Sabtu, 21 Julai 2012

JANGAN KATA KITA MAKAN DIRI...JANGAN KEMPEN KITA MAKAN DIRI...JANGAN TEKTIK KITA MAKAN DIRI...MUHASABAH DIRI...KITA BAIK ATAU PERANGAI BURUK...RAKYAT DAH BIJAK MENILAI...NI ZAMAN LANGIT TERBUKA...INI ZAMAN INTERNET...ZAMAN ORANG TAK BACA PAPER...TAK TENGOK TV...TAK DENGAR RADIO...NI 2012 BUKAN 1912

Filem rakam 13 Mei bakal cetus kontroversi
  • Zulaikha Zulkifli
  • 4:54PM Jul 20 2012
 
Filem sejarah terbaru Tanda Putera arahan pengarah terkenal Datuk Shuhaimi Baba, yang antaranya merakamkan tragedi berdarah 13 Mei 1969 yang dijangka bakal mencetuskan kontroversi.

Pelbagai pihak tertanya-tanya sama ada filem itu memuatkan babak pemimpin popular DAP Lim Kit Siang yang didakwa kencing di tiang bendera Selangor di rumah menteri besar ketika itu Datuk Harun Idris.

NONEIni ekoran Facebook rasmi filem itu memuatkan gambar lama Lim dengan keterangan bertulis: '

"Lim Kit Siang telah kencing di bawah tiang bendera Selangor yang terpacak di rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Datuk Harun Idris.

"Ketika itu DAP berarak ke rumah Datuk Harun mendesak beliau meletakkan jawatan beberapa hari sebelum tragedi 13 Mei 1969 kerana DAP telah menang besar di dalam pilihan raya.''

Bagaimanapun, menurut seorang penggiat filem yang telah menonton tayangan pratontonnya kelmarin, babak tersebut tidak dimuatkan.

Malah, semakan Malaysiakini juga mendapati, gambar dalam laman sosial itu juga telah dikeluarkan daripada laman sosial rasminya. Ketika semakan kali terakhir dibuat tengah hari tadi, gambar itu masih ada.

NONELim sebelum ini pernah menjelaskan, semasa itu, beliau tidak berada di Kuala Lumpur. Menurutnya lagi, antara 11 hingga 13 Mei 1969, beliau berada di Melaka, Petaling Jaya dan Sabah.

Shuhaimi - pengarah terbaik tiga kali dalam festival filem Malaysia - bagaimanapun ketika dihubungi Malaysiakini hari ini enggan mengulas perkara itu.

''Saya malas nak jawab soalan sebab orang tak tengok lagi filem itu. Lebih baik tengok dulu. Saya harap awak dapat tengok filem ini," kata Shuhaimi.

Babak Anwar Ibrahim juga ada?
Malaysiakini juga berjaya mendapatkan skrip filem itu dan mendapati tiada babak sedemikian dimuatkan.

Berdasarkan Facebook rasmi filem ini juga, antara watak yang menarik ditonjolkan ialah watak Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu pemimpin pelajar.

Bagaimanapun, tidak pasti sama ada babak itu dimuatkan dalam filem itu. Tetapi, berdasarkan skrip, disebut terdapat babak "ketua pelajar" yang ditahan polis dekat pagar Universiti Malaya pada 1970.

Terdapat juga kain rentang yang digunakan dalam filem ini yang turut dipercayai boleh menimbulkan kontroversi seperti ''Melayu balik kampung'' dan ''darah dibalas dengan darah'' dalam bahasa Cina.
NONE
Tanda Putera memfokuskan tentang kepimpinan perdana menteri kedua Tun Razak Hussein dan timbalannya Tun Dr Ismail Abdul Rahman.

Filem yang menelan belanja sehingga RM4.8 juta ini sepatutnya ditayangkan pada 13 September ini. Bagaimanapun, penayangannya terpaksa ditangguhkan untuk suatu masa yang tidak pasti.

Menurut Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) penangguhan tayangan filem itu tiada kena mengena dengan bahang pilihan raya umum ke-13.

Filem yang dibiayai oleh Finas dan Perbadanan Kemajuan Multimedia (MDeC) itu menampilkan beberapa pelakon terkenal seperti Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai dan Linda Hashim.

Shuhaimi sebelum ini terkenal dengan filem-filem seperti Pontianak Harum Sundal Malam, 1957: Hati Malaya, Mimpi Moon dan Layar Lara.
Kait pembangkang dengan pengganas, JI diselar
1:07PM Jul 20 2012  
DAP menyelar kerajaan BN yang didakwa tiada idea dengan mendakwa Pakatan Rakyat diresapi bekas komunis dan pengganas, kata pemimpin popular DAP Lim Kit Siang.

Lim sehubungan itu mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjelaskan kewajaran mereka membenarkan polis Cawangan Khas mengumumkan perkara itu kepada orang ramai.

NONE"Najib dan Hishammuddin patut menjelaskan kenapa mereka memberikan lampu hijau kepada Cawangan Khas mengumumkan cerita yang sukar dipercayai ini," katanya.

Lim berkata, laporan itu hanya menjadi bahan ketawa dan lawak politik paling buruk sepanjang tahun ini dan cuba menentukan penggubalan dasar tertinggi kerajaan dan tahap keselamatan dalam negara.

Bernama malam tadi melaporkan risikan Cawangan Khas polis mendedahkan, terdapat pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan individu yang pernah dikaitkan dengan gerakan komunis berusaha meresapi parti pembangkang selain cuba menjadi calon dalam pilihan raya umum akan datang.

Ketua Penolong Pengarah E2 (M) Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin dilaporkan berkata Cawangan Khas mengesan beberapa elemen JI cuba meresapi PAS selain elemen gerakan komunis cuba meresapi DAP.

Malah, katanya, beberapa pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan PKR juga sering berulang-alik ke Bangkok dan selatan Thailand, dipercayai mengadakan pertemuan sulit dengan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM).
'Penerima kontrak trafik udara KLIA tak cukup syarat'
1:59PM Jul 20 2012  
PKR mendakwa, kontrak untuk membina sistem kawasan trafik udara untuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dianugerahkan kepada syarikat yang gagal menepati keperluan tender.

Naib presidennya Nurul Izzah Anwar berkata, langkah itu diambil meski pun perunding projek Aecom menyarankan syarikat lain yang lebih berkemampuan.

"Meski pun laporan penilaian teknikal Aecom bertarikh 9 Disember 2011 telah mengiktiraf kebolehan syarikat AMP Corporation (M) Sdn Bhd (Amcop) untuk melaksanakan projek tersebut dengan baik dan telah menyarankan AMPCOP dipilih, namun akhirnya projek ini telah diberikan kepada Advanced Air Traffic Systems (AAT)," katanya.

Projek itu dianugerahkan kepada AAT ekoran bidaan terendah RM85.6 juta, untuk mereka, membina dan menguji sistem kawalan trafik udara dalam tempoh 14 bulan di sambungan KLIA, yang dikenali KLIA2.
PRU13: Apa rakyat mahu?
12:59PM Jan 18 2012  
Meskipun tarikh pilihan raya umum ke-13 masih belum diumumkan dan tempoh hayat Parlimen adalah sehingga tahun depan, ramai yang menjangkakan ia akan diadakan tahun ini.
Justeru, Malaysiakini, membuka ruang supaya rakyat negara ini, khususnya pengundi mengutarakan apa yang pada pandangan mereka perlu dilakukan oleh parti-parti yang bertanding.
Ini termasuk apa yang difikirkan mereka patut dilaksanakan oleh wakil rakyat dan kerajaan yang bakal memerintah untuk memastikan Malaysia menjadi sebuah negara yang lebih baik.
Selamat memberikan idea anda!
Hisham 'tak pasti' pengganas cuba resapi Pakatan
5:13PM Jul 20 2012  
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beliau "tidak pasti" tentang dakwaan bahawa pengganas dan komunis cuba meresapi Pakatan Rakyat.

Sin Chew Daily memetik Hishammuddin sebagai berkata, pada masa ini, beliau tidak mempunyai maklumat berkaitan dengan perkara tersebut.
Oleh itu, katanya, beliau tidak boleh kata sama ada ia benar atau tidak.

"Saya hanya boleh katakan sebanyak ini, topik ini sangat sensitif," Hishammuddin dipetik dalam laporan Sinchew Daily online hari ini
Hishammuddin mengulas laporan Bernama yang memetik Ketua Penolong Pengarah E2 (M) Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin bahawa risikan Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan terdapat pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan individu yang pernah dikaitkan dengan gerakan komunis berusaha meresapi parti politik pembangkang selain cuba menjadi calon dalam pilihan raya umum akan datang.
  
Katanya, Cawangan Khas itu mengesan beberapa elemen JI cuba meresapi PAS selain elemen gerakan komunis cuba meresapi DAP.
  
Mohd Sofian dilaporkan berkata beberapa pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan PKR juga sering berulang-alik ke Bangkok dan selatan Thailand yang dipercayai untuk mengadakan pertemuan sulit dengan beberapa bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) di sana.
Tema merdeka jelas kempen BN
  • Abdul Kadir Sheikh Fadzir
  • 3:58PM Jul 20 2012
 
ULASAN Saya terbaca kenyataan yang berbagai oleh Datuk Seri Rais Yatim selaku pengerusi perayaan kemerdekaan peringkat nasional yang merayu supaya semua rakyat Malaysia ketepikan fahaman politik masing-masing dan merayakan bersama perayaan kemerdekaan tahun ini.

Saya mengalu-alukan rayuan beliau itu kerana "kemerdekaan" adalah kepunyaan kesemua rakyat Malaysia dan harus dirayakan bersama sebagai bangsa Malaysia.

NONE










Saya sendiri pernah menjadi pengerusi perayaan kemerdekaan selama 7 tahun (1999-2006). Pada waktu itulah pihak kerajaan telah menukar konsep perayaan dari perayaan Hari Kebangsaan (perayaan rasmi sehari) kepada perayaan bulan kemerdekaan - perayaan selama sebulan.

Tarikh yang ditetapkan juga merangkumi 16 September, iaitu untuk menghormati rakyat kita di Sabah dan Sarawak yang mencapai kemerdekaan secara rasmi pada 16 September.

Oleh sebab perayaan kemerdekaan adalah suatu peluang yang sebaik-baiknya untuk kita merapatkan hubungan di kalangan seluruh rakyat Malaysia dan juga peluang untuk mengenepikan segala persoalan yang mengasingkan kita maka kerajaan begitu berhati-hati mengenai segala perkara yang berkaitan dengan perayaan tersebut - supaya ia tidak menimbulkan sebarang kecurigaan.

Sebaliknya pula perayaan tersebut dapat diterima dan disokong oleh semua pihak.

'Keranamu Malaysia' selama 8 tahun
Antaranya kerajaan memastikan tema perayaan tersebut hendaklah sesuatu yang "neutral" dan boleh diterima oleh semua. Antara tahun 1999 hingga 2006, tema yang dipilih adalah "Keranamu Malaysia".

Oleh sebab tema ini begitu disenangi oleh seluruh rakyat Malaysia maka ia diteruskan selama 6 tahun berturut-turut. Setahu saya tema perayaan pada tahun-tahun sebelumnya pun adalah yang "neutral" dan dapat diterima oleh seluruh rakyat Malaysia sungguhpun ditukar ganti setiap tahun.

Begitu juga dalam semua perayaan selama sebulan itu, pihak pemimpin-pemimpin pembangkang semuanya dijemput untuk menghadiri. Adakalanya mereka dijemput juga ke atas pentas untuk bersama pemimpin-pemimpin kerajaan.

NONESaya sendiri setiap tahun sebelum perayaan bermula akan pergi berjumpa menteri besar Kelantan dan juga menteri besar Terengganu (pada masa itu dipimpin oleh PAS) serta ketua pembangkangpada masa itu Lim Kit Siang supaya memberi kerjasama dan merayakan perayaan tersebut sebagai suatu perayaan yang dipunyai oleh seluruh bangsa Malaysia.

Begitu juga bantuan-bantuan yang berbagai termasuk bantuan bendera yang termampu disalurkan juga kepada kerajaan-kerajaan pembangkang termasuk memberi ruang kepada mereka dalam media massa.

Alhamdulillah, parti-parti pembangkang pada waktu itu telah memberi kerjasama 100 peratus kepada kerajaan dalam menjayakan program-program perayaan Kemerdekaan.

Separuh penduduk Semenanjung tak undi BN

Alhamdulillah, perayaan-perayaan kemerdekaan secara bersama ini dan cara ikhlas telah dapat memajukan hasrat semua pihak memupuk semangat bangsa Malaysia yang benar-benar bersatu padu dan bahagia.

Oleh yang demikian, saya dapat memahami kenyataan kekecewaan yang diluahkan merata-rata mengenai tema perayaan kemerdekaan pada tahun ini iaitu "Janji Ditepati".

NONETema ini begitu jelas kepada semua suatu slogan kempen BN bagi pilihan raya yang hampir datang ini. Ia begitu terang dan terbuka tanpa sorok-sorok.

Ini jelas membuktikan sikap kerajaan yang begitu ego dan begitu yakin tentang kedudukannya. Ia tidak peduli sama sekali dengan perasaan pihak rakyat keseluruhannya. Ia seakan-akan perayaan kemerdekaan juga telah menjadi hak BN.

Saya juga diingatkan bahawa pada pilihan raya 2008, hampir separuh dari pengundi seluruh Malaysia tidak mengundi BN.

Oleh itu sudah wajarlah kerajaan perlu mengambil kira bagaimana untuk menarik sokongan hampir separuh dari jumlah rakyat ini supaya sama-sama dapat merayakan kemerdekaan tersebut.

Perayaan kemerdekaan adalah peluang keemasan untuk merapatkan hubungan muhibah dan kasih sayang di kalangan seluruh rakyat Malaysia. Peluang ini telah pun terbuang begitu saja kerana sikap kerajaan yang telah menjadi begitu ego, sombong dan mementingkan diri.

Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir presiden penaja Parti Ikatan Bangsa Malaysia dan bekas menteri penerangan. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Karpal cabar SB namakan mereka didakwa JI, komunis
  • Hafiz Yatim
  • 3:18PM Jul 20 2012
 
Pengerusi DAP Karpal Singh mencabar polis Cawangan Khas supaya menamakan mereka yang didakwa anggota Jemaah Islamiah (JI) dan komunis yang dikatakan cuba meresapi parti-parti pembangkang

NONESambil menyifatkannya sebagai satu tuduhan liar, Karpal, yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor, berkata langkah itu hanya cuba untuk melemahkan Pakatan Rakyat.

"Saya mencabar Cawangan Khas untuk menamakan anggota JI
dan komunis yang dikatakan telah meresapi Pakatan Rakyat," katanya sambil menambah bahawa ia semata-mata satu taktik licin untuk melemahkan pakatan pembangkang.

Karpal (kanan) telah ditemui selepas prosiding pertuduhan hasutan terhadapnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Penganjur himpunan oren tak arah guna nama, foto Pak Lah
  • Abdul Rahim Sabri
  • 4:21PM Jul 20 2012
 
NGO anti-penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) tidak pernah mengarahkan penyokongnya menggunakan nama dan gambar mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada poster sewaktu perhimpunan Oren Sabtu lalu.

mazlan aliman anti-felda fgv marchBagaimanapun, Koordinator Gerakan Selamatkan Felda (GSF) Mazlan Aliman berkata pihaknya tidak pasti sekiranya ada individu lain yang berbuat demikian.

"Bagi pihak penganjur, tidak ada. Individu (lain), saya tidak tahu," katanya yang juga presiden Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK) melalui kiriman SMS kepada Malaysiakini.

Mazlan mengulas kenyataan Abdulah yang dilapor kecewa dengan tindakan kumpulan yang yang mengadakan perhimpunan 'Oren' menggunakan gambar beliau pada poster perhimpunan itu.

Sementara itu, Bernama hari ini melaporkan Abdullah kecewa dengan tindakan kumpulan yang mengadakan perhimpunan 'Oren' kerana menggunakan gambar beliau pada poster perhimpunan berkenaan.

NONEAbdullah berkata tindakan kumpulan itu menjatuhkan dan memburukkan imejnya sebagai bekas perdana menteri.

"Saya rasa tidak seronok langsung bila mereka (penganjur perhimpunan oren) guna nama dan gambar saya dalam poster, sedangkan saya tiada kaitan langsung dengan perhimpunan itu.

"Sepatutnya mereka tidak boleh buat macam itu dan jangan ambil kesempatan. Saya sangat kecewa dengan tindakan berkenaan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan cek pinjaman Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Kepala Batas hari ini.

orange march anti-felda crowd 2Abdullah berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan kumpulan tertentu yang menggunakan gambar beliau dan tokoh veteran Umno yang juga Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, pada poster Himpunan Oren.

Himpunan Oren anjuran ANAK yang disertai 12 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu sebagai tanda bantahan terhadap penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia.

Abdullah yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas berkata beliau tidak pernah menentang penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia.

"Saya sentiasa menyokong usaha kerajaan untuk meningkatkan ekonomi rakyat dan penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia adalah sesuatu yang bagus," katanya.
'Kementerian pun tak dapat statistik tepat dari polis'
  • Aidila Razak
  • 1:29PM Jul 20 2012
 
Anggota Parlimen Serdang Teo Nie Ching mendedahkan, dua jawapan berasingan di parlimen berhubung perkara sama oleh kementerian yang mendakwa dibekalkan polis, menunjukkan statistik yang bertentangan.

NONEWakil rakyat DAP itu berkata, jawapan bertulis di Parlimen oleh kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat pada 21 Jun lalu menyatakan, seramai 71 suspek didakwa di mahkamah atas kesalahan melakukan keganasan rumah tangga.

Bagaimanapun, jawapan parlimen kepada anggota parlimen Sabak Bernam Abdul Rahman Bakri pada 3 November 2009 oleh kementerian sama menyatakan seramai 104 orang didakwa atas kesalahan sama 2008.

"Kementerian pun tak boleh dapat angka yang tepat daripada polis, bagaimanapun kita boleh harap orang awam percaya kepada polis?" soalnya.
Najib: Rakyat jangan salah pilih pemimpin
5:19PM Jul 20 2012  
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengingatkan rakyat supaya tidak tersalah memilih pemimpin kerana boleh mengakibatkan keamanan negara tergadai sekali gus menyebabkan rakyat hilang
nikmat untuk melakukan ibadat.

Perdana menteri berkata pemimpin sedemikian yang beliau sifatkan sebagai tidak berakal akan memporak-perandakan negara selain meragut kemakmuran rakyat yang dikecapi pada hari ini.

"Kalau kita salah pilih (pemimpin) dengan meletakkan orang yang tidak kena pada tempatnya maka nikmat kemakmuran itu mungkin terlepas dari kita.

"Setakat orang itu baik sahaja, itu belum cukup kerana ada orang yang cuba menampakkan dia baik tapi dia sebenarnya tidak baik," katanya ketika berucap di majlis penyampaian sumbangan kepada 57 buah masjid dan 170 buah surau di parlimen Pekan sempena Ramadan.

Beliau berkata pemimpin yang berakal dan cemerlang adalah pemimpin yang berkemampuan untuk mentadbir negara, membuat dasar-dasar negara, menjana kekayaan dan menjalin hubungan baik dengan negara-negara luar.

Mengambil contoh pemimpin yang tidak berakal, Najib berkata perkara itu dapat dilihat ketika Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu yang membawa pelbagai kesusahan kepada negara dan rakyat kerana sikap keras kepala dan kurang ajar pemimpin pembangkang.

"Ketika Perhimpunan Bersih 3.0 dulu, sudahlah buat angkara dalam negara iaitu secara tidak aman, yang paling parah buat demonstrasi di Tanah Haram, di depan Masjid Nabi dan depan Masjidil Haram yang hampir mengakibatkan kuota haji kita ditarik balik oleh kerajaan Arab Saudi.

"Kenapa pemimpin ini tidak guna akal. Kenapa Tuhan bagi akal dia tak guna. Kenapa semata-mata sebab politik dia sanggup melakukannya di tanah suci," katanya.

Najib berkata tindakan bodoh pembangkang itu hampir menyebabkan jemaah haji Malaysia yang menanti sehingga 10 tahun untuk menunaikan haji terlepas peluang beribadat.

"Akhirnya yang perlu selamatkan keadaan adalah kerajaan saya kerana kita ada hubungan yang baik dengan Raja Abdullah, dengan menggunakan saluran tertentu untuk jelaskan keadaan, Alhamdulillah kuota haji kita tidak terjejas," kata beliau.

Najib dalam pada itu menyeru supaya rakyat mengambil barakah bulan Ramadan dengan memperbanyakkan melakukan amal ibadat dan jariah.

-Bernama

Tiada ulasan: