Rabu, 18 Julai 2012

MUNGKIN TIADA MASA BAIK LAGI...'HANYA ALLAH YANG TAHU....BAIK YANG AKAN DATANG ATAU YANG DAH LEPAS...NI HASIL DARI TANGAN2 SENDIRI ...IA JADI BEGITU.....

Najib telah hilang masa terbaik bubar parlimen

Lim Kit Siang, 18 Jul 2012
Pertamanya, saya ingin memberi penghormatan kepada rakyat Malaysia, terutamanya yang dari Petaling Jaya dan Selangor untuk semangat perpaduan mereka, untuk semangat keadilan, serta kebolehan mereka untuk membezakan diantara yang baik dan buruk, respons yang diberi dalam tempoh seminggu ‘online’ dan ‘offline’ untuk memberi sokongan kepada Ahli Parlimen PJ Utara Tony Pua yang memperjuangkan hak air kepada warga Selangor, yang malangnya telah kalah dalam kes saman fitnah oleh konsesi air negeri Selangor, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang telah diputuskan dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur agar Tony Pua membayar gantirugi sebanyak RM200,000 kepada Syabas.
Tony sedang membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tetapi Syabas masih menuntut pembayaran gantirugi sebanyak RM200,000.

Sekiranya Tony dapat menyangkal tuduhan terhadapnya dan memenangi kes saman fitnah terhadap Syabas, kutipan yang diperoleh akan disalurkan kepada dana kebangsaan parti untuk kegunaan menjelang pilihanraya umum yang akan datang serta kes-kes litigasi awam.

Kes saman fitnah Tony merupakan salah satu daripada pelbagai cabaran yang harus dihadapi oleh pemimpin DAP selepas tsunami politik 308 selepas pilihanraya umum 2008, yang telah telah membawa kepada perubahan lanskap politik dengan pembentukan lima kerajaan negeri (Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Perak – walaupun penggulingan  kerajaan yang tidak sememangnya tidak berperlembagaan telah merampas Perak daripada Pakatan Rakyat dari menjadi kerajaan negeri Perak, tetapi kami yakin akan kemenangan negeri Perak dalam pilihanraya akan datang) dan penolakan dua pertiga majoriti BN di parlimen.

Negara Malaysia termasuklah rakyatnya akan menghadapi dua ujian yang kritikal menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 akan akhirnya akan diadakan, sama ada dalam dua atau tiga tahun atau tahun hadapan.

Masa sudah suntuk bagi Datuk Seri Najib Razak dan telah melepaskan peluang untuk memilih masa terbaik bagi pembubaran Parlimen untuk mengekalkan mandat beliau sebagai Perdana Menteri yang keenam yang sudah hilang sama sekali terutamanya selepas perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 dan perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April tahun ini.

Najib harus sedar akan keadaannya, yang jelas menunjukkan terdesaknya beliau sehingga merampas tarikan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia sebagai sebahagian daripada kempen pilihanraya PRU13 – dengan menekankan tema kempennya “Janji Ditepati” yang digunakan sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia haruslah dilihat sebagai satu perayaan sambutan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, negeri, status, jantina, umur dan paling penting pendirian politik, boleh bersatu padu sebagai rakyat Malaysia untuk menyambut kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 1957 dan penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Akan tetapi Perdana Menteri yang terdesak tidak dapat membezakan di antara negara dan puak-puak yang berkuasa, atau dalam kerajaan, parti-parti politik dan kepentingan peribadi beberapa pihak.

Kegagalan untuk membuat keputusan yang penting diantara kepentingan negara dan pihak-pihak berkuasa, atau dalam kerajaan, parti-parti politik dan kepentingan peribadi adalah sebab utama penyalahtadbiran negara yang begitu teruk, tidak kiralah jika ianya penyalahgunaan kuasa, gejala rasuah dan kronisme yang berleluasa.

Daripada saat ini sehingga Hari Malaysia pada 16 September, biarlah gemangan slogan “Janji Ditepati” seluruh negara menjadi satu peringatan kepada semua anak bangsa Malaysia bahawa mereka perlu bersatu padu dalam menuntut satu perubahan dalam pilihanraya umum ke-13 sekiranya mereka benar-benar mahukan janji-janji demokrasi, keadilan, pembangunan, dan pentadbiran yang bersih dan jujur di Malaysia semua dilaksanakan.

Jika ditinjau kembali, masa terbaik untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihanraya umum patut pada masa yang sama pilihanraya negeri Sarawak diadakan pada 16 April tahun lepas, atau tiga bulan selepas pilihanraya negeri Sarawak dan sebelum perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011.

Tetapi dengan perwatakan beliau yang berdolak-dalik, Najib telah kehilangan inisiatif dan peluang untuk membubarkan Parlimen. Beliau hanya boleh berjudi dengan baki sembilan bulan sebelum siding Parlimen ke-12 dibubarkan secara automatik pada 28 April 2013 dengan pilihanraya umum ke-13 yang wajib diadakan selewat-lewatnya dalam pertengahan bulan Mei tahun depan.

Pilihanraya Umum ke-13 merupakan satu ujian kritikal bagi Najib, dengan keraguan sama ada Najib mampu membawa Umno BN memperoleh kemenangan dalam pilihanraya umum untuk mengekalkan mandat beliau sebagai Perdana Menteri yang keenam, tetapi juga satu ujian untuk melihat samada beliau mampu untuk meraih kemenangan yang lebih besar berbanding dengan Tun Abdullah untuk menangkis apa-apa percubaan oleh Umno untuk menggulingkan beliau seperti yang dilalui Abdullah dalam 2009.

Rakyat Malaysia mesti membuat keputusan untuk menentukan jika pimpinan Najib telah mempengaruh mereka, slogan “1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”; pelbagai program transformasi, tidak kiralah berhubung dengan kerajaan, ekonomi, politik atau sosial; dan baru-baru ini, siri jelajah “Janti Ditepati”.

Sudahkah Najib melakukan apa yang telah dijanjikan dengan slogan 1Malaysia dan telah menyatupadukan rakyat Malaysia atau jurang di antara kaum atau agama dijarakkan lagi dalam tempoh tiga tahun sebagai Perdana Menteri?

Adakah rakyat Malaysia berasa lebih selamat di jalanraya, tempat awam dan juga dalam privasi kediaman mereka walaupun dengan segala publisiti berkenaan dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) dimana penurunan jenayah adalah sebahagian daripadanya?

Kita sedang menghadapi satu situasi yang penuh skandal dalam pembanterasan jenayah tidak dititikberatkan dan menggunakan khidmat luar seperti yang disaksikan dengan pertumbuhan komuniti ‘berpagar dan terkawal’, tetapi hakikatnya rakyat Malaysia lebih takut sekarang berbanding dengan masa sebelumnya.

Sudahkah kita mencapai NKRA dalam membasmi rasuah? Hanya dua hari yang lepas, kita telah menyaksikan ulangtahun Teoh Beng Hock, seorang mangsa kekejaman dan ketidakadilan oleh pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) yang mesti bertanggungjawab diatas kematian Teoh Beng Hock diatas sebab penyalahgunaan kuasa oleh para pegawai SPRM.

Dapatkah keluarga Teoh Beng Hock mengharapkan keadilan seperi yang telah dijanjikan oleh Najib apabila dalam mencari pembunuh Teoh Beng Hock? Jawapannya, tidak – kerajaan Pakatan Rakyat yang bersedia untuk membuka penyiasatan peringkat tinggi untuk memperoleh kesudahan dalam pembunuhan Teoh Beng Hock dan membawa pembunuh ke muka pengadilan.

Berjayakah SPRM dalam pembanterasan rasuah, dengan mencekup “ikan besar” seperti yang dilihat di Indonesia, Filipina, India, Hong Kong dan China?

Kegagalan program GTP dan NKRA Najib dapat dilihat dengan kedudukan Malaysia yang telah jatuh menjunam ke tempat 60 dalam ‘Transparency International Corruption Perception Index 2011’ dengan skor terendah CPI 4.3.

Walaupun PRU13 akan menjadi satu ujian kritikal bagi Najib, ia juga merangkumi dua lagi ujian bagi rakyat Malaysia, sama ada Malaysia sudah matang sebagai negara berdemokrasi dan sebagai negara yang merdeka selepas 55 tahun.

Untuk kali pertama dalam sejarah pilihanraya negara, pengundi Malaysia akan membuang undi dengan satu kesedaran bahawa undi mereka mempunyai kuasa untuk membawa perubahan pimpinan kerajaan pada peringkat persekutuan secara berdemokrasi.

Adakah mereka akan berani melakukan apa yang patut dan jika ya, adakah mereka dibenarkan berbuat demikian?

Sudah ada puak-puak yang sedang rajin bekerja untuk menyebarkan fitnah untuk mewujudkan satu keadaan dimana rakyat Malaysia berfikiran buruk, membenci dan ditakut-takutkan, dengan Umno BN merekrut angkatan tentera 10,000 ‘cybertrooper’ untuk mengapi-apikan sentimen dan ketegangan di antara kaum dengan laporan-laporan yang palsu yang diputarbelit oleh pihak-pihak yang ‘berbakat’.

Saya telah melihat isu bulan Mei 2012, naskah Selangor Kita yang jelas penerbitan BN Umno walaupun tidak memaparkan identiti pihak  pencetak mahupun penerbitnya.

Terpapar dalam muka 2 dalam adalah petikan berikut:

KOMEN LIM KIT SIANG TERHADAP AGONG KITA

“SUMBER DAP: Lim Kit Siang dalam komennya berkata Raja-Raja Melayu semuanya Lanun. Semuanya Perompak. Kata Lim Kit Siang lagi, buat apa hormat Agong, buat habis wang ringgit cukai rakyat sahaja beri pada Raja-Raja Melayu.”

Kenyataan ini merupakan berita fitnah palsu semata-mata yang tidak pernah saya katakan.

Melaui laman sesawang, ‘cybertrooper’ Umno BN menyebarkan tuduhan berbaur fitnah bahawa saya bertanggungjawab dalam mencetus rusuhan 13 Mei 1969 dan saya telah merayau di Kuala Lumpur selepas keputusan pilihanraya umum 1969 sambil melemparkan komen-komen ‘anti-Melayu’ yang juga telah mencetuskan rusuhan 13 Mei.

Hakikatnya, saya tidak berada di Kuala Lumpur pun pada 10, 11, 12 dan 13 Mei 1969, sesuatu yang boleh disemak dengan pihak media pada masa tersebut dan dengan rujukan rekod polis.

Saya sedang bertanding kerusi parlimen Bandar Melaka pada tahun 1969 dan pada pagi 13 Mei 1969, saya telah menaiki penerbangan ke Kota Kinabalu untuk memberi pertolongan kepada calon-calon bebas dalam kempen pilihanraya negeri Sabah kerana pilihanraya umum 1969 di Sabah/Sarawak  dijalankan dua minggu selepas ianya diadakan di Semenanjung Malaysia.

Saya telah dinasihati agar tidak pulang ke Kuala Lumpur selepas saya diusir keluar dari negeri Sabah oleh Ketua Menteri Sabah pada masa itu, Tun Mustapha disebabkan oleh ucapan saya dalam perhimpunan awam di Kota Kinabalu.

Pada pagi 14 Mei 1969, sekumpulan pegawai Imigresen telah datang ke hotel yang saya menginapi di KK untuk menyerahkan arahan ‘notis pengusiran’ (eviction order) kepada saya. Tetapi saya tidak tinggalkan Kota Kinabalu sehingga 15 Mei kerana saya telah lepas penerbangan pada 14 Mei. Oleh kerana pada masa itu, darurat telah diumumkan, tidak ada penerbangan sambungan (connecting flight) dan sya terpaksa bermalam di rumah Devan Nair di Singapura untuk dua malam.

Saya telah berhubung dengan pemimpin-pemimpin parti dan keluarga saya melalui perkhidmatan telefon dan mereka telah menasihati saya untuk jangan kembali kerana nama saya berada dalam ‘senarai hitam’ Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan saya pasti akan ditahan.

Saya telah memberitahu pemimpin-pemimpin parti bahawa saya tiada pilihan samada untuk kembali ke Malaysia atau tidak kerana saya gagal akan tugas saya sebagai wakil rakyat jika saya bukan bersama rakyat pada masa kesusahan.

Pada 17 Mei 1969, saya telah menaiki penerbangan dari Singapura dan telah ditahan di Lapangan Terbang Subang, dan dengan itu mulalah siri penahanan saya di bawah ISA.

Adakah saya akan pulang ke Malaysia sekiranya saya telah mencetuskan rusuhan 13 Mei?

Bahkan, dalam kedua penahanan pertama dan kedua ISA dalam 1969 dan 1987, saya tidak pernah disoal mengenai lokasi saya pada 10, 11, 12 dan 13 Mei 1969 semasa sesi soaljawab yang serius oleh wakil Cawangan Khas, kerana pihak polis tahu bahawa saya tidak pernah berada di Kuala Lumpur pada masa itu.

Tetapi apa yang lebih menghairankan adalah tuduhan melulu ‘cybertrooper’ Umno BN bahawa Lim Guan Eng juga bertanggungjawab dalam mencetus rusuhan 13 Mei 1969 berdasarkan fakta bahawa Guan Eng pada masa itu menjawat Ketua Pemuda DAP dan berada dibarisan hadapan dalam melemparkan tohmahan ‘anti-Melayu’.

Hakikatnya, Guan Eng hanya berumur lapan tahun pada Mei 1969 – yang menunjukkan betapa tidak berprinsip dan kotor taktik politik yang digunakan di Malaysia menjelang pilihanraya umum dengan dakwaan melulu yang liar terhadap seorang kanak-kanak yang berumur lapan tahun.

Saya faham bahawa satu filem kisah 13 Mei yang akan ditayangkan di pawagam pada 13 Sept. Adakah ini salah satu daripada kempen fitnah untuk memberi gambaran buruk mengenai DAP dan Pakatan Rakyat untuk menanam perasaan prasangka buruk, kebencian dan perasaan takut di antara rakyat Malaysia menjelang Pilihanraya Umum Ke-13?

Saya tidak akan membuat apa-apa keputusan terburu-terburu tetapi saya ingin tahu jika satu penayangan khas tayangan tersebut sebelum ianya ditayangkan secara umum supaya kita tahu akan kedudukan kita ini.

Walaubagaimanapun, ujian kritikal rakyat Malaysia dalam pilihanraya umum yang akan datang samada sistem demokrasi Malaysia dan pembangunan negara ini telah menjadi lebih matang untuk menangkis semua taktik politik kotor dan untuk memastikan semua warga Malaysia tidak tunduk kepada tindakan tidak bertanggungjawab dalam penggunaan politik fitnah supaya rakyat Malaysia hidup dalam ketakutan.

Rakyat Malaysia, tidak kira kaum dan agama, harus berbangga sebagai patriot negara tercinta ini yang bersedia untuk membuang undi disebabkan semangat cintakan negara dan untuk masa depan negara ini dan generasi anak-anak kita dalam satu usaha nasional dengan menggunakan proses demokrasi yang sah untuk membawa perubahan politik secara aman tenteram.

RAKR: Kelantan tidak pernah dapat peruntukan

Salmah Mat Husain, 18 Jul 2012
KOTA BHARU: Kerajaan Persekutuan diminta menyalurkan peruntukan khas untuk pembinaan Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) kepada kerajaan Kelantan bagi membolehkan kerajaan negeri ini menyediakan rumah kepada rakyat yang memerlukan.
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata kerajaan negeri seharusnya mendapat peruntukan yang sama dari kerajaan Pusat sebagaimana di negeri-negeri lain.

Bagaimanapun, katanya kerajaan negeri tidak pernah menerima peruntukan yang sama sebagaimana negeri lain.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran projek Perdana D’Cemerlang, di sini pagi tadi.

Pada masa yang sama beliau mendedahkan kerajaan negeri memperuntukkan RM4.4 juta kepada projek rumah awam rakyat dalam Belanjawan 2012.

Kerajaan Kelantan yang dituduh miskin, tidak mampu mentadir kini sedang membina sebuah projek D’Perdana Sri Cemerlang bernilai RM70 juta.

Projek berkenaan diselenggarakan anak syarikat milik kerajaan negeri Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan dan dimajukan oleh SPP Development Sdn Bhd.

Apartmen yang bertemakan ‘urban living’ atau kehidupan dalam bandar itu setinggi 25 tingkat yang merangkumi 244 unit servis apartmen, enam unit kedai pejabat dan lima tingkat tempat letak kereta.

Pada majlis itu jugaTuan Guru memberitahu, dengan terbinanya projek ini akan mematahkan dakwaan pihak tertentu yang berkata Kelantan mundur dan tiada pembangunan.

Menurutnya, projek pembangunan kedua selepas KTC menjadi bukti keupayaan kerajaan Kelantan dalam melaksanakan pembangunannya.

Hadir sama pada majlis itu, anggota exco kerajaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan yang juga Adun Bunut Payong, Datuk Anuar Tan, Ketua Eksekutif PKINK, serta pegawai kanan kerajaan negeri pelbagai agensi.

Projek berkenaan dijangka siap pada 2015.

Berita inikah Umno trauma lihat bendera PAS?

http://greenboc.blogspot.com, 18 Jul 2012

Berita Inikah Membuatkan YB UMNO Trauma & Mengamuk Melihat Bendera PAS?

Empat Tokoh Sertai PAS Negeri Sembilan

KUALA PILAH: PAS Negeri Sembilan menerima suntikan semangat yang baru apabila empat tokoh tempatan menyertai PAS baru-baru ini.

Majlis pengumuman kemasukkan kempat-empat tokoh tersebut berlangsung di Himpunan Hijau peringkat Negeri Sembilan di Johol, Kuala Pilah malam kelmarin.

Pengumuman penyertaan empat bekas pemimpin setempat dan bekas pegawai tinggi kerajaan ini merupakan gimik dan kejutan oleh PAS Negeri Sembilan untuk Himpunan Hijau tersebut.

Mereka yang mengumumkan masuk PAS pada malam tersebut ialah bekas Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Zainal Isa; bekas Pengurus Pos Malaysia Berhad Zon Selatan, Mokhtar Musa; bekas Pembantu Exco Kerajaan Negeri Sembilan, Anuar Hashim dan bekas Pengerusi JKKK Kampung Pilin, Rembau, Ramli Jalun.

Ketika Ketua Penerangan PAS Negeri Sembilan, Norazman Mohamad memperkenalkan mereka secara satu persatu, lebih 3, 000 ahli PAS yang hadir bersorak dan melaungkan takbir.
Mokhtar, Anuar dan Ramli juga merupakan ahli Umno sebelum menyertai PAS
.

Seterusnya kempat-empat mereka diberikan peluang berucap. Anuar yang merupakan bekas Pembantu Khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Klawang, Datuk Yunus Rahmat (Umno) menggamatkan suasana apabila tersasul menyebut kepimpinan PAS yang duduk di atas pentas sebagai kepimpinan Umno.

Zainal dalam ucapannya berkata beliau tidak pernah menyertai mana-mana parti sepanjang bertugas sebagai pegawai kerajaan.

“Walaubagaimanapun selepas bersara saya mengambil keputusan untuk menyertai PAS kerana perjuangan PAS ‘Islamik’ dan lebih kepada ‘semangat’ dan bukan hanya ‘fizikal’ semata-mata.

“Saya mempunyai kepakaran di dalam sistem perhutanan, air dan alam sekitar dan saya percaya saya boleh menyumbang sesuatu kepada PAS dalam konteks tersebut”, kata Zainal.

Kecewa dengan Umno

Mokhtar pula berkata beliau menyertai Umno pada tahun 1963 dan kini mengambil keputusan untuk menyertai PAS kerana perjuangan Umno kini sudah tidak sama seperti 50 tahun dulu.

Tanpa menghuraikan secara terperinci Mokhtar menyatakan rasa kecewa terhadap cara pentadbiran Umno ketika ini dan memilih perjuangan PAS yang beliau anggap menepati ciri-ciri Islam dan telus.

Sementara itu Norazman dalam ucapan beliau berkata penganjuran perhimpunan ini untuk menyemarakkan lagi sokongan ahli selain mengalu-alukan orang ramai memilih PAS sebagai parti politik pilihan mereka.

“Rakyat tidak perlu takut dan rasa terhutang budi kepada Umno.Apa yang Umno beri pada rakyat sememangnya merupakan hak rakyat dari duit rakyat sendiri (cukai).

“Tanamkan keyakinan tinggi kepada pemerintahan PAS dan Pakatan Rakyat kerana ia sudah terbukti di negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat seperti di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

“PAS akan berjuang habis-habisan dengan gandingan PKR dan DAP untuk mengecapi kemenangan mutlak di Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti”, kata Norazman.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar; anak kepada bekas Perdana Menteri Tun Ghafar Baba, iaitu Datuk Tamrin Ghafar; Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Dr. Mohamad Rafie Abdul Malek. -FMT
Lihat http://greenboc.blogspot.com/2012/07/berita-inikah-membuatkan-yb-umno-trauma.html


Wakil Rakyat Umno sendiri turunkan bendera PAS?

http://mohdtaufek.blogspot.com, 18 Jul 2012
Satu laporan polis telah dibuat pada 17 Julai 2012 mengenai seorang wakil rakyat Umno di Negeri Sembilan yang bergelar Dato’ Dr yang dilihat menanggalkan beberapa bendera PAS di sebuah jalan utama di negeri ini.

Laporan polis telah dibuat. Kita harapkan pihak berkuasa melakukan siasatan yang teliti tanpa memilih bulu.
Laporan polis tersebut di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2012/07/wakil-rakyat-umno-sendiri-turunkan.html

PAS ragu wartawan jadi pengundi pos

Hazayani Zakaria, 18 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Isu pengundian secara pos di kalangan petugas media antara perkara yang akan dibangkitkan PAS pada pertemuan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli (gambar) berkata, SPR perlu menjelaskan mekanisme berhubung perkara ini bagi mengelakkan undi pos dimanipulasi.

"Bila sebut petugas media, daripada wartawan hinggalah jurukamera boleh memohon mengundi secara pos.

"PAS khuatir undi pos di kalangan mereka ini akan disalahguna lebih-lebih lagi pengundi pos tak guna dakwat kekal," kata beliau yang juga anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berhubung dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) selepas pertemuan dengan kakitangan pejabat PAS dan Harakah di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, hari ini. Hadir sama ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa ali dan AJK PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar.

SPR akan mengadakan pertemuan bersama pemimpin parti politik di Semenanjung Malaysia di Hotel Marriott Putrajaya esok.

SPR pada pertemuan yang akan bermula jam 8.30 pagi hingga dua petang itu akan menyampaikan taklimat berkenaan proses pilihan raya dan simulasi proses pengundian termasuk penggunaan dakwat kekal.

Februari lalu, SPR bersetuju menimbang permohonan petugas media yang mahu mengundi secara pos.

Ianya susulan cadangan yang dikemukakan PSC mengenai undi pos buat kumpulan wartawan.

Semak Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Kedua 2012

Harakahdaily, 18 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan mereka yang telah mendaftar sebagai pemilih supaya menyemak nama masing-masing adakah sudah tersenarai sebagai pemilih sah di dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) Suku Kedua 2012.


“Sila semak nama anda adakah sudah tersenarai sebagai pemilih sah di dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) Suku Kedua 2012 yang akan mula dipamerkan oleh SPR pada esok 19 Julai 2012 hingga 1 Ogos 2012,” ujar beliau di dalam Facebook.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, rang tersebut boleh disemak di pejabat daerah, pejabat pos, balai penghulu dan pejabat parti politik khasnya PAS Kawasan Parlimen di seluruh negeri Pahang mulai esok.

“Laksanakan hak dan tanggungjawab anda, bersama kita melakukan perubahan,” katanya.

Mas Azzam kunjungi Tuan Guru Nik Aziz

Rizal Tahir, 18 Jul 2012


(Mas Azzam bersolat bersama Tuan Guru Nik Aziz di JKR 10)

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menerima kunjungan artis Indonesia 'Mas Azzam' pelakun filem 'Bila cinta bertasbih' dan Yatt Hamzah di JKR 10 sebentar tadi.

Mereka hadir untuk memenuhi undangan kerajaan negeri Kelantan untuk program Bicara Selebriti pada malam ini di Balai Islam, Lundang.

Di samping bertemu, mereka sempat solat Zohor dengan berimamkan Tuan Guru Nik Aziz di JKR 10.

Empat artis termasuk Mas Azam atau nama sebenarnya Khairul Azzam akan menyertai program Bicara Selebriti malam ini di Dewan Balai Islam, Lundang.

Selain Mas Azzam dan Yatt, turut serta malam ini adalah Ana Rafalli dan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.
Program ini akan dipengerusikan oleh Amin Idris, pengacara TV Al Hijrah.



(Sidang media bersama antara Tuan Guru Nik Aziz dengan Mas Azzam dan Yatt)

Selangor hantar kumpulan profesional awasi Syabas

Harakahdaily, 18 Jul 2012
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor akan menghantar satu kumpulan profesional untuk meneliti operasi harian Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) bagi mengenal pasti keadaan semasa air terawat di Selangor.

Kumpulan profesional ini dianggotai oleh Suhaimi Kamaruzaman (Ketua Pengawai Eksekutif KDEB), Ir Abas Abdullah (Pengarah ABASS), Karim Endut, (Pengurus Besar Pengurusan Air, Kumpulan Perangsang Selangor) dan Kevin Lee (Ketua Perancangan Strategik dan Pelaburan, Perangsang Selangor).

Demikian umum Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini.

Pengumuman ini berikutan kenyataan beliau semalam, kerajaan negeri akan 'step in' dalam pengurusan Syabas.

Ia dibuat berikutan kenyataan Syabas akan membuat catuan air di Selangor.

Bagi kerajaan negeri, kenyataan ini satu kenyataan politik yang mahu menyusahkan kerajaan dan rakyat negeri Selangor.

Ini kerana, bagi mereka, catuan air tidak perlu kerana kesemua empangan air yang ada penuh dan tidak masalah.

"Kumpulan profesional ini dihantar kerana Syabas gagal memberi penjelasan terperinci dan memuaskan dalam beberapa isu ketika syarikat tersebut memberi taklimat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, pagi tadi," kata Khalid dalam kenyataannya.

Kerajaan Negeri Selangor, katanya, yakin kumpulan ini akan dapat bekerjasama dengan Syabas kerana semua anggotanya berpengalaman luas dalam operasi dan pengurusan air.

Sementara itu, Kerajaan Negeri juga sudah menyediakan surat untuk memaklumkan hasrat kerajaan Selangor untuk ‘step in’ dalam pengurusan Syabas kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Ahli EXCO Dr Xavier Jayakumar dan Teresa Kok akan mengetuai delegasi untuk menghantar surat ini ke Putrajaya pada petang ini secara peribadi kepada KETTHA kerana Kerajaan Negeri berpendirian bahawa isu ini penting diselesaikan dengan segera demi kesejahteraan rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.


Sedang hadapi puasa


"Kita berharap Syabas dan Kerajaan Pusat tidak menyalahgunakan isu air untuk menyusahkan rakyat terutama kepada umat Islam yang akan mula berpuasa hujung minggu ini," kata Khalid.

Kerajaan Selangor, tambah beliau, konsisten dengan pendirian bahawa penstrukturan semula industri air merupakan penyelesaian holistik serta menguntungkan rakyat seperti yang dihasratkan dalam Akta Perkhidmatan Industri Air 2006.
BERITA BERKAITAN


Step in: Semua kakitangan Syabas kekal

Tiada ulasan: