengan janji kosong BN.

"Kita lihat di Sabah rakyat mahukan perubahan. Mereka sudah bosan dengan BN yang hanya tahu berjanji. Saya yakin kalau Pakatan Rakyat sentiasa menyampaikan maklumat yang tepat kepada mereka, rakyat akan pilih Pakatan Rakyat," katanya.


Mengapa Rasulullah Tidak Mudah Sakit

Harakahdaily, 29 Jul 2012

Tiada yang menafikan bahawa sihat adalah faktor kejayaan. Bahkan, sihat adalah tiang utama kejayaan itu sendiri.

Walaupun ada juga orang yang berjaya dengan mempunyai penyakit, namun orang yang sihat ‘jauh lebih mungkin’ untuk melakukan suatu impian yang tidak boleh dilakukan oleh orang sakit.

Itulah rahsia sebuah kata-kata hikmah yang berbunyi “Orang sihat boleh mempunyai seratus keinginan, namun orang sakit hanya mempunyai satu keinginan”.

Sihat fizikal semata ‘bukan jaminan’ kesejahteraan di muka bumi. Bahkan, sihat fizikal yang tidak diimbangi sihat rohani, sihat sosial dan sihat emosi intelektual nyata membawa malapetaka kehancuran.

Firaun, Hitler, Gengis Khan adalah individu yang sihat gagah perkasa namun justeru menjadi magnet kehancuran di muka bumi ini.

Rasulullah telah menunjukkan cara agar ‘Sihat Holistik’ untuk kita. Ketika kita tercari-cari ‘nawaitu’ mempelajari tiang memperoleh kesihatan maka pintu-pintu kesihatan telah terbuka; dan kita boleh merawat sakit yang acapkali hadir.

Ataupun kita dapat meminimakannya. Cara mana yang lebih baik dari cara yang telah diajarkan oleh Rasulullah? Kami yakin, anda orang bijak untuk menuju sihat itu sendiri.

Buku ini juga mendapat sentuhan daripada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau sempat berkongsi tips kesihatan dan pengalaman beliau merasai sakit yang panjang kepada kita semua.

Seminar Cinta Wanita dan Iftar Amal 12 Ogos

Harakahdaily, 29 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha akan menganjurkan Seminar Cinta Wanita dan Majlis Iftar Amal pada 12 Ogos ini di Hotel Palm Garden, Putrajaya.
Pengerusi maahad, Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, program itu dirancang dengan tujuan mengumpul dana untuk pengurusan Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha.

Ini, katanya kerana pengurusan bulanan maahad menjangkau RM25,000 sebulan dengan mengharapkan sumbangan masyarakat dan juga badan-badan korporat.

Menurutnya, program yang bermula jam 9.00 pagi hingga 10 malam itu mensasarkan peserta dari kalangan remaja wanita, wanita bujang, isteri serta suami isteri.


Katanya lagi, pembentang terdiri daripada pendakwah, selebriti dan artis seperti Dr. Mohd Shauqi Othman, Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman, Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang,  Bob Lokman, Hairie Othman, Norhayati A. Malek (pengasas RD Beauty), Ustazah Norhafizah Musa, Abby Abadi, Aishah, DJ radio Ikim, Nik Hasnah Ismail selaku moderator serta Kumpulan Nasyid Saujana.

Beliau berkata, maklumat lengkap boleh diperolehi menerusi pegawai maahd, Hasliza di talian 013-3831236 dan 013-7722820.

Lagu Kebangsaan, sepatah pun tak sebut 'merdeka'

Harakahdaily, 29 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Belum reda dengan kritikan terhadap tema dan rekabentuk logo sambutan Hari Kebangsaan, kini lagu temanya pula jadi sasaran pertikaian.

Sejak ia dilancarkan awal bulan ini, dan dimuat naik pelbagai pihak di Youtube, hanya kritikan-kritikan pedas memenuhi ruang komen termasuk mereka yang memilih 'dislike'.

Ada antara mereka memberi komen bahawa lirik lagu tersebut langsung tidak relevan dengan kemerdekaan apatah lagi untuk menanam semangat patriotik di kalangan rakyat.

"Sepanjang-panjang lirik ini, satu pun tak ada sebut perkataan Merdeka. Kata lagu tema Hari Kebangsaan," komen seorang pengunjung youtube.

"Kalau Tunku Abdul Rahman hidup lagi mesti dia menyesal," tambah yang lain.

Tidak kurang juga, ramai yang melihat lirik lagu 'Janji Ditepati' yang ditulis oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim itu tidak lebih dari mengungkit 'jasa' BN melalui transformasi 1Malaysia yang digagas Datuk Seri Najib.

Selain mesejnya didakwa bersifat politik keterlaluan, ianya juga memperlihatkan sikap terdesak parti memerintah sehingga terpaksa 'mencemar' sambutan hari kebangsaan dengan kempen politik BN.

"Ni bukan lagu patriotik, ini lagu politik...tiada nilai, ungkit janji walau banyak dimungkiri...Auta yang diberi," komen salah seorang penonton lain pula.

Terdapat juga sesetengan dari mereka yang sukar untuk mempercayai tindakan 'berani' BN yang sanggup mengambil kesempatan sampai ke tahap ini.

"Sangkak la lagu ni...siapa la yang tergamak buat lagu macam ni," lagi komen dari penonton.

"Adoi, apa punya senikata la, sampai BR1M, klinik, kedai runcit pun nak dimasukkan, bankrap idea betul," luah penonton kecewa.

Rais tarik balik logo Hari Merdeka

Harakahdaily, 29 Jul 2012


(Logo Hari Merdeka ke 55 yang ditarik balik oleh Rais)


KUALA LUMPUR: Selepas diserang kiri dan kanan akhirnya Datuk Seri Rais Yatim menarik balik logo hari kemerdekaan negara yang ke 55.

Namun, Rais berhelah bahawa "Bahan hiasan (artwork) yang dipaparkan oleh sesetengah pihak setakat ini hanyalah paparan selingan bukan logo rasmi."

Rais berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim menjelaskan tiada logo rasmi digunakan bagi sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini, melainkan logo 1Malaysia sepertimana sambutan pada tahun lepas.

Beliau berkata, sambutan Hari Kemerdekaan kali ini menggunakan tema "55 Tahun Merdeka Janji Ditepati".

Rais berkata, akan ada beberapa bahan promosi lain dipaparkan menjelang Hari Merdeka 31 Ogos dan Hari Malaysia 16 September.

Pelbagai pihak mempersoalkan mengapa logo sambutan Hari  Kemerdekaan ke-55, yang memaparkan gabungan logo 1Malaysia, bendera Malaysia dan tulisan "55 Merdeka Janji Ditepati", hanya ala kadar dan tidak mempunyai nilai-nilai seni yang tinggi.

Selain logo, turut dikritik adalah lagu temanya serta temanya.

Namun sehingga kini, lagu dan slogan itu masih dikekalkan.


Lagu tema


Sejak ia dilancarkan awal bulan ini, dan dimuat naik pelbagai pihak di Youtube, hanya kritikan-kritikan pedas memenuhi ruang komen termasuk mereka yang memilih 'dislike'.

Ada antara mereka memberi komen bahawa lirik lagu tersebut langsung tidak relevan dengan kemerdekaan apatah lagi untuk menanam semangat patriotik di kalangan rakyat.

"Sepanjang-panjang lirik ini, satu pun tak ada sebut perkataan Merdeka. Kata lagu tema Hari Kebangsaan," komen seorang pengunjung youtube.

"Kalau Tunku Abdul Rahman hidup lagi mesti dia menyesal," tambah yang lain.


Tema


Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil (gambar) antara pengkritik utama tema Hari Kemerdekaan kali ini.

Kadir yang pernah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Hari Kemerdekaan berkata, tema perayaan hari kemerdekaan  disifatkannya sebagai kempen pilihan raya BN.

Tema hari kemerdekaan tahun ialah Janji Ditepati.

"Ianya begitu terang dan terbuka tanpa sorok-sorok. Ini jelas membuktikan sikap kerajaan yang begitu ego dan begitu yakin tentang kedudukannya.

"Ianya tidak peduli sama sekali dengan perasaan pihak rakyat keseluruhannya. Ianya seakan-akan perayaan kemerdekaan juga telah menjadi hak BN," katanya dalam kenyataan akhbarnya.

Eh?? Kenapa lagu Gereja ni sama dengan lagu tema Hari Kemerdekaan ke 55 ni?

http://darisungaiderhaka.blogspot.com, 29 Jul 2012

Aku rasa tak perlulah aku explain panjang lebar tentang logo sambutan Hari Kemerdekaan negara kita yang ke 55 tahun ini, pasal mungkin ramai yang dah tahu tentang asal-usul logo itu..

Tapi buat yang tak tahu lagi, logo itu sebenarnya ialah logo yang telah dikitar semula dari sticker untuk kenderaan semasa sambutan kemerdekaan yang ke 52 dulu..

Dikitar semula oleh Menteri Kitar Semula, Rais Yatim... kerana kebodohannya itu (mungkin 'Buta IT') beliau menjadi mangsa belasahan Blogger Pro PR dan juga Blogger Pro UMNO/BN..
Baca http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2012/07/kenapa-lagu-dalam-gereja-ni-sama-dengan.html

Lihat nih.. Pembaca Sinar Harian belasah Umie Aida

http://addin77.blogspot.com, 29 Jul 2012
Bukan sekali kenyataan dikeluarkan dramatis yang baru berhijrah, Abby Abadi mendatangkan rasa kurang senang rakan artis lain. Seperti dilaporkan sebuah portal, Abby mendakwa artis yang berhijrah sepertinya hanya akan mempunyai pekerjaan jika kerajaan sedia ada tidak lagi memerintah. Abby yang baru menjadi ahli Pas seumur hidup berkata, ruang mereka untuk berkarya menjadi sempit dan hanya parti itu yang boleh membawa perubahan.

Bagaimanapun, kenyataan Abby mendapat reaksi pelakon popular, Datin Paduka Umie Aida yang menganggapnya cetek pemikiran.

Malah, Umie turut menasihatkan Abby agar tidak menggunakan politik untuk berdakwah.

Sebelum ini, Datuk AC Mical turut berkecil hati dengan Abby kerana dikatakan menghina pasukan polis. ~sinarharian
Addin :
Lihat komen pembaca di print screen di bawah..

Lajim: Simpanan tetap BN retak, tulis Kadir Jasin

Harakahdaily, 29 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Penarikan diri Datuk Seri Panglima Lajim Ukin dari Umno dan Barisan Nasional (BN) menyebabkan simpanan tetap BN sudah retak, tulis wartawan veteran, Datuk A Kasir Jasin.

Kadir Jasin dalam tulisannya menulis,  penarikan diri Lajim daripada semua jawatan dalam Umno adalah tamparan hebat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ini kerana, Najib selama ini cuba mewujudkan gambaran bahawa beliau mempunyai kawalan penuh ke atas politik di dua buah negeri Borneo itu.

Bagi beliau, ia bukan berita yang diharapkan oleh Presiden Umno itu.

Selain menjadi ahli Majlis Tertinggi Umno, Lajim adalah juga ketua bahagian Umno Beufort dan pengerusi BN Beufort.

Lajim menyerahkan kedudukan beliau sebagai timbalan menteri ditentukan oleh BN selepas langkahnya itu.

Najib sendiri berkata yang peletakan jawatan Lajim adalah sesuatu yang dijangkakan buat beberapa ketika dan beliau akan membuat keputusan esok (Isnin) mengenai kedudukan Lajim sebagai Timbalan Menteri.

"Tetapi tindakan Lajim itu tidaklah pula sesuatu yang baru atau memeranjatkan.


Ramalan mengenai kemungkinan beliau menarik diri daripada Barisan Nasional dan menyertai pembangkang sudah berbulan lamanya," tulis bekas Ketua Pengarang Kumpulan akhbar NSTP itu.

Beberapa bulan lalu, timbul cakap-cakap bahawa beberapa pihak yang tidak puas hati dengan Mohd Najib di Sarawak dan Sabah akan berpakat bagi menentang BN di dua buah negeri itu.

Bagaimanapun, perselisihan pendapat antara Mohd Najib dan kepemimpinan BN Sarawak, khususnya mengenai kedudukan Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri, telah diatasi. Ramalan mengatakan Abdul Taib tidak akan dipaksa meletakkan jawatan.

Sebaik mana pun Perdana Menteri cuba menyembunyikan kehampaannya terhadap perkembangan di Sabah itu, hakikatnya ia adalah petanda yang tidak positif bagi BN, khasnya di Sabah.

Sambil merujuk kepada peletakan jawatan Datuk Onn Jaafar sebagai presiden Umno, Najib berkata penarikan diri oleh ahli Umno bukanlah sesuatu yang baru. Yang lebih penting, kata beliau, adalah kesetiaan kepada parti.

Setelah kehilangan pengaruh di kawasan-kawasan Cina pada pilihan raya negeri (PRN) Sawarak pada April tahun lalu, pergantungan BN kepada Sabah menjadi lebih besar, sambung Kadir.

Dua buah negeri Borneo itu sering disebut sebagai “fixed deposit” atau simpanan tetap kerana jaminan sokongan yang padu kepada BN.

Pada PRU 2008, BN menang 30 daripada 31 kerusi Parlimen di Sarawak dan 24 daripada 25 di Sabah berbanding 85 yang dimenangi di Semenanjung dan sebuah di Labuan.

Tetapi, selepas kemaraan besar DAP dalam PRN Sarawak adalah dikhuatiri yang BN mungkin kehilangan sehingga enam kerusi Parlimen di Sarawak jika trend PRN itu berterusan.

Dengan penarikan diri Lajim, tabung simpanan tetap BN di Sabah telah retak dan jika merebak, pergantungan BN terhadap negeri bawah bayu itu akan menjalin lebih tidak terjamin, tulisnya.

Di Sabah, taat setia politik bolehlah diumpamakan seperti pasir di pinggir pantai – sentiasa berubah. Penarikan diri Lajim boleh membawa kepada pemberontakan besar-besaran seperti yang terjadi pada PRU 1990.

Soalnya, masalah Mohd Najib dan BN di Sabah tidak terhad kepada Lajim seorang saja.

Beliau juga perlu membuat keputusan mengenai kedudukan Ketua Menteri, Musa Aman, dan pergiliran jawatan Ketua Menteri antara Islam, Bumiputera bukan Islam dan Cina yang dimansuhkan oleh pendahulunya, Abdullah Ahmad Badawi, kata Kadir lagi.

Kesimpulannya, tulis Kadir, perkembangan terbaru di Sabah itu merumitkan lagi tugas Mohd Najib membuat keputusan mengenai tarikh PRU akan datang kerana tabung simpanan tetap BN mungkin sudah retak.

Itik naik motorsikal

http://idahsalam.blogspot.com, 29 Jul 2012
Isi je selagi muat....

Tiada ulasan: