Buku Senyumlah sampai ke tangan Tuan Guru Nik Aziz
Harakahdaily, | 14 Jul 2012 |
TANAH MERAH:
Buku Senyumlah yang dikarang oleh Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
semalam telah diserahkan kepada Musyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Aziz
Nik Mat ketika mereka bertemu di Tanah Merah pada majlis ceramah.
Tuan Ibrahim, yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat menyerahkan buku tersebut di pentas utama ketika Tuan Guru Nik Aziz tiba di majlis ceramah.
Sempat juga Nik Aziz membincangkan sesuatu mengenai catatan di muka belakang buku tersebut bersama Tuan Ibrahim, yang juga anak saudaranya.
Buku Senyumlah itu telah dilancarkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika Himpunan Hijau ke Putrajaya, Peringkat Negeri Pahang pada 1 Julai yang lalu.
Buku berbentuk motivasi itu juga merupakan buku sulung karangan Tuan Ibrahim.
Antara yang menarik di dalam buku ini ialah “Teori Air Liur” yang bakal membuka dimensi baru dalam konteks pemahaman agama.
Tuan Ibrahim mengingatkan orang ramai bahawa selain bernafas, manusia juga menelan air liur dalam keadaan tidak sedar – seperti bernafas, untuk meneruskan kehidupan, air liur yang ditelan juga berperanan menentukan kehidupan manusia.
Air liur yang ditelan ketika sembahyang, beristighfar, berzikir adalah tidak sama ketika kita mengumpat – dan semua itu diterangkan dengan jelas oleh Ustaz Tuan di dalam bukunya.
Buku ini berharga RM17 untuk Semenanjung and RM20 untuk Sabah dan Sarawak. Untuk pembelian, sila rujuk ke pautan ini: http://on.fb.me/MrWRjA

Juara tilawah jadi inspirasi anak Kelantan
Harakahdaily, | 14 Jul 2012 |
KOTA BHARU, 14 Julai: Menteri Besar Tuan Guru Datuk
Nikdul AbAziz Nik Mat mengucapkan tahniah kepada anak jati Kelantan,
Muhammad Anuar Ghazali yang telah memenangi tempat pertama di dalam
pertandingan Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-54 tahun 1433H.
Menulis di laman Facebook beliau, Nik Aziz berharap kejayaan Ustaz Muhamad Anuar akan menjadi inspirasi kepada seluruh anak Kelantan khususnya dan rakyat Malaysia keseluruhannya untuk terus mendalami ilmu tarannum al-Quran dan mengamalkan isi kandungan al-Quran di dalam kehidupan.
“Semoga kejayaan beliau menjadi inspirasi kepada seluruh anak Kelantan khususnya dan rakyat Malaysia keseluruhannya untuk terus mendalami ilmu tarannum al-Quran dan mengamalkan isi kandungan al-Quran di dalam kehidupan.. tahniah!” tulis beliau.
Muhammad Anuar Ghazali, 36, mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai juara kategori qari di Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-54 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang berakhir malam tadi.
Muhammad Anuar memperdengarkan bacaan Surah al-Hud, memperoleh markah 95.33 peratus. mengalahkan qari Iran Amin Pouya dengan 91.67 peratus dan qari Indonesia menerusi Raden Harmoko Baharudin (90.16 peratus).
Bagi kategori qariah (wanita) dimenangi peserta Maghribi Hasnae Khoulali, 19, yang memperdengarkan bacaan Surah al-Israk memperoleh 94 peratus sama seperti markah yang diperoleh naib johan dan pemenang ketiga.
Hasnae menewaskan qariah Indonesia, Rahmawati Bakri Hunawa dan qariah Malaysia, Che Aminah Che Awang menerusi cara bacaan, tajwid, kefasihan serta suara dalam menentukan perkiraan markah mereka.
Penyampaian hadiah kepada qari disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sementara Raja Permaisuri Agong pula kepada qariah Juara mendapat hadiah wang tunai RM40,000 serta piala iringan, cenderamata dan sijil penyertaan.

Jenayah: Hishammuddin kena debat dengan Musa
Abdul Aziz Mustafa, | 14 Jul 2012 |
KUALA LUMPUR:
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hendaklah
berani berdebat dengan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan
mengenai kadar jenayah untuk membuktikan kerajaan tidak berbohong.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, rakyat kini mendapat gambaran bahawa kerajaan berbohong apabila mendakwa indeks kadar jenayah negara berjaya diturunkan sebanyak 10.1 peratus bagi tempoh Januari hingga Mei 2012 berbanding tempoh sama tahun lalu.
"Bila perkara itu diumumkan, Musa terus kata, kadar jenayah dalam negara ini semakin meningkat dan bukannya semakin berkurangan.
"Beliau juga mengingatkan kerajaan supaya tidak menyorokkan fakta sebenar kepada orang ramai.
"Sebagai bekas Ketua Polis Negara, Musa mempunyai autoriti untuk bercakap mengenai perkara itu dan apabila beliau menafikan, itu dengan sendirinya memberi pengertian bahawa kerajaan berbohong," katanya.
Jika Hishammuddin berani berdebat dengan Musa, kata Mahfuz, rakyat boleh membuat penilaian sipakah yang bercakap benar.
"Bukan itu sahaja, perdebatan itu juga memberi peluang kepada rakyat untuk mengetahui keadaan sebenar mengenai indeks kadar jenayah negara ini, sama ada betul-betul turun atau tidak," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Rakyat juga, katanya lagi, boleh menilai sama ada Hishammuddin seorang ahli politik yang bercakap benar atau tidak.
"Musa pula bukan ahli politik dan tidak seperti Hishammuddin, beliau dilihat tidak mempunyai kepentingan politik," kata Mahfuz.
Beliau berharap Hishammuddin mempunyai keberanian untuk menghadapi Musa dalam perdebatan mengenai indeks kadar jenayah itu dan membuktikan bahawa kerajaan yang diwakilinya tidak berbohong semata-mata untuk bermain politik dalam perkara itu.
"Jika indeks kadar jenayah negara tidak turun seperti yang didakwa oleh kerajaan melalui kenyataan polis dan Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) itu, pada masa itu rakyat bolehlah mengukuhkan lagi keputusan mereka bahawa kerajaan Umno dan Barisan Nasionallah yang mesti diturunkan," tegas Mahfuz.
Kumpulan berkenaan antara lainnya diketuai timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, ketua penerangan Tuan Ibrahim Tuan Man, pengerusi Persatuan Peneroka Felda Kebangsaan Mazlan Aliman dan naib presiden Salahuddin Ayub.
Dalam perarakan bermula jam 2.20 petang itu, kumpulan berkenaan turut melaungkan slogan "Pecat Isa Samad", "Bebas peneroka" dan "Hancur Najib.
Peserta berpakaian warna jingga itu dikawal ketat oleh anggota Unit Amal PAS yang membentuk rantaian manusia.
Tidak lama selepas itu, kumpulan berkenaan bagaimanapun disekat oleh sepasukan anggota polis yang membuat rintangan di persimpangan Jalan Dutamas 1 - Jalan Sri Hartamas 1.
Sekatan itu dibuat pada jarak dianggarkan 600 meter daripada Istana Negara, seperti yang dipersetujui dalam perbincangan penganjur dengan polis semalam.
Dalam ucapannya di lokasi tesebut, Mohamad Sabu berkata Yang di-Pertuan Agong boleh campurtangan dalam isu bekenaan demi "mempertahankan kepentingan orang Melayu."
Mazlan Aliman pula dalam ucapannya berkata pihaknya akan "melawan habis-habisan" walaupun FGVH telah disenaraikan ke Bursa Malaysia.
"Selagi BN tidak batalkan (penyenaraian) FGVH, kita tetap lawan habis-habisan," katanya.
Perjuangan itu masih belum berakhir dan barisan peguam ANAK juga akan mengemukakan saman ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sebelum ini menyifatkan sekumpulan peneroka sebagai "haram jadah."
Lapan peneroka berkenaan yang disifatkan demikian oleh Najib, akan mengemukakan saman sebanyak RM80juta ke atas perdana menteri itu.
Selain itu, pihaknya akan menyaman Suruhanjaya Sekuriti kerana membenarkan penyenaraian dilakukan.
Bahkan, kata Mazlan, pencarum KWSP, Lembaga Tabung Haji dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera turut akan mengambil tindakan yang sama selepas simpanan mereka didakwanya dilaburkan di FGVH.
Sementara ketua penerangan PAS Tuan Ibrahim Tuan Man dalam ucapannya di situ turut mendesak Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad meletak jawatan kerana rakyat "hilang kepercayaan" kepadanya.
"Kita minta kerajaan beri perhatian kepada tuntutan rakyat. Dengar cakap rakyat atau kami tumbangkan kerajaan yang ada," katanya.
Beberapa pemimpin lain dalam kumpulan itu kemudiannya meneruskan ucapan kepada para peserta sementara lapan wakil berkenaan menaiki kenderaan yang diiringi polis ke kawasan Istana pada kira-kira jam 3 petang.
Lapan wakil tersebut, termasuk Mohamad Sabu dan Mazlan Aliman, membawa memorandum bagi memohon Yang di-Pertuan Agong masuk campur dalam isu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings.
Bagaimanapun, hanya enam orang sahaja dibenarkan menyerahkan memorandum tersebut kepada pegawai perhubungan awam Istana Negara, Khairi Abdul Rahman.
Wakil Himpunan Oren, yang diiringi kenderaan polis, kembali menyertai kumpulan besar yang disekat di persimpangan berkenaan kira-kira setengah jam kemudian selepas menyerahkan memorandum tersebut.
Mazlan dalam sidang medianya selepas itu antara lainnya mengucapkan terima kasih kepada pasukan polis atas kerjasama yang diberikan kepada mereka dalam perhimpunan hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan dalam sidang medianya petang ini berkata, pasukan tersebut menganggarkan jumlah peserta hanyalah 1,000 hingga 2,000 orang.
Katanya, keseluruhan perhimpunan tersebut berlangsung dengan aman dan para peserta bersurai tepat jam 4 petang.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, rakyat kini mendapat gambaran bahawa kerajaan berbohong apabila mendakwa indeks kadar jenayah negara berjaya diturunkan sebanyak 10.1 peratus bagi tempoh Januari hingga Mei 2012 berbanding tempoh sama tahun lalu.
"Bila perkara itu diumumkan, Musa terus kata, kadar jenayah dalam negara ini semakin meningkat dan bukannya semakin berkurangan.
"Beliau juga mengingatkan kerajaan supaya tidak menyorokkan fakta sebenar kepada orang ramai.
"Sebagai bekas Ketua Polis Negara, Musa mempunyai autoriti untuk bercakap mengenai perkara itu dan apabila beliau menafikan, itu dengan sendirinya memberi pengertian bahawa kerajaan berbohong," katanya.
Jika Hishammuddin berani berdebat dengan Musa, kata Mahfuz, rakyat boleh membuat penilaian sipakah yang bercakap benar.
"Bukan itu sahaja, perdebatan itu juga memberi peluang kepada rakyat untuk mengetahui keadaan sebenar mengenai indeks kadar jenayah negara ini, sama ada betul-betul turun atau tidak," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Rakyat juga, katanya lagi, boleh menilai sama ada Hishammuddin seorang ahli politik yang bercakap benar atau tidak.
"Musa pula bukan ahli politik dan tidak seperti Hishammuddin, beliau dilihat tidak mempunyai kepentingan politik," kata Mahfuz.
Beliau berharap Hishammuddin mempunyai keberanian untuk menghadapi Musa dalam perdebatan mengenai indeks kadar jenayah itu dan membuktikan bahawa kerajaan yang diwakilinya tidak berbohong semata-mata untuk bermain politik dalam perkara itu.
"Jika indeks kadar jenayah negara tidak turun seperti yang didakwa oleh kerajaan melalui kenyataan polis dan Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) itu, pada masa itu rakyat bolehlah mengukuhkan lagi keputusan mereka bahawa kerajaan Umno dan Barisan Nasionallah yang mesti diturunkan," tegas Mahfuz.
Polis iring Himpunan Oren serah memo
Seramai
lebih 5,000 peserta Himpunan Oren berarak daripada pintu Masjid Wilayah
Persekutuan menuju ke Istana Negara petang ini bagi menyampaikan
memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.Kumpulan berkenaan antara lainnya diketuai timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, ketua penerangan Tuan Ibrahim Tuan Man, pengerusi Persatuan Peneroka Felda Kebangsaan Mazlan Aliman dan naib presiden Salahuddin Ayub.
Dalam perarakan bermula jam 2.20 petang itu, kumpulan berkenaan turut melaungkan slogan "Pecat Isa Samad", "Bebas peneroka" dan "Hancur Najib.
Peserta berpakaian warna jingga itu dikawal ketat oleh anggota Unit Amal PAS yang membentuk rantaian manusia.
Tidak lama selepas itu, kumpulan berkenaan bagaimanapun disekat oleh sepasukan anggota polis yang membuat rintangan di persimpangan Jalan Dutamas 1 - Jalan Sri Hartamas 1.
Sekatan itu dibuat pada jarak dianggarkan 600 meter daripada Istana Negara, seperti yang dipersetujui dalam perbincangan penganjur dengan polis semalam.
Dalam ucapannya di lokasi tesebut, Mohamad Sabu berkata Yang di-Pertuan Agong boleh campurtangan dalam isu bekenaan demi "mempertahankan kepentingan orang Melayu."
Mazlan Aliman pula dalam ucapannya berkata pihaknya akan "melawan habis-habisan" walaupun FGVH telah disenaraikan ke Bursa Malaysia.
"Selagi BN tidak batalkan (penyenaraian) FGVH, kita tetap lawan habis-habisan," katanya.
Perjuangan itu masih belum berakhir dan barisan peguam ANAK juga akan mengemukakan saman ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sebelum ini menyifatkan sekumpulan peneroka sebagai "haram jadah."
Lapan peneroka berkenaan yang disifatkan demikian oleh Najib, akan mengemukakan saman sebanyak RM80juta ke atas perdana menteri itu.
Selain itu, pihaknya akan menyaman Suruhanjaya Sekuriti kerana membenarkan penyenaraian dilakukan.
Bahkan, kata Mazlan, pencarum KWSP, Lembaga Tabung Haji dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera turut akan mengambil tindakan yang sama selepas simpanan mereka didakwanya dilaburkan di FGVH.
Sementara ketua penerangan PAS Tuan Ibrahim Tuan Man dalam ucapannya di situ turut mendesak Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad meletak jawatan kerana rakyat "hilang kepercayaan" kepadanya.
"Kita minta kerajaan beri perhatian kepada tuntutan rakyat. Dengar cakap rakyat atau kami tumbangkan kerajaan yang ada," katanya.
Beberapa pemimpin lain dalam kumpulan itu kemudiannya meneruskan ucapan kepada para peserta sementara lapan wakil berkenaan menaiki kenderaan yang diiringi polis ke kawasan Istana pada kira-kira jam 3 petang.
Lapan wakil tersebut, termasuk Mohamad Sabu dan Mazlan Aliman, membawa memorandum bagi memohon Yang di-Pertuan Agong masuk campur dalam isu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings.
Bagaimanapun, hanya enam orang sahaja dibenarkan menyerahkan memorandum tersebut kepada pegawai perhubungan awam Istana Negara, Khairi Abdul Rahman.
Wakil Himpunan Oren, yang diiringi kenderaan polis, kembali menyertai kumpulan besar yang disekat di persimpangan berkenaan kira-kira setengah jam kemudian selepas menyerahkan memorandum tersebut.
Mazlan dalam sidang medianya selepas itu antara lainnya mengucapkan terima kasih kepada pasukan polis atas kerjasama yang diberikan kepada mereka dalam perhimpunan hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan dalam sidang medianya petang ini berkata, pasukan tersebut menganggarkan jumlah peserta hanyalah 1,000 hingga 2,000 orang.
Katanya, keseluruhan perhimpunan tersebut berlangsung dengan aman dan para peserta bersurai tepat jam 4 petang.
Wartawan Utusan ajar 'putar' fakta
Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia,
Datuk Mohd Zaini Hassan berkata pengamal media dibolehkan "memutar"
fakta untuk membentuk gambaran yang diingini kepada khalayak.
Menurutnya, langkah itu adalah "serangan berhemah" kepada pembangkang yang kini menguasai persepsi umum sehingga menyebabkan kerajaan BN "dibicarakan" dalam ruang politik negara.
"Dalam bentuk penulisan kita ada; satu fakta, satu spin (putar fakta), satu lagi blatant lie (pembohongan terang-terangan).
"Dari segi perang psikologi kita jangan ikutlah blatant lie, kita jangan tulis pembohongan.
"Kita boleh spin, macam mana kita nak spin sesuatu fakta tersebut memihak kepada kita, itu OK," kata Zaini.
Beliau turut mengakui kelebihan kini berpihak kepada pembangkang dalam perang psikologi politik menerusi media sosial.
"Kalau kita lihat sebelah sana, media (mereka) tidak tengok duit.
"Di sana mereka kerja dengan hati, perasaan, dan fisabilillah (di jalan Allah).
"Tetapi kita di sini, minta maaf kalau saya cakap, tidak ada duit tak jalan (jentera)," kata Zaini sewaktu bercakap pada forum Media Sosial: Mengurus Isu, Menangani Persepsi dan Emosi Rakyat di Kuala
Lumpur.
Zaini yang popular dengan kolum Cuit dalam akhbar Utusan Malaysia turut mengakui bahawa media kini memainkan peranan yang jauh lebih penting berbanding faktor wang dan jentera dalam memenangi pilihan raya.
"Dalam konteks Malaysia, media dah jadi tempat pertama (dalam memenangi pilihan raya)," kata Zaini.
Ketua Sekretariat Himpunan Ulama Muda Umno, Fathul Bahari Mat Jahaya yang turut menjadi panelis forum pula menggesa pengamal media sosial agar memeriksa fakta di sebalik sebarang dakwaan yang bersifat politik.
"Islam dan agama lain ajar kita kalau ada tohmahan, kita kena ada
bukti sama ada ia benar atau tidak benar," katanya.
Pada masa yang sama, beliau juga menggesa pengamal media sosial pro-BN supaya mengamalkan "muslihat" dalam perang psikologi terhadap pembangkang.
Menurutnya, Nabi Muhammad turut mengamalkan muslihat dalam peperangan dengan menghitamkan rambut tentera Islam yang berusia agar kelihatan muda dan gagah pada mata musuh.

Muhyiddin mahu BN pertahan Gelang Patah habis-habisan
Tan
Sri Muhyiddin Yassin mahu BN Gelang Patah berusaha habis-habisan dalam
mempertahankan kerusi Parlimen Gelang Patah pada Pilihan Raya Umum ke-13
(PRU13) yang menurutnya akan berlangsung "tidak lama lagi."
Timbalan perdana menteri merangkap timbalan pengerusi BN berkata kerusi Parlimen Gelang Patah perlu dipertahankan kerana ia menempatkan pusat pentadbiran kerajaan negeri Johor iaitu Nusajaya.
"Saya meminta setiap anggota Umno bahagian Gelang Patah dan anggota komponen BN mempertahankan habis-habisan Parlimen Gelang Patah. Tidak ada masa untuk istirahat lagi, kita kena kerja keras 24 jam sehari untuk memastikan kemenangan (BN)," katanya hari ini.
Muhyiddin, yang juga menteri pelajaran, berkata demikian ketika merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Gelang Patah, yang turut dihadiri ketua bahagiannya Datuk Abdul Aziz Sapian.
Parlimen Gelang Patah yang kini disandang oleh wakil rakyat BN, Tan Ah Heng daripada MCA, turut terdiri daripada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nusajaya dan DUN Skudai.
Kerusi DUN Nusajaya disandang oleh Abdul Aziz, manakala kerusi DUN Skudai pula dimenangi Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau.
Sebelum ini, terdapat spekulasi kuat menyatakan DAP mahu meletakkan Dr Boo sebagai calonnya bagi kerusi Parlimen Gelang Patah manakala ada juga ura-ura PKR mahukan pengerusi negeri Johornya, Datuk Seri Chua Jui Meng bertanding kerusi Parlimen itu.
Muhyiddin berkata Nusajaya sebagai pusat pentadbiran kerajaan negeri Johor merupakan antara kawasan yang paling maju di Malaysia dengan pelbagai kemudahan infrastruktur dan pendidikan.
Selain menempatkan Universiti Teknologi Malaysia, katanya Parlimen Gelang Patah turut memiliki beberapa institusi pengajian tinggi swasta bertaraf dunia seperti Newcastle Medicine University Malaysia, Marlborough College dan taman tema Legoland yang pertama di Asia.
Kepada kepimpinan Umno Bahagian, beliau menasihati mereka supaya mengetepikan segala perbalahan sesama sendiri dan bersatu-padu dalam memastikan kemenangan BN.
Katanya anggota Umno di Bahagian Gelang Patah perlu menyokong sesiapa sahaja yang dipilih oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai calon BN bagi kerusi Parlimen dan DUN di Gelang Patah.
"Sesiapa sahaja yang dipilih oleh perdana menteri, kita perlu memberi sokongan tidak berbelah bagi dan bekerja keras. Kemenangan dia (calon) itu juga adalah kemenangan kita," katanya.
Beliau meminta anggota MCA di Gelang Patah melipatgandakan usaha mereka dan bekerja "10 kali ganda lebih kuat" dalam memastikan kemenangan parti pemerintah di kawasan itu.
Kejayaan mempertahankan kerusi Parlimen Gelang Patah, kata Muhyiddin, turut menyumbang kepada usaha BN untuk mempertahankan tampuk kekuasaannya pada peringkat pusat pada PRU13.
Timbalan perdana menteri berkata kerajaan pimpinan perdana menteri dalam tempoh tiga tahun telah melaksanakan pelbagai program bagi membantu rakyat, antaranya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Sementara itu, beliau turut mengumumkan peruntukan RM500,000 untuk pelaksanaan pelbagai program pembangunan rakyat di Parlimen Gelang Patah.
- Bernama

Zulkurnain Kamisan ketua baru Pemuda Umno Johor
Ketua
Pemuda Umno bahagian Parit Sulong, Datuk Zulkurnain Kamisan dilantik
Ketua Pemuda Umno Johor yang baru bagi menggantikan Mohd Fadil Muskon
berkuatkuasa Isnin ini.
"Pelantikan ini adalah rombakan kecil yang saya janjikan sebelum ini sebagai persediaan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang akan datang,' kata Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
Beliau mengumumkan perkara itu selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda Umno bahagian Pulai di Dewan Tan Sri Mohamed Rahmat di Johor Bahru hari ini.
"Saudara (Mohd) Fadil akan menjadi pegawai khas bagi membantu saya di Sekretariat Pemuda BN," katanya.
Diada majlis itu, Khairy turut menyaksikan pelancaran sistem aplikasi pangkalan data mudah alih pengundi muda Parlimen Pulai yang dikenali sebagai I-Pulai oleh Anggota Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed.
Sistem aplikasi itu memudahkan proses penyemakan dan pencarian nama pengundi muda kawasan Parlimen itu pada pilihan raya umum akan datang.
Mengambil masa selama tiga bulan untuk dibangunkan, sistem aplikasi itu mesra pengguna dan boleh diakses melalui semua jenis peranti seperti komputer peribadi, komputer riba, tablet dan telefon pintar yang mempunyai perkhidmatan jalur lebar.
Khairy turut melancarkan Skuad Bermotor Pemuda BN Pulai yang bertujuan menjalankan aktiviti kempen dari rumah ke rumah untuk menemui dan mendekati pengundi di kawasan parlimen itu.

SYABAS kata krisis air serius, cadang catuan air
Syarikat
Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) bercadang melaksanakan catuan air
di Kuala Lumpur, Hulu Langat dan Klang berikutan krisis air yang
semakin serius di Lembah Klang.
Justeru itu, Syabas akan mengemukakan pelan tindakan proaktif yang antara lain cadangan catuan air kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pada minggu depan.
Ketua Pegawai Eksekutif Syabas, Datuk Ruslan Hassan berkata tindakan proaktif perlu diambil bagi menyelesaikan krisis air yang melanda tiga kawasan berkenaan berdasarkan aduan pengguna.
"Jika diluluskan SPAN, Syabas akan mencatu air di kawasan berkenaan. Kita akan memaklumkan kepada penduduk sebelum melakukan catuan itu," katanya dalam sidang media di kawasan perumahan Taman Sungai Besi Indahdi ibunegara hari ini.
Menurutnya 125,075 akaun kilang, rumah dan kedai di Kuala Lumpur, Hulu Langat dan Klang sering menghadapi gangguan bekalan air.

PM: Perjuangan k'jaan pusat berteraskan Islam
Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perjuangan Kerajaan
Persekutuan masa kini adalah berteraskan tuntutan Islam di bawah konsep
Maqasid Al-Shariah.
Beliau berkata antara dasar Maqasid Al-Shariah yang diamalkan kerajaan ialah memelihara dan memperkasakan Islam namun pada masa sama, ia memelihara jiwa dan menghormati hak asasi manusia baik untuk Muslim dan juga bukan Muslim.
Sebagai menghormati hak asasi rakyat Malaysia, katanya kerajaan telah menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
"Jauh sekali kita meminggirkan Islam ataupun ketepikan Islam tetapi perjuangan kita ialah perjuangan yang dituntut oleh Islam," katanya semasa berucap pada Majlis Jasamu Dikenang Allahyarham Ustaz Nik Mohamed Mohyideen Wan Musa di Kolej Islam Sultan Alam Shah di Klang hari ini.
Nik Mohamed Mohyideen adalah pengetua pertama Kolej Islam Malaya/Klang yang kini dikenali sebagai Kolej Islam Sultan Alam Shah selain pengasas Sekolah Menengah Kebangsaan Agama.
Najib memperjelaskan bahawa dasar transformasi negara menerusi Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) adalah berpaksikan kepada Maqasid Al-Shariah.
"Memelihara akaun, memelihara kehormatan dan keturunan dan memelihara harta dengan memperkasakan ekonomi, ini adalah prinsip Maqasid Shariah.
"Kita membangunkan konsep Kolej Islam dan menempatkan guru agama dari segi perjawatannya sama dengan guru-guru lain... ini semua adalah berdasarkan Maqasid Al-Shariah," katanya.
Selain itu, katanya Kedai Kain Rakyat 1Malaysia yang dilancarkannya hari ini juga merupakan satu daripada elemen Maqasid Al-Shariah.
Najib berkata pendekatan pendidikan oleh Kolej Islam, yang menggabungkan ilmu dunia dan Islam, merupakan hasil gandingan bapanya Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein selaku Menteri Pelajaran dan Allahyarham Nik Mohamed Mohyideen, selaku Pengetua Kolej Islam pada 1967, sebagai pelaksana dasar baru itu.
Najib berkata konsep atau falsafah menyatupadukan ilmu akal (intelek) dan ilmu wahyu (agama) dalam pendidikan telah diperjuangkan oleh Nik Mohamed Mohyideen bagi menghasilkan insan yang mempunyai kekuatan yang jauh lebih baik daripada mereka yang terdidik dengan satu dimensi ilmu sahaja.
"Di situlah letaknya ketepatan Kolej Islam ini dibangunkan di mana ia penting ke arah menjadikan seorang insan itu sebagai cerminan akhlak Islam," katanya.
Perdana Menteri berkata selain ibadat, Islam juga amat mementingkan akhlak mulia sesama manusia.
Beliau berkata konsep kesepaduan ilmu akal dan wahyu turut penting dalam pembangunan kepimpinan dan ketamadunan Islam.
"Nescaya, kalau kita boleh membangunkan individu berteraskan ataupun berpaksikan kepada kesepaduan ilmu ini, maka yakinlah, kita akan jadi seorang insan yang Tuhan pun akan meninggikan lagi darjat kita," katanya.
Najib berkata pada masa yang sama, kesyumulan Islam tidak boleh disempitkan oleh mana-mana pihak kerana jika disempitkan, ia boleh merosakkan masa depan umat Islam.
Beliau berkata umat Islam juga berdepan cabaran apabila Islam tidak dilihat sebagai satu matlamat yang patut diperjuangkan, sebaliknya dijadikan alat untuk mencapai tujuan politik.
"Sebab itulah, kecelaruan berlaku di kalangan umat Islam. Daripada hala tuju yang tidak menentu, sekejap nak negara Islam, sekejap negara kebajikan, sekejap timbul hudud sampailah kepada masalah yang kita baca dalam akhbar sehari dua ini, suami dan isteri berpisah kerana politik," katanya.
Selain itu, Najib meminta dijadikan iktibar kejatuhan Tamadun Islam di Andalusia Sepanyol berikutan umat Islamnya gagal memelihara perpaduan kerana masalah dalaman, perebutan kuasa, hasad dengki menyebabkan umat Islam tidak berupaya meletakkan ketamadunan Islam di takat yang lebih tinggi.
Sementara itu, Najib berkata kerajaan akan memberi anugerah yang setimpal bagi mengenang jasa dan perjuangan Allahyarham Nik Mohamed Mohyideen.
Beliau juga mengumumkan kerajaan akan memberi peruntukan RM10 juta untuk meningkatkan lagi kemudahan di Kolej Islam selain Umno yang akan menyumbangkan RM200,000.

IGP: Musa Hassan tiada maklumat terkini
Ketua
Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menyifatkan kenyataan bekas Ketua
Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berhubung kadar indeks sebenar jenayah
di negara ini masih tinggi sebagai bersifat
peribadi.
Beliau berkata kadar indeks jenayah di Malaysia masih lagi rendah berbanding negara lain di dunia dan statistik yang diperoleh merangkumi keseluruhan kes jenayah sebagaimana yang ditentukan di bawah indeks keamanan global (GPI).
"Bagi saya, itu pandangan peribadi beliau (Tan Sri Musa) dan beliau sebagai bekas Ketua Polis Negara tidak mendapat maklumat terkini berhubung statistik semasa," katanya kepada pemberita selepas perbarisan tamat latihan Sijil Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Kor Suksis) Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) SeMalaysia kali ke-8 di Universiti Malaysia Sarawak di Kota Samarahan.
Katanya memang diakui ada berlaku kes jenayah dalam negara namun keadaan terkawal.
Ismail berkata masyarakat umum tidak perlu bimbang kerana Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa memastikan rakyat di negara ini berasa selamat daripada ancaman penjenayah.
Musa, dalam temu bual yang dibuat bersama sebuah laman portal, berkata polis cuba menyembunyikan kadar sebenar jenayah di negara ini dan memaklumkan tahap keselamatan orang awam berada pada peringkat yang membimbangkan.
Bagaimanapun, baru-baru ini dilaporkan kes jenayah turun sebanyak 10.1 peratus kepada 63,221 kes antara Januari dan Mei berbanding 70,343 kes pada tempoh sama tahun lalu.
Dalam pada itu, Ismail berkata untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan PDRM ke tahap dunia, lebih banyak anggota yang berpendidikan tinggi akan diserap ke dalam pasukan itu, misalnya anggota Kor Suksis yang telah menamatkan pengajian.
Katanya PDRM kini mempunyai pelan lima tahun untuk mencapai matlamat pasukan polis yang berkelas dunia.
"PDRM sebenarnya telah mendapat banyak pengiktirafan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melalui beberapa penyertaan misi pengaman dunia selain turut menerima permohonan daripada beberapa negara untuk membangunkan sistem kepolisan di negara masing-masing," katanya.
- Bernama
Teo berkata, polis bagaimanapun tetap tidak muncul selepas beliau menunggu sehingga satu jam.
Katanya, beliau kemudiannya melihat sehingga lima orang anggota polis Cawangan Khas di program ceramah Pakatan Rakyat yang dihadirinya selepas itu.
"Kami panggil polis, mereka beritahu kami supaya tunggu di lokasi kejadian. Tapi mereka tidak muncul selepas satu jam, jadi kami panggil lagi. Kali ini (polis) suruh kami pergi terus ke balai.
"Kita perlukan lebih ramai polis untuk mengawal jalan, (bukan) menyelia ceramah Pakatan," katanya dalam satu tulisan di Twitter pada malam tadi.
Menurut laporan akhbar Sin Chew Daily hari ini, beliau mendakwa ketika tanah seluas 30 ekar di Bagan Tengkorak dimilikinya, beliau belum lagi dilantik sebagai menteri pertanian.
"Tambahan pula, tanah itu bukan milik saya sendiri. Ya, saya menjalankan perniagaan penternakan udang bersama dengan ahli perniagaan lain, ini pun tidak boleh ke?" katanya ketika menjawab soalan wartawan selepas melancarkan satu program Bank Pertanian semalam.
"Saya mesti menegaskan bahawa perniagaan ini dikongsi dengan orang lain. Ia adalah sesuatu yang saya lakukan sebelum menjadi menteri. Saya membuat perniagaan itu bukan kerana Kementerian Pertanian, jadi apa yang salahnya?"
Mengenai sama ada perniagaan penternakan udang itu akan menimbulkan isu konflik kepentingan kerana kedudukan portfolio beliau, Noh menyangkal dengan berkata: "Jadi, seorang menteri perumahan tidak boleh beli rumah Apakah itu juga konflik kepentingan?"
Sebab beliau menjalankan perniagaan penternakan udang ialah keinginan untuk merasai kehidupan seorang petani dan beliau sendiri berminat dalam pertanian.
Sementara itu, pengarah Pristine Agrofood Sdn Bhd, Chu Bak Teck menafikan dakwaan bahawa ia berniaga dengan Noh dalam projek usahasama ternakan udang itu.
Bercanggah dengan Noh, Chu sebelum ini memberitahu Malaysiakini bahawa menteri berkenaan hanyalah pemilik sebahagian projek penternakan udang itu seluas 100 ekar di Tanjung Karang, dan syarikatnya adalah penyewa.
Kawasan yang akan diadang ialah kawasan laluan jalan kaki di hadapan Plaza Bukit Bintang (BB Plaza) dan Bangunan Yayasan Selangor, bagi memastikan keselamatan awam semasa merobohkan struktur yang sedia ada di tapak berkenaan.
Pengarah Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awam MRT Corp, Amir Mahmood Razak berkata semua langkah sewajar telah diambil bagi mengurangkan kesulitan kepada pejalan kaki dan pengguna jalan raya.
"Laluan pejalan kaki yang dipasang dengan lampu akan disediakan di kawasan bersebelahan tapak kerja dan papan tanda dan tanda arah akan didirikan bagi memudahkan pejalan kaki," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur semalam.
Berikutan struktur yang sedia ada dirobohkan, tiga lorong jalan raya akan dibina di atas tapak untuk lencongan sementara Jalan Bukit Bintang yang dijadual Oktober ini.
Amir Mahmood berkata akses ke BB Plaza dan Bangunan Yayasan Selangor tidak terjejas dengan kerja-kerja yang dijalankan manakala pengunjung pusat membelibelah dan orang awam boleh terus menggunakan pintu masuk depan kedua-dua bangunan itu.
- Bernama
peribadi.
Beliau berkata kadar indeks jenayah di Malaysia masih lagi rendah berbanding negara lain di dunia dan statistik yang diperoleh merangkumi keseluruhan kes jenayah sebagaimana yang ditentukan di bawah indeks keamanan global (GPI).
"Bagi saya, itu pandangan peribadi beliau (Tan Sri Musa) dan beliau sebagai bekas Ketua Polis Negara tidak mendapat maklumat terkini berhubung statistik semasa," katanya kepada pemberita selepas perbarisan tamat latihan Sijil Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Kor Suksis) Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) SeMalaysia kali ke-8 di Universiti Malaysia Sarawak di Kota Samarahan.
Katanya memang diakui ada berlaku kes jenayah dalam negara namun keadaan terkawal.
Ismail berkata masyarakat umum tidak perlu bimbang kerana Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa memastikan rakyat di negara ini berasa selamat daripada ancaman penjenayah.
Musa, dalam temu bual yang dibuat bersama sebuah laman portal, berkata polis cuba menyembunyikan kadar sebenar jenayah di negara ini dan memaklumkan tahap keselamatan orang awam berada pada peringkat yang membimbangkan.
Bagaimanapun, baru-baru ini dilaporkan kes jenayah turun sebanyak 10.1 peratus kepada 63,221 kes antara Januari dan Mei berbanding 70,343 kes pada tempoh sama tahun lalu.
Dalam pada itu, Ismail berkata untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan PDRM ke tahap dunia, lebih banyak anggota yang berpendidikan tinggi akan diserap ke dalam pasukan itu, misalnya anggota Kor Suksis yang telah menamatkan pengajian.
Katanya PDRM kini mempunyai pelan lima tahun untuk mencapai matlamat pasukan polis yang berkelas dunia.
"PDRM sebenarnya telah mendapat banyak pengiktirafan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melalui beberapa penyertaan misi pengaman dunia selain turut menerima permohonan daripada beberapa negara untuk membangunkan sistem kepolisan di negara masing-masing," katanya.
- Bernama
MP kecewa polis tak muncul selepas aduan
MP
Serdang Teo Nie Ching mendakwa beliau terpaksa menunggu lama untuk
mendapat bantuan polis apabila keretanya dipecahkan dalam satu insiden
pada malam tadi di Kajang.Teo berkata, polis bagaimanapun tetap tidak muncul selepas beliau menunggu sehingga satu jam.
Katanya, beliau kemudiannya melihat sehingga lima orang anggota polis Cawangan Khas di program ceramah Pakatan Rakyat yang dihadirinya selepas itu.
"Kami panggil polis, mereka beritahu kami supaya tunggu di lokasi kejadian. Tapi mereka tidak muncul selepas satu jam, jadi kami panggil lagi. Kali ini (polis) suruh kami pergi terus ke balai.
"Kita perlukan lebih ramai polis untuk mengawal jalan, (bukan) menyelia ceramah Pakatan," katanya dalam satu tulisan di Twitter pada malam tadi.
'Noh mengakui ada pegangan dalam ternakan udang'
Menteri
Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar dilaporkan mengakui
mempunyai pegangan dalam satu perniagaan penternakan udang di Tanjong
Karang, sambil menegaskan tidak ada salahnya berbuat demikian.Menurut laporan akhbar Sin Chew Daily hari ini, beliau mendakwa ketika tanah seluas 30 ekar di Bagan Tengkorak dimilikinya, beliau belum lagi dilantik sebagai menteri pertanian.
"Tambahan pula, tanah itu bukan milik saya sendiri. Ya, saya menjalankan perniagaan penternakan udang bersama dengan ahli perniagaan lain, ini pun tidak boleh ke?" katanya ketika menjawab soalan wartawan selepas melancarkan satu program Bank Pertanian semalam.
"Saya mesti menegaskan bahawa perniagaan ini dikongsi dengan orang lain. Ia adalah sesuatu yang saya lakukan sebelum menjadi menteri. Saya membuat perniagaan itu bukan kerana Kementerian Pertanian, jadi apa yang salahnya?"
Mengenai sama ada perniagaan penternakan udang itu akan menimbulkan isu konflik kepentingan kerana kedudukan portfolio beliau, Noh menyangkal dengan berkata: "Jadi, seorang menteri perumahan tidak boleh beli rumah Apakah itu juga konflik kepentingan?"
Sebab beliau menjalankan perniagaan penternakan udang ialah keinginan untuk merasai kehidupan seorang petani dan beliau sendiri berminat dalam pertanian.
Sementara itu, pengarah Pristine Agrofood Sdn Bhd, Chu Bak Teck menafikan dakwaan bahawa ia berniaga dengan Noh dalam projek usahasama ternakan udang itu.
Bercanggah dengan Noh, Chu sebelum ini memberitahu Malaysiakini bahawa menteri berkenaan hanyalah pemilik sebahagian projek penternakan udang itu seluas 100 ekar di Tanjung Karang, dan syarikatnya adalah penyewa.
Pembinaan stesen MRT Bkt Bintang bermula Isnin
Mass
Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT) Corp) mengumumkan kerja-kerja
mendirikan dinding adang sementara bagi pembinaan stesen Aliran Transit
Massa (MRT) BB Sentral di Jalan Bukit Bintang di Kuala Lumpur akan
bermula Isnin ini.Kawasan yang akan diadang ialah kawasan laluan jalan kaki di hadapan Plaza Bukit Bintang (BB Plaza) dan Bangunan Yayasan Selangor, bagi memastikan keselamatan awam semasa merobohkan struktur yang sedia ada di tapak berkenaan.
Pengarah Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awam MRT Corp, Amir Mahmood Razak berkata semua langkah sewajar telah diambil bagi mengurangkan kesulitan kepada pejalan kaki dan pengguna jalan raya.
"Laluan pejalan kaki yang dipasang dengan lampu akan disediakan di kawasan bersebelahan tapak kerja dan papan tanda dan tanda arah akan didirikan bagi memudahkan pejalan kaki," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur semalam.
Berikutan struktur yang sedia ada dirobohkan, tiga lorong jalan raya akan dibina di atas tapak untuk lencongan sementara Jalan Bukit Bintang yang dijadual Oktober ini.
Amir Mahmood berkata akses ke BB Plaza dan Bangunan Yayasan Selangor tidak terjejas dengan kerja-kerja yang dijalankan manakala pengunjung pusat membelibelah dan orang awam boleh terus menggunakan pintu masuk depan kedua-dua bangunan itu.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan