Program pemberian air percuma yang membolehkan rakyat menikmati 20 meter padu pertama secara percuma setiap bulan adalah bukti keupayaan pengurusan Kerajaan Negeri dan kesungguhan untuk memastikan industri air di Malaysia diuruskan dengan menjadikan kebajikan rakyat menjadi keutamaan, kata Menteri Besar,  Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Secara purata, keluarga yang mendiami rumah bertanah di Selangor menikmati penjimatan RM1,200 setahun sejak program ini diperkenalkan pada Jun 2008.

"Manakala keluarga yang tinggal di rumah bertingkat  pula menikmati penjimatan secara purata  hampir RM900 setahun dalam tempoh itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kerajaan negeri, tambahnya, telah membekukan cadangan untuk menaikkan tarif air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) sebanyak dua kali iaitu untuk 2009 dan 2012.

"Kerajaan Selangor telah membelanjakan RM550 juta setakat ini untuk Program Pemberian Air Percuma. Namun begitu, kerajaan negeri masih berupaya meningkatkan rezab negeri kepada RM2.1 billion pada 2012 berbanding hanya RM400 juta pada 2008," kata menteri besar.

Ini, tegas Abdul Khalid, adalah hasil dasar kewangan mesra rakyat yang mematuhi prinsip-prinsip integriti dan tadbir urus yang baik.

"Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor membuat banyak usaha untuk memastikan rakyat berhak untuk berkongsi keuntungan, aset dan sumber negeri," tambahnya.
Jika yakin, Najib perlu buat PRU sekarang
RISWANDI RAZAK
28 Julai 2012
TIAN CHUA
TIAN CHUA
SENG GIAW
SENG GIAW
SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dalam masa terdekat, sekiranya yakin dengan kaji selidik peningkatansokongan pengundi Cina terhadap pentadbirannya yang dijalankan Merdeka Center.

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, semua pihak perlu melihat secara keseluruhan kajian itu, yang turut menunjukkan penurunan sokongan pengundi Melayu dan India.

Menurutnya, walaupun kajian ini memberi sedikit implikasi, namun beliau tidak melihat peningkatan sokongan ini sebagai petanda besar yang mampu memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN).

"Jika Najib yakin sokongan pengundi berdasarkan kajian ini, beliau wajar adakan PRU13 sekarang.

"Kesemua usaha Perdana Menteri hanya bersifat memancing undi semata-mata dan tidak memberi kesan sokongan jangka panjang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas berhubung peningkatan sokongan pengundi Cina terhadap Najib daripada 37 peratus Mei lalu kepada 42
peratus bulan lalu.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, Kajian Merdeka Center tidak semestinya memberi gambaran sebenar sokongan masyarakat Cina terhadap pentadbiran Najib.

"Kajian ini dilakukan ke atas responden terhad dan bukannya keseluruhan rakyat," katanya.

Menurutnya, berdasarkan tinjauan beliau, masih ramai rakyat tidak berpuas hati pentadbiran Kerajaan Pusat.

"Kajian ini tidak semestinya tepat. Tidak wajar kita ambil sebagai keputusan muktamad," katanya.
Sokongan pada Najib, bukan BN
MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN
28 Julai 2012
Sokongan pada Najib, bukan BN
KIAN MING
SHAH ALAM – Populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang meningkat dalam kalangan masyarakat Cina tidak boleh digambarkan sebagai sokongan kepada Barisan Nasional (BN) secara keseluruhan.

Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Sains Polisi, Universiti Kolej Antarabangsa Sedaya (UCSI), Dr Ong Kian Ming berkata, keputusan kajian dilakukan Merdeka Center dan beberapa universiti awam baru-baru ini tidak seharusnya disalah ertikan sebagai bukti BN kembali kuat.

“Jangan salah anggap. Ia sokongan kepada Najib sahaja, bukannya BN, jika sokongankepada BN, peratusannya di bawah 40 peratus,” katanya.

Dalam kajian Merdeka Center, sokongan pengundi Cina terhadap Najib telah meningkat daripada 37 peratus pada bulan Mei kepada 42 peratus pada bulan Jun.

Ditanya sama ada trend ini akan berterusan, Kian Ming berkata, sokongan ini hanya akan berlegar-legar sekitar 40 hingga 50 peratus sahaja.

“Selepas perhimpunan Bersih 3.0 pada hujung April, sokongan masyarakat Cina terhadap Najib hanyalah 37 peratus pada Mei, kemudian pada Jun sokongan meningkat mungkin kerana faktor Bersih 3.0 sudah hilang,” katanya.

Menurutnya, sokongan masyarakat Cina meningkat tidak semestinya membuatkan Najib yakin mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13.

“Walaupun sokongan masyarakat Cina meningkat, tetapi sokongan Melayu dan India menurun, maka itu membimbangkan Najib,” katanya.
Turun harga kenderaan, cadangan tidak rasional pembangkang

27 Julai 2012
Tak pernah wujud: Tajuddin
Datuk Tajuddin Abdul Rahman
KUALA LUMPUR - Janji pembangkang mahu merombak Dasar Automotif Negara sekaligus mahu menurunkan harga kereta jika dapat menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang dilihat sebagai tidak rasional.

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata cadangan itu tidak rasional kerana dalam sekilas pandang kelihatan menarik, namun untuk jangka panjang akan memberi kesan negatif kepada ekonomi negara dan kehidupan rakyat.

"Pembangkang ni, saya tengok, dengan mudahnya nak turunkan harga itu dan ini, sampai rugi. Sedangkan syarikat-syarikat kereta inilah yang membayar cukai kepada kerajaan, yang sekaligus kembali semula kepada rakyat dalam bentuk pelbagai faedah untuk rakyat," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat Mohd Rafizi Ramli yang dilapor berkata menerusi penstrukturan semula Dasar Automotif Negara dapat mengurangkan beban hutang rakyat sekaligus dapat meningkatkan pendapatan boleh guna.

Tajuddin, yang juga Pengerusi Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) berkata pembangkang perlu juga melihat kesan sebarang cadangan mereka terhadap rakyat, bajet negara, agenda pembangunan dan juga pendapatan kerajaan.

"Jika syarikat ini bayar cukai yang sedikit, pendapatan kerajaan berkurangan dan dengan itu macam mana kerajaan akan mampu membiayai agenda pembangunan seperti membina hospital dan jalan raya untuk faedah rakyat.

"Tanpa prasarana yang baik, tidak wujud persekitaran yang kondusif untuk pelaburan, mengakibatkan syarikat rugi dan pelabur lari. Akhirnya rakyat jadi mangsa apabila dibuang kerja dan menganggur," katanya.

Dalam perkembangan lain, Tajuddin berkata langkah kerajaan Selangor dan Pulau Pinang yang ditadbir PAS-DAP dan Parti Keadilan Rakyat memberi bonus kepada penjawat awam negeri masing-masing membuktikan bahawa mereka terpaksa meniru langkah yang dibuat oleh kerajaan pusat.

"Pembangkang dari awal lagi tuduh apa yang kerajaan buat semuanya sebagai memancing undi. Namun akhirnya mereka nampak usaha itu baik dan terpaksa turut melakukannya demi mengekalkan kuasa mereka di negeri-negeri itu," katanya.

Semalam, kerajaan Selangor meluluskan pemberian bonus setengah bulan gaji atau sekurang-kurangnya RM500 dan juga memutuskan untuk memberi bonus tambahan sebanyak RM200 yang dinamakan Bonus Simpanan Selangorku kepada penjawat awam negeri.

Manakala kerajaan Pulau Pinang mengumumkan akan memberi bonus setengah bulan gaji atau minimum RM600 kepada pegawai perkhidmatan awam negeri. - Bernama
Kereta nasional tetap murah tanpa duti eksais
Wartawan Sinar Harian
28 Julai 2012
rafizi ramli
Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli
SHAH ALAM - PKR menegaskan kereta buatan nasional akan tetap lebih murah berbanding kereta import, walaupun cadangan Pakatan Rakyat (PR) untuk menghapuskan duti eksais dilaksanakan.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, duti eksais adalah cukai menyeluruh yang dikenakan ke atas sekumpulan barangan tanpa mengira ia dihasilkan di dalam atau di luar negeri.

“Ini bermakna, hampir semua kereta dijual oleh Proton atau Perodua, mempunyai sekurang-kurangnya 85 peratus cukai eksais dan cukai jualan,

"Perkara ini sama berlaku terhadap model-model yang dijual oleh Honda, Toyota dan lain-lain,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, sekiranya rombakanstruktur cukai dibuat dan cukai eksais dihapuskan, harga kesemua model kereta termasuk Proton, Perodua, Toyota dan Honda akan turun.

“Oleh yang demikian, harga kereta Proton dan Perodua masih kekal sebagai harga kereta terendah di pasaran pada harga purata di bawah RM30,000 setiap satu model.

“Berbanding kereta- kereta lain (seperti Honda, Toyota dan lainlain) yang harganya akan jatuh sekitar RM50,000 setiap satu model secara
purata,” katanya.

Beliau berkata, PKR telah kaji secara terperinci mekanisme rombakanstruktur cukai, bagi memastikan penghapusan
cukai eksais mampu diganti dengan sumber pendapatan baru.

“Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membentangkan perkara ini minggu depan," katanya.

Sebelum ini, PKR menyenaraikan janji menghapuskan cukai eksais bagi kereta yang dijual di Malaysia sebagai salah satu agenda utama dalam manifesto Pakatan Rakyat (PR) untuk Pilihan Raya Umum ke–13.
Kakitangan PKNS terima bonus 2 bulan

28 Julai 2012
SHAH ALAM - Menteri Besar, Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan bonus dua bulan gaji kepada kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Katanya, bonus itu akan dibayar dalam bulan Ramadan dan selepas Aidilfitri bagi menggalakkan mereka berjimat.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada majlis berbuka puasa dan sambutan ulang tahun PKNS ke-48 di sini malam tadi.
Abdul Khalid juga berkata, PKNS perlu meletakkan asas yang kukuh untuk bertahan sehingga beratus tahun menerusi pelaburan terhadap warga kerjanya.
"Pelaburan besar PKNS ialah melatih dan memberikan kemahiran kepada warga kerjanya. Oleh sebab itu, kita tidak boleh mengharapkan rakan kongsi kita, kita tidak boleh mengharapkan perunding," katanya.
Beliau berkata, PKNS perlu melatih pegawainya sendiri supaya kemahiran, pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada kekal di perbadanan itu dan mempunyai kelangsungan. - Bernama
Bubar Parlimen April 2013, MPN saran PM
G MANIMARAN
27 Julai 2012
Menjelang PRU 13
Menjelang PRU 13

Menjelang PRU 13
BANGI BARU BANGI - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak wajar menggunakan mandat sepenuhnya, sehingga April 2013, sebelum memanggil Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Ulung Datuk Shamsul Amri Baharuddin berkata, Najib perlu menggunakan sepenuhnya mandat lima tahun sedia ada untuk terus membantu rakyat serta memakmurkan negara, yang dilihat dapat meraih sokongan.

"Saya tidak mahu cadang bila beliau patut bubar (Parlimen), beliau lebih tahu.

"Tetapi kalau saya berpeluang, saya akan kata, gunakan hingga akhir (mandat)," kata beliau kepada pemberita di sini, hari ini.
Terdahulu tenaga akademik ini mengambil bahagian dalam forum khas mengenai pilihan raya umum ada yang diadakan pada Program Semarak Kasih MPN Bersama Anak Yatim di sini, hari ini.
Selain beliau, turut menjadi ahli panel ialah Prof Dr Mansor Mohd Noor dan Prof Datuk Seri Dr Syed Arabi Syed Idid.
Shamsul Amri yang juga Pengarah Institut Kajian Etnik (Kita) menekankan bahawa mandat semasa bukan diperoleh menerusi kepimpinan Najib selaku Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional.
"Datuk Seri Najib baru tiga tahun jadi Perdana Menteri. Beliau masih ada masa, seharusnya menggunakan untuk meneruskan program kerajaan," katanya lagi.
Beliau ditanya pada pandangan MPN bila masa yang sesuai Najib memanggil PRU13 di sebalik spekulasi bahawa Parlimen dibubarkan bulan lalu. Spekulasi baru menyebut Parlimen kemungkinan akan dibubarkan September ini atau November dan jika tidak kemungkinan besar Mac-April depan.
Mandat kerajaan semasa akan berakhir penghujung April 2013.
Ketika ditanya sama ada beliau melihat kemungkinan BN akan menang tetapi hanya memperoleh majoriti tipis berdasarkan beberapa kajian yang dikemukakan kebelakangan ini, Shamsul Amri bersetuju dengan tanggapan itu.
Bagaimanapun beliau menolak andaian negara akan berhadapan dengan kemungkinan Parlimen gantung.
"Parlimen gantung, saya rasa tidak, tidak mungkinan... 111-110 kerusi? Tidak mungkin. Majoriti tipis, ya mungkin," katanya yang yakin BN akan mengekalkan kuasa.
Laporan media kelmarin memetik anggota MPN berkata BN akan menang di peringkat pusat tetapi tidak akan memperoleh majoriti dua pertiga.
Prof Madya Dr Fuad Mohd Jali dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, Umno dan BN mempunyai kelebihan untuk memenangi PRU13 dan merampas kembali beberapa negeri yang ditadbir pembangkang.
Katanya, kajian itu, yang dilakukan terhadap 1,400 responden di Kedah dan Selangor pada Mac hingga Mei tahun ini, menyimpulkan bahawa rakyat Malaysia setakat ini memilih BN.
"Di Selangor, pengundi cenderung untuk memilih BN manakala di Kedah kedudukannya 50-50 tetapi ia mungkin berubah," katanya pada Perbincangan Meja Bulat 'PRU 13: Malaysia Pilih Siapa' anjuran Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa MPN.
Pengerusi Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran UKM itu berkata PRU13 merupakan satu kemuncak kepada penilaian prestasi bagi BN dan pakatan pembangkang di empat negeri sama ada mereka boleh kekal memerintah ataupun BN berjaya merampas kembali keempat-empat negeri berkenaan.
Secara keseluruhannya, beliau berkata 69.6 peratus responden menyatakan bahawa BN akan memenangi PRU 13 iaitu 37.5 peratus menyatakan bahawa BN akan menang dengan 2/3 majoriti manakala 32.1 peratus pula menang dengan majoriti mudah.
ends
DAP: Impian Pas laksana hudud mustahil

28 Julai 2012
Dr Tan Seng Giaw
Dr Tan Seng Giaw
KUALA LUMPUR - Hasrat Pas yang mahu melaksanakan hukum hudud di negara ini sukar untuk direalisasikan kerana parti itu perlu terlebih
dahulu meminda Perlembagaan Persekutuan, kata Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giaw.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kepong berkata, untuk meminda perlembagaan bukan sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan majoriti dua pertiga di Parlimen.

"Nak hudud mesti ada pindaan di Parlimen. Dia (Pas) tahu nak dapat majoriti dua pertiga itu mustahil," katanya.

Malah, katanya sehingga hari ini Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Hukum Hudud) yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993 juga masih tidak dapat dikuatkuasakan.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Kelanta,n Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am Pas pada Rabu lepas yang mengulangi pendirian parti itu untuk memperjuangkan hukum hudud walaupun tidak dipersetujui DAP.

Menurut Tan, isu hudud merupakan satu perkara yang rumit terutama dalam sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk dan ia tidak sepatutnya dibangkitkan.

"Jangan kita bangkitkan perkara yang boleh menimbulkan porak-peranda terutama kepada perkara yang tak boleh dilaksanakan," katanya.

Mengulas mengenai pendirian DAP itu, bekas Timbalan Presiden PKR, Dr Chandra Muzaffar berkata, pendirian Pas untuk memperjuangkan hukum hudud walaupun tidak mendapat restu DAP menunjukkan kedua-dua parti tersebut banyak perbezaan dan tidak sealiran.

Beliau yang juga Presiden Pergerakan Keadilan Sejagat (Just) berkata kedua-dua parti berkenaan hanya berpakat kerana mereka mempunyai 'musuh' tertentu yang menghalang hasrat untuk merampas kuasa di peringkat persekutuan dan negeri.

"Ini menunjukkan hubungan mereka satu hubungan yang beroportunis kerana mereka nak berkuasa, tak ada sebab lain," katanya.

 Chandra juga berkata tindakan Pas yang memberi keutamaan kepada hudud apabila berkuasa menunjukkan seolah-oleh bahawa hukuman tersebut mencermikan tamadun Islam.

"Ini tak betul kerana yang mencerminkan kegemilangan Islam adalah ilmu pengetahuan dan keadilan," jelasnya. - Bernama
Kontroversi pengantin remaja
FAIRUS MOHD
28 Julai 2012
Kontroversi pengantin remaja
Video perkahwinan yang dimuat turun di laman YouTube dan dilayari ribuan penonton.
Kontroversi pengantin remaja
Video perkahwinan yang dimuat turun di laman YouTube dan dilayari ribuan penonton.
PEKAN – Perkahwinan pasangan remaja yang dikenali sebagai Syafiq, 16, dan Yana, 14, yang tersebar di laman blog serta video majlis perkahwinan di YouTube mengundangkontroversi serta terus mendapat pelbagai reaksi masyarakat di negara ini. Sinar Harian sempat berkunjung ke rumah keluarga pengantin lelaki di Bandar Dara Chini, namun keluarganya bertegas tidak mahu ditemu bual ekoran tidak selesa dengan publisiti yang diperoleh secara mendadak.

Menurut sumber keluarga terdekat, video tersebut dimuat turun ke laman maya bertujuan untuk berkongsi saat bahagia pasangan terbabit dengan ahli keluarga yang tinggal berjauhan dan tidak sempat hadir pada hari perkahwinan tersebut.

Sinar Harian turut difahamkan bahawa pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada Februari lalu, namun kenduri bagi meraikan pasangan pengantin ini diadakan pada 8 Julai lalu.

Ibu pengantin lelaki yang ditemui turut mengakui bahawa dia sekeluarga memilih untuk berdiam diri walaupun ada reaksi negatif yang diterima daripada masyarakat mengenai perkahwinan anaknya.

Menurutnya, anak lelakinya akan meneruskan persekolahan pada tahun hadapan dan berharap agar orang ramai memahami situasi mereka yang merestui hubungan dan perkahwinan berkenaan.

Sementara itu, Kadi Daerah Pekan, Ahmad Nizam Abdul Manan yang dihubungi berkata, pihaknya akan mendapatkan maklumat berkaitan perkahwinan pasangan berkenaan.

Menurutnya, sebarang perkahwinan yang melibatkan pasangan atau salah seorang daripada pengantin di bawah umur seharusnya mendapatkan perintah kebenaran daripada pihak mahkamah sebelum ia dijalankan.

 


UMUR SAIDATINA ‘AISHAH SEWAKTU BERNIKAH DENGAN RASULULLAH S.A.W.

12 Jun
Seorang teman mempertikaikan tulisan saya pada NOTA di Facebook saya. Saya catitkan semula di bawah ini apa yang saya tulis:
Menerangkan Umur Baligh
pada 06hb Jun 2010 pukul 11.39 ptg
Hadis Ibnu Umar r.a katanya:
Aku pernah mencadangkan kepada Rasulullah s.a.w untuk sama-sama berperang dalam peperangan Uhud. Pada saat itu aku baru berumur empat belas tahun, namun baginda tidak memperkenankan aku. Aku kemukakan lagi cadangan tersebut untuk sama-sama bertempur dalam peperangan Khandaq, lalu baginda memperkenankan. Pada saat itu aku sudah berumur lima belas tahun Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim : 3473
Catitan: Perang Badar berlaku pada tarhun 2 Hijrah. Isteri nabi saw Aishah r.a dilapor menyertai Badar. Jadi tentu umurnya sekitar lebih 15 tahun – bukan 9 – 10 tahun!

Yang dipersolakan bukan hadis tetapi catitan hujung yang bertulis biru. Teman tersebut berkata TIDAK WAJAR saya mempertikaikan umur Aishah r.a semasa berkahwin dengan nabis s.a.w.
Punca masalah ini ialah : berdasarkan kepada riwayat Hisham,  Saidatina ‘Aishah r.a. telah berkahwin dengan Nabi Muhammad s.a.w. ketika berumur enam tahun dan mereka mulai tinggal bersama semasa umurnya sembilan tahun, iaitu selepas Hijrah ke Madinah; dan beliau membawa bersama-sama anak patungnya ke rumah suaminya (Nabi s.a.w.).

Bagi menghurai masalah ini elok ditekuni kertas kerja oleh Allama Mohammad Habibur Rahman Kandhalwi, seorang ulama India bertajuk :
PEMURNIAAN SEJARAH : UMUR SAIDATINA ‘AISHAH SEWAKTU BERNIKAH DENGAN RASULULLAH S.A.W.
Dalam kertas kerja ini penulis telah memberi 24 hujah menolak  pendapat Saidatina ‘Aishah r.a. telah berkahwin dengan Nabi Muhammad s.a.w. ketika berumur enam tahun dan mereka mulai tinggal bersama semasa umurnya sembilan tahun.

Untuk menjawab komen sahabat tersebut saya catitkan 2 hujah yang berkaitan sahaja, iaitu hujah ke 10 dan ke 11 :

HUJAH KESEPULUH – UMMUL MU’MININ R.A. TURUT SERTA DI DALAM
PEPERANGAN BADAR

Di dalam ‘Saheh’nya Imam Muslim melalui Urwah bin Zubair, telah meriwayatkan daripada Saidatina ‘Aishah r.a. bahawa beliau (Saidatina ‘Aishah r.a.) berkata Nabi Muhammad s.a.w. mara ke medan pertempuran Badar dan semasa tiba di Harratul Wabrah, seorang lelaki yang terkenal dengan kegagahan dan keberanian datang kepadanya. Para Sahabat r.a. teramat gembira melihat kedatangan lelaki tersebut . Beliau berkata kepada Nabi Muhammad s.a.w., “Saya telah datang kepadamu dengan tujuan untuk menyertai peperangan, dan saya ingin menanggung kesukaran ini bersama kamu.” Baginda s.a.w bertanya, “ Adakah kamu beriman kepada Allah dan Nabi-Nya?” Pemuda itu menjawab, “Tidak”. Lalu Baginda s.a.w. berkata, “Pergi, baliklah. Saya tidak memerlukan sebarang bantuan daripada seorang musyrik.”
Ummul Mu’minin r.a. berkata bahawa pemuda tersebut pun berlalu dari situ. Tetapi apabila mereka sampai di Shajarah, orang yang sama telah datang semula. Baginda s.a.w. sekali lagi menanyakan soalan yang sama iaitu sama ada beliau beriman kepada Allah dan Nabi-Nya. Sekali lagi pemuda itu menjawab tidak.
Kemudian Rasulullah s.a.w. telah berkata bahawa baginda s.a.w tidak memerlukan sebarang pertolongan daripada seorang musyrik. Maka pemuda itu pun sekali lagi berlalu pergi. Ummul Mu’minin r.a. menceritakan bahawa apabila mereka tiba di sebuah tempat bernama Baida’, pemuda yang sama muncul kembali. Sekali lagi Nabi Muhammad s.a.w. bertanyakan soalan yang serupa, “Adakah kamu beriman kepada Allah dan Nabi-Nya?” Pemuda tersebut mengiyakannya. Lalu Baginda s.a.w. berkata, “Bagus! Kamu boleh turut serta.” (‘Sahih Muslim’, Jilid II, m/s 118)
Bagaimanapun pensyarah-pensyarah hadis telah mentakwilkan bahawa perkataan ‘kami’ yang digunakan oleh Ummul Mu’minin r.a. mungkin telah bermaksud ‘para sahabat ’ r.a. dan beliau (‘Aishah r.a.) sendiri sebenarnya tidak termasuk dalam ungkapan ‘kami’ itu. Dan Ummul Mu’minin r.a. mungkin telah pergi hingga ke Baida’ untuk mengucapkan selamat jalan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Namun, kami tidak dapat menerima takwilan ini. Daripada hadis imam Muslim ini, kami membuat kesimpulan bahawa Ummul Mu’minin ‘Aishah r.a. telah turut serta dalam peperangan Badar, dan ‘Aishah r.a. adalah satu-satunya wanita yang menyertai peperangan Badar. Ahli-ahli sejarah dan para penulis sirah Nabi Muhammad s.a.w. yang mengatakan bahawa Baginda s.a.w. mula tinggal bersama ‘Aishah r.a. di bulan Syawal, tahun ke-2 H mungkin dipengaruhi golongan Syiah.
Yang tepatnya, Ummul Mu’minin r.a. telah mulai hidup bersama Baginda s.a.w. pada bulan Syawal, tahun pertama selepas hijrah, dan hadis Muslim di atas adalah benar. Di samping membuktikan bahawa Ummul Mu’minin r.a. turut serta dalam Peperangan Badar dan hidup bersama Nabi s.a.w. mulai bulan Syawal di tahun pertama hijrah, hadis ini juga membuktikan bahawa ‘Aishah r.a. telah hidup bersama Rasulullah s.a.w. selama sepuluh tahun. Dakwaan ahli sejarah yang mengatakannya sembilan tahun ataupun Riwayat Hisham yang menyatakan tempoh
sembilan tahun, adalah salah.
Apabila Saidina Umar r.a. telah memperuntukkan sejumlah elaun untuk para Sahabat r.a. sewaktu beliau menjadi Khalifah, beliau telah memberikan elaun yang lebih kepada mereka yang telah menyertai Perang Badar, berbanding dengan mereka yang tidak menyertai Peperangan Badar. Dan, apabila elaun untuk isteri-isteri Rasulullah s.a.w dibahagikan, jumlah elaun Ummul Mu’minin Saidatina ‘Aishah r.a. adalah yang tertinggi yang mana menurut ahli sejarah disebabkan beliau adalah isteri yang paling disayangi oleh Rasulullah s.a.w. Alasan ini mungkin juga benar.
Akan tetapi, sebabnya yang sebenar pada pandangan kami ialah beliau (‘Aishah r.a.) telah turut serta di dalam Perang Badar, dan isteri yang lain tidak memiliki kelebihan ini, malah tiada wanita lain di muka bumi ini yang memiliki penghormatan ini. Semoga Allah S.W.T. melimpahkan rahmat-Nya ke atas Imam Muslim yang telah menyampaikan riwayat ini dengan sanad yang paling sahih sehingga tiada perawinya dipertikaikan. Beliau telah membuktikan Ummul Mu’minin Saidatina ‘Aishah r.a. turut serta di dalam Peperangan Badar, dan menjalani kehidupan sebagai isteri kepada Nabi s.a.w. pada tahun 1 (selepas hijrah), dan terus kekal sebagai isteri Nabi s.a.w. selama sepuluh tahun (sehingga kewafatannya) ; maka tempoh selama sembilan tahun. sebagaimana yang disebut di dalam Riwayat Hisham, adalah tidak benar.
Semoga Allah mengurniakan kesejahteraan terhadap Imam Muslim di dalam taman-taman syurga, kerana dengan meriwayatkan peristiwa ini telah membuktikan Ummul Mu’minin r.a. tidaklah bermain dengan anak patung tetapi bermain dengan pedang; bahkan beliau telah dibesarkan di bawah bayang-bayang pedang. Ini merupakan sifat semulajadinya, kerana seorang kanak-kanak yang senantiasa melihat permainan pedang, tidak bermain dengan anak patung. Bermain dengan anak patung adalah kebiasaan orang Ajami (Iran), bukannya permainan orang Arab. Para Perawi Iraq ini mahu mengatakan Ummul Mu’minin Aishah r.a. suka bermain dengan anak patung sebagaimana kegemaran wanita-wanita di sana.
Berkemungkinan, tujuan mereka ialah ingin mengatakan ‘bagaimanana mungkin seorang kanak-kanak perempuan yang menghabiskan masanya dengan bermain anak patung dapat memahami maksud al-Qur’an dan Sunnah’.
Riwayat ini juga telah membuktikan bahawa Ummul Mu’minin ‘Aishah r.a. bukanlah seorang kanak-kanak berumur sembilan tahun ketika itu. Jika beliau adalah seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun, apakah tujuannya untuk pergi ke medan perang? Ini kerana, tugas wanita yang berada di medan perang ialah untuk berperang dan memberikan khidmat ketenteraan. Aspek ini akan dijelaskan dalam halaman-halaman seterusnya.
Di dalam Peperangan Badar, sudah termasyhur bahawa bendera yang disediakan pada hari itu, adalah diperbuat daripada kain tudung yang digunakan oleh wanita Islam untuk menutup kepala dan badan. Sekiranya peristiwa ini benarbenar terjadi, ia merupakan bukti yang lebih kukuh, bahawa Ummul Mu’minin r.a. mulai hidup bersama Rasulullah pada tahun pertama Hijrah dan beliau (‘Aishah) menyertai Peperangan Badar. Ini kerana, adalah tidak masuk akal untuk mengambil kain tudung kanak-kanak perempuan yang belum berkahwin lagi. Begitu juga agak sukar dipercayai bahawa Baginda s.a.w. membawa kain tudung seorang pengantin baru dan mara ke medan Badar, dan ia juga tidak mungkin bahawa beliau (Saidatina ‘Aishah) pergi hingga ke Baida’ semata-mata untuk mengucapkan selamat jalan kepada Rasulullah s.a.w., dan telah meninggalkan kain tudungnya di sana. Ini bukan sebuah kisah cinta !!
Yang sebetulnya, keadaan peperangan yang datang secara mengejut menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan kain bendera. Kemungkinannya, tidak terdapat kain di dalam khemah untuk dijadikan bendera. Kemudiannya Ummul Mu’minin r.a. memberikan kain tudungnya dan meletakkan sehelai kain sapu tangan di atas kepalanya dan beliau r.a. telah bersedia untuk berperang. Namun perawiperawi Iraq menggambarkannya sebagai sebuah kisah cinta yang romantik!!
Juga perhatikan bahawa bendera-bendera tersebut telah disediakan di tempat yang bernama ‘Rawja’ yang jauhnya 40 batu dari Madinah. Sehelai bendera telah dibuat untuk orang Ansar dan yang sehelai lagi untuk Muhajirin. Bendera Muhajirin telah diberi kepada Mus’ab bin Umair r.a., akan tetapi Waqidi (seorang perawi Syiah) berkata ia telah diberi kepada Saidina Ali r.a. Riwayat
ini, kemudiannya telah dikutip oleh ulama ahli sunnah yang menganggap setiap riwayat perlu dikutip untuk memenuhi kewajipan agama . Maka timbullah cerita sehelai bendera telah diberi kepada Mus’ab r.a. dan sehelai lagi diberi kepada Ali r.a.
Kemudian daripada itu ahli-ahli sejarah Syiah telah memotong nama Mus’ab r.a. dan memasyhurkan nama Ali r.a. sebagai satu-satunya pembawa bendera. Pada hari ini ‘sejarah’ yang kita miliki, adalah sejarah yang diputarbelit dan diselewengkan. Semua kaki dan tangannya sudahpun dipotong oleh pembohongpembohong Syiah. Untuk menyambungkan kembali tangan dan kakinya yang dipotong ini hanya mungkin apabila kita mendapatkan ‘anggota’ yang sebenar. Kebanyakan orang sibuk untuk mengorek dan menggali sejarah. Kita geledah di mana-mana untuk mencari ‘anggota-anggota’ yang hilang itu. Walaupun kita menjumpai anggota-anggota ini kita sebenarnya tidak dapat memastikan bahawa ianya bukan organ palsu. Malah adalah dibimbangi kita mungkin kehilangan tubuh yang sedia pincang ini setelah mendapat anggota yang kononnya ‘asli’ tetapi pada hakikanya adalah palsu.
Sebagai contoh, pada awal abad ini, jenazah, yang dikatakan milik Saidina Huzaifah dan Saidina Jabir bin Abdullah telah ditemui.
Menurut ahli sejarah dan ulama hadis, Jabir r.a. telah dikebumikan di perkuburan Baqi’ di Madinah. Mungkin kubur palsu ini, yang siap dengan ukiran, telah di bina pada zaman Bani Buwaihah ataupun selepas kematian sahabat besar ini mereka telah menggali satu terowong yang panjang dan berjalan sampai ke Baghdad!; sebagaimana empat orang anak perempuan Saidina Husin r.a. yang telah sampai ke Lahore, dan kubur mereka yang terkenal dengan nama ‘Nik Bibiyun” (Anak-anak perempuan yang baik) hingga ke hari ini, atau Saidina Ali r.a. mungkin telah dikebumikan di Najaf (Iraq), di Koh Mawla, Baluchistan (Pakistan) dan di Koh Mawla, Deccan (India) pada satu masa. Sebenarnya , ini semua kerja puak-puak Bathiniah ( salah satu ajaran Syiah) . Kita tidak mampu meneropong rahsia dan konspisrasi di balik tabir. Halangan yang paling besar yang kita hadapi sekarang ini ialah kurangnya ‘ilmu’ di kalangan kita . Sekiranya kita membuang buku-buku ke dalam sungai seperti yang dilakukan oleh al-Ghazali , al-Rumi, Junaid dan Shibli, maka, kita akan dikuasai oleh orang-orang jahil dan jahat.
HUJAH KE-11 – AISHAH R.A. MENYERTAI PERANG UHUD SEDANGKAN KANAKKANAK LELAKI BERUMUR EMPAT BELAS TAHUN TIDAK DIBENARKAN MENYERTAI PERANG

Peperangan Uhud adalah satu peperangan di mana Nabi Muhammad s.a.w. telah tercedera parah. Menurut Hadis Bukhari, hanya dua orang sahabat yang tinggal bersamanya iaitu Sa’ad bin Abi-Waqas dan Talhah bin Ubaidullah r.a. Sebahagian sahabat kebingungan, sebahagiannya berjuang bersendirian dan terputus hubungan dengan yang lain. Sebahagian yang lain pula telah memanjat bukit untuk menyelamatkan nyawa; dan telah tersebar dengan luas kabar angin bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telah syahid.
Pada hari itu, Abu Talhah Ansari r.a. iaitu ayah tiri Anas r.a., telah mempertahankan Nabi s.a.w. dengan sepenuh jiwa dan tenaganya. Beliau berkali-kali merayu kepada Rasulullah s.a.w. sambil berkata , “Saya korbankan ibubapa ku demi keselamatanmu! Jangan tinggalkan tempatmu kerana saya takut anda akan dipanah”.
Inilah satu-satunya peperangan semasa hayat Rasulullah s.a.w. di mana orang Islam telah ditewaskan dan seramai 70 orang sahabat r.a. telah syahid. Dan, barangkali tiada seorang pun yang tidak mendapat kecederaan . Beberapa orang wanita juga turut serta dalam pertempuran ini.
Sebelum kami mengulas dengan lebih lanjut tentang siapakah wanita yang turut serta dalam peperangan ini, dan apakah tanggungjawab mereka, perlu dijelaskan bahawa Rasulullah s.a.w. menyedari akan bahaya yang akan dihadapi.
Itulah sebabnya mengapa Baginda s.a.w. tidak membenarkan kanak-kanak lelaki yang berumur 14 tahun ke bawah untuk mengambil bahagian dalam peperangan ini. Di kalangan kanak-kanak bawah umur ini termasuklah Samrah bin Jundub, Bara’ bin Azib, Anas bin Malik, Zaid bin Thabith dan Abdullah bin Umar r.a. . Ibn Umar r.a. tidak dibenarkan menyertai Perang Uhud kerana beliau berumur 14 tahun ketika itu dan peperangan pertama yang disertainya ialah Perang Ahzab atau dikenali dengan nama Perang Khandak. Oleh itu, had umur untuk menyertai satu-satu peperanganialah 15 tahun. Angka ini amat penting sehingga sesetengah ahli feqah, dengan berdasarkan riwayat Ibn Umar ini, telah menetapkan had kematangan ( baligh ) adalah sekurang-kurangnya 15 tahun.
Sekarang perhatikan sekiranya Rasulullah s.a.w. hanya membenarkan mereka yang berumur 15 tahun ke atas untuk mengambil bahagian dalam peperangan, bagaimana mungkin seorang kanak-kanak perempuan bawah umur dibenarkan untuk turut serta dalam peperangan?
Perlu diingat bahawa wanita yang mengambil bahagian di dalam peperangan mempunyai pelbagai tanggungjawab seperti mengangkat dan merawat mujahidin yang tercedera di medan pertempuran, memberi minum kepada mujahidin yang tercedera, bahkan mengangkat senjata bila diperlukan. Adalah jelas bahawa tidak semua wanita mampu melakukan tugas-tugas ini . Bagaimana mungkin tanggungjawab sebegitu penting diserahkan kepada seorang kanak-kanak perempuan yang baru berusia sembilan atau sepuluh tahun? Seorang wanita mampu melaksanakan tugas yang sebegitu penting sekiranya dia memiliki kemahiran dalam teknik bertempur , dan boleh mempertahankan dirinya sendiri apabila perlu, dan yang utamanya dia mestilah mempunyai keberanian untuk menyertai pertempuran apabila diperlukan.
Dengan mempertimbangkan hal ini dengan cermat, kita terpaksa mengakui bahawa tanggungjawab seperti itu tidak boleh diserahkan kepada seorang kanakkanak perempuan bawah umur. Sekiranya, pemuda yang berusia 14 tahun tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian di dalam pertempuran, kaum wanita yang ingin menyertai peperangan mestilah seorang yang cukup matang dan
berpengalaman yang faham akan risiko yang bakal ditanggung. Di antara wanita yang pernah berperang bersama Rasulullah s.a.w. ialah :
1. Ummu Ammarah r.a. :

Di antara wanita yang telah menyertai peperangan Uhud ialah Ummu Ammarah r.a.yang turut melindungi Rasulullah s.a.w. . Pada hari itu, beliau mendapat 13 luka dan Nabi s.a.w. sendiri telah membalut lukanya sambil berdiri. Ummu Ammarah r.a. berhadapan dengan Ibn Qamayyah yang melemparkan batu kepada Rasulullah s.a.w. Beliau (Ummu Ammarah r.a.) menyerang menggunakan
sebatang kayu (sedangkan Ibn Qamayyah bersenjatakan sebilah pedang) , mengakibatkan Ibn Qamayyah jatuh tersungkur dan pecah kepalanya.
Beliau r.a. juga telah menyertai Peperangan Yamamah menentang Musailamah al-Kazzab dan telah berjuang dengan sepenuh hati dan telah mendapat 12 luka sehingga menyebabkan tangannya tidak boleh digunakan .
2. Ummu Sulaim r.a. :

Ibn Sa’ad telah meriwayatkan bahawa Ummu Sulaim r.a. membawa bersamanya pisau belati pada hari Peperangan Uhud. Anas r.a. telah menceritakan bahawa Ummu Sulaim r.a. membawa pisau belati bersamanya sewaktu Pertempuran Hunain. Abu Talhah r.a. mengadu kepada nabi s.a.w., “Wahai Rasulullah., ini Ummu Sulaim dan beliau membawa pisau belati bersamanya”. Mendengarkan kata-kata itu, Ummu Sulaim r.a. berkata, “Wahai Rasulullah., saya menyimpan pisau ini kerana jika ada orang kafir datang mendekati saya, saya akan menikam perutnya”. (Tabaqat Ibn Sa’ad, Jilid VIII, m/s 425)
Wanita yang tidak menyertai pertempuran secara langsung juga turut dilengkapi dengan senjata. Keterangan ini jelas menunjukkan bahwa menyertai peperangan bukanlah tugas seorang kanak-kanak bawah umur. Ummu Sulaim r.a., ibu kepada Anas r.a., adalah seorang wanita yang dewasa dan berpengalaman. Beliau telah mengambil bahagian dalam beberapa peperangan bersama Nabi Muhammad s.a.w.
3. Ummul Mu’minin Saidatina ‘Aishah r.a. :

Kami telah membuktikan bahawa Ummul Mu’minin Saidatina ‘Aishah r.a. telah menyertai Peperangan Badar sebagai wanita dewasa dan bukan sebagai kanakkanak bawah umur. Beliau r.a. juga telah mengambil bahagian di dalam Pertempuran Uhud bersama-sama dengan Ummu Sulaim r.a. Anas r.a. mengatakan bahawa beliau telah melihat ‘Aishah binti Abu Bakar r.a. dan Ummu Sulaim r.a. menyinsingkan kaki seluar mereka dan sebahagian daripada buku lali mereka telah terlihat olehnya (Anas r.a.). Kedua-dua mereka bertugas mengangkat gereba air dan memberi minum kepada tentera Islam. Mereka berulangalik mengisi air dan memberi minum kepada Mujahidin. (Bukhari, Jilid I, m/s 403)
Tugas menyediakan air adalah proses yang berterusan di medan perang. Tugas ini hanya boleh dilakukan oleh wanita yang bersenjata dan berpengalaman, dan bukan seorang gadis mentah berumur sepuluh tahun. Sedangkan untuk mengangkat gereba air pun suatu tugas yang berat untuknya ( sekiranya beliau r.a. berumur sepuluh tahun pada masa itu) bagaimana mungkin beliau sama-sama memikul tanggungjawab bersama Ummu Sulaim r.a., seorang wanita dewasa? Berganding bahu dengan Ummu Sulaim r.a. itu sendiri membuktikan bahawa Ummul Mu’minin r.a. sekali-kali bukan seorang kanak-kanak di bawah umur pada masa itu . Dan juga, apabila diakui bahawa kanak-kanak lelaki yang berumur 14 tahun tidak dibenarkan menyertai peperangan, bagaimana mungkin Ummul Mu’minin r.a. yang berumur 10 tahun dibebankan dengan tugas berat ini Saudara, perbincangan di atas adalah dari sudut hadis. Sekarang mari kita bincangkan tajuk ini dari aspek sejarah, yang mana akan terus menyokong pendapat bahawa Ummul Mu’minin tidak berumur enam tahun semasa beliau r.a. mengahwini Rasulullah s.a.w. ………

Perkahwinan Rasulullah SAW dengan Aisyah r.a

Tarikh: 
Jan 20, 2008
Riwayat: 
al-Bukhari
Kategori: 
Munakahat
Hadith: 
Daripada Aisyah r.a katanya : Aku berkata: Ya Rasulullah, bagaimana pendapat tuan jika tuan berhenti di sebuah wadi yang ada pokok yang telah dimakan sebahagiannya dan tuan dapati pula pokok yang belum dimakan darinya, pokok manakah yang tuan hendak menternak unta tuan? Rasulullah SAW bersabda : Pada pokok yang belum lagi dimakan daunnya. Maksud Aisyah ialah bahawa Rasulullah SAW tidak pernah mengahwini perawan selainnya. (al-Bukhari)
Huraian Hadith: 
Aisyah r.a adalah satu-satunya seorang perawan (dara) ketika diperisterikan oleh Rasulullah SAW. Bahkan ketika itu umur beliau masih kanak-kanak lagi sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah hadith daripada Aisyah r.a. maksudnya:
Bahawasanya Nabi saw telah mengahwini Aisyah sedang (ketika itu) ia berumur enam tahun dan Aisyah tinggal bersama Nabi semasa ia berumur sembilan tahun..
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Menurut Mazhab Empat, Islam tidak menentukan had umur untuk berkahwin. Ini bermakna bahawa kanak-kanak kecil juga boleh berkahwin. Walau bagaimanapun menurut Seksyen 8, Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 menyatakan: Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan atau didaftarkan di bawah Akta ini jika lelaki itu berumur kurang daripada lapan belas tahun atau perempuan itu berumur kurang daripada enam belas tahun kecuali jika Hakim Syariah telah memberi kebenarannya secara bertulis dalam hal keadaan tertentu.
Menurut Seksyen tersebut perkahwinan kanak-kanak di bawah umur hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan dari Mahkamah Syariah. Hal ini bukanlah berlawanan dengan pendapat Mazhab Empat kerana hakikatnya kebenaran dari Mahkamah adalah bertujuan memberi peluang kepada Mahkamah untuk menyelidiki gadis tersebut dari segi latar belakang, keadaan fizikal, kemampuan untuk berumah tangga demi menjaga kepentingan kanak-kanak tersebut.