Sabtu, 21 Julai 2012

TENGOKLAH BUKU...JANGAN TENGOK BUKU AMALAN...ITU YANG MENENTUKAN MASUK SYURGA ATAU NERAKA...

Umno yang banyak berhubung dengan parti Komunis

  • Tuan Ibrahim Tuan Man
  • 3:03PM Jul 21 2012
ULASAN PAS memandang berat kenyataan bersifat politik yang dikeluarkan oleh Ketua Penolong Pengarah E2 (M) Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin yang bertentangan dengan etika kepolisian dan perkhidmatan awam.

Pendedahan awam yang dibuat jelas bersifat tidak berasas, berat sebelah dan tidak profesional.

Sebagai pegawai risikan Cawangan Khas, tindakan beliau kini mengesahkan bahawa Cawangan Khas kini menjadi alat kepada BN untuk menjamin kesinambungan kuasa BN.

Pendedahan beliau dilihat untuk menakutkan rakyat yong kini mulai muak dengan gaya hidup melampau, pembaziran, rasuah, serta salahguna kuasa kerajaan BN.

Apakah ini cara untuk mendedahkan maklumat risikan sulit kepada awam? Jelas tidak, maka motif ledakan ini amat mencurigakan.

Sepatutnya ia mesti bertindak terus bukan mendedahkan maklumat tanpa bertindak. PAS mencabar beliau mendedahkan siapa yang beliau maksudkan kerana ia kini menjadi tanda tanya kepada orang awam.

Imej Cawangan Khas terjejas

PAS juga mendesak ketua polis negara bertindak di atas pendedahan maklumat sulit siasatan dan beranggapan beliau tidak layak berada di Cawangan Khas.

Mungkin beliau lebih sesuai diletakkan di jabatan Biro Tatanegara atau KEMAS.

PAS ingin tegaskan bahawa kami menentang sebarang eleman ekstrem di dalam parti. Kita mengambil jalan politik demokrasi dengan menyertai pilihan raya dan menuntut sistem pilihan raya yang adil dan telus.

Sebagai contoh, himpunan rakyat yang disertai PAS sama ada dalam Himpunan Kuning atau Himpunan Oren adalah berlandaskan demokrasi dan penyataan rakyat yang menuntut sistem pilihan raya yang adil dan usaha menyelamatkan tanah ribuan hektar dari dicagar kepada Felda Global Venture Holding.

PAS kesal kerana himpunan pembangkang dilabel sebagai petanda resapan Jemaah Islamiah (JI) dan komunis. Sedangkan yang banyak mengadakan hubungan dengan parti komunis ialah Umno sendiri, sama ada secara rasmi atau tidak.

Namun, sikap double standard dan tidak profesional Sofian telah menyebabkan imej Cawangan Khas kini turut tercemar teruk seperti yang dialami polis atas tindakan ganasnya di himpunan-himpunan yang dianjurkan BERSIH dan penyiasatan berat sebelah yang ketara dalam kes melibatkan BN dan Pakatan Rakyat.


DATUK TUAN IBRAHIM TUAN MAN ketua penerangan PAS. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.


'Komunis, JI dalam pembangkang belum jejas keselamatan'
  • Ahmad Fadfli KC
  • 3:19PM Jul 21 2012
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, pengaruh Jemaah Islamiah (JI) dan komunis dalam parti pembangkang masih belum dapat menjejaskan keselamatan negara.

"Setakat ini, berdasarkan laporan yang sampai kepada saya, sebarang penembusan idelogi (dalam pembangkang), tidak menjejaskan keselamatan dan kestabilan negara ini.

"Jadi jangan jadikan ia lebih daripada itu," katanya.

Bagaimanapun, tambahnya, perkara itu harus dipantau daripada masa ke semasa.

"Saya melihat perkara ini dalam konteks keselamatan negara.

"Jadi tak kira sama ada ia berhubung kait ideologi agama, penyerapan ke dalam pembangkang atau parti kita sendiri, kalau menjejaskan keselamatan nasional, perkara ini kita pantau setiap hari sama ada melalui Cawangan Khas atau Unit Tindakan Khas.

"Kalau ia berkisar kepada keselamatan, bukan sahaja (tunjukkan) bukti tetapi mereka (polis) kena ambil tindakan.

"Tetapi kalau pemantauannya berkisar kepada penglibatan yang tidak menjejaskan keselamatan negara setakat ini, saya tidak bimbang," katanya pada sidang media selepas lawatan kerja ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi di Kuala Lumpur tengah hari tadi.

Dua hari lalu, Ketua Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Kebangsaan E2 (M) Mohd Sofian Md Makinuddin mendakwa JI cuba meresapi PAS dan elemen komunis cuba meresapi DAP.

Tambahnya lagi, beberapa pemimpin PKR dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) PSM kerap berkunjung ke Bangkok dan selatan Thailand untuk lawatan rahsia bertemu pemimpin bekas Parti Komunis Malaya.

Hishammuddin bagaimanapun memberitahu yang beliau belum dimaklumkan secara teliti tentang perkara itu oleh Cawangan Khas.

"Saya perlu meneliti lebih lanjut perkara yang mereka (Cawangan Khas) maksudkan," katanya.

Beliau juga menafikan dakwaan penasihat DAP Lim Kit Siang bahawa pengumuman itu dibuat polis sebagai persediaan untuk tangkapan besar-besaran terhadap pemimpin Pakatan Rakyat sebelum pilihan raya umum.

Menurutnya, anggapan Lim tidak benar kerana "dunia sudah berubah".

"Saya rasa tak benar apa dia cakap. Saya rasa apa-apa yang Cawangan Khas katakan merupakan fakta.

"Apa pula nak set the stage (untuk tangkapan beramai-ramai) dari segi politik.

"Saya nak ingatkan pada Kit Siang, dunia sudah berubah," katanya.
Polis S'gor: Jangan politikkan statistik jenayah
  • Koh Jun Lin
  • 2:37PM Jul 21 2012
Ketua polis Selangor Tun Hisan Tun Hamzah mendesak anggota parlimen Serdang Teo Nie Ching supaya tidak mempolitikkan statistik jenayah, sebaliknya bekerjasama dengan polis mengurangkan jenayah.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat polis kontinjen di Shah Alam pagi ini, beliau berkata, statistik juga kadangkala boleh memberikan gambaran yang salah.

Sebagai contoh, katanya, walaupun statistik rogol menyebutkan banyak kes berlaku, tetapi tidak sedemikian kerana kes hubungan seks dengan remaja bawah umur turut dimasukkan sekali.

Teo semalam mendedahkan, dua jawapan berasingan di parlimen berhubung perkara sama oleh kementerian yang mendakwa dibekalkan polis, menunjukkan statistik yang bertentangan.

Wakil rakyat DAP itu berkata, jawapan bertulis di Parlimen oleh kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat pada 21 Jun lalu menyatakan, seramai 71 suspek didakwa di mahkamah atas kesalahan melakukan keganasan rumah tangga.

Bagaimanapun, jawapan parlimen kepada anggota parlimen Sabak Bernam Abdul Rahman Bakri pada 3 November 2009 oleh kementerian sama menyatakan seramai 104 orang didakwa atas kesalahan sama 2008.
Bekas ketua Wanita Umno Bukit Hangus, dibunuh
4:09PM Jul 21 2012  
Bekas Ketua Wanita Umno cawangan Bukit Hangus, Halimah Yunus, 66, ditemui mati berlumuran darah di rumahnya di kampung Bukit Hangus, Jeneri, Sik, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sik DSP Mohd Ismail Ibrahim berkata mangsa ditemui dengan kesan kelar di leher kiri, oleh suaminya, Mee Hashim, 63, dalam sebuah bilik di tingkat bawah rumah mereka kira-kira 9.20 malam.

Beliau berkata polis masih menyiasat motif pembunuhan itu kerana tiada barang berharga yang hilang ketika kejadian. Senjata yang digunakan juga masih belum ditemui.

Katanya, ketika kejadian mangsa berseorangan di rumah manakala rumah jiran yang terdekat terletak kira-kira 200 meter daripada tempat kejadian.

Sementara itu, Mee berkata beliau menemui isterinya dalam keadaan berlumuran darah semasa pulang ke rumah selepas menunaikan solat Tarawih di surau.

"Waktu tu arwah penuh darah tapi boleh bercakap lagi, dia bagi tau ada seorang lelaki tikam dia. Kemudian saya minta tolong jiran bawa arwah ke hospital Sik," katanya ketika ditemui di rumah mayat Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar, hari ini.

Katanya, dia dan arwah hanya mempunyai seorang anak perempuan berusia 46 tahun yang telah berkahwin dan tinggal bersama suami di Sungai Petani.

Mee berkata terdapat kesan pecah masuk di pintu belakang rumahnya namun tiada barang berharga yang hilang termasuk barang kemas yang dipakai arwah isterinya.

Menurut Mee, isterinya seorang yang sangat mengambil berat tentang hal masyarakat dan mempunyai hubungan yang baik dengan orang-orang kampung.

"Arwah tinggal seorang diri di rumah waktu saya pergi sembahyang tarawih malam tadi sebab dia tak sihat sejak kena sakit penat (asma) beberapa tahun lepas," katanya.

- Bernama
PAS Sabah alu-alukan Lajim
  • David Thien
  • 2:58PM Jul 21 2012
 
PAS Sabah mengalu-alukan anggota parlimen Beaufort daripada BN Lajim Ukin untuk menyertai parti Islam itu bagi meneruskan perjuangan politiknya dengan Pakatan Rakyat.

Ketua Pemuda PAS Saba Lahirul Latigu berkata, mereka sentiasa bersedia menimbangkan kemasukan ahli politik lain dan ketua masyarakat tidak kira kedudukan dan latar belakang.

"PAS melalui banyak pengamalan dengan kumpulan profesional seperti doktor, peguam dan orang ramai yang menyertainya. Kita tidak pernah menyekat kemasukan sesiapa pun ke dalam parti," katanya.

PAS sebagai anggota Pakatan paling lemah di Sabah dilihat mampu menawarkan kedudukan terbaik untuk Lajim.

Lakim di labuan baru-baru ini berkata beliau bersedia dipecat oleh Umno dan akan mempertimbangkan pandangan pengikutnya supaya menyertai parti pembangkang.
Imbuhan Aidilfitri: Najib mahu tengok 'buku'

21 Julai 2012
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
PEKAN - Pemberian imbuhan sempena Aidilfitri kepada penjawat awam bergantung kepada kemampuan kerajaan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
  
Dengan wajah yang ceria, Najib berkata, beliau akan melihat 'buku kira-kira' kerajaan terlebih dahulu berhubung perkara itu.
  
"Nantilah kita semak-semak dahulu, belek-belek dahulu, kena tengok-tengok buku kira-kira dahulu...kalau apa-apa pun kita semak dahulu, apa-apa keputusan mesti berdasarkan kepada kemampuan kerajaan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
  
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengenai pemberian imbuhan itu baru-baru ini.
  
Pada 16 Julai, Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata, pihaknya sedang mencari pendekatan terbaik bagi memastikan 1.4 juta penjawat awam mendapat imbuhan itu dan tidak menyebabkan pihak tertentu mengambil kesempatan seperti menaikkan harga barangan.
  
Najib ditemui selepas majlis penyampaian sumbangan cek Durian Runtuh Felda Fasa 2 dan pakaian kepada Pegawai-pegawai Masjid serta sumbangan Apron kepada peniaga dan bantuan cermin mata kepada penduduk Pekan di Dewan Umno Pekan, di sini.
  
Dalam ucapannya beliau menegaskan agar pihak yang tidak berpuas hati dengan kerajaan tidak menghalang usaha kerajaan dalam memajukan negara.
  
Mengambil contoh penyenaraian saham Felda Global Ventures Holding Bhd (FGVH) di Bursa Malaysia, beliau berkata, pihak yang cuba menghalang disifatkan sebagai busuk hati  kerana tidak suka melihat kerajaan membantu meningkatkan kehidupan rakyat.
  
"Jangan halang usaha kerajaan untuk majukan negara dan rakyat, tidak sokong tidak apa... dalam hal ini (penyenaraian FGVH) kita tak boleh halang sebab ini adalah hal yang baik dan untuk kebaikan rakyat," katanya.
  
Bercakap kepada pemberita kemudian Najib berkata, jika peneroka ingin membeli tambahan saham, mereka perlu membelinya di pasaran saham terbuka.
 
"Pihak Felda perlu membantu peneroka untuk membelinya di pasaran terbuka dengan harga semasa. Walaupun peneroka telah ditawarkan dengan 800 unit saham ketika saham tersebut dilancarkan mereka juga tetap dapat keuntungan kerana 20 peratus saham FGVH telah dimasukkan ke dalam tabung amanah yang akan membayar dividen setiap tahun kepada mereka," katanya.
  
Ditanya mengenai laporan akhbar berhubung senarai awal calon Barisan Nasional yang ditolak 50 peratus daripadanya, Najib berkata:  "Kita belum memuktamadkan calon-calonnya dan kita akan memutuskannya apabila tiba masanya, jadi semuanya hanya spekulasi. Umno pun belum, kita tengah semak-semak dan belek-belek lagi," katanya. - Bernama

Tiada ulasan: