Isnin, 30 Julai 2012

PERSENDA UMNO SATU BAB...BAGAIMANA ORANG MENGAKU ISLAM MEMPERSENDA ISLAM DAN TAK YAKIN HUKUM ALLAH..NI KENA TANYA MUFTI2

Lepas ini Kerajaan negeri Terengganu pula dilelong?

Harakahdaily, 30 Jul 2012
KUALA TERENGGANU: Apakah kerajaan negeri Terengganu terlelong ekoran tanah yang dicagarkan kerajaan negeri kepada sebuah bank dilelong baru-baru ini?

Inilah persoalan yang dbangkitkan oleh Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad (gambar) dalam satu tulisannya.

Inilah yang berlaku kepada tanah milik Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) seluas kira-kira 15 hektar yang terletak di Mukim Kerteh yang terpaksa di lelong.

Tanah yang menjadi milik kerajaan negeri ini telah digadaikan kepada bank pada tahun 1997 bagi membangunkan satu projek 432 lot perumahan bercampur yang dikenali sebagai ‘Bandar Baru Kerteh Jaya’.

"Amat memalukan! Akibat kegagalan membayar pinjaman, Hong Leong Bank telah melelong  tanah milik kerajaan negeri ini melalui satu lelongan awam yang telah diadakan pada 18 Julai, 2012," tulis beliau.

Menurut dokumen Lelongan Awam terbabit, tanah tersebut telah di lelong pada jam 10.30 pagi di Bilik Lelong Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.

Sebuah syarikat bukan Bumiputera, yang berpengkalan di Pulau Pinang, Alam Sierra Development  Sdn Bhd telah menjadi pembida tunggal yang berjaya membida tanah kerajaan negeri itu dengan harga rezab RM 5.594 juta.

Ia mempunyai 158 lot tapak rumah banglo, 168 lot tapak rumah berkembar dan 106 lot tapak rumah kedai.

"Persoalan besar yang menjadi tanda-tanya kepada seluruh rakyat Terengganu kini adalah, siapakah yang bertanggungjawab dengan kejadian yang amat memalukan seluruh rakyat Terengganu ini?" soal Syed Azman dalam tulisan itu.

Waytha dapat pasport, akan pulang 1 Ogos
2:22PM Jul 30 2012  
Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy telah memperolehi pasportnya melalui misi diplomatik Malaysia di Singapura, dan bersedia untuk pulang ke tanahair Rabu ini.

Katanya, pengeluaran pasport tersebut - yang telah dibatalkan oleh pihak berkuasa Malaysia pada 2008 - menjadi bukti bahawa Hindraf berjuang untuk keadilan.

NONE"Saya bangga menjadi rakyat Malaysia dan berbangga dengan
perjuangan Hindraf untuk membuktikan bahawa kerajaan Malaysia telah melakukan ketidakadilan yang besar terhadap masyarakat India," katanya kepada Malaysiakini selepas mendapatkan pasport tersebut.

Waythamoorthy berkata, pengeluaran pasport untuknya itu merupakan satu pengakuan bahawa Hindraf berjuang untuk tujuan yang sah.

Waythamoorthy hidup dalam buangan sejak lewat 2007, apabila semakin kuat desas-desus bahawa tindakan akan diambil terhadap pergerakan Hindraf.

Lima pemimpin Hindraf, termasuk abangnya Uthayakumar, telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Disember tahun tersebut.

Sejak itu, Waythamoorthy tinggal di Britain dan meneruskan kempen Hindraf di luar negara. Pasportnya telah dibatalkan pada April 2008.

Tanah kerajaan Terengganu dilelong

Dr. Syed Azman Syed Ahmad, 30 Jul 2012



Apakah reaksi SELURUH rakyat Terengganu apabila tanah milik kerajaan negeri terpaksa dilelong oleh sebuah bank ekoran kegagalan membayar pinjaman bank?

Inilah yang berlaku kepada tanah milik Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) seluas kira-kira 15 hektar yang terletak di Mukim Kerteh yang terpaksa di lelong.

Tanah yang menjadi milik kerajaan negeri ini telah digadaikan kepada bank pada tahun 1997 bagi membangunkan satu projek 432 lot perumahan bercampur yang dikenali sebagai ‘Bandar Baru Kerteh Jaya’.

Amat memalukan! Akibat kegagalan membayar pinjaman, Hong Leong Bank telah melelong  tanah milik kerajaan negeri ini melalui satu lelongan awam yang telah diadakan pada 18 Julai, 2012.
Menurut dokumen Lelongan Awam terbabit, tanah tersebut telah di lelong pada jam 10.30 pagi di Bilik Lelong Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.
Sebuah syarikat bukan Bumiputera, yang berpengkalan di Pulau Pinang, Alam Sierra Development  Sdn Bhd telah menjadi pembida tunggal yang berjaya membida tanah kerajaan negeri itu dengan harga rezab RM 5.594 juta.

Ia mempunyai 158 lot tapak rumah banglo, 168 lot tapak rumah berkembar dan 106 lot tapak rumah kedai.

Persoalan besar yang menjadi tanda-tanya kepada seluruh rakyat Terengganu kini adalah, siapakah yang bertanggungjawab dengan kejadian yang amat memalukan seluruh rakyat Terengganu ini?

Apakah kerajaan Terengganu khususnya Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said tidak mahu ambil peduli sehingga tanah milik kerajaan ini ‘terlelong’ begitu sahaja kerana ianya digadai kepada bank bukan di zaman pemerintahan beliau?
Atau apakah kerajaan negeri sudah kehabisan sumber kewangan sehinggakan tidak mampu lagi untuk membida bagi menebus kembali tanah milik kerajaan ini?

Semua rakyat Terengganu tahu bahawa pentadbiran Ahmad Said boleh berbelanja besar setiap tahun. Sejak tiga tahun lepas lebih RM6 bilion untuk melaksanakan pelbagai projek-projek mewah seperti Kawasan Bebas Cukai di Kenyir dan pembinaan Zoo di Kemaman yang di luluskan diatas nama pembangunan untuk rakyat Terengggganu.

Namun kejadian yang sama ini  juga berlaku apabila tanah orang-orang Melayu di bandaraya Kuala Terengganu terhakis apabila ada tanah milik orang Melayu di pusat bandar telah bertukar tangan kepada bangsa lain.

Kerajaan negeri gagal memainkan peranan bagi menghalang tanah milik orang Melayu bertukar tangan setelah dimajukan pihak tertentu. Ia tergadai kerana kerajaan negeri tidak ada dasar yang berkesan.

Saya telah berkali-kali memaparkan di ruang ini tentang masadepan perkampungan orang-orang Melayu yang terletak di bandaraya Kuala Terengganu yang kini seolah-olah menjadi pelarian di bumi sendiri.

Masa depan mereka tidak menentu dengan siri demi siri pengambilan tanah penduduk yang dilakukan oleh kerajaan negeri di atas nama ’pembangunan’ dan membela orang-orang Melayu Terengganu.

Kebanyakan rakyat yang terlibat dengan pengambilan tanah ini adalah penduduk asal Melayu yang tinggal di bandar dan pinggir bandaraya Kuala Terengganu sejak ratusan tahun.

Lihat sahajalah apa yang berlaku kepada kampung tradisi seperti Kampong Tanjung, Ladang Sehat, Bukit Besar, Losong hingga ke Pasar Cabang Tiga.

Sepatutnya kerajaan negeri meneliti dengan serius  cadangan agar agensi kerajaan seperti Lembaga Tabung Amanah Warisan negeri Terengganu (LTAWNT), Yayasan Terengganu dan Yayasan Islam perlu memain peranan mengambil alih tanah milik orang Melayu di sekitar bandaraya  Kuala Terenggan.

Meskipun ada sebahagian dari tanah-tanah ini bersaiz kecil, namun ia amat penting dimajukan demi kebaikan ekonomi dan masadepan anak bangsa Melayu Terengganu.

Namun sehingga kini kepimpinan Menteri Besar tidak mempunyai kepekaan bgi mendengar rintihan rakyat ini dan dan tanah-tanah ini tergadai begitu sahaja ditelan pembangunan.

Kerajaan negeri yang dipilih oleh rakyat sepatutnya lebih peka dengan isu-isu yang amat penting ini khususnya bagi penduduk asal Melayu terengganu yang telah ratusan tahun meneroka negeri ‘Darul Iman ini’.

Tergadainya tanah milik kerajaan di Kerteh ini membuktikan bahawa kepimpinan Ahmad Said sebagai Menteri Besar sekali lagi gagal dan tidak mampu memikul amanah bagi membela rakyat Terengganu Darul Iman.

Mungkinkah juga seluruh negeri penyu bertelur ini akan juga ‘terlelong’?
----------------------------------------------
Penulis adalah Penolong Setiausaha Agong PAS yang juga Adun Batu Burok, Terengganu. Beliau boleh dihubungi melalui Email: syedazmans@yahoo.co.uk, Twitter; @syedazman
Dituduh persenda Umno, Lajim diberi surat tunjuk sebab
6:37PM Jul 30 2012  
Ibupejabat Umno telah menghantar surat tunjuk sebab kepada Datuk Seri Lajim Ukin mengapa beliau tidak boleh dipecat berikutan pengumuman peletakan semua jawatan dalam Umno dan BN pada 28 Julai lalu.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, Lajim perlu menjawab surat tunjuk sebab tersebut dalam tempoh 14 hari untuk dipertimbangkan tindakan seterusnya sebagaimana tertakluk dalam Perlembagaan Umno, lapor Umno Online.

“Umno memandang serius apa yang dilakukan Datuk Seri Panglima Lajim Ukin khususnya dalam pengisytiharan gerakan ‘Pakatan Perubahan Sabah’ (PPS) selain hubungan akrab dengan pakatan pembangkang yang seolah-olah mempersenda kepimpinan dalam Umno,” katanya.

Jelasnya, Fasa; 20.8 Perlembagaan Umno telah menetapkan bahawa semua ahlinya hendaklah cintakan parti serta patuh kepada perlembagaan dan tataetika ahli, selain sentiasa memelihara nama baik dan maruah parti.

“Apa yang berlaku ini adalah isu dalaman yang bersifat peribadi membabitkan Lajim dan orang-orang tertentu dalam kancah politik negeri.

"Maka ia tidak sewajarnya dikaitkan dengan parti yang telah banyak berjasa kepada negara dan rakyat keseluruhannya,” tegas Tengku Adnan.

Lajim telah mengumumkan peletakan jawatan sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno, ketua Umno bahagian Beaufort dan pengerusi BN Beaufort berkuatkuasa serta merta Sabtu lalu.

Bagaimanapun, beliau masih kekal sebagai timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan dan ahli Umno.

Iftar: Kenapa Ibrahim Ali seorang saja menangis?

Harakahdaily, 30 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Adakah Ibrahim Ali menangis kerana menyesal mengkhianati PAS dan hina mencaci Tuan Guru Nik Abdul Aziz walaupun  diberikan peluang sebagai calon Parlimen Pasir Mas dengan bertanding di atas tiket PAS?

Demikian tulisan di dalam blog http://omakkau.blogspot.com/

Ini ekoran Ibrahim selaku pengasas dan Mursyidul Am seumur hidup Perkasa kelihatan menangis teresak-esak di satu majlis Iftar anjuran pertubuhan itu malam  semalam di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, Kuala Lumpur.

“Peliknya.. semasa beliau menangis tidak ada seorang pun kelihatan sedih walaupun ketika itu beliau sedang berucap  di depan ahli-ahli Perkasa,” tulis blogger itu lagi.
Ketua polis S'gor sahkan Syaleza mati dijerut
  • Bernama
  • 2:53PM Jul 30 2012
 
Ketua Polis Selangor mengesahkan punca kematian eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9, yang mayatnya ditemui di kediamannya di Apartment Saujana, Damansara Damai pada Sabtu, adalah akibat lehernya dijerut.

Ketua Polis Selangor Tun Hisan Tun Hamzah berkata laporan bedah siasat ke atas mayat Syaleza Jaffar, 31, di Hospital Sungai Buloh menunjukkan mangsa mati akibat tidak boleh bernafas dan terdapat kesan jerutan di sekeliling leher mangsa.

"Laporan siasatan menunjukkan mangsa mati akibat dijerut dan bukannya menggantung diri, namun kita masih menjalankan siasatan terhadap perkara itu," katanya pada sidang media di Shah Alam.

Beliau berkata susulan itu, polis menahan anggota keluarga terdekat mangsa di Segamat, Johor pada kira-kira 10.15 malam tadi bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Suspek akan direman petang ini.

Tun Hisan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian.

Mayat Syaleza ditemui di dalam sebuah daripada bilik tidur rumah itu oleh suaminya, Norazman Bashah pada kira-kira 7 malam.

Suaminya mendakwa terdengar dentuman dalam bilik tidur rumah itu dan ternampak mangsa tergantung tidak bernyawa di kipas bilik itu sebelum membawa turun mayat isterinya.

Polis kemudian ke tempat kejadian sejurus dimaklumkan berhubung kejadian itu oleh suami mangsa dan Syaleza disahkan meninggal dunia ketika ditemui polis.

Syazleza merupakan anak kedua daripada enam beradik dan mempunyai seorang cahaya mata berusia dua tahun.

-Bernama

Pasukan khas kesan kumpulan pecah rumah di P Pinang
  • Bernama
  • 11:53AM Jul 30 2012
 
Polis telah mengenal pasti beberapa kumpulan yang aktif menjalankan kegiatan pecah rumah di sekitar negeri ini dan usaha untuk menangkap mereka sedang giat dijalankan, kata Ketua Polis Negeri Datuk Ayub Yaakob.
  
NONEBeliau berkata pihaknya telah menubuhkan pasukan khas di setiap Ibu Pejabat Polis Daerah bagi mengesan kumpulan terbabit.

"Kegiatan pecah rumah di Pulau Pinang sejak sebulan lepas agak membimbangkan dan statistiknya juga meningkat, jadi pihak polis perlu lakukan sesuatu bagi memastikan aktiviti terbabit dapat dibendung.
  
"Kita telah berjaya mengenal pasti kumpulan yang terlibat dan pasukan khas juga telah ditubuhkan bagi mengesan mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan bersama komuniti di Bukit Mertajam malam tadi.
  
Katanya antara pendekatan yang diambil ialah meningkatkan rondaan pada waktu malam di kawasan yang kerap berlaku kegiatan pecah rumah.

"Selain itu, kita juga membuat rondaan pada waktu malam di kawasan-kawasan yang tempat berpotensi berlaku kegiatan pecah rumah bagi mencegah kegiatan itu," katanya.
  
Sementara itu Ayub yang akan menjawat jawatan baru sebagai Ketua Urus Setia Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Bukit Aman mulai bulan depan, berkata beliau gembira dan berpuas hati bahawa sepanjang empat tahun satu bulan beliau bertugas sebagai Ketua Polis Negeri, kadar jenayah di negeri ini dapat dikurangkan dari tahun ke tahun.
  
Katanya antara pendekatan yang digunakan bagi mengurangkan jenayah ialah dengan mendekatkan anggota polis dengan masyarakat dan menambah bilangan anggota di kawasan tumpuan orang ramai.
  
"Sejak saya mula bertugas di Pulau Pinang, saya selalu ingatkan kepada lebih 5,000 pegawai dan anggota agar sentiasa dekatkan diri dengan masyarakat agar mereka (masyarakat) dapat bersama-sama membantu polis mengurangkan kadar
jenayah.
  
"Nampaknya pendekatan itu berjaya kerana setiap tahun kadar jenayah di Pulau Pinang semakin menurun dan terbaru untuk enam bulan pertama tahun ini, sebanyak 21 peratus indek jenayah berjaya diturunkan," katanya.

- Bernama
Masuk PAS: Kontrak Abby jadi duta tudung ditamatkan
  • Ahmad Fadli KC
  • 1:23PM Jul 30 2012
 
Pelakon dan penyanyi terkenal, Abby Abadi menulis dalam laman sosial Twitter yang kontraknya sebagai duta kepada sebuah syarikat tudung, baru sahaja ditamatkan kerana penglibatannya dalam PAS.

"4 Julai 2012 - Kontrak saya sebagai duta kepada tudung mereka terbatal secara rasminya.

"Saya terima dengan hati terbuka & saya minta maaf kerana terlibat Pakatan Rakyat," tulisnya di laman Twitter pagi tadi.
Sementara itu syarikat tudung berkenaan, AlHumaira Contemporary (AHC), dalam maklum balas segera dalam facebooknya berkata, kontrak itu ditamat kerana "tidak mencapai matlamat yang diharapkan".

NONETanpa menyebut nama Abby, syarikat itu menegaskan bahawa pihaknya sebenarnya berhak mengikut undang-undang untuk menamatkan kontrak pada bila-bila masa yang dianggap sesuai mengikut situasi.

"Itu ialah hak kami dan kami berharap semua pihak boleh respect (hormat) keputusan ini," kata syarikat itu pada laman Facebooknya, merujuk kepada "seorang artis yang baru beberapa bulan bertudung yang juga merupakan bekas duta AHC".
Sementara itu, pelakon dan penyanyi terkenal itu yang kini aktif berceramah - ketika ditemui Malaysiakini Jumaat lalu - menyifatkan penyertaannya ke dalam parti itu merupakan sebahagian daripada langkahnya mendekati agama.

Menurut Abby, ia bukanlah satu penghijrahan politik seperti yang dianggap ramai pihak.

"Saya tak pernah terfikir nak guna istilah penghijrahan itu sebab saya terlibat secara tak sengaja," katanya sewaktu ditemui di Shah Alam.

Menurut Abby, perubahan dirinya yang kini bertudung dan mula mendekati agama dilakukan sebelum beliau mula mendekati PAS lagi.

"Hidayah atau penghijrahan ini kita dah dapat semua sebelum masuk PAS," kata Abby.

Abby yang dahulu merupakan sebahagian daripada kumpulan Elite dan popular dengan siri drama Gerak Khas menjadi ahli PAS seumur hidup pada 19 Julai lalu.

Beliau menyerahkan sendiri borang keahliannya kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat dalam satu majlis di Kota Bharu, Kelantan.

Menurutnya, beliau mula mendekati PAS selepas dijemput parti itu untuk berceramah tentang perubahan dirinya daripada seorang yang tidak bertudung kepada seorang yang bertudung.

"Saya pada mulanya dijemput untuk berkongsi tentang saya punya hijrah itu," kata Abby.

Beliau kemudiannya membuat keputusan menyertai PAS kerana tertarik dengan perjuangannya yang berteraskan agama Islam.

"Kita nampak PAS itu perjuangan dia memang perjuangkan agama. Saya sertailah sebab saya nampak benda itu memang baik untuk agama," kata Abby ringkas.

PAS alukan pimpinan Sabah kalau mahu bersama

Harakahdaily, 29 Jul 2012
TUARAN: PAS mengalu-alukan semua pemimpin politik di Sabah kalau mahu bersama-sama dengan PAS dalam memperjuangkan keadilan di negara ini.

Pengarah Pilihan raya PAS, Dr Hatta Ramli (gambar) membuka laluan itu ketika berucap dalam majlis pengumuman pimpinan BN Sabah yang meninggalkan BN.

Mereka diketuai oleh anggota Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing yang mengumumkan tindakan beliau meninggalkan BN dan akan bersama Pakatan Rakyat.

"Saya memuji keberanian tuan-puan semua menolak BN yang sememangnya sudah melampaui batas.

"Tindakan tuan-puan semua bukannya terburu-buru tetapi setelah mengambil masa begitu lama namun BN tidak berubah," kata Dr Hatta di majlis itu.

Turut serta di majlis pengumuman Wilfred itu adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminudin Aling.

Semalam, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin membuat pengumuman di satu majlis yang lain meletakkan semua jawatannya dalam Umno. Namun beliau masih kekal ahli Umno.

Dalam ucapan itu, Dr Hatta turut berkata, kunjungan hormat Lajim menemui Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menimbulkan pelbagai spekulasi.

"Saya mengalu-alukan kalau tuan-puan mahu bersama PAS tetapi yang lebih penting buat masa ini adalah keluar dari BN dan membantu Pakatan Rakyat  membawa perubahan kepada Sabah," kata Dr Hatta di majlis itu.

Beliau yang berucap lebih awal dari Wilfred Bumburing kerana terpaksa bergegas ke Kota Kinabalu untuk mengejar pesawatnya untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Tiada ulasan: