Sabtu, 28 Julai 2012

YANG BATIL ITU JELAS....YANG HAQ JUGA JELAS...SATU KETIKA YANG HAQ DAPAT MENGALAHKAN YANG BATIL...

Kajian MPN 'pancung' karier politik Mukhriz?

Salmiyah Harun, 28 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Hasil kajian Majlis Professor Negara (MPN) dipercayai mempunyai agenda untuk memancung karier politik anak Tun Mahathir, Datuk Mukhriz, demikian tegas Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Beliau berkata, kajian yang dilakukan sama ada mereka tidak bijak mengatur agenda politik atau mempunyai agenda tertentu sehinggakan melaporkan hasil kajian tersebut kepada publik.

"Sama ada agenda ini untuk pancung Mukhriz atau memperlihatkan ketidakcerdikan mereka yang buat kajian," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Bercakap dalam sidang media hari ini, Mahfuz berkata, mungkin tujuan kajian tersebut untuk menunjukkan Umno mempunyai pelapis yang baik sedangkan mereka tidak tahu percaturan politik Umno di Kedah sangat teruk.

Mahfuz turut melahirkan simpati kepada Mukhriz kerana anak bekas Perdana Menteri itu sedang berhadapan situasi politik pimpinan Umno Kedah yang tidak sebulu dengan ayahnya.

"Apabila menonjolkan hasil kajian, seolah-olah Mukhriz mengatasi pimpinan Umno yang lain maka sudah tentu sejarah melihat di Kedah berlaku percaturan tidak sebulunya Umno kedah dengan Tun Mahathir.

"Di belakang Mukhriz sudah tentu bapanya Mahathir, jadi percaturan politik akan berterusan dan ini akan merugikan Mukhriz," katanya.

Mahfuz turut mempertikaikan peranan MPN yang sepatutnya memberi tumpuan membantu membangunkan NCAR Koridor Utara bukannya memikirkan siapa bakal menjadi MB Kedah.

Ini kerana, beliau difahamkan kajian yang dijalan itu, ditanggung oleh NCAR Koridor Utara dan seharusnya memfokuskan perkara yang sepatutnya menjadi tanggungjawab mereka.

Namun, katanya PAS dan Pakatan Rakyat sentiasa mengambil sikap terbuka terhadap hasil kajian tersebut sebagai pendorong untuk memperkemas dan memperkukuhkan kedudukan politik Pakatan Rakyat.

Sebelum ini, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak percaya bahawa kajian yang menyatakan bahawa anak bekas perdana menteri Datuk Mukhriz Mahathir adalah calon MB popular bakal memporak-perandakan BN.

Menurut Azizan, keputusan kajian tersebut sekali gus memberi kredit kepada PAS Kedah apabila, golongan pengkaji berkenaan "seolah-olah telah diperalat pihak tertentu bagi membangkitkan isu ini demi kepentingan kumpulan tertentu".

Kajian yang dibentangkan dalam satu program Majlis Profesor Negara pada Rabu lalu, menyebut bahawa Mukhriz merupakan calon menteri besar paling popular sekiranya BN berjaya merampas kembali pentadbiran Kedah.

Kajian itu membandingkan peluang Mukhriz dan tiga lagi pemimpin Umno Kedah – ketua perhubungannya Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, ketua penerangan Datuk Seri Mohd Jamil Khir Baharom dan ketua pembangkang DUN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Laporan yang dibentangkan oleh Prof Madya Dr Rohana Yusof dari UUM juga menyatakan bahawa BN lebih berpeluang untuk merampas Kedah dari tangan PAS dalam pilihan raya umum akan datang.

Isu air: Rakyat Selangor mesti bersatu

Aspan Alias, 28 Jul 2012
Isu bekalan air terawat menjadi isu dan modal ‘desperado’ UMNO untuk menawan kembali Selangor, negeri terkaya negara ini oleh BN dalam pilihanraya yang akan datang. Isu ketidakmampuan Syabas untuk merawat air dengan ‘capacity’ secukupnya menjadi umpan bagi BN untuk merendahkan kredibiliti kerajaan pimpinan TS Khalid Ibrahim dengan satu ‘ultimate’ iaitu untuk mendapatkan kembali Selangor di bawah tadbiran BN dan UMNO dalam pilihanraya yang akan datang.
Kerajaan Pusat telah mengugut rakyat Selangor yang negeri itu akan kekurangan air dalam tahun 2014 dan akan menghadapi kekeringan air yang paling buruk dalam sejarah negara, kononnya. Kita memahami apa tujuan Kerajaan Persekutuan untuk menyebelahi Syabas walaupun Syabas telah menyeleweng daripada asas dan matlamat penubuhannya.

Sekarang kerajaan Selangor sedang mendesak supaya Tan Sri Razali Ismail dan Ketua Eksekutifnya untuk meletakkan jawatan kerana mereka adalah bertanggungjawab di atas segala kelemahan yang ada pada syarikat Syabas ini. Razali yang sedang dibayar sebanyak RM5.1 juta gaji setahun harus meletakkan jawatan kerana dengan perletakan jawatan mereka ini sahaja Selangor akan membelanja peruntukan sebanyak RM225 juta untuk mitigasi 2 bagi meningkatkan kecekapan dan kapasiti untuk merawat air bersih untuk Selangor dan Wilayah yang berhampiran.

Kerajaan Persekutuan sedang menyebelahi Syabas bukan kerana apa tetapi semata-mata kerana politik BN untuk mengambil alih kerajaan negeri Selangor. Tidak ada siapa yang menahan Putrajaya untuk mengambil alih kerajaan negeri Selangor asalkan sahaja pengambilalihan itu dilakukan dengan sistem demokrasi dan semangatnya yang tulen.

Tetapi Putrajaya memilih untuk mengambil alih secara kotor kerana dengan cara ini sahaja mereka beranggapan sebagai cara yang ada untuk menumbangkan kerajaan Selangor yang sedang berhempas pulas untuk membersihkan kekotoran yang dilakukan oleh BN semasa memerintah negeri itu selama lima dekad yang lalu. UMNO terlalu sibuk untuk mengambil alih kerajaan yang telah disalahtadbir selama lima dekad. Apa yang anehnya orang-orang yang telah merosakkan UMNO dan kerajaan Selangor dahulu pula yang sibuk untuk kembali memerintah.

Dalam konteks ini kerajaan Selangor wajar mengambil alih Syabas yang di belakangnya adalah ‘warlord-warlord’ UMNO yang mahu mengambil kesempatan dengan pembekalan air ke Selangor. Sebab dan alasan bagi Selangor mengambil alih Syabas ini mempunyai asas yang amat kukuh. Syabas telah melanggar banyak klausa-klausa dalam perjanjian dengan kerajaan negeri Selangor.

Konsesi ini sepatutnya boleh dibatalkan begitu sahaja dan Selangor mengambil alih Syabas tanpa ragu-ragu lagi. Syabas telah tidak menghormati perjanjian untuk mendapatkan bekalan paip dari sumber tempatan tetapi sebaliknya meng’import’nya dari Indonesia dan jumlah harga bekalan itu hampir mencecah RM400 juta. Syabas juga telah membelanjakan wang sejumlah lebih dari RM50 juta berbanding dengan jumlah RM23 juta sebagaimana dalam perjanjian itu.

Mengikut perjanjian kontrak-kontrak sepatutnya diberikan melalui tender terbuka tetapi Syabas telah memberikan kerja-kerja kontrak itu melalui rundingan terus dan jumlahnya lebih dari setengah billion ringgit.

Justeru usaha kerajaan Selangor untuk mengambil alih Syabas itu adalah wajar dan mengikut lunas-lunas undang-undang semata-mata untuk menjamin kestabilan pembekalan air bersih yang secukupnya menjelang tahun 2015 nanti. Tetapi kerajaan dan pemimpin-pemimpin persekutuan memilih untuk memihak kepada Syabas semata-mata kerana mahukan ‘mileage’ politik dan sanggup menjadikan rakyat Selangor sebagai mangsa kerakusan mereka.

Sekarang Syabas dan Kerajaan Persekutuan sendiri memberikan gambaran yang bercanggah-canggah di antara satu dengan yang lain. Muhyiddin berkata tidak perlu dilakukan catuan air bagi negeri Selangor sedangkan Syabas telah memberikan pandangan yang catuan air itu perlu dilakukan sekarang.

Saya tidak mahu menulis tentang isu ini dengan panjang tetapi memadai untuk mengingati rakyat Selangor dan yang lain-lain supaya menolak sahaja kerajaan BN Persekutuan sekarang ini kerana kerajaan BN lebih mementingkan kerakusan kuasa mereka daripada memberikan tumpuan untuk melestarikan kehidupan rakyat khususnya rakyat negeri Selangor semata-mata kerana hendak berkuasa di negeri ini.

BN telah memerintah Selangor selama lima puluh tahun sebelum rakyat Selangor memindahkan kuasa kerajaan itu kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya lalu dan nyata tindakan rakyat Selangor itu adalah tepat dan betul. Rakyat Selangor mesti kekal dengan kerajaan PR yang ada pada hari ini untuk membetulkan dan membersihkan kerja-kerja kotor BN selama lima puluh tahun memerintah Selangor sebelum ini.

Saya ucapkan syabas kepada TS Khalid Ibrahim kerana kesabaran beliau menghadapi cabaran-cabaran yang dilakukan terhadap kerajaan pimpinan beliau oleh UMNO dan BN yang sudah boleh dikategorikan sebagai makhluk perosak itu.

Ramai mempunyai keyakinan yang beberapa baki kerusi yang masih dipegang oleh BN di Selangor itu akan jatuh ke tangan PR dalam pilihanraya yang akan datang ini. Rakyat Selangor wajar membantu usaha semua rakyat negara ini yang ingin mengubah dan menganjak pimpinan di Putrajaya sekarang ini dengan pimpinan yang lebih bertanggungjawab.

Kerajaan Selangor wajar menggunakan Akta Industri Pembekalan Air 2006 (WSIA) dengan mengambil alih Syabas dari cengkaman kroni BN yang telah digunakan untuk mengugut rakyat Selangor untuk pilihanraya yang akan datang ini. Semua pihak wajar bersatu untuk menolak cengkaman yang sedang dilakukan oleh Putrajaya terhadap negeri Selangor kerana politik 'desperado' mereka (BN).

Saya berharap TS Khalid bersama-sama barisan pimpinan PR Selangor hari ini  menolak dan mengenepikan niat jahat BN itu jauh-jauh semata-mata untuk kelestarian kehidupan rakyat Selangor yang beliau pimpin. Saya yakin TS Khalid mampu untuk mengendalikan isu ini dengan baik dan berjaya.

Jatuhnya BN di Putrajaya maka akan hilanglah tekanan terhadap rakyat keseluruhannya, khususnya rakyat Selangor. Percayalah. - http://aspanaliasnet.blogspot.com

Subhanallah: Budak 2 tahun kena tembak, wajahnya seperti biasa

http://kachipemas.blogspot.com, 28 Jul 2012

Subhanallah: Ini kekuasaan Allah, Budak 2 tahun kena tembak, Mati..tapi wajahnya seperti biasa

Kepala terbelah kena tembak


Subhanallah inilah kekuasaan Allah, budak 2 tahun ditembak mati pecah kepala ..tapi dikafan nampak seperti sediakala.. ini adalah kekuasaan  Allah.. Apa yang terjadi adalah kehendaknya Allah Maha Kaya dan Maha Pengampun..dewasa ini masyarakat Islam ramai dibunuh...Allah sahaja yang tahu...senjata kita adalah berdoa dan berserah kepada Allah... Kirimkan doamu teman...kita mengadu hanya kepada  Allah Yang Maha Kuasa...
nukilan dari Abu Luqman..

Pelancaran Xpresi Ramadhan Anak Muda esok

Harakahdaily, 28 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia sedang melaksanakan program Xpresi Ramadhan Anak Muda di seluruh negeri sempena bulan Ramadhan ini.

Ketua Penerangannya Riduan Mohd Nor berkata, program tersebut merupakan kesinambungan kepada program Xpresi Hijau Anak Muda yang dianjurkan beberapa kali sebelum ini dalam Himpunan Hijau ke Putrajaya.

"Program ini adalah untuk memugar semangat dan akidah perjuangan anak muda khususnya pemuda PAS.

"Ianya bersempena bulan Ramadhan yang disebut sebagai bulan kemenangan, maka kita akan bergerak ke seluruh negara untuk tujuan ini," katanya kepada Harakahdaily.

Untuk program terdekat, pelancaran secara rasmi program itu akan dibuat malam esok bertempat di Taman Melewar.

Ianya dijadual disempurnakan Timbalan Ketua Pemuda, Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Semalam program serupa turut diadakan Melaka dengan kehadiran Ketua Pemuda PAS Ustaz Nasruddin Hassan sendiri.

"Kita memohon akar umbi pemuda untuk bersedia menerima kehadiran pimpinan mengadakan program ini di tempat masing-masing," kata Riduan.

195 penduduk Sg Sireh terima geran tanah

Harakahdaily, 28 Jul 2012
KLANG: 195 keluarga di Kampung Sungai Sireh Utama, Kampung Sungai Sireh Tambahan dan Kampung Sungai Sireh Tambahan 2 menerima dokumen yang mengesahkan permohonan tanah mereka telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri.



(Ketibaan Khalid, Halimah dan Iskandar di sambut penduduk tempatan)

Dokumen ini disampaikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim kepada mereka hari ini.

Turut serta dalam majlis ini adalah Adun Selat Kelang Dr. Halimah Ali dan Adun Cempaka, Iskandar Abdul Samad yang juga Exco kerajaan negeri.

Kebanyakan penerima dokumen ini adalah mereka yang dikategorikan sebagai setinggan sebelum ini.

Dengan pemberian dokumen ini, mereka terkeluar dari status setinggan selepas puluhan tahun tinggal di atas tanah yang mereka teroka itu.

Air percuma untuk jaga kebajikan rakyat - Khalid

Harakahdaily, 28 Jul 2012
SHAH ALAM: Program Pemberian Air Percuma yang membolehkan rakyat menikmati 20 meter padu pertama secara percuma setiap bulan adalah bukti keupayaan pengurusan Kerajaan Negeri.

Ia juga membuktikan kesungguhan kerajaan negeri untuk memastikan industri air di Malaysia diuruskan dengan menjadikan kebajikan rakyat menjadi keutamaan.

Demikian kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam kenyataannya hari ini.

Secara purata, keluarga yang mendiami rumah bertanah di Selangor menikmati penjimatan RM1,200 setahun sejak program ini diperkenalkan pada Jun 2008.

Bagi keluarga yang tinggal di rumah bertingkat  pula menikmati penjimatan secara purata  hampir RM900 setahun dalam tempoh itu.

"Kerajaan Negeri telah membekukan cadangan untuk menaikkan tarif air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) sebanyak dua kali iaitu untuk 2009 dan 2012," katanya.

Kerajaan Selangor juga, katanya, telah membelanjakan RM550 juta setakat ini untuk Program Pemberian Air Percuma.

Namun begitu, kerajaan negeri masih berupaya meningkatkan rezab negeri kepada RM2.1 billion pada 2012 berbanding hanya RM400 juta pada 2008.

"Ini adalah hasil dasar kewangan mesra rakyat yang mematuhi prinsip-prinsip integriti dan tadbir urus yang baik," katanya.

Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor membuat banyak usaha untuk memastikan rakyat berhak untuk berkongsi keuntungan, aset dan sumber negeri, jelas beliau lagi.

Langat 2 hanya selepas penstrukturan semula air

Harakahdaily, 28 Jul 2012
SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor terus konsisten dengan pendirian bahawa projek Langat 2 hanya harus dibincangkan sebagai sebahagian daripada pakej penstrukturan semula indusri air di negeri ini.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar) berkata demikian melalui kenyataan ringkas menerusi twitternya hari ini.

Beliau juga berkata, Datuk Seri Peter Chin, Menteri Teknologi Hijau dan Air Kerajaan Pusat lebih rela ikut telunjuk CEO bergaji RM425,000 sebulan berbanding kepentingan lebih 5 juta rakyat Selangor.

Atas sebab itulah, katanya, menteri kerajaan BN itu menolak cadangan untuk membuat penstrukturan semula industri air di Selangor.

Kenyatan Khalid ini dibuat ekoran desakan agar kerajaan negeri bersetuju dengan projek Langat 2 yang membolehkan air disalurkan melalui paip dari Pahang ke Selangor.

Bagi menyokong desakan itu, Syabas baru-baru ini membuat kenyataan air akan dicatu di Selangor dan Kuala Lumpur ekoran kekurangan bekalan air.

Bagi Khalid, ugutan catuan air ini hanya untuk menekan kerajaan negeri agar projek Langat 2 dipersetujui kerajaan negeri.

Bagi Selangor pula, kos pembinaan Langat 2 terlalu tinggi dan menyebabkan rakyat akan dibebankan dengan kenaikan bil air selepas ianya berjalan.

Exco kerajaan negeri Selangor Dr Dr. Xavier Jayakumar mendakwa rakyat Selangor bakal hilang hak air percuma sekiranya projek Langat 2 diteruskan.

Ini kerana kos pembinaannya terlalu tinggi dan bakal dibebankan kepada pengguna selepas ini, kata Dr Xavier dalam kenyataannya.

Dr. Xavier memberikan tujuh sebab penting mengenai projek Langat 2 iaitu:-


1) Kos penyaluran air mentah dari Pahang ke Selangor dan Pembinaan Loji Langat 2 adalah bernilai RM8.65 Bilion.

2) Walaupun dana keseluruhannya ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Persekutuan tetapi sumber dana tersebut diperolehi dari pinjaman dari Japan International Cooperation Agency (J.I.C.A) dari Negara Jepun.

3) Bagi membayar bagi kos projek, kerajaan Pusat (melalui pembekal dan pengedar air tunggalnya, iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) tiada pilihan lagi melainkan mengenakan kadar tariff (harga air) yang tinggi kepada pengguna iaitu rakyat Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya.
(Kita menjangkakan bahawa harga akan akan meningkat sehingga 70% selepas Loji Langat 2 siap sepenuhnya dijangka pada tahun 2014)

4) Sekiranya kenaikan air tersebut berlaku dimana rasionalnya untuk memberikan 20 meter padu Air Percuma kepada rakyat Selangor dan pengguna-pengguna yang lain.

5) Harus juga diingat bahawa Syabas adalah sebuah syarikat korporat swasta yang berorientasi ‘keuntungan’ (Profit making company) dan kita tidak nampak Syabas mampu mengorbankan keuntungannya bagi tujuan tersebut.

6) Syabas juga dilaporkan menanggung hutang bernilai RM2.8 bilion kepada operator loji rawatan air dan dalam keadaan kewangannya yang meruncing ini maka adalah sukar untuk Syabas memberikan Air Percuma.

7) Harus diingat bahawa rekod kami menunjukkan bahawa kerajaan Negeri membelanjakan RM144 juta setahun bagi pemberian 20 meter padu Air Percuma kepada Rakyat Selangor .

Pertemuan Cuepac - Guan Eng selesai banyak isu

Analisa Mohd Sabri Said, 28 Jul 2012
GEORGETOWN: Pertemuan Presiden Cuepac, Datuk Omar Osman dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng baru-baru ini membuka sinar baru untuk program dua hala bagi kebaikan keseluruhan Penjawat Awam di negeri ini.

Selama ini isu yang ditimbulkan kononya Lim engan menerima perlawaan Omar berikutan terlalu sibuk dan terdapatnya pegawai di pejabat Ketua Menteri yang engan mengatur pertemuan sudah tidak berbangkit ekoran kedatangan rombongan Cuepac baru-baru ini.

Bagi Ketua Menteri, Lim Guan Eng perbezaan tidak membawa apa-apa halangan tetapi bagi Barisan Nasional (BN) ia satu masalah besar.

Manakala penjawat awam pastinya senyum lebar menyaksikan jalinan mesra antara CUEPAC dan Kerajaan Negeri terjalin erat kerana pertemuan itu sendiri akan memberikan peluang CUEPAC bersuara mewakili penjawat awam untuk menuntut apa-apa kehendak yang bersesuai.

Pertemuan muhibbah kedua dua belah pihak melakar satu lagi sejarah persengketaan berjaya diselesaikan  oleh Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri.

Fenomena itu itu pastinya terus menjadi 'mimpi ngeri' bagi kepimpinan Umno dan komponen BN kerana tidak dapat meneruskan agenda jahat untuk melihat Pakatan Rakyat punah sekaligus gagal menapak ke Putrajaya selepas Pilihanraya Umum ke 13 nanti.

Bagi Umno dan kuncu-kuncunya dalam BN sikap berbaik dengan agensi Kerajaan Pusat menambah parah untuk parti itu menapak kembali sebagai parti teras orang melayu dipersada politik tanahair.

Sekaligus memberi lampu hijau untuk Pakatan Rakyat terus memerintah Pulau Pinang  ekoran kejayaan cemerlang menghalang usaha buruk kepimpinan Umno dan BN yang hampir setiap hari mencipta isu untuk mengembalikan sokongan orang Melayu, Cina dan India.

Walaupun masih ada lagi isu yang sengaja dibawa ramai pihak mengagak isu yang ditampilkan 'makan diri' tuanya kembali.

Banyak isu seperti kontraktor Melayu akan golong tikar kerana keenganan Lim untuk memberikan tender kepada bumiputra, orang Melayu terus ditindas dalam bidang perniagaan, isu perlantikan YDP  Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), perjualan tapak Masjid Bayan Mutiara, perkampungan melayu terhakis, penghijrahan orang melayu dari Pulau Pinang dan sebagainya.

Tetapi, akhirnya apa yang dibawa tidak tahan lama sebaliknya memalukan sipembawa isu.

Mereka jadi terkapai-kapai dibawa arus deras menuju ke jeram yang dalam.

Perkembangan pertemuan bersejarah itu benar-benar menghiris perasaan mereka yang terlibat dengan niat menjatuhkan Pakatan Rakyat.

Apa pun syabas kepada Presiden CUEPAC, Datuk Omar Osman dan Lim Guan Eng kerana berjaya membawa satu lagi lembaran baru menjelang PRU 13 yang bakal menyaksikan BN akan kehilangan lebih banyak kerusi ataupun merudum sebagai sebuah kerajaan yang pernah bertahan lama di Malaysia.

Ramai sokong umur persaraan 55 sahaja

Harakahdaily, 28 Jul 2012
KUALA LUMPUR: PAS dan Pakatan Rakyat patut memperjuangkan agar umur bersara kakitangan kerajaan 55 tahun sahaja.

Ini kerana, banyak manafaat yang boleh diperolehi dengan umur persaraan ini berbandingnya masalah yang ditimbulkan darinya.

Lagipun, penetapan umur persaraan ini sangat sesuai dengan sambutan 55 tahun kemerdekaan negara.

"Apabila pegawai kanan bersara, ramailah pegawai bawahan boleh naik pangkat.

"Ia juga akan membolehkan banyak jawatan akan kosong dan memberikan peluang kepada graduan yang belum mendapat pekerjaan untuk bekerja pula," kata salah seorang dari 31,836 pembaca facebook Harakahdaily.

Harakahdaily telah memasukkan satu soalan ke dalam facebooknya dan meminta pendapat orang ramai mengenainya.

"55 tahun bersara yang wajar bagi seseorang. Tahun ini pula kita menyambut hari Kemerdekaan ke 55..." ditulis pada wall Harakahdaily dan hampir semua pemberi komennya termasuk cyber trooper Umno menyokong cadangan ini.

Kerajaan sebelum ini telah menetapkan umur bersara kakitangan swasta kepada 60 tahun namun kakitangan kerajaan kepada 57 sahaja.

Selain umur persaraan, cadangan agar umur untuk mengeluarkan KWSP kepada 60 tahun sebagaimana yang dicadangkan KWSP sebelum ini telah mendapat bantahan yang menyeluruh.

Kerajaan dianggap mahu menggunakan duit rakyat jika melanjutkan umur untuk membolehkan pencarum mengeluarkan kesemua wangnya.

"Sepatutnya 50 tahun pun dah ok.. boleh bagi peluang pada yang lain untuk bekerja," kata seorang pelayar dengan identiti AEp Kdh.

Zarina Baharin pula menulis, "Bagi yang faham, terima kasih.....sebab dah lanjut usia ni, kita nak tumpu pada ibadah.....bukan duniawi lagi dah...tetapi adakah si PEMBUAT DASAR itu prihatin?"

Fuad Ishak pula menulis: "Kepada yang berkesempatan cubalah cari Research Paper oleh Dr Sing Ling (Chinese Institute Engineers-New York Chapter) bertajuk "Optimum Strategies for Creativity and Longevity".

"Semakin bertambah umur persaraan, semakin singkat umur seseorang. (Hidup mati ketentuan Allah, namun kita boleh gunakan sebagai rujukan & bantuan untuk masa depan sejagat)."

Bagaimanapun, Mohd Faisal Alias mempunyai pandangan berbeza. Beliau mencadangkan umur persaraan dibuat pilihan.

"Jangan sempitkan pandangan, ramai lagi pekerja kerajaan memerlukan masa menyelesaikan hutang piutang.

"Siapa yang tak memerlukan bolehlah bersara awal," tulisnya.

Kawan rapat Najib akan sertai PAS?

Harakahdaily, 28 Jul 2012
KUALA LUMPUR: PAS bakal menerima seorang lagi warga baru apabila kawan rapat Presiden Umno, Najib Tun Razak akan mengisytiharkan menyertai parti itu.


Penulis blog politik, Mohd Sayuti Omar menyatakan perkara itu di dalam blognya http://www.msomelayu.blogspot.com/


Berikut adalah tulisan beliau.

PAS bakal menerima seorang lagi warga baru apabila seorang lagi orang kuat Umno akan mengisytihar menyertai Pas.


Tokoh itu sudah pun begitu mesra dengan Pas dan menyertai majlis-majlis Pas selama ini tetapi masih belum terbuka menyertai Pas. Namun sempena dengan Ramadhan atas semangat perang Badar, tokoh berkenaan telah mengambil keputusan nekad akan menyertai Pas di dalam Ramadhan ini juga.


Katanya dia telah membuat istikharah akhirnya Tuhan menunjukkan bulan kepadanya.


Satu majlis penyerahan borang Pas akan dilakukan tidak lama lagi.


Dengan penyertaan tokoh ini ia memberi tekanan dan aib besar kepada Umno. Dunia akan melihat Umno sudah tidak dipercayai bukan saja oleh anak-anak muda, golongan cerdik pandai tetapi oleh ahlinya sendiri. Tokoh berkenaan pernah menjawat beberapa jawatan dalam parti dan juga menjadi ahli Parlimen.


Tokoh ini juga sebelum ini merupakan kawan rapat kepada presiden Umno, Ha Najib Razak.


Mudah-mudahan dengan penyertaan tokoh berkenaan ia akan menambahkan kekuatan Pas dan ahli baru itu pula akan mendedahkan lebih banyak lagi kepincangan parti yang disertai sejak lebih 50 tahun itu untuk dijadikan maklumat dan panduan kepada umum.

Lusuh: Mutu wang kertas baru dipersoal

Harakahdaily, 28 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Wang kertas baru yang diedarkan sejak 16 Julai lalu kini dipersoalkan pula mutu kertas yang digunakan apabila didapati ia mudah lusuh dan gambar yang tertera di pemukaan kertas itu mudah hilang.
Demikian ulasan di dalam blog http://greenboc.blogspot.com

Berikut adalah ulasan penuh.

Wang kertas baru yang diedarkan sejak 16 Julai lalu kini dipersoalkan pula mutu kertas yang digunakan apabila didapati ia mudah lusuh dan gambar yang tertera di pemukaan kertas itu mudah hilang.

Demikian persoalan yang timbul di beberapa laman facebook.

Bank Negara Malaysia sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa bertemakan ‘Keunikan Malaysia’, ciri-ciri yang mencorak budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi negara telah menjadi inspirasi dalam reka bentuk wang kertas terbaru itu.

Ia turut menampilkan teknologi wang kertas yang mengandungi ciri-ciri keselamatan yang lebih canggih termasuklah imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera air (watermark) dengan piksel dan angka, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah, benang kanta mikro, tanda pandang telus dan petak kilat berwarna.

Namun dengan bukti yang ada, menjelaskan bahawa ciri kualiti tidak diambil berat oleh BNM terhadap pengeluaran wang kertas baru berkenaan.

Sementara itu, komen yang diberikan pada blog itu berhubung wang kertas baru menyatakan peniaga cukup takut menerimanya kerana mudah luntur sekiranya tangan berminyak terutamanya penjual kuih muih.

Satu lagi komen ialah mengenai duit syiling baru.

“Satu lagi yang ingin saya kongsi bersama... Ini saya sedar secara tidak sengaja, iaitu duit syiling terbaru kita mempunyai kandungan logam besi kerana syiling lama tidak melekat pada magnet/ besi berani tetapi syiling baru boleh melekat pada magnet. Nilai muka syiling baru sangat murah!” tulis pelayar blog tersebut.

Tiada ulasan: