Jumaat, 13 Julai 2012

SAPE YANG TAKSUB...SAPE TAK ADIL...SAPE CAKAP TAK SERUPA BIKIN...JANGANLAH KAKI TEMBERANG...JUAL MINYAK KEMANA PERGI...MANUSIA BOLEH KITA TIPU....BAGAIMANA ALLAH...BOLEH TIPU KE....

Pasangan amuk di JPM dipengaruhi pihak tertentu?

13 Julai 2012
Amuk di JPM
Amuk di JPM
KUALA LUMPUR - Polis kini cuba mengenal pasti sama ada tindakan dua suspek yang mengamuk di pekarangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) Isnin lepas dipengaruhi individu tertentu, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.
  
Beliau berkata polis juga meneruskan pemantauan ke atas blog milik seorang daripada suspek bagi mengenal pasti kegiatan sebenar lelaki tersebut.
  
"Polis juga akan menyiasat latar belakang pasangan amuknya sehingga ke akar umbi. Siasatan itu menjurus kepada individu yang mungkin mempengaruhi mereka bertindak demikian," katanya selepas Majlis Taklimat Khas Pemantapan Aktiviti Memerangi Jenayah bersama Ketua-ketua Polis negeri dan daerah,  di sini hari ini.
  
Isnin lepas, Khalil Afandi Abdul Hamid, 47, yang mengaku dirinya Imam Mahadi dan seorang wanita yang bersenjatakan dua bilah pedang samurai dan sebilah pisau pemotong daging mengamuk di pekarangan Kompleks B, JPM.

Dalam kejadian 2.30 petang itu, Khalil Afandi mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari manakala wanita berkenaan, bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, terkena tembakan di paha kanan dan dirawat di hospital yang sama.

Sementara itu di PETALING JAYA, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis setakat ini menahan reman seorang lelaki berusia 39 tahun bagi membantu siasatan.

Polis sebelum ini telah merakam percakapan tiga individu berhubung  kes itu, katanya.
  
Mengenai kes lain, Khalid berkata polis menganggap siasatan kes ejen hartanah, Tang Yong Ching, 45, yang dilapor hilang sejak minggu lepas selesai selepas mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan separuh bogel di dalam semak di Ara Damansara, petang semalam.
  
Katanya, penemuan mayat itu adalah susulan penahanan dua suspek yang dipercayai terlibat dalam kes kehilangan Yong Ching.

"Dua suspek yang dipercayai warga asing berumur 20 dan 25 tahun itu ditahan pada Sabtu lepas dan semalam. nemuan mayat Tang," katanya selepas sesi dialog bersama Persatuan Pengurusan Kompleks (PPK) di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid.

Mayatnya ditemui dengan beberapa kesan cedera di bahagian badannya.
  
Ejen hartanah itu dilaporkan hilang oleh isterinya Ng Mooi Ning apabila tidak pulang ke rumah selepas keluar dari rumahnya di Ara Damansara pada petang Khamis lepas untuk bertemu pelanggan. - Bernama
Ceramah: Nik Aziz dakwa SK 'abai' beliau
NURRUL HUDA AHMAD LUTFI
13 Julai 2012
Nik Aziz kecam Harussani
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
KOTA BHARU - Umno dikatakan punca wujudnya jurang ideologi politik yang tinggi dalam kalangan rakyat sehingga menyebabkan perceraian.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, situasi itu berlaku kerana pemimpin Umno yang mula bertindak meletakkan jurang tersebut antara Umno dengan Pas.

“Pemimpin Umno sendiri membuat perbezaan antara Pas dengan mereka (Umno). Sedangkan Pas ini parti yang halal sebagaimana Umno berdaftar, kita (Pas) pun mendaftar sebagai sebuah parti.

"Jadi kenapa semasa lakukan pentadbiran di negara ini Kerajaan Pusat membezakan layanan antara Kelantan dengan negeri lain,” katanya kepada pemberita selepas Kuliah Mingguan di Dataran Ilmu di sini, semalam.

Nik Abdul Aziz berkata, beliau tidak pernah mendapat jemputan ceramah daripada pihak sekolah kebangsaan mahupun menengah sepanjang tempoh 20 tahun memegang jawatan Menteri Besar.

“Pernah berlaku kejadian yang mana ada Exco saya buat program rekreasi dan menjemput pelajar sekolah kebangsaan menghadiri tetapi ditolak, kenapa?” katanya.

Beliau yang juga Mursyidul Am Pas berkata, perbezaan layanan daripada Kerajaan Pusat terhadap negeri ini menyebabkan rakyat Kelantan khususnya penyokong Pas membentuk persepsi negatif kepada Umno.

“Contohnya mengenai baja padi dan di sini kenapa Kerajaan Pusat tidak bagi baja padi kepada Kelantan. Kelantan habis RM3 juta setahun beli baja khas kerana jika mahu baja, kena tampal logo dacing dan isi borang Umno dahulu,” katanya.

Terdahulu ketika dalam kuliahnya, Nik Abdul Aziz menempelak Umno sebagai dalang yang menyebabkan rakyat huru-hara.

Beliau mempertikaikan tindakan Kerajaan Pusat tidak memberi peruntukan dana untuk pembangunan Kelantan secara terus kepada Kerajaan Negeri tetapi menerusi Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) terlebih dahulu.

“Duit royalti petroleum Kelantan yang berapa ratus juta satu sen pun kita tidak dapat. Bila Kerajaan Pusat berbalah dengan Kerajaan Negeri ini secara tidak langsung rakyat negeri ini akan berbalah juga,” katanya.
Umno Kelantan kesal sikap taksub sokong parti politik sehingga bercerai

13 Julai 2012
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin
KOTA BHARU - Umno Kelantan menasihati masyarakat agar tidak terlalu taksud kepada parti politik masing-masing sehingga boleh menyebabkan penceraian sepertimana yang berlaku kepada pasangan warga emas di Pasir Mas.
Timbalan Pengerusi Umno Negeri Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Husin berkata, jika sikap tersebut terbawa-bawa di dalam kehidupan harian ia boleh menimbulkan ketegangan dalam kalangan masyarakat apabila urusan agama di campur aduk dengan politik.
"Ini yang saya bimbangkan apabila masyarakat mempunyai sikap terlalu taksud apa sahaja boleh berlaku padahal ia hanya berpunca daripada berlainan fahaman politik sahaja.
"Disebabkan itulah kita perlu mempunyai sikap bersederhana dalam apa jua yang dilakukan kerana saya lihat ada sesetengah parti politik mengamalkan sikap terlalu taksud dan ia secara tidak langsung mendorong para penyokong untuk turut sama berkelakuan begitu," katanya ketika di temui di Forum BN Di Hati, Janji Ditepati di Dewan Umno Negeri Kelantan di sini, semalam.
Menurutnya yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, tindakan tersebut menyebabkan ada sesetengah parti yang menghalalkan tindakan mereka yang melibatkan demostrasi, kekasaran dan sebagainya demi perjuangan parti tersebut.
Beliau berharap perkara tersebut tidak akan dijadikan gaya hidup di dalam masyarakat sekarang kerana ia mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan.
Katanya ketika diminta mengulas mengenai tindakan seorang suami menceraikan isterinya yang sudah dikahwini selama 15 tahun akibat perbezaan politik.
Pengerusi Umno Pulau Pinang nikah hari ini
SITI AZILAH ALIAS
13 Julai 2012
Pengerusi Umno Pulau Pinang nikah hari ini
Majlis nikah Zainal Abidin dan Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin berlangsung malam ini.
NIBONG TEBAL - Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman akan mengakhiri zaman dudanya hari ini apabila bakal diijabkabulkan dengan gadis pilihan hati, kira-kira jam 10.30 pagi ini.

Gadis bertuah itu merupakan pemenang rancangan realiti Gadis Melayu musim ke-2, Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin, 23.

Zainal Abidin, 52, sebelum ini kehilangan isteri, Datin Shazarina Shamsuddin yang meninggal dunia pada 22 Disember 2010 lalu akibat barah hati dan paru-paru.

Kedua-dua mereka yang dikenalkan melalui kenalan rapat itu menyulam cinta selama setahun sebelum masing-masing mengambil keputusan untuk mengakhiri hubungan ke jinjang pelamin.

Siti Nur Syafiqa, anak sulung dari lima beradik, baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam jurusan Sarjana Muda Sains Mikrobiologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Majlis pernikahan kedua-dua pasangan berkenaan akan diadakan di kediaman keluarga sebelah pengantin wanita di Taman Seri Semarak, Parit Buntar, Perak.

Sementara, majlis resepsi akan diadakan esok, 14 Julai di Dataran Sungai Kerian, Parit Buntar.
Orang kanan Khalil ditahan reman
NURUL RIDUAN NOR ASHAHA & HASNIZA HUSSAIN
13 Julai 2012
OCCI-kl-datuk-ku-chin-wah
$entry.content.caption.value
SHAH ALAM - Seorang lelaki dipercayai individu yang membuat pengakuan terbuka akan sentiasa bersama Khalil Afandi Abd Hamid dalam 'perjuangan' lelaki yang ditembak mati oleh polis ketika mengamuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Putrajaya, Isnin lalu, ditahan reman bermula kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, lelaki 39 tahun itu akan ditahan sehingga Ahad untuk membantu siasatan kes berkenaan.

"Kita juga dapati, Khalil bertindak secara individu dan tidak ada kaitan dengan sebarang kumpulan ajaran sesat," kata Chin Wah ketika dihubungi Sinar Harian.

Akhbar ini semalam melaporkan perihal seorang lelaki yang namanya disebut berulang kali dalam laman blog dan Facebook milik Khalil sebagai orang kanan yang sentiasa bersama lelaki amuk itu dalam perjuangannya.

Malah, lelaki itu sendiri dalam salah satu blog Khalil mengaku secara terbuka dalam kenyataan yang dipaparkan bersama nombor kad pengenalannya bahawa mereka akan sentiasa bersama.

Mengikut catatan yang dipercayai dibuat Khalil dalam blognya, dia dalam perjuangan menawan negara dan dunia.
Muhdalina minta percaya kiamat dekat
Wartawan Sinar Harian
13 Julai 2012
Amuk di JPM
Amuk di JPM
KLANG - Tiga hari sebelum dia mengamuk di Putrajaya, Muhdalina Ahmad, 28, didakwa memberitahu seorang kenalannya bahawa kiamat akan berlaku dan imam Mahadi akan muncul dalam masa terdekat.

Menurut kenalan wanita itu, mereka bertemu kali terakhir pada 6 Julai ketika Muhdalina datang ke rumahnya di sini memberitahu dia akan berpindah ke Balakong.

"Berulang kali Ina cakap hal itu (kiamat) kepada saya dan minta saya percaya. Riak wajahnya ketika itu juga sangat serius," katanya yang meminta namanya tidak disiarkan.

Menurutnya, Muhdalina juga memberitahu dia dan keluarganya mahu berpindah ke Balakong kerana ada perkara penting yang perlu diselesaikan di sana.

"Dia juga menyatakan pertemuan kami malam itu adalah yang terakhir dan minta saya maafkan segala salah silapnya serta menghalalkan makan minumnya," katanya.

Sumber itu berkata, dia ada bertanya kepada Muhdalina apa yang dia mahu lakukan setelah berpindah ke Balakong kerana wanita itu baru sahaja berhenti kerja sebagai penolong pengurus sebuah syarikat di sini.

"Jawapan dia mudah saja, tidak ada apa-apa yang perlu dirisaukan kerana tempat tinggal barunya itu percuma. Saya sendiri sebenarnya bimbang  nasib dua anaknya yang berumur dua tahun dan setahun lebih itu kerana melihat tindak-tanduknya yang begitu tergesa-gesa," katanya.

Menurutnya, sebelum itu, Muhdalina tidak pernah menunjukkan sebarang perlakuan aneh seperti itu.

"Setelah dapat tahu penglibatan Ina dalam kejadian amuk di Putrajaya, Isnin lalu, barulah saya faham 'perkara penting' yang dia sebut dalam pertemuan kami Jumaat lalu," katanya.

Menurut sumber itu lagi, Muhdalina sebelum itu juga selalu berpakaian hitam.
Berfikir terlalu jauh penyebab gila
Wartawan Sinar Harian
13 Julai 2012
Amuk di JPM
Amuk di JPM
SHAH ALAM – Individu yang berfikir di luar kewarasan akal fikiran akan mengalami gangguan perasaan, sehingga boleh menyebabkan mereka menjadi gila.

Pensyarah Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Universiti Kebang-saan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Khaizir Ismail berkata, individu seumpama itu sering kali berhalusinasi kerana mempunyai banyak persoalan dalam fikirannya sehingga sering kali berfikir di luar kewarasan manusia normal.

"Mereka sering kali percaya kononnya bisikan-bisikan didengar itu adalah satu arahan sehingga menggerakkannya bertindak di luar jangkaan.

“Individu seperti ini berada di dalam pencarian dan suka mencipta kepercayaannya sendiri yang melebihi norma-norma kehidupan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan Khalil Afandi Abd Hamid bersama rakanya Muhdalina Ahmad yang mencetuskan kekecohan di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Selasa lalu.

Khaizir berpendapat, Khalil bukan dikategori sebagai pesakit mental kerana individu yang mengalami sakit mental mempunyai sejarah lampau.

Mengulas mengenai kandungan blog jayanegara1234 yang dipercayai milik Khalil itu, Khaizir menyifatkannya sebagai individu yang tersesat daripada ajaran Islam sebenar.

“Pencariannya yang terlalu jauh itu menyebabkan dia sering berhalusinasi sehingga mengatakan yang dia bertemu dengan Rasulullah, sedangkan perkara itu di luar jangkauan manusia normal.

“Bagaimanapun, Khalil juga dilihat individu yang mampu meyakinkan orang, dia tahu segala hal,” katanya.

Menurutnya, individu seperti Khalil juga boleh dikategorikan sebagai paranoid yang mana percaya bahawa orang lain sentiasa mengancamnya dan menganggap dirinya berkedudukan penting sedangkan hakikatnya tidak.
Teman wanita menyorok dalam bilik air
Wartawan Sinar Harian
13 Julai 2012
Teman wanita menyorok dalam bilik air
Pasangan kekasih ini sempat bertanya khabar antara satu sama lain sebelum mereka masuk ke dalam kamar bicara untuk menghadapi pertuduhan atas satu kesalahan jenayah syariah.
DUNGUN – Sepasang kekasih yang menghadapi pendakwaan di mahkamah nyaris bermalam di sebalik tirai besi apabila mereka dijatuhkan hukuman denda atau penjara, selepas kedua-duanya didapati bersalah oleh mahkamah atas pertuduhan yang dikenakan.

Proses pendakwaan di Mahkamah Rendah Syariah Dungun itu dibuat susulan satu tangkapan ke atas pasangan terbabit ketika mereka berada di sebuah chalet berdekatan simpang ke kampung Durian Mentangau, dekat sini awal Jun lalu.

Mengikut kertas pertuduhan, ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 3.20 pagi, 4 Jun 2012 di bilik penginapan Chalet Jalan Paka itu, kedua-duanya didapati berada di dalam bilik tersebut sehingga boleh menimbulkan syak wasangka.

Ketika serbuan, pintu dikunci dari dalam menyebabkan pegawai penguat kuasa syariah terpaksa menggunakan kunci pendua untuk membuka pintu bilik.

Setelah pintu berjaya dibuka, pemeriksaan mendapati pasangan lelaki sedang berbaring di atas tilam manakala pasangan perempuan pula bersembunyi di dalam bilik air.

Tertuduh lelaki, Asmiezal Ismail, 31, seorang buruh kontrak dan pasangannya, Noor Fatimah Yahya, 28, bagaimanapun mengaku bersalah dan kedua-duanya didenda RM2,500 atau dua tahun penjara jika gagal menjelaskan denda.

Asmiezal yang beralamat dari Jalan santong Paka dan pasangannya dari Kota Tinggi itu bagaimanapun menjelaskan denda.

Pendakwaan dilakukan pendakwa raya syarie, Mustafar Hamzah manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
3 MP PKR dakwa pernah ditawar RM20 juta
AHMAD NORMAN ABU TALIB
12 Julai 2012
SHAH ALAM - Tiga Ahli Parlimen PKR hari ini mendedahkan mereka pernah ditawarkan RM20 juta sekiranya melompat parti menjadi wakil rakyat bebas sekitar 2009.

Mereka adalah Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Bourne, Amran Ab Ghani (Tanah Merah) dan Ab Aziz Ab Kadi (Ketereh).

Amran mendakwa ada cubaan ‘orang-orang’ tertentu memujuk supaya ahli parlimen PKR untuk melompat parti secara pakej.

Katanya, tawaran tersebut hanya akan tercapai sekiranya lapan ahli parlimen PKR berjaya dipujuk untuk keluar parti dan setiap seorang akan menerima ganjaran sebanyak RM20 juta seorang.

Menurutnya, tawaran tersebut ketika itu agak menarik kerana beliau tidak perlu untuk menyertai Barisan Nasional (BN) sebaliknya sebagai konsensus bebas.

Beliau mendakwa tawaran tersebut berlaku ketika Datuk Seri Najib Tun Razak akan dilantik sebagai Perdana Menteri dan difahamkan Kerajaan Negeri Perak akan diambil alih kembali oleh BN.
“Benda ini (pakej) hanya akan terjadi sekiranya kelapan-lapan Ahli Parlimen itu melompat parti dan barulah setiap seorang menerima RM20 juta.
“Saya difahamkan oleh mereka kononnya Perak dapat dirampas kembali dan dapat ambil balik dua pertiga,” katanya pada sidang media di lobi bangunan SUK di sini, hari ini.
Berbeza situasi dialami oleh  Ab Aziz pula, beliau mendakwa pernah dihubungi oleh individu dikenali sebagai Zamil Ibrahim yang berasal dari Kedah.
Menurutnya, beliau ditawarkan untuk melompat parti menyertai konsensus bebas tetapi tidak menganggap perkara tersebut serius dan menekankan tidak berminat.

“Saya tak simpan nombor telefon dia tapi dia ada hubungi saya dua tiga kali tawar sebanyak RM5 juta untuk lompat parti.

“Saya juga dijemput untuk ke hotel di Petaling Jaya tapi saya tak pergi,” katanya.
Gwo Bourne pula berkata, beliau mendakwa bersama dengan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail ketika itu pernah ditawarkan sebanyak RM5 juta untuk melompat parti.

Katanya, beliau mengesahkan pernah menghadiri beberapa kali pertemuan diaturkan itu tetapi tidak berminat untuk melompat parti kerana sebagai Ahli Parlimen yang telah diamanahkan, orientasinya adalah berkhidmat untuk rakyat.

“Kami menerima tawaran lebih daripada sekali untuk melompat parti tetapi salah satunya adalah bersama-sama dengan Azan.

“Ia merupakan proses yang panjang dan saya menghadiri beberapa kali pertemuan dan ada kontrak yang perlu ditandatangani,” katanya.

Sebelum ini Azan pernah mendedahkan dakwaan beliau ditawarkan sebanyak RM5 juta untuk melompat parti pada 2010.

Tiada ulasan: