Selasa, 24 Julai 2012

HIJAU PAKAIAN DI SYURGA....YANG KAYA TETAP KAYA...YANG MISKIN TERUS MISKIN...YANG KAKI SONGLAP TERUS DENGAN SONGLAPNYA...BAGINYA NERAKA TAK MENAKUTKANNYA..SEBAB TAK PERNAH DENGAR PENGAJIAN...MASJID PUN SOLAT JUMAAT JE...

Himpunan Solidariti Ummah 27 Julai di Masjid UIA

Harakahdaily, 24 Jul 2012
Menyedari bahawa adalah suatu kewajipan di sisi agama bagi mengambil berat dan bertanggungjawab terhadap hal ehwal umat Islam khususnya yang sedang ditindas dan dizalimi di Syria, Myanmar dan Palestin, pada 18 Julai 2012 bertempat di Kulliyah of Education UIAM, Institut Forum Siswa (i-FORSIS) dengan kerjasama Ma’ruf Club (MC) UIAM telah menganjurkan “Urgent Meeting: We Are Brother” bagi menetapkan suatu pendirian terhadap isu tersebut dan menyediakan pelan tindakan yang dapat meningkatkan kecaknaan dan rasa tanggungjawab ummah terhadap musibah yang sedang melanda umat Islam di Syria, Mnyanmar, Palestin dan negara-negara umat Islam yang lain. Hasil daripada pertemuan itu:-
Kami sekeras-kerasnya membantah sebarang bentuk penindasan dan kezaliman yang dilakukan tersebut dan pembunuhan yang dilakukan itu juga merupakan suatu tindakan yang bercanggah dengan nilai kemanusiaan, undang-undang antarabangsa dan prinsip agama.

Kami menyeru supaya umat Islam dan masyarakat yang prihatin supaya:

1.    Mengusahakan sedaya upaya bagi mengumpul dan menyalurkan bantuan kewangan bagi membantu umat Islam di Syria, Myanmar dan Palestin.

2.    Berterusan memanjatkan doa secara khusus kepada Allah di bulan Ramadan yang mulia ini bagi memohon kesejahteraan umat Islam di Syria, Mnyanmar dan Palestin.

3.    Menyebarluaskan maklumat dan informasi terkini berkenaan keadaan umat Islam yang ditindas dan dizalimi di Syria, Mnyanmar dan Palestin kepada seluruh peringkat masyarakat melalui medium dan pendekatan yang pelbagai.

Oleh itu, kami akan:
1.    Menyediakan platform bagi membina dan mengukuhkan kesatuan umat Islam serta bertujuan membincangkan pendirian dan pelan tindakan terhadap isu-isu yang melanda umat Islam.
2.    Melancarkan dana khas bagi mengumpul bantuan kewangan untuk disalurkan kepada umat Islam Syria, Mnyanmar dan Palestin.
3.    Menganjurkan kempen secara berterusan dan besar-besaran bagi meningkatkan kesedaran umat Islam terhadap keadaan umat Islam yang lain.

4.    Mengadakan “Himpunan Solidariti Ummah” pada hari Jumaat, 27 Julai 2012, 2 petang di Masjid UIAM Gombak.

Oleh hal yang demikian, kami amat mengharapkan sokongan dan dokongan daripada pelbagai pihak untuk menjayakan agenda ini. Semoga Allah merahmati kita semua.

Sekian. Terima kasih.

Resolusi ini disediakan dan dipersetujui sebulat suara oleh:
•    Hasbullah Mohd Faudzi, Moderator i-FORSIS
•    Mohd Aizzat Abd Rahim, Ma'ruf Club
•    Ni' Nurul Ain Mamat Nor, Ma'ruf Club
•    Muhammad Uzair Izzat Amir, PEMBINA
•    Abdullah Abdulwoheb Al Kamel, Syria
•    Qutub Shah, Myanmar
•    Muhammad Sayed, Myanmar
•    Hassan AbuOmar, Palestin
•    Ummi Kalsom, Vietnam
•    Muhammad Andi Piadani, Indonesia
•    Tami Astie Ulhiza, Indonesia
•    Yan Mary, Cambodia

Tarikh: 23 Julai 2012 (3 Ramadan 1433H)

Siapa 'in control' Malaysia - Mahfuz

Abdul Aziz Mustafa, 24 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Kelantangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membantah begitu banyak kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta menuntut diadakan pilihan raya tahun ini memberi tanggapan bahawa beliau semakin berkuasa.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar membangkitkan perkara itu ketika mempersoalkan siapakah sebenarnya Perdana Menteri negara ini.

"Siapa Perdana Menteri sekarang? Siapa 'in charge'? Siapa 'in control'? (Datin Seri) Rosmah (Mansor)? (Tun) Dr Mahathir (Mohamad)? Muhyiddin? Najib?" beliau mempersoalkan.

Mahfuz menyifatkan kepincangan pengurusan dan pentadbiran negara ini sebagai sesuatu yang sangat serius.

"Bukan sahaja rakyat yang jadi bingung, malah ia menakutkan pelabur-pelabur asing untuk datang ke Malaysia," kata Mahfuz.

Mengulas lanjut tentang kacau-bilau yang semakin dirasai rakyat itu, Mahfuz berkata, kekerapan Rosmah mengadakan lawatan yang digambarkan rasmi ke luar negara serta liputan yang begitu luar biasa kepadanya, terutama di dalam TV, menjadikan Najib seolah-olah kelihatan seperti suami Perdana Menteri.

"Di sisi yang lain pula, kekerapan Dr Mahathir membuat kenyataan berkenaan Umno dan kerajaan serta kekerapan kroni-kroninya mendapat projek-projek besar memperlihatkan seolah-olah Dr Mahathir masih Perdana Menteri.

"Malah, walaupun cuba disembunyikan, orang-orang Umno sendiri yang mendedahkan bahawa Najib kelihatan begitu takut kepada pengaruh Dr Mahathir dan Muhyiddin pula dikatakan semakin mendapat manfaat dari pengaruh besar bekas Perdana Menteri yang paling lama berkuasa itu," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Sebab itulah, kata Mahfuz (gambar) lagi, sumber-sumber Umno tersebut tidak hairan apabila Muhyiddin membuat kenyataan mahu pilihan raya diadakan tahun ini juga sedangkan Najib lebih cenderung mengadakannya apabila tamat penggal tahun depan.

Mahfuz berkata, sumber-sumber Umno memberitahunya bahawa Najib kini semakin ditinggalkan oleh tokoh-tokoh lain dan semakin keseorangan malah dilihat sebagai liabiliti parti itu.

"Apa yang Najib tahu dan suka buat hanyalah membuat pengumuman dan pelancaran sana-sini.

"Dengan hanya dukungan yang hanya lakonan dan tanpa dukungan yang sebenarnya dari tokoh-tokoh yang benar-benar berkuasa dan makin berkuasa seperti Dr Mahathir dan Muhyiddin, sumber-sumber Umno itu berkata Najib hanyalah Perdana Menteri syok sendiri," kata beliau.

Di peringkat bahagian-bahagian pula, kata Mahfuz, Umno berpecah kepada empat kem iaitu kem Dr Mahathir, kem Muhyiddin, kem Najib dan kem ahli-ahli Umno yang semakin meluat dengan kerakusan para pemimpin parti itu.

Beliau percaya, ahli-ahli Umno yang semakin meluat dengan kerakusan para pemimpin mereka itu mungkin akan memberi satu lagi kejutan dalam pilihan raya akan datang.

Nota dari Wad 5J HUKM

Ahmad Lutfi Othman, 24 Jul 2012
Catatan pendek ini mulanya saya usahakan ketika dalam Wad 5J, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), pada petang 15 Julai, dengan tulisan tangan, disebabkan jari-jari kiri saya masih tidak dapat mengetuk papan kekunci komputer. Meskipun cetusan idea terus terpancar, namun kelemahan fizikal, terutama di bahagian kiri badan, tetap menganggu kelancaran menulis.

Serangan kedua strok, Ahad 8 Julai, yang disedari ketika saya dan Wartawan Kanan Harakah, Wan Nordin Wan Yaacob, singgah di kawasan R&R, Pagoh, dalam perjalanan balik dari Pasir Gudang ke Kuala Lumpur, menyebabkan kolum ini tidak dapat diisi selama tiga keluaran -- sesuatu yang cukup mendukacitakan saya. Justeru, saya berazam, walaupun masih bercuti panjang, tulisan ini harus disiapkan juga.

Hasrat saya untuk turun meninjau sendiri situasi terkini politik dan mood akar umbi menjelang PRU13, terhenti di Johor. (Niat melengkapkan pusingan pertama menjelajah seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak sebelum Ramadan, hampir tercapai, kecuali Kelantan dan Perlis).

Johor yang dahulunya dikenali kubu kuat Umno, malah dianggap "simpanan tetap BN", kini menjadi tumpuan dan perhatian penganalisis politik. Ramai menjangkakan kejutan bakal berlaku di selatan tanahair itu. Jika pada 2004, PAS mendapat kerusi Dun secara percuma di Senggarang, tetapi dalam PRU12, ia menang di Sungai Abong dan Maharani; ketiga-tiga Adun itu (Dr Mohd Ramli Kari, Dr Sheikh Ibrahim Sheikh Salleh dan Dr Mohammad Taslim) merupakan doktor perubatan. 

Secara peribadi, saya melihat keunikan politik Johor (dan di sinilah terselit harapan besar)  juga terletak kepada komposisi pengundi dalam 56 kerusi Dunnya. Daripada statistik 2008, ia mempunyai kawasan pengundi campuran yang tinggi, dengan 46 peratus daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan adalah kawasana yang tidak mepunyai majoriti sesuatu kaum ataupun sesuatu kaum hanya mendominasi antara 50-60 peratus jumlah pengundi. Sila rujuk buku Pilihan Raya Umum Malaysia Ke-12: Isu dan Pola Pengundian, di bawah bab "PRU12 di Johor: Perubahan atau Protes", hasil kajian sekumpulan ahli akademik Jabatan Sejarah Universiti Malaya.

Seorang rakan memberitahu, Johor mempunyai banyak persamaan dengan Selangor, terutama dari segi komposisi kemajmukan penduduk, kemajuan negeri dan juga termasuk keistimewaan pengundi Melayu yang terdiri daripada suku kaum Jawa dan sebagainya. "Kalau Selangor mencipta kejutan pada 2008, tidak mustahil boleh Johor mengulanginya dalam PRU13," katanya penuh harapan.

Saya sukar menelan bulat-bulat andaian Pakatan Rakyat mampu memberi kejutan sebelum cuba merasai sendiri debaran di medan, walaupun laporan mengenai aktiviti dan program  politik di sana begitu menggalakkan. Masakan Umno rela berputih mata di "tempat tumpah darahnya" sendiri?

Lagipun kekalahan BN di Johor memberi impak cukup besar, khususnya daripada segi psikologi aktivis Umno di seluruh negara. Runtuh Umno di Johor, maka berakhirlah hikayat panjang parti yang dilihat telah mengkhianati amanah kepemimpinan dan kepercayaan orang Melayu sejak merdeka itu.

Agak menarik apabila dua himpunan Hijau PAS di Johor, walaupun diadakan selang seminggu, masih mendapat sambutan menggalakkan. Lebih membanggakan, menurut pemerhati, majoriti hadirinnya adalah masyarakat setempat, bukannya penyokong tegar PAS dari jauh. "Saya melihat mudah aja, jika ramai yang datang dengan motor, berbanding kereta, maka kita boleh kitakan, yang hadir itu kebanyakannya orang tempatan," kata seorang aktivis parti di Kulai.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, jika dilihat kekerapannya turun Johor, seperti sedang memberikan perhatian istimewa selepas kongres tahunan KeADILan 2012 diadakan di negeri itu. Sejumlah 26 kerusi Parlimen yang ditawarkan Johor begitu penting dalam menjayakan misi penguasaan Putrajaya. Buat masa ini BN membolot 25 kerusi; hanya kerusi Parlimen Bakri dimenangi calon DAP, Er Teck Hwa, dengan majoriti 722 undi.

Kepulangan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub ke negeri kelahirannya, selepas dua penggal menjadi Ahli Parlimen Kubang Kerian, Kelantan, bagi membantu Pesuruhjaya Negeri, Dr Mahfodz Mohamed, menyuntik semangat luar biasa penggerak parti, khususnya di peringkat bawahan.

Sekurang-kurangnya mereka merasakan harapan dan impian  boleh digapai jika kombinasi prasyarat kemenangan dapat  dipenuhi. Sesungguhnya keyakinan amat penting buat aktivis pilihan raya berdepan situasi sukar, tetapi penuh harapan itu.

Dan sememangnya Johor selama ini popular dengan "kolam pemimpin muda" berkebolehan, yang cukup berdedikasi, energetik, berfikiran terbuka, dan lebih penting lagi bersedia dengan idea-idea baru yang praktikal, bagi memecahkan tembok penghadang di antara PAS dengan golongan massa. Sesungguhnya tidak mudah untuk PAS mula bertapak kukuh di negeri ini dan sudah tentu cabarannya selepas ini berdepan liku-liku sukar.

Malam Ahad itu, saya dan Wan Nordin singgah dan bermalam di Kulai, ditemani wartawan Harakah Johor, Salman Hussin. Kami sempat mengikuti Bicara Selebriti membabitkan beberapa personaliti terkenal anak seni, seperti Aishah, Bob Lokman dan Mel bekas vokalis Wings, selain pejuang peneroka dan generasi kedua Felda, Mazlan Aliman, di Felda Taib Andak.

Sengaja saya memilih lokasi agak belakang, sedikit tersorok, sambil menyandar pada sebuah kereta di tepi jalan (sebenarnya saya berdiri hampir dua jam, dengan bertongkat, tempoh paling lama sejak diserang strok kali pertama pada pertengahan tahun 2010!), cuba untuk mendengar reaksi langsung anak-anak muda terhadap program tersebut. Sebahagiannya melihat dan memandang telinga dari jauh,  di atas motosikal masing-masing.

Saya perhatikan ramai di antaranya, termasuk remaja perempuan, yang teruja dengan bentuk persembahan Bicara Selebriti, yang dianggap satu kelainan. Bob Lokman memang bijak berperanan sebagai moderator, sambil menyelitkan nasihat agama, disulami humor bermakna dan  menjentik kesedaran politik audien melalui persoalan kepada Mazlan, di sekitar isu semasa Felda, terutama berkaitan penyenaraian FGVH, dengan pendekatan mudah dan menyenangkan.

Kisah "penghijrahan" Aishah mungkin sudah ratusan kali diulangnya namun ia tetap menarik dan mengusik emosi, apatah lagi untuk warga Felda Taib Andak yang baru pertama kali menariknya. Namun, nyanyian Mel lebih memukau walaupun dengan sokongan "PA system" bertaraf  amatur.

"Aishah tak boleh menyanyi ke? Lagu nasyid pun jadilah, takkan tak boleh kot?" Saya terdengar bisik seorang pendengar wanita, agaknya dalam usia 20-an kepada teman sebayanya. Beberapa minit kemudian, seorang kawannya, lelaki, datang menyapa.

Beliau menyebut nama Mazlan yang sedang berucap ketika itu sambil memperkenalkan later belakang Presiden Anak kepada dua wanita berkenaan. Sepintas lalu, lelaki itu menyebut jasa-jasa Mazlan kepada peneroka Felda. Dalam hati saya terdetik, "hebat sekali, penjelasan spontan di tepi jalan dalam majlis santai ini, cukup mengesankan, terutama untuk khalayak yang baru."

Maaf, saya terpaksa menangguhkan dahulu catatan ini atas keuzuran. Saya tidak mahu subjek yang begitu besar dan penting, tentang politik sebuah negeri yang begitu menarik, akan menjadi hambar apabila idea lebih pantas mencurah daripada tulisan tangan yang semakin tidak bermaya ini.

Meneliti pola pengundian pada 2008, saya kira tsunami politik belum membadai bumi Johor, bukan sahaja dari kalangan pengundi Melayu, malah orang Cina sendiri. Masyarakat Tionghua yang kelihatan teragak-agak pada PRU12, kali ini dijangka memberi undi sepenuhnya kepada Pakatan Rakyat.

Malah, jika sebahagian pengundi Melayu, khususnya generasi muda termasuk di Felda, golongan terpelajar, kelas menengah, dan tidak terkecuali kelompok di kampung-kampung tradisi, beralih menyokong Pakatan, atau menunjukkan protes terbuka kepada Umno, maka sejarah baru politik Malaysia benar-benar akan terukir nanti.

Saya ingin menutupnya dengan memetik rumusan analisis buku Pilihan Raya Umum Ke-12: Isu dan Pola Pengundian, iaitu, "Peningkatan kawasan campuran akan menjadikan pola, bahasa, reka bentuk semulajadi politik di Malaysia terutamanya di Johor akan berubah ..."

Saya cuba memberikan analisis lanjut seterusnya nanti, insya-Allah. Selamat berpuasa dan mengimarahkan Ramadan. (Jutaan terima kasih dan penghargaan kepada warga kerja Wad 5J, HUKM, terutama Prof Dr Zamrin Dimon).

Hijau

Muhammad Mukmin, 23 Jul 2012

Hijau
Hijau itu ketenangan...
Hijau itu kedamaian...
Hijau itu memberi kelembutan...

dalam hakikat itu lah warna..
warna pakaian penghuni syurga..
datangnya dari pepohon syurga..
indah hiasan emas permata..

Hijau itu keindahan..
Hijau itu kesegaran..
Hijau itu menzahir kekuatan...

berkibar megah demi perjuangan..
menjadi selendang serikandi..
tidak luluh dicemuh penghinaan..
pesona cinta mu kekal berzaman..

Hijau itu Keredhaan..
Hijau demi perjuangan..

mukmin
270712


Mahkamah putuskan BERSIH entiti yang sah
  • Hafiz Yatim
  • 10:30AM Jul 24 2012
 
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai tahun lepas bahawa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) adalah sebuah pertubuhan 'haram'.
Hakim Datuk Rohana Yusof dalam penghakimannya pagi ini berkata BERSIH telah berjaya membuktikan kesnya dalam mencabar pengisytiharan kerajaan bahawa ia sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

NONEOleh itu, katanya, mahkamah membenarkan permohonan BERSIH, dengan tiada perintah tentang kos.

Empat belas jawatankuasa pemandu BERSIH yang diketuai oleh Datuk S Ambiga telah menamakan menteri dalam negeri, ketua polis negara dan kerajaan sebagai responden.

Pada 1 Julai tahun lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengisytiharkan gabungan itu sebagai haram, sejurus sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai.
M'sia alami peningkatan pertama kadar kemiskinan sejak 1999
9:25AM Jul 24 2012  
Malaysia mengalami sedikit peningkatan dalam kadar kemiskinan antara 2007 dan 2009, yang pertama sejak berakhirnya krisis kewangan Asia pada tahun 1999, demikian mengikut kajian yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan.

Kadar kemiskinan naik daripada 3.6 peratus pada 2007 kepada 3.8 peratus pada 2009 manakala kadar kemiskinan tegar kekal pada 0.7 peratus.

Menurut Laporan Tinjauan Kemudahan Asas dan Pendapatan Isi Rumah dan 2009, insiden kemiskinan di Malaysia menunjukkan trend yang menurun sejak 1995, kecuali pada tahun 1999 dan 2009. Hal ini mungkin disebabkan oleh krisis kewangan yang melanda negara pada dua tahun itu.

Antara negeri-negeri, Sabah masih mendahului senarai dengan kadar kemiskinan 19.7 peratus, diikuti oleh Perlis (6 peratus), Sarawak dan Kedah (masing-masing 5.3 peratus).

Garis kemiskinan pendapatan berbeza di rantau yang berbeza, dan penanda aras yang digunakan oleh kaji selidik itu ditunjukkan dalam carta (bawah).

bagaimanapun, laporan itu tidak menyediakan penanda aras bagi miskin tegar.

Kajiselidik itu meliputi 45,805 keluarga di seluruh negara dari April 2009 hingga Mac 2010 dan mengandungi statistik mengenai pengagihan pendapatan isi rumah, kemudahan asas dan insiden kemiskinan di Malaysia.

Ini adalah kali pertama kajiselidik itu, yang dijalankan dua kali dalam setiap lima tahun, telah dikeluarkan untuk tatapan umum.
Catuan air hanya gimik politik, kata exco S'gor
10:09AM Jul 24 2012  
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak layak untuk membincangkan isu Selangor kerana ketika menjadi menteri besar Johor, beliau telah menjadikan tarif air di negeri itu antara yang tertinggi di negara ini, dakwa ahli exco Selangor, Elizabeth Wong.

NONEKerana itu, Wong (kanan) berhujah bahawa Muhyiddin tidak sepatutnya mempengerusikan jawatankuasa khas kabinet mengenai perkara itu.

"Sebenarnya (timbalan perdana menteri) tiada pengalaman dan tidak menyumbangkan sebarang idea bernas dalam pengurusan air," kata Wong dalam satu kenyataan semalam.

Wong menambah bahawa Johor mempunyai tarif air yang tertinggi di negeri ini.

"Rakyat Johor berdepan dengan tarif air pada kadar tidak munasabah dan tidak mungkin menerima air percuma seperti di Selangor," katanya.
Beliau berkata, kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor tidak akan berdiam jika ada pihak yang mengambil untung atas kesusahan rakyat.
Pendapatan warga KL hanya naik 1.5 peratus hingga 2009
  • Kuek Ser Kuang Keng
  • 11:28AM Jul 24 2012
 
Satu kajian Jabatan Perangkaan mendapati pendapatan isi rumah warga Kuala Lumpur hanya meningkat sebanyak 1.5 peratus untuk tempoh 2007 hingga 2009, jauh berbeza daripada purata kebangsaan sebanyak 4.5 peratus.

Kuala Lumpur, seperti juga Perlis, mencatat peningkatan isi rumah paling rendah berbanding negeri lain.

Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2009, yang kali pertama didedahkan kepada umum pada bulan lalu, mengambil kira 45,805 keluarga seluruh negara antara April 2009 hingga Mac 2010.

Kajian setiap lima tahun itu, yang diterbitkan di laman jabatan tersebut, antara lainnya melihat kemampuan kewangan isi rumah Malaysia antara 2007 hingga 2009.

Laporan kajian yang dijalankan setiap lima tahun itu diterbitkan di laman Jabatan Perangkaan.

Menurut laporan itu, pendapatan isi rumah purata seluruh negaa meningkat daripada RM3,686 pada 2007 kepada RM4,025 pada 2009 atau 4.5 peratus setahun.

Pendapatan isi rumah warga Kuala Lumpur hampir tidak berubah, daripada RM5,322 kepada RM5,488 dalam tempoh dua tahun, atau 1.5 peratus setahun.

Putrajaya pula merekodkan peningkatan pendapatan isi rumah hampir 12.9 peratus – paling tinggi berbanding negeri lain.

Ia mungkin berkaitan dengan pelarasan gaji kakitangan awam, yang membentuk sebahagian besar penduduk Putrajaya, namun laporan berkenaan tidak menafsirkan hasil kajian itu.

Pecahan mengikut kaum pula menunjukkan golongan Cina menjadi kumpulan yang mendapat pendapatan tertinggi dengan purata RM5,011 sebulan pada 2009, diikuti kaum India (RM3,999) dan lain-lain (RM3,640).

Kumpulan bumiputera, termasuk masyarakat di semenanjung, Sabah dan Sarawak, berada di kumpulan terbawah dengan pendapatan purata RM3,624 sebulan.

Laporan itu tidak mempunyai statistik berbeza untuk kumpulan Melayu semenanjung dan bumiputera Sabah dan Sarawak.


Tiada ulasan: