Khamis, 19 Julai 2012

DIPERTAHANKAN TENTU ADA SEBAB...ORANG KAYA TAQWA MASUK SYURGA 500 TAHUN LEWAT DARI ORANG MISKIN TAQWA...KERANA BANYAK MASA UNTUK MENGHISAB HARTANYA...LAGI SUSAH KALAU ORANG YANG SANGAT RAMAI MENUNTUTNYA...APABILA ORANG RAMAI TIDAK REDA....

Orang ini hidup senang lenang dengan gaji RM5.2 juta setahun

http://batuvskayu.blogspot.com, 19 Jul 2012
 

Najib telah hilang masa terbaik bubar parlimen

Lim Kit Siang, 18 Jul 2012
Pertamanya, saya ingin memberi penghormatan kepada rakyat Malaysia, terutamanya yang dari Petaling Jaya dan Selangor untuk semangat perpaduan mereka, untuk semangat keadilan, serta kebolehan mereka untuk membezakan diantara yang baik dan buruk.

Respons yang diberi dalam tempoh seminggu ‘online’ dan ‘offline’ untuk memberi sokongan kepada Ahli Parlimen PJ Utara Tony Pua yang memperjuangkan hak air kepada warga Selangor, yang malangnya telah kalah dalam kes saman fitnah oleh konsesi air negeri Selangor, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang telah diputuskan dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur agar Tony Pua membayar gantirugi sebanyak RM200,000 kepada Syabas.


Tony sedang membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tetapi Syabas masih menuntut pembayaran gantirugi sebanyak RM200,000.

Sekiranya Tony dapat menyangkal tuduhan terhadapnya dan memenangi kes saman fitnah terhadap Syabas, kutipan yang diperoleh akan disalurkan kepada dana kebangsaan parti untuk kegunaan menjelang pilihanraya umum yang akan datang serta kes-kes litigasi awam.

Kes saman fitnah Tony merupakan salah satu daripada pelbagai cabaran yang harus dihadapi oleh pemimpin DAP selepas tsunami politik 308 selepas pilihanraya umum 2008, yang telah telah membawa kepada perubahan lanskap politik dengan pembentukan lima kerajaan negeri (Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Perak – walaupun penggulingan  kerajaan yang tidak sememangnya tidak berperlembagaan telah merampas Perak daripada Pakatan Rakyat dari menjadi kerajaan negeri Perak, tetapi kami yakin akan kemenangan negeri Perak dalam pilihanraya akan datang) dan penolakan dua pertiga majoriti BN di parlimen.

Negara Malaysia termasuklah rakyatnya akan menghadapi dua ujian yang kritikal menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 akan akhirnya akan diadakan, sama ada dalam dua atau tiga tahun atau tahun hadapan.

Masa sudah suntuk bagi Datuk Seri Najib Razak dan telah melepaskan peluang untuk memilih masa terbaik bagi pembubaran Parlimen untuk mengekalkan mandat beliau sebagai Perdana Menteri yang keenam yang sudah hilang sama sekali terutamanya selepas perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 dan perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April tahun ini.

Najib harus sedar akan keadaannya, yang jelas menunjukkan terdesaknya beliau sehingga merampas tarikan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia sebagai sebahagian daripada kempen pilihanraya PRU13 – dengan menekankan tema kempennya “Janji Ditepati” yang digunakan sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia haruslah dilihat sebagai satu perayaan sambutan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, negeri, status, jantina, umur dan paling penting pendirian politik, boleh bersatu padu sebagai rakyat Malaysia untuk menyambut kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 1957 dan penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Akan tetapi Perdana Menteri yang terdesak tidak dapat membezakan di antara negara dan puak-puak yang berkuasa, atau dalam kerajaan, parti-parti politik dan kepentingan peribadi beberapa pihak.

Kegagalan untuk membuat keputusan yang penting diantara kepentingan negara dan pihak-pihak berkuasa, atau dalam kerajaan, parti-parti politik dan kepentingan peribadi adalah sebab utama penyalahtadbiran negara yang begitu teruk, tidak kiralah jika ianya penyalahgunaan kuasa, gejala rasuah dan kronisme yang berleluasa.

Daripada saat ini sehingga Hari Malaysia pada 16 September, biarlah gemangan slogan “Janji Ditepati” seluruh negara menjadi satu peringatan kepada semua anak bangsa Malaysia bahawa mereka perlu bersatu padu dalam menuntut satu perubahan dalam pilihanraya umum ke-13 sekiranya mereka benar-benar mahukan janji-janji demokrasi, keadilan, pembangunan, dan pentadbiran yang bersih dan jujur di Malaysia semua dilaksanakan.

Jika ditinjau kembali, masa terbaik untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihanraya umum patut pada masa yang sama pilihanraya negeri Sarawak diadakan pada 16 April tahun lepas, atau tiga bulan selepas pilihanraya negeri Sarawak dan sebelum perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011.

Tetapi dengan perwatakan beliau yang berdolak-dalik, Najib telah kehilangan inisiatif dan peluang untuk membubarkan Parlimen. Beliau hanya boleh berjudi dengan baki sembilan bulan sebelum siding Parlimen ke-12 dibubarkan secara automatik pada 28 April 2013 dengan pilihanraya umum ke-13 yang wajib diadakan selewat-lewatnya dalam pertengahan bulan Mei tahun depan.

Pilihanraya Umum ke-13 merupakan satu ujian kritikal bagi Najib, dengan keraguan sama ada Najib mampu membawa Umno BN memperoleh kemenangan dalam pilihanraya umum untuk mengekalkan mandat beliau sebagai Perdana Menteri yang keenam, tetapi juga satu ujian untuk melihat samada beliau mampu untuk meraih kemenangan yang lebih besar berbanding dengan Tun Abdullah untuk menangkis apa-apa percubaan oleh Umno untuk menggulingkan beliau seperti yang dilalui Abdullah dalam 2009.

Rakyat Malaysia mesti membuat keputusan untuk menentukan jika pimpinan Najib telah mempengaruh mereka, slogan “1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”; pelbagai program transformasi, tidak kiralah berhubung dengan kerajaan, ekonomi, politik atau sosial; dan baru-baru ini, siri jelajah “Janti Ditepati”.

Sudahkah Najib melakukan apa yang telah dijanjikan dengan slogan 1Malaysia dan telah menyatupadukan rakyat Malaysia atau jurang di antara kaum atau agama dijarakkan lagi dalam tempoh tiga tahun sebagai Perdana Menteri?

Adakah rakyat Malaysia berasa lebih selamat di jalanraya, tempat awam dan juga dalam privasi kediaman mereka walaupun dengan segala publisiti berkenaan dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) dimana penurunan jenayah adalah sebahagian daripadanya?

Kita sedang menghadapi satu situasi yang penuh skandal dalam pembanterasan jenayah tidak dititikberatkan dan menggunakan khidmat luar seperti yang disaksikan dengan pertumbuhan komuniti ‘berpagar dan terkawal’, tetapi hakikatnya rakyat Malaysia lebih takut sekarang berbanding dengan masa sebelumnya.

Sudahkah kita mencapai NKRA dalam membasmi rasuah? Hanya dua hari yang lepas, kita telah menyaksikan ulangtahun Teoh Beng Hock, seorang mangsa kekejaman dan ketidakadilan oleh pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) yang mesti bertanggungjawab diatas kematian Teoh Beng Hock diatas sebab penyalahgunaan kuasa oleh para pegawai SPRM.

Dapatkah keluarga Teoh Beng Hock mengharapkan keadilan seperi yang telah dijanjikan oleh Najib apabila dalam mencari pembunuh Teoh Beng Hock? Jawapannya, tidak – kerajaan Pakatan Rakyat yang bersedia untuk membuka penyiasatan peringkat tinggi untuk memperoleh kesudahan dalam pembunuhan Teoh Beng Hock dan membawa pembunuh ke muka pengadilan.

Berjayakah SPRM dalam pembanterasan rasuah, dengan mencekup “ikan besar” seperti yang dilihat di Indonesia, Filipina, India, Hong Kong dan China?

Kegagalan program GTP dan NKRA Najib dapat dilihat dengan kedudukan Malaysia yang telah jatuh menjunam ke tempat 60 dalam ‘Transparency International Corruption Perception Index 2011’ dengan skor terendah CPI 4.3.

Walaupun PRU13 akan menjadi satu ujian kritikal bagi Najib, ia juga merangkumi dua lagi ujian bagi rakyat Malaysia, sama ada Malaysia sudah matang sebagai negara berdemokrasi dan sebagai negara yang merdeka selepas 55 tahun.

Untuk kali pertama dalam sejarah pilihanraya negara, pengundi Malaysia akan membuang undi dengan satu kesedaran bahawa undi mereka mempunyai kuasa untuk membawa perubahan pimpinan kerajaan pada peringkat persekutuan secara berdemokrasi.

Adakah mereka akan berani melakukan apa yang patut dan jika ya, adakah mereka dibenarkan berbuat demikian?

Sudah ada puak-puak yang sedang rajin bekerja untuk menyebarkan fitnah untuk mewujudkan satu keadaan dimana rakyat Malaysia berfikiran buruk, membenci dan ditakut-takutkan, dengan Umno BN merekrut angkatan tentera 10,000 ‘cybertrooper’ untuk mengapi-apikan sentimen dan ketegangan di antara kaum dengan laporan-laporan yang palsu yang diputarbelit oleh pihak-pihak yang ‘berbakat’.

Saya telah melihat isu bulan Mei 2012, naskah Selangor Kita yang jelas penerbitan BN Umno walaupun tidak memaparkan identiti pihak  pencetak mahupun penerbitnya.

Terpapar dalam muka 2 dalam adalah petikan berikut:

KOMEN LIM KIT SIANG TERHADAP AGONG KITA

“SUMBER DAP: Lim Kit Siang dalam komennya berkata Raja-Raja Melayu semuanya Lanun. Semuanya Perompak. Kata Lim Kit Siang lagi, buat apa hormat Agong, buat habis wang ringgit cukai rakyat sahaja beri pada Raja-Raja Melayu.”

Kenyataan ini merupakan berita fitnah palsu semata-mata yang tidak pernah saya katakan.

Melaui laman sesawang, ‘cybertrooper’ Umno BN menyebarkan tuduhan berbaur fitnah bahawa saya bertanggungjawab dalam mencetus rusuhan 13 Mei 1969 dan saya telah merayau di Kuala Lumpur selepas keputusan pilihanraya umum 1969 sambil melemparkan komen-komen ‘anti-Melayu’ yang juga telah mencetuskan rusuhan 13 Mei.

Hakikatnya, saya tidak berada di Kuala Lumpur pun pada 10, 11, 12 dan 13 Mei 1969, sesuatu yang boleh disemak dengan pihak media pada masa tersebut dan dengan rujukan rekod polis.

Saya sedang bertanding kerusi parlimen Bandar Melaka pada tahun 1969 dan pada pagi 13 Mei 1969, saya telah menaiki penerbangan ke Kota Kinabalu untuk memberi pertolongan kepada calon-calon bebas dalam kempen pilihanraya negeri Sabah kerana pilihanraya umum 1969 di Sabah/Sarawak  dijalankan dua minggu selepas ianya diadakan di Semenanjung Malaysia.

Saya telah dinasihati agar tidak pulang ke Kuala Lumpur selepas saya diusir keluar dari negeri Sabah oleh Ketua Menteri Sabah pada masa itu, Tun Mustapha disebabkan oleh ucapan saya dalam perhimpunan awam di Kota Kinabalu.

Pada pagi 14 Mei 1969, sekumpulan pegawai Imigresen telah datang ke hotel yang saya menginapi di KK untuk menyerahkan arahan ‘notis pengusiran’ (eviction order) kepada saya. Tetapi saya tidak tinggalkan Kota Kinabalu sehingga 15 Mei kerana saya telah lepas penerbangan pada 14 Mei. Oleh kerana pada masa itu, darurat telah diumumkan, tidak ada penerbangan sambungan (connecting flight) dan sya terpaksa bermalam di rumah Devan Nair di Singapura untuk dua malam.

Saya telah berhubung dengan pemimpin-pemimpin parti dan keluarga saya melalui perkhidmatan telefon dan mereka telah menasihati saya untuk jangan kembali kerana nama saya berada dalam ‘senarai hitam’ Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan saya pasti akan ditahan.

Saya telah memberitahu pemimpin-pemimpin parti bahawa saya tiada pilihan samada untuk kembali ke Malaysia atau tidak kerana saya gagal akan tugas saya sebagai wakil rakyat jika saya bukan bersama rakyat pada masa kesusahan.

Pada 17 Mei 1969, saya telah menaiki penerbangan dari Singapura dan telah ditahan di Lapangan Terbang Subang, dan dengan itu mulalah siri penahanan saya di bawah ISA.

Adakah saya akan pulang ke Malaysia sekiranya saya telah mencetuskan rusuhan 13 Mei?

Bahkan, dalam kedua penahanan pertama dan kedua ISA dalam 1969 dan 1987, saya tidak pernah disoal mengenai lokasi saya pada 10, 11, 12 dan 13 Mei 1969 semasa sesi soaljawab yang serius oleh wakil Cawangan Khas, kerana pihak polis tahu bahawa saya tidak pernah berada di Kuala Lumpur pada masa itu.

Tetapi apa yang lebih menghairankan adalah tuduhan melulu ‘cybertrooper’ Umno BN bahawa Lim Guan Eng juga bertanggungjawab dalam mencetus rusuhan 13 Mei 1969 berdasarkan fakta bahawa Guan Eng pada masa itu menjawat Ketua Pemuda DAP dan berada dibarisan hadapan dalam melemparkan tohmahan ‘anti-Melayu’.

Hakikatnya, Guan Eng hanya berumur lapan tahun pada Mei 1969 – yang menunjukkan betapa tidak berprinsip dan kotor taktik politik yang digunakan di Malaysia menjelang pilihanraya umum dengan dakwaan melulu yang liar terhadap seorang kanak-kanak yang berumur lapan tahun.

Saya faham bahawa satu filem kisah 13 Mei yang akan ditayangkan di pawagam pada 13 Sept. Adakah ini salah satu daripada kempen fitnah untuk memberi gambaran buruk mengenai DAP dan Pakatan Rakyat untuk menanam perasaan prasangka buruk, kebencian dan perasaan takut di antara rakyat Malaysia menjelang Pilihanraya Umum Ke-13?

Saya tidak akan membuat apa-apa keputusan terburu-terburu tetapi saya ingin tahu jika satu penayangan khas tayangan tersebut sebelum ianya ditayangkan secara umum supaya kita tahu akan kedudukan kita ini.

Walaubagaimanapun, ujian kritikal rakyat Malaysia dalam pilihanraya umum yang akan datang samada sistem demokrasi Malaysia dan pembangunan negara ini telah menjadi lebih matang untuk menangkis semua taktik politik kotor dan untuk memastikan semua warga Malaysia tidak tunduk kepada tindakan tidak bertanggungjawab dalam penggunaan politik fitnah supaya rakyat Malaysia hidup dalam ketakutan.

Rakyat Malaysia, tidak kira kaum dan agama, harus berbangga sebagai patriot negara tercinta ini yang bersedia untuk membuang undi disebabkan semangat cintakan negara dan untuk masa depan negara ini dan generasi anak-anak kita dalam satu usaha nasional dengan menggunakan proses demokrasi yang sah untuk membawa perubahan politik secara aman tenteram.

Umum awal tarikh PRU: PKR dan DAP sokong

Salmiyah Harun, 18 Jul 2012

KUALA LUMPUR: PKR dan DAP turut menyokong kenyataan Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan bahawa Pakatan Rakyat akan menetapkan terus tarikh pilihan raya umum ke-14 jika menang dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution berkata, mengumumkan tarikh PRU awal tanpa ada teka-teki menunjukkan kerajaan benar-benar bersedia dalam apa jua keadaan menghadapi pilihan raya yang adil dan telus.

Katanya, mengumumkan tarikh pilihan raya awal merupakan perkara biasa yang diamalkan sebuah negara demokrasi, mantap, telus dan terbuka.

Tegasnya,  Malaysia mesti menuju ke arah politik yang matang dengan mengumumkan tarikh PRU lebih awal tanpa perlu menjadi teka teki seperti yang menjadi amalan kerajaan Umno BN mana hari ini.

"Negara-negara yang mengamalkan demokrasi sudah lama melakukan perkara ini, selalunya pemerintah memberi hak kepada rakyat secara terbuka untuk menentukan tarikh pilihan raya," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Iaitu, katanya tarikh pilihan raya tidak menjadi teka-teki pemerintah semata-mata untuk menjadi strategi kerajaan bagi mendapatkan kelebihan.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP Dr Tan Seng Giaw menyifatkan tempoh mandat genap lima tahun sebagaimana diperuntukan dalam perlembagaan adalah satu cara untuk selesaikan masalah menentukan tarikh PRU.

Namun yang terpenting, katanya proses dan prosedur PRU mesti adil dan saksama sama ada Pakatan Rakyat mengumumkan tarikh cepat atau lewat.

"Umum tarikh PRU, lain kira. Apa yang kita buat PRU nanti mesti adil dan saksama. Tidak kira bila, semua mesti berjalan dengan betul," katanya dihubungi.

Bagaimanapun beliau tidak membantah sebaliknya menyerahkan kepada rakyat sekiranya mereka mahukan tarikh pilihan raya diumumkan lebih awal.

Terdahulu,  Takiyuddin Hassan berkata, jika PR mengambil alih kerajaan pusat antara perkara yang diberi perhatian utama ialah menetapkan tarikh pilihan raya umum selepas itu.

“Jika PR menang sebagai sebuah kerajaan di peringkat persekutuan dan peringkat negeri, insya Allah PR akan mengisytiharkan segera tarikh pilihan raya umum berikutnya," katanya.

Takiyuddin berkata, Pakatan Rakyat boleh memberi tempoh sama ada sekurang-kurangnya akhir lima tahun atau empat tahun setengah.

Misalnya, PRU mesti diadakan dalam tempoh enam bulan sebelum berakhir penggal atau sebagainya.


BERITA BERKAITAN

Jika menang, Pakatan umum segera tarikh PRU14

 

Semak Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Kedua 2012

Harakahdaily, 18 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan mereka yang telah mendaftar sebagai pemilih supaya menyemak nama masing-masing adakah sudah tersenarai sebagai pemilih sah di dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) Suku Kedua 2012.


“Sila semak nama anda adakah sudah tersenarai sebagai pemilih sah di dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) Suku Kedua 2012 yang akan mula dipamerkan oleh SPR pada esok 19 Julai 2012 hingga 1 Ogos 2012,” ujar beliau di dalam Facebook.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, rang tersebut boleh disemak di pejabat daerah, pejabat pos, balai penghulu dan pejabat parti politik khasnya PAS Kawasan Parlimen di seluruh negeri Pahang mulai esok.

“Laksanakan hak dan tanggungjawab anda, bersama kita melakukan perubahan,” katanya.


Kabinet tubuh JK khas isu air di S'gor, WP, Putrajaya
  • Salhan K Ahmad
  • 10:41AM Jul 19 2012
 
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata kabinet membentuk sebuah jawatankuasa khas untuk meneliti isu air.

"Jawatankuasa khas ini akan meneliti semua isu berkaitan air di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya," katanya kepada pemberita hari ini.

Jawatankuasa khas itu, dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, akan mula bermesyuarat minggu depan, katanya.

"Kabinet rasa isu ini dah hangat dibincang terutamanya cadangan yang diutarakan pihak SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor) untuk catuan air.

"Keduanya dari segi pengumuman bahawa kerajaan negeri Selangor nak ambil alih tugas SYABAS.

"Kita akan meneliti semua perkara melibatkan isu ini dan semua perkara yang berkaitan dengan air di Selangor, Wilayah Persekutan dan Putrajaya," katanya.

Ketika ditanya, Peter Chin berkata jawatankuasa itu akan membincangkan sama ada akan ia mengadakan pertemuan dengan kerajaan Selangor.

Ditanya sekiranya Syarikat Bekalan Air Selangor boleh meneruskan rancangan untuk mengadakan catuan air, Peter Chin berkata perkara itu juga akan dibincangkan.

"Tunggulah sehingga jawatankuasa ini bertemu dan buat keputusan, kemudian kita akan beritahu orang ramai," katanya.

Ditanya lanjut sekiranya kerajaan pusat akan berjaya menyelesaikan kemelut dengan kerajaan Selangor itu sebelum pilihan raya umum diadakan, beliau bagaimanapun enggan mengulas.

"Tiada komen," katanya.
Gapena sokong haram buku, akta kekang penulis
  • Ahmad Fadli KC
  • 11:44AM Jul 19 2012
 
Gabungan Penulis Nasional (Gapena) menyokong langkah kerajaan mengharamkan buku, termasuk karya kreatif jika ia menyalahi undang-undang negara.

Ketua Satu Gapena Datuk Dr Abdul Latif Abu Bakar, berkata sebarang bentuk penulisan perlu "patuh pada undang-undang, peraturan negara, dan Perlembagaan".

"Kita tak boleh menulis sebebas-bebasnya. Katakan Malaysia ada agama rasmi (dan) tiba-tiba (ada) orang itu menghukum, menyoal agama rasmi dan sebagainya.

"Janganlah kita nak jadi hero," katanya sewaktu diminta mengulas tentang kecenderungan kerajaan mengharamkan beberapa karya dan penulisan hasil penulis tempatan akhir-akhir ini.

Trend pengharaman karya kreatif bermula dengan pengharaman novel Sebongkah Batu di Kuala Berang, tulisan pengarang terkenal Faisal Tehrani pada penghujung tahun 2011.

Novel terbaru beliau, Perempuan Nan Bercinta yang dilancar perdana menteri pada 2 Julai lalu juga turut dipertimbang untuk diharamkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atas dakwaan mengandungi unsur-unsur Syiah.

Dalam sejarah Malaysia, hanya Puteri Gunung Tanah karya Pak Sako sahaja pernah diharamkan, itu pun ketika bawah pemerintahan British.

'Kita anggap kerajaan semua betul'
Ditanya kes itu secara spesifik, Dr Abdul Latif berkata, gabungan 21 persatuan penulis seluruh negara itu tetap bersifat terbuka walau pun "bersama kerajaan" dalam pengharaman penulisan dengan ideologi Syiah.

"Itu semua ideologi yang tidak dipersetujui negara. Itu semua tak boleh, buat apa kita hendak benarkan," katanya.

Ditanya tentang akta-akta tertentu, seperti Akta Rahsia Rasmi yang secara tidak langsung mengekang penulis, Dr Abdul Latif juga mempertahankannya dengan alasan menjadi tugas kerajaan untuk menjaga keamanan dan keselamatan negara.

Menurutnya, undang-undang seperti OSA boleh dibantah rakyat tetapi jika kerajaan tidak mahu memindanya, rakyat tetap perlu patuh kepada undang-undang berkenaan.

"Kita bantah, kalau tak diterima, kita ikut juga (kerajaan). Itu ertinya kerajaan dan rakyat," katanya.

Gapena sendiri, kata Dr Abdul Latif akan tetap akur kepada kerajaan walaupun mereka mungkin membantah dasar yang dirasakan tidak sesuai.

"Hal-hal berkaitan sastera dan penulisan kita tiada masalah dengan kerajaan.

"Kita anggap apa-apa yang kerajaan buat semuanya betul, ikut saluran," kata Dr Abdul Latif.
 
 
KDN siasat kartun 'Awang Arang' 1Malaysia
  • Ahmad Fadli KC
  • 11:19AM Jul 19 2012
 
Kementerian Dalam Negeri (KDN) memulakan siasatan terhadap penerbitan komik 1Malaysia yang memuatkan kartun berkaitan "Awang Arang" yang didakwa boleh mewujudkan ketegangan kaum oleh NGO dan kumpulan hak asasi.

Dalam langkah itu, akhbar The Malay Mail yang menghasilkan laporan berkaitan diminta hadir ke ibu pejabat KDN di Putrajaya bagi menyerahkan komik M1Malaysia - Majalah untuk Rakyat dalam simpaman mereka.

Menurut sumber harian itu, wartawan yang menulis berita itu diminta menyerahkan komik itu, yang merupakan edisi ketiga bersama edisi keempat yang ditemui dalam himpunan Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) di Bukit Jalil pada 25 Jun.

"Mereka (KDN) minta agar kami tidak menyentuh isu perkauman selepas ini," kata sumber itu lagi kepada Malaysiakini semalam.

Komik dengan logo 1Malaysia itu mempunyai satu bahagian bertajuk "1Malaysia vs 1PATI" yang memaparkan kanak-kanak lelaki menghargai kemajmukan masyarakat negara ini.

Namun dia digambarkan kemudiannya lari daripada sekumpulan lelaki asing berkulit gelap yang dilabelkan sebagai "Awang Arang".

Kumpulan hak asasi Pusat Komunikasi Masyarakat (Komas) sebelum ini dilapor mempersoalkan pengedaran komik itu dalam acara awam dan menggesa kerajaan memohon maaf kerana ia didakwa memalukan kerana membezakan warna kulit.

Manakala NGO Suara Rakyat Malaysia (Suaram) pula berkata, penerbitan sebegitu boleh menyebabkan ketegangan kaum dan berbahaya, terutamanya jika dibaca oleh pelajar sekolah.

The Malay Mail pada 13 Julai melaporkan, penerbitnya Blue Pipe Studio Enterprise tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan reaksinya.

Sementara itu, Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran KDN Abd Aziz Md Nor pula sebelum ini dilaporkan berkata, penerbitan itu di luar pengetahuan mereka.

Bagaimanapun, kata Abd Aziz, mereka akan mendapatkan penjelasan penerbit dan mengharamkannya jika perlu.

Malaysiakini sudah menghubungi bahagian itu bagi mendapatkan komen sekali lagi pada hari ini tetapi belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan setakat ini.
Polis hibur pengunjung reda kebimbangan jenayah
8:58AM Jul 19 2012  
Ketika kes jenayah yang berlaku di pusat membeli belah terus menjadi tajuk utama, sepasukan anggota polis membuat lawatan simbolik ke salah sebuah pusat membeli-belah paling popular di ibunegara untuk sesi bertemu dan beramah mesra dengan para pengunjung.

Mereka datang bukan dengan bersenjatakan belantan, gari dan peralatan mengawal jenayah, tetapi sebaliknya kumpulan lelaki beruniform biru itu tiba dengan berbekalkan senyuman sambil membawa beg cenderahati semasa mengunjungi Midvalley Megamall semalam.

NONEDiketuai Pengarah Pengurusan PDRM, Datuk Mortadza Nazarene dan
pegawai tinggi polis kontinjen Kuala Lumpur, rombongan tersebut dilihat beramah mesra dengan para pengunjung pusat membeli-belah tersebut.

Mortadza juga mempamerkan bakat menyanyi dengan diiringi oleh pemuzik yang berpakaian seragam polis.

Sepanjang kunjungan tersebut, Mortadza diiringi, antaranya, oleh Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh, Timbalannya Amar Singh dan Ketua Polis Brickfields, Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Mortadza berkata polis bersedia untuk melatih pengawal keselamatan dalam bidang pertahanan diri dan prosedur bantuan kecemasan, lapor Bernama.

Mortadza berkata, pengawal keselamatan perlu menjalani latihan tersebut kerana ia juga boleh mengajar mereka bagaimana untuk memastikan setiap ruang di dalam pusat membeli belah, terutamanya kawasan parkir, selamat.

NONEBagi jenayah yang melibatkan mangsa wanita, beliau mencadangkan
pengendali pusat membeli belah menyediakan ruang khas untuk wanita supaya mudah bagi pengawal keselamatan memantau dan memberi tumpuan ke atas kawasan berkenaan.

Beliau juga yakin dengan keselamatan di kawasan tempat letak kereta di pusat membeli-belah kerana pihak polis telah meningkatkan rondaan mereka di kawasan itu, terutama di kawasan Bukit Bintang.

Isnin lepas, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata kejadian jenayah di pusat membeli belah dianggap rendah kerana hanya enam laporan yang diterima di Selangor dan dua di Kuala Lumpur.

Sementara itu, Bernama melaporkan Mohmad menyarankan supaya pihak pengurusan pusat membeli-belah segera menaik taraf sistem rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis masing-masing bagi memudahkan polis membuat rujukan sekiranya sesuatu jenayah berlaku di kawasan tersebut.
  
Ketua polis Kuala Lumpur itu berkata kegagalan CCTV berfungsi sepenuhnya merupakan antara faktor siasatan kes jenayah di pusat membeli-belah tidak dapat diselesaikan segera.
  
"Untuk itu, saya minta pusat beli-belah menaik taraf CCTV mereka kerana daripada kes-kes jenayah sebelum ini ada CCTV tidak berfungsi dengan baik seperti tidak dapat merakam gambar menyebabkan ia tidak dapat diguna apabila diperlukan polis," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat dengan 89 ketua unit keselamatan 80 pusat beli-belah sekitar Kuala Lumpur semalam.

Beliau berkata peranan CCTV dalam menangani jenayah tidak harus diketepikan kerana fungsinya menjadi antara faktor penting yang mampu menyumbang kepada usaha mengurangkan masalah jenayah di pusat beli-belah dan kawasan sekitar yang menjadi tumpuan umum polis ketika ini.
  
NONEMohmad berkata dalam mesyuarat lebih dua jam dengan ketua-ketua
unit keselamatan pusat membeli-belah itu, pihaknya telah bersetuju untuk mewujudkan seorang polis perantara bagi setiap pusat membeli-belah bagi memudahkan ketua keselamatan merujuk jika sesuatu kejadian jenayah berlaku.

Beliau turut berpendapat bahawa kereta peronda polis harus dibenarkan memasuki ke kawasan pakir bawah tanah pusat membeli-belah untuk mewujudkan situasi yang polis berada di mana-mana bagi mengurangkan kejadian jenayah.

"Selain itu, saya juga minta pemilik pusat membeli-belah turut mengambil tanggungjawab sendiri bagi mempertingkatkan aspek keselamatan di premis mereka kerana keadaan yang selamat pastinya memberi imej positif kepada pusat perniagaan itu sendiri," katanya.
  
Mengenai kejadian jenayah yang berlaku di pusat membeli-belah sekitar Kuala Lumpur yang digembar-gemburkan sebagai makin teruk, Mohmad berkata keadaan sebenar adalah sebaliknya di mana untuk tempoh separuh pertama tahun ini, hanya sembilan kes jenayah yang berlaku iaitu empat kes di pakir bawah tanah dan selebihnya adalah kes di luar premis perniagaan.
  
"Dengan 80 pusat beli-belah beroperasi di ibu negara, statistik itu dengan sendirinya mencerminkan bahawa keadaan keselamatan masih terkawal, cuma ia menjadi isu kepada masyarakat apabila dilaporkan secara berlebihan oleh pihak tertentu," katanya.
  
Sementara itu, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid berkata, polis akan meramaikan kehadiran anggotanya di tempat awam terutama di kawasan kerap berlaku jenayah supaya dapat menangani kebimbangan dalam kalangan orang awam terhadap kes itu.

Bernama memetiknya berkata, pihaknya mahu mengatasi persepsi ketakutan orang ramai terhadap jenayah dengan menggunakan pendekatan kehadiran polis.

"Jumaat lepas, Ketua Polis Negara (Tan Sri Ismail Omar) telah memanggil semua pengarah dan ketua polis negeri untuk memantapkan lagi program bagaimana hendak mencegah jenayah khususnya bagi mengatasi ketakutan terhadap jenayah.

"Dalam mesyuarat itu diputuskan beberapa perkara termasuk penambahan anggota di kawasan kerap berlaku jenayah dan menggunakan eleman dalam KDNKA iaitu memaksimumkan semua anggota kita," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Kepolisian Berprofil Tinggi dengan penduduk Pulau Aman semalam..

Beliau berkata pihaknya akan menggunakan anggota daripada Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), Pasukan Gerakan Am (PGA) dan polis Marin untuk ditempatkan di 50 kawasan 'panas' di Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang.
 
Anwar: Akta Keharmonian menunjukkan PM tak ikhlas
  • Nigel Aw
  • 9:40AM Jul 19 2012
 
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ikhlas untuk menghapuskan undang-undang yang zalim, maka beliau tidak perlu menggantikan Akta Hasutan 1948 dengan undang-undang yang serupa.

NONE"Isu asas adalah sama ada anda menyokong undang-undang zalim.
Jika anda mengatakan tidak, maka tidak timbul persoalan untuk memperkenalkan akta baru bagi menggantikan atau untuk membuat pindaan," katanya ketika ditemui wartawan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta petang semalam.

Minggu lepas, perdana menteri mengumumkan Akta Hasutan era penjajahan akan dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional yang akan membolehkan lebih banyak ruang untuk mengkritik kerajaan.

Bagaimanapun, Anwar mendakwa bahawa dengan mengantikan undang-undang tersebut, parti dominan pemerintah, Umno, akan masih menyalahgunakannya.

"Ia akan menjadi seperti Akta Perhimpunan Aman - Mungkin nama yang berbeza, tetapi impaknya adalah sama," katanya.

Anwar turut mengecam penggunaan slogan BN 'Janji ditepati' sebagai  tema bagi Hari Merdeka, dan mendakwa gabungan itu menyalahgunakan sambutan tersebut untuk tujuan politik.

1 ulasan:

Oche berkata...

Nama saya Yusri aisyah, saya dari malaysia, dengarlah, beberapa pemberi pinjaman di sini tidak bersedia untuk membantu anda, semua mereka hanya mahu di sini adalah untuk merobek anda wang keras anda yang diperolehi. Saya dan suami saya, mendapatkan pinjaman daripada peminjam yang berbeza dalam talian tetapi pada akhirnya, kita telah ditipu dan ditipu wang kita dengan mendapatkan pinjaman kami dari syarikat-syarikat pinjaman yang berbeza dalam talian.
Kami juga meminjam wang untuk membayar pemberi pinjaman dalam talian ini tetapi pada akhirnya, kami mendapat apa-apa.
Suami saya dan saya berada dalam hutang, dan kami tidak mempunyai sesiapa untuk lari ke tolong, perniagaan keluarga kami telah dimusnahkan dan kita di mana tidak dapat untuk mendapatkan wang untuk memenuhi perbelanjaan harian sehingga kita telah diperkenalkan kepada Puan Glory yang membantu kami dengan menawarkan kami jumlah pinjaman tidak bercagar $ 125,000 tanpa cagaran.
Untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana untuk mencapai Puan Glory atau mengikuti prosedur pinjaman, hubungi saya melalui e-mel saya: aisyahyu7@gmail.com
Atau anda boleh menghantar e-mel kepada Puan Maha Suci: gloryloanfirm@gmail.com