Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa kerajaan negeri itu mahu melaksanakan haknya untuk mengambil alih operasi syarikat pemegang konsesi air negeri - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS).

Katanya, ini kerana kerajaan Selangor meragui pengumuman cadangan catuan air oleh SYABAS kerana pengawal selia air negeri dan ahli lembaga pengarah SYABAS tidak dimaklumkan.

Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Khalid berkata, tujuh empangan negeri di seluruh Selangor mempunyai kapaisiti air yang cukup dan melimpah.

Berikutan itu, katanya, kerajaan negeri telah membuat keputusan mengunakan kuasa di bawah Klausa 32 dalam perjanjian konsesi untuk memberi notis kepada Kerajaan Persekutuan untuk Kerajaan Negeri “step-in” dalam operasi SYABAS.

Sementara itu, dalam satu kenyataan, Khalid menjelaskan, bagi menjaga kepentingan rakyat Selangor, kerajaan negeri telah meminta Datuk Setiausaha kerajaan negeri bersama pengawal seelia air negeri untuk memantau perkhidmatan air oleh SYABAS.

Jawatankuasa tersebut, katanya, akan minta SYABAS memberi laporan harian untuk menerangkan kedudukan  air semasa.

Sementara itu, kata Khalid lagi, Konsortium ABASS juga akan diminta menyertai jawatakuasa ini yang mana syarikat itu akan memanggil pakar bebas yang berpengalaman semasa krisis air 1998 untuk memantau kesahihan laporan dan maklumat oleh SYABAS.

"Perlu ditekan di sini, keadaaan sekarang tidak boleh disamakan dengan krisis air pada 1998 kerana tujuh empangan negeri di seluruh Selangor mempunyai kapaisiti air yang cukup dan melimpah.

"Kerajaan negeri menggesa supaya proses penstrukturan semula industri air diteruskan dengan segera kerana SYABAS jelas tidak berkemampuan untuk memberi perkhidmatan air yang baik kepada pengguna," kata Khalid.

Ini, tambahnya, jelas ditunjukkan apabila SYABAS setakat bulan April 2012, mempunyai tanggungan jumlah tertunggak kepada operator rawatan air dianggarkan sebanyak RM2.8 billion.

"SYABAS juga gagal menurunkan kadar air tidak terhasil (non-revenue water) kepada 20%. Tambah pula, laporan awal audit mendapati SYABAS tidak melaksanakan kerja-kerja capex (capital expenditure) mereka dengan baik," kata Khalid lagi.

Berdasarkan alasan di atas, katanya, maka kerajaan negeri telah sebanyak dua kali menghantar surat kepada Kerajaan Persekutuan pada 19 Disember 2008 dan 21 Januari 2011 untuk membatalkan perjanjian konsesi tersebut.

"Oleh kerana Kerajaan Persekutuan tidak memberi sebarang maklum balas terhadap surat-surat tersebut, kerajaan negeri telah membuat keputusan mengunakan kuasa di bawah Klausa 32 dalam perjanjian konsesi untuk memberi notis kepada Kerajaan Persekutuan untuk Kerajaan Negeri “step-in”  dalam operasi SYABAS.

"Kerajaan negeri juga akan meneruskan usaha mencari sumber air alternatif seperti air bawah tanah dan menambah baik kapisiti loji rawatan air sedia ada dengan mengguna pakai teknologi terkini," katanya.
'Buku Jingga Wanita' janji suri rumah RM50 sebulan

  • Abdul Rahim Sabri
  • 1:09PM Jul 16 2012
Wanita Pakatan Rakyat melancarkan Agenda Wanita Malaysia (AWM) - ala Buku Jingga - yang memperuntukkan pelan pembangunan "mengangkat martabat Wanita" melibatkan kos RM5 bilion jika berjaya menawan Putrajaya.

Ia antaranya memperkenalkan Caruman Wanita Nasional RM50 bulanan kepada suri rumah dan caruman antara RM10 hingga RM100 oleh suami kepada isteri sebagai simpanan hari tua, perubatan dan tabung bantuan musibah.

NONE"Pakatan berhasrat memperkenalkan Caruman Wanita Nasional khusus sebagai pengiktirafan terhadap peranan wanita dalam masyarakat.

"Kita mempercayai bahawa bantuan jika diberikan tidak boleh berbentuk sekali sekala, tetapi bantuan perlu bersifat membina dan berterusan," kata Ketua Wanita DAP Chong Eng.

Perkara lain yang ingin dilaksanakan, Penubuhan Sokongan Wanita Bersepadu (PADU) di peringkat nasional dan menubuhkan Pusat Wanita Berdaya untuk menggerakkan latihan dan ilmu kepada kumpulan wanita.
Ada yang tak selaras dengan amalan semasa, kata MB

  • Hazlan Zakaria
  • 4:18PM Jul 16 2012
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah mengakui terdapat yang tidak selaras dengan amalan semasa dalam proses perolehan perkhidmatan untuk kerajaan negeri.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Shah Alam hari ini, Khalid berkata selepas menyedarinya, pihaknya telah memanggil audit negeri berhubung perkara itu untuk membetulkannya.

Oleh itu, katanya, perkara itu bukan lagi satu isu kerana ianya telah diperbetulkan.

Khalid menjelaskan demikian sebagai menjawab laporan Malaysiakini berhubung satu siasatan dalaman Perbendaharaan Selangor menemui pelbagai ketidakaturan dalam perolehan barang dan perkhidmatan untuk Karnival Terima Kasih Rakyat, karnival politik dalam bulan Mac untuk meraikan ulang tahun keempat pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor.
DAP: Bos SEDA tak tahu menahu tender sendiri?
1:31PM Jul 16 2012
Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua menyelar ketua Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) yang didakwanya tidak bercakap benar atau tidak tahu tahu menahu berhubung proses tender kuota tenaga solar.

Pua membariskan beberapa keperluan SEDA yang didakwa bertentangan dengan kenyataan pengerusinya Tan Sri Fong Chan Onn, antaranya sama ada syarikat ditubuhkan sehari sebelum tarikh akhir tidak boleh ditolak.

Antaranya, kata Pua, keperluan untuk perjanjian penggunaan tapak untuk lokasi dicadangkan untuk mengusahakan tenaga solar, pematuhan ketat kewangan seperti baki minimum wang dan butir-butir pembiayaan.

mca disciplinary board 230210 fong chan onn"Bukan mendedahkan bagaimana kriteria teknikal dan komitmen kewangan, Fong Chan Onn sebaliknya mengugut untuk menyaman fitnah saya.

"Berdasarkan kenyataan (Fong) ini, sama ada ada beliau tidak tahu menahu atau tidak bercakap benar kepada semua orang," kata setiausaha publisiti DAP dalam kenyataan hari ini.

SEDA pada 13 Julai lalu bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap Pua berhubung dakwaannya bahawa tender bagi kuota bekalan tenaga solar diberi kepada syarikat yang tidak berkelayakan.

Walaupun enggan mengulas persoalan yang ditimbulkan, Fong bagaimanapun berkata kenyataan Pua merupakan tuduhan serius terhadap beliau.

Fong berkata dimaklumkan bahawa penasihat undang-undang Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air akan meneliti kenyataan Pua sebelum membuat keputusan tentang tindakan yang akan diambil.
Selangor mahu ambil alih Syabas
AHMAD NORMAN ABU TALIB
16 Julai 2012
Syarikat Bekalan Air Selangor
$entry.content.caption.value
SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor akan mengambil alih pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dalam tempoh dua minggu ini ekoran cadangannya mahu mengadakan catuan air di kawasan utama di Lembah Klang.
Bagaimanapun, Kerajaan Negeri perlu mendapatkan persetujuan Kerajaan Pusat selari dengan perjanjian semasa, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di sini, hari ini.
Langkah itu diambil ekoran pengumuman Syabas kelmarin bahawa ia mahu melaksanakan catuan bekalan air atas alasan berhadapan masalah kekurangan bekalan air bersih.
Khalid berkata, Kerajaan Negeri meragui dakwaan bahawa sudah wujud krisis air di Selangor memandangkan pengawal selia air negeri dan lembaga pengarah Syabas tidak dimaklumkan mengenai perkara tersebut.
"Jadi kami dah buat keputusan untuk ambil alih pengurusan dalam tempoh dua minggu mengikut perjanjian yang ada dan sekiranya tidak dipersetujui kita akan dapatkan keadilan melalui tindakan mahkamah.
"Kalau Kerajaan Persekutuan pentingkan rakyat Selangor dia sepatutnya terima keputusan Kerajaan Negeri," kata Khalid pada sidang media di bangunan SUK di sini, hari ini.
Dalam satu kenyataan kelmarin, Syabas berkata mahu mendapatkan kebenaran daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk mengadakan catuan bekalan air dengan segera di  Kuala Lumpur, Hulu Langat dan Klang ekoran penurunan paras simpanan air.
Ketua Pegawai Eksekutif Syabas, Datuk Ruslan Hassan dipetik berkata, ketiga-tiga kawasan itu berhadapan dengan krisis air memandangkan paras simpanan air telah menurun kepada dua peratus berbanding 20 peratus yang diperlukan.
Syabas ditubuhkan pada 8 Julai 1996 di bawah Akta Syarikat 1965 untuk menjalankan penswastaan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dan telah mengambil alih tanggungjawab Perbadanan Urus Air Selangor.
Ia dilantik oleh kerajaan Negeri dan kerajaan Persekutuan bagi mempertingkat dan menambah baik sistem dan perkhidmatan bekalan air di Selangor memandangkan pengurusan sebelumnya menghadapi kendalaan kewangan, pengurusan tidak efektif, standard mutu air yang rendah dan bekalan air terawat yang tidak konsisten.
Syabas diberikan konsesi untuk mengurus, mengendali dan membekal air bersih bermutu bagi tempoh 30 tahun mulai 1 Januari 2005.

Bekas pegawai tertinggi Sime Darby dicaj esok
Wartawan Sinar Harian
16 Julai 2012
sprm
SPRM
[DIKEMAS KINI] SHAH ALAM - Seorang bekas pegawai tertinggi Sime Darby dijangka dihadapkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung kesalahan menipu syarikat berkaitan kerajaan itu, melibatkan wang berjuta-juta ringgit, pagi esok.
Sinar Harian Online difahamkan bekas pegawai itu telah ditahan untuk dihadapkan ke mahkamah sekitar jam 2.30 petang ini.
Bagaimanapun maklumat yang diterima petang ini menyebut dia hanya akan didakwa pagi esok.
Terdahulu, sumber-sumber memberitahu Sinar Harian Online bahawa kesalahan itu berkaitan dengan urusan pembelian tanah di Sarawak, yang ada kaitan dengan pelaburan Sime Darby.
"Ya, bekas pegawai ini akan dicaj petang ini... itu sahaja boleh dikatakan buat masa sekarang," kata sumber ketika dihubungi tengh hari tadi.
Sebuah akhbar tempatan hari ini memetik Pengerusi Kumpulan Sime Darby, Tun Musa Hitam menafikan konglomerat yang dimaksudkan oleh media itu adalah syarikat diterajui beliau.
Katanya, Sime Darby tidak terlibat dalam isu tersebut dan beliau tidak tahu-menahu mengenai perkara tersebut.
"Itu khabar angin sahaja," katanya.
Pada Mei 2010, Sime Darby mengumumkan kerugian lebih RM1.63 bilion berikutan berlakunya lebihan kos dalam beberapa projek di bawah Bahagian Tenaga dan Utilitinya.
Berikutan itu, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Sime Darby, Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid yang kontraknya yang sepatutnya berakhir pada 26 November 2010, diminta bercuti.
Tempat beliau digantikan oleh orang lain.
Kerugian itu telah dikenal pasti selepas Sime Darby membentuk Jawatankuasa Petugas Khas pada Oktober 2009 untuk mengkaji operasi Bahagian Tenaga dan Utilitinya. Jawatankuasa itu dianggotai oleh Datuk Seri Panglima Andrew Sheng Len Tao, Tan Sri Wan Mohd Zaid Mohd Noordin dan Datin Paduka Zaitoon Othman.
Jawatankuasa itu mendapati kerugian membabitkan projek Bulhanine dan Maydan Mahzam dengan Qatar Petroleum (QP), Projek MOQ, pembinaan kapal bagi kegunaan projek MOQ dan projek empangan hidroelektrik di Bakun, Sarawak.
Projek QP yang dianugerahkan pada April 2006 yang sepatutnya siap pada Ogos 2008 telah tertangguh dan lebihan kos sehingga mengakibatkan kerugian RM500 juta yang telah diambil kira dalam akaun.
Katanya, bagi projek MOQ yang diterima pada Januari 2007 dan sepatutnya siap pada Oktober lalu, ia juga mengalami lebihan kos dan mencatatkan kerugian RM525 juta bagi tahun kewangan 2010 yang mana RM367 juta telah dikenal pasti pada separuh pertama.
Projek Bakun yang dijadualkan siap pada September 2007 tetapi terpaksa dilanjutkan juga dianggar memerlukan kos tambahan sebanyak RM450 juta.