Khamis, 26 Julai 2012

DILIHAT DARI KENYATAAN...MEMANG BAGUS..DAN INILAH SEBENARNYA...AGAR RUMAH TANGGA HARMONI DAN ROMANTIK

'Kelab Taat Suami bukan untuk rekrut ahli Al-Arqam'
  • Ahmad Fadli KC
  • 9:08AM Jul 25 2012
 
Kelab Taat Suami (KTS) mencuri perhatian ramai dan mengundang pelbagai reaksi apabila ia pertama kali dilancarkan pertengahan tahun 2011.

NONESewaktu mula bergerak, KTS tampil dengan panduan seks ranjang yang berani dengan bertajuk "Seks Islam, perangi Yahudi untuk kembalikan seks Islam kepada dunia".

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bertindak mengharamkan buku itu walaupun ia dikhaskan bacaannya untuk ahli KTS sahaja )

Hampir setahun selepas penubuhannya, KTS melalui Global Ikhwan Sdn Bhd kembali dengan penerbitan panduan seks baru dengan tajuk "Risalah roh suci dan seks suci Islam" - kali ini untuk bacaan orang ramai.

Global Ikhwan merupakan sebuah entiti korporat yang dibangunkan oleh bekas anggota pertubuhan Al-Arqam.

rufaqa raid 010307 tearing stickerBekas pengikut Al-Arqam – yang diisytiharkan haram sejak 1994 – terus dibayangi pelbagai halangan pihak berwajib sama ada dalam bidang perniagaan atau kegiatan kemasyarakatan.

Pada 2006, komuniti para pengikut Allahyarham Ashaari Muhammad dikesan menubuhkan Rufaqa Corporation Sdn Bhd, yang disifatkan pihak berkuasa sebagai platform untuk menghidupkan semula kumpulan al-Arqam.

Rufaqa Corporation kemudiannya diharamkan pada Disember 2006 dan kumpulan pengikut itu kemudiannya menubuhkan Global Ikhwan Sdn Bhd, namun kegiatan itu juga dikekang oleh pihak berkuasa apabila ia bertindak mendaftar ahlinya.

rufaqa ashaari muhammad 291106Sekatan itu gara-gara pihak berwajib dipercayai khuatir ia akan digunakan untuk menghidupkan semula gerakan dakwah itu yang telah difatwakan sesat.

Aktiviti KTS pula terus mendapat perhatian pihak berkuasa yang membuat serbuan ke atas satu forum mempromosikan kempen tersebut pada awal tahun ini.

Dalam wawancara eksklusif bersama Malaysiakini, presiden KTS di Malaysia, Fauziah Ariffin menafikan kelab itu diwujudkan untuk merekrut ahli baru ke dalam serpihan Al-Arqam – yang kini dikenali dengan nama kumpulan Global Ikhwan Sdn Bhd.

"Tidak (guna KTS untuk rekrut bekas ahli Al-Arqam), ada orang luar ini dia hendakkan kaunseling, pandangan. Tak jadi ahli pun tak apa, bukan satu kemestian. Yang penting perwatakannya (cukup solat lima waktu)."
Menurut Fauziah, penubuhan KTS pada asalnya juga merupakan idea asal Allahyarham Ashaari yang menurutnya mahu melihat golongan wanita dalam pertubuhan itu menjadi isteri solehah walaupun sibuk dengan kerjaya mereka.

"Sebenarnya, awal-awalnya bukan bermula dengan KTS ini, Sebenarnya, syarikat Global Ikhwan ini, pengerusinya (Allahyarham) Abuya Ashaari Muhammad tu, dia nakkan wanita-wanita dalam syarikat ini menjadi perempuan-perempuan yang solehah," katanya.
NONEKatanya, individu yang ingin menyertai KTS disyaratkan untuk menunaikan fardu solat lima waktu.
Menurut Fauziah (foto kiri), kelab itu tidak pernah sama sekali meletakkan matlamat untuk mencapai bilangan keahlian tertentu.

Katanya, mereka hanya mempromosi amalan "seks suci Islam" di kalangan ahli-ahlinya yang sedia ada.

Menurutnya, selepas setahun beroperasi, Kelab Taat Suami kini mempunyai kira-kira tiga ribu keahlian dan kira-kira dua ribu daripadanya adalah keahlian di Malaysia.

"Yang penting bukan bangga tentang ahli, yang penting apabila orang mengamalkannya (seks suci Islam) kerana Tuhan," kata Fauziah sewaktu diwawancara di Segambut minggu lepas.

Wanita sebagai hiburan
Ketika diminta menjelaskan mengenai maksud kempen "seks suci Islam" itu, Fauziah menyatakan bahawa yang perempuan itu merupakan pelengkap kepada lelaki seperti Hawa yang menjadi penghibur kepada Adam di dalam syurga.

(Dalam agama Islam, Kristian dan Yahudi, Adam dan Hawa adalah manusia pertama yang dicipta Tuhan di dalam syurga)

NONE"Perempuan ini, sebenarnya, dia adalah diciptakan salah satu objektifnya, yang terutama ialah supaya dia menjadi pelengkap kepada lelaki. Seperti Hawa kepada Adam.

"Adam itu memerlukan hiburan daripada Siti Hawa," katanya.

Menjelaskan perkara itu, Fauziah memberi contoh sesetengah pemimpin dunia yang diketahui mempunyai perempuan simpanan untuk menghiburkan mereka.

Menurutnya, tugas itu sepatutnya dilakukan seorang isteri yang taat kepada suaminya dengan membantu melepaskan "tekanan" kuat yang ditanggung lelaki.

"Sekarang ini apabila perempuan tidak memberi layanan baik kepada suami, memang rata-rata tahu bahawa orang-orang akan ada perempuan simpanan, orang buat jahat. Dan itu berlaku kepada pemimpin-pemimpin besar dunia.

NONE"Biasanya orang (lain) yang dia memberi tekanan yang kuat (kepadanya), dia perlu perlepasan yang kuat juga.

"Dia perlu layanan terhadap nalurinya, kurang ketegangan itu," kata Fauziah yang memaksudkan perlakuan seks.

Selain daripada berfungsi sebagai penghibur kepada suami, Fauziah turut menjelaskan bahawa perempuan tanpa disedari sangat berkuasa ke atas lelaki kerana mereka mampu "menawan" lelaki.

"Perempuan ini, Allah cipta dia menjadi manusia yang lemah lembut. Sebenarnya, perempuan mempunyai satu sifat yang membolehkan dia menawan orang lelaki.

"Kita tengok pun, kenapa pemimpin-pemimpin besar kebanyakkannya dia tunduk kepada perempuan, kadang-kadang di belakang dia adalah perempuan. Tidak kiralah, kalau kita ambil orang bukan Islam pun, pemimpinnya, di belakangnya perempuan," kata Fauziah.

NONEMenurutnya lagi, Siti Khadijah sendiri adalah orang pertama menenangkan Rasulullah sewaktu baginda gementar pertama kali menerima wahyu dari Tuhan.

Sekali lagi mengambil contoh penciptaan Hawa dan Adam, beliau menegaskan bahawa wanita yang bekerja wajib patuh dan mendahulukan tugas menghiburkan suami mereka.

"Walaupun dia bekerjaya, itu (perkara) yang kedua. Tapi utamanya apa? Itu yang kita hendak ajar balik kepada masyarakat, fahamlah tentang ciptaan Tuhan ini.

"Takkan Allah hendak merendahkan martabat perempuan dengan berkata kepada perempuan 'taatlah kepada suami kamu'. Sebab Allah tahu, hasilnya, mesti baik. Mesti luar biasa.

"Adakah suami kamu akan bertambah garang apabila kamu layan dia dengan baik? Bertambah baiklah.

"Malah ada suami yang sudah bertahun-tahun (bermasalah rumah tangga), yang kita selesaikan kes dia, berterima kasihlah kepada kelab ini.

"Katanya "baru sekarang saya rasa isteri saya itu memang menjadi perempuan yang begitu intim, begitu lunak, boleh melembutkan hatinya dan memahami keperluan dia," katanya.
 VIDEO l 4.55 min

 Kelab Taat Suami: Tiada rogol dalam perkahwinan
  • Ahmad Fadli KC
  • 9:02AM Jul 26 2012
 
Kelab Taat Suami (KTS) berpendapat, istilah rogol tidak wujud dalam perkahwinan kerana isteri merupakan sumber seks halal kepada suami.
Menurut presidennya Fauziah Ariffin, kelab itu menganjurkan kepada para isteri supaya berperanan sebagai penghibur kepada suami mereka, selain menjalankan tugas-tugas asas seperti menyediakan makan dan minum untuk suami dan ahli keluarga lain.

NONE"Kalau begitu (wujud istilah rogol dalam perkahwinan) apa tujuan perkahwinan? Tujuan manusia berkahwin untuk halalkan apa yang tidak halal sebelumnya.

"Ia sebagai jalan keluar agar suami tidak buat jahat, berzina dan ke neraka.

"Kamu kata kamu cinta suami kamu tapi bila dia nak layanan kamu, kamu tak beri. Cinta apa?

"Kalau perempuan itu mengharapkan syurga Tuhan, tentulah dia sanggup berkorban," kata Fauziah yang merupakan isteri kedua kepada bekas seorang pemimpin tertinggi Al-Arqam.
Kelab pro-poligami itu diasaskan melalui kumpulan syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd yang ditubuhkan oleh bekas pemimpin Al-Arqam selepas kumpulan tersebut diharamkan sejak 1994.
Serpihan Al-Arqam, Rufaqa Corporation Sdn Bhd juga menerima tindakan sama pada 2006. 
Pandangan berkenaan berbeza sama sekali dengan undang-undang sivil yang mempunyai peruntukan khusus untuk kesalahan rogol dalam perkahwinan.
Di bawah Seksyen 375A Kanun Keseksaan, seorang suami yang cuba mendapatkan seks secara paksa daripada isterinya boleh dihukum penjara untuk tempoh sehingga lima tahun jika sabit kesalahan.

NONESuruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) pada tahun 2004 juga berpendapat perbuatan merogol isteri adalah satu kesalahan di bawah Perkara 16(1)(c) Konvensyen Menghapuskan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita PBB.

Peruntukan itu menetapkan setiap pasangan mempunyai hak yang sama di dalam sebuah perkahwinan dan keganasan terhadap wanita dalam perkahwinan menjadikan wanita lebih lemah dan lelaki lebih berkuasa.
Menurut Fauziah, seorang suami secara nalurinya akan menjadi bertimbang rasa jika perempuan itu sendiri pandai melayan suami mereka.

Bentuk layanan yang patut diberikan kepada suami juga, adalah salah satu perkara yang diajarkan KTS kepada ahli-ahlinya, jelas Fauziah.
Rambut bau bawang

"Kita akan cerita pada wanita bagaimana untuk menjadikan suami dia seorang yang 'mahu' dan sebagainya. Sebab itu perempuanlah yang memainkan peranan, dia menghiburkan suami.

"Perempuan sekarang ini bukan tak pandai nak layan tetapi ilmu itu tidak ada pada dia. Sepatutnya apa yang pelacur buat, itulah yang isteri perlu buat.

"Apabila isteri itu beri layanan (kelas pertama), automatik suami itu akan memberi respon (yang baik).

NONE"Yang kita tengok sekarang dalam masyarakat isteri letih apabila suami balik (rumah), rambut pun bau bawang, serabai bertocang.

"Sedangkan di luar dia tengok perempuan cantik tapi di rumah dia tak dapat benda itu," kata Fauziah.

Namun begitu, beliau menegaskan KTS tidak mengadakan sebarang kelas praktikal kepada ahlinya seperti disangkakan orang ramai.

"Kita mengajar panduan kepada orang yang patut, yang halal. Kita bukan keluarkan figure (gambarajah), itu memang Allah tak bagi.

"Kita bukan buat praktikal, tunjuk gambar, tidak. Kita buat secara tertutup," katanya.

Mengulas kontroversi berkenaan "layanan pelacur kelas pertama" yang pernah disebut KTS, Fauziah menjelaskan ia adalah satu perumpamaan kerana orang ramai tidak dapat membayangkan 'layanan seperti bidadari' yang perlu diberikan isteri kepada suami.

"Kena layan suami lebih dari pelacur kelas satu, takkanlah suruh jadi pelacur pula.

"Saja (ada) orang nak bagi gimik (untuk KTS). Kita cuma bagi perumpamaan," katanya.
Seks oral dibolehkan
Pada masa sama, KTS juga berpendirian bahawa seks oral boleh diamalkan di antara pasangan yang berkahwin.

Pandangan itu berbeza dengan undang-undang sivil yang mengkelaskan seks oral sebagai satu kesalahan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Di bawah seksyen itu, mereka yang bersalah boleh dikenakan hukuman sebat dan 20 tahun penjara.

NONE"Allah sebut dalam Quran isteri kamu adalah ladang bagi kamu, buatlah apa-apa pun yang kamu suka pada dia, cuma jangan berlaku liwat. Itu sahaja. Jadi kita sudah ada garis panduan," katanya.

Menurutnya, seks oral juga merupakan satu lagi cara untuk suami isteri melakukan hubungan badan apabila isteri dalam pantang atau sewaktu didatangi haid.

"Jadi katakanlah isteri dia uzur, dan dia cuma ada seorang sahaja isteri, jadi suami boleh buat perkara dibolehkan dan membuat hubungan suami isteri (secara oral) selagi mana dia tidak memasukkan alatnya ke situ (liwat).

"Katakan isteri dalam pantang, tetapi Allah cipta suami dia seorang yang keperluannya tinggi dalam soal-soal seks ini, hendak tunggu berapa hari lagi?

"Jadi tanggungjawab isteri itulah untuk memberi kelegaan kepada nafsu suaminya supaya suaminya tidak terjerumus ke dalam neraka," kata Fauziah yang memiliki ijazah dengan tiga pengkhususan dalam perakaunan, kewangan, dan pemasaran dari Australia.

Menurutnya lagi, lelaki secara semula jadi mempunyai keinginan yang tinggi terhadap seks.

Malah katanya, nabi-nabi dan rasul juga diketahui umum sebagai mereka yang memiliki kekuatan luar biasa di ranjang.

"Kalau kita baca kitab-kitab, yang paling hebat dalam melakukan hubungan suami isteri ini adalah para rasul.

"Sewaktu belum ada syariat empat orang isteri, Nabi Sulaiman ada seribu orang isteri. Nabi Daud pula 99 orang isteri dia.

"Sebab itu orang yang lebih hebat iman dia, lebih terhubung dengan Tuhan ini, dia lebih hebat lagi (di ranjang).

"Tetapi orang kita yang tengok video lucah ini, dia tidak dapat pun nikmat itu kerana Allah dah halang," katanya.

Bahagian pertama: 'Kelab Taat Suami bukan untuk rekrut ahli Al-Arqam'

Wawancara dijalankan oleh Jimadie Shah Othman, Ahmad Fadli KC dan Siti Sara Ghazie.

Tiada ulasan: