Jumaat, 20 Julai 2012

JANGAN KITA JADI ULAMAK DUNIA...MENGEJAR PANGKAT DAN WANG...RENDAH BENAR NILAINYA...DALAM MASA YANG SAMA ..BEGITU JELAS KITA BERSEKONGKOL DENGAN KEMUNGKARAN YANG DILAKUKAN OLEH PEMIMPIN2 KITA...KITA BERANI BERDEBAT DENGAN LAWAN KITA...TAPI TAK BERANI BERDEBAT ATAU TAK BERANI MENEGUR PEMIMPIN YANG BUAT SALAH...TU TAK BETUL YANG JELAS...

Anak muda tali hayat parti politik PRU13
WAN NASRAH ABDUL RAHIM
19 Julai 2012
Barisan pengurusan Sinar Harian, pendebat dan moderator di akhir Debat Sinar Harian yang berlangsung
Barisan pengurusan Sinar Harian, pendebat dan moderator di akhir Debat Sinar Harian yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, hari ini.
SHAH ALAM – "Anak muda adalah tali hayat terakhir kepada parti-parti politik pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)."

Demikian kesimpulan Pensyarah Jabatan Strategik dan Antarabangsa, Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar sebagai penutup tirai debat bertajuk PRU13: Orang Muda Pilih Siapa? anjuran Sinar Harian, petang tadi.

Debat tersebut mempertemukan dua tokoh politik muda Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya, di atas pentas Auditorium Kompleks Karangkraf.

Bertindak sebagai moderator, Mohamad Abu Bakar, kedua pendebat berjaya memberikan jawapan daripada dua bentuk hujahan mereka yang disifatkan amat baik untuk menyuburkan hala tuju politik baru yang lebih matang dan bertamadun kepada generasi akan datang.

"Saya melihat kedua tokoh ini memberikan dua jawapan hujahan yang mana dari satu seginya menjawab persoalan yang diutarakan dan sebahagian lainnya, telah memenuhi cita rasa pendengar," katanya.

Menurutnya, sifat kepimpinan yang muncul dari pendebat ini telah menunjukkan pemimpin muda dapat mempengaruhi dan mematangkan cara anak muda berfikir dalam politik.

"Ia sekali gus membolehkan generasi muda hari ini untuk memilih pimpinan politik yang mampu memacu masa depan negara," katanya.

Sebelum itu, ketika memulakan debat, Mohamad Abu Bakar membuka tirai dengan menyelitkan kata-kata dari Rasulullah SAW dan bekas Presiden Indonesia, Soekarno yang sering memberi kepercayaan kepada generasi muda untuk membangkitkan semangat dan menerajui kepimpinan negara.

"Berdasarkan pemerhatian saya, keduanya dapat menjawab soalan yang diberi dalam masa yang bertepatan. walaupun debat yang dianjurkan berjalan dalam suasana yang agak hangat tetapi ia masih terkawal," katanya.

Menurutnya, tugas beliau sebagai moderator lebih mudah kerana kedua-dua tokoh memberikan hujah yang bernas dan selari dengan soalan yang diberikan.

Beliau berkata, program seumpama ini perlu diteruskan untuk menyuburkan politik matang untuk kebaikan semua.
Fathul Bari: Tolak pemimpin politik 'ala syaitan'
NORHASPIDA YATIM
19 Julai 2012
Fathul Bari Mat Jahaya
Fathul Bari Mat Jahaya berhujah pada Debat Sinar Harian, yang dipengerusikan oleh Prof Datuk Mohamad Abu Bakar, hari ini.
SHAH ALAM - Golongan muda perlu menolak pemimpin-pemimpin yang suka mencetuskan huru-hara, menimbulkan propaganda dan persepsi tanpa disokong bukti serta fakta kukuh sehingga menyebabkan fitnah terhadap pihak lain.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, sikap ahli politik yang suka menimbulkan persepsi salah terhadap pihak lain diibaratkan seperti politik 'ala syaitan' yang hanya akan memburukkan pihak lain.

“Banyak kategori pemimpin yang perlu ditolak orang muda antara yang lain ialah mereka yang tidak memiliki kepakaran dalam bidang yang dipimpin.

“Mana mungkin seseorang yang tidak memiliki kepakaran akan berjaya dalam bidang yang dipimpinnya, justeru, orang muda perlu bijak menilai siapa pemimpin yang akan mereka pilih pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti," kata beliau pada Debat Sinar Harian bertajuk PRU13: Orang Muda Pilih Siapa? yang berlangsung di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, sebentar tadi.

Debat yang menemukan beliau dan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi dipengerusikan oleh Pensyarah Jabatan Pengajian Strategik dan Antarabangsa, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar.

Menurutnya, disebabkan golongan muda sinonim dengan perlakuan agresif, parti politik memainkan peranan penting dalam mendidik mereka mengenai cara berpolitik yang betul dan tidak bersandar kepada maklumat yang mereka peroleh daripada laman sosial.

“Orang muda bertanggungjawab mengubah struktur politik negara pada masa kini, jadi mereka perlu bijak menganalisis maklumat yang mereka peroleh bukan percaya bulat-bulat maklumat yang belum dipastikan sama ada dari fakta yang betul atau salah,” katanya.

“Apabila mereka suka guna medium itu untuk dapatkan maklumat, tidak menganalisis maklumat yang diperoleh, itu juga akan mencetuskan fitnah terhadap pihak lain dan budaya fitnah ini adalah jelas dilarang dalam Islam,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, golongan muda perlu membenci budaya politik yang mengajak masyarakat membenci pihak lain.

“Tiada dalam ajaran Islam supaya kita menyuburkan budaya saling benci-membenci ini, ia bukan sahaja akan memecahbelahkan masyarakat malah akan melemahkan kedudukan negara itu sendiri,” katanya.
Bukan mudah ubah rakyat, kata Ketua Pemuda Pas
Wartawan Sinar Harian
19 Julai 2012
Nasrudin: Anak muda mahukan perubahan
Nasrudin ketika menyampaikan hujah pada Debat Sinar Harian hari ini.
SHAH ALAM – Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, bukan sesuatu yang mudah untuk mengubah budaya politik Malaysia yang dianggapnya berada pada tahap parah.
“Bukan mudah nak wujudkan budaya baru dalam politik negara kita ini,” katanya semasa menjawab pertanyaan mengenai peranan pemimpin dalam mengurangkan politik fitnah dan kebencian yang semakin menular di negara ini, terutama melalui blog.
Menurut beliau, antara usaha yang dilakukan pemimpin muda adalah dengan menyertai debat seperti dianjurkan Sinar Harian untuk menyemai budaya hujah berdasarkan fakta dan tegur-menegur secara tertib.
“Kami sedang berusaha mengubah budaya fitnah politik dengan menyertai debat seperti ini. Ini pendekatan yang jauh berbeza daripada hanya menuduh pihak lain dari jauh,” katanya.
Pas tidak bersekongkol dengan DAP, tegas Nasrudin
NOOR AZURA SAHRIL
19 Julai 2012
Nasrudin: Anak muda mahukan perubahan
Nasrudin ketika menyampaikan hujah pada Debat Sinar Harian hari ini.
SHAH ALAM – Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, Pas tidak pernah bersekongkol dengan DAP kerana ia adalah tahaluf siasi.

Menurut Nasrudin, hal ini kerana Pas sedar dengan hanya satu parti tidak boleh menang di negara ini.

“Pas perlu akui realiti, tidak menang dengan satu parti. Kerjasama dengan DAP, salah satu parti komponen Pakatan Rakyat (PR) adalah dalam konteks politik,” katabeliau pada Debat Sinar Harian hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, Pas tidak menggadai prinsip perjuangan parti dengan negara berkebajikan kerana ia tidak bertentangan dengan Islam.

“Ada pihak mengatakan Pas kononnya mengadai prinsip perjuangan dengan mengatakan negara berkebajikan tidak kena dan tidak betul, sedangkan ia tidak bertentangan dan sangat bertepatan dengan Islam,” katanya.
Nasrudin: Anak muda mahukan perubahan
Wartawan Sinar Harian
19 Julai 2012
Nasrudin: Anak muda mahukan perubahan
Nasrudin ketika menyampaikan hujah pada Debat Sinar Harian hari ini.
SHAH ALAM - Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, orang muda memainkan peranan sebagai ejen perubahan yang disaksikan pada 1970-an dan juga ketika Pilihan Raya Umum (PRU) empat tahun lalu.

Sehubungan itu kata beliau, anak muda mahukan perubahan dan kebangkitan anak muda telah mencetusksn tsunami politik 2008.

Malah katanya, detik bersejarah Arab Spring menunjukkan orang muda ada kuasa besar sehingga menjadi pencetus yang mampu menjatuhkan kerajaan kerana mereka memilih perubahan.

Beliau berkata demikian pada Debat Sinar Harian bertajuk "PRU13: Orang Muda Pilih Siapa?" yang berlangsung di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, sebentar tadi.
Orang muda, katanya, memerlukan politik berasaskan ilmu serta fakta dan menolak politik yang bersifat auta.
“Anak muda perlukan politik berasaskan ilmu dan fakta, dan pemimpin yang dipilih mampu memimpin dengan telus dan adil seperti yang telah disyariatkan Islam,” katanya.
Tambah Nasrudin lagi, orang muda sekarang celik teknologi dan celik maklumat.
“Orang muda muda bersikap terbuka dan benci jika suara  mereka dikekang. Orang muda suka melibatkan diri dengan politik, tetapi jemu dengan sikap politik perkauman dan menyekat kebebasan bersuara,” katanya.
Beliau juga menambah, anak muda kini juga jelik dan muak dengan budaya gula-gulakan rakyat dan pemimpin yang lama memerintah, dicampur dgn pemerintah yang zalim dan berat sebelah.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan pemimpin yang terpalit dengan rasuah dan penyelewengan supaya tidak mendabik dada, kerana sejarah pernah membuktikan orang muda sebagai agen perubahan.
“Sejarah dalam negara jadi saksi bahawa anak muda penjana perubahan yang besar. Perubahan Pakatan Rakyat (PR) yang menepati aspirasi yang dimahukan orang muda,” katanya.
Nasrudin berkata pilihan raya adalah mengenai maklumat dan semua pihak perlu diberi ruang dalam media arus perdana.
“Ini kerana tarbiah dapat dilakukan dengan lebih meluas jika boleh menggunakan media seperti TV3,” katanya menjawab pertanyaan moderator akan konsisten Pas menyampaikan dakwah kepada anak muda.
Fathul Bari: Anak muda perlu berubah cara berpolitik
Wartawan Sinar Harian
19 Julai 2012
Fathul Bari: Anak muda perlu berubah cara berpolitik
Fathul Bari Mat Jahaya berhujah anak-anak muda perlu berubah cara berpolitik.

SHAH ALAM - Ulama Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, anak-anak muda perlu berubah cara berpolitik dan sehubungan dengan itu, pemimpin-pemimpin politik tidak boleh meneruskan budaya salah-menyalah antara satu sama lain.

"Jika kita terus salah-menyalah antara satu sama lain, bagaimana (kita boleh) ajar orang muda cara berpolitik yang betul?

"Anak-anak muda perlu berubah cara berpolitik pada hari ini," kata Fathul Bari pada Debat Sinar Harian di bawah tajuk "PRU13: Orang Muda Pilih Siapa" di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf petang ini.

Fathul Bari yang menyertai Umno dua tahun yang lalu berkata, asas utama untuk menegur pemimpin bukan dalam bentuk kritikan terbuka seperti mengkeji, mencaci atau mengumpat.

Sebaliknya kata Fathul Bari, setiap parti, baik pembangkang mahupun kerajaan, memiliki cara tersendiri untuk menegur pemimpin mereka.

"Pas menegaskan Islam dan politik tidak boleh dipisahkan, ya saya setuju tetapi politik yang bagaimana?'

"Politik yang syarie bukannya persepsi," kata Fathul Bari yang digandingkan dengan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi pada debat kali ini.

Debat hari ini adalah yang ketiga dianjurkan oleh akhbar Sinar Harian, produk Kumpulan Media Karangkraf.


 
Gua sokong Najib, 76 kebaikan BN 1Malaysia tidak dapat disangkal pembangkang
Posted on Saturday, May 19 @ 07:00:15 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: imamsurau

"Gua Sokong Najib Razak!! 76 Kebaikan Barisan Nasional Pada Rakyat 1malaysia yang tidak dapat di sangkal oleh PEMBANGKANG!!

Berikut hanyalah sebahagian kecil punca segala masalah yang melibatkan kehilangan wang dan harta negara sejak BN berkuasa lebih setengah abad yang lalu. Namun, jika dikumpul, ianya mencecah ratusan billion Ringgit wang milik Rakyat yang telah diselewengkan oleh kerajaan BN. gua sebagai anak muda malaysia sangat gembira dgn keupayaan kerajaan barisan nasional dalam meng'ekonomi'kan negara...

lu org semua boleh baca sampai muntah.. jgn malas membaca.. kah kah kah


1. Skandal PKFZ yang melibatkan duit Rakyat sebanyak RM12.7 billion.

Tun Dr Ling Liong Sik mengaku tidak bersalah di atas dua pendakwaan di bawah Seksyen 418 dan 417 Kanun Keseksaan atas tuduhan memperdayakan Jemaah Menteri berhubung projek bernilai RM12.7 bilionitu. Bekas Presiden MCA ini dituduh memperdayakan Jemaah Menteri untuk bersetuju meluluskan pembelian 999.5 ekar tanah milik koperasi nelayan Melayu di Pulau Indah pada harga RM25 satu kaki persegi dengan kadar faedah 7.5 peratus, iaitu nilai yang jauh lebih tinggi dari nilai sebenar di pasaran. Beliau juga mengeluarkan surat sokongan mengarahkan projek PKFZ ini diserahkan kepada syarikat Kuala Dimensi Sdn Bhd, milik Pengerusi Kelab Penyokong BN, Dato Seri Tiong King Sing.

2. Komisen pembelian kapal selam sebanyak RM500 juta.

  • Harga asal pembelian: €1.14 billion (RM4.52 billion)
  • Kos Senggaraan jangka panjang: €999.15 juta (RM3.964 billion) kepada Perimekar Sdn Bhd bagi kerja-kerja penyelenggaraan jangka panjang kapal selam itu pada tahun 2002.
Permohonan tambahan daripada Kementerian pertahanan pada Sidang Belanjawan 2011

  • RM417 juta untuk membiayai kontrak senggaraan (In Service Support) dua buah kapal selam Scorpene
  • RM56 juta untuk bayaran pendahuluan sewaan perkhidmatan Sistem Submarine Escape Rescue Intervention (SMER-1).
  • Sebelum ini, kerajaan sudah membayar €999.15 juta (RM3.964 billion) - Rujuk di atas.
3. Kerugian pembelian aset oleh Sime Darby RM1.6 billion.

  • Kerugian akibat lebihan kos berjumlah kira-kira RM1.6 bilion, membabitkan projek minyak dan gas Bulhanine dan Maydan Mahzam di Qatar serta projekhidroelektrik Bakun.
Pautan: Sime Darby kerugian RM1.6 bilion, CEO diarah bercuti

4. Menanggung kerugian (bailout) Konsortium Perkapalan Berhad milik Mirzan Mahathir sebanyak RM1.7 billion.

  • MISC (anak syarikat Petronas) telah diarahkan oleh Mahathir (PM ketika itu) untuk membeli aset Konsortium Perkapalan Berhad dengan pembiayaan sebanyakRM1.7 billion bertujuan menyelamatkan syarikat perkapalan milik anak beliau, Mirzan.
5. Kos senggaraan Paya Indah Wetland RM88 juta.

6. Kerugian Pos Malaysia (Transmile) RM5460 juta.


Pautan: Pos Malaysia Rugi RM546 Juta : Menteri Perlu Tanggungjawab

7. Perjanjian pembelian Eurocopter sebanyak RM1.67 billion.

  • Harga ditawarkan oleh Eurocopter Malaysia yang dipilih oleh kerajaan: RM1.67 billion
  • Harga Kelowna Flightcraft untuk helikopter alternatif: RM865 juta(Kerajaan dapat menjimatkan RM805 juta)
Pautan: Isu pembelian Eurocopter

8. Kos pembaikan bumbung Stadium Terengganu yang runtuh sebanyakRM292 juta.

9. Kos memperbaiki kerosakan MRR2 sebanyak RM70 juta

10. Akaun bil terlebih bayar Maybank sebanyak RM4 billion.

11. Tumbuk-rusuk (kickbacks) kepada Ng Yen Yen di Kementerian PelanconganRM10 juta.

12. Kos membeli tiga buah lukisan oleh MAS sebanyak RM1.5 juta.

13. Lebihan bayaran oleh Kementerian Belia dan Sukan sebanyak RM8.4 juta.

14. Perbelanjaan Kompleks Sukan gajah putih di London sebanyak RM70 juta.

15. Baikpulih bangunan MATRADE sebanyak RM120 juta.

16. Kos minyak dan senggaraan jet kegunaan PM sebanyak RM200 juta.

17. Hutang tidak dapat dituntut InventQ sebanyak RM228 juta.

18. Membayar gantirugi pembatalan Jambatan Bengkok sebanyak RM257 juta.

19. Kerugian dalam urusniaga penjualan Augusta sebanyak RM510 juta.

20. Nilai kehilangan pendapatan kerajaan daripada Approved Permit (AP)yang dikeluarkan bagi tempoh setahun sebanyakRM1.8 billion.

21. Senggaraan kapal-kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Rzak (akan dijadikan artifak Muzium Negara) sebanyak RM4.1 billion.

22. Pembinaan dan senggaraan PSC Naval Dockyard Lumut sebanyak RM6.75 billion.

23. Dua skandal Bank Bumiputra pada wal 1980-an sebanyak US$1 billion dengan anggaran nilai kerugian pada 2008 sebanyak RM3.2 billion.

24. Kegagalan Maminco dalam percubaan menguasai pasaran timah dunia pada tahun 1980-an dipercayai mengakibatkan kerugian bernilai US$500 juta. (RM1.6 billion)

25. Bertaruh dalam niaga kewangan pasaran hadapan luar negara menyebabkan Bank Negara Malaysia kerugian RM30 billion pada tahun 1990-an.

26. Kerugian Perwaja Steel sebanyak US$800 juta (RM2.56 billion).

27. Menggunakan dana awam sebanyak RM10 billion dalam operasi Valuecap Sdn Bhd untuk melonjakkan nilai harga pasaran saham.

28. Skandal kewangan Bank Islam yang melibatkan kerugian RM700 juta.

29. Penjualan MV Augusta dengan harga €1 (1 Euro) mengakibatkan kerugian sebanyak €75.99 juta (RM348 juta) - sama seperti No. 18?

30. Kehilangan royalti Wang Ehsan Terengganu sebanyak RM7.4 billion(antara tahun 2004 – 2007)

31. Sejak penubuhan Petronas Philharmonic Orchestra selama lebih 10 tahun yang lalu, ia telah menelan perbelanjaan sebanyak RM500 juta denga RM1 juta setahun dibayar sebagai gaji dan imbuhan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

32. Yuran Penasihat: Mahathir telah dibayar RM180,000, Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Kemajuan Wanita) RM404,726 dan Abdul Hamid Othman (Agama)RM549,675 pada setiap tahun.

33. Kerajaan telah membelanjakan RM3.2 billion untuk pelaksanaan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sepanjang lima tahun pertama pelaksanaannya. Daripada jumlah tersebut, kerajaan telah membayar RM2.21 billion untuk membeli pelbagai kelengkapan teknologi, maklumat dan komunikasi (ICT) namun tiada sebarang perincian perbelanjaan pernah ditunjukkan.


Kerajaan telah membayar RM6k bagi setiap komputer laptop/notebook yang dapat diperolehi di pasaran dengan harga di bawah RM3k. Beberapa konsortium telah ditubuhkan semata-mata untuk ‘mengendali secara atas-angin’ pengagihan segala peralatan dan perkakasan berkenaan. Kini, kebanyakan peralatan dan perkakasan telah menjadi milik anak guru-guru yang terlibat dengan PPSMI.


34. Komisen yang telah dibayar kepada dua buah syarikat persendirian yang mengendalikan pembelian kapal selam Scorpene iaitu Perimeker Sdn Bhd dan IMT Defence Sdn Bhd berjumlah RM910 juta. Ada kaitan dengan No. 2.

35. Kerajaan membuat bayaran RM300 juta sebagai ganti rugi yang dibayar kepada Gerbang Perdana kerana pembatalan pembinaan Jambatan Bengkok yang bernilai RM1.1 billion.

36. RM1.3 billion telah dibazirkan dengan pembinaan kemudahan kompleks gajah putih ‘Customs, Immigration and Quarantine’ (CIQ) apabila projek Jambatan Bengkok dibatalkan.

37. Membelanjakan RM100 juta untuk kerja-kerja baik-pulih dan kebocoran Bangunan Parlimen Malaysia.

38. Program Angkasawan Negara yang menelan belanja – RM40 juta

39. Dianggarkan sebanyak RM500 juta setahun dibelanjakan untuk Latihan Khidmat Negara

40. Menanggung kerugian Eye of Malaysia – RM30 juta dan RM5.7 juta dalam bentuk pemberian tiket percuma.

41. Menanggung kerugian sebanyak RM2.4 juta untuk pembelian dakwat kekal

42. Pada September 2006, Samy Velu mengumumkan bahawa kerajaan telah membayar ganti rugi berjumlah RM38.5 billion kepada 20 buah syarikat pengendali lebuhraya. Sembilan syarikat pengendali tol lebihraya menerima durian runtuh berjumlah RM380 juta daripada kenaikan kadar tol pada tahun 2008 sahaja.

43. Tumbuk-rusuk (kickbacks) sebanyak RM32 juta nilai eksport kayu balak oleh syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Ketua Menteri Sarawak dan ahli keluarganya.

44. Dua kali menanggung kerugian (bailout) oleh Malaysia Airline System (MAS) yang berjumlah sebanyak RM7.9 billion. Pada ketika MAS berhadapan dengan kerugian pada saban tahun, sebanyak RM1.5 juta telah dibelanjakan untuk membeli TIGA buah lukisan untuk menghiasi pejabat pengerusi MAS, Munir Majid. (Berkaitan dengan No. 11)

45. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pengangkutan Putra sebanyakRM4.486 billion.

46. Menanggung kerugian (bailout) STAR-LRT sebanyak RM3.256 billion.

47. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pembetungan Kebangsaan bernilaiRM192.54 juta.

48. Menanggung kerugian (bailout) Lebuhraya Seremban-Port Dickson sebanyak RM142 juta.

49. Menanggung kerugian (bailout) Penjara Kuching bernilai RM135 juta.

50. Menanggung kerugian (bailout) Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam sebanyakRM8.3 juta.

51. Menanggung kerugian (bailout) Le Tour de Langkawi sebanyak RM3.5 juta.

52. Agihan secara borong ratusan juta saham di Bursa Malaysia dengan berselindung di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) kepada kroni, kaum keluarga, anak-anak para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.

53. Pindah-milik puluhan ribu hektar tanah-tanah komersial dan konsesi pembalakan kepada anak-anak serta kaum keluarga para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.

54. Kerugian Petronas sejak tahun 1997 apabila menandatangani perjanjian dengan ENAM PENAMA yang tidak didedahkan dalam dagangan hadapan petroleum negara dengan kadar harga murah untuk jangkamasa yang panjang. Apabila harga bahan petroleum meningkat, Petronas kekal menjual kepada ENAM penama ini pada harga murah yang telah dipersetujui.

Bagi menampung penggunaan bahan petroleum dalam negara, Petronas terpaksa membeli daripada pembekal luar dengan kadar semasa dan mengakibatkan Rakyat terpaksa menanggung kenaikan harga mengikut pergerakan harga minyak dunia. Sepatutnya, tanpa perjanjian dagangan hadapan, Petronas memperoleh keuntungan yang besar mengikut harga pasaran semasa. Dengan keuntungan ini, Petronas dapat berkongsi harga bahan petroleum yang murah untuk kegunaan Rakyat.

Dan manusia yang bertanggungjawab mengatur perjanjian dagangan hadapan yang merugikan Petronas dan Rakyat ini adalah merupakan manusia yang paling lantang bersuara sekarang ini - Mahathir Muhamad. Dan beliau ingin kekal menjadi penasihat Petronas hingga mati bagi melindungi identiti ENAM JAHANAM yang menghisap darah Rakyat melalui keuntungan Petronas.

55. RM5700 untuk membeli seunit jek kereta yang berharga RM50. (*)

56. Kenderaan milik kerajaan meneguk setangki petrol bernilai RM113 dalam tempoh beberapa minit. (*)

57. Platform tiang bendera berharga RM990 dibeli dengan harga RM30,000(*)

58. Thumb drive berharga RM90 dibeli dengan harga RM480 (*)

59. Kabinet simpanan barang berharga RM1,500 telah dibeli dengan hargaRM13,500 (*)

60. Pembelian seunit lampu suluh bernilai RM35 telah dibayar dengan hargaRM143. (*)

(*) - yang dinyatakan adalah sebutharga untuk SATU UNIT. Kerajaan membeli dalam bentuk pukal antara puluhan hingga ribuan unit item yang sama.


61. Perbelanjaan kempen 1Malaysia yang dibayar kepada APCO sebanyakRM76.8 juta.

62. Membayar subsidi RM17 billion kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP)

63. Cincin berlian bernilai USD24 juta untuk Ro$mah --- kononnya pembelian telah dibatalkan – berapa pula jumlah ganti rugi yang terpaksa rakyat bayar?

64. Satu laman web 1pengguna bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dibina dan diselenggarakan dengan belanjaRM1.4 juta.

65. Projek e-mel 1Malaysia yang menelan belanja RM50 juta.

66. Menggunakan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Danaharta dan Khazanah untuk membeli saham-saham Timedotcom yang tidak laku – kerugian sebanyak RM3.3 billion.

67. Skandal Offshore Petrol Vehicle (PSC-NDSB) – rugi RM6.75 bilion

68. Rosmah sewa bilik hotel RM100,000 satu malam di Burj Al-Arab Dubai!!

69. Rosmah dan Najib sewa penthouse di Hotel Darling di Sydney pada kadarRM65,100untuk sehari semalam.

70. “Lawatan Sambil Belajar” ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh Rosmah and the Gang (FLOM @ First Lady of Malaysia) ditanggung kerajaan berjumlahRM134,317.76.

71. Memperuntukkan dana RM100 juta setahun untuk Rosmah berbelanja dalam projek peribadi ‘Permata Negara’nya.

72. Perbelanjaan oleh Rosmah untuk mengendalikan Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang melibatkan 15 orang wanita isteri Ketua-ketua Negara yang majoritinya daripada negara-negara Afrika yang menelan belanja RM4.5 jutauntuk tempoh TIGA hari.


73. Kos ubah suai Seri Perdana sebanyak RM12.5 juta.


74. Bil elektrik kediaman rasmi PM dan TPM di Seri Perdana sebanyakRM160,000sebulan.

75. Insinerator di Broga, Semenyih, kerajaan BN yang di atas kebodohan mereka tidak mendengar keluhan rakyat, terpaksa membazirkan berbilion ringgit membatalkan projek tersebut. Insinerator yang seberat 1,500 tan dan menggunakan teknologi ‘fluidized bed gasification’ yang dikatakan terbesar di Asia ditaksirkan menelan belanja RM1.5 bilion (lebih kurang USD395 juta) untuk dibina dan RM200 juta (USD53 juta) bagi kos operasinya setiap tahun.

76 .gua dgn ini isytihar akan terus menyokong kepimpinan Najib Razak dan barisan nasional yang di pimpinnya, tanpa jasa mereka, negara tidak akanberhutang sebanyak rm 565 biliion ringgit, gua ucapkan tahniah.. kah kah kah
by @tiewnama on twitter

harakahdaily"

Tiada ulasan: