HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ
Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم....
وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
"Jika bukan ini kalilah..." Posted on Sunday, March 31 @ 02:30:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh teori Oleh: tokjanggut1
"Saya
tidak mempunyai banyak masa untuk menulis. Namun, saya perlu
menyampaikan mesej ini kerana dibimbangi ada sesetengah pejuang Pakatan
Rakyat (PR) tidak dapat menelah dan menjangkau sisi lain pilihanraya
umum kali ini. Sisi popular di kalangan pejuang rakyat ialah PR akan mengambil alih Putrajaya dalam Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13).
Namun
apa jadi jika sebaliknya? Apa akan jadi jika Umno-Barisan Nasional
(Umno-BN) masih bertakhta di singgahsana - terus beraja di mata tetapi
bernanah di hati? Apa akan jadi? Saya, secara peribadi menerusi
pengamatan rapat dan terperinci kepada semua perkara bersangkutan, amat
percaya dengan kuatnya bahawa PR tidak akan mendapat peluang kedua
sebaik sekarang untuk meraih tampuk kuasa Putrajaya. Asas
kepercayaan ini ialah jika Umno-BN kekal berkuasa selepas PRU13, parti
purba itu akan menyalin bulat-bulat semua idea serta gagasan PR dan
melaksanakan dalam pemerintahan mereka pada pasca PRU13. Ketika itu,
Umno-BNlah raja di hati rakyat menerusi segala kebaikan yang diciplak
daripada gagasan PR. Ketika itu, PR melihat dengan putih mata segala
idea sudah direnggut orang. Sekarang ini pun Umno-BN sudah menciplak idea dan gagasan PR, termasuk membabitkan kadar harga kereta dan permit teksi. Adakah
mustahil untuk Umno-BN berubah menjadi lebih baik demi memenangi hati
rakyat? Tidak mustahil sebab mereka mahu kekal berkuasa. Apa yang
mungkin tidak akan diubah (baca: susah untuk Umno-BN berubah) ialah
menukar dasar sekularnya kepada dasar Islam tulen dengan mendaulatkan
perundangan Islam di negara ini. Tetapi, jika ini berlaku, pengundi
Islam sendiri haram menentang Umno! Dan, jika realiti pasca PRU13
Umno-BN masih tidak juga tumbang, satu-satunya senjata yang dapat
melawannya ialah kerja mendaulatkan Islam seperti yang diperjuangkan
oleh Pas (dengan syarat Umno-BN kekal dengan dasar sekularnya). Hanya
perjuangan atas dasar Islam tetap "evergreen" dan tidak mudah diciplak
kerana ia menuntut kejituan dan keikhlasan yang tidak boleh dibuat-buat. Selepas
PRU13, jika Umno-BN masih tidak juga tumbang, semua idea dan gagasan PR
akan menjadi aset berharga parti purba itu untuk kekal beraja di mata
dan di hati semua marhaen. Moral artikel ini ialah walau tertiarap
makan pasir, terlentang makan embun sekali pun, semua pejuang rakyat PR
mesti bekerja keras untuk meraih kemenangan dan menawan Putrajaya. Ketepikan semua isu remeh dan sampingan yang bodoh-modoh. Jika bukan ini kalilah, mungkin sukar mencari "kali" yang lain! Mampus doh UMNO Besut!! Posted on Sunday, March 31 @ 12:41:47 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh ALBA Debat
secara spontan antara Ahli Pas dan Adun Umno Hulu Besut YB Nawi Mohamad
di Majlis anjuran Umno di Pejabat Penyelaras Dun Hulu Besut.Empat orang
ahli dan Penyokong Pas dijemput hadir dimajlis Umno itu untuk
menyaksikan tayangan video berkaitan Amanat Hj Hadi dan ucapan Tok Guru
Nik Aziz berkaitan BR1M. Mereka dengan beraninya bangun mempertahankan
Pas didepan puluhan penyokong Umno yang berada di majlis ini.
Untuk paparan lebih jelas.
YB Nawi tak terkata apa.
Program UMNO pun tak ada sambutan. Semua rakyat bila dipanggil beri BRIM semua hadir tapi tak semua akan menyokong UMNO/BN.
Tolong jangan GELAK... kahkahkah... Posted on Sunday, March 31 @ 10:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh Juragan Oleh Shalehudin
kosmo.com.my JANGAN KETAWA : RAMAI DARI KALANGAN AHLI LELAKI UMNO ADALAH SURIRUMAH SEPENUH MASA!!
Hari itu mamat-mamat ini berdemo sebagai kaum India kini mereka yang sama buat demo sebagai suri rumahtangga sepenuh masa pula.
Berdemo
sebagai suri rumah tangga sepenuh masa depan Mahkamah Tinggi Shah Alam
selepas menyaman Kerajaan PR Selangor RM5.9juta sepertimana disiarkan
akhbar Kosmo milik lidah biawak rasmi UMNO, Utusan Malaysia.
Pergh!!!!
Sungguh tidak disangka.. rupa-rupanya ramai dari kalangan ahli UMNO
jantina lelaki adalah surirumah tangga sepenuh masa.
Hebat UMNO ni beb!!!!
Macam-macam
golongan yang terdapat dalam UMNO ni... Melayu berwajah India ada...
India mengaku Melayu ada.. kini lelaki menjadi surirumah tangga sepenuh
masa..~ RM
BRIM punya hal Posted on Sunday, March 31 @ 09:30:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh Juragan Oleh: anaabdullah
"Sesetengah orang Kelantan berpendapat Kerajaan PAS Kelantan ada kemungkinan jadi macam PRU 11 (2004)
Sesetengah berpendapat kerajaan PAS Kelantan kemungkinan besar akan tumbang pada PRU 13 yang dikatakan diadakan awal Mei ini.
Jika benar Kelantan PRU 13 ini jadi macam PRU 11 (2004) bermakna PAS masih boleh memerintah walaupun pun menang tipis.
Apabila
sebut sahaja kemungkinan kerajaan PAS Kelantan tumbang pada PRU 13 ini
teringat penulis dengan kata kata Dr Farid Shahran yang bercakap
mengenai pandangan umum dalam slot cinta ilmu TV Hijrah.
Kata
kara itu berbunyi: RM 500.00 besar bagi orang miskin dan sangat kecil
bagi orang yang kaya. Oleh itu wang RM 500.00 boleh menpengaruhi minda
orang miskin.
Mungkin inilah sesetengah orang Kelantan berpendapat kerajaan PAS Kelantan akan jadi macam PRU 13 iaitu menang tipis.
Atas sebab itu juga sesetengah orang Kelantan berpendapat kerajaan PAS Kelantan akan tumbang pada PRU 13 nanti.
Faktor
penentu kalah menang umno/BN dan Pakatan rakyat dalam PRU 13 ini
berkaitrapat dengan pengundi atas pagar sebanyak 60 peratus itu.
Pengundi
rasional pasti tidak akan goyah miskipun dibeli. Apatah lagi BRIM
500.00 pada isi keluarga, RM 100.00 pada setiap pelajar,BRIM RM 250.00
pada remaja dan RM 1,000.00 pada anak kakitangan TNB dan TM.
Yang
mengundi PAS tetap mengundi PAS dan yang mengundi umno/BN tetap
mengundi umno/BN. Cuma pengundi China MCA dan GERAKAN tidak solid undi
DAP, kerana orang China punya matlamat dalam berpolitik.
Berbeza
dengan orang Melayu. Orang melayu jadikan politik sebagai “alat” untuk
kepentingan diri sendiri. Sebab itu baru satu penggal jadi wakil sudah
boleh bina rumah yang berharga jutaan ringgit.
Apatah lagi
perdana menteri timbalannya, menteri besar, ketua menteri, menteri
menteri dan timbalan menteri yang yang asyik kumpul harta dan begitu
kayaraya.Ada dintara mereka dikatakan ada harta ratusan juta.
Bekas
perdana Tun Mahathir dikatakan ada harta sebanyak RM 146 bilion. Macam
tak munasabah.Datuk Seri Mohd Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yasin entah
berapa billion pula, kita tak tahu. Tetapi anak beranaknya kebanyakan
jadi kayaraya.
Mereka tidak pernah fikir pasal apa akan terjadi pada agama islam, bangsa Melayu dan Negara asalkan cinta cintanya tercapai.
Bukti
terbaru semacam munasabah dengan pendapat sesetengah orang Kelantan
bahawa kerajaan PAS Kelantan yang memerintah selama 22 tahun itu akan
tumbang dek adanya orang PAS yang bertanding sebagai calon bebas PRU 13
ini.
Hal ini telah disebut sendiri Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
kepada media massa. Oleh itu, tak mustahil Kelantan tumbang manakala
Perak dan negeri Sembilan jatuh ke tangan Pakatan rakyat atas sebab
kebanyakan penganalisis politik tanah air meramalkan umno/BN menang
tipis PRU 13 nanti.
Walaupun Tun Mahathir Mohamad dan Tun
Abdullah Ahmad Badawi yakin Umno/BN menang besar Pru 13 ini, tetapi
Datuk Seri Mohd Najib Razak, melambat lambat pembubaran parlimen, kerana
mahu menang lebih besar berbanding PRU 12 dulu.
Kebanyakan
penganalisis politik tanahair berkata umno/BN masih ada peluang dan
ruang untuk menang lebih besar. Lebih lebih lagi kemungkinan DAP di
haramkan.
Manakala PKR berhadepan dengan krisis baru disamping
ada orang Pas Kelantan akan bertanding sebagai calon bebas, termasuk ada
orang orang pas yang berebut calon dan krisis PAS Kedah yang jelas dan
nyata belum reda."
Pergi umrah tapi Najib sebar fitnah, video lucah – Anwar Posted on Sunday, March 31 @ 09:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh Juragan Sumber Keadilandaily
KUANTAN 31
MAC: Biarpun Datuk Seri Najib Razak pergi menunaikan umrah di Mekah
tetapi Perdana Menteri itu membiarkan media kawalan Umno menyebar fitnah
termasuk video lucah, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Najib pergi
umrah. Nak doa, doalah tapi niat kena betul, jangan zalim di negera
sendiri. Pergi umrah tapi televisyen, media fitnah orang hari-hari.
Ambil gambar bogel, telanjang. Ini apa ini? Sudahlah.
“Kita ada
budaya, ada sebut pasal akhlak, ada batasnya. ,” kata Ketua Umum
KEADILAN itu depan ribuan rakyat pada ceramah perdana Jelajah Merdeka
Rakyat di Taman Mahkota Aman di sini, malam tadi.
Mengikut
laporan media arus perdana yang memetik sumber, Najib Razak dan isteri
Datin Seri Rosmah Mansor, dijadual menunaikan umrah minggu depan dan
dijangka berlepas ke Arab Saudi pada 13 April.
Mengulas
lanjut, Anwar juga kesal kerana ceramah itu yang dijadual berlangsung
Felda Lepar Hilir 1, Gambang, ditukar tanpa alasan munasabah.
“Maki
tiap malam, televisyen kecam tiap malam. Hendak ceramah pun tak boleh?
Kita sudah kumpul, kerah orang, saat akhir dipinda. Pergi sesetengah
tempat jalan dihalang.
“Kalau tak setuju dengan dasar kita
(Pakatan), tak apa Jangan hina. Hendak buat ceramah pun tak boleh. Ingat
kamu (pemimpin Umno) sahaja bayar cukai, rakyat tak bayar? Tak bolehlah
macam ini. Politik apa ini?” kata Anwar.
Harga
barang semakin meningkat lebih laju daripada kenaikan gaji. Ini
disebabkan oleh monopoli dan penswastaan kepada kroni. Beras, gula, air,
tenaga, kutipan sampah, pengangkutan,telekomunikasi, media massa, dan
barang keperluan lain-lain orang ramai.
Take Note !!! : Kroni untung, rakyat rugi. Adakah ini adil????...
[ PRU13 - Realisasikan PR Ke Putrajaya ] ... ALLAHU AKBAR !!!
Wahai Dato Rais - Lebih baik angkuh daripada tak ada otak. Posted on Sunday, March 31 @ 08:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh Juragan Oleh Manjongmari
Salah satu sifat manusia tercela ialah angkuh atau bongkah, maka itulah yang Rais anak Yatim labelkan kepada Pakatan Rakyat..
Sifat
angkuh, bongkak dan yang sewaktunya itu adakalanya harus digunapakai
bila berhadapan dengan manusia-manusia yang tak berotak?...
Sekadar
10 minit , apakah itu secara langsung atau sekadar rakaman,,, dapat
menggunakan 10 minit, kerenah birokrasi sebelum nak dapat 10 minit tu
entah berapa puloh jam...
Jadi lebih baik tolak tawaran dari manusia tak berotak,, buang masa?...
Sebelum ini pun dah 12 kali PRU tak pernah dapat pun guna Radio TV.... pun menang juga...
Rakyat pun dah tak tengok tv sekarang ni,,, kalau PR tolak lagi ler rakyat tak tengok,,, tu yang anak yatim maroh benor tu...
Tahniah PR,, anda bijak tak masuk jerangkap samar Umno..
(Awang menyerahkan borang menyertai PAS kepada Mazlan Aliman)
JOHOR BAHRU: Jangan terkejut jika pilihan raya umum
kali ini bakal menukarkan negeri Johor yang menjadi kubu Umno selama ini
kepada 'kubur' untuk parti itu.
Ini kerana gelombang perubahan secara besar-besaran sedang berlaku di Johor pada setiap hari.
Kemasukan beramai-ramai pemimpin dan ahli Umno ke dalam PAS dan Pakatan Rakyat sedang rancak mutakhir ini.
Malam tadi 30 orang ahli Umno dari Kampung Sri Aman dalam Parlimen Tebrau menyertai PAS.
Ia
diketuai oleh Awang Bakar, 55 tahun, bekas Ketua Cawangan Umno Sri Aman
dan AJK UMNO Bahagian Tebrau. Beliau menyertai Umno sejak tahun 1981.
Kampung yang menjadi kubu Umno puluhan tahun telah ditubuhkan Cawangan Penaja PAS.
Baru
dua minggu lalu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
menerima kemasukan hampir 50 orang ahli Umno dalam majlis ceramah di
Sungai Tiram, juga dalam Parlimen Tebrau.
Menurut Awang, Umno bukan lagi membela orang Melayu, sebaliknya hanya memperkayakan pemimpin sahaja.
"Pemimpin korup, salah guna kuasa dan menyeleweng. Sampai bila orang Melayu nak pertahankan pemimpin seperti ini?" katanya.
Beliau juga kesal dengan sikap pemimpin Umno yang mempergunakan ahli bawahan untuk kepentingan peribadi mereka.
"Ahli Umno di bawah kerja separuh mati, pemimpin senang lenang!" jelasnya.
Baginya,
PAS adalah pilihan terbaik. Kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru
Haji Hadi terbukti mendidik rakyat dan memandu kesejahteraan di dunia
dan akhirat.
Beliau menyeru rakan-rakannya agar berhijrah kearah hidup lebih bermakna dengan menyokong perjuangan Islam yg di bawa PAS.
"Alhamdulillah,
berbondong-bondong ahli Umno sertai PAS. Tsunami politik secara drastik
di Johor. Umpan dan fitnah nampaknya tiada kesan," kata AJK PAS Pusat
yang juga Ketua Penerangan PAS Johor ketika mengulas fenomena ini.
Bagi beliau, peluang untuk Pakatan kini semakin cerah dari hari ke hari di Johor.
Kit Siang ke Johor tingkat sokongan untuk Pakatan
Muhammad Faizal,
31 Mac 2013
SEREMBAN:
Lonjakan sokongan pengundi bukan Melayu khususnya kaum Cina terus
meningkat kepada 85 peratus apabila Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit
Siang mengumumkan akan bertanding di Johor pada pilihan raya umum nanti.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menjelaskan, sebelum ini sokongan bukan Melayu berada pada paras 80 peratus.
"Saya selalu mengatakan bukan senang untuk kita menang di Johor atau
tawan kerusi di sana, tetapi perkembangan muktahir ini saya berkeyakinan
bahawa Johor akan menjadi milik Pakatan Rakyat," jelasnya pada program
ceramah Jelajah Negara Berkebajikan di Paroi, malam tadi.
Malah menurut beliau lagi, perkembangan terkini selain Johor, Sabah dan Sarawak juga akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.
"Tanda-tanda bahawa Barisan Nasional (BN) akan tumbang tidak lama lagi telah ada.
"Kita lihat bagaimana Perdana Menteri masih belum lagi dianugerahkan
dengan keberanian untuk bubar parlimen, malah Perdana Menteri juga
sanggup memalukan dirinya apabila membiarkan Negeri Sembilan terbubar
dengan sendiri," ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.
Beliau yang berucap di hadapan kira-kira 1,000 hadirin turut
menjelaskan prestasi Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan jauh lebih hebat
jika dibandingkan dengan BN.
Gambar samseng Umno kena cekup, terhangat
Harakahdaily,
31 Mac 2013
KUALA LUMPUR: Para pembaca Facebook dan Twitter Harakahdaily paling meminati artikel blog tulisan Omak Kau bertajuk “Gambar samseng Umno kena cekup kacau program orang” bagi minggu ke-12, 2013.
Artikel bertajuk “Jika parlimen tidak bubar awal minggu ini”
pula menjadi artikel kedua paling diminati minggu lepas. Artikel ini
menceritakan desakan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) agar
pembubaran parlimen diadakan segera.
PASIR PUTEH: Perletakan batu asas Kompleks Stadium Kelantan yang menelan belanja RM237 juta akhirnya berjaya dilaksanakan semalam.
Stadium yang bakal dilengkapi dengan peralatan yang serba canggih itu
terletak di Bukit Merbau, kira-kira 33 kilometer dari Kota Bharu.
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,
diberi penghormatan untuk melakukan majlis pecah tanah dan perletakan
batu asas. (Gambar atas)
Kompleks sukan itu didirikan di atas tanah seluar 50 ekar milik kerajaan negeri berbanding keluasan keseluruhannya 75 ekar.
Pembinaan stadium ini menjadi hasrat dan cita-cita rakyat untuk terus maju dalam bidang sukan khususnya bola sepak.
Tuan Guru ketika berucap memberitahu, kerajaan Pusat tidak pernah
berhenti daripada mengkhianati Kelantan dalam segala hal termasuk soal
pembangunan.
Jelasnya, kerana keenganan Pusat untuk membantu Kelantan menyediakan
stadium yang lebih canggih membuatkan kerajaan negeri terpaksa berusaha
sendiri.
“Hasil mahsul kerajaan negeri sendiri seperti royalti disekat oleh
golongan ini semata-mata bertujuan untuk melihat Kelantan tidak mampu
membantu rakyat,” ujarnya.
Turut berucap pada majlis yang penuh bersejarah itu, Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa dan Datuk Abdul Fatah Mahmod.
Hadir sama, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, Speaker Dun,
Datuk Mohd Nasaruddin Daud, anggota-anggota exco kerajaan negeri, Datuk
Anuar Tan Abdullah, Meja B Md Anizam, Wan Ubaidah Omar.
Hampir 4,000 rakyat Kelantan hadir untuk meraikan majlis yang penuh bersejarah itu.
Terdahulu sebanyak 700 buah motosikal yang ditunggang anak muda mengiringi Tuan Guru masuk ke tempat perasmian.
Hadir sama pada majlis tersebut 20 orang pemain bola sepak lagenda Kelantan dan pemain antara tahun 70-an dan 80-an.
Husam ketika berucap pada majlis itu berkata, stadium tersebut bakal
memuatkan 45,000 tempat duduk, ruang kemudahan untuk VIP dan VVIP, lapan
ruang untuk solat.
Selain itu katanya, terdapat juga dewan, masjid yang boleh memuatkan
1,000 jemaah, kemudahan media, admin, keselamatan, dataran serbaguna dan
berbagai lagi.
“Tempat parkir kereta sebanyak 4,000 buah dan bas 50 buah, tempat
parkir untuk media, pasukan keselamtan dan VIP juga turut disediakan,”
ujarnya.
Umno hidup semula setahun saja?
Subky Latif,
27 Mac 2013
SETELAH
UMNO diharamkan oleh mahkamah tahun 1988, maka Dr. Mahathir Mohamad
telah mendaftarkan semula parti itu atas nama UMNO (Baru) dan ia
diluluskan.
Maka semua UMNO bahagian yang ada sebelum diharamkan ditaja dan
masing-masing menaja cawangan. Perti hidup semua dan bergerakan. Lepas
itu kalimah Baru dalam kurungan disetuju dipadamkan, jadilah ia seperti
UMNO sedia kala.
Lama kelamaan seorang ahli UMNO yang jujur dan mematuhi
undang-undang membuat carian dalam ROS mendapati tiada satu pun cawangan
UMNO di bahagaian itu wujud dalam pendaftaran. Padahal UMNO Bahagian
itu sudah menaja 126 cawangan dan setiap cawangan bergerak mengikut
keupayaannya.
ROS ada membuat tanyaan pada UMNO tetapi merasa ia kebal, tanyaan itu
tidak diindahkan. Lalu ahli UMNO yang membuat carian itu mengemukakan
kepada mahkamah, bertanya kesahihan UMNO Bahagian itu.
Adapun UMNO yang diharamkan oleh Al-Marhum Hakim Tan Sri Haron
Hashim dulu ialah kerana ada ahli-ahli UMNO yang tidak sah menjadi
perwakilan dalam Perhimpunana Agung UMNO dan mereka mengambil bahagian
terhadap apa jua yang dibuat dan diputuskan oleh perhimpunan itu. Maka
sabit kesalahannya, lalu UMNO diharamkan.
Mahkamah akhirnya memutuskan UMNO Bahagaian Tanah Merah tadi haram
kerana ia hidup sejak ditaja hinggalah menjadi perwakilan dalam
Perhimpunan Agung dengan 126 cawangan sebagai cawangan yang tidak wujud
dalam pendaftaran. Cawangan seperti itu adalah pertubuhan haram.
Ini bererti UMNO yang hidup semula hanya sah sehingga ia mengadakan
perhimpunan agung yang pertama. Perhimpunan yang pertama itu dihadiri
oleh perwakilan Tanah Merah yang haram yang sepatutnya diketahui oleh
UMNO Bahagian. Ia sepatutnya tahu mana cawangannya yang tidak haram dan
memastikan semua cawangan mengadakan mesyuarat agung dulu sebelum
menghadiri mesyuarat perwakilan bahagian.
Apabila cawangan tidak memenuhi syarat maka ia tidak boleh menghantar
wakil ke mesyuarat Bahagian. Apa wakil cawangan itu tidak sah mengambil
bahagian dalam mesyarat Bahagian, maka Bahagian itu sendiri haram.
Perhubungan UMNO Kelantan sepatutnya memastkan setiap Bahagiannya
sah. Ia patut melarang Bahagian yang haram menghadiri Perhimpunan Agung.
Apabila perhimpunan disertai oleh perwakilan Tanah Merah yang haram, maka perhimpunan itu juga jadi perhimpunan haram.
UMNO yang baru dihidupkan semula itu hanya sah sehingga ia mengadakan
Perhimpunan Agung yang pertama. Apabila ia mengadakan Perhlimpunan
Agung bersama UMNO Tanah Merah yang haram, maka ia pun haram serta
merta. Cuma pada masa itu tidak orang yang mengambil tahu ia halal atau
haram. Orang tidak tahu. Rupanya UMNO Tanah Merah menghantar
perwakilan tiap-tiap tahun dan ia bergiat setiap tahun dalam
Perhubngan UMNO Kelantan. UMNO 126 cawangan di Tanah Merah haram, UMNO
Tanah Merah haram, UMNO Perhubungan Kelantan haram dan UMNO Malaysia pun
haram.
Itu yang diketahui. Dipercayai banyak lagi cawangan di seluruh negara wujud secara haram.
UMNO itu sudahlah malang. Tengku Razaleigh Hamzah dan Rais Yatim yang
menjadi pemimpin Semangat 46 pula membubarkan partinya menyertai semula
UMNO haram itu.
Kalau UMNO haram, apakah BN tidak haram. BN wujud setelah ada UMNO.
Kalau parti haram memimpin BN patutnya BN tidak sah juga. Dari tahun
1988 Malaysia telah diperintah oleh pertubuhan haram.
PAS Temerloh dan kesediaan Kit Siang
Ahmad Lutfi Othman,
28 Mac 2013
Pagi Ahad lalu, dalam tempoh tidak sampai dua bulan, sekali lagi saya
berkunjung ke Temerloh. Selain berhasrat menyerahkan lebih 5,000 naskhah
Bangkit untuk edaran negeri Pahang, saya cuba menyelami perkembangan
mutakhir politik negeri yang seolah-olah "tidak begitu diperhatikan"
itu.
Ketika ramai penganalisis lebih tertumpu ke selatan
tanahair, khususnya Negeri Sembilan dan Johor, yang dilihat berupaya
membentuk tsunami politik dari bahagian bawah Semenanjung melanda ke
utara, hati kecil saya mengimpikan Pahang juga mampu melakar sejarah,
sekali gus mengejutkan Najib Razak.
Temerloh yang popular dengan
masakan tempoyak ikan patin ini memang menyimpan kisah suka duka pejuang
Melayu zaman berzaman. Ia menjadi kubu pertahanan semangat nasionalisme
menentang penjajah dan melahirkan ramai wira bangsa. Justeru, slogan
perubahan bukan sesuatu yang aneh bagi warganya. Apatah lagi jarak yang
relatif dekat dengan Lembah Klang dan faktor demografinya memungkinkan
Temerloh menyalakan obor kemenangan Pakatan di Pahang.
Malah,
kepada pendokong PAS, Temerloh yang menempatkan Pejabat Perhubungan
Negeri dan menjadi pusat kegiatan parti, serta tunjang kekuatan mewakili
kawasan tengah Pahang, memberi makna tersendiri. Temerloh mempunyai
jumlah cawangan dan keahlian PAS paling ramai di negeri Perdana Menteri
ini.
Kebetulan 24 Mac itu, Pejabat Dun Kuala Semantan, di Damai
Courts, Jalan Damai, Temerloh, menganjurkan program Himpunan Rakyat
Semantan, bermula 9 pagi hingga lewat tengah malam. Sambutan sekitar jam
12 tengah hari, ketika saya tiba, agak meriah. Ramai kanak-kanak dan
ibu bapa terlibat dalam acara kekeluargaan. Malamnya dijadualkan pidato
rakyat.
Sempat seorang warga emas, pembaca setia Harakah, beramah
mesra dan seperti mahu bersembang panjang, sebelum saya diajak naik ke
tingkat satu bersama Yang Dipertua PAS Temerloh, Md Jusoh Darus dan
naibnya, Syed Hamid Syed Mohamed, yang juga Adun Kuala Semantan.
Perbincangan
santai kami turut disertai Timbalan Yang Dipertua, Hassanuddin Salim,
Ketua Pemuda, Ustaz Muhammad Shukri Shuib dan wartawan Harakah Pahang,
Basiron Abd Wahab. Meskipun agak terganggu dengan kebingitan program di
bawah pejabat, termasuk persembahan tabla yang rancak, saya tetap
terkesan dengan harapan cukup tinggi agar wakil PAS terpilih sebagai
calon Pakatan untuk kerusi Parlimen Temerloh.
(Lima tahun lalu,
di saat-saat akhir menjelang hari penamaan calon PRU2008, pimpinan di
peringkat pusat memutuskan PAS perlu memberi laluan kepada calon
KeADILan untuk bertanding di Temerloh. Dan tentunya arahan itu diterima
kepemimpinan kawasan).
Saya lebih suka mendengar sambil cuba
menyelami kegelisahan mereka menanti konsensus pimpinan tertinggi. Ya,
ketika semua potensi kekuatan dikerah untuk berdepan pilihan raya paling
sengit, tentu sekali soal dalaman tidak boleh dibiarkan menganggu
konsentrasi, apatah lagi kawasan sekitar Temerloh, seperti Bera,
Jerantut dan Kuala Krau, juga merupakan kerusi sasaran.
Sejumlah
42 kerusi Dun ditawarkan di Pahang dan PAS diberi kepercayaan bertanding
separuh daripadanya, iaitu 21 kerusi, manakala KeADILAN, 14 dan DAP, 7.
Bagaimanapun saya difahamkan, agihan kerusi di antara DAP dan KeADILan
masih dalam perbincangan.
Di peringkat Parlimen, secara umumnya
PAS dan KeADILan diperuntukkan masing-masing enam kerusi dan selebihnya,
dua, kepada DAP. Namun, ada beberapa kerusi bertindih, melibatkan
ketiga-tiga parti, belum diputuskan secara rasmi.
Berdasarkan
laporan blog Selamatkan Pahang, menurut Pengarah Jabatan Pilihan Raya
PAS Negeri Pahang (JPN), Cikgu Abdul Majid Hasan, kerusi Dun yang akan
ditandingi PAS ialah N2 Jelai, N3 Padang Tengku, N8 Dong, N9 Tahan, N11
Pulau Tawar, N12 Beserah, N15 Tanjung Lumpur, N16 Inderapura, N17 Sungai
Lembing, N19 Panching, N20 Pulau Manis, N21 Peramu Jaya, N24 Luit, N26
Chenor, N28 Kerdau, N29 Jengka, N32 Kuala Semantan, N36 Pelangai, N37
Guai, N40 Bukit Ibam dan N42 Tioman.
Selain empat Dun yang sudah
dimenangi Pakatan, iaitu dua oleh PAS di Kuala Semantan dan Beserah,
serta dua oleh DAP di Triang dan Tras, terdapat lapan kerusi Dun yang
menyaksikan kekalahan di bawah 1,000 undi pada PRU2008, iaitu Sabai
(145), Teruntum (293), Tanjung Lumpur (496), Damak (509), Tanah Rata (
575), Jengka (596), Inderapura (873) dan Ketari (882).
Manakala
lapan Dun lagi majoriti kekalahan Pakatan di bawah 1,500 ialah Luit
(1,068), Bilut (1,108), Padang Tengku (1,188), Cheka (1,280), Tahan
(1,357), Benta (1,358), Jenderak (1,374) dan Panching (1,444).
Untuk
menguasai Wisma Sri Pahang, beberapa kerusi yang menyaksikan perbedaan
undi sekitar 2,000, seperti Guai (1,941), Semambu (2,136), Lanchang
(2,139) Batu Talam (2,415) dan Mentakab (2,439) juga harus diberi
penekanan istimewa.
Dalam pertemuan sebelumnya dengan Pesuruhjaya
Negeri, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Setiausaha Perhubungan, Roslan Zainal
Al-Ahmadi, saya dimaklumkan, cabaran besar yang harus ditangani segera
ialah penyampaian maklumat yang berkesan, terutama melalui media tradisi
di kawasan yang masih sukar ditembusi internet.
II.
Sebagai
penggerak utama Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) yang prihatin
dengan fungsi media dalam pilihan raya, termasuk menganjurkan
Konvensyen Akses Media Dalam PRU13, di Hotel Nouvelle, pada 12 Mei 2012,
saya dengan penuh minat memerhati reaksi terhadap pengumuman Dr Rais
Yatim yang menawarkan slot 10 minit setiap parti untuk muncul di RTM
menyampaikan manifesto yang siap dirakam.
Setiausaha Agung
DAP, Lim Guan Eng menolaknya sambil menyifatkan tawaran itu sebagai
jenaka dan usaha BN untuk berlakon seolah-olah mereka melaksanakan
kebebasan media. Ia juga seolah-olah memperlihatkan Pakatan seperti
pengemis.
Menurutnya, Pakatan menuntut diberi hak untuk menjawab
pertuduhan dan fitnah yang disiarkan secara berterusan oleh media yang
dikawal Umno-BN, bukan sahaja sewaktu musim pilihan raya tetapi
sepanjang masa.
Walaupun PAS menghargai keputusan kerajaan
itu, namun Ketua Penerangannya, Tuan Ibrahim Tuan Man melihatnya tidak
lebih sebagai 'ajak-ajak ayam'. Katanya, dalam tempoh 10 minit,
"pembaharuan" itu satu perkara yang mengaibkan.
"Apa pun, PAS masih belum ada keputusan dan perlu berbincang dan akan dimaklumkan kemudian," katanya.
Bagi
Pengarah Komunukasi KeADILan, Nik Nazmi Nik Ahmad, partinya juga
menolak tawaran 10 minit itu. "Ia satu sandiwara hodoh pihak yang jahil
peranan media dalam demokrasi," katanya.
"Peranan media dalam
sistem demokrasi ialah memberi liputan dan laporan berita yang objektif,
adil dan saksama. Adalah tidak wajar media diperalatkan sebagai mesin
propaganda untuk memaksakan pandangan Umno ke atas rakyat. Tawaran ini
adalah penghinaan terhadap kepintaran rakyat," ujarnya.
Sebagai
pengamal media, saya mengimpikan setiap parti diberi ruang dan masa
munasabah, bukan saja dalam TV, tetapi juga radio dan akhbar, serta
tidak terhad kepada penjelasan manifesto, iaitu merangkumi persoalan
pokok yang perlu dimaklumkan kepada rakyat.
"Semasa siaran
manifesto ini ada, semua media dituntut mematikan etika kewartawanan
dipertahan dan dipelihara, termasuk hak untuk menjawab," kata seorang
rakan saya, wartawan penyiaran berpengalaman. "Walaupun Pakatan menolak,
saya masih harapkan slot di RTM itu menjadi kenyataan, dengan tempoh
lebih lama," tambahnya.
"Ya," saya mencelah, "tapi isu besar
dalam kebebasan akhbar, seperti konsep pemilikan media dan syarat-syarat
karut-marut berkaitan permit dan sebagainya harus dimansuhkan."
KAMI
juga menuntut tempoh kempen minimum selama 21 hari bagi memastikan
setiap pngundi mendapat maklumat secukupnya agar dapat membuat pilihan
yang rasional dan tepat.
Dalam pada itu, KAMI masih dalam kempen
mendapatkan dana untuk menjayakan projek penerbitan PRU13; salurkan
sumbangan ikhlas anda ke dalam akaun Maybank KAMI MEDIA 514075606399.
III.
Sukar
menelah apa yang menganggu dan meracau pemikiran Najib Razak sehingga
terlalu sukar menentukan tarikh pembubaran Parlimen meskipun berulang
kali beliau melahirkan keyakinan bahawa Umno-BN bukan saja menang dalam
PRU13, malah berjaya mengembalikan majoriti dua pertiga.
Seperti
kata Lim Kit Siang, Najib bukan sekadar Perdana Menteri paling lama di
tampuk kuasa tanpa mendapat mandat pengundi, malah beliau mengetuai
kerajaan dan kabinet "yang telah tamat tempoh" selepas masa lima tahun
berakhir 8 Mac lalu.
Di zamannya juga kita menyaksikan suasana
atau mood berkempen paling paling lama bermula semenjak beliau dipilih
menggantikan Abdullah Ahmad Badawi pada April 2009. Dalam waktu itu
ratusan ringgit dihanguskan untuk mengupah firma perunding seperti Apco
Worlwide dan FBC Media baik menaikkan imejnya dalam dan luar negara.
Ternyata
Najib belum selesa dengan sokongan yang diperolehinya, walaupun
pelbagai insentif tunai dan habuan lain diagihkan kepada rakyat, selain
memanipulasi sepenuhnya kes pencerobohan di Lahad Datu, demi survival
politiknya, tidak terkecuali dengan cuba mengaitkan Ketua Pembangkang,
Anwar Ibrahim.
Sehingga kolum ini ditulis, iaitu tidak
sampai 24 jam Dun Negeri Sembilan akan terbubar secara automatik pada
tengah malam Khamis, 28 Mac, Najib secara tidak langsung seolah-olah
tidak menghormati peranan dan fungsi politik Raja-Raja Melayu yang sedia
terhad itu.
Hatta jika Menteri Besar Negeri Sembilan menghadap
Yang Dipertuan Besar pada pagi Rabu untuk mencadangkan pembubaran Dun,
baginda sebenarnya tidak berpeluang untuk melaksanakan haknya bagi
menolak tarikh yang diusulkan itu.
IV.
Lagi tentang Lim
Kit Siang, ahli politik berpengalaman hampir lima dekad, yang melalui
pelbagai rintangan dan pancaroba, termasuk ditahan ISA dan turun naik
mahkamah.
Tokoh yang digeruni seteru politik dan dihormati kerana
prinsip dan ketegasannya dalam perjuangan ini mencetuskan dua kejutan
baru-baru ini. Pertama, beliau memilih Johor atau lebih tepat kerusi
Parlimen Gelang Patah untuk bertanding dalam PRU13 sebagai bukti
keseriusannya untuk meleburkan kubu kuat Umno itu.
Kedua,
kesediaannya untuk bertanding menggunakan lambang PAS sekiranya
Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan pendaftaran DAP ekoran kesilapan
dalam pemilihan kepimpinan parti tahun lalu.
"Jika BN salah guna
kuasa (batalkan pendaftaran DAP), saya mungkin guna lambang PAS untuk
mengukuhkan Pakatan Rakyat," kata Kit Siang.
Mengulas kenyataan
itu, Setiausaha Agung KeADILan menegaskan: "“Umno cuba pecah=belahkan
Pakatan dengan isu perkauman tapi bayangkan jika Lim Kit Siang
bertanding dengan lambang PAS. Kita mahu tengok apa lagi hujah Umno
untuk dimainkan. Umno hendak cakap apa lagi?"
"Jika berlaku
pembatalan (DAP), PAS mengalu-alukan calon-calon DAP dan Kit Siang untuk
bertanding menggunakan lambang PAS mahupun KeADILan,” kata Setiausaha
Agung PAS, Mustafa Ali.
Segera saya terkenang perbualan dengan
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, di LCCT, KLIA, Sepang tidak lama
selepas saya menjalani pembedahan pintasan jantung.
Sambil
mengharapkan kesihatan saya cepat pulih, Ketua Menteri Pulau Pinang itu
menyentuh isu-isu yang sengaja ditimbulkan untuk menimbulkan kecurigaan
di antara PAS dan DAP.
Beliau berkata, selagi ada tokoh-tokoh
lama kedua-dua parti, yang melalui perjuangan berliku puluhan tahun
serta mendapat tekanan dahsyat pemerintah, misalnya Tok Guru Nik Abd
Aziz Nik Mat dan Kit Siang, dia yakin PAS dan DAP akan terus bersama.
Itu bukan satu masalah
Tuan Ibrahim Tuan Man,
28 Mac 2013
Itu bukan satu masalah.
Malah ia bukan sesuatu yang merungsingkan.
Ia hanyalah cubaan Allah.
Pasti ada hikmah di sebaliknya.
Selesainya satu pertengkaran, baik semula, rasa sayang meningkat.
Selesainya satu tugasan berat, dapat pengalaman berharga.
Selesainya satu kekecewaan, dapat pemahaman baru.
Beramal-lah selalu. Jangan berkira sangat. Bantu selagi orang yang kita ingin bantu memerlukan bantuan kita.
Sekiranya bantuan kita menjadi satu masalah kepadanya, bantulah orang lain yang memerlukan bantuan tersebut.
Buat dengan niat baik dan tanpa mengharapkan sebarang pembalasan dari manusia walaupun orang terdekat.
Peganglah bahawa Allah akan membalas niat baik kita tersebut kerana
sesungguhnya keikhlasan hati seseorang hanya Allah yang tahu kerana
walaupun seikhlas mana hati seseorang bila dinilai manusia ada juga yang
menaruh perasaan cemburu dan dengki.
Senyum.
Kita Senyum.
Jika Lahad Datu di Jepun
Subky Latif,
30 Mac 2013
APA yang dapat kita bayangkan kalau pencerohonan di Lahad Datu itu berlaku di Jepun atau di India atau di Perancis?
Nescaya kejadian itu tidak sekadar polis dan tentera mengambil
tindakan sewajar mengepung, menawan dan menumpaskan penceroboh dan
penyusup, tetapi rakyat akan bangkit meminta pertangggungjawapan
kerajaan.
Rakyat tidak akan biar Perdana Menteri dan kerajaan bersenang lenang
membuat kenyataan itu dan ini bagi menyalahkan penceroboh saja, tetapi
akan diminta beri tunjuk sebab mengapa mereka tidak boleh dikenakan
tindakan.
Jepun atau Korea Selatan tidak senang melihat Perdana Menterinya
bercakap politik atas kejadian itu tetapi dia akan ditanya bagaimana
boleh di bawah pentadbirannya nagara boleh dimasuki orang-orang
bersenjata menuntut wilayah sebahagian dari wilayah kita secara
kekerasan atau apa cara jua?
Kalau tsunami yang melanda Jepun lebih setahun lalu bukanlah
disebabkan oleh kecuaian manusia, tetapi kerana kepayahannya menangani
segala kesan tsunami itu termasuk logi nuklearnya, maka bukan sekadar
Perdana Menteri dikenakan tindakan politik, bahkan kerajaan dan parti
yang memerintah dihukum dengan menggantikannya dan kerajaan lailn dan
Perdana Menteri lain.
Jika Lahad Datu itu berada di Jepun Perdana Menteri akan disalahkan
kerana gagal menjaga keselamatan hingga wilayah boleh dimasuki militan
asing. Kedua sesudah wilayah diceroboh mengapa mengambil masa
berminggu-minggu untuk bertindak? Ketiga mengapa keselamatan seperti
tidak diserah kepada tentera tetapi diserahkan kepada polis sebaik saja
kejadian berlaku?
Perdana Menteri nescaya tidak boleh lebih lama duduk di kerusinya.
Orang akan minta dia meletakkan jawatan dan beri kerusi itu kepada orang
lain. Kalau dalam hal-hal yang tidak sesulit itu Perdana Menteri
Jepun, Presiden atau menteri-mentenri Korea Selatan, Perancis dan India
dituntut meletak jawatan, maka apa lagilah dalam hal yang melibatkan
kedaulatan dan kemerdekaan negara.
Atau paling kurang Perdana Menteri mungkin boleh diselamatkan tetapi
Perdana Menteri mesti bertanya menteri dalam negeri mengapa boleh
pantai dan sempadan negara ini boleh dimasui bersenjata dari luar,
bukan seorang dua tetapi mencapai angka ratus?
Sama ada menteri berkenaan buat kerja atau tidak buat kerja, sama
dia lemah atau sebaliknya, dia mesti ditanya dan mesti menjawab dulu.
Sama ada dia disuruh berhenti atau dia minta berhenti, dia akan
disalahkan dulu dalam kecuaian seperti itu.
Itulah sebabnya kita selalu saksikan menteri di negara-negara
tersebut meletak jawatan bukan tunggu dia salah dan cuai, tetapi dia
mesti memikul tanggungjawab dan akauntabiliti.
Menteri itu mungkin seorang yang cekap, baik dan bertanggungjawab,
tetapi dia ada maruah dan rasa malu, amanah telah diberi kepadanya,
tiba-tiba amanah itu tidak dapat disempurnakan. Semua menteri yang
bermaruah dalam dunia akan mengambil tanggungjawab atas kelemahan dan
kepincangan jabatan di bawahnya dengan meletakkan jawatan.
Menteri Pertahanan juga akan tanya mengapa tidak mengambil
tanggungjawab dari mula-mula lagi apabila ia berlaku dengan menyatakan
kepada Perdana Menteri bahawa dalam hal seperti itu ia mesti
diserahkan kepada tentera, bukan dibiarkan kepada menteri dalam negeri
yang lembik.
Menteri Pertahanan tentu dengan nasihat para panglima beritahu Perdana Menteri dan kabinet hal itu mesti ditangani oleh tentera.
Apa pun mana-mana Perdana Menteri yang ada maruah dan tanggungjawab,
tidak sekadar membiarkan orang memperleceh menteri-menterinya, dia dulu
meletak jawatan. Dia mesti mengambil tanggungjawab menjaga maruah
orang-orang di bawahnya.
Kerana Lahad Datu ini berada di Malaysia kerajaan tidak langsung
menyalahkan dirinya atau bermuhasabah, tetapi mencari orang lain di luar
kerajaan untuk jadi kambing berbagai bulu.
Tiada lagi isu boleh disembunyi
Abdul Shukur Harun,
28 Mac 2013
Pertanyaan bilakah tarikh PRU akan diumum telah mendominasi aliran
perbualan pelbagai golongan rakyat. Ini menggambarkan bahawa PRU ke-13
ini bersifat luar biasa, menyebabkan begitu ramai orang ingin tahu dan
menentukan sikap.
Ruang-ruang twitter dan face-book dan sms hampir
dipenuhi perbincangan mengenai tarikh PRU ini dengan pelbagai ulasan -
ada yang marah, sedih, lucu dan benci. Tidak kurang pula yang menyuruh
bersabar menunggu.
Kata pepatah Melayu, ‘tak lari gunung dikejar, hilang kabut nampaklah
ia’. Tetapi ini bukan gunung yang hendak dikejar dan bukan soal kabut
yang melidunginya, tetapi soal mandate Umno-BNyang
memerintah sudah hampir benar tarikh luputnya, iaitu sehingga 28 April
depan, di mana parti itu hingga kini masih dalam dilema untuk menentukan
tarikh PRU.
Dun Negeri Sembilan sudah dibubar pada 27 Mac lalu, Melaka dan Johor
pada 22 April (tarikh sidang Dun pertama ialah pada 21 April 2008). Ini
diikuti oleh Selangor pada 23 April (22 April) dan Perak 26 April (25
April). Selain itu, ada beberapa negeri yang boleh meneruskan kerajaan
sehingga selepas Parlimen dibubarkan. Antaranya ialah Kedah, Sabah,
Terengganu dan Pulau Pinang yang memulakan sidang Dun mereka pada bulan
Mei 2008.
Apapun yang pastinya Parlimen akan bubar dengan sendirinya pada 28
April dan selepas itu SPR akan mengumumkan tarikh PRU Ke-13 bagi
Parlimen dan Dun, kecuali Dun Sabah dan Sarawak.
Sementara itu, PRU kali ini sangat luar biasa, bukan semata-mata
kerana isu Lahad Datu, Sabah, khususnya isu Projek IC yang sangat
menggemparkan dan berbahaya kepada negara, tetapi juga pelbagai isu
besar yang lain. Antaranya isu perkauman yang dimainkan oleh pihak
tertentu, isu rasuan, kronisme, nepotisme, pembaziran, ketirisan, isu
kejadian jenayah yang sangat menakutkan, isu status pengundi yang masih
berkecamuk, isu pengambilan tanah (terutama di Johor), isu sara hidup
yang begitu tinggi dan sangat menekan rakyat berpendapatan rendah dan
sederhana serta pelbagai isu lagi.
Semua isu ini terdedah begitu rupa di pelbagai media baru, memberi peluang luas rakyat mengetahuinya. Ia terdedah melalui web-site,twitter, face-book, sms dan pelbagai lagi, hasil dari langit terbuka dunia siber.
Ramai tidak sedar bahawa komunikasi melalui internet ini dicetuskan
di zaman Ronald Regan menjadi Presiden Amerika yang ke-40 dari Januari
1981 hingga Januari 1989. Inilah zaman bermulanya internet di Amerika.
Kini dengan penggunaannya yang begitu meluas seluruh dunia, termasuk
di Malaysia, menyebabkan begitu banyak rahsia, khususnya di belakang
tabir kuasa politik telah terdedah dan diketahui umum.
Oleh itu menjelang PRU Ke-13 ini banyak hal-hal dan isu yang tidak
diketahui oleh orang ramai selama ini, termasuk pengundi di luar bandar
telah terdedah. Media tradisional yang dikawal ketat oleh kerajaan telah
ditewaskan oleh media baru menyebabkan semuanya sudah tidak ada rahsia
lagi, semuanya sudah diketahui oleh pengundi bandar dan luar bandar.
Justeru, media baru ini dilihat oleh penganalisis sangat menolong
Pakatan Rakyat menyebarkan maklumat yang diketahuinya, yang bukan
bersifat fitnah. Skandal projek lembu, isu kapal selam, isu rasuah dan
nepotisme sudah terdedah semuanya, bahkan isu Projek IC yang sangat
menggemparkan terbongkar begitu rupa.
Semua ini memeranjatkan pelbagai pihak dan tentunya akan mempengaruhi
aliran pengundian dalam PRU akan datang dan inilah yang mencemaskan
parti yang memerintah.
Anak muda yang pulang ke kampung membawa alat komunikasi Tablets,
umpamanya, menunjukkan berita dan gambar pelbagai peristiwa dunia
politik yang tidak diketahui oleh ibu bapa di kampung yang selama ini
hanya mendapat maklumat melalui media tradisional.
Ada ibu bapa di kampung yang terkejut sakan dan mulanya tidak percaya
akan isu-isu yang didedahkan oleh anak mereka, tetapi selepas
diterangkan barulah ibu bapa itu beransur percaya. Ini perkembangan
menarik menjelang PRU Ke-13 dan inilah kelebihan media baru.
Oleh itu, PRU akan datang ini adalah sangat luar biasa dan critical,
di mana parti yang memerintah tidak lagi berupaya mengawal maklumat,
justeru semuanya terdedah. Rakyat dilimpahi banjir maklumat yang tidak
pernah berlaku dalam sepanjang sejarah pilihan raya tanah air.
Walaupun media tradisional meneruskan propagandanya siang dan malam,
tetapi kesannya sangat minima dan ‘tumpul’, justeru ia telah ditewaskan
oleh media baru yang sangat berpengaruh. Kemudian ada kesan psikologi
dalam masyarakat bahawa mereka yang hanya mendapat maklumat dari sumber
media tradisional adalah ketinggalan zaman.
Sementara itu, PRU akan datang ini amat berbeza dengan PRU 10 atau 20
tahun lalu. Ia bukan lagi berlegar mengenai isu pembangunan dan bukan
lagi isu perkauman yang jahat di mana di masa lalu isu ini mudah dapat
mempengaruhi pengundi.
Isu yang mendominasi pengundi dalam PRU akan datang ialah isu
integriti parti dan calon yang bertanding, isu perjuangan keadilan dan
kebebasan, isu sara hidup yang tinggi, isu rasuah, nepotisme, ketirisan
perbelanjaan negara dan lain-lain.
Inilah yang menyebabkan suasana sekarang sangat memihak kepada
Pakatan Rakyat. Oleh itu, dalam keadaan sekarang, pendukung Pakatan
Rakyat perlu mempunyai kesabaran yang tinggi, bijaksana menangani isu
yang ada dan sentiasa meletakkan diri sebagai pembela rakyat.
Dalam suasana kebangkitan rakyat ini, Pakatan mestilah dilihat mampu
bersama mereka dalam gelombang ini, justeru PRU akan datang ini sudah
terlalu dekat, hanya beberapa ela saja lagi dari garis kemenangan.
SHAH ALAM: Seramai 500 anak muda dan mahasiswa hari
ini berkumpul di Dataran Shah Alam untuk menyertai konvoi Gelombang Anak
Muda Tolak Umno BN (Tolak) dari Shah Alam melalui Gombak akan terus ke
Dengkil.
Di Dengkil, Tolak akan mengedar risalah agenda Tolak kepada seluruh masyarakat di situ.
Tolak juga akan berkumpul di kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak
untuk menyerahkan satu memorandum menggesa Perdana Menteri itu
membubarkan parlimen.
Konvoi itu juga merupakan siri jelajah mengutip tandatangan rakyat
Malaysia sepanjang 1 kilometer sebagai mesej utama menolak Umno BN dalam
pilihan raya umum akan datang.
Program hari ini bermula dengan ucapan pengerusi Tolak, Muhamad Azan Safar.
“Lebih 500 anak muda berkumpul hari ini menunjukkan protes bahawa anak muda sudah muak dengan kerajaan yang ada sekarang.
“Anak muda ingin tukar kerajaan, mahu Malaysia yang baru, yang lebih
adil, lebih telus tanpa rasuah, tanpa politik kotor,” katanya sambil
disambut tepukan gemuruh oleh hadirin.
Program itu merupakan siri jelajah pertama gelombang Tolak bermula di Lembah Klang.
Bermula 6 April ini, Tolak akan menjelajah seluruh Malaysia bermula di Melaka, Johor dan akan berakhir di Pahang pada 14 April.
Pada akhir jelajah Tolak tersebut ,1 kilometer tandatangan rakyat
Malaysia akan diperoleh dan akan dibentangkan pada acara kemuncak di
Kuala Lumpur nanti.
Inilah kediaman bekas Wakil Rakyat ADUN Paroi, Haji Mohamad Taufek
Abd Ghani yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan sejak
sebelum beliau menjadi ADUN Paroi sehinggalah tamat 5 tahun perkhidmatan
beliau sebagai ADUN Paroi pada 27 Mac 2013 yang lalu. Kediaman beliau
bersama isteri dan 4 orang anak hanyalah sebuah rumah teres setingkat
yang lama. Semoga PAS Negeri Sembilan dapat melahirkan lebih ramai lagi
Wakil Rakyat yang berjiwa rakyat.
“Dari Rakyat, Untuk Rakyat”
Kepada mereka yang ingin menyumbang untuk Tabung Pilihanraya Umum ke
13 PAS Negeri Sembilan sila salurkan terus ke akaun berikut:
Nama akaun : BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SEMBILAN
No akaun : 05030010000462
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Hubungi Hj Ramli 013-8835185
Nama akaun : PAS KAWASAN REMBAU
No akaun : 05-012-01-007334-7
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Hubungi Sdr Hamizi 012-2832458
Nama akaun : PAS DUN PAROI
No akaun : 05012010063902
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Hubungi Hj Fisol 019-3440826
Nama akaun : MTD PAS CHEMBONG
No akaun : 0501-0000394-10-0
Bank : CIMB ISLAMIC
Hubungi Ustaz Nazri 019-3457690
Nama akaun : PAS MTD DUN KOTA
No akaun : 05-021-02-011755-8
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Hubungi Hj Roni 012-2268230
Gambar berbicara: Melayu N Sembilan tolak Umno/BN
Omak Kau,
31 Mac 2013
Lihat dengan mata kepala sendiri rakaman gambar sebagai saksi bukan sekadar cakap pakai air liur basi.
Bukan
niat nak mendabik dada bercakap besar berdegar-degar tetapi sekadar
mengajak para pemimpin UMNO dan jua ahli-ahli, penyokong dan
pendokongnya sekali buka mata dan kepala seluas-luasnya untuk menerima
kenyataan yang UMNO sudah tidak relevan lagi pada bangsa Melayu.
Warga Melayu sudah muak ditipu selalu oleh UMNO.
Ini
adalah rakaman gambar Ceramah Jelajah Treler Negara Berkebajikan PAS di
DUN Paroi, Seremban, Negeri Sembilan malam tadi 30hb Mac 2013.
Negeri
Sembilan sudah memang terkenal dari dulu antara negeri UMNO paling kuat
kukuh dan kebal tetapi kini sudah tidak lagi beb!!!!
Tidak
terperanjat dan menghairankan jika Negeri Sembilan bakal tumbang
ketangan Pakatan Rakyat jika dilihat pada sambutan yang cukup luar biasa
malam tadi.
Amat jarang ceramah di Negeri Sembilan diberikan sebegini punya hebat.
Apakah
UMNO masih mau berasa selesa sambil bercakap besar kononnya Negeri
Sembilan tetap kekal ditangan UMNO sepertimana yang dikatakan oleh
Mohamad Hassan?
PRU 13 adalah PRU kebangkitan rakyat....Rakyat terutamanya anak-anak muda mau bangkit melakukan perubahan.
Najib ciplak Pakatan Rakyat satu persatu
Harakahdaily,
31 Mac 2013
(Najib bersimpuh di Masjid Sri Petaling)
KUALA LUMPUR: Satu persatu pendekatan dan cara Pakatan Rakyat dan pemimpinnya berkempen ditiru oleh Datuk Seri Najib Razak.
Bukan sembunyi-sembunyi tetapi secara terang-terangan umpama mencuri di siang hari.
Sebelum
ini, Najib berjanji memberikan permit teksi kepada individu pemandu
teksi selepas buku Jingga Pakatan Rakyat jelas menjanjikan permit teksi
individu bukannya syarikat kroni.
Semalam,
Najib tanpa segan dan silu membuat perkara yang tidak pernah dibuatnya
dalam hidup iaitu memakai kopiah dan pergi menziarahi markas Jamaah
Tabligh di Masjid Sri Petaling. (Gambar fail: Ustaz Hadi menziarahi Jamaah Tabligh 21 Februari lalu)
Padahal semua maklum sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru
Abdul Hadi Awang meluangkan masa menziarahi pemimpin Jamaah Tabligh di
Masjid Sri Petaling itu.
Rakaman gambar Najib Razak selepas
menziarahi Masjid Jamek, Sri Petaling semalam, dengan berkopiah dan
berkain pelikat kini dijadikan sebagai alat propaganda murahan media
milik dan kawalan Umnountuk membuat promosi kononya Najib Razak berjiwa
Islamik.
Dari semalam lagi stesen-stesen TV terutamanya TV3 dan RTM asyik saja berulang lagi menanyangkan wajah Najib sedemikian rupa.
Tujuannya tidak lain tidak bukan sebagai alat mengemis undi dari warga Melayu/Islam dinegara ini pada PRU 13 nanti.
Adalah
dipercayai bukan itu sahaja yang akan ditiru oleh Najib. Harakahdaily
dimaklumkan, Najib akan mempastikan segala janji utama Pakatan akan
dilaksanakan sebelum pilihan raya ini.
Ini bertujuan untuk membolehkan dia berkata, buat apa undi Pakatan, segala janji mereka sudah dibuat oleh BN.
Antara perkara yang menjadi sasaran adalah menggantikan PTPTN dengan biasiswa dan penurunan harga kereta.
Ini
kerana Najib sedar dua perkara ini menjadi tarikan utama pengundi muda
yang bakal menentukan hala tuju pilihan raya kali ini.
21 peratus
pengundi dalam pilihan raya kali ini adalah pengundi pertama kali, yang
tertinggi pernah dicatatkan oleh sejarah pilihan raya kali ini.
Kerajaan Selangor salur RM32.5 juta bantu SAR
Harakahdaily,
31 Mac 2013
KUALA LUMPUR: Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah
menyalurkan RM32.5 juta kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) di seluruh
negeri sejak mentadbir negeri lima tahun lalu.
Selangorku
melaporkan, seorang guru Sekolah Pondok Bustanul Arifin, Ahmad Ansori
Munshia, 46, mengharapkan bantuan ini tidak akan berakhir pada tahun ini
memandangkan penggal Kerajaan Negeri selama lima tahun akan berakhir
tidak lama lagi.
“Syukur alhamdulillah, tapi saya takut jika bantuan ini akan berakhir pada tahun ini.
“Sebab kami guru-guru SAR sudah diabaikan Kerajaan sebelum ini dan
Kerajaan Negeri PR tampil memberikan bantuan kepada kami,” katanya
ketika ditemui selepas menerima cek bantuan daripada kerajaan negeri.
Ahmad Ansori ditemui dalam Majlis Penyampaian Kepada SAR Negeri
Selangor Fasa 1 Tahun 2013 di Dewan Jubli Perak, Bangunan Setiausaha
Kerajaan Negeri (SUK) malam kelmarin.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri
telah memperuntukkan RM6 juta bagi pembangunan SAR setiap tahun.
“Saya beri jaminan bahawa Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) di Selangor,tidak sekali-kali meminggirkan SAR.
“Bahkan kita mahu sekolah-sekolah yang mengutamakan pendidikan agama
Islam ini terus dibantu bagi menampung kekurangan yang semakin ketara
dalam pendidikan keagamaan yang terdapat di sekolah-sekolah bantuan
penuh kerajaan,” katanya.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan
Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali serta
kira-kira 300 guru SAR seluruh Selangor.
Sehingga kini, sebanyak 200 buah SAR termasuk Sekolah Kursus Asas
Fardhu Ain (Kafa) menerima manfaat daripada bantuan kerajaan negeri.
MP DAP tinggal kawasan ‘selamat’ berjuang di Johor
Harakahdaily,
31 Mac 2013
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin
Tong diumumkan akan bertanding di kawasan Parlimen P.152 Kluang dalam
Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.
Beliau menjadi pemimpin tertinggi DAP yang kedua bertandang ke Johor
selepas Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, diumumkan calon untuk
Parlimen P.162 Gelang Patah.
Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng,
sewaktu satu jamuan anjuran DAP Kluang di Kluang malam tadi, lapor Roketkini. (Gambar atas)
Sewaktu pengumuman dibuat di hadapan ribuan hadirin yang menderma
melalui pembelian meja makan malam tersebut, Liew mendapat sorakan dan
tepukan gemuruh yang membayangkan sokongan yang bakal diperolehi dalam
PRU13 nanti.
Guan Eng yang juga Kerua Menteri Pulau Pinang berkata, Liew juga
sudah berpengalaman sebagai Ahli Parlimen di Pulau Pinang sejak 2008 di
mana beliau berperanan membantu kerajaan negeri menggubal dasar-dasar
untuk rakyat, khususnya bagi golongan berpendapatan rendah.
Selepas
pengumuman dibuat, Liew yang bergegas ke satu majlis ceramah bersama
PAS-DAP yang turut diadakan di Kluangi malam tadi, memberitahu hadirin
yang kebanyakannya orang Melayu bahawa beliau mahu belajar dari penduduk
dan pengundi Kluang untuk membolehkannya memberi perkhidmatan yang
terbaik sebagai wakil rakyat.
“Selepas saya diberi mandat oleh rakyat di Parlimen Bukit Bendera
dahulu, saya banyak belajar daripada pengundi-pengundi saya yang
membolehkan saya faham dan tahu apa yang mereka mahukan. Bukan sahaja
isu-isu tempatan, malah pengundi juga meminta saya membawakan isu-isu
nasional di Parlimen” katanya kepada Roketkini selepas ceramah itu.
Beliau yakin jika ‘Melayu undi DAP, Cina undi PAS’ pendekatan yang
bermaksud pengundi semua kaum tidak takut untuk memilih mana-mana calon
Pakatan Rakyat, ia bukan sahaja dapat memenangkan Kluang, malah Pakatan
akan Berjaya menubuhkan kerajaan yang baru.
Menurut Liew, beliau sanggup meninggalkan kerusi Parlimen Bukit
Bendera yang dimenanginya dengan majoriti 16,000 undi dalam PRU 2008
untuk mengadu nasib di Kluang semata-mata mahu membawa harapan baru ke
arah kerajaan yang bersih, prihatin rakyat dan tidak menindas.
“Dalam perjuangan kita tidak boleh memilih yang ‘selamat’ sahaja.
Jika kita tak berdepan dengan halangan yang besar dengan strategi dan
usaha yang baik, sampai bila-bila kita tak boleh bergerak maju,”
katanya.
Parlimen Kluang mempunyai 51 peratus pengundi kaum Cina manakala
Melayu 38 peratus dan India hampir 10 peratus dalam kawasan yang
mempunyai hampir 83,000 pengundi. BN menguasai kerusi itu sejak lebih 30
tahun lalu.
5.
BAHAGIAN LAFAZ TALAK LAFAZ SARIH> lafaz yg jelas pada zahirnya
mmbawa erti talak,, spt”aku mntalakkan kamu/aku ceraikn kamu” LAFAZ
KINAYAH> lafaz/kata2 yg boleh bawa erti talak/ bkn talak,,spt
“prgilah engkau dr rumah ini”/”prgilah engkau kpd kluarga kau”,,tp lafaz
kinayah ni tdk sah mlainkan disertai dgn niat cerai..
6. RUKUN & SYARAT SAH TALAK
7.
KESAN TALAK Jika talak raj’i, isteri berhak dapat nafkah seperti tempat
tinggal semasa dalam iddah Isteri berhak dapat muta’ah[saguhati] jika
penceraian atas kehendak suami. Jika talak bain sughra akad perkahwinan
yg baru diperlukan jika suami ingin mengahwininya semula. Suami isteri
brhak membahagi harta perkongsian selepas penceraian[tnpa rujuk]
mengikut bahagian msing2..
8. HIKMAH TALAK Sbg jln trakhir
pnyelesaian mslh & kkusutn rumahtangga. Mengelakkn prmusuhn yg
brtrusn & sifat dndam. Utk mmbina & mmilih khdpn baru yg lbh
baik.. Mghlgkn tknn prsaan antra suami isteri Sbg pengjrn supaya hati2
dlm mngruskn rumhtngga tnpa mngkut hawa nafsu.
9. RUJUK DaRI
SEGI BAHASA> kembali DaRI SEGI ISTILAH SYARAK> suami mengembalikan
isteri yang ditalak dengan talak raj’i kepadanya ketika isteri masih
dalam iddah tanpa memerlukan akad yang baru
10. SYARAT SAH
RUJUK Suami [org yg merujuk] Hndklh berakal & baligh Berlaku rujuk
dalam tempoh idah Isteri [prmpuan yg ditalak] isteri yg sbnr yg tlh
ditalaknya Rujuk berlaku tanpa diikat dgn waktu/ syarat trtentu Talak
rajai’ tapi bkn talak bain’
11. SUAMI YG HNDK RUJUK MSTILAH
MELAFAZKAN KATA2 RUJUK KPD ISTERINYA/ MANA2 LAFAZ SAMA ADA SORIH/KINAYAH
CONToHNYA>’’aku rujuk kpd engkau ke pangkuanku/ aku ingin berbaik2
semula’’ DISUNATKN DUA ORG SAKSI UTK KEMASLAHATANNYA..
12.
HIKMAH RUJUK Mengelakkan drpd keruntuhan institusi keluarga Utk
mmbtulkan kesilapan lalu yg dilakukan Merapatkan silaturrahim Menanamkn
sifat pemaaf & syukur dlm jiwa seseorg Mengelakkan perasaan dendam
& permusuhan
13. IDDAH DARI SEGI BAHASA> bilangan kerna
mngdungi bil.kuru’[suci] & bil. Buln DARI SEGI ISTILAH SYARAK>
tempoh mnunggu bg seseorg isteri utk mngtahui ksucian rahimnya, mmtuhi
printh Allah/ brdukacita ats kmtian suaminya,, HUKUMNYA> wajib keats
prmpuan yg brcrai dgn cara talak/fasakh/kmatian suami
14.
BAHAGIAN EDAH & TEMPOHNYA Edah Kuru’ Edah Prmpuan Yg Berhaid..
Tempohnya> Slma 3 Kali Suci 2. Edah Kiraan Bulan Edah Prmpuan Tiada
Haid/ Putus Haid Tempohnya> Slama 3 Bulan 3. Edah Mengandung Edah
Isteri Yang Hamil Tempohnya>shingga Mlahirkan Anak 4.Edah Kematian
Edah Prmpuan Kmatian Suami Tempohnya> 4 Bulan 10 Hari
16.
HAK ISTERI SEMASA IDDAH Isteri yg ditalak[raj’i] brhak dpt nafkah, tmpt
tggl & pakaian. Tidak boleh mnyakiti/ mmudrtkn yg brtjuan utk
mngluarknnya drpd tmpt kdiaman. Jika isteri trsbut sdg mngndung, dia
brhak dpt nafkah, tmpt tggl & pakaian shhga dia mlahirkn anak. Jika
dia sdg mnyusukn anak, dia hndklah mndpt upah drpd penyusuan trsbut. Hak
nasab>anak yg dilahir ketika iddah brhak dpt nasab. Brhak dpt hak
waris jika suami mnggl sblum tamat Iddah
17. FASAKH DARI SGI
BAHASA> batal DARI SEGI ISTILAH SYARAK> mmbatalkan akad
perkahwinan dgn sbb2 yg trtentu melalui kuasa hakim atas permintaan
isteri/ suami Penceraian melalui kaedah ini tidak boleh rujuk kmbali
kcuali dgn akad yg baru
18. SEBAB2 YG MMBOLEHKN FASAKH Slps
brlaku akad, trnyata isteri adlh mahram kpd suami sama ada dgn sbb
nasab/persemendaan/penyusuan. Jika brlaku murtad drpd slh seorg drpd
suami isteri trsbut. Jika slh seorg antra suami/isteri yg kafir mmluk
islam sdgkn seorg lg ttap dgn agama aslnya. Suami tidak mmpu/cuai dlm
beri mahar/nafkah Brlaku kccatn/keaiban spt>gila, pnyakit kusta,
pnyakit sopak, kcctan organ seks kpd laki/prmpuan. Fasakh kerana
lian’[suami brsmpah mnuduh isteri brzina tnpa saksi] Kerana tidak
sekufu/setaraf dlm bbrapa aspek trtentu
19. KESAN FASAKH
Trputus ikatn prkhwinan & tidak boleh rjuk kcuali dgn akad yg baru
Fasakh tidak mngurangi jmlh talak> suami boleh kahwin dgn bks
isterinya walaupn dh 3 kali fasakh Talak suami tidak boleh brlaku smsa
isteri dlm edah fasakh Fasakh yg brlaku sblm prstubuhn mnybbkn hak
isteri utk dptkn mahar trbtl tapi kalu brlaku slps prstubuhn, isteri
brhak dpt mahar musma. Isteri tidak brhak dpt dpt mutaah[saguhati] jika
dia yg mohon fasakh Isteri tidak brhak dpt nafkah dlm iddah fasakh tidak
kira dia hamil/tidak, tapi brhak dpt tmpt tinggal.
20. HIKMAH
FASAKH DPT MMNUHI KMASLHATN & MENOLAK KEMUDARATAN 2. MNNGKN HATI
& JIWA DRPD KKUSUTN & KSULITAN 3. MNGELAKKN DRPD KAUM WNITA
DIANIAYA & DIZALIMI OLEH SUAMI YG tidak BRTGGUNGJWB 4. MENUNJUKKN
KEADILN ISLAM, JIKA SUAMI MMPUNYAI HAK TALAK ISTERI MMPUNYAI HAK FASAKH
5. MMBERI PELUANG KPD SUAMI ISTERI MMBINA KHIDUPN YG LBIH BAIK
21.
KHULUk DARI SEGI BAHASA> CABUT/ TANGGAL DARI SEGI ISTILAH
SYARAK>PRPISAHN ANTARA SUAMI ISTERI DGN BYRN[TUKARAN] TRTNTU KPD
SUAMI MLALUI LAFAZ TALAK/KHULUk CTH LAFAZ KHULUk> “aku talak kamu dgn
byran ………..” HUKUMNYA> harus utk kemaslhatn & mnolak kmudratn
>haram jika suami sengaja menzalimi isteri supaya isteri minta khulu’
23. KESAN KHULUk ISTERI YG DICERAIKN MLALUI
KHULUk tidak boleh RUJUK KCUALI DENGAN AKAD YG BARU 2. KHULUk MNGURGKN
BIL. TALAK YG DIMILIKI OLEH SUAMI [DIKIRA TALAK SATU] 3. ISTERI MSTI
MNGLUARKN BYRAN YG DIPRSETUJUI KEPADA SUAMI 4. KTIKA BERidDAH, ISTERI
tidak BRHAK MNDPT NAFKAH KCUALI JIKA HAMIL 5. ISTERI BERHAK DAPAT TMPT
TGGL SMASA idDAH
24. HIKMAH KHULU’ UTK MMBINA KHIDUPN BARU YG
LBIH BAIK WASILAH KEPADA WANITA UTK BIASAKN DIRI DRPD LAKI YG tidak
DISUKAI/ZALIM TRHDPNYA PRPISHN YG BRLAKU DGN KEREDHAAN KEDUA2 PIHAK
MLPSKN LELAKI DRPD BBANAN TALAK SPT NAFKAH &MUTAAH MNOLAK KMUDRATN
& KSULITN SRTA MMNUHI KMSLAHATN UTK BERI KEADILAN KPD SUAMI/ISTERI
MNGELAKKN PRMUSUHN & DNDAM
25. PERBEZAAN ANTRA TALAK,
FASAKH & KHULUk KHULUk Hak isteri mminta drpd suami dgn prsetujuan
Tidak boleh rujuk kcuali dgn akad yg baru Isteri diknakn byarn gnti rugi
kpd suami Isteri tidak mndpt hak mutaah FASAKH Suami & isteri
mmpunyai hak mnuntut[mlalui kadi] jika sbb munasabah Tidak boleh rujuk
kcuali akad yg baru Tiada byran dgn sbb fasakh Tiada mutaah jika isteri
mohon fasakh TALAK 1.Kuasa suami mnceraikn isteri dgn sbb trtntu 2.
Talak rajai’ boleh dirujuk 3. Tiada bayaran dgn sbb talak 4. Isteri
brhal dpt mutaah jika pnceraian ats khndk suami
26. The End harap dapat faham tajuk ni,, sekian…
SELEPAS PERCERAIAN:
APAKAH HAK WANITA YANG PERLU DITUNTUT
Oleh : Ghafani bin Awang Teh
Hak-Hak Isteri Selepas Bercerai i. Tuntuan Mutaah ii. Tuntutan Nafkah Eddah iii. Tuntutan Hadhanah (Hak Jagaan Anak)Anak Antara Bapa Dan Ibu Bercerai Bersama AnakAnak Diluar Nikahiv. Tuntuan Nafkah Anak v. Tuntutan Harta Sepencarian vi. Tunggakan HutangProsedur Membuat Tuntutan HutangKesimpulan
Pendahuluan
Mengenai hak-hak wanita selepas diceraikan suami, Allah swt telah menyatakan
:
"Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu bertempat tinggal menurut
kemampuanmu dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan mereka. Dan
jika mereka (isteri-isteri yang sudah ditalak) itu sedang hamil, maka berikanlah
kepada mereka nafkahnya hingga mereka bersalin, kemudian jika mereka menyusu
(anak-anak)mu untukmu maka berikanlah kepada mereka upahnya dan musyawarahkanlah
antara kamu (segala sesuatu) dengan baik dan jika kamu menemui kesulitan maka
perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya". ( Surah at-Talak : 6 )
Demikian Allah memberi panduan mengenai hak-hak wanita selepas diceraikan
suami. Ini bermakna tanggungjawab suami memberi nafkah kepada isteri dan
anak-anak bukan sahaja semasa hidup bersama tetapi juga selepas bercerai dengan
isteri.
Hak-Hak Isteri Selepas
Bercerai
Seseorang wanita yang diceraikan oleh suaminya boleh membuat beberapa
tuntutan atas bekas suaminya di Mahkamah Syariah. Tuntutan-tuntutan itu ialah :
i. Tuntuan Mutaah
Mutaah ialah sejumlah harta di mana suami wajib memberi kepada bekas
isterinya yang pernah disetubuhi jika perceraian itu bukan berpunca dari
isteri dan bukan kematian suami. Dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat
mengenai Mutaah:
" Kepada wanita-wanita yang diceraikan (hendaklah diberikan oleh
suaminya) Mutaah menurut yang ma’aruf sebagai suatu kewajiban bagi
orang-orang yang bertaqwa". (Surah Al-Baqarah : 241)
Dalam ayat yang lain pula Allah swt menyatakan:
"Tidaklah kamu bersalah jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu sebelum
kamu bercampur dengan mereka atau sebelum kamu menetapkan mas kahwin untuk
mereka. Walaupun demikian, hendaklah kamu memberi Mutaah (pemberian saguhati)
kepada mereka iaitu suami yang senang menurut kemampuannya dan suami yang miskin
menurut kemampuannya sebagai pemberian saguhati menurut yang patut lagi menjadi
satu kewajiban atas orang-orang yang mahu berbuat kebajikan". (Surah Al-Baqarah : 236)
Firman Allah swt :
"Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu berkahwin dengan
perempuan-perempuan yang beriman kemudian kamu ceraikan mereka sebelum
menyentuhnya, maka tiadalah kamu berhak terhadap mereka mengenai sebarang eddah
yang kamu boleh hitungkan masanya. Oleh itu, berilah Mutaah (pemberian saguhati)
kepada mereka dan lepaskan mereka dengan cara yang sebaik-baiknya". (Surah Al-Ahzab : 49)
Mutaah itu boleh sama ada berbentuk pakaian, barang-barang atau wang sesuai
dengan keadaan dan kedudukan suami. Islam tidak menetapkan kadar mengenai Mutaah
ini. Dasar penetapannya bergantung kepada keredhaan dan persetujuan suami
isteri. Walau bagaimanapun, jika kadarnya menjadi pertelingkahan suami isteri,
maka Mahkamah Syariah akan memutuskan kadar yang patut berdasarkan kemampuan
suami.
Dalam kes Tengku Anum Zaharah lwn Dato Dr. Hussein (1980, Jld.3 J.H.) Peguam
bagi pihak menuntut (isteri) telah merujuk kepada kes Hasan bin Ali bin Abi
Talib yang mana semasa beliau menjadi khalifah telah menceraikan isterinya dan
memberi 10,000 dinar sebagai Mutaah. Peguam iu berhujah pihak yang kena tuntut
(suami) seorang yang berkemampuan. Yang Arif Kadi Besar selangor (pada masa itu)
telah merujuk surah Al-Ahzab ayat 49 dan memutuskan pihak yang menuntut (isteri)
berjaya menuntut Mutaah sebanyak RM25,200 sebagaimana yang dituntutnya.
Apa yang nyata berdasarkan kes ini, walaupun seseorang wanita itu mempunyai
pendapatan yang baik, ia tetap menuntut haknya kerana perceraian itu atas
kehendak suami.
Dalam Islam pemberian Mutaah ini bertujuan:
Seseorang isteri lazimnya bergantung hidup kepada suami. Oleh itu apabila ada
pemberian Mutaah ini, maka bekas isteri bolehlah menggunakannya sebagai modal
untk berdikari dan memulakan hidup baru selepas bercerai.
Menghilangkan rasa malu dan prasangka buruk terhadap isteri. Pada kebiasaaannya
terdapat anggapan masyarakat bahawa seseorang wanita yang diceraikan kerana ada
sesuatu aib pada dirinya. Oleh itu pemberian Mutaah itu bermakna perceraian itu
bukan berpunca dari bekas isteri.
Untuk menentukan perceraian itu dibuat secara baik dan sebagai penghargaan suami
terhadap isteri atas sumbangan dan peranan yang diberikan oleh isteri.
ii. Tuntutan Nafkah Eddah
Seseorang isteri yang diceraikan oleh suami selepas disetubuhi, wajib
bereddah. Hikmah bereddah ialah supaya dalam waktu eddah talak rajie
ini, suami dan isteri itu berfikir panjang dan merasa bagaimana pahit
getirnya perceraian. Walau bagaimanapun, bagi seseorang isteri yang
diceraikan dalam talak rajie berhak mendapat nafkah dengan syarat:
a. Isteri itu
diceraikan secara talak rajie (talak yang boleh dirujuk), dalilnya ialah Nabi
Muhammad saw bersabda,
"Hanya nafkah dan tempat kediaman untuk perempuan yang boleh dirujuk oleh
suaminya". (Riwayat Ahmad dan An-Nasa’i)
Pendapat ini adalah sepakat mazhab empat.
b. Isteri yang hamil yang ditalak dengan talak
bain (tidak boleh dirujuk) berhak juga mendapat nafkah sehingga anak itu lahir.
Ini berdasarkan firman Allah swt:
"Kalau mereka itu hamil, maka berilah nafkah keapda mereka hingga
mereka melahirkan anaknya". ( Surah At-Talaq: 6)
Fuqaha bersepakat dalam perkara ini di mana perempuan itu berhak mendapat
nafkah, pakaian dan tempat tinggal hingga anak itu lahir.
Seseorang isteri yang mengandung sememangnya menghadapi keletihan dan
tekanan perasaan memikirkan tentang kesempurnaan bayi kandungannya. Apabila
berlaku perceraian kesannya akan menambahkan lagi penderitaan di mana
kemungkinan besar memberi kesan kepada kesempurnaan bayi dan menganggu kesihatan
si ibu. Oleh itu sebagai langkah untuk mengurangkan tekanan perasaaan dan
menjaga kepentingan anak dalam kandungannya maka Islam memutuskan bahawa
perempuan hamil walaupun diceraikan secara talak bain berhak juga mendapat
nafkah eddah.
c. Perempuan tidak hamil yang diceraikan secara
talak bain, tidak berhak mendapat nafkah, pakaian dan tempat kediaman. Ini
adalah pendapat Jumhur Fuqaha dengan alasan ketika nabi Muhammada saw mengulas
mengenai talak tiga ia menyatakan:
"Tidak ada hak untuknya bagi tempat kediaman dan nafkah". (Riwayat Ahmad dan Muslim)
Walau bagaimanapun, menurut Hanafi perempuan dalam kes ini berhak mendapat
nafkah kerana Allah swt berfirman:
"Berikanlah mereka itu tempat kediaman sebagaimana tempat kediaman
kamu dari kekayaaan kamu". (Surah At-Talak : 6)
Menurut Hanafi kehendak ayat ini adalah umum sama ada perempuan itu dalam
eddah talak rajie atau talak bain semuanya mendapat nafkah.
d. Isteri yang dalam eddah kerana kematian suami
tidak berhak mendapat nafkah eddah meskipun ia dalam kaeadaan hamil. Mengenai
perkara ini Nabi Muhammad saw menjelaskan:
"Tidaklah mendapat nafkah bagi perempuan hamil yang kematian suami". (Riwayat Darul-Qutni)
Pendapat ini adalah sepakat Fuqaha kerana pada kebiasaaannya seseorang yang
diceraikan kerana kematian suami boleh membeuat tuntutan pusaka ke atas harta
peninggalan suami dan tanggungjawab suami itu dianggap terhapus.
e. Isteri hendaklah taat dan patuh kepada suami
iaitu isteri tidak nusyuz. Menurut kitab Kifayah Al-Akhyar Juz 29 halaman 48
menyatakan:
"Apabila seseorang isteri nusyuz maka gugurlah hak isteri untuk menerima
nafkah, pakaian dan giliran".
Dalam kes Syarifah Sapoyah lwn Wan Alwi (1988 Jld. VI-II J.H.) Yang Arif Kadi
Besar Sarawak Awang Pon bin Awang Sebon ketika memutuskan kes itu berhubung
dengan tuntutan nafkah eddah menyatakan:
"Menurut Hukum Syarak seseorang isteri yang telah diceraikan oleh suaminya
berhak mendapat nafkah eddahnya sekiranya seseorang isteri itu diceraikan dengan
talak rajie atau dengan talak bain sedangkan si isteri mengandung dan isteri
tersebut tidak melakukan perbuatan yang dianggap nusyuz. Dalilnya ialah:
"Dari Fatimah binti Qais bahawa Rasulullah saw menyatakan hanya perempuan
yang berhak mengambil nafkah dan rumah kediaman bekas suaminya apabila suami
berhak rujuk kepadanya". (Riwayat Ahmad dan An-Nasa’i)
Menurut kitab Al-Fiqhu ‘Ala Mazahib Al-Arba’ah Juzuk 4 karangan Abdul Rahman
Al-Jazini menerangkan :
"Isteri yang ditalak rajie wajib mendapat hak nafkah eddah tidak kira
sama ada ia merdeka, hamba, mengandung atau tidak mengandung".
Menurut Kadi Besar Pulau Pinang Hj. Harussani bin Hj. Zakaria (pada masa itu)
ketika memutuskan kes Noor Bee lwn Ahmad Shanusi (1978 Jld. 1 J.H.) menyatakan:
"Hak nafkah eddah jika tidak dijelaskan semasa edddah maka ia menjadi
hutang ke atas suami yang menceraikan isterinya. Tetapi tempat kediaman jika
tidak dituntut semasa dalam eddah maka hak itu terluput", berdasarkan
pandangan kitab Kifayah Al-Akhyar Juz 2 halaman 85 ;
"Jika sebahagian atau keseluruhan masa eddah telah berlalu dan isteri
(yang diceraikan) tidak menuntut hak tempat tinggal maka gugurlah hak itu dan
tidak menjadi hutang ke atas suami yang menceraikan isterinya".
Ini bermakna seseorang isteri yang diceraikan berhak mendiami tempat tinggal
dan mendapatkan nafkah dari bekas suaminya dalam tempoh eddah berdasarkan
syarat-syarat di atas.
iii. Tuntutan Hadhanah
(Hak Jagaan Anak)
Hadhanah bermakna pemeliharaan anak lelaki atau perempuan yang masih
kecil yang belum boleh berdikari, menjaga kepentingan anak,
melindunginya dari segala yang membahayakan dirinya, mendidik rohani dan
jasmani serta akalnya supaya si anak dapat berkembang dan dapat
mengatasi persoalan hidup yang akan dihadapinya.
Dalam Islam, hukum memelihara anak adalah satu kewajiban ibu bapa kerana si
anak memerlukan asuhan dan kasih sayang ketika dalam proses pertumbuhan
hidupnya. Persoalan yang timbul ialah siapa yang berhak memelihara dan
menjaga anak jika ibu bapa bercerai-berai?
Menurut sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar,
"Bahawasanya seseorang perempuan telah datang menemui Rasulullah saw dan
bertanya: "Ya Rasulullah, bahawa anankku ini, perutkulah kandungannya,
susukulah minumannya dan ribaanku rumahnya tetapi bapanya telah
menceraikan aku dan hendak merampas anak itu daripada aku". Selepas
mendengar aduan itu Rasulullah saw bersabda,"Engkaulah yang lebih berhak
menjaga anak itu selagi engkau belum berkahwin lain". (Riwayat Abu Daud)
Hadith ini menetapkan bahawa ibu adalah lebih berhak terhadap pemeliharaan
anak daripada ayah. Berdasarkan kepada kiasan hadith tersebut ternyata orang
perempuan lebih diutamakan tentang hak pemeliharaan anak, kemudiannya barulah
diikuti oleh orang lelaki. Islam mengutamakan perempuan dalam hal hadhanah ini
kerana ibu lebih sayang kepada anaknya, lebih tahu bagaimana mendidiknya dan
lebih sabar dalam mengasuh anaknya daripada ayah. Demikian juga mempunyai masa
yang luas berdampingan dan bermanja dengan anak-anak berbanding dengan bapa yang
selalu sibuk dengan tugas di luar.
Dalam kes Zawiyah lwn Ruslan (1980 Jld. 1, 2 J.H.) Yang Arif Kadi Besar
Pulau Pinang Hj. Harussani bin Hj. Zakaria (pada masa itu) ketika memutuskan kes
itu menyatakan anak-anak yang belum mumaiyyiz diserah kepada ibunya berdasarkan
hujah kitabKifayah Al-Akhyar Juz 2 halaman 93:
"Apabila mencerai seseorang lelaki akan isterinya dan ia mempunyai anak
dengan isteri itu maka si isteri berhak memelihara anak itu sehingga anak itu
berumur tujuh tahun (mumaiyyiz)".
Hak hadhanah akan terlucut sekiranya si isteri itu mempunyai salah satu
syarat sepertimana berikut:
"Dan syarat-syarat hadhanah itu tujuh perkara iaitu berakal, merdeka,
beragama, lemah lembut, amanah, tidak bersuami dan bermukim. Sekiranya kurang
salah satu syarat itu maka gugurlah hak hadhanah itu".
Ini bermakna anak-anak yang belum mumaiyyiz diserah kepada ibunya. Persoalan
yang timbul ialah apakah had umur untuk menentukan mumaiyyiz itu? Sebenarnya
Fuqaha berselisih pendapat mengenai had umur mumaiyyiz ini. Walau bagaimanapun
menurut kebiasaan, bagi lelaki yang telah mencapai umur 7 tahun dianggap
mumaiyyiz manakala perempuan pula apabila berumur 9 tahun. Apabila pemeliharaan
anak itu dimulai dari ibu maka para Fuqaha mengambil kesimpulan bahawa kerabat
dari ibu lebih berhak mengasuh daripada kerabat bapa. Jika ibu hilang kelayakan
hak jagaan anak maka anak itu diserah kepada nenek sebelah ibu hingga ke atas
(butir-buti penuh lihat lampiran ‘A’).
Dalam kes Rugayah lwn Bujang (1987 Jld. VI, I J.H.) Yang Arif Kadi Besar
Wilayah Persekutuan Syeikh Ghazali bin Hj. Abd. Rahman telah memutuskan hak
jagaan anak yang mumaiyyiz adalah diberi pilihan kepada anak-anak itu siapakah
yang ia mahu sama ada tinggal dengan ibu atau bapa dengan berdasarkan sebuah
hadith:
"Bahawa Rasulullah saw telah menyuruh seorang anak yang sudah mumaiyyiz
supaya memilih sama ada ibu atau bapa yang dia suka tinggal". (Riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)
"Hendaklah kamu berdua membuang undi tentang anak kamu, maka berkata suami
perempuan itu, "Siapakah yang boleh menentang saya berkenaan anak saya (bererti
suami itu tidak bersetuju cara membuang undi)". Lalu Rasulullah saw menyuruh
anak itu memilih antara ibu atau bapa dengan sabdanya: "Ini bapa engkau dan ini
ibu engkau, pilihlah siapa antara kedua-duanya yang engkau suka tinggal
bersama". Maka anak itu pun memilih ibunya dengan memegang tangan ibunya itu.
Lalu perempuan itu pun membawa anaknya itu pulang bersama". (Riwayat Abu Daud, An-Nasa’i dan Tirmizi)
Dalam hadith yang lain:
"Seorang perempuan datang menemui Rasulullah saw dan bertanya: "Ya
Rasulullah, suamiku hendak membawa anakku, pada hal anakku sudah pandai mencari
air untukku ke perigi Abu Inabah". Rasulullah menjawab: "Ini ayahmu dan ini
ibumu, peganglah tangan ibumu. Kemudian perempuan itu pergi bersama anaknya".
Ini bermakna anak-anak yang mumaiyyiz diberi pilihan sendiri untuk menentukan
siapa penjaganya sama ada ibu atau bapa. Persoalan yang timbul ialah jika anak
itu berdiam diri? Menurut kitab Fathul-Muin dalam fasal hadhanah menyatakan anak
itu lebih utama diserahkan kepada ibunya.
Berkata Ibnul-Qaiyim: "Sesungguhnya kita menyerahkan anak kepada bapa atau
ibunya adalah bertujuan untuk menjaga kemaslahatan anak. Kalau anak
tinggal bersama ibunya maka kemaslahatannya lebih terjamin. Maka anak itu
diserahkan kepada ibunya meskipun anak itu memilih bapanya kerana memang pilihan
anak itu belum tepat acap kali tersalah pilih. Selanjutnya Ibnul-Qaiyim berkata:
"Aku dengar gutuku berkata: "Telah berselisih faham dua orang ibu bapa di
hadapan hakim tentang siapa yang akan memelihara anaknya. Kemudian hakim
menyuruh anak itu supaya memilih antara ibu atau bapanya. Lalu anak itu memilih
bapanya. Berkata ibunya kepada hakim:"Cubalah tuan hakim tanya kepada anak itu
apa sebabnya anak itu memilih bapanya? Lalu hakim bertanya kepada anak itu. Anak
itu menjawab: "Ibuku menghantarku ke tempat mengaji Al-Quran tiap-tiap hari dan
guru-guru acap kali memukulku. Manakala bapaku membiarkanku bermain-main bersama
kawan-kawan, sebab itu aku suka tinggal dengan bapaku". Mendengar demikian,
hakim memutuskan untuk menyerahkan anak itu kepada ibunya dengan menyatakan:
"Engkau lebih berhak memelihara anak itu".
Demikian pandangan Ibnu Qaiyim. Menurut Syed Sabiq dalam kitabnya ýFiqh
As-Sunnah Juz 8 halaman 219 menyatakan: "Sesungguhnya setiap penjaga dan anak
jagaan masing-masing mempunyai hak. Akan tetapi hak anak atau kemaslahatan anak
lebih penting dari hak penjaganya".
Berdasarkan maksud Seksyen 84(1) Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah
Persekutuan, dianggap belum mumaiyyiz bagi kanak-kanak lelaki ialah dari bayi
hingga berumur 6 tahun. Manakala kanak-kanak perempuan pula dari bayi
hingga berumur 8 tahun. Ini bermakna kanak-kanak lelaki yang telah mencapai umur
7 tahun dan kanak-kanak perempuan yang telah mencapai umur 9 tahun dianggap
mumaiyyiz. Walau bagaimanapun dalam Seksyen 84(2) keputusan yang dibuat oleh
anak tidak mutlak kerana Mahkamah boleh memerintahkan keputusan yang berlawanan
dengan pilihan anak.
Anak Antara Bapa Dan Ibu
Ulama Syafi’iyah berkata: Apabila anak tersebut lelaki dan ia memilih
ibunya, anak itu boleh tinggal di tempat ibunya pada malam hari, pada
siangnya bapa boleh mengambilnya untuk disekolahkan atau bekerja. Kerana
tujuan mengasuh anak adalah untuk kebaikan. Apabila si anak memilih
bapanya maka anak tinggal bersama bapanya siang malam tetapi tidak boleh
dicegah apabila si anak ingin menjenguk ibunya. Mencegahnya akan
menyebabkan si anak derhaka kepada ibunya dan memutuskan hubungan dengan
ibunya. Apabila si anak sakit maka ibu lebih berhak untuk merawatnya
kerana sakitnya itu menyebabkan si anak seperti anak kecil yang
memerlukan layanan, kerana itu si ibu lebih berhak mengasuhnya.
Apabila anak itu perempuan dan ia memilih salah satu antara dua orang tuanya
maka ia boleh tinggal di tempat orang tua lain, asalkan tidak terlalu
lama. Kerana perceraian antara suami isteri menyebabkan kedua-dua bekas
suami isteri itu tidak sesuai untuk berada di satu tempat. Apabila anak
perempuan itu sakit maka ibunya lebih berhak merawat di rumahnya.
Apabila salah satu orang tuanya sakit sedangkan si anak tidak serumah
dengannya maka si anak tidak boleh dicegah untuk menjenguknya atau untuk
hadir di tempat orang tuanya yang meninggal dunia.
Bercerai Bersama Anak
Ibnu Qaiyim berkata: "Apabila salah seorang antara orang tuanya
berpergian kerana adanya suatu keperluan, tetapi akan kembali dan
lainnya tidak berpergian maka orang yang tidak berpergian lebih berhak
mengasuhnya kerana berpergian dengan membawa anak kecil terutama yang
masih menyusu akan menyusahkan si anak. Apabila salah seorangnya
berpindah untuk menetap di tempat lain sedang tempat yang dituju atau
perjalanannya mengkhuatirkan maka orang tua yang mukim lebih berhak
mengasuhnya. Apabila perjalanannya aman, ada dua pendapat:
Bahawa asuhan anak itu diserahkan kepada bapa agar bapa dapat tetap mendidik
anaknya. Pendapat ini adalah juga pendapat Malik dan Syafi’i. Pendapat ini juga
dipraktikkan oleh Qadhi Syuraih.
Bahawa ibunya lebih berhak mengasuh anaknya. Pendapat lain mengatakan bahawa
apabila yang pergi itu bapanya maka ibu lebih berhak mengasuhnya. Kalau ibunya
pergi ke daerah asalnya maka ibu itulah yang lebih berhak mengasuhnya. Apabila
si ibu pergi ke tempat lain maka bapanyalah yang lebih berhak mengasuhnya.
Demikianlah pendapat Abu Hanifah.
Pada prinsipnya kita meninjau dan meneliti mana yang paling baik untuk
si anak dan lebih bermanfaat, apakah dapat memelihara dan dapat menjaga
si anak. Anak itu pergi bersama salah seorang antara kedua-dua orang
tuanya ataupun tidak ikut, sama sahaja, asalkan tidak menyebabkan
putusnya hubungan anak dengan orang tuanya. Apabila ada maksudnya
menyusahkan si anak maka si anak tidak boleh diajak pergi.
Anak Diluar Nikah
Kadangkala juga timbul masalah sepasang suami isteri yang pada asalnya
mereka bersekedudukan dan melahirkan anak. Selepas itu mereka kahwin.
Apabila berlaku perceraian, anak itu menjadi bahan rebutan. Persoalan
yang timbul ialah siapakah yang berhak menjaga anak yang tak sah taraf
itu? Menurut Seksyen 85 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah
Persekutuan menyatakan:
"Penjagaan kanak-kanak tak sah taraf adalah semata-mata pada ibu dan
saudara mara ibu". Ibu itu yang mengandung dan melahirkannya maka ia berhak menjaga dan
menafkahkannya. Anak di luar nikah dianggap tidak mempunyai bapa. Oleh
itu di luar bidang kuasa lelaki itu untuk membuat tuntutan.
iv. Tuntuan Nafkah Anak
Dalam Islam hak mendapat kehidupan bagi si anak merupakan hak anak yang
tidak boleh diganggu dan disekat. Hak hidup itu juga bererti menjadi
kewajiban orang tua memelihara dan memberi bekal ilmu kepada anak
sehingga anak itu boleh berdikari. Firman Allah swt:
"Kalau mereka itu (bekas isterimu) menyusukan anakmu maka berilah upah
mereka". (Surah At-Talak : 6)
Dalam ayat yang lain Allah swt menerangkan:
"Janganlah seseorang itu menderita kesengsaraan kerana anaknya dan
seorang bapa kerana anaknya dan waris pun berkewajiban demikian". (Surah Al-Baqarah : 233)
Dari sebuah hadith yang diterangkan oleh Aisyah r.a. bahawa Rasulullah saw
bersabda:
"Hindun pernah bertanya: "Ya Rasulullah, sesungguhnya Abu Sufian (suami
Hindun) seorang lelaki yang sangat bakhil. Ia tidak pernah memberi belanja
kepadaku yang dapat mencukupi diriku dan anakku kecuali apa yang aku ambil dari
hartanya itu, sedangkan ia tidak mengetahuinya". Kemudian Rasulullah saw
menjawab: "Ambillah apa yang sekiranya boleh mencukupi dirimu dan anakmu dengan
cara yang makruf". (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Berdasarkan dalil-dalil di atas ternyata seseorang bapa wajib memberi nafkah
untuk anak-anaknya dengan syarat:
Bahawa anak itu belum boleh berdikari. Bagi anak perempuan sehingga ia berkahwin
atau sehinga ia ada pekerjaan.
Bahawa anak itu miskin tidak mempunyai harta sendiri untuk menafkahkannya.
Bapa itu mampu memberi nafkah.
Apabila anak itu telah baligh dan boleh berdikari maka bapa tidak wajib
lagi memberi nafkah untuk anak itu. Begitu juga jika anak itu
mempunyai harta sendiri meskipun dia masih kecil maka bapa tidak wajib
memberi nafkah kepada anaknya. Pendapat itu adalah sepakat Fuqaha.
Kadangkala terdapat sepasang suami isteri mengambil anak angkat. Persoalan
yang timbul ialah kedudukan nafkah anak angkat jika ibu bapa angkat itu
bercerai. Yang Arif Pemangku Kadi Besar Wilayah Persekutuan Haji Yahya bin Darus
(pada masa itu) ketika memutuskan kes Rokiah lwn Mohamed Idris (1986, Jld. VI, 2
J.H.) menyatakan anak angkat tidak berhak mendapat nafkah dengan alasan firman
Allah swt:
"Panggillah nama-nama mereka, anak-anak angkat itu dengan panggilan
bapa-bapa mereka itu adalah lebih baik di sisi Allah". (Surah Al-Ahzab : 5)
Dengan bertukar binnya itu bererti tidak tertanggunglah ke atas bapa angkat
nafkah itu. Walau bagaimanpun dalam kes Rosnah lwn Ibrahim (1979, Jld. 1, 2
J.H.) Yang Arif Kadi Besar Pulau Pinang Hj. Harussani bin Hj Zakaria (pada masa
itu) ketika memutuskan kes itu menyatakan anak angkat berhak mendapat nafkah
daripada bapa angkatnya selepas perceraian ibu bapa angkat itu kerana anak
angkat itu diambil dengan persetujuan ibu bapa angkat itu. Anak angkat itu
diambil ketika berumur satu hari.
v. Tuntutan Harta Sepencarian
Tuntutan harta sepencarian adalah lebih berdasarkan kepada undang-undang
adat Melayu. Oleh kerana prinsip harta sepencarian tidak berlawanan
dengan kehendak Syariah Islam maka peruntukan harta sepencarian diterima
sebagai sebahagaian daripda Undang-Undang Islam di Malaysia.
Dalam Al-Quran ada menyebut:
"Orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan dan orang
perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan". (Surah An-Nisaa’ : 32)
Dalam ayat ini dapat kita fahami bahawa hak wanita dalam harta benda itu
bergantung dari apa yang diusahakan.
Menurut Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984, harta
sepencarian ditakrifkan sebagai:
"Harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan
berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak’.
Menurut Kadi Besar Pulau Pinang Hj. Harussani bin Hj. Zakaria (pada masa itu)
ketika memutuskan kes Piah bt. Said lwn Che Lah bin Awang (1983, Jld. 2 J.H.)
harta sepencarian ditakrifkan:
"Harta yang diperolehi bersama-sama suami isteri itu hidup bersama dan
berusaha, sama ada keuda-dua pasanagan itu sama-sama bekerja dalam bidanag yang
sama atau dalam bidang yang berlainan dan sama ada secara rasmi atau tidak rasmi
sama ada dibahagikan tugas atau tidak".
Satu contoh kes di mana sepasang suami isteri memperolehi harta semasa
berkahwin kemudian mereka bercerai. Persoalan yang timbul ialah bagaimana
prinsip harta itu dibahagikan. Menurut Yang Arif Datok wan Ismail bin Mohammad
Salleh ketika memberi keputusan Lembaga Rayuan Wilayah Persekutuan kes Anita
binti Abdullah lwqn Zainuddin bin Hj. Ariffin (1982, 4, JH 73) menyatakan:
Jika ada keterangan yang cukup siapa yang mengusahakan harta itu maka hasil itu
terpulang kepadanya;
Jika tidak ada keterangan yang cukup di atas usaha masing-masing, mereka
dikehendaki bersumpah. Apabila bersumpah semuanya, maka harta itu dibahagikan
sama banyak juga. Jika semuanya enggan bersumpah dibahagikan sama banyak juga.
Jika salah seorang enggan bersumpah, maka harta itu terpulang semua kepada yang
bersumpah. Jika salah seorang atau semuanya telah mati maka hukum bersumpah itu
dipertanggungjawabkan ke atas waris si mati sekiranya waris itu menuntut.
Jika berlaku adat kebiasaaan bahawa salah seorang daripada suami isteri itu
berusaha lebih dari yang lain, maka persetujuan pembahagian hendaklah mengikut
adat kebiasaan itu. Jika persetujuan tidak didapati maka pembahagiannya adalah
seperti (a) dan (b) di atas.
Menurut Ahmad Ibrahim ketika memberi keputusan Lembaga Rayuan Wilayah
Persekutuan bagi kes Mansjur lwn Kamariah (1988, Jld. VI, 2 J.J.)
tentang harta sepencarian menyatakan:
"Apabila timbul pertikaian mengenai kadar pembahagian harta seperncarian,
jika tidak terdapat persetujuan, keputusan diserahkan kepada hakim yang
menggunakan budibicaranya". Ini bermakna hakim akan membuat keputusan
sendiri berdasarkan budi bicaranya".
Persoalan yang timbul ialah bagaimana kedudukan seseorang isteri yang hanya
bertugas sebagai suri rumahtangga sepenuh masa, adakah ia berpeluang menuntut
harta sepencarian? Dalam kes Boto’ binti Taha lwn Jaafar bin Muhammad (1984, 1
J.H.) telah diputuskan bahawa seorang isteri yang hanya bertugas menolong suami
berhak mendapat harta sepencarian. Fakta kesnya adalah seperti berikut:
Pihak menuntut (isteri) telah menuntut harta sepencarian dari bekas suaminya
separuh dari harta yang diperolehi semasa dalam perkahwinan. Harta-harta itu
termasuk tanah, rumah, perahu, jala ikan dan warung ikan (gerai tempat menjual
ikan). Apabila ia (isteri) berkahwin dengan pihak yang kena tuntut (suami) pihak
yang menuntut telah meninggalkan kerjayanya sebagai pembantu kedai di sebuah
restoren dan bertugas sebagai suri rumah di samping membantu tugas-tugas suami.
Yang Arif Hakim Saleh Abas (ketika itu) ketika memutuskan kes itu menyatakan:
"Pihak menuntut (isteri) menemani pihak kena tuntut boleh dikira sebagai
usahanya bersama atau sumbangannya memperolehi pendapatan yang mana telah
menghasilkan harta itu. Memang betul bahawa pihak menuntut (isteri) tidak
mengambil bahagian langsung dalam perniagaan ikan dengan pihak kena tuntut
(suami) akan tetapi kesediaannya berdampingan dengan pihak kena tuntut adalah
menghasilkan ketenangan fikiran yang membolehkannya berniaga dengan berkesan.
Oleh tu adalah kenyataan perkahwinan mereka dan apa yang mereka berbuat semasa
perkahwinan yang menjadikan harta itu sebagai harta sepencarian".
Menurut Kadi Besar Pulau Pinang, Yang Arif Hj. Harussani bin Hj. Zakaria
(pada masa itu) ketika memutuskan kes Nor Bee lwn Ahmad Shanusi (1978, Jld. 1, 2
J.H.) mengenai harta sepencarian:
"Harta sepencarian diluluskan oleh Syarak atas dasar khidmat dan
perkongsian hidup. Isteri mengurus dan mengawal rumahtangga ketika suami keluar
mencari nafkah. Isteri menurut Syarak berhak mendapat orang gaji dalam
menguruskan rumahtangga. Jika tiada orang gaji maka kerja memasak, membasuh dan
mengurus rumah hendaklah dianggap sebagai sebahagian dari kerja yang
mengurangkan tanggungan suami".
Ini bermakna seseorang suri rumahtangga berhak menuntut harta sepencarian
dari suaminya.
vi. Tunggakan Hutang
Selain daripada itu, seseorang isteri boleh membuat tuntutan hutang ke
atas bekas suaminya jika didapati bekas suaminya tidak membayar mas
kahwin, tidak memberi saraan hidup ketika dalam tempoh perkahwinan,
tunggakan nafkah anak dan sebagainya.
Prosedur Membuat Tuntutan
Hutang
Untuk memudahkan mendapat hak-hak tersebut adalah lebih baik menggunakan
peguam. Bagi mereka yang tidak mampu menggunakan khidmat peguam,
bolehlah membuat permohonan kepada Biro Bantuan Guaman. Semua permohonan
itu dibuat kepada Pendaftar Mahkamah Syariah.
Kesimpulan
Sebenarnya cara yang paling baik untuk menyelesaikan hak-hak itu ialah secara
perundingan antara suami dan isteri. Penyelesaian secara rundingan ini
menjimatkan masa, tidak menyusahkan anak-anak dan dapat menjimatkan wang. Jika
tidak ada pilihan lain barulah dibawa ke Mahkamah Syariah.
Apa yang penting ialah hak-hak itu hendaklah dituntut, jika mempunyai alasan
yang cukup. Terdapat kes-kes di mana sebaik sahaja berlaku perceraian si isteri
menunjukkan sikap ego dan sombongnya terhadap suami. Apabila perceraian berlaku
begitu lama barulah menyesal dan mulai bertungkus lumus untuk membuat tuntutan.
Islam adalah agama yang adil dan memberi hak pembelaan yang cukup kepada
kaum wanita. Oleh itu tidak timbul soal Islam menindas kaum wanita. Apa yang ada
ialah wanita Islam itu sendiri bersikap lemah kerana tidak menggunakan
kesempatan yang luas itu untuk kepentngannya.
Lampiran ‘A’
Jika ibu hilang kelayakan maka hak jagaan anak itu berpindah mengikut tertib
seperti berikut:
Nenek sebelah ibu hingga ke atas peringkatnya;
Bapa;
Nenek sebelah bapa hingga ke atas peringkatnya;
Kakak atau adik perempuan seibu sebapa;
Kakak atau adik perempuan seibu;
Kakak atau adik perempuan sebapa;
Anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu sebapa;
Anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu;
Anak perempuan dari kakak atau adik perempuan sebapa;
Ibu saudara sebelah ibu;
Ibu saudara sebelah bapa;
Waris lelaki yang boleh menjadi warisnya sebagai ‘asabah atau residuari.
Soalan:
Saya sedang membaca berkenaan hukum seorang isteri meminta cerai
daripada suami. Saya dapati terdapat hadis-hadis yang melarang daripada
meminta cerai. Pada waktu yang sama terdapat sebuah hadis di mana
seorang isteri dengan mudah telah meminta cerai daripada suaminya di
hadapan Rasulullah, dan baginda mengizinkannya. Jadi bagaimanakah cara
yang betul untuk memahami hadis-hadis ini? Jawapan:
Perceraian adalah satu perkara yang dibolehkan oleh Islam jika semua
usaha untuk membaik-pulih hubungan suami-isteri menemui jalan buntu.
Hadis-hadis yang melarang perceraian, dimaksudkan ialah sengaja meminta
cerai tanpa sebab-sebab yang munasabah. Di antaranya ialah hadis
berikut: Para isteri yang meminta cerai ialah wanita-wanita yang
munafiq. [Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 1186] Namun hadis berikut lebih
terperinci dalam menjelaskan bentuk tuntutan cerai yang dilarang oleh
Islam:
Mana-mana wanita yang meminta cerai daripada suaminya tanpa alasan
yang munasabah, maka haram baginya bau syurga. [Shahih Sunan Abu Daud,
no: 2226]
Maksud alasan yang munasabah ialah umpama suami yang kaki judi,
merampas wang isteri, minum arak, kaki pukul isteri atau apa-apa
pelanggaran syari’at yang lain. Termasuk pelanggaran syari’at ialah
apabila suami secara sengaja tidak melaksanakan peranannya sebagai
qawwamun ke atas isterinya.
Ada pun hadis berkenaan seorang isteri yang dengan mudah meminta
cerai di hadapan Rasulullah, saya percaya hadis yang dimaksudkan ialah
seperti berikut: Sesungguhnya isteri Tsabit bin Qais datang kepada Nabi
dan berkata: “Wahai Rasulullah! Tsabit bin Qais tidak aku cela dalam
akhlak dan agamanya, akan tetapi aku tidak menyukai kekufuran di dalam
Islam.”
Rasulullah bertanya: “Apakah engkau (sudi) mengembalikan kebunnya
kepada (Tsabit, yang sebelum itu diberikan sebagai mas kahwin)?” Isteri
Tsabit menjawab: “Ya.”
Rasulullah bersabda (kepada Tsabit): “Terimalah kebun itu dan talaklah dia dengan talak satu.” [Shahih al-Bukhari, no: 5273]
Zahir hadis menunjukkan Rasulullah membenarkan seorang isteri meminta
cerai meskipun suaminya tidak memiliki masalah dari aspek akhlak dan
agama. Akan tetapi hakikat sebenar tidaklah sedemikian. Isteri Tsabit
adalah seorang yang mulia, beliau tidak mahu mendedahkan aib Tsabit
kepada Rasulullah atau orang lain. Namun apa yang sebenarnya berlaku
antara beliau dan Tsabit dapat diketahui melalui sebuah riwayat lain:
Daripada al-Rubayi’ binti Mu‘awwidz, bahawa Tsabit bin Qais memukul
isterinya hingga tangannya patah. Isterinya (bernama) Jamilah binti
Abdullah bin Ubay.
Kemudian datanglah saudara lelaki (Jamilah) kepada Rasulullah mengadu
berkenaan sikap suami tersebut (Tsabit). Maka Rasulullah mengutus
seseorang kepada Tsabit…… [Shahih Sunan al-Nasa’e, no: 3497]
Berdasarkan riwayat di atas, kesalahan Tsabit bin Qais memang diakui
syarak lagi munasabah untuk Jamilah (isterinya) meminta cerai
daripadanya. Meskipun Jamilah ingin menutupi aib suaminya di depan
Rasulullah, baginda sudah pun mengetahui tentang kesalahan Tsabit
setelah dikhabarkan oleh saudara lelaki Jamilah. Oleh itu Jamilah tidak
meminta cerai daripada Tsabit tanpa apa-apa sebab yang syar’e atau
munasabah.
Kesimpulannya, seorang isteri boleh minta cerai daripada suaminya
jika dia memiliki sebab yang sah dari sudut syarak, kuat lagi munasabah.
Namun hendaklah ingat bahawa ini adalah jalan keluar yang terakhir,
bukan solusi yang awal. Semua perkahwinan akan menghadapi konflik dan
cabaran, tidak ada yang terlepas daripadanya. Apa yang membezakan di
antara satu perkahwinan dengan perkahwinan yang lain ialah usaha yang
dilakukan oleh kedua-dua pasangan untuk saling memperbaiki suasana dan
belajar dari kesilapan masing-masing.
Sumber: http://www.hafizfirdaus.com/
Perceraian dalam Islam
Di dalam Islam,
penceraian merupakan sesuatu yang tidak disukai oleh Islam tetapi
dibolehkan dengan alasan dan sebab-sebab tertentu. Penceraian boleh
dilakukan dengan cara talak, fasakh dan khuluk atau tebus talak.
Talak
Talak menurut bahasa bermaksud melepaskan ikatan dan menurut syarak pula, talak membawa maksud melepaskan ikatan perkahwinan dengan lafaz talak dan seumpamanya. Talak merupakan suatu jalan penyelesaian yang terakhir sekiranya suami dan isteri tidak dapat hidup bersama dan mencari kata sepakat untuk mecari kebahagian berumahtangga. Talak merupakan perkara yang dibenci Allah s.w.t tetapi dibenarkan.
Hukum talak
Hukum
Penjelasan
Wajib
a) Jika perbalahan suami isteri tidak dapat didamaikan lagi
b) Dua orang wakil daripada pihak suami dan isteri gagal membuat kata sepakat untuk perdamaian rumahtangga mereka
c) Apabila pihak kadi berpendapat bahawa talak adalah lebih baik
d) Jika tidak diceraikan keadaan sedemikian, maka berdosalah suami
Haram
a) Menceraikan isteri ketika sedang haid atau nifas
b) Ketika keadaan suci yang telah disetubuhi
c) Ketika suami sedang sakit yang bertujuan menghalang isterinya daripada menuntut harta pusakanya
d) Menceraikan isterinya dengan talak tiga sekali gus atau talak satu
tetapi disebut berulang kali sehingga cukup tiga kali atau lebih
Sunat
a) Suami tidak mampu menanggung nafkah isterinya
b) Isterinya tidak menjaga maruah dirinya
Makruh
Suami menjatuhkan talak kepada isterinya yang baik, berakhlak mulia dan mempunyai pengetahuan agama
Harus
Suami yang lemah keinginan nafsunya atau isterinya belum datang haid atau telah putus haidnya
Rukun talak
Perkara
Syarat
Suami
Berakal
Baligh
Dengan kerelaan sendiri
Isteri
Akad nikah sah
Belum diceraikan dengan talak tiga oleh suaminya
Lafaz
Ucapan yang jelas menyatakan penceraiannya
Dengan sengaja dan bukan paksaaan
Contoh lafaz talak
Talak sarih
Lafaz yang jelas dengan bahasa yang berterus-terang seperti “Saya
talak awak” atau “Saya ceraikan awak” atau “Saya lepaskan awak daripada
menjadi isteri saya” dan sebagainya.
Talak kinayah
Lafaz yang digunakan secara sindiran oleh suami seperti “Pergilah
awak ke rumah mak awak” atau “Pergilah awak dari sini” atau “Saya benci
melihat muka awak” dan sebagainya. Namun, lafaz kinayah memerlukan niat
suaminya iaitu jika berniat talak, maka jatuhlah talak tetapi jika tidak
berniat talak, maka tidak berlaku talak.
Jenis talak
Talak raj’i
Suami melafazkan talak satu atau talak dua kepada isterinya. Suami
boleh merujuk kembali isterinya ketika masih dalam idah. Jika tempoh
idah telah tamat, maka suami tidak dibenarkan merujuk melainkan dengan
akad nikah baru.
Talak bain
Suami melafazkan talak tiga atau melafazkan talak yang ketiga kepada
isterinya. Isterinya tidak boleh dirujuk kembali. Si suami hanya boleh
merujuk setelah isterinya berkahwin lelaki lain, suami barunya
menyetubuhinya, setelah diceraikan suami barunya dan telah habis idah
dengan suami barunya.
Talak sunni
Suami melafazkan talak kepada isterinya yang masih suci dan tidak disetubuhinya ketika dalam tempoh suci
Talak bid’i
Suami melafazkan talak kepada isterinya ketika dalam haid atau ketika suci yang disetubuhinya.
Talak taklik
Talak taklik ialah suami menceraikan isterinya bersyarat dengan
sesuatu sebab atau syarat. Apabila syarat atau sebab itu dilakukan atau
berlaku, maka terjadilah penceraian atau talak.
Contohnya suami berkata kepada isteri, “Jika awak keluar rumah tanpa
izin saya, maka jatuhlah talak satu.” Apabila isterinya keluar dari
rumah tanpa izin suaminya, maka jatuhlah talak satu secara automatik.
Ia juga boleh berlaku selepas akad nikah (ia dipraktikkan di Malaysia
dan wajib oleh semua pengantin lelaki untuk melafaznya), berkata, “Jika
saya menyeksa isteri saya dengan sengaja, atau saya meninggalkan isteri
saya selama empat bulan berterusan dengan sengaja tanpa kerelaannya,
dan jika ia mengadu kepada kadi atau naib kadi, apabila disabitkan oleh
kadi atau naib kadi maka jatuhlah talak satu ke atas isteri saya.”
Menurut Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 Malaysia, Cerai taklik (seksyen 50)
Taklik adalah perjanjian yang ditandatangani semasa pernikahan. Ia
membenarkan siisteri memohon perceraian sekiranya sisuami melanggar
mana-mana syarat yang terdapat dalam taklik tersebut, misalnya, jika dia
tidak membayar nafkah, atau sisuami menyebabkan kemudaratan dengan
mencederakan isteri. Mahkamah akan membuat siasatan akan kesahihan
kenyataan dan sekiranya berpuas hati mahkamah akan mengesahkan dan
merekodkan perceraian tersebut. Bukti seperti laporan polis dan laporan
hospital boleh membantu dalam hal ini
Contoh taklik berlaku dengan cara, “Jika saya menyeksa isteri saya
dengan sengaja, atau saya meninggalkannya selama empat bulan berterusan
tanpa kerelaannya, dan jika ia mengadu kepada kadi atau naib kadi serta
membayar RM 1.00 sebagai tebus talak, apabila disabitkan oleh kadi atau
naib kadi maka jatuhlah talak satu ke atas isteri saya dengan nilai
tebus talak tersebut.”
Fasakh
Erti fasakh menurut bahasa ialah rosak atau putus. Manakala
menurut syarak pula, pembatalan nikah disebabkan oleh sesuatu sifat yang
dibenarkan syarak, misalnya, perkahwinan suami isteri yang difasakhkan
oleh kadi disebabkan oleh suaminya tidak mempu memberi nafkah kepada
isterinya. Fasakh tidak boleh mengurangkan bilangan talaknya.
Fasakh hanya boleh dituntut oleh isteri sekiranya terdapat beberapa
sebab atau kecacatan yang terdapat pada pihak suaminya. Mengikut mazhab
Shafie, seorang isteri boleh menuntut fasakh melalui kadi atau mahkamah disebabkan oleh kekurangan suaminya seperti gila (berkekalan atau sekejab); penyakit kusta;
penyakit sopak; penyakit yang menghalang mereka daripada melakukan
persetubuhan; suami tidak mampu memberi nafkah belanja kepada isterinya
seperti makan dan minum serta tempat tinggal, pakaian, memberi mahar
dengan cara tunai sebelum bersetubuh kerana kepapaan atau muflis atau
sebagainya; suami tidak bertanggungjawab dengan meninggalkan isterinya
terlalu lama dan tidak memberi khabar berita; suami yang menzalimi dan
memudaratkan isterinya; suami yang fasik serta melakukan maksiat
terhadap Allah dan tidak menunaikan kewajipan kepada Allah; dan murtad
salah seorang (suami atau isteri).
Cara melakukan fasakh
Jika suami atau isteri mempunyai sebab yang megharuskan fasakh
Membuat aduan kepada pihak kadi supaya membatalkan perkahwinan mereka
Jika dapat dibuktikan pengaduan yang diberikan adalah betul, pihak kadi boleh mengambil tindakan membatalkannya
Pembatalan perkahwinan dengan cara fasakh tidak boleh dirujuk kembali melainkan dengan akad nikah yang baru.
DI Malaysia, ia jatuh di bawah Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984. Cerai fasakh (seksyen 52)
Cerai fasakh adalah cara membubarkan perkahwinan berdasarkan
sebab-sebab tertentu. Menurut seksyen 52 (1), terdapat 12 sebab
membolehkan membuat permohonan fasakh.
Antara sebabnya ialah :-
tempat suami berada tidak diketahui selama lebih daripada satu tahun;
suami tidak mengadakan peruntukan bagi nafkah selama tiga bulan;
suami dihukum penjara selama tiga tahun atau lebih;
suami tidak menunaikan kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) tanpa sebab yang munasabah selama tempoh satu tahun.
suami mati pucuk masa berkahwin hingga sekarang dan ini tidak diketahui puan;
suami telah gila selama dua tahun atau sedang mengidap penyakit kusta, vitiligo atau penyakit kelamin yang boleh berjangkit;
jika perempuan dikahwinkan oleh wali mujbir perempuan sebelum
baligh, perempuan masih belum disetubuhi suami dan masih belum mencapai
umur 18 tahun, kini menolak perkahwinan itu.
Bagaimanapun permohonan cerai fasakh tertakluk oleh mahkamah dan
mahkamah berhak menolak sekiranya mendapati bahawa kesahihan alasan
tersebut tidak terbukti.
Khuluk atau tebus talak
Perpisahan antara suami dan isteri melalui tebus talak sama ada
dengan menggunakan lafaz talak atau khuluk. Pihak isteri boleh
melepaskan dirinya daripada ikatan perkahwinan mereka jika ia tidak
berpuas hati atau lain-lain sebab. Pihak isteri hendaklah membayar
sejumlah wang atau harta yang dipersetujui bersama dengan suaminya, maka
suaminya hendaklah menceraikan isterinya dngan jumlah atau harta yang
ditentukan.
Hukum khuluk adalah berdasarkan surah al-Baqarah ayat 229 : “Tidak
halal bagi kamu mengambil apa-apa yang telah kamu berikan kepada mereka
suatu jua pun, kecuali jika takut kedua-duanya tidak akan mengikut
peraturan Allah s.w.t.. Jika kamu takut bahawa tidak akan mengikut
peraturan Allah maka tiadalah berdosa kedua-duanya tentang barang yang
jadi tebus oleh perempuan.”
Ia biasanya dilakukan di depan hakim mahkamah syariah. Talak boleh
jatuh dengan menyebut “Saya menceraikan kamu dengan bayaran RM 10,000,”
dan isterinya menjawab, “Saya menerimanya.” Apabila suami melafazkan
demikian, dan isterinya menyahut tawaran itu, dengan serta-merta
jatuhlah talak dengan khuluk dan isterinya wajiblah beridah. Suami
isteri hanya boleh merujuk dengan akad nikah baru sahaja.[1]
Tujuan khuluk
Memelihara hak wanita
Menolak bahaya kemudaratan yang menimpanya
Memberi keadilan kepada wanita yang cukup umurnya melalui keputusan mahkamah.
Rujuk
Menurut bahasa rujuk boleh didefinisikan sebagai kembali. Manakala
menurut syarak, ia membawa maksud suami kembali semula kepada isterinya
yang diceraikan dengan ikatan pernikahan asal (dalam masa idah) dengan
lafaz rujuk.
Hukum rujuk
Hukum
Penjelasan
Wajib
Bagi suami yang menceraikan isterinya yang belum menyempurnakan gilirannya dari isteri-isterinya yang lain
Haram
Suami merujuk isterinya dengan tujuan untuk menyakiti atau memudaratkan isterinya itu
Makruh
Apabila penceraian lebih baik antara suami dan isteri
Harus
Sekirannya rujuk boleh membawa kebaikan bersama
Rukun rujuk
Perkara
Syarat
Suami
Berakal
Baligh
Dengan kerelaan sendiri
Isteri
Telah disetubuhi
Berkeadaan talak raj’i
Bukan dengan talak tiga
Bukan cerai secara khuluk
Masih dalam idah
Lafaz
Ucapan yang jelas menyatakan rujuk
Tiada disyaratkan dengan khiar atau pilihan
Disegerakan tanpa dikaitkan dengan taklik atau bersyarat
Dengan sengaja dan bukan paksaan
Contoh lafaz rujuk
Lafaz sarih
Lafaz terang dan jelas menunjukkan rujuk. Contoh : “Saya rujuk awak
kembali” atau “Saya kembali semula awak sebagai isteri saya.”
Lafaz kinayah
Lafaz kiasan atau sindiran. Contoh : “Saya jadikan awak milik saya
semula” atau “Saya pegang awak semula”. Lafaz kinayah perlu dengan niat
suami untuk merujuk kerana jika dengan niat rujuk, maka jadilah rujuk.
Namun jika tiada niat rujuk, maka tidak sahlah rujuknya.
Bagaimana seseorang boleh memohon Fasakh?
Fasakh ertinya pembubaran nikah disebabkan oleh
sesuatu perkara yang diharuskan oleh Hukum Syarak. Di antara
perkara-perkara yang mengharuskan Fasakh ialah apabila suami atau isteri
:
a) Tidak diketahui di mana mereka berada selama tempoh lebih dari satu tahun.
b) Tidak mengadakan peruntukan nafkah isteri selama tempoh 3 bulan.
c) Telah dihukum penjara selama tempoh 3 tahun atau lebih.
d) Tidak menunaikan tanpa sebab yang munasabah nafkah batin selama satu tahun.
e) Telah mati pucuk.
f) Telah gila selama tempoh 2 tahun.
g) Sedang mengidap penyakit kusta atau penyakit kelamin yang berjangkit.
h) Lazim menyakiti atau menjadikan kehidupan isteri menderita.
i) Berkawan dengan perempuan-perempuan jahat.
j) Memaksa isteri hidup secara lucah.
k) Melupuskan harta isteri.
l) Menghalang isteri menunaikan kewajipan agama.
m) Tidak berlaku adil kepad isteri-isterinya mengikut Hukum Syarak.
n) Tidak menyetubuhi isteri dengan sengaja walaupun 4 bulan telah berkahwin.
o) Dan apa-apa alasan lain yang diiktiraf Hukum Syarak.
FASAKH
DEFINISI DAN KONSEP
Fasakh
merupakan salah satu daripada cara yang dibenarkan oleh syariat islam
bagi meleraikan ikatan perkahwinan. Talak adalah hak mutlak bagi lelaki,
manakala fasakh memberi hak kepada isteri untuk menuntut perceraian
atas sebab-sebab tertentu yang munasabah melalui keputusan yang dibuat
oleh seorang qadi atau hakim.
Fasakh dari segi bahasanya
bermaksud membatalkan atau membubarkan. Sementara dari sudut istilah
syara’nya merujuk kepada memutuskan atau membubarkan perkahwinan
disebabkan kecacatan yang berlaku sewaktu akad perkahwinan (contohnya:
pengantin belum baligh) atau kecacatan daripada suami atau isteri yang
menghalang daripada berkekalannya suatu perkahwinan (contohnya: salah
seorang pasangan menjadi gila dan sebagainya).
Fasakh adalah
perpisahan yang dituntut oleh isteri kerana suami tidak dapat menjaga
perkahwinan atau tidak sekufu dengan isteri. Dalam erti kata lain fasakh
merupakan hak bagi isteri untuk menuntutnya daripada mahkamah bagi
membubarkan perkahwinannya dengan sebab-sebab yang tertentu yang
munasabah dari pandangan syara’ melalui pertimbangan dan keputusan hakim
setelah perbicaraan dijalankan.
PENSYARIATAN FASAKH
Allah berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud:
“(Mereka)
bolehlah berpegang dengan cara yang makruf atau bercerai dengan cara
yang baik, bolehlah kamu pegang mereka dengan cara yang baik. Dan
janganlah kamu pegang mereka dengan maksud membuat mudarat, kerana kamu
hendak melakukan kezaliman terhadap mereka, dan sesiapa yang melakukan
demikian maka sesungguhnya dia menganiayai dirinya sendiri.” (Surah
al-Baqarah: 229 – 231)
Sabda Rasulullah (s.a.w.) yang bermaksud:
‘Jangan memudaratkan dan jangan saling memudaratkan’
Kaedah yang dipakai oleh para ulama fiqh dalam hal ini ialah menjaga keselamatan dan menolak kemudaratan.
SEBAB-SEBAB MEMBOLEHKAN FASAKH
Islam
mengharuskan fasakh untuk kebaikan bersama dan tidak menggalakkan
kehdiupan rumahtangga yang kacau bilau dan huru hara. Fasakah memberi
ruang kepada pasangan khususnya isteri untuk melepaskan ikatan
perkahwinan kerana sebab-sebab tertentu yang menyebabkan rumahtangga
tidak aman dan harmoni. Sebab-sebab tersebut merupakan alasan yang boleh
dipertimbangkan kemunasabahannya oleh hakim untuk memutuskan bahawa
tuntutan fasakah olseh seorang isteri itu wajar diterima atau tidak
dengan melihat kepada hujah-hujah dan bukti keterangan dari pihak isteri
yang memohon fasakh serta keterangan dari pihak suami.
1. Suami
tidak mampu atau cuai memberi nafkah termasuklah kegagalan memberi
nafkah yang disebabkan oleh masalah ekonomi atau kemiskinan suami
mengikut pandangan jumhur ulama. Walau bagaimanapun, ulama mazhab Hanafi
mengecualikan alasan kemiskinan dan kesempitan hidup.
2. Aib dan
kecacatan pada suami yang membawa kemudaratan kepada rumahtangga seperti
gila, penyakit kusta, sopak, hiv, mati pucuk, lemah syahwat yang
menghilangkan keupayaan untuk bersetubuh dan sebagainya.
3. Tidak
sekufu iaitu tidak setaraf mengikut kedudukan isteri. Walaupun ia bukan
merupakan syarat sah perkahwinan, namun ia merupakan suatu perkara
penting yang perlu dipertimbangkan oleh pasangan sebelum mendirikan
rumah tangga kerana ia juga menjadi salah satu punca keretakan
perkahwinan dan boleh dijadikan alasan kepada isteri untuk meminta
fasakh.
4. Murtad iaitu keluar dari agama Islam. Jika demikian, maka
suami wajib membayar separuh mahar. Manakala jika yang murtad ialah
isteri, maka isteri tidak mendapat apa-apa.
5. Suami hilang dan tidak
diketahui sama ada masih hidup atau mati. Semua empat mazhab
berpendapat bahawa seorang isteri yang hilang suaminya tanpa khabar
berita hendaklah menunggu sehingga diyakini akan kematiannya. Namun
mereka berselisih pendapat tentang tempoh masa yang ditetapkan untuk
menunggu sehingga dibolehkan untuk memohon fasakh. Mazhab Hanafi
mengatakan bahawa isteri hendaklah menunggu sehingga umur suaminya
mencecah sehingga 120 tahun. Mazhab Hanbali pula mensyaratkan agar
isteri menunggu hingga empat tahun jika kehilangannya secara zahir akan
mengakibatkan kematian seperti kemalangan. Jika kehilangannya secara
zahir ia selamat seperti bermusafir, maka isteri hendaklah menunggu
sehingga umur seuaminya mencecah 90 tahun. Mazhab Maliki pula meletakkan
empat tempoh bergantung bentuk kehilangannya. Kehilangan yang
disebabkan wabak di dalam negara Islam adalah empat tahun. Manakal
kehilangan di dalam negara kafir adalah sehingga umur suaminya 70 tahun.
Kehilangan kerana berperang sesama Muslim adalah empat tahun. Manakala
berperang dengan orang kafir adalah selama setahun setelah dilakukan
siasatan dan pencarian.
6. Perseteruan atau perbalahan besar sehingga
suami dan isteri saling tuduh menuduh antara satu sama lain ataupun
meporak porandakan rumahtangga. Perbalahan seumpama ini memerlukan pihak
ketiga iaitu wakil dari suami dan wakil dari isteri untuk mendamaikan
keduanya sebelum isteri memohon fasakh daripada hakim.
7. Darar atau
bahaya dan kemudaratan yang menimpa diri isteri pada aspek daruriyat
iaitu agama (seperti suami murtad dan mempengaruhi isterinya untuk
murtad), nyawa (seperti suami mengancam bunuh isterinya atau menyuruh
isterinya melakukan perkara jenayah yang mengancam nyawanya), akal
fikiran (seperti suami memukul atau mendera sehingga menyebakan gangguan
mental dan sebagainya), maruah dan keturunan (seperti msuami mendera
fizikal dan mencerakan tubuh badan), atau harta benda (mencuri atau
mengambil hak isteri dengan zalim dan sebaginya)
8. Suami dipenjara
yang diqiyaskan dengan sebab kehilangan yang mengakibatkan isteri
berjauhan dari suami dan tidak mendapat nafkah zahir dan batin. Walau
bagaimanapun mazhab Hanafi dan Syafi’I tidak mengharuskan fasakh kerana
suami dipenjarakan.
9. Atau apa-apa alasan yang ditetapkan pihak
berkuasa atau yang difikirkan munasabah oleh hakim untuk membolehkan
dibubarkan perkahwinan.
IMPLIKASI DARI FASAKH
Fasakh
jika berlaku ketikamana kedua-dua pasangan belum pernah melakukan
persetubuhan, maka tidak ada mahar yang perlu dibayar kepada isteri oleh
suami. Sebaliknya, jika pernah melakukan persetubuhan maka isteri
berhak mendapatkan mahar sepenuhnya iaitu mengikut nilai penuh mahar
yang telah ditentukan semasa bernikah.
Fasakh juga tidak memberi
kesan kepada bilangan talak atau dalam maksud lainnya ia tidak
mengurangkan bilangan talak. Walau bagaaimanapun jika kedua-dua pasangan
ingin berkahwinan semula, maka ia memerlukan kepada akad nikah yang
baru.
HIKMAH FASAKH
1. Mengelakkan isteri dianiayai dan disiksa oleh suami.
2. Menunjukkan keadilan Allah kepada hambanya. Jika suami diberikan talak, isteri diberikan fasakh.
3. Memberi peluang isteri berpisah daripada suaminya dan memulakan hidup baru.
Suami boleh mohon fasakh
Posted by ERAKITA di 11 April 2012
Suami Boleh Mohon Fasakh
10 April 2012
Fasakh adalah salah satu jalan yang
diberikan oleh Allah kepada umat Islam untuk keluar dari kemelut
rumahtangga. Fasakh merupakan salah satu jenis pembubaran perkahwinan
antara suami dan isteri. Menurut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam,
fasakh hanya boleh dilakukan melalui Mahkamah Syariah.
Dalam konteks Negeri Sabah, hak untuk
menuntut pembubaran perkahwinan melalui fasakh hanya diberikan isteri di
bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Sabah) 1992. Bagaimanapun,
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Sabah) 2004 yang baru kini memberi
hak yang sama kepada suami. Maknanya, suami juga mempunyai hak menuntut
fasakh ke atas isterinya.
Alasan yang boleh digunakan untuk
menuntut fasakh boleh dirujuk dalam Seksyen 53 Enakmen Undang-Undang
Keluarga Islam (Sabah) 2004. berikut adalah kandungan seksyen tersebut
untuk tatapan para pembaca.
Seksyen 53. Perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh
(1)
Seorang perempuan atau lelaki, mengikut mana-mana berkenaan, berkahwin
mengikut Hukum Syarak adalah berhak mendapat suatu perintah untuk
membubarkan pekahwinan atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan-alasan yang berikut, iaitu-
(a) bahawa tempat di mana beradanya suami atau isteri telah tidak diketahui selama tempoh lebih daripada satu tahun;
(b) bahawa suami telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan bagi nafkahnya selama tempoh tiga bulan;
(c) bahawa suami atau isteri telah dihukum penjara selama tempoh tiga tahun atau lebih;
(d)
bahawa suami atau isteri telah tidak menunaikan, tanpa sebab yang
munasabah, kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) selama tempoh satu
tahun;
(e)
bahawa suami telah mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih lagi
sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami
telah mati pucuk;
(f)
bahawa suami atau isteri telah gila selama tempoh dua tahun atau sedang
mengidap penyakit kusta atau vitiligo atau sedang mengidap penyakit
kelamin dalam keadaan boleh berjangkit;
(g) bahawa isteri, setelah dikahwinkan oleh wali mujbirnya sebelum ia mencapai umur baligh, menolak perkahwinan itu sebelum mencapai umur lapan belas tahun, dan ia belum disetubuhi oleh suaminya itu;
(h) bahawa suami atau isteri menganiaya isteri atau suaminya iaitu, antara lain-
(i) lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan oleh kelakuan aniaya;
(ii) berkawan dengan perempuan-perempuan atau lelaki jahat atau hidup berperangai keji mengikut pandangan Hukum Syarak;
(iii) cuba memaksa isteri hidup secara lucah;
(iv)
melupuskan harta isteri atau suami atau melarang isteri atau suami itu
dari menggunakan hak-haknya di sisi undang-undang terhadap harta itu;
(v) menghalang isteri atau suami dari menunai atau menjalankan kewajipan atau amalan agamanya;
(vi)
jika suami mempunyai isteri lebih daripada seorang, dia tidak melayani
isteri yang berkenaan secara adil mengikut kehendak-kehendak Hukum
syarak;
(i) bahawa walaupun empat bulan berlalu tetapi isteri masih belum disetubuhi oleh kerana suami bersengaja enggan mensetubuhinya;
(j)
bahawa isteri tidak izin akan perkahwinan itu atau izinnya tidak sah,
sama ada oleh sebab paksaan, kesilapan, ketidaksempurnaan akal, atau hal
keadaan lain yang diakui oleh Hukum Syarak;
(k)
bahawa pada masa perkahwinan itu isteri, sungguhpun berkebolehan
memberi izin yang sah, adalah seorang yang sakit otak, sama ada
berterusan atau berselangan, dalam erti Ordianan Orang Gila 1951 [ Bab
74 Sabah ] dan sakit otaknya adalah dari suatu jenis atau setakat yang
menjadikannya tidak layak untuk berkahwin; atau
(l) apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi membubarkan perkahwinan atau bagi fasakh di bawah Hukum Syarak
Berdasarkan kepada peruntukan seksyen 53
di atas, adalah memadai pihak yang menuntut samada suami atau isteri
menggunakan salah satu alasan di atas. Bagaimanapun, untuk tujuan
pensabitan Mahkamah, alasan yang digunakan mestilah dibuktikan terlebih
dahulu.
Semoga artikel ini memberi manfaat untuk semua. Wallahu a’lam.