Ahad, 29 Julai 2012

CIAN CAKAP DAH MERAPU2...DAH KELAM KABUT...PRU 13 DAH DEKAT...TEMPAT TAK DE LAGI...OFFER TAK DA LAGI...TAK TENGOK KELANTAN ...TAK BEBAS KE BERAGAMA...MACAM BUTA MAKLUMAT..MAKA HUDUD SEBAGAI PENGHALANG SERTA PENYEBARAN ILMU SERTA TARBIYAH..SERTA MENCEGAH MAJLIS2 MAKSIAT...GABRAH DAH....FIKIR BODOH SAYA...ULAMAK DIATAS BUKAN JADI SAYAP ATAU CABANG ATAU RATING...MENGHINA ISLAM ADA DUA KESAN...SATU ALLAH BERI HIDAYAH...DUA ALLAH HUKUM SETIMPAL PENGHINAANNYA...ALLAH TAK BOLEH LAWAN

 

Hasan Ali gesa Pas jawab kenyataan Persekutuan Kristian
HIDAYAH HAIROM
28 Julai 2012
Hasan Ali
Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali
KUALA LUMPUR - Pas digesa tampil menyatakan pendirian berhubung kenyataan dikeluarkan oleh Persekutuan Kristian Malaysia - merujuk kepada senarai prinsip bernegara yang disenaraikan.

Lapan prinsip disenaraikan dalam kenyataan dikeluarkan pada 18 Julai lalu di mana prinsip terakhir merujuk kepada kebebasan beragama merangkumi kebebasan untuk menganut, mengamal, dan menyebarkan agama di mana ia dibenarkan berkembang tanpa sebarang pembatasan tidak wajar dari undang-undang, penegahan ataupun larangan.

Ini kerana, prinsip tersebut dilihat sebagai satu tuntutan keterlaluan dan di luar lingkungan perlembagaan yang sudah dipersetujui bersama sebelum merdeka.

Perkembangan itu disifatkan mungkin membuka lebih banyak ruang tuntutan yang tidak munasabah, yang akhirnya akan mencetuskan kekacauan, huru-hara dan ketidakstabilan dalan negara.

Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali pada sidang medianya hari ini beranggapan tuntutan tersebut bukan sahaja bertentangan dengan semangat perlembagaan tetapi ia akan merungkai asas kehidupan 28 juta rakyat Malaysia yang inginkan keamanan, keselamatan dan kesejahteraan yang dinikmati sekarang.

"Saya ingin penjelasan selain daripada pihak Persekutuan Kristian Malaysia, adakah Pakatan Rakyat bersetuju dengan tuntutan yang dibuat? Sekiranya bersetuju, maka saya ingin mengajukan satu lagi pertanyaan adakah PAS juga sebagai salah satu komponen Pakatan Rakyat bersetuju melaksanakan tuntutan itu?" katanya.

Beliau bagaimanapun menyatakan pendirian tidak mempunyai masalah dengan tujuh lagi prinsip bernegara yang disenaraikan Persekutuan Kristian Malaysia itu.
PR dakwa Umno mahu tubuh majlis ulama kerana ‘tercalar’
NURUL AINI MOHAMED ALI
28 Julai 2012
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub
SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub mendakwa Umno mula rasa tergugat dan kredibilitinya tercabar sehingga timbul cadangan mahu menubuhkan majlis ulama.

“Kredibiliti mereka mula tergugat hingga terpaksa memberi usul untuk menubuhkan majlis ulama Umno. Ini kerana penubuhan Umno selama ini berpaksikan politik bukan agama.

“Jadi untuk memberi keyakinan kepada orang ramai, mereka terpaksa mengemukakan usul ini kerana rasa tergugat dengan perjuangan Pas yang selama ini bersama-sama Islam,” kata Salahuddin ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Tambah beliau, jika penubuhan majlis ulama Umno ini diteruskan, ia bakal terjadi sebuah polemik antara ulama dan ahli dalam parti Umno sendiri.

“Peranan ulama mungkin sekadar dipandang sepi saja kelak apabila mereka hanya mampu memberi nasihat tetapi belum tentu lagi dipakai,” katanya.

Bagaimanapun katanya, usaha Umno untuk menubuhkan majlis ulama ini harus diberi pujian kerana mereka memberi peluang untuk ulama bergerak bersama-sama dalam parti.

“Namun mereka jelas cuba meniru Pas kerana kita sendiri mempunyai Majlis Syura’ yang telah lama wujud sejak penubuhan Pas di negara kita ini,” ujar beliau.

Katanya, usaha Umno ini merupakan usaha yang positif kerana Umno cuba mencari nilai baru (Islam), dalam perjuangan parti.

Pengerusi Jawatankuasa Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya baru-baru menyentuh soal penubuhan majlis itu.

Menurut Fathul,  cadangan itu masih dalam pertimbangan kerana Umno tidak mahu penubuhan Majlis Ulama itu dianggap terlalu bersifat kepartian.

Sementara itu, PKR pula berpendapat bahawa jika Umno benar-benar serius mahu menubuhkan majlis ulama mereka sendiri, ia mesti memberi hak kepada ulama secara mutlak.

Menurut Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, majlis ulama ini harus diberi peluang untuk membuat keputusan jika melibatkan kepentingan agama Islam.

“Jika majlis ulama ini mampu memberi perubahan kepada Umno, ia wajar diteruskan kerana untuk bersaing dengan parti lawan, mereka perlu ada kredibiliti kukuh dalam agama,

“Namun, jika matlamatnya hanya untuk politik semata-mata, perkara ini tentu sekali akan dipandang serong oleh rakyat,” tegas beliau.
Lajim kecewa PM tak layan kata duanya?
ZAINUDDIN MAIDIN
28 Julai 2012
TERKINI: Anggota Majlis Tertinggi Umno lajim Ukin mengumumkan  petang ini peletakan semua jawatannya dalam Umno dan terserah kepada Umno untuk memutuskan keangotaannya dalam parti dan kedudukannya sebagai timbalan menteri.

Sejauh manakah Pengerusi Barisan Nasional dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan membiarkan dirinya diugut oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin dengan ancaman akan keluar Umno dan menyertai Pakatan Pembangkang.

Beliau telah mementaskan berbagai lakonan politik yang sehingga ini tidak menarik perhatian atau tidak mendapat  reaksi dari Datuk Seri  Najib. Sikap Najib ini menampakkan kepada umum beliau sedang mencari penyelesaian kepada krisis dalam BN Sabah menjelang pilihan raya.

Berita terakhir mengatakan Lajim dan wakil Parlimen BN Tuaran Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing akan menjemput Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melancarkan Barisan Refomasi Sabah. Sebelumnya beliau juga telah menemui Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz.

Apakah yang dikehendaki atau kata dua yang diberikan oleh Lajim kepada Najib sehingga beliau sanggup menimbulkan suatu keadaan yang menggugat BN Sabah dan tentunya juga demoralised BN dalam saat memerlukan perpaduan yang utoh menghadapi pilihan raya.

Khabarnya Lajim mahu mempastikan Najib menyingkirkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman dari Sabah, mempastikan beliau tidak lagi akan dipilih sebagai Ketua Menteri Sabah.

Dan, jika ini diterima oleh Najib, maka tentunya Lajim juga kan menghadapi cabaran dari Datuk Seri Mohd Shafei Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang kabarnya, juga berminat sangat mahu menjadi Ketua Menteri Sabah.

Dan, lebih dari itu jika Najib tunduk kepada sebarang tuntutan Lajim yang bersifat mengugut maka tentunya akan menampakkan kelemahan kepimpinan beliau.

Terakhir Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin telah pun menggesa Lajim supaya menyatakan pendirian yang tegas berhubung dakwaannya mahu meninggalkan Umno. Dalam kata-kata lain - Lajim tamatkan drama!


* Dipetik dari blog Zamkata
Azizan: Semua Adun Pas layak jadi MB
ROSLINDA HASHIM
28 Julai 2012
Datuk Seri Azizan Abdul Razak
Datuk Seri Azizan Abdul Razak
ALOR SETAR - Fokus Pas Kedah dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) adalah untuk memantapkan strategi mempertahan kuasa bukannya menyenaraikan pemimpin yang layak dilantik sebagai Menteri Besar.

Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, soal siapa layak menjadi Menteri Besar selepas beliau adalah perkara kedua, yang lebih penting adalah untuk kekalkan kemenangan.

“Pemimpin Pas tidak bercakap soal itu. Kita bukan seperti Umno, belum pegang kuasa sudah sibuk senaraikan calon MB,” katanya.

Azizan yang juga Menteri Besar berkata, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pas sedia ada layak dilantik sebagai Menteri Besar, namun pemilihan ditentukan di peringkat Pusat.

“Saya tidak kisah siapa ganti saya selepas ini, nama yang disebut itu semuanya layak jadi MB termasuk semua Adun Pas.

"Itu soal kedua, saya tak marah siapa yang dicanang sebab pengkaji itu berhak letak nama sesiapa sahaja yang disukai,” katanya.

Baru-baru ini Ahli Panel Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Dr Rohana Yusof dari Universiti Utara Malaysia (UUM), menunjukkan nama Azizan kekal di hadapan dengan 40 peratus, diikuti Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi (12 peratus), Datuk Ir Amiruddin Hamzah (tujuh peratus) dan Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul (tiga peratus).

Kajian itu berdasarkan senarai calon MB Kedah sekiranya Pas berjaya mengekalkan kuasa di Kedah dalam PRU13 akan datang.

Kajian membabitkan 10,800 responden meliputi rakyat Kedah  berumur 21 tahun ke atas melibatkan kawasan bandar dan kampung.

Azizan berkata, sebelum ini, beliau juga dikatakan tidak layak menerajui Kedah ketika masih menjadi pembangkang, namun kini selepas empat tahun menerajui sudah membuktikan mampu mentadbir dengan baik.

Najib tak terkejut tindakan Lajim, keputusan esok


29 Julai 2012
Lajim nafi keluar Umno, sertai pembangkang
Datuk Seri Lajim Ukin melambai tangan sebelum beredar dari bangunan Parlimen baru-baru ini. - Foto fail Bernama
PEKAN - Datuk Seri Najib Tun Razak akan memutuskan kedudukan Datuk Lajim Ukim sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan diputuskan esok.
Dipetik Bernama, Perdana Menteri berkata, keputusan Lajim melepaskan jawatannya sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Bahagian Beaufort adalah sesuatu yang telah dijangkakan oleh beliau dan parti.
"Keputusan beliau itu sudah dijangkakan akan berlaku kerana tindakan dan ucapan beliau yang bertentangan dengan dasar parti sebelum ini.
"Saya tidak terperanjat dengan keputusan itu kerana tiada sesiapa yang lebih besar dari parti melainkan kesetiaan.
"Kita terima hakikat di antara kita ada yang berbeza pendapat tetapi boleh diselesaikan dengan saluran yang betul sama ada cepat atau lambat," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Tarawih di Masjid Ubudiah Kampung Mambang, Chini di sini.
Najib berkata, dalam sejarah parti peletakan jawatan seumpama itu bukanlah sesuatu yang baru kerana pengasas parti, Datuk Onn Jaafar pernah bertindak demikian.
"Namun, sebagai parti yang berpengalaman kita mampu menghadapi cabaran itu," katanya.
Lajim semalam mengumumkan peletakan jawatan sebagai ahli MT Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi BN Beaufort berkuat kuasa serta-merta.
Beliau bagaimanapun masih kekal sebagai ahli Umno.

Soal jawab iblis dengan Allah

http://www.myannur.com, 24 Jul 2012
Kisah tentang soal jawab iblis dengan Allah SWT sebagaimana yang telah diriwayat oleh Anas bin Malik r.a. berkata:
Iblis telah bertanya pada Allah SWT, katanya : “Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan anak Adam tempat kediaman untuk mereka berteduh dan berzikir kepadaMu, oleh itu tunjukkanlah padaku tempat kediaman untukku.” Firman Allah: “Tempat kediamanmu adalah di dalam tandas.”
Iblis bertanya :“Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan anak Adam berkumpul di masjid, di manakah pula tempatku berkumpul?” Firman Allah SWT :“Tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, pesta, pusat membeli belah, kelab malam, tempat hiburan serta majlis-majlis maksiat.”
Iblis bertanya :“Wahai Tuhanku, Engkau berikan anak Adam itu kitab (al-Quran) untuk mereka membacanya, tunjukkanlah apa pula bahan bacaanku?” Firman Allah SWT :“Bacaan untukmu ialah syair dan sajak yang melalaikan.”
Iblis bertanya :“Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan kepada mereka cerita-cerita benar, apakah pula cerita bagiku?”Firman Allah SWT: “Cerita bagimu ialah kata-kata kesat dan dusta.”
Iblis bertanya :”Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan azan kepada anak Adam untuk mereka memanggil orang sembahyang, apa pula azan untukku?” Firman Allah SWT: “Azan untukmu ialah seruling.”
Iblis bertanya: “Wahai Tuhanku, Engkau telah menghantar utusan-Mu dari para rasul dan juga nabi, siapakah yang menjadi utusanku?” Firman Allah SWT : “Para utusan mu terdiri daripada bomoh, tabib dan dukun yang menduakan Aku.”
Iblis Bertanya: “Wahai Tuhanku, Engkau berikan kitab suci al-Quran yang bertulis kepada mereka, apakah pula tulisan bagiku?” Firman Allah SWT: “Tulisanmu ialah tatu, gincu serta lukisan di badan.”
Iblis bertanya:”Ya Tuhanku, Engkau berikan anak Adam perangkap, apakah pula perangkap bagiku?” Firman Allah SWT: “Perangkap bagimu ialah wanita.”
Iblis bertanya: “Ya Tuhanku, Engkau berikan mereka minuman yang halal yang disebutkan nama-Mu, apakah pula minuman untukku?” Firman Allah SWT: “Minumanmu ialah sesuatu yang memabukkan serta tidak disebutkan nama-Ku padanya.”
Sabda Rasulullah SAW: ” Wahai manusia, laksanakanlah amalan-amalan menurut kemampuan kamu. Sesungguhnya Allah tidak akan bosan sebelum kamu merasa bosan. Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang ringan namun berterusan.” (Riwayat Muslim)
Sumber :http://www.ustazcambodia.com/
PS : Doa di atas adalah doa yang dibacakan oleh Muhammad bin Wasi’ pada setiap pagi sehingga iblis gerun kepadanya, Wallahua’lam.

Mereka ingat lawak tapi guris hati umat Islam

http://naimnikmat.blogspot.com, 28 Jul 2012

MEREKA INGAT PERBUATAN ITU LAWAK, MEREKA TAK TAHUKAH PERBUATAN ITU MENGGURIS HATI UMMAT ISLAM (GAMBAR)

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s480x480/602572_329268967167882_1379368131_n.jpg Save

sumber: FB

Islam melarang kita mempersendakan agama2 lain......Janganlah kita jadi seperti mereka, Mereka suka mencetuskan kebencian....

Penjelasan Farid Ismeth isu Rosmah terhangat

Harakahdaily, 29 Jul 2012

KUALA LUMPUR: Penjelasan Farid Ismeth Emir berhubung isu yang mengaitkan beliau dengan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. merupakan artikel paling popular di Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke 30.

Di tangga kedua, ialah artikel blog http://alhusseyn51.blogspot.com/ yang membongkar cubaan blogger Umno cuba memalukan Ustaz Azhar Idrus.

Ketinggian akhlak dan peribadi Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan dalam merayu kepada semua pihak khasnya penyokong Pakatan Rakyat agar jangan menyebarkan gambar Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya yang sedang disolek oleh wanita pula menduduki tangga ketiga.

Gambar Ustaz Azhar Idris ketika muda dan penghijrahan beliau menjadi ulama tersohor di Malaysia catatan blog http://muslimeen-united.blogspot.com pula menduduki tangga keempat.

Di tangga kelima, ialah artikel blog http://shalehudin.blogspot.com mengenai soalan pedas daripada bekas mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin kepada Umno sekiranya berlaku perubahan pentadbiran pada PRU13.

Berikut ialah 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu, 22 Julai hingga 28 Julai, 2012.

1
Penjelasan Farid Ismeth berhubung isu Rosmah
2
Kantoi - percubaan untuk memalukan Ustaz Azhar Idrus
3
"Tolong padam gambar Fathul Bari sedang disolek"
4
Gambar Ustaz Azhar Idrus masa muda
5
Wajib Baca: Apa kata Dr Asri kat orang Umno...
6
'Pelakon' fitnah khutbah mahu guling kerajaan mohon maaf
7
Beginilah solat tarawih selepas pemerintah zalim Mesir jatuh
8
Panas! Video bukti Ning Baizura tidak difitnah sertai PAS
9
Lanun air Selangor terkantoi...air Selangor melimpah ruah
10
Tiba-tiba 'pelacur' berkeliaran dalam kawasan masjid

Senarai harga bidaan no plat AJA1 hingga AJA10

http://pulakdah.blogspot.com, 28 Jul 2012

Nombor pendaftaran bagi negeri Perak untuk AJA sudah dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Perak di Ipoh. Senarai bidaan bagi no plat AJA 1 hingga 10 menunjukkan bidaan awam tertinggi ialah AJA 1 dengan nilai RM RM 112,200 dan bidaan terendah ialah AJA 10 dengan nilai RM 13,660.

Tiada ulasan: