Rabu, 25 Julai 2012

KENA LIHAT HADIS ITU...MAKSUD ADAKAH AZAN SUBUH PADA BULAN RAMADAN ATAU AZAN2 BIASA BUKAN BULAN RAMADHAN...ATAU HADIS ITU KHUSUS BUKAN AZAN SUBUH BULAN RAMADAN

Sedarlah Hisham kata Bersih haram ramai ditahan

Harakahdaily, 25 Jul 2012
TEMERLOH: Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Kuala Lumpur membatalkan bahawa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) sebagai pertubuhan haram sepatutnya menjadi pengajaran kepada kerajaan BN supaya tidak bertindak sesuka hati pada masa hadapan.
Ketika bercakap kepada Harakahdaily, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata rakyat masih ingat bagaimana deklarasi Bersih sebagai haram tahun lepas oleh kerajaan BN telah disusuli dengan pelbagai tindakan drastik seperti merampas baju kuning, sekatan jalanraya dan tindakan menangkap mereka yang menyertai Bersih dan memakai baju kuning menjelang perhimpunan 9 Julai 2011 yang digelar sebagai Bersih 2.0.

“Tindakan membuat pengisytiharan yang bercanggah dengan undang-undang sekurang-kurangnya menjadi satu peringatan masa depan, dan seharusnya beliau (Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein) menyedari betapa ramainya peserta himpunan yang ditahan akibat pengisytiharan tersebut,” kata beliau.

Pesuruhjaya PAS Pahang itu berkata walaupun keputusan mahkamah itu kini bersifat akademik kerana perhimpunan Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 telah berlalu, namun keputusan itu membawa erti yang amat besar kepada perjuangan rakyat dalam menuntut sebuah sistem pilihan raya yang adil dan bersih.

Dalam pada itu, jawatankuasa bertindak Bersih menyeru kerajaan BN untuk tidak merayu keputusan tersebut walaupun mengakui ia adalah hak untuk mereka melakukannya.

Mereka menyeru agar kerajaan BN menerima realiti politik tanah air dan bekerjasama dengan Bersih sebagai satu pertubuhan yang sah menuntut satu pilihan raya yang adil dan bebas atas pihak rakyat.

“Untuk kebaikan negara, kami secara ikhlas meminta mereka untuk tidak menfailkan rayuan dan menarik balik semua kes sivil terhadap kami kerana ia membazir duit rakyat,” kata Bersih dalam satu kenyataan.

Jawatankuasa bertindak Bersih 2.0 mempunyai 14 anggota dan diketuai oleh Datuk Ambiga Sreevenasan dan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.

Hishammuddin pula berkata kementeriannya akan berbincang dengan Peguam Negara untuk menentukan sama ada perlu menfailkan rayuan terhadap pembatalan deklarasi bahawa Bersih adalah pertubuhan haram.

Bekas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar pula meremehkan tuntutan untuk perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan Hishammuddin untuk meminta maaf terhadap Bersih dan peserta perhimpunan aman itu dengan menyatakan bahawa ia adalah dalam bidang kuasa Hishammuddin untuk melabelkan Bersih sebagai haram.

Sebelum ini, Najib juga telah menggelar peserta Bersih sebagai mufsidun.

"Tolong padam gambar Fathul Bari sedang disolek"

Harakahdaily, 25 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan merayu kepada semua pihak khasnya penyokong Pakatan Rakyat agar jangan menyebarkan gambar Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya yang sedang disolek oleh wanita.

Ini berikutan ada pihak-pihak yang menyebarkan gambar itu untuk memalukan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu) itu.

Gambar itu diambil ketika Fathul Bari dan Nasrudin disolek oleh jurusolek wanita ketika kedua-duanya menyertai debat anjuran Sinar Harian baru-baru ini.

"Dengan ini, Saya merayu agar gambar yang memaparkan sahabat saya Ustaz Fathul Bari disolek itu dipadamkan dan tidak disebarkan.

"Kita berpolitik secara matang dan berhemah tanpa perlu kita menyelak keaiban peribadi sesiapa.

Royalti anjur Ifthar Kota Bharu-Gua Musang 27 Julai

Salmah Mat Husain, 25 Jul 2012
KOTA BHARU: Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti) akan menganjurkan program Konvoi Walk for Royalti (Ifthar) sempena bulan Ramadhan ini.
Setiausahanya, Muhammad Hisyamuddin Ghazali, berkata majlis berkenaan akan diadakan pada 27 Julai ini bermula di Kota Bharu dan dijangka berakhir di Gua Musang.

Katanya, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dijangka merasmikan program berkenaan pada jam 10.00 pagi selepas menyampaikan kuliah Jumaat.

Hisyamuddin seterusnya berkata, antara destinasi jajahan yang dipilih untuk berehat, Tanah Merah, sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Krai dan Gua Musang untuk bersahur.

“Keesokannya program bersama masyarakat di Manek Urai untuk beramah mesra dan penyampaian hadiah,” ujarnya.

Beliau seterusnya memberitahu setakat ini sebanyak 50 buah kenderaan telah bersetuju untuk menyertai program itu khususnya di kalangan anak-anak muda.

Pada masa yang sama katanya, jalan utama Kota Bharu-Kuala Krai diambil sebagai simbolik lebuh raya yang diinginkan oleh rakyat.

“Tuntutan R ini bukan sahaja untuk mendapatkan royalti, sebaliknya diharap dapat membina lebuhraya sebagaimana yang dirancang melalui wang royalti petroleum,” ujarnya.

Katanya lagi, program berkenaan diadakan untuk memberi penerangan kepada rakyat tentang tanggungjawab menuntut royalti milik mereka dari kerajaan Pusat.

Sambungnya, kezaliman kerajaan Pusat yang menyekat royalti itu melalui Petronas seharusnya diketahui mereka.

Sehubungan itu, program berkenaan masih terbuka untuk orang ramai yang berminat menyertainya.

"Sungguhpun saya berbeda pendapat dan berdebat dengan Ustaz Fathul Bari, suka saya tegaskan di sini, ianya tidak menghilangkan rasa hormat saya pada beliau dan saya tidak setuju beliau diaibkan sedemikian rupa," kata Nasrudin.

Nasrudin membuat gesaan ini melalui facebooknya yang sehingga kini sudah mendapat 41,986 likes dan 13,840 orang bercakap tentang perkara ini.

Dalam catatan itu, Nasrudin mengingatkan semua bahawa sekarang adalah bulan Ramdhan, bulan penuh dengan keberkatan, kerahmatan dan keampunan Allah swt.

Justeru itu, katanya, beliau harap sangat - sangat agar tidak panjangkan isu 'make up' muka pada peristiwa Debat Sinar Harian yang bertajuk  "PRU 13, Orang Muda Pilih Siapa?" baru - baru ini.

Menurut Nasrudin, beliau  bersetuju bahawa juru solek wanita tidak sewajarnya bertindak sedemikian ke atas lelaki bukan mahramnya.

"Saya telah pun menegur pihak penganjur supaya menyediakan petugas juru solek lelaki untuk lelaki pada masa - masa akan datang," katanya.

Teguran itu, katanya, dibuat sebaik sahaja majlis debat selesai.

"Penganjur bersetuju dengan teguran saya," beritahu Nasrudin.

Menurut Nasrduin, beliau sendiri sukar mengelak apabila 'diserbu' oleh satu team petugas 'touch up' muka sewaktu rehat selepas pusingan pertama debat baru - baru ini.

Insiden itu dijadikan modal oleh pihak tertentu untuk menyerang peribadi beliau.

"Sedang ia berlaku tanpa rela dan saya tidak sempat mengelak diri kerana saya berada di atas kerusi pentas debat berdepan ratusan penonton dalam auditorium.

"Saya pun tidak menjangka mereka datang menerpa untuk touch up muka sewaktu rehat [untuk beri laluan kepada iklan tv penaja iaitu Astro Awani]," tulisnya lagi.

Pun begitu, apa yang berlaku sangat dikesali, katanya.

"Terima kasih kepada semua pihak yang melontarkan nasihat dan teguran. Insyaallah di lain masa kami akan lebih berhati - hati," katanya lagi.

Berdakwah dan nilai yang betul

Nasrudin Hassan at-Tantawi, 25 Jul 2012
Ramadhan Kareem! Sahabat semua ....
1. Sedarkah kita sekarang berada di bulan Ramadhan Al Mubarak? Bulan penuh dengan keberkatan, kerahmatan dan keampunan Allah swt.

2. Justeru itu , saya harap sangat-sangat agar kita tidak panjangkan isu 'make up' muka pada peristiwa Debat Sinar Harian yang bertajuk: PRU 13 , Orang Muda Pilih Siapa? baru-baru ini.

3. Saya bersetuju bahawa juru 'touch u...p' wanita tidak sewajarnya bertindak sedemikian ke atas lelaki bukan mahramnya. Saya telah pun menegur pihak penganjur supaya menyediakan petugas juru touch up lelaki untuk lelaki pada masa-masa akan datang. Teguran itu dibuat sebaik sahaja majlis debat selesai. Penganjur bersetuju dengan teguran saya.

4. Saya sendiri sukar mengelak apabila 'diserbu' oleh satu team petugas touch up muka sewaktu rehat selepas pusingan pertama debat baru-baru ini. Insiden itu dijadikan modal oleh pihak tertentu untuk menyerang peribadi saya. Sedang ia berlaku tanpa rela dan saya tidak sempat mengelak diri kerana saya berada di atas kerusi pentas debat berdepan ratusan penonton dalam auditorium. Saya pun tidak menjangka mereka datang menerpa untuk touch up muka sewaktu rehat [untuk beri laluan kepada iklan tv penaja iaitu Astro Awani]

5. Pun begitu, apa yang berlaku sangat dikesali. Terima kasih kepada semua pihak yang melontarkan nasihat dan teguran. Insyaallah di lain masa kami akan lebih berhati-hati. Dengan ini, saya merayu agar gambar yang memaparkan sahabat saya Ustaz Fathul Bari disolek itu dipadamkan dan tidak disebarkan.

Kita berpolitik secara matang dan berhemah tanpa perlu kita menyelak keaiban peribadi sesiapa. Sungguhpun saya berbeda pendapat dan berdebat dengan Ustaz Fathul Bari, suka saya tegaskan di sini, ianya tidak menghilangkan rasa hormat saya pada beliau dan saya tidak setuju beliau diaibkan sedemikian rupa.

Kantoi - percubaan untuk memalukan Ustaz Azhar Idrus

http://alhusseyn51.blogspot.com/, 25 Jul 2012
Blogger pencacai Umno/BN cuba nak memalukan Ust Azhar Idrus. Kononnya Ust Azhar sudah kantoi bab soalan ibadat puasa:


Sebagai memberi penjelasan terhadap perkara ini adalah perbahasan seperti berikut;
Kail hanya sejengkal, mahu menduga lautan yang dalam. Kepada blogger pencacai Umno/BN , kita nasihatkan supaya pergilah main kat longkang belakang rumah sendiri dahulu....Bab ugama ni sebenarnya korang tak layak untuk dibawa berbincang...Maaf cakaplah - Siapa sebenarnya yang kantoi?

Memanfaatkan artis yang berhijrah

Abd Shukur Harun shukurharun@yahoo.com, 25 Jul 2012
Ada beberapa sahabat bertanya kepada saya, mengapa ramai artis – pelakon dan penyanyi menyertai PAS, sedangkan pada ketika yang sama ada sesetengah ustaz sendiri  tidak berminat pun pada PAS.
Ada beberapa sebab, jawab saya, pertama Allah mendorong hati mereka untuk melihat kebenaran yang diperjuangkan oleh PAS yang berasaskan Islam. Kedua boleh jadi mereka melihat pendukung PAS sangat setia kepada parti dan sanggup berkorban untuk perjuangan Islam. Ketiga akhlak yang ditunjuk oleh pendukung PAS selama ini menarik perhatian mereka, kelima merasakan ada kekuatan istimewa dianugerah oleh Allah kepada PAS di mana walaupun dilanda fitnah dan tuduhan oleh musuh politiknya, namun PAS terus wujud seperti air yang terus mengalir.

Mungkin banyak lagi sebab-sebab lain yang mendorong para artis itu menyertai PAS.

Yang sangat menarik, kata sahabat itu lagi, kalau dilihat di mata kasar atau lojik akal, tidak ada apa yang boleh diberi oleh PAS kepada mereka, justeru PAS tidak ada saham, projek-projek, tender-tender dan pelbagai peluang lain yang boleh diberi, yang biasanya menjadi idaman ramai orang.

Saya juga memikirkan persoalan ini, tetapi setelah saya mendengar ucapan Aishah di beberapa ceramah terutama di Himpunan Hijau di Alor Setar 1 Julai lalu, juga mendengar pandangan Bob Lokman, Abby Abadi, Hairie Othman dan lain-lain, ternyata artis ini menyertai PAS dengan kesedaran yang mendalam.

Tidak syak lagi, mereka golongan artis yang berfikiran mendalam, mempunyai prinsip, sedar akan kehidupan mereka sebagai insan yang punya rasa tanggungjawab terhadap agamanya.

Aishah, umpamanya, seorang artis yang mempunyai idea yang jelas, teratur, mendalam dan terkawal serta bacaan politik yang baik. Beliau bercakap mengenai makna hijrah, tanggungjawab seorang ibu terhadap anak, kehidupannya sebagai insan di depan kekuasaan Allah dan lain-lain.

Aishah yang mendapat pendidikan di luar negara dalam jurusan sains politik, bercakap dengan lancar mengenai situasi politik tanah air yang dilihatnya dilingkari kebejatan politik, rasuah, penyelewengan dan lain-lain.

Malah lebih menarik lagi apabila beliiau menyatakan kebimbangannya dengan nasib masa depan anaknya dan generasi seangkatan anaknya memandangkan situasi negara yang sedemikian rupa.

Itulah Aishah yang dulunya saya juga meminati lagu-lagunya, terutama – Bahtera Merdeka, Syurga Di Telapak Kaki Ibu dan Pulang, justeru ia mengandungi mesej yang murni. Alhamdulillah dengan kersedaran dan menyedari masa depannya dan anaknya, maka beliau melangkah ke dunia baru - menjadi ahli PAS.

Walaupun dunia baru ini tidak menjanjikan kemewahan, namun suasana yang ada di dalamnya kiranya cukup memberikan ketenangan kepada Aishah. Tahniah kepada Aishah dan artis lain kerana memilih jalan terbaik. Dalam masa yang sama mari kita berdoa agar artis yang lain – dengan izin Allah - akan terpanggil pada suatu masa nanti dalam usaha mencari keredhaan Allah.

Sebagai penulis saya menggemari lagu-lagu yang ada elemen sastera seperti lagu puisi Almarhum Zubir Ali, lagu dan suara Ito ‘Engkaulah’, lagu-lagu puisi Sani Sudin dan lain-lain. Sebab itu bagi saya, seni – termasuk seni muzik – adalah bahasa universal – yang difahami dan boleh dinikmati ramai orang.

Atas keyakinan itu, bagi saya seni nyanyian, puisi, nasyid, qasidah berzanji, seni lakon dan seumpamanya tidak boleh dipisahkan dalam kehidupan. Namun semua genre seni ini, dalam pandangan Islam, tertakluk kepada batas-batas moral dan hukumnya dan ini sewajarnya dipatuhi.

Dengan itu saya bersetuju dengan pandangan saudara Ahmad Lutfi Othman bahawa Aishah mempunyai kerangka idea yang jelas mengenai perubahan seni hiburan yang dihasratkannya. Eloklah pemimpin PAS, katanya, dapat berkongsi idea dengannya.

Ahmad Lutfi menganjurkan lebih sesuai dianjurkan satu program ramah mesra membabitkan pimpinan tertinggi parti bukan saja bersama personaliti popular yang menyertai PAS tetapi juga penggiat budaya, yang mahu memartabatkan dunia seni ke landasan yang diredai Allah.

Saya terharu dengan langkah Abby Abadi yang menyerahkan borang kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz untuk menjadi ahli PAS seumur hidup. Dalam program Pemuda di Kuala Kedah 26 Jun Lalu beliau secara terbuka melafazkan: "Demi Islam, saya tidak lagi takut kepada manusia dan bimbang akan kehilangan semua kerana ia datang daripada Allah. Sekiranya saya tidak dibenarkan lagi keluar di TV, tak apalah, sebab saya sayangkan agama saya.” Demikian pengorbanan Abby Abadi, suatu komitmen yang sangat mengharukan.

Kini para artis itu, termasuk Dayangku Intan, Catriona Ross telah menjadi ‘keluarga’ Pakatan Rakyat. Oleh itu, selepas ini PAS/Pakatan perlulah memikirkan secara serius, bukan saja melindungi, tetapi memberi ruang luas kepada artis ini untuk berkarya dalam batas-batas yang dibenarkan oleh akhlak Islam.

Ertinya, PAS/Pakatan Rakyat perlu memikirkan konsep hiburan altenatif yang boleh dilaksanakan jika Pakatan mengambil alih Putrajaya kelak. Lagu-lagu puisi, nashid, qasidah, berzanji dalam pelbagai bentuk, filem, teater seperti ‘Menunggu Kata Dari Tuhan’ karya Dinsman dan seumpamanya  sewajarnya boleh dikembangkan.

Saya masih ingat, ketika berkunjung ke Iran lama dulu, di dalam kapal terbang saya ditontonkan dengan sebuah filem Iran yang sangat mengesankan. Tidak ada unsur maksiat, babak-babak ghairah dan sebagainya oleh pelakonnya yang menutup aurat. Ia menceritakan kisah seorang wanita muda berkahwin dengan seorang lelaki tua di mana lelaki itu berusaha untuk memperlihatkan kegagahannya seperti lelaki muda dengan bekerja penuh dedikasi dan pintar - dalam masa yang sama membelai kasih sayang terhadap isterinya yang masih muda itu.

Saya pergi ke sebuah bazar di Tehran dan mendapati banyak dijual filem-filem Iran yang bermutu, malah pernah memenangi oskar dalam festival filem di Barat. Namun, kata seorang teman di sana, filem-filem Iran sangat menjaga aspek moral dan menjauhi adegan panas, sementara pelakonnya menutup aurat.

Di Indonesia, lagu-lagu dakwah telah berkembang subur sejak lama dulu, malah filem berunsur Islam telah begitu banyak diterbitkan, seperi Titian Serambut Dibelah Tujuh, Di Bawah Lindungan Ka’abah (dari novel Buya Hamka), Nada dan Dakwah, Fatahillah, Ayat-Ayat Cinta (dari novel Habiburrahman El-Shirazi) dan lain-lain.

Ini menunjukkan bahawa bidang seni sangat luas dan penting kedudukannya. Oleh itu PAS/Pakatan Rakyat perlu merancang secara serius kedudukan seni budaya di mana rakyat sedang menanti penuh harapan.

Rasional OKU bangkit, minta perhatian serius

Muhammad Adam Lee bin Abdullah
547 G, Blok 2,
Flat Sri Pahang,
Jalan Bukit Bangsar,
59000 Kuala Lumpur.


Datuk Seri Presiden
Parti Islam Semalaysia (PAS),
No. 318-A, Jalan Raja Laut,
50350, Kuala Lumpur.    25 Julai, 2012 = 5 Ramadhan, 1433


Datuk Seri (Al-Fadhil Tuan Guru),


RASIONAL OKU BANGKIT --- MINTA PERHATIAN SERIUS


Saya (seperti nama dan alamat tertera) dengan penuh hormat dan takzim ingin sekali memulakan perutusan ini dengan ucapan "selamat berpuasa" dan "salam Ramadhan Al-mubarak" buat Datuk Seri, seluruh jemaah kepimpinan dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat (PR) dan sekalian Muslim Mu'min, khasnya warga Malaysia tercinta ini. Saya adalah seorang OKU penglihatan.

2. Tujuan perutusan warkah ini, tak lain, ialah untuk turut serta bersama sekalian ramai ahli komuniti yang, maaf, dengan izin, turut terpinggir dan "TERTINDAS" dik arus pembangunan yang semakin lari daripada unsur-unsur keagamaan, atau setidak-tidaknya, keadilan bersama, mengucapkan sekalung tahniah kepada Parti Islam Semalaysia (PAS) yang akan menubuhkan Sekretariat Prihatin OKU yang diharap memberi perhatian dan penumpuan serius semua, mentelah lagi, Wawasan 2020 kian hampir, yang mana ianya menjanjikan kemakmuran buat semua warga Malaysia ini.

3. Untuk makluman Datuk Seri, baru-baru ini, terdapat sebuah gerakan massa yang dikenali sebagai Gerakan Bersama Kebangkitan OKU 2012 (BANGKIT 2012) yang diterajui oleh Kumpulan Kerja OKU, Jawatankuasa Hak-Hak Asasi Manusia Majlis Peguam. Ia adalah kempen untuk meningkatkan kesedaran kepada orang awam dan OKU ke atas hal-hal yang berkaitan dengan OKU. Mereka telah mengemukakan memorandum Menuntut Kerajaan Mewujudkan Agensi-Agensi Kerajaan dan Swasta Serta Masyarakat Yang Cakna dalam Memahami Keperluan, Keupayaan Dan Sumbangan oleh Orang Kurang Upaya.

4. Sejarah kebangkitan ini dimulai dengan berkuatkuasanya Akta Orang Kurang Upaya 2008 (Akta 685) pada 7 Julai 2008 disusuli tindakan kerajaan meratifikasikan "Convention on the Rights of Persons with Disabilities" pada 19 Julai 2010. Namun, semakin hampir kita menuju Wawasan 2020, cabaran kepada pembangunan OKU terus menyaksikan lompang-lompang dalam sistem yang terdiri dari pemerintah dan rakyat yang perlu mendapat perhatian segera dan sewajarnya. Apatah lagi cabaran ketujuh Wawasan 2020 yang ingin mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu satu sistem sosial yang mengutamakan kepentingan mereka yang selalunya dipinggirkan dan ditindas.

5. Lantas, atas kesedaran inilah, kami, dengan izin, memohon perhatian serius di bawah pimpinan Datuk Seri melalui sekretariat yang akan ditubuhkan, yang insya Allah, bernaung di bawah jemaah yang bakal menerajui tampuk pemerintahan nanti, terhadap aspek-aspek berikut bagi menjamin kesinambungan pembangunan OKU yang lebih lestari:
i. Pemantapan undang-undang sedia ada bagi menjamin kelangsungan hidup OKU;
ii. Pendaftaran wajib bagi memastikan dasar dan perancangan kerajaan tepat;
iii. Pencelahan awal dan pembentukan sokongan keluarga, memperkasakan keluarga (family empowerment);
iv. Pendidikan yang menepati keperluan kecacatan;
v. Kemahiran hidup;
vi. Pekerjaan dan sara hidup;
vii. Cabaran OKU dalam membina keluarga;
viii. Perumahan;
ix. Kebolehaksesan ke tempat-tempat dan perkhidmatan awam;
x. Penyertaan OKU dalam membentuk masyarakat; dan
x. Keperluan OKU di hari tua.

6. Berikut ini pula, dengan izin, saya senaraikan beberapa contoh rasional di sebalik tuntutan-tuntutan tadi:

A. Semakin kita maju dari segi pembangunan material, semakin kami disisih walaupun kedapatan kami yang juga punya kelayakan setara, seperti penjawat jawatan "telephonist" pada sebahagian besar graduan universiti OKU penglihatan, walhal sepanjang 55 tahun kemerdekaan ini, tak kurang di kalangan kami yang turut berkebolehan dalam pelbagai bidang lain seperti seni dan keagamaan;

B. Begitu juga dengan kebergantungan kami yang teramat terhadap produk luar negara yang sememangnya memakan kos tinggi bagi sebahagian besar kami yang juga sukar beroleh pendapatan walaupun untuk sara hidup sendiri dan keluarga, dengan saban waktu berhujjahkan faktor pasaran semata-mata, sedangkan negara dan bangsa lain giat berlumba-lumba menghasilkan produk untuk kegunaan masyarakat OKU mereka;

C. Bakat dan potensi kebolehan kami juga hanya diambil maklum sebahagian kecil masyarakat yang bukan berkedudukan "perencana dasar" sedangkan pelbagai slogan dan janji manis sering ditabur demi meraih sokongan ketika diperlukan;

D. Kedapatan juga prosedur birokrasi yang adakalanya tidak menasabah lagi teramat sukar di samping peruntukan elaun kehidupan yang dipotong mahupun tidak diselaras dengan kos hidup semasa yang kian meningkat sehingga memaksa tuntutan sebegitu terpaksa dilakukan menerusi NGO berkenaan dan individu-individu prihatin, kononnya mereka (petugas agensi berkaitan) hanya patuh kepada undang-undang dan sistem yang ditetapkan;

E. Dari segi "accessibility" serta keselamatan tempat-tempat kunjungan awam seperti stesen-stesen pengangkutan LRT dan lain-lain, terdapat kesukaran bergerak dan adakalanya tidak cekap lagi membahayakan keselamatan, seperti permukaan jalan yang tidak mesra pengguna kerusi roda, tiada pegawai untuk membantu pengguna OKU penglihatan yang bermasalah mobiliti, motosikal yang diletak bagaikan mengikut suka penunggang pada sesetengah kawasan rumah kedai (mungkin disebabkan struktur bangunan dan penguatkuasaan undang-undang yang kurang tegas) dan kedapatan juga projek baik-pulih jalan yang masih belum selesai sedangkan ia dilalui pengguna OKU penglihatan untuk ke persatuan di Brickfields.

7. Justeru, adalah diharap dengan perhatian serius semua ahli masyarakat yang dipimpini oleh Parti Islam Semalaysia terhadap keperluan dan kebajikan semua kategori ahlinya tanpa sebarang sentimen dan rasa prejudis, insya Allah, keadilan, kemakmuran dan kesejahteraan untuk semua akan mampudicapai, sekaligus kita sekalian akan beroleh redha, berkat, rahmat dan ampunan-Nya; juga sebagai jambatan ke arah kebahagiaan hidup dunia dan akhirat. Dengan ini juga, PAS benar-benar sebuah gerakan politik Islam yang telah, sedang dan akan berjaya menterjemahkan rahmat dan keadilan Islam di bumi Malaysia tercinta ini. Akhir kata, kami benar-benar mendoakan kejayaan kalian dalam perjuangan ini, kerana, kejayaan kalian juga bermakna kejayaan buat semua yang sememangnya dahagakan tertegaknya keadilan dan kesaksamaan.


Yang benar,


(MUHAMMAD ADAM LEE BIN ABDULLAH)

Puasa: Pil lewat haid

http://suasanapolitikmalaysia.blogspot.com, 25 Jul 2012
Orang-orang Islam berijmak, kaum wanita yang didatangi haid, tidak wajib berpuasa. Yang wajib dilakukannya ialah mengqadakkan semula puasa itu pada hari-hari lain. Ia merupakan satu keringanan dan rahmat daripada Allah untuk wanita yang didatangi haid. Tubuh badannya pada masa itu, berada di dalam keadaan letih, manakala saraf-sarafnya tidak stabil.

Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan menerusi Mu'azah r.a katanya: 


Ertinya: "Saya pernah bertanya A'isyah r.a: 'Apahal wanita yang didatangi haid perlu mengqadakkan puasa dan tidak perlu menqadakkan solat.' Jawab A'isyah r.a; Adakah puan ini termasuk ke dalam golongan Haruriyah. 'Jawabnya: Tidak, saya bukan dari golongan Haruriyah.'Cuma saya ingin bertanya tentang hal tersebut. Jawab A'isyah r.a; 'Haid sering menimpa kami, lalu kami diperintahkan supaya mengqadakkan puasa tetapi tidak diperintahkan mengqadakkan solat." 1



Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna wanita tidak boleh menggunakan pil yang boleh melewatkan kedatangan haid, bagi membolehkan mereka menjalani ibadah puasa, sebagaimana wanita-wanita Islam yang lain, yang tidak uzur menjalani ibadah puasa.

Walau bagaimanapun, ia perlu memenuhi beberapa syarat di antaranya pertama perlu memastikan pengunaan pil tadi tidak memudarat dan kedua meminta pandangan orang yang berpengalaman dan doktor pakar. 2

Di dalam Islam tidak ada kemudaratan dan tidak boleh memudaratkan orang lain, sebagaimana yang terdapat di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Yahya al-Mazini daripada bapanya:


Ertinya: "Tidak ada kemudaratan dan tidak boleh memudaratkan orang lain." 3

Cuma membiarkan hukum fitrah berjalan ke atas seseorang wanita, adalah lebih utama dan lebih sesuai.

Firman Allah s.w.t


Ertinya: "... iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."
(Al-Rum: 30) 

Tidak pernah dilaporkan ada dari kalangan tokoh besar wanita Islam di zaman Rasulullah, khulafak al-Rasyidin mahupun generasi Taibi'in, yang menggunakan ubat-ubatan tertentu bagi melewatkan kedatangan
haid bagi membolehkan mereka menjalani ibadah puasa, sebagaimana wanita lain yang tidak uzur, menjalani badah puasa.

Jika perbuatan tersebut satu keutamaan, sudah tentu dilakukan oleh mereka, kerana mereka adalah golongan yang begitu cepat melakukan amalan kebaikan dan begitu memahami hukum-hukum syarak.

Nota:

1  Muslim, Sahih Muslim, Bab Wujub Qada' al-Sawm Ala al-Ha'id, hadis nombr 508. Abi Daud, Sunan Abu Daud, Bab Fi al-Ha'id La Taqdi al-Solata, hadis nombor 229.

2  AI-Gardawi,Fatawa Mu'asirah, jilid 1, halaman 324.

3  Malik, al-Muwatta', Bab a-Qada' Fi al-Miffaq, hadis nombor 1234. Ibn Majah, Sunan ibn Majah, Bab Man Bana Fi Haqqihi Ma Yaduyrru Bijarihi, hadis nombor 2331. Ahmad, al-Musnad, Bab Bidayah al-Musnad Abdillah bin al-Abbas r.a, hadis nombor 2719.

Tiada ulasan: