Jumaat, 27 Julai 2012

BAGUSLAH USRAH ARTIS TELAH DIHIDUPKAN..HARAP2 AHLI2 BIASA GITU JUGAK...JANGAN TAK LAYAN PULAK SEBAB MEREKA BUKAN ARTIS....MAAF YE...MUNGKIN AKAN DATANG BANYAK ARTIS KAHWIN DENGAN USTAZ2 ATAU USTAZAH2...BAGUSLAH...RAMAI LAGI AKAN BERTAQWA DAN BERJUANG ISLAM...INSYAALLAH...JANGAN TERUS HILANG DARI BERJUANG DAH....NIAT KENA BETUL...BERJUANG HANYA UNTUK ALLAH...BUKAN KERANA2 YANG LAIN...ALLAH TAK BOLEH DISYIRIKKAN@SYER2

Cukai eksais kereta kecil dari belanja luar jangka PM

Harakahdaily, 27 Jul 2012
KEADILAN mengalu-alukan pelbagai maklumbalas setakat ini berhubung cadangan menurunkan harga kereta melalui kaedah rombakan struktur cukai yang dikenakan ke atas kereta terutamanya cukai eksais dan cukai import.

Maklumbalas yang bertalu-talu mengesahkan pandangan KEADILAN bahawa isu ini adalah isu rakyat yang perlu dibincangkan di peringkat nasional.

Kenyataan beberapa pimpinan Umno/Barisan Nasional yang cepat melatah bahawa rombakan struktur cukai ini akan menurunkan harga kereta berjenama antarabangsa setara dengan harga kereta-kereta Proton menampakkan mereka tidak memahami konsep cukai eksais.

Cukai eksais yang dikenakan terhadap pembelian kereta adalah cukai menyeluruh yang tidak membezakan di antara jenama dan model kereta tempatan atau antarabangsa. Cukai eksais adalah cukai yang dikenakan terhadap sesuatu kumpulan barangan, maka cukai eksais terhadap pembelian kereta adalah cukai yang dikenakan terhadap mana-mana pembelian kereta pada kadar yang sama.

Struktur cukai-cukai yang kini dikuatkuasakan ke atas pembelian kereta adalah seperti berikut:






Ini bermakna, hampir semua kereta yang dijual oleh Proton dan Perodua dicukai sekurang-kurangnya 85% dalam bentuk cukai eksais dan cukai jualan; samalah dengan model-model yang dijual oleh Honda, Toyota dan lain-lain.

Oleh itu, jika rombakan struktur cukai dibuat dan cukai eksais dihapuskan, harga kesemua model kereta (baik Proton, Perodua, Toyota, Honda dan lain-lain) akan turun secara berkadar terus dengan jumlah cukai eksais yang dikenakan selama ini.

Maka, harga kereta Proton dan Perodua masih kekal sebagai harga kereta terendah di pasaran pada harga purata di bawah RM30,000 setiap satu model, berbanding kereta-kereta lain (seperti Honda, Toyota dan lain-lain) yang harganya akan jatuh sekitar RM50,000 setiap satu model secara purata.

Ini mengukuhkan pendirian KEADILAN bahawa rombakan struktur cukai ke arah memastikan harga kereta berada pada paras yang munasabah dan adil kepada rakyat adalah penting untuk menambahkan pendapatan bolehguna (disposable income) rakyat dan mengurangkan bebanan mereka.

Saya juga membidas reaksi awal pimpinan Umno/Barisan Nasional yang mempersoalkan sumber kewangan untuk membiayai rombakan struktur cukai kereta ini. Anggaran KEADILAN menunjukkan hasil kutipan cukai eksais dan cukai jualan dari jualan kereta setiap tahun adalah RM8 bilion.

Semakan ke atas segala perbelanjaan diluar perancangan oleh Perdana Menteri dan peningkatan mendadak perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri menunjukkan jumlahnya jauh mengatasi RM8 bilion yang diperlukan untuk membantu rakyat ini.

Contoh-contoh perbelanjaan diluar perancangan oleh Perdana Menteri termasuklah Bantuan Rakyat 1Malaysia (RM2.6 bilion), Bantuan Kembali Ke Sekolah 1Malaysia (RM530 juta), Bantuan Buku 1Malaysia (RM260 juta) dan pelbagai skim membeli undi rakyat di bawah jenama 1Malaysia; serta pelbagai pengumuman peruntukan projek segera sepanjang Jelajah Janji Ditepati (dianggarkan mencecah RM180 juta setakat ini).

Jika jumlah ini (sebanyak RM3.57 bilion) dicampur dengan pengumuman bonus terbaru kepada kakitangan awam sebanyak RM2.2 bilion, jumlah segala gula-gula yang sewenang-wenangnya digunakan oleh Perdana Menteri untuk membeli undi rakyat adalah RM5.77 bilion.

Sejak menjadi Perdana Menteri dalam tahun 2009, perbelanjaan mengurus dan pembangunan oleh Jabatan Perdana Menteri juga naik mendadak. Secara puratanya (dengan membandingkan perbelanjaan di bawah pentadbiran Tun Abdullah Badawi dengan purata perbelanjaan tahun-tahun 2009, 2010, 2011 dan peruntukan 2012), perbelanjaan mengurus Jabatan Perdana Menteri telah melonjak sebanyak RM1.4 bilion, sementara perbelanjaan pembangunan meningkat sebanyak RMRM4.6 bilion.

Ini bermakna, jumlah keseluruhan perbelanjaan diluar perancangan dan perbelanjaan tambahan sesuka hati oleh Perdana Menteri setiap tahun adalah seperti berikut:





Sebab itu KEADILAN yakin bahawa rombakan struktur cukai ke arah memastikan harga kereta lebih murah tidak akan membebankan negara jika segala keborosan Perdana Menteri dihentikan.

Malah, KEADILAN juga telah membincangkan mekanisme rombakan struktur cukai secara terperinci untuk memastikan penghapusan cukai eksais kelak akan diganti dengan sumber pendapatan yang baru. Mekanisme ini akan diumumkan oleh Ketua Umum KEADILAN, Dato’ Seri Anwar Ibrahim minggu depan sekembalinya beliau dari mengerjakan ibadah umrah.

Perkara ini perlu diperdebatkan dengan lebih halus supaya rakyat boleh membuat keputusan mengenai kaedah percukaian kereta yang paling adil kepada mereka.

------------------------------------------------------------------------------------------

Kenyataan media yang dikeluarkan oleh MOHD RAFIZI RAMLI, PENGARAH STRATEGI KEADILAN, NIK NAZMI NIK AHMAD PENGARAH KOMUNIKASI KEADILAN dan SIM TZE TZIN, TIMBALAN KETUA PENERANGAN KEADILAN.



Anwar akan umum formula turun harga kereta

Muhammad Faizal, 27 Jul 2012
PETALING JAYA: Pakatan Rakyat yakin rombakan struktur cukai bagi memastikan harga kereta lebih murah, tidak akan membebankan kewangan negara jika segala keborosan perbelanjaan luar perancangan Perdana Menteri dihentikan.

Perkara itu dinyatakan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang membidas reaksi awal pimpinan Umno-Barisan Nasional yang mempersoalkan sumber kewangan untuk membiayai struktur cukai kereta ini.

"Anggaran PKR menunjukkan hasil kutipan cukai eksais dan cukai jualan dari jualan kereta setiap tahun adalam RM8 bilion.

"Manakala semakan ke atas segala perbelanjaan diluar perancangan oleh Perdana Menteri dan peningkatan mendadak perbelanjaannya menunjukkan jumlahnya jauh mengatasi RM8 bilion yang diperlukan untuk membantu rakyat ini," jelasnya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR.

Menurutnya, perbelanjaan di luar perancangan termasuklah Bantuan Rakyat 1Malaysia (RM2.6 bilion), Bantuan Kembali ke Sekolah 1Malaysia (RM530 juta), Bantuan Buku 1Malaysia (RM260 juta) dan pelbagai skim beli undi sepanjang jelajah janji ditepati dianggarkan mencecah RM180 juta setakat ini.

"Jika jumlah ini (RM3.57 bilion) dicampur dengan pengumuman bonus terbaru iaitu sebanyak RM2.2 bilion, jumlah sewang-wenangnya digunakan oleh Perdana Menteri untuk beli undi adalah RM5.77 bilion.

"Sejak Datuk Seri Najib Razak mengambil jawatan Perdana Menteri, perbelanjaan pengurusan dan pembangunan oleh Jabatan Perdana Menteri naik secara mendadak," tambahnya.

Rafizi menyatakan, perbelanjaan pengurusan telah melonjak RM1.4 bilion sementara perbelanjaan pembangunan meningkat sebanyak RM4.6 bilion dan bagi keseluruhan jika disekalikan dengan perbelanjaan di luar perancangan berjumlah RM11.8 bilion.

"Sebab itu kita ia tidak membebankan negara jika rombakan cukai dilakukan.

"PKR juga telah membincangkan mekanisma rombakan struktur cukai secara terperinci untuk memastikan penghapuskan cukai eksais kelak digantikan dengan sumber pendapatan terbaru," kata beliau lagi.

Menurutnya, mekanisma ini akan diumumkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu hadapan setelah beliau pulang dari mengerjakan umrah.

30 artis sudah sertai usrah

Salmah Mat Husain I Gambar Rizal Tahir, 27 Jul 2012
KOTA BHARU: Program usrah yang diadakan dikalangan artis bermula tahun lalu bertujuan untuk meningkatkan tahap keimanan dikalangan artis, khususnya yang telah berhijrah.

Artis Hayati Hamzah atau Yatt Hamzah (gambar) ketika dihubungi Harakahdaily memberitahu, walaupun mereka telah berhijrah khususnya artis wanita dengan menutup aurat, namun kelas-kelas agama dan usrah perlu dihadiri untuk mempertingkatkan ilmu dan iman masing-masing.

Menurutnya, andainya dahulu hanya lima orang sahaja artis yang sudi menghadiri kelas usrah, bagaimanapun kini telah meningkat lebih 30 artis pada satu-satu masa.

“Antaranya yang bersama kami Enod, Irma Hashime dan lain-lain lagi,”ujarnya ketika dihubungi hari ini.

Beliau bagaimanapun memberitahu, kelas usrah sepanjang Ramadan ini terpaksa ditiadakan memandangkan para ustaz yang mendalikan program itu untuk mereka kesuntukkan masa.

“Kelas usrah kami diadakan pada waktu malam, bayangkanlah andainya waktu malam usrah diadakan, pukul berapa ianya harus bermula memandangkan solat sunat terawih juga siap agak lewat.

“Ustaz yang membimbing kami juga ada diantara mereka memenuhi jemputan sebagai pengkuliah di luar Kuala Lumpur,”ujarnya.

Untuk itu, katanya anggota usrah berkenaan menunaikan solat sunat terawih di beberapa tempat yang sesuai untuk mereka khususnya di tempat yang berhampiran kediaman masing-masing.

Yatt Hamzah yang juga seorang pelakon baru-baru ini diundang oleh kerajaan Kelantan untuk memenuhi program Bicara Selebriti ke-5 sempena Hari Hiburan Islam (Hai) 12 Julai lalu.

Selain Yatt, bloger Saifulislam.com, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, artis Indonesia, Kholidi Masadil Alam dan Ana Rafali dijemput sebagai panel menjayakan program itu.

“Tapi kalau Yatt, Yatt lebih selesa di Masjid Wilayah, kat sini imam dari Mekah dan Madinah menjadi imam solat,”ujarnya.

Bersesuaian dengan bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan ini, beliau akan mengambil kesempatan sebaik mungkin untuk ke arah yang lebih baik, khususnya sentiasa istiqamah dengan penghijrahan itu.

Antara mereka yang memainkan peranan penting sebagai naqib pada program usrah sekali seminggu itu,  Ustaz Rusdi Ramli, Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Ghazali Ibrahim dan lain-lain.

Tazkirah Nik Aziz melalui radio THR

Rizal Tahir, 27 Jul 2012
KOTA BHARU: Kuliah agama yang dikenali 'Kapsul Ramadan THR' yang disampaikan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, telah bermula 3 Ramadhan lalu.

Siri kuliah yang akan turut disampaikan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob itu berlangsug selama sebulan dan akan berakhir 3 Syawal ini.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi negeri, Dr Mohamed Fadzli Hassan, berkata tazkirah berkenaan mengambil masa dua minit setengah.

Katanya, ianya akan disiarkan sebelum zohor dan setengah jam sebelum berbuka di station radio THR.fm.

“Selain Tuan Guru dan timbalannya, anggota-anggota exco kerajaan negeri juga akan menyampaikan tazkirah masing-masing termasuk Wan Ubaidah serta beberapa orang wakil rakyat yang lain,” ujarnya.

Siaran radio swasta ini boleh didengari oleh tiga buah negeri di pantai timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang dan mendapat sambutan 1.7 juta pendengar di tiga buah negeri terbabit.

Ianya juga boleh diikuti di radio online Astro.

Guan Eng boleh maafkan Utusan, NST jika…

Roketkini.com, 27 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Bersempena dengan bulan Ramadan yang mulia, Lim Guan Eng menyatakan kesediaannya memaafkan dosa-dosa Utusan Malaysia terhadap beliau, dengan syarat akhbar milik United Malays National Organisation itu memberi hak dan peluang untuk beliau menjawab tuduhan dan fitnah mereka.
Setiausaha Agung DAP itu menyuarakan kesediaan beliau untuk memaafkan akhbar Utusan dan juga New Straits Times (NST), yang turut dikuasai UMNO, yang sering memutarbelit kenyataan-kenyataan beliau tanpa memberi peluang dan ruang untuk sebarang penjelasan atau jawapan.

“Kebebasan akhbar merangkumi hak untuk kedua-dua pihak untuk memberikan kenyataan mereka. Kebebasan akhbar bukanlah kebebasan untuk memfitnah,” katanya di majlis berbuka puasa anjuran Roketkini di ibu pejabat DAP di sini malam tadi.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang telah dua kali memenangi kes saman mahkamah terhadap fitnah yang disiarkan Utusan Malaysia. Namun Utusan tidak pernah serik kerana terus ‘dilindungi’ oleh UMNO untuk terus memfitnah Guan Eng dan DAP.

“Sekurang-kurangnya bagi saya peluang untuk menjawab,” ujar beliau lagi sambil menambah bawa hak menjawab ini telah dinafikan kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

“Kita boleh pulihkan hubungan di antara pihak saya dan surat khabar yang dimiliki oleh Barisan Nasional dan UMNO,” tambah beliau.

Pentadbiran Guan Eng sebelum ini dikritik kerana menghalang Utusan Malaysia daripada menghadiri sidang medianya atau membuat liputan programnya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang sejak akhbar tersebut menyiarkan fitnah kononnya beliau mahu menghapuskan DEB pada 2008.

Sejak itu Utusan tidak pernah berhenti membohongi pembacanya tentang Guan Eng dan DAP. Akhbar yang berbaur perkauman itu telah menuduh DAP mahu menubuhkan negara Kristian, menubuhkan negara komunis, dan pelbagai tohmahan yang palsu serta tidak masuk akal.

Semua itu dilakukan semata-mata mahu membangkitkan kemarahan dan kebencian orang Melayu terhadap Guan Eng dan DAP yang demokratik, adil dan menerima semua kaum sebagai ahli.

Ada pihak mempertahankan tindakan Guan Eng kerana Utusan hanyalah lidah rasmi UMNO yang menyamar sebagai akhbar harian. Sepatutnya Utusan dikenakan sekatan yang sama seperti lidah rasmi parti lain, iaitu hanya dibenarkan terbit dua kali sebulan serta dihadkan kepada ahli-ahli UMNO sahaja.

Guan Eng berharap Utusan dan NST menerima tawaran beliau kerana itu pun hanyalah mengingatkan media tentang kebebasan dan tanggungjawab mereka untuk menyiarkan berita serta memberi hak untuk menjawab.

“Mungkin kita ada semangat Ramadan, tak tahu mereka ada semangat Ramadan atau tidak,” katanya.


Tiada ulasan: