Khamis, 19 Julai 2012

DUNIA ALLAH PUNYA...MALAH SEMUA MILIK ALLAH...SEMUA DALAM KEKUASAAN ALLAH...ALLAH BOLEH BUAT APA ALLAH SUKA...BOLEH BUAT LEBIH DAHSYAT LAGI DARI ITU...JADI BERTAQWALAH...BERTAUBAT JANGAN SOMBONG LAGI BONGKAK...ALLAH BAGI HIDUP ITU PUN DAH UNTUNG....

Kebangkitan Islam, dunia Arab akan terus berlaku

Nazri Abdullah, 19 Jul 2012



(Gambar: Abdelilah Benkirane mengucapkan terima kasih kepada Tuan Guru Abdul Hadi kerana bersama dengan kemenangan PJD.)

RABAT: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berada di Maghribi pada Jumaat dan Sabtu lalu bagi menghadiri Muktamar kali ke-7 Parti Islam Pembangunan dan Keadilan (PJD).

Kehadiran Presiden PAS itu adalah atas jemputan rasmi Perdana Menteri Maghribi Abdelilah Benkirane yang juga ketua parti PJD.

Muktamar yang diadakan di Kompleks Moulay Abdellah itu turut dihadiri 2,000 perwakilan dan puluhan pemerhati dari negara luar khususnya pemimpin negara Arab dan pemimpin gerakan Islam seluruh dunia.

Muktamar kali ini adalah yang pertama diadakan selepas PJD memenangi pilihan raya parlimen yang diadakan November tahun lalu.

Ianya sekaligus menjadi medan meraikan kemenangan parti itu oleh seluruh pemimpin dan ahli PJD.

Turut hadir dan diberi penghormatan berucap pada majlis itu adalah pemimpin Hamas, Khaled Meshaal.

Pemimpin gerakan Islam yang hadir juga turut mengambil kesempatan mengadakan pertemuan bagi membincangkan hala tuju negara-negara yang kini dimenangi parti Islam dan juga krisis Asia Barat.

Tuan Guru Abdul Hadi juga turut mengadakan pertemuan secara tidak langsung dengan Abdelilah Benkirane sekaligus menyampaikan ucapan tahniah PAS kepada parti PJD pimpinannya itu yang telah memenangi pilihan raya tahun lalu.

Abdelilah Benkirane dalam ucapannya sebelum itu berkata kebangkitan Islam yang berlaku merupakan sesuatu di luar jangkaan dan diyakini akan terus berlaku di negara-negara lain.

"Apa yang berlaku kepada dunia Arab dan umat Islam sekarang ini adalah sukar untuk dipercayai dan ianya akan terus berlaku di tempat lain," katanya dalam ucapan pembukaan Muktamar.



Tuan Guru Abdul Hadi bersama pemimpin Hamas, Khaled Meshaal.




Tuan Guru Abdul Hadi ditemubual wakil media Maghribi.


Kelantan anugerah banglo kepada johan tilawah

Rizal Tahir, 19 Jul 2012
KOTA BHARU: Johan tilawah al Quran peringkat Antarabangsa dari Kelantan Ustaz Muhammad Anuar Ghazali menerima sebuah banglo dari kerajaan negeri.


(Ustaz Anuar bersama replika banglo yang diterimanya dari MB hari ini)


Replika hadiah rumah itu disampaikan oleh Menteri Besar pada majlis sambutan Ihya Ramadan peringkat negeri Kelantan.

Rumah yang bernilai RM250,000 ini akan dibina di Machang dan dijangka siap akhir tahun ini.

Ia akan dibuat oleh Kelkon Sdn Bhd anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) iaitu anak syarikat kerajaan negeri Kelantan.

Anuar johan tilawah quran tahun ini merupakan anak jati negeri ketiga menerima sumbangan hadiah rumah dari kerajaan negeri.

Sebelum ini pelajar cemerlng Nik Nur Madihah dan selebriti bola sepak, Khairul Fahmi Che Mat menerima sumbangan yang sama dari kerajaan negeri.

Sempena majlis ini, lima dari enam anak jati Kelantan yang memenangi johan tilawah peringkat antarabangsa menyampaikan bacaan masing-masing.

Akir Hayy dan Habin Faizal Mohamed Ad Dawuudi memenuhi bual bicara Awal Ramadhan.

HUDUD

Menteri Besar ketika berucap di majlis itu mengucapkan shukur ekoran pihak yang menentang syariat Islam selama ini akhirnya menerima hukuman hudud.

Malah ianya dicadangkan diadakan di sebuah negeri yang diperintah penentang hukum itu selama ini.

"Cume bezanya, hukuman itu juga dicadangkan agar dikenakan juga ke atas orang bukan Islam yang menyebabkan mereka kata 'sudah hilang akal'


"Tak apalah kaedah manapun, tapi yang penting mereka sedar hanya hukuman Islam dapat selamat manusia," kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Turut berucap di majlis itu adalah Datuk Nik Mohamad Amar.

Setelah 48 tahun akhirnya dapat rumah baru

Selangorku, 19 Jul 2012
AMPANG, 19 Julai: Perasaan gembira dan sebak terpapar di wajah lebih 640 penduduk kampung apabila mereka menerima kunci kediaman pangsapuri baru mereka hari ini daripada Kerajaan Selangor.


Mereka seperti Wan Kamariah Che Man, 80, seorang peneroka asal Kampung Berembang yang duduk di kampung itu sejak 1964.

Beliau berasa syukur dan memuji tindakan prihatin kerajaan negeri dalam memastikan hak mereka untuk memilik kediaman akhirnya ditunaikan.

Beliau mengakui, perubahan pemerintahan kerajaan daripada Umno BN ke Pakatan Rakyat mampu membantu golongan yang berpendapatan rendah.

“Ini yang kami perjuangkan selama ini. Alhamdulillah akhirnya terlaksana. Selama ini kami minta bantuan kepada Umno, tetapi tidak ada apa yang kami dapat.

“Terima kasih kepada YB Iskandar dan Azmin Ali kerana bersusah payah mendapatkan hak kami untuk mendiami rumah tetap,” katanya apabila menerima kuncinya untuk unit pangsapuri Berembang Indah.

Majlis penyerahan kunci dihadiri Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad dan Adun Bukit Antarabangsa Azmin Ali.

Turut serta Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Datuk Ahmad Omar, Ketua Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor, Datin Paduka Alinah Ahmad dan Pegawai Daerah Gombak, Zaharin Mohd Saad.

Perasaan gembira ini turut dikongsi Emi Daud, 80 yang lega penantiannya untuk mendapat rumah sendiri berakhir.

Beliau yang telah menetap di rumah setinggan hampir 30 tahun lalu tidak sabar untuk mendiami rumah baru menjelang bulan Ramadhan dan Aidilfitri.

Chua Chin Chai, 56 yang telah menetap di Kampung Berembang selama lebih 20 tahun turut berkongsi kegembiraan bersama keluarga apabila mereka bakal menduduki rumah baru dalam masa terdekat ini.

“Saya banyak gembira. Sudah dekat 9 tahun lebih tunggu rumah ini, akhirnya dapat. Rasa senang hati,” luah beliau dengan nada gembira.

Projek Pangsapuri Berembang Indah dimulakan pada 2005 namun gagal disiapkan ekoran beberapa masalah teknikal.

Pada tahun 2008, kerajaan negeri mengarahkan pemaju supaya menyiapkan projek ini dengan kemudahan tersusun dan terancang.

Pangsapuri ini dilengkapi dengan 7 buah lif, 385 petak meletakkan kenderaan, surau, ruang kedai, tandas awam, dewan orang ramai dan gelanggang serbaguna. Ia dibangunkan oleh Syarikat Perspektif Masa Sdn Bhd (PMSB).

Pangsapuri ini merupakan penempatan semula bagi 649 keluarga penduduk Kampung Berembang yang terjejeas dengan projek pembangunan di kawasan itu.

Setiap keluarga mendapat pangsapuri tersebut pada harga RM35,000.

Dalam majlis sama, Abdul Khalid meminta penjelasan daripada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan pemaju ekoran kelewatan pemberian sijil layak menduduki bangunan (CF) kepada penduduk.

Menurut Timbalan Yang diPertua MPAJ, Abdul Hamid Hussain, kelewatan ini disebabkan pembinaan pam pembentungan oleh pihak pemaju yang tidak mengikut pelan asal seperti yang dipersetujui oleh Indah Water konsortium (IWK).

Namun, perkara ini berjaya diselesaikan apabila pemaju memberikan jaminan kepada Abdul Khalid dan penduduk akan menyelenggara pam tersebut selama 5 tahun.

“Saya minta penduduk rumah pangsa ini tidak dikenakan apa-apa bayaran tambahan untuk menguruskan pam ini selama 5 tahun. Kalau (pam) tidak boleh guna, kita boleh minta mereka (pemaju) tukar,” kata Abdul Khalid.

Tegas Abdul Khalid, beliau berharap masalah CF ini akan diselesaikan dalam tempoh seminggu selain meminta PNSB memantau perkembangan pangsapuri dalam tempoh enam bulan.

Beliau turut meminta penduduk menubuhkan jawatankuasa pengurusan bertindak bagi memastikan kemudahan pangsapuri dapat dijaga sebaiknya.

PNSB rugi bawah BN jana untung semasa Pakatan

Harakahdaily, 19 Jul 2012

KUALA LUMPUR: Rugi untuk empat tahun berturut-turut di bawah pentadbiran Umno BN Selangor, Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) mula mencatat keuntungan di bawah Pakatan Rakyat.
Menurut Setiausaha publisiti DAP, Tony Pua, PNSB mengalami kerugian selepas cukai berjumlah RM0.9 juta pada tahun 2005, RM7.5 juta (2006), RM1 juta (2007) dan RM15.6 juta pada 2008, lapor Selangorku semalam.

“Selepas beralih kepada Pakatan, PNSB merekodkan keuntungan RM8 juta pada 2009, RM23.4 juta pada 2010 dan RM 28.4 juta pada 2011,” kata Pua semalam di petik daripada portal web Free Malaysia Today.

Berdasarkan dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), menunjukkan PNSB mempunyai jumlah aset berjumlah RM761 juta bagi tahun 2010 dan RM823 juta bagi tahun 2011.

Pada tahun 2008 dan 2009 PNSB masing-masing memiliki aset bernilai RM111 juta dan RM115 juta.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata demikian bagi menjawab dakwaan Pengerusi Biro Profesional Muda MCA, Chua Tee Yong mengenai beban hutang yang terpaksa ditanggung PNSB ekoran pembelian tanah di Bukit Beruntung 2 dan Bestari Jaya dari Kerajaan Negeri.

Beritahunya lagi, berdasarkan laporan akaun PNSB tahun 2009, perbadanan itu dalam keadaan kewangan yang sihat, bebas hutang serta memiliki wang tunai dan simpanan tetap sebanyak RM76 juta.

Tony turut mengulangi cabaran kepada Chua untuk berdebat bagi membuktikan kebenaran tentang isu ini.

“Walaupun Chua menolak tawaran debat saya, saya berharap bahawa dia akan menimbang semula tawaran itu untuk membahaskan hutang Talam yang dia bangkitkan atau mungkin sekurang-kurang boleh mengajar saya tentang perakaunan yang sepatutnya,” ujarnya lagi.

Foto mengerikan, tornado hancurkan Dallas

http://idahsalam.blogspot.com, 19 Jul 2012
Foto Foto Mengerikan tentang Tornado Kembar Yang Menghancurkan Dallas

Angin tornado menghanjar kota padat penduduk, Dallas-Fort Worth, Texas, Amerika Serikat, yang mengakibatkan kota itu porak poranda. Puluhan orang dilaporkan terluka. Aliran listrik terputus, rumah penduduk banyak yang roboh. Selain itu, sejumlah mobil dan trailer berserakan di jalanan.

Rumah-rumah penduduk hanya tinggal reruntuhan dan lebih dari selusin orang terluka akibat badai ekstrem yang bahkan mampu mengangkat truk ke angkasa. Badai ekstrem ini juga disertai hujan es sebesar bola bisbol yang mampu melubangi atap mobil dan rumah.

Ahli meteorologi mengatakan ini adalah pertama kalinya dua tornado yang 'sangat berbahaya' menghantam dua kota besar pada saat yang sama. Arlington dan Lancaster mengalami hari terburuknya dan dinyatakan sebagai "zona bencana ', sedangkan kerusakan dilaporkan paling tidak sembilan kota di lima negara bagian AS.Namun ajaibnya, sejauh ini dilaporkan tidak ada yang tewas akibat 6 hingga 12 tornado yang diyakini telah mendarat di beberapa titik di daerah tersebut.

"Aku belum pernah melihat dua tornado menghantam dua area metropolitan pada saat yang sama sebelumnya," kata pakar senior meteorologi Henry Margusity, dalam situs AccuWeather.com." "Salah satu tornado merobek Flying J Truk Plaza di Dallas, mengangkat dua truk trailer dan menghempaskannya," kata pengemudi truk Michael Glennon, yang merekam kejadian itu lewat kamera videonya"


http//4.bp.blogspot.com

سُوۡرَةُ القِیَامَة
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
لَآ أُقۡسِمُ بِيَوۡمِ ٱلۡقِيَـٰمَةِ (١) وَلَآ أُقۡسِمُ بِٱلنَّفۡسِ ٱللَّوَّامَةِ (٢) أَيَحۡسَبُ ٱلۡإِنسَـٰنُ أَلَّن نَّجۡمَعَ عِظَامَهُ ۥ (٣) بَلَىٰ قَـٰدِرِينَ عَلَىٰٓ أَن نُّسَوِّىَ بَنَانَهُ ۥ (٤) بَلۡ يُرِيدُ ٱلۡإِنسَـٰنُ لِيَفۡجُرَ أَمَامَهُ ۥ (٥) يَسۡـَٔلُ أَيَّانَ يَوۡمُ ٱلۡقِيَـٰمَةِ (٦) فَإِذَا بَرِقَ ٱلۡبَصَرُ (٧) وَخَسَفَ ٱلۡقَمَرُ (٨) وَجُمِعَ ٱلشَّمۡسُ وَٱلۡقَمَرُ (٩) يَقُولُ ٱلۡإِنسَـٰنُ يَوۡمَٮِٕذٍ أَيۡنَ ٱلۡمَفَرُّ (١٠) كَلَّا لَا وَزَرَ (١١) إِلَىٰ رَبِّكَ يَوۡمَٮِٕذٍ ٱلۡمُسۡتَقَرُّ (١٢) يُنَبَّؤُاْ ٱلۡإِنسَـٰنُ يَوۡمَٮِٕذِۭ بِمَا قَدَّمَ وَأَخَّرَ (١٣) بَلِ ٱلۡإِنسَـٰنُ عَلَىٰ نَفۡسِهِۦ بَصِيرَةٌ۬ (١٤) وَلَوۡ أَلۡقَىٰ مَعَاذِيرَهُ ۥ (١٥) لَا تُحَرِّكۡ بِهِۦ لِسَانَكَ لِتَعۡجَلَ بِهِۦۤ (١٦) إِنَّ عَلَيۡنَا جَمۡعَهُ ۥ وَقُرۡءَانَهُ ۥ (١٧) فَإِذَا قَرَأۡنَـٰهُ فَٱتَّبِعۡ قُرۡءَانَهُ ۥ (١٨) ثُمَّ إِنَّ عَلَيۡنَا بَيَانَهُ ۥ (١٩) كَلَّا بَلۡ تُحِبُّونَ ٱلۡعَاجِلَةَ (٢٠) وَتَذَرُونَ ٱلۡأَخِرَةَ (٢١) وُجُوهٌ۬ يَوۡمَٮِٕذٍ۬ نَّاضِرَةٌ (٢٢) إِلَىٰ رَبِّہَا نَاظِرَةٌ۬ (٢٣) وَوُجُوهٌ۬ يَوۡمَٮِٕذِۭ بَاسِرَةٌ۬ (٢٤) تَظُنُّ أَن يُفۡعَلَ بِہَا فَاقِرَةٌ۬ (٢٥) كَلَّآ إِذَا بَلَغَتِ ٱلتَّرَاقِىَ (٢٦) وَقِيلَ مَنۡۜ رَاقٍ۬ (٢٧) وَظَنَّ أَنَّهُ ٱلۡفِرَاقُ (٢٨) وَٱلۡتَفَّتِ ٱلسَّاقُ بِٱلسَّاقِ (٢٩) إِلَىٰ رَبِّكَ يَوۡمَٮِٕذٍ ٱلۡمَسَاقُ (٣٠) فَلَا صَدَّقَ وَلَا صَلَّىٰ (٣١) وَلَـٰكِن كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰ (٣٢) ثُمَّ ذَهَبَ إِلَىٰٓ أَهۡلِهِۦ يَتَمَطَّىٰٓ (٣٣) أَوۡلَىٰ لَكَ فَأَوۡلَىٰ (٣٤) ثُمَّ أَوۡلَىٰ لَكَ فَأَوۡلَىٰٓ (٣٥) أَيَحۡسَبُ ٱلۡإِنسَـٰنُ أَن يُتۡرَكَ سُدًى (٣٦) أَلَمۡ يَكُ نُطۡفَةً۬ مِّن مَّنِىٍّ۬ يُمۡنَىٰ (٣٧) ثُمَّ كَانَ عَلَقَةً۬ فَخَلَقَ فَسَوَّىٰ (٣٨) فَجَعَلَ مِنۡهُ ٱلزَّوۡجَيۡنِ ٱلذَّكَرَ وَٱلۡأُنثَىٰٓ (٣٩) أَلَيۡسَ ذَٲلِكَ بِقَـٰدِرٍ عَلَىٰٓ أَن يُحۡـِۧىَ ٱلۡمَوۡتَىٰ (٤٠)
Surah Al-Qiyama
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Aku bersumpah dengan hari kiamat; (1) Dan Aku bersumpah dengan "Nafsul Lawwaamah" (bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)! (2) Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)? (3) Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain). (4) (Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga dia tidak mengakui adanya hari kiamat). (5) Dia bertanya (secara mengejek): Bilakah datangnya hari kiamat itu? (6) Maka (jawabnya: Hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut), (7) Dan bulan hilang cahayanya, (8) Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama, (9) (Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): Ke manakah hendak melarikan diri? (10) Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan! (11) Pada hari itu, kepada Tuhanmulah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara. (12) Pada hari itu, manusia diberitahu akan apa yang dia telah lakukan dan apa yang dia telah tinggalkan. (13) Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, (14) Walaupun dia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri). (15) Janganlah engkau (wahai Muhammad) Kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu). (16) Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu) dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); (17) Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu; (18) Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan). (19) Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (Kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya. (20) Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya). (21) Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri; (22) Melihat kepada Tuhannya. (23) Dan pada hari itu, muka (orang-orang kafir) muram hodoh, (24) Sambil percaya dengan yakin bahawa mereka akan ditimpa malapetaka (azab seksa) yang membinasakan. (25) Sedarlah (janganlah mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak mati) apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong, (26) Dan (orang-orang yang hadir di sisinya heboh) berkata: Siapakah yang dapat menawar jampi (dan mengubatnya)? (27) Dan dia sendiri yakin, bahawa sesungguhnya saat itu saat perpisahan; (28) Serta kedahsyatan mati pun bertindih-tindih. (29) (Maka) kepada Tuhanmulah pada waktu itu engkau dibawa (untuk menerima balasan). (30) (Oleh sebab orang yang kufur ingkar tidak percayakan hari akhirat) maka dia tidak mengakui kebenaran (yang diwajibkan meyakininya) dan dia tidak mengerjakan sembahyang (yang difardukan mengerjakannya)! (31) Akan tetapi dia mendustakan dan berpaling ingkar! (32) Kemudian dia pergi kepada keluarganya dengan berlagak sombong megah. (33) (Wahai orang yang kufur ingkar!) sudahlah dekat kepadamu kebinasaanmu, sudahlah dekat! (34) Kemudian api Nerakalah lebih layak bagimu, lebih layak. (35) Patutkah manusia menyangka, bahawa dia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)? (36) Bukankah dia berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)? (37) Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)? (38) Lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis lelaki dan perempuan. (39) Adakah (Tuhan yang menjadikan semuanya) itu tidak berkuasa menghidupkan orang-orang yang mati? (Tentulah berkuasa)! / (40)

Tiada ulasan: