Rabu, 18 Julai 2012

JIKA TAK UNTUNG...TAK KAN MACAM LIAT NAK SERAH...BUKAN SEDIAKAN KEMUDAHAN ASAS DARI MULA...AMBIL ALIH DARI BEKALAN AIR SELANGOR....DULU TAK DE MASALAH MACAM NI...PUTAR2LAH SIKIT AGAR TAK DIAMBIL ALIH...SUSAH BILA DAH JATUH KE TANGAN ORANG MACAM NI....


Exco: Semua 7 empangan S'gor penuh air

  • Koh Jun Lin
  • 2:24PM Jul 17 2012
Paras air di tujuh empangan di Selangor masih berada pada paras tertinggi, kata exco kanan Selangor, Ronnie Liu.

Justeru, beliau memberi amaran kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) supaya tidak mereka kenyataan berhubung krisis air.

azlanLiu yang memegang portfolio kerajaan tempatan berkata, beberapa ketua kampung dan ahli majlis pagi ini sudah melawat empangan berikut dan mendapati ia masih penuh.

Wakil rakyat DAP itu kemudian mempersoalkan cadangan catuan air di Lembah Klang ekoran tidak berlaku kekurangan air seperti didakwa.

"Kita tidak percaya cerita mereka kerana semua empangan dan sungai dipenuhi air.

"Kenapa perlu catu? Adakah mereka mengaku tidak tahu bagaimana merawat air secara berkesan? Sebenarnya ada banyak air mentah," katanya kepada Malaysiakini.

Beliau menambah, sekiranya SYABAS tidak mampu merawat air mentah, syarikat konsesi itu patut menyokong rancangan menteri besar untuk mengambil alih operasinya.

 
Loke: Menteri kelirukan kabinet RM1.66 juta?

  • S Pathmawathy
  • 2:48PM Jul 17 2012
Menteri Pelancongan, Datuk Ng Yen Yen didakwa mengelirukan kabinet berhubung perbelanjaan lebih RM1.66 juta dalam penganjuran persidangan Persatuan Pelancongan Asia Pasifik (Pata) pada April lalu.

Anggota parlimen Rasah daripada DAP Anthony Loke mendakwa, kabinet meluluskan RM1,738,300 kepada Pelancongan Malaysia, agensi bawah kementerian itu, untuk menyediakan persidangan pada 21 dan 22 April, tetapi kosnya meningkat kepada RM3,402,460.

NONEDakwanya, menurut minit mesyuarat bertarikh 30 Mac dan dokumen lampiran, agensi itu membelanjakan RM292,220 untuk jawatankuasa kerja pengangkutan, terutamanya untuk bahagian pemasaran antarabangsa.

Loke yang juga ketua Pemuda DAP mendakwa, sebanyak RM14,580 dibelanjakan untuk kad prabayar telefon dan "cenderamata manik" untuk kakitangan pemasaran.

Agensi itu juga didakwa membelanjakan RM15,600 untuk "logistik" pegawainya di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) dan Lapangan Terbang Tambang Murah LCCT.

"Menganjurkan persidangan antarabangsa bukannya lesen untuk berbelanja boros," kata Loke lagi.
Noh cabar MB, Exco S'gor lawat loji rawatan air
8:50PM Jul 17 2012
Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata rancangan kerajaan Selangor untuk mengambil alih operasi Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) adalah satu taktik supaya rakyat menyalahkan syarikat pengedar tunggal air bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sebagai penyebab krisis air.

"Air tak ada kena mengena dengan SYABAS. SYABAS hanya jual air yang terawat," katanya selepas menyampaikan sumbangan moreh kepada surau-surau dan masjid-masjid kawasan Parlimen Tanjong Karang hari ini.
  
Anggota Parlimen Tanjong Karang itu berkata kerajaan tadbiran Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim cuba mempolitikkan isu air dan menyalahkan SYABAS.

Beliau yang juga menteri pertanian dan industri asas tani itu mencabar Abdul Khalid dan Exco Kerajaan negeri Dr Xavier Jayakumar supaya turun bersama-sama beliau untuk melawat paras air di loji-loji rawatan air di Selangor yang paras rizabnya berada pada tahap 2.4 peratus daripada 20 peratus yang sepatutnya.

Beliau berkata Kerajaan Persekutuan yang menyedari keperluan bekalan air bagi menampung keperluan air yang meningkat di Lembah Klang dan tanpa mengira kepentingan politik telah menyediakan pelan mitigasi bekalan air berjumlah RM600 juta memandangkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 masih belum mendapat kelulusan pembinaan daripada kerajaan negeri.
  
Di KUALA LUMPUR, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata isu bekalan air yang semakin meruncing di Selangor perlu lebih diutamakan berbanding cuba mempolitikkan isu dengan mengumumkan pengambilalihan SYABAS.

"Saya turut terkesan dengan situasi air di Selangor kerana ia melibatkan seluruh penduduk di Lembah Klang.

"Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui sudah beberapa kali berunding dengan Tan Sri Abdul Khalid (mengenai isu air), dan saya dimaklumkan persetujuan telah diperoleh daripada beliau secara lisan, tetapi apabila dibawa ke mesyuarat Exco ia dibatalkan," katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis tamat latihan Kursus asas Perajurit Muda Sukarela Siri
Khas.

Ahmad Zahid berkata kerajaan negeri seharusnya tidak menjadikan Selangor sebagai sebuah badan korporat.
  
Abdul Khalid harus mengutamakan kepentingan rakyat berbanding kehendak parti yang diwakilinya, kata beliau.
 
"Sebagai tokoh politik (Abdul Khalid) diharap tidak jadikan ia satu keutamaan peribadi tetapi kepentingan rakyat (Selangor) sebagaimana dijanjikan dalam manifesto (pilihan raya) harus diberikan keutamaan," kata Ahmad Zahid.

- Bernama
TPM: S'gor perlu kemuka rancangan jika mahu urus air
8:31PM Jul 17 2012
Kerajaan Negeri Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat perlu mengemukakan rancangan dan pelan mereka untuk menguruskan bekalan air di negeri itu, jika berhasrat mahu mengambil alih peranan itu daripada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS).
  
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pengambilalihan tanggungjawab itu tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya dan perlu dimaklumkan kepada kerajaan pusat berdasarkan peruntukan dalam perjanjian konsesi sedia ada.

"Jadi kalau mereka ingin buat keputusan begitu mereka kena maklumkan. Sama ada, ada asas ataupun tidak itu kita tidak tahu lagi dan kita juga mahu tahu apa perancangan kerajaan negeri dalam nak menyelesaikan krisis air di Selangor. Sebagaimana pelan pembangunan Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 yang belum diputuskan lagi.

"Jadi kalau itu mereka sampaikan kepada kerajaan pusat dan kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui (selaku menteri bertanggungjawab) boleh menilai adakah asas itu asas yang kukuh," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pemimpin Bersama
Rakyat yang diadakan di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Indah, di Tampin hari ini.
  
Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mendakwa Syabas tidak menjalankan tugasnya mengikut perjanjian konsesi dan kerajaan negeri mahu mengambil alih tanggungjawab itu daripada syarikat tersebut.

Muhyiddin berkata, berdasarkan perjanjian konsesi sedia ada, sebarang pengambilalihan tidak boleh buat secara unilateral sebaliknya perlu dirujuk dan mendapat persetujuan bersama antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat.

Katanya, soal pengambilalihan itu boleh dirujuk kepada peruntukan dalam akta dan undang-undang sedia ada, bagaimanapun hakikat yang lebih penting adalah masalah bekalan air yang dihadapi rakyat di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan kawasan sekitar.
  
Beliau berkata masalah tersebut sudah sampai pada tahap yang mencemaskan lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca yang tidak menentu menyebabkan bekalan air di loji-loji menurun pada tahap yang agak rendah.

"Jadi hal sebegini tentu menimbulkan kebimbangan besar terhadap pengguna, jadi apa tanggungjawab kerajaan negeri dalam soal itu. Ini sudah lama kita bincang, sudah kita kemukakan cadangan tapi mereka tidak membuat keputusan.

"Saya tidak mahu campur tangan, tapi mereka menuduh SYABAS tidak mampu menjalankan tugas. Apa pun bagi saya ini keadaan yang amat kritikal sekali," katanya.
  
Dalam perkembangan lain, Muhyiddin yang juga menteri pelajaran berkata, kerajaan tiada halangan terhadap guru untuk memakai pakaian tradisional kaum lain sewaktu mengajar di sekolah selagi tertakluk kepada kod etika berpakaian yang sesuai di sekolah.
 
"Sekarang orang Cina pun pakai baju Melayu, orang Melayu pun pakai Cheongsam, orang India pakai baju Melayu dan kita tidak ada halangan kerana tiada ada sekatan undang-undang mengatakan tidak boleh asalkan cara berpatutan, ikut cara yang terhormat," katanya.
  
Beliau diminta mengulas mengenai beberapa kes di mana ada guru ditegur oleh guru besar dan pengetua kerana memakai pakaian tradisional kaum lain ketika mengajar di sekolah.
  
Muhyiddin berkata kes tersebut adalah terpencil dan menurutnya mana-mana guru yang berasa tidak berpuas hati di atas teguran itu boleh mengemukakan aduan kepada kementerian.

- Bernama
SYABAS: Kekurangan bekalan merujuk pada air terawat
4:06PM Jul 17 2012
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) menyangkal dakwaan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa syarikat itu tidak menjalankan tugasnya mengikut perjanjian konsesi.

"Ini merupakan satu tuduhan yang tidak berasas dan tidak benar sama sekali," kata Pengarah Eksekutif Perkhidmatan Teknikalnya V Subramaniam dalam sidang media khas di ibunegara hari ini.
  
Semalam, Khalid mengumumkan cadangan pengambilalihan syarikat air berkenaan bagi menangani krisis air di kawasan Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya, yang pengurusan sistemnya didakwa mempunyai unsur "keraguan".

Subramaniam berkata krisis bekalan air yang sedang melanda ketika ini disebabkan kurangnya bekalan air terawat untuk diagihkan, yang berpunca daripada keengganan kerajaan Selangor mengeluarkan arahan pembangunan untuk projek pembinaan Loji Langat 2.

"Ia juga berpunca daripada kegagalan kerajaan negeri tersebut untuk mewartakan perlarasan tarif yang telah ditetapkan dalam perjanjian konsesi," katanya.
  
Subramaniam juga berkata kenyataan yang dibuat oleh menteri besar Selangor yang mengatakan keadaan bekalan air mentah di empangan sedia ada mencukupi sehingga melimpah, adalah tidak tepat dan mengelirukan.

"Sebenarnya isu kekurangan bekalan air merujuk kepada air terawat untuk memenuhi keperluan pengguna," katanya.
  
Beliau turut menjelaskan bahawa kerajaan pimpinan Khalid itu mengarahkan pembekuan perbelanjaan modal SYABAS, dan ini turut membantutkan usaha syarikat itu untuk mengurangkan kadar kehilangan air tanpa hasil.
  
Subaramaniam berkata perkara itu telah dimaklumkan melalui sembilan mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah sejak dua tahun lepas.
  
"Setiap kali mesyuarat Lembaga Pengarah, kerajaan negeri yang menguasai 30 peratus kepentingan dalam syarikat berkenaan, turut dimaklumkan menerusi wakilnya mengenai kedudukan bekalan air yang kritikal, tetapi tiada sebarang tindakan diambil oleh kerajaan Selangor sehingga kini," tambahnya.
  
Pada masa yang sama, Subramaniam menjelaskan kegagalan kerajaan Selangor untuk mewartakan perlarasan tarif, telah menyebabkan tanggungan tertunggak SYABAS kepada operator loji rawatan air.

- Bernama

'Rakyat hilang air percuma jika terus Projek Langat 2'

  • Dr Xavier Jayakumar
  • 8:33AM Jul 17 2012
ULASAN Saya ingin mengulas kenyataan Datuk Seri Noh Omar, menteri pertanian asas tani merangkap timbalan pengerusi Umno Selangor  yang mengatakan bahawa rakyat Selangor akan terus diberikan air percuma sekiranya BN berjaya merampas Selangor dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13 yang akan datang.

Saya ingin menegaskan bahawa kenyataan Noh itu tidak berasas dan merupakan retorik politik berdasarkan beberapa fakta:

(1) Kos penyaluran air mentah dari Pahang ke Selangor dan Pembinaan Loji Langat 2 adalah bernilai RM8.65 bilion. Selain dari itu kerajaan negeri juga terpaksa membayar RM60 juta 'royalti air' setiap tahun kepada Pahang bagi air mentah tersebut .

(2) Walaupun dana keseluruhannya ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Persekutuan tetapi sumber dana tersebut diperolehi dari pinjaman dari Japan International Cooperation Agency (JICA) dari negara Jepun.

(3) Bagi membayar bagi kos projek, kerajaan Pusat (melalui pembekal dan pengedar air tunggalnya, iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) tiada pilihan lagi melainkan mengenakan kadar tarif (harga air) yang tinggi kepada pengguna iaitu rakyat Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya.

(Kita menjangkakan bahawa harga akan akan meningkat sehingga 70 peratus selepas Loji Langat 2 siap sepenuhnya  dijangka pada tahun 2014.)

(4)  Sekiranya kenaikan air tersebut berlaku di mana rasionalnya untuk memberikan  20 meter padu air percuma kepada rakyat Selangor dan pengguna-pengguna yang lain.

(5) Harus juga diingat bahawa SYABAS adalah sebuah syarikat korporat swasta yang berorientasi ‘keuntungan’ (profit making company) dan kita tidak nampak SYABAS mampu mengorbankan keuntungannya bagi tujuan tersebut.

(6) SYABAS juga dilaporkan menanggung hutang bernilai RM2.8 bilion kepada operator loji rawatan air dan dalam keadaan kewangannya yang meruncing ini maka adalah sukar untuk SYABAS memberikan air percuma.

(7) Harus diingat bahawa rekod kami menunjukkan bahawa kerajaan negeri membelanjakan RM144 juta setahun bagi pemberian 20 meter padu air percuma kepada rakyat Selangor.

Jadi berdasarkan fakta-fakta di atas jelaslah Noh Omar hanya bercakap kosong, sekadar menabur gula-gula politik bagi mengaburi mata rakyat Selangor.          

dr xavier jayakumar official photoDR XAVIER JAYAKUMAR adalah exco kerajaan negeri Selangor yang bertanggungjawap terhadap isu air di negeri tersebut. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.

DAP: BN 'beban' sebenar PNSB

  • S Pathmawathy
  • 4:55PM Jul 17 2012
Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) mampu memikul hutang RM230 juta untuk tanah yang diperoleh daripada Perbadanan Menteri Besar Selangor kerana kedudukan kewangannya meningkat selepas 2008, kata Tony Pua.

Setiausaha publisiti DAP itu berkata, kewangan PNSB yang sebelum ini mengalami kerugian untuk empat tahun berturut-turut sejak 2005, kini berkembang pesat selepas Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor.

bank negara fsrc building 010712 tony pua"Selain rugi RM15.6 juta pada 2008, firma pembangunan negeri itu, selepas beralih daripada BN kepada Pakatan, PNSB merekodkan keuntungan RM8 juta pada 2009, RM23.4 pada 2010 dan RM28.4 pada 2011," kata Pua (kanan).

Ketua Biro Profesional Muda MCA Datuk Chua Tee Yong pada 13 Julai lalu meminta penjelasan kerajaan Selangor mengenai beban hutang yang terpaksa ditanggung PNSB ekoran pembelian tanah di Bukit Beruntung 2 dan Bestari Jaya dari kerajaan negeri.

Beliau dilaporkan berkata, berdasarkan laporan akaun PNSB tahun 2009, perbadanan itu dalam keadaan kewangan yang sihat, bebas hutang serta memiliki wang tunai dan simpanan tetap sebanyak RM76 juta.

Bagaimanapun, tambahnya, PNSB kini terpaksa menanggung pinjaman bank dan bayaran faedah berjumlah RM316 juta gara-gara pembelian dua tanah yang ditawarkan oleh kerajaan negeri Selangor itu.
Muhyiddin dakwa MCA 'tak faham' sentimen akar umbi
6:34PM Jul 17 2012
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat telah menyinggung perasaan pemimpin parti komponennya dengan menuduh MCA "tidak memahami" sentimen golongan Cina.

Muhyiddin dalam mesyuarat agung Umno bahagian Batu pada Ahad lalu didakwa telah menuduh parti komponen BN – khususnya MCA dan MIC – gagal memahami sentimen golongan Cina dan India.

Satu laporan Sin Chew Daily melaporkan Muhyiddin sebagai berkata, pemimpin tempatan perlu memahami sentimen semua kaum untuk membolehkannya memenangi mana-mana kerusi.

Muhyiddin dilaporkan berkata, beliau biasanya akan menerima taklimat berhubung sentimen akar umbi apabila beliau mengunjungi bahagian Umno.

Namun parti komponen nampaknya bermasalah untuk memberi taklimat itu, katanya dalam laporan tersebut.

Muhyiddin yang menyebut parti MCA secara khusus berkata, beliau tidak faham mengapa parti itu tidak boleh "membaca" sentimen masyarakat Cina.

“Adakah orang Cina begitu rumit? Tidak bolehkah sikap mereka difahami?," soalnya.

Muhyiddin juga berkata masyarakat Cina tidak akan menyatakan perasaan mereka dengan bebas apabila didekati BN, tetapi akan berbuat demikian melalui pihak ketiga.

Beliau memberi contoh kawasan yang diwakilinya di Pagoh, di mana bahagian Umno dan MIC berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi 1,744 pengundi India dalam masa sebulan.

Muhyiddin berharap MCA dan MIC akan mencontohi perkara itu.

Dalam satu kenyataan balas, timbalan presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai mendakwa timbalan perdana menteri itu gagal memahami rakyat Malaysia secara keseluruhan.

"Beliau kata MIC dan MCA tidak memahami suara rakyat. Pada pendapat saya, timbalan perdana menteri mesti memahami suara semua rakyat dan bukan mendengar kepada orang Melayu?," katanya.

Liow berkata apa yang orang Cina mahu ialah dasar yang adil dan bukan berat sebelah.

Katanya, Muhyiddin tidak boleh hanya menjaga keperluan orang Melayu tetapi keperluan semua rakyat Malaysia.

Muhyiddin tidak akan membuat kenyataan seperti itu sekiranya beliau memahami perkara itu, kata Liow lagi seperti dipetik Oriental Daily.

Tiada ulasan: