Jumaat, 27 Julai 2012

SUMBANGAN DIHULUR...DOA DIPANJATKAN...BUKAN SAJA KESELAMATAN TAPI PERLINDUNGAN JUGA...'YA SELAMATKAN SELURUH PENDUDUK ISLAM DIDUNIA LEBIH2 LAGI DI ROHINGYA...LINDUNGI KAMI SERTA MEREKA KERANA ENGKAU SEBAIK2 PERLINDUNG...BALASLAH KEJAHATAN MEREKA SETIMPAL DENGAN KEJAHATAN MEREKA LAKUKAN...JADIKAN KAMI SERTA MEREKA ORANG ISLAM YANG TAAT SERTA TAQWA...MAKBULKAN DOA KAMI YANG HINA DINA ...YA ALLAH ...AMIN YA ROBBILALLAMIN'

Berikut lokasi himpunan aman Rohingya hari ini

Harakahdaily, 27 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan mengadakan himpunan aman di beberapa lokasi di seluruh negara hari ini bagi membantah pembunuhan beramai-ramai terhadap umat Islam Rohingya.

Himpunan aman ini akan dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS peringkat negeri dengan kerjasama NGO Islam yang lain.

Antara negeri yang telah memaklumkan tempat program himpunan aman ini adalah seperti berikut;

1. Melaka - hadapan masjid Al-Azim, Masjid Negeri

2. Kedah - Masjid Bakar Arang Sungai Petani

3. Pahang - Muazzam Shah

4. Selangor dan Wilayah - Masjid al-Syarif, Gombak

5. Johor - Bandar Baru Uda pada 29 Julai jam 5 petang

6. Sabah - Masjid SDA, Kota Kinabalu

Setiausaha DPPM, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, pihaknya turut menggesa agar Kerajaan Malaysia mengambil satu langkah berkesan untuk memastikan ummat Islam Rohingya tidak lagi disembelih dan dibantai sedemikian kejam.

"Ummat Islam harus bangkit berdoa dan bermunajat kepada Allah Azza wa Jalla agar menyelamatkan Ummat Islam Rohingya sekaligus menghancurkan regim zalim yang melakukan pembersihan etnik ke atas ummat Islam Rohingya," katanya.

Sementara itu, Lajnah Antarabangsa DPPM katanya akan mengambil peranan untuk membuat bantahan dengan menghantar memorandum rasmi ke Wisma Persekutuan dan juga kepada pihak bertanggungjawab antarabangsa seperti OIC, NAM dan lainnya untuk segera mengambil tindakan menghentikan kekejaman tersebut.

Anak kecil tahanan ISA tanya di mana ayah

Wan Nordin Wan Yaacob, 27 Jul 2012
DALAM keghairahan menjalani ibadah puasa bermula 21 Julai lalu, mungkin suasana yang berbeza dialami keluarga malang tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dipisahkan daripada keluarga tersayang.

Tatkala anak-anak lain dijanjikan bapa tersayang, jika berpuasa penuh bakal mendapat ganjaran pelbagai bentuk termasuk wang, baju raya yang lebih dan duit raya, selain memenuhi tuntutan rukun Islam, anak-anak mangsa tahanan ISA setiap tahun terpaksa menjalani ibadah puasa tanpa belaian dan dorongan si ayah.

Jauh sekali untuk menikmati suapan tangan penuh kasih sayang ketua keluarga, malah mungkin makan dan minum mereka sekadar alas perut di kala anak-anak keluarga lain sedang khusyuk menikmati juadah pelbagai aneka di bulan penuh keberkatan.

Begitulah  nasib 13 keluarga tahanan yang menetap di beberapa perkampungan di sekitar Tawau, Sabah. Dan masih ada lagi keluarga yang teraniaya di Kuala Lumpur apabila suami atau ayah tercinta terus dikurung tanpa bicara di Kamunting, Perak.

Penulis dan Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman pernah menyantuni keluarga tahanan yang dizalimi itu di Tawau semasa kembara ISA ke Negeri Bawah Bayu itu.

Beberapa anak dan isteri mangsa tahanan ISA meluahkan keperitan hidup mereka setelah suami mahupun anak ditahan di Semenanjung (di Kem Tahanan di Kamunting, Taiping) yang jaraknya bukan kepalang. Tiada upaya mereka untuk menziarahi dan menatap wajah orang tersayang.

Paling memeritkan, kehidupan yang dilalui dua keluarga Shamsuddin Alip dan Bakar Baba yang ditahan semula sejak November tahun lalu.  Tempoh bersama begitu terhad  sekali sebelum dicekup semula.

Penahanan kali kedua itu membuatkan keluarga mangsa cukup trauma, dan paling menyedihkan anak-anak terus menanggung derita rindu belian, kasih sayang dan prihatin sorang bapa.

Air mata isteri Bakar Baba, Zorhana Abdul Razak tak henti-henti berderai dari kelopak matanya yang sayu, menceritakan nasib yang melanda dirinya dan anak-anak.

Anak-anak masih bersekolah dan ada yang masih kecil, tidak tahu ke mana ayahnya ditempatkan. Mahu menjenguk bapa amatlah jauh, dan alasan kononnya bekerja terpaksa dihidangkan ke telinga anak-anak tatkala sang anak bertanyakan ke mana ayah pergi.

Menceritakan kesengsaraan hidup selepas suami ditahan ISA, Zorhana Abdul Razak (isteri Bakar Baba) yang menetap di Kampung Muhibbah Raya kini terpaksa menggalas tugas seorang ibu, bapa dan pelindung kepada enam anaknya yang masih kecil.

Zorhana hanya menumpang di rumah ibunya yang juga semakin uzur tanpa ada pendapatan yang tetap. Zorhana ketika ditemui dalam kunjungan Harakah pada 26 April lalu berkata, penzaliman ke atas suaminya cukup membakar jiwanya.

Perasaan bimbang dan takut mengenai keselamatan diri dan anak-anak pula sentiasa bermain di benak Zorhana. Jika bertemu masyarakat pastinya khabar si suami jua yang ditanyakan masyarakat sekeliling kepadanya.

Entah apa lagi alasan yang mahu diletakkan ke bibir masyarakat tatkala suami masih terus ditahan di tirai besi yang entah bila akan bebasnya.

Hapusnya ISA tetapi tidak menghapuskan perintah tahanan yang dikenakan ke atas suaminya. Perit sekali perasaan yang berbuku di hati Zorhana tatkala memikirkan soal makan minum, kesihatan dan persekolahan anak-anak juga terus menjadi bebanan fikiran.

Manakala kehadiran anggota polis Cawangan Khas (SB) pula sering mengganggu perasaan. Ada yang berjanji mahu menyelesaikan masalah suaminya, namun tidak kurang yang datang mengugut.

Perkiraan Zorhanan mudah, jika suaminya bersalah, maka ke muka pengadilan harus dihadapkan Bakar Baba agar mahkamah yang 'entah telus atau tidak' itu setidak-tidaknya boleh mengadilinya.

Lebih malang lagi, kata Zorhana, masyarakat persekitaran termasuk teman-teman dan keluarga sendiri yang tidak memahami perkara sebenar seolah-olahnya memandang serong dan tidak mengambil peduli hal ehwal mereka.

Meskipun kental berdepan mehnah hidup, namun titisan airmata menjadi peneman, tatkala anak-anak bertanyakan ayahnya. Kini ketika Ramadan dilalui, suami tercinta masih didera di belakang tirai besi, mengurung segala kasih dan sayang yang selama ini tersisa lagi.

Zorhana terpaksa menyembunyikan perasaan sedih dihadapan anak-anak yang masih tidak mengenal soal kezaliman pemerintah ke atas ayahnya.

Tawa-hilai anak sahajalah kini menjadi bekalan sedikit sebanyak buat Zorhana bersama ibu yang sudah tua untuk menghiburkan hati yang lara setelah suami tercinta terkurung dalam tirai besi.

Satu sahaja harapan Zorhana agar suami tercinta dibebaskan secepat mungkin kerana ISA telahpun dimansuhkan dan lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan dan bakal disusuli Syawal.

Dalam kesempatan bertemu Zorhana di rumah ibunya itu, Zorhana tidak henti-henti mengucapkan terima kasih dan penghargaan tidak terhingga kepada Harakah atas sumbangan kewangan dan bantuan barang keperluan harian kepadanya.

Sambil menitiskan airmata, beliau turut berpesan kepada penulis agar Harakah terus memperjuangkan isu-isu penzaliman ke atas rakyat seluruhnya, bukan sahaja isu membabitkan suaminya.

Sementara itu, seorang ibu tua, Aminah Dalat (ibu kepada Shamsuddin Alip) pula menyifatkan tindakan kerajaan meneruskan penahanan kali kedua anaknya adalah sangat kejam.

Aminah yang ditemui Harakah selepas majlis sumbangan wang bantuan kepada mangsa tahanan ISA di Pejabat PAS Kawasan Tawau, 25 April lalu cukup tersentuh apabila penulis bertanyakan bagaimana keadaan beliau selepas ketiadaan Shamsuddin.

Beberapa kali beliau menitiskan airmatanya, dan berulang kali Aminah menyebut anaknya seorang yang baik, cukup menjaga solat dan berdisiplin bukan seorang pengganas.

Apalah daya Aminah pada tubuh tuanya itu beliau hanya mampu berdoa dan menanti jika ada pihak yang mahu memperjuangkan nasib beliau dan memberi harapan agar anaknya dibebaskan serta-merta.

Sementara itu, prihatin dengan nasib keluarga tahanan ISA, Harakah telah menyerahkan bantuan kepada 12 keluarga mangsa.

Sumbangan disampaikan Ahmad Lutfi Othman kepada isteri, anak dan ibu mangsa yang rata-ratanya ditahan kononnya terlibat dengan jemaah Darul Islam.

Harakah menghulurkan sumbangan berupa wang tunai RM1,500 dan bantuan bekalan makanan setiap seorang mangsa manakala RM4,000 bantuan tambahan diserahkan kepada Ketua Dewan Muslimat PAS Sabah, Zaitun Ahmad.

Jumlah bantuan bernilai RM23,000 adalah hasil sumbangan orang ramai kepada Tabung Mansuhkan Isa kendalian Harakah.

Harakah turut merayu seluruh rakyat yang bencikan kezaliman untuk terus menderma kepada Tabung Mangsa Kezaliman ISA untuk Harakah sampaikan sumbangan derma khasnya bagi menyambut Ramadan dan Syawal.

"Mungkin ramai sudah melupai nasib malang keluarga tahanan ISA yang terpinggir ini. Mereka masih memerlukan sokongan khususnya bantuan kewangan. Ramadan yang menjanjikan pahala berganda untuk amalan sedekah adalah masa paling sesuai untuk kita menyalurkan sumbangan ikhlas ini," kata Ahmad Lutfi, yang berpengalaman luas menyantuni keluarga tahanan dan juga bekas tahanan yang masih memerlukan.

"Sejak empat lima tahun lalu, respons pembaca Harakah cukup menakjubkan. Hampir RM700,000 disumbangkan orang ramai. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terim kasih kepada penderma yang baik hati. Hampir setiap hari kami ada pihak yang menyumbang, walaupun sekecil RM5. Ia sungguh bermakna. Ada yang terus menyalurkan ke dalam akaun RM1,000 setiap akali berbakti, semuanya tidak kami kenali siapa mereka," tambah Ahmad Lutfi, yang saban tahun, setiap hujung Ramadan menghulurkan sendiri bantuan ke rumah keluarga tahanan, termasuk di Sabah.

"Kami pernah membantu satu keluarga bekas tahanan ISA, seramai hampir sepuluh orang ke Manila dan menanggung kos hidup mereka selama tiga bulan di Filipina. Bekas tahanan yang dibebaskan daripada Kamunting itu dihantar ke penjara di Manila atas tuduhan lain. Beliau merupakan pejuang Islam Moro. Hingga hari ini keluarganya di Sandakan masih perlu dibantu," ujar Ahmad Lutfi.


SALURKAN SUMBANGAN IKHLAS ANDA KEPADA AKAUN MAYBANK 564070000336 ATAS NAMA HARAKAHDAILY DOT COM.

Doakan keselamatan Umat Islam Rohingya

Mohd Azmi Abdul Hamid, 27 Jul 2012
Hari ini adalah Jumaat pertama seluruh umat Islam di Malaysia kira- kira 8 juta orang menunaikan solat Jumaat untuk pertama kalinya bagi Ramadhan 1433 H.

Mapim menganjurkan supaya semua 6,400 lebih masjid diseluruh negara membaca khutbah khas untuk menyedarkan umat Islam mengenai isu pembunuhan umat Islam Rohingya di Myanmar.

Ketika pergolakkan umat Islam berlaku diseluruh dunia, mahu tidak mahu isu penghapusan etnik Rohingya Muslim di Myanmar yang sudah terlalu lama dideritai seharusnya mendapat perhatian utama. Malah etnik Rohingya telah dianggap oleh PBB sebagai salah satu bangsa paling tertindas didunia.

Pembunuhan kini disemarakkan lagi dengan puluhan ribu lagi yang maut ditembak, disembelih dan dibakar. Berita mengenai kezaliman luar biasa ini malangnya tidak diketahui oleh dunia.

Insiden yang sedang berjalan sekarang semakin mengerikan kerana masjid dan perkampungan turut dibakar, mayat-mayat dicampak ke laut dan gadis-gadis diperkosa sampai mati.

Mapim dengan itu menyeru agar seluruh umat Islam di negara ini pada hari ini hendaklah mengambil peluang untuk mengadakan majlis munajat khas kepada Allah agar Umat Islam dilindungi dari kezaliman yang menimpa mereka dimana sahaja mereka berada khusus yang berlaku di Myanmar.

Sesungguhnya kejadian di Myanmar sangat melukai hati Umat Islam. Di mana sahaja Umat beragama lain hidup di Negara Umat Islam , ternyata hak mereka terjamin dan mereka dapat hidup dalam keadaan yang sungguh aman dan selesa. Akan tetapi di Negara bukan Islam , Umat  Islam sering berhadapan dengan ancaman dan penindasan.

Jadikanlah solat Jumaat hari ini sebagai hari Solidariti Umat Islam membela nasib Umat Islam Rohingya. Adakan himpunan agar mendidik masyarakat supaya mempunyai sensitivit yang tinggi terhadap nasib saudaranya seagama.

*Penulis adalah Setiausaha Agung MAPIM

Gambar sedih: Masjid dibakar dan rakyat dibunuh di Myanmar, apa sumbangan kita?

http://kachipemas.blogspot.com, 27 Jul 2012
Terkini...peristiwa tragis dan menyayat hati umat Islam Rohingya...Masjid tempat beribadah hangus dibakar!
Kirimkan doamu teman...kita mengadu pd Allah yg Maha Kuasa...
Difahamkan hampir 2.8 juta orang Islam Rohingya telahpun menjadi mangsa penindasan di Myanmar...


Melarikan diri dari kampung halaman untuk mencari tempat yang selamat...hanya doa dan sumbangan  kita sahaja yang dapat meringankan beban mereka. amin

Mufti Saudi ini menangis teresak-esak

Dr Wan Ahmad Razwan,
Assalamualaikum wrwbt.

Saya merujuk "Mufti Saudi Ini Menangis Teresak-esak..."

Saya sudah meneliti rakaman video tersebut dan cerita yg dilaporkan orang ramai dalam alam maya itu didapati hanya untuk menyedapkan sebaran. Tokoh panel dalam video tersebut bukanlah Mufti Arab Saudi, tetapi seorang pendakwah yg bernama Syeikh Abd Aziz Fawzan. Beliau menangis apabila mengulas tentang kejahilan seorang "liberalist" wanita yg bernama Hessa Asy- Syeikh yg menulis dalam akaun twitternya dengan menyamakan lagu Muhammad Abdu (penyanyi Arab Saudi) seperti Kalam ALLAH.

Memberi bantuan kepada rakyat Somalia adalah suatu tuntutan agama, tetapi bukan bermakna kita boleh sewenang-wenang menyandarkan sesuatu berita secara palsu. Inilah bentuk perekaan "hadith" palsu zaman moden !!

Berita Terkini dari Burma;

1) 52 ribu umat islam disembelih dlm mase hanye 6 minggu
2) 22 buah masjid dibakar, sebahagiannyer dibakar bersama dgn jemaah ketika menunaikan solat
3) 60 buah kampung islam di bakar...
4) wanita dirogol sampai mati
5) jenazah umat islam tidak dibenarkan di ambil,di tanam..mereke akan humban dlm laut atau dibiarkan hingga di baham anjing2
6) kedai2 mkn tidak dibenarkan menjual mknn pd umat islam
7) sesiapa yg betulkn kembali masjid yg dibakar td akn dihumban dlm penjara

SERUAN JIHAD TELAH DIPANGGIL WAHAI SAUDARA SEISLAMKU...JGN ANDA ALPA DAN LEKA LG WAHAI UMAT ISLAMMMMM....MARI BERJIHAD...JIHAD ITU TUNTUTAN WAJIB BG UMAT ISLAM SEKALIPUN UTK ORG YG BUTA MATANYA....!!!!!!

Sehubungan dgn itu..bg sesiapa yg berdekatan shah alam dan yg hampir dgnnya...kami perlukan BERAS,MINYAK DAN GULA untuk kami hantar pd sedara islam kita di sana...WAHAI UMAT ISLAMMMMM...BESOK tolong hantar ke SURAU AR-RAHMAH SEKSYEN 8 SHAH ALAM krn ada lori yg akan bawak bekalan mknn ini ke pulau pinang...di pulau pinang brg akn dipindahkn ke atas kapal..kapal akn bertolak ker Myanmar...stakat nih..Hanya ni shj jln yg mampu kiter lakukan DEMI MENYAHUT TUNTUTAN JIHAD KITER...INFAQ KAN HARTA ANDA PADA JLN JIHAD FISABILILLAH...KERANA GANJARANNYA 700 KALI GANDA...tlg war-war kan..mudahan kita dpt antar byk beras,gule dan minyak utk sedare islam kiter disana...amin ya ALLAH.


Rohingya: Dunia perlu beri tekanan pada Myanmar

Harakahdaily, 26 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melihat perkembangan terkini mengenai umat Islam di Rohingnya amatlah menggusarkan.
Penyelaras SAMM Wilayah Persekutuan, Azmir Mustafa berkata penghapusan etnik Islam Rohingnya di Rakhine (Arakan) telah berlaku tanpa campur tangan dunia dan pembunuhan beramai-ramai itu seolah-olah dibiarkan dengan sengaja oleh regim di Myanmar.

Justeru itu, katanya SAMM Wilayah tampil untuk menjayakan sebuah bantahan di hadapan kedutaan Myanmar sekaligus menyerahkan satu memorandum bantahan.

Bantahan dan penyerahan memorandum itu, ujarnya akan diadakan pada 3 Ogos ini di Kedutaan Myanmar, Jalan Ampang Hilir selepas solat Jumaat.

“Semua NGO yang memperjuangkan kemanusiaan dan semua parti politik di dalam negara ini juga diseru untuk bersama membuat bantahan dan turut mengiringi penyerahkan memorandum,” katanya dalam satu kenyataan.

Azmir berkata, ia bukan soal agama tetapi kemanusiaan apabila wanita dan kanak-kanak turut menjadi mangsa pembunuhan beramai-ramai dan penghapusan etnik Rohingnya.

Di atas nama kemanusiaan, tegas beliau dunia harus memberi tekanan kepada Myanmar agar bertindak menghentikan penghapusan etnik Rohingnya.

Menurutnya, Malaysia lebih lagi dikenali sebagai sebuah negara Islam harus lebih peka dan lebih ke hadapan dalam memberi tekanan yang besar ke atas Myanmar yang juga negara serantau.

Beliau menambah, SAMM Wilayah melihat kewajaran untuk rakyat sendiri untuk turun memberi tekanan kepada Myanmar sekiranya kerajaan Malaysia gagal memainkan peranan.

“Tanpa mengira fahaman agama dan warna kepartian, semua wajib bersama menyertai tekanan ke atas negara Myanmar,” tegasnya.


Penindasan Muslim Rohingya Burma - video (alih bahasa)

http://aiyangdisayang.blogspot.com, 27 Jul 2012
Suku Rohingya adalah muslim minoritas yang tinggal pada daerah utara negara bagian Rakhine (Arakan), Myanmar Burma.
"Di Myanmar kami tidak diberi kesempatan untuk beribadah, jika shalat berjamaah kami ditangkap dan dipenjarakan, masjid kami ditutup. Lebih baik kami mati di tangan orang muslim ketimbang mati di Myanmar," (Rahmat Bin Mohammad Daud, Rohingya Muslim)


Di bawah ini link video yg dimaksudkan -
http://www.youtube.com/watch?v=gn21WMX6aUE

 

Tiada ulasan: