Sabtu, 28 Julai 2012

BILA USTAZ TAK MEMIKIRKAN BALASAN AKHIRAT...ATAU MEMIKIRKAN SEMPAT BERTAUBAT...ATAU MEMILIH DUNIA DARI AKHIRAT...

Fathul Bari Cover Fitnah Ustaz Fauzan
Posted on Thursday, July 26 @ 15:09:52 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: laniismaa

"

Wall


Ustaz Fauzan menurut pendapat saya bertujuan menyedarkan pelampau politik yang memaksumkan tokoh-tokoh parti mereka bahawa setiap manusia tidak akan bebas dari silap dan salah termasuk KP PAS. Moralnya: Oleh itu, jangan kita mudah menghukum orang lain kerana seluruh manusia tidak maksum kecuali Nabi.

Itulah kenyataan ke-8 Ustaz Fathul Bari berkaitan fitnah ustaz Fauzan, Geng Ulama Muda Umno(ILMU).

Kenyataan Ustaz Fauzan, Fathul Bari memilih untuk menyolek diri sendiri. Timbul persoalan kalau nak menyedarkan pelampau politik, kenapa si Ustaz Fauzan membuat kenyataan begitu. Itu dah namanya ustaz Umno berbohong dan bertujuan nak memaksumkan diri Fathul Bari sendiri, sedangkan kenyataannya tak begitu.

Sepatutnya Fathul Bari membetulkan tulisan Ustaz Fauzan dan bukannya menuding jari ke arah pihak lain. Ini berbeza dengan KP PAS, Nasrudin yang meminta gambar Fathul Bari disolek jurusolek Astro Awani supaya dipadam, lebih elok begitu kan!!

www.EkEleh.com 



Ianya dipegang oleh Imam Al-Qurtubi, pendapat Imam As-Syafie di dalam Qaul Qadimnya dan pendapat sesetengah ulama Syafie’iyah dan termasuk pendapat yang yang masyhur daripada Imam Abu Hanifah. (Lihat Ma’sar Al-Inafah, Jilid 1 ms.72)

Imam Al-Qurtubi menyatakan : “Pemerintah yang dilantik kemudian menjadi fasiq setelah perlantikan. Berkata jumhur, sesungguhnya terfasakh dan tercabut kepimpinannya dengan sebab fasiq yang zahir dan dimaklumi. Ini adalah kerana, sesungguhnya telah sabit bahawa kepimpinan adalah dilantik untuk melaksanakan hudud, menyempurnakan hak-hak, menjaga harta anak yatim..sehingga akan rosak maksud kepimpinan itu melalui kefasiqkan yang ada pada dirinya. (Lihat : Jami Ahkam Al-Quran Jilid 1 ms. 271)



 Petir punca kapal MISC meletup dan terbakar
Posted on Friday, July 27 @ 04:12:36 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: amkns

"

27 Julai 2012 : Seorang maut manakala empat hilang apabila kapal tangki Bunga Alpinia membawa bahan bakar dan minyak sawit milik MISC Berhad terbakar dan meletup di Jeti Terminal Loji Petronas Methanol Labuan berdekatan Pulau Enoe, Zon Industri Rancha-Rancha dekat sini semalam.

Kejadian pukul 2.40 pagi itu dipercayai berlaku akibat kapal tersebut disambar petir ketika hujan lebat melanda pulau bebas cukai Labuan.

Difahamkan kebakaran bermula dari dek kapal diikuti siri letupan sehingga kapal tersebut hampir hangus keseluruhan.

Tinjauan mendapati api yang marak atas kapal tersebut mencapai ketinggian melebihi tiga meter. Api besar itu hanya mampu dipadamkan pasukan bomba dan penyelamat pada pukul 4 petang.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, kejadian tersebut dimaklumkan oleh seorang polis bantuan, Asian Supply Base, yang sedang membuat rondaan di jeti terbabit.

Semasa kejadian, kapal tersebut membawa 29 anak kapal terdiri daripada 23 rakyat Malaysia dan enam warga Filipina yang sedang sibuk memunggah kargo berisi bahan bakar jenis methanol dari kapal turun ke jeti.

********

Malaysia adalah merupakan antara negara panahan petir tertinggi di dunia. Maklumat lanjut serta beberapa kejadian petir di Malaysia sebelum ini di http://kilatmalaysia.blogspot.com/"


U/P: Najib dan Sultan-Sultan Melayu: Iktibar daripada kezaliman Firaun
Posted on Friday, July 27 @ 03:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: setisab

"
DALAM Al-Quran, selain kisahkisah kekasih Allah seperti para Anbiya, Siddiqin, Syuhada dan para Solihin, terdapat juga kisah mereka yang menderhakai dan mendustai Allah swt. Antaranya ialah kisah kaum Nuh, kaum 'Aad, kaum Tsamud dan individu seperti Firaun, Qarun dan Hamaan.

Firaun adalah manusia yang sangat zalim, sombong dan melampaui batas sepertimana yang dikisahkan di sini.

Surah Al-Qashash: 4 misalnya menjelaskan bahawa Firaun gemar membuat kerosakan dengan melakukan penindasan, seksaan dan pembunuhan.

Dia bongkak dan menafikan keagungan Allah, walaupun selepas dibuktikan oleh Nabi Musa as. Malah, dia memperolok-olokkan dan menggelar Nabi Musa sebagai orang gila.

Siapa saja yang bangkit melawannya akan dihapuskan.

Kerana kezaliman dan keangkuhannya, Allah menenggelamkannya hidup-hidup.

Antara iktibar kisah ini ialah:

~ Jauhi sikap sombong dan takbur. Segala yang dimiliki seperti kekuasaan, kekayaan mahupun pangkat adalah sementara dan milik Allah. Kita wajar mensyukurinya. Ia juga satu amanah Allah dan akan dipertanggungjawabkan di akhirat.

Jika kita ada kuasa (sebagai pemimpin, ketua, suami atau bapa), pimpin dan urus orang yang kita pimpin dengan adil dan saksama; jika kita mewah, jadilah seorang dermawan; dan jika ber pangkat, hulur bantuan dan jadi seorang yang mudah dihampiri.

~ Sentiasa minta pengampunan Allah dan hilangkan sifat-sifat keji dalam diri. Usah sekali-kali menunggu pada saat-saat akhir untuk kembali ke jalan Allah.

Hidup adalah singkat. Pada hari ini pun kita tidak pasti sama ada kita mampu melangkah keluar dengan selamat atau tidak. Segalanya tertakluk kepada kekuasaan Allah.

Jangan Percaya Polis. Polis Penipu..!!!

Saya rasa tidak semua polis berperangai jahat seperti ini cuma segelintir yg jahat dan telah mencemarkan nama polis. Perkara ini harus diambil tindakan yg sewajarnya untuk mengelakkan polis jahanam ini merasa besar

Perangai Iblis, Syaitan dan Polis Tidak Banyak ...

Sultan Atau Setan? - KLIK SINI

Uncleseekers Buat Temujanji Dengan Pegawai ...

Pada jam 9.45 malam, 4hb July 2012, di Plaza Tol Senawang, Seremban, Uncleseekers (Syed Abdullah bin Syed Hussein Al-Attas) telah ditahan olih pihak polis. Motif penahanan itu dikatakan pada awalnya disebabkan ..

Sekor iblis berpangkat Inspektor Polis (Video 1 ...

Rakaman 1. Rakaman 2. Seorang inspektor polis didakwa telah memukul dua pekerja hotel dengan buntut pistol selepas bertengkar dengan salah satu pekerja di Seremban semalam. Kejadian itu dirakam oleh CCTV hotel tersebut dan pihak ...

Kerajaan Rakyat: Sultan, Mufti dan Menteri Besar Johor Wajib Baca ...

Penyelewengan Tun .. .- KLIK SINI ...

Kes Sultan Johor dan Uncleseekers: Rakyat ingin ...

Jebat sebenarnya tidak derhaka tetapi yang celaka. Menzalimi .

Pekerjaan Sultan dan Beruk,

http://kerajaanrakyat.blogspot.com/"

 Misteri lelaki ber'tatoo di Syria 2/2
Posted on Friday, July 27 @ 02:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: MaZaShah

""Wanita Sunni melahirkan anak kecil yang akan menentang kami pada masa akan datang, oleh itu kami berhak menentang sesiapa yang akan menentang kami pada masa akan datang"

Sambungan kepada entri Samseng Penghalang Revolusi 1/2

Syria (Shabiha)
Kalau di Mesir kita ada Baltigiya, di Iran kita ada Basij di Syria kita ada Shabiha.

Sejak kebangkitan rakyat Syria pada 2011 yang lalu, nama Shabiha tidak lekang dari mulut rakyat Syria. Mereka amat takut jika ahli keluarga mereka diculik dan dibunuh kumpulan Shabiha.

Shabiha boleh dikategorikan sebagai 'tentera tidak rasmi' bagi puak Alawi. Di Syria, kumpulan Shabiha ini amat digeruni. Shabiha terdiri daripada golongan yang kurang berpendidikan dan mereka yang tidak mempunyai pekerja. Oleh yang demikian, mereka mudah dibeli oleh regim untuk bertindak bagi pihak rejim.

Shabiha boleh dikatakan 'kebal' terhadap sebarang tindakan undang-undang. Kerana kekebalan tersebut, mereka berani melakukan apa sahaja. Kegiatan mereka seolah-olah dilindungi dan direstui rejim. Begitu besarnya pengaruh Shabiha.Shabiha dikatakan telah ditubuhkan sekitar tahun 1980an oleh keluarga al-assad. Pada mulanya mereka aktif dengan kegiatan penyeludupan. Pada awal 1990 aktiviti penyeludupan rancak dijalankan, daripada kereta mewah, dadah hinggalah ke senjata api. Mereka juga dikenali dengan aktiviti memeras ugut. Keunikan kumpulan ini ialah, mereka amat taat kepada ketua mereka dan sanggup melakukan apa sahaja. Ahli perniagaan juga membayar mereka untuk melindungi perniagaan mereka.

Shabiha mudah dikenali, kerana mereka gemar memakai kasut sukan putih. Mereka juga berkepala botak 'ala neo-nazi' dan berjambang nipis. Kebanyakan mereka juga bertubuh sasa dan besar.

Oleh kerana mereka terdiri daripada golongan yang tercicir dari masyarakat, mereka bertindak tidak ubah seperti 'barbarian' dan binatang. Dera, culik, pukul, bunuh dan rogol merupakan perkara biasa. Tembak membabi-buta ibarat mainan bagi mereka.

Kata-kata Abu Jaafar (ahli Shabiha) tidak akan dilupakan oleh masyarakat Islam :-

"Wanita Sunni melahirkan anak kecil yang akan menentang kami pada masa akan datang, oleh itu kami berhak menentang sesiapa yang akan menentang kami pada masa akan datang"

Tatoo wajad Bashar?

lagi gambar + video di http://bangsarakyat.blogspot.com/ "


 Pas Bersedia Menyemak Polisi Sedia Ada Sebagai Persiapan Ke Putrajaya
Posted on Thursday, July 26 @ 10:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh DR MOHD ZUHDI MARZUKI

PAS melalui Pusat Penyelidikan PAS (PPP) komited dalam usaha meneliti, menyemak dan mengkaji semula beberapa dasar sedia ada di peringkat kerajaan Persekutuan sekarang. Menelusuri Dokumen Negara Berkebajikan yang digagaskan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, dokumen ini merupakan tawaran kepada rakyat sekiranya PAS dan Pakatan Rakyat diberi mandat memegang tampuk pemerintahan Persekutuan pada PRU 13 akan datang.

Oleh yang demikian, dasar atau polisi awam yang sedia ada akan diselarikan dengan Dokumen Negara Berkebajikan dan kelompangan-kelompangan yang wujud akan ditampung oleh PAS melalui kajian penyelidikan oleh PPP sendiri. Kita (PPP) mempunyai pelbagai pakar dan felo yang bersedia menyumbang kepakaran dalam bidang masing-masing bagi merealisasikan hasrat murni ini.
Selaras dengan hasrat murni ini, PPP akan menganjurkan Seminar Zulkifli Muhammad: Membangun Negara Berkebajikan sebagai langkah kehadapan dalam persiapan melengkapkan polisi dan dasar yang sedia ada. Seminar ini akan berlangsung selama sehari pada 5 Ogos 2012 bertempat di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad bermula jam 8 pagi hingga 6 petang dan diikuti majlis berbuka puasa bersama-sama.
Seminar ini mengutarakan 3 topik yang kritikal dalam negara melalui 3 wacana dengan membariskan ahli panel yang berwibawa dalam bidang masing-masing. Topik wacana dan ahli panel seperti berikut:
Wacana 1: Mampukah Rakyat Malaysia Memiliki Rumah Sendiri.
i. YB Tuan Iskandar Abd Samad, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setingaan Kerajaan Negeri Selangor
ii. Prof. Datuk Dr Nik Mohd Zain bin Nik Razak, mantan Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi.
iii. Ust Nik Mohd Zawawi Salleh, Ketua Penerangan Dewan Ulamak dan Setiausaha Majlis Syura PAS.
Wacana 2: Implementasi Sistem Percukaian di Malaysia – Suatu Kajian Semula
  1. YB Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor dan AJK PAS Pusat.
  2. Dr Khairuddin Aman Razali, Setiausaha Dewan Ulamak PAS.
  3. Dr Rosli Yaakob, Bekas Penolong Gabenor Bank Negara
Wacana 3: Hiburan dikalangan Belia
i. YB Dato’ Abd Fatah b Mahmood, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Kerajaan Negeri Kelantan.
ii. YB Ust Firdaus b Jaafar, Ahli Parlimen Jerai merangkap Exco Dewan Pemuda PAS
iii. Ybhgia Tuan Ahmad Idham b Ahmad Nadzzri, Pengarah dan Penerbit Drama/Filem
Oleh yang demikian, PPP menjemput semua pakar dalam bidang terlibat turut hadir bersama dalam memberi sumbang saran dalam mematangkan idea dan buah fikiran. Selain itu, kita juga mengalu-alukan kehadiran semua pihak termasuk para ahli akademik, wakil-wakil NGO, pimpinan masyarakat setempat dan pimpinan mahasiswa untuk turut serta berdiskusi dalam seminar ini.
Selain itu juga, seminar ini merupakan kesinambunagn daripada beberapa siri wacana yang telah dianjurkan oleh PPP dalam 8 bulan lepas. PPP telah mengumpul dan menganalisis beberapa bidang untuk diterjemah dalam bentuk polisi selari dengan Dokumen Negara Berkebajikan.
Seminar tersebut akan dirasmikan oleh Naib Presiden PAS, YB Salahuddin Ayyub yang juga merupakan pimpinan PAS yang mengerakkan Agenda Negara Berkebajikan Tawaran PAS. Manakala, perasmian penutup akan disempurnakan oleh Pengarah Eksekutif PPP, YB Dr Dzulkefly Ahmad yang juga berusaha keras menggerakkan agenda Negara Berkebajikan sehingga terhasilnya Dokumen Negara Berkebajikan dalam versi Bahasa Inggeris dan Mandarin.
Maklumat lanjut mengenai seminar ini boleh didapati melalui blog: www.pasresearchcentre.blogspot.comatau hubungi sekretariat PPP, Encik Ubaid 013-3575978 atau Encik Muhammad 019-3303236. Pendaftaran secara online melalui link: http://tiny.cc/seminar-mnb

DR MOHD ZUHDI MARZUKI
Pengarah Operasi,
Pusat Penyelidikan PAS

 Tidak Seinci pun tanah Felda Akan tergadai ...
Posted on Friday, July 27 @ 05:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: MelayuMerapu

"Mazlan Aliman

Tanah Felda Plantation

Saya menyarankan kepada rakan Fb dan teman2 agar membaca hansard Parlimen bertarikh 27 April 1960. Ucapan Timbalan Perdana Menteri, Tun Abd Razak ketika membentangkan Rang Undang2 Akta Group Settlement Act 1960.

Perlu difahami, tanah adalah tertakluk haknya di bawah Kerajaan Negeri. Di bawah Akta GSA, Kerajaan Negeri mempunyai kuasa untuk mewartakan dua kawasan penempatan iaitu:-

a. Kawasan Petempatan Luar Bandar- Rural Settlement Areas(seksyen 5)
b. Kawasan Petempatan Bandar- Urban Settlement Areas(seksyen 6)

GSA adalah merupakan satu instrumen undang2 utk, memberikan kuasa kepada Kerajaan Negeri bagi mewartakan satu Rancangan Berkelompok, dan mencari peserta yg bernama peneroka untuk membangunkan tanah2 dlm Rancangan Berkelompok tersebut.

Di bawah Seksyen 37 GSA, Felda hanya boleh membuat apa2 peraturan/polisi/undang2 kecil di setiap Rancangan selepas mendapat kebenaran Pihak Berkuasa Negeri.

Barang diingat, di bawah Akta GSA, hanya terdapat dua jenis pemilikan ke atas tanah, iaitu pemilikan individu(seksyen 7(2) dan 11(1) dan melalui Koperasi yang diuruskan Felda(seksyen 35)

Ketika Tun Dr Mahathir mansuhkan pembukaan felda baru tahun 1990, beliau telah khianat pada rakyat, Kerajaan Negeri dan derhaka pada Baginda Sultan Negeri2.

Tanah seluas 360,000 hektar dipohon daripada kerajaan negeri utk rakyat; tiba2 di buat ladang Felda. Ia bukan sahaja tidak sah, tapi khianat dengan segala persetujuan yg dimeterai perjanjiannya sejak zaman Tun Razak.

Sebagaimana beradabnya Tun Razak dulu; mengadap ke Bawah Duli Sultan Negeri2 dan Menteri Besar utk memohon tanah dan Dasar Felda- menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan; Tun Mahathir bersikap biadap dan diktator dgn tidak menghormati hak kerajaan negeri.

Antara Negeri yg membangkang dasar Mahathir adalah Johor. Ini diceritakan sendiri Dato Ghani Othman, MB Johor kepada saya sewaktu saya menyerahkan memorandum kpd beliau beberapa tahun lalu. Namun, siapa yg berani menentang kemahuan Tun Dr Mahathir?

Lebih buruk dan sgt malang, tanah Felda Plantation yg seharusnya menjadi milik rakyat yg tidak bertanah; dipajak pula selama 99 tahun kpd FGVH. Bayarannya pula cuma RM251 juta setahun?

Hak rakyat dirompak oleh Najib, Ahmad Maslan, Isa Samad dan konco2nya!!!
Dangkalnya hujah kita,...ini tak ada kena mengena dengan rakyat, gen 2 felda!
Sudah lah hak kita di khianati pemimpin BN, suruh bersyukur pulak.
BERSYUKUR KEPADA PEROMPAK DAN PENYAMUN???

Felda Global Ventures

http//berantogisify.blogspot.com"



KISAH IKTIBAR DI PENJARA SG. BULOH.

Seorang ustaz telah menceritakan sebuah kisah yang berlaku di penjara Sg. Buloh.

Sebuah kisah benar.

Mengikut cerita beliau, semasa beliau habis memberi ceramah agama pd banduan2 di sana...

Pengarah Penjara telah berjumpa dgn beliau dan menceritakan pd beliau tntg seorang banduan yg bernama AMIN....

iaitu ketua kumpulan Al-Mau'una yg didapati bersalah kerana melancarkan perang kepada Yg Dipertua Agong.

Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Apa yg menarik ialah peribadi si Amin ini.

Beliau seorang yg berdisplin, kuat beramal, mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesama banduan lain.

Pendek kata banduan yg tiada bermasalah.

Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel beliau dan terkejut kerana terdapat bau yg harum.

Bau itu tak hilang walaupun beliau telah pulang ke rumah, bau harum itu masih melekat pd pakaiannya.

Mengikut ceritanya lagi, pd mlm sebelum dia digantung, dia berpesan supaya dikejutkan pada jam 4.00 pagi.

Dia digantung pada subuh pagi jumaat.

Pada mlm sebelum dia digantung, didapati Si Amin ini tidur begitu lena sekali seolah2 tiada apa2 akan berlaku pd pg esoknya sedangkan dia akan dihukum gantung pada pg esok.

Bayangkan kalau org nak kena gantung pg esok, mesti gelisah dan mesti tak boleh tidur punya.

Bila tepat jam 4.00 pg, Amin ini pun dikejutkan, dia terus beramal,
solat taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supaya dibawa ke tali gantung ketika dia sedang sujud syukur.

Ketika Amin sedang sujud pd masa itulah dia dibawa ke tali gantung.

Bila tiba masa hendak digantung, tiba2 Amin ini pengsan dan tidak sedarkan diri.

Masa semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia ditutup dgn kain hitam dan hukuman pun dijalankan.

Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti
menggantung anak patung yg tidak bernyawa, tiada pergerakan, tiada jeritan.

Didapati juga selipar jepun yg dipakai oleh Amin masih melekat
pd kakinya, begitu juga tasbih masih tidak terlepas dari tangan.

Apabila janazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir keluar spt kebiasaan mereka yg digantung.

Tangan spt org dlm solat di jari telunjuk spt membaca tahiyat akhir.

Subhanallah. ......... mungkin Allah sudah mengambil nyawanya dulu sebelum digantung... ...

Begitulah kebesaran Allah yg memberi Rahmat kepada hamba2 nya yang soleh dan sentiasa bertaubat.

Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kpd kita semua.

Inilah kisah yg diceritakan semula oleh Ustaz tersebut.

P/S: Jika seorang mukmin akan meninggal, malaikat-malaikat turun dari langit kepadanya dengan membawa kain kafan dari surga serta membawa wewangian dari surga. Lantas para malaikat itu duduk di sekeliling orang mukmin yang akan meninggal tadi.

Para malaikat duduk mengelilingi sang mukmin sepanjang mata memandang (sgt banyaknya malaikat itu). Menyusul kemudian, datanglah Malaikat Maut duduk di dekat kepala sang mukmin. Malaikat Maut berkata, “Wahai jiwa yang tenang, keluarlah menuju ampunan Allah dan keridhaan-Nya.”

Dengan demikian, keluarlah jiwa sang mukmin dari jasadnya bagaikan keluarnya tetesan air dari bibir tempat air.

WALLAHU A'LAM,

Ghani 'tahi' ugut @cmlimguaneng lagi hari ini
Posted on Thursday, July 26 @ 09:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Blog Sharpshooter
SELEPAS sekian lama menyepi, aktivis pro Umno yang pernah mengusung kek 'tahi manusia' lalu diberikan kepada kakitangan awam di Komtar pada hujung tahun lepas sekali lagi melancar ugutan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pagi tadi.

'Ghani Kulit' atau nama sebenarnya Mohamed Ghani Abd Jiman mendesak penguatkuasa berwajib Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) memulangkan 'aksesori kulit terlarang atau haram' yang dirampas sebelum ini sebelum ini sesegera mungkin.

Beliau berdalih, aksesori-aksesori yang kononnya bernilai RM85,000 itu mengakibatkan beliau rugi dalam perniagaan sehingga hari ini.

"Kalau tak pulang (barang-barang kulit itu), saya akan bawa gelombang kedua...lebih ramai lagi (akan berdemontrasi) ke sini (Komtar)," ujar Abdul Ghani di Aras 3, Komtar, George Town yang menempatkan lobi Bangunan Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Abdul Ghani ditemani oleh seorang lelaki misteri sahaja semasa melancarkan ugutan terhadap pentadbiran Guan Eng.

8 Disember tahun lepas, delagasi Abdul Ghani menghadiahkan kek 'tahi manusia' kepada kakitangan kerajaan sempena Hari Lahir Guan Eng.

Abdul Ghani berkata, replika kek tahi manusia itu hanya layak dihadiahkan kepada Guan Eng atas dalih Ketua Menteri itu enggan melayan desakan kosongnya itu.

"Orang lain tak boleh bagi (hadiah 'tahi manusia'), hadiah ini memang mempunyai nilai sentimental dia (Guan Eng) kerana dia buat Pulau (Pinang) ini macam 'pulau tahi'," ujarnya dipetik dari blog Anak Sungai Derhaka.

Selepas insiden kontroversi serta melampau itu, Abdul Ghani menerima pertikaian daripada banyak pihak, termasuk kakitangan kerajaan pusat serta beberapa pemimpin Umno dan Barisan Nasional sendiri hatta beliau dilihat berdiam diri begitu lama.

Insiden terbaru Abdul Ghani pagi tadi dijangka sekali lagi menggamit rakyat untuk menilai wibawa Abdul Ghani membantu Umno 'mengusik' integriti Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Umporno ibarat tahi dan kentut, jika dipisahkan apa jadi? Lu fikirla sendiri..

Iktibar Ramadhan
Posted on Thursday, July 26 @ 08:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: imamsurau

"

شَہۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدً۬ى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍ۬ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِ‌ۚ فَمَن شَہِدَ مِنكُمُ ٱلشَّہۡرَ فَلۡيَصُمۡهُ‌ۖ وَمَن ڪَانَ مَرِيضًا أَوۡ عَلَىٰ سَفَرٍ۬ فَعِدَّةٌ۬ مِّنۡ أَيَّامٍ أُخَرَ‌ۗ يُرِيدُ ٱللَّهُ بِڪُمُ ٱلۡيُسۡرَ وَلَا يُرِيدُ بِڪُمُ ٱلۡعُسۡرَ وَلِتُڪۡمِلُواْ ٱلۡعِدَّةَ وَلِتُڪَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَٮٰكُمۡ وَلَعَلَّڪُمۡ تَشۡكُرُونَ



Maksud: Bulan Ramadan yang diturunkan padanya Al-Quran, menjadi petunjuk bagi  manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa ; (Al-Baqarah :185)


Petikan ayat ini bukan sahaja menegaskan wajib berpuasa dibulan Ramadan. Bulan yang mulia ini juga dipilih masa yang paling munasabah diturunkan Al Quran kitab petunjuk, keterangan-keterangan dan penjelasan kepada petunjuk, serta menegaskan pemisah yang mebezakan diantara dua perkara yang bertentangan.


Ia bagi menentukan benar dan salah, adil dan zalim, petunjuk dan kesesatan daripada Allah Pencipta Alam Yang Maha Mengetahui segala-galanya dan bersifat dengan segala sifat kepujian.

Ibadat puasa bukan hanya sekadar ibadat yang terlalu besar pahalanya, tidak saperti ibadat lain yang dinyatakan pahala sekurang-kurangnya sepuluh kali ganda sehingga tujuh ratus kali ganda. Allah menyimpan puasa itu disisinya dan berjanji untuk diserahkan pada hari qiamat kelak. Ibadat puasa juga adalah tarbiyah diri dengan sifat ikhlas dan kemuncaknya membuahkan taqwa yang menentukan nilai harga diri manusia disisi Allah. Menjelaskan bahawa martabat manusia bukannya keturunan, bangsa, pangkat, ilmu, harta dan warna kulit.

Apabila berpuasa dengan ikhlas bermakna kesediaan patuh kepada Allah di atas sifat hamba, sehingga  meninggalkan makan minum dan kepuasan hawa nafsu walaupun dihalalkan dimasa yang lain. Walaupun semua perkara yang membatalkan puasa itu adalah rukun hidup manusia secara tabie'nya. Kepatuhan menunaikan perintah itu secara memperhambakan diri kepada Allah, yang berbeza dengan patuh kepada sesama makhluk saperti ibubapa, ketua, raja dan pemimpin. Menunjukkan bahawa ketaatan kepada Allah adalah mutlak. Adapun ketaatan kepada sesama makhluk pula bersyarat selagi tidak berlawanan dengan perintah Allah. Ia menunjukkan bahawa hubungan hamba dengan Allah adalah Maha tinggi, berbeza dengan hubungan rakyat dengan raja dan pemimpin, hubungan pekerja dengan majikan, hubungan anak dengan ibu bapa.

Adalah menjadi hikmat paling besar Allah memilih bulan ramadan, bahawa Al Quran diturunkan seluruhnya ditempat mulia yang ditentukannya. Ada kalangan para ulama yang menamakannya dengan Bait Al Izzah dan ada yang menamakanya dengan Mawaqei’ Al Nujum.  Kemudian Al Quran diturunkan melalui wahyu oleh Malaikat Jibril A.S secara berperingkat mengikut sebab dan keperluan yang diatur supaya mendidik generasi awal yang menerimanya dengan cara paling berkesan. Ini kerana mereka menjadi contoh kepada seluruh manusia.

Al Quran adalah kalam Allah. Sifatnya yang wajib dinyatakan ke dalam bahasa Arab, bahasa pilihan Allah di dunia dan pada hari Qiamat. Al Quran juga adalah petunjuk daripada Allah kepada manusia dalam semua perkara yang berkait dengan kejadian mereka dan peranan mereka di alam dunia dengan cara yang betul. Allah memilih manusia berperanan dibumi kerana sifat kejadian mereka dan menguji kesetiaan mereka kepada Allah dengan kemampuan jasad, roh dan akal. Dengan kemampuan ini manusia mampu beribadat dibumi dan memakmurkan segala yang lain dengan petunjuk Allah dan kemampuan akal dan ilmu yang ada kepada mereka.

Ada kalangan manusia yang menerima perintah Allah itu dengan Islam (menyerah diri) dan Iman (percaya). Namun ramai kalangan manusia yang tidak bersyukur, lalu menjadi kufur dan sombong menolak petunjuk Allah dengan mencipta cara yang merosakkan diri manusia dan alam kelilingnya. Maka berlakulah perlawanan sengit dalam kalangan manusia itu. Rasulullah S.A.W. terpaksa berdepan dengan pertembungan yang membawa kepada perpecahan yang wajib berlaku, bermula daripada perbalahan sehingga terpaksa berperang kerana adanya kalangan manusia yang melampau. Maka menjadi ujian diantara hubungan dengan Allah yang lebih diutamakan atau hubungan dengan manusia yang wajib dijaga dengan semangat kekeluargaan dan persaudaraan.

Bulan ramadhan dipilih berlakunya peristiwa Badar dan Fathu Makkah. Rasulullah S.A.W. dituduh menjadi sebab perpecahan dalam satu bangsa dan satu keluarga kerana tidak bersedia  menerima tawaran menjadi Raja Makkah atau pemimpin bersama harta kekayaan dengan syarat yang ditetapkan supaya meninggalkan Islam, sama ada semua atau sebahagian. Puncanya para pemimpin Makkah tetap mempertahankan sistem jahiliyah dan menolak petunjuk Allah yang diamanahkan kepada Rasulullah S.A.W. menyampaikannya supaya dilaksanakan kepada seluruh manusia di seluruh dunia sehingga hari qiamat.

Allah mewajibkan kepada Rasulullah S.A.W. mencari tempat hijrah. Akhirnya berjumpa Madinah dan berbagai kaumnya yang bersedia menerima Islam sehingga ditegakkan negaranya. Maka Islam yang adil kepada seluruh manusia masyarakat majmuk dapat ditunjukkan secara nyata dan terbuka. Tiba-tiba para pemimpin Makkah berketuakan Abu Jahal membawa bala tentera menyerang Rasulullah dan para sahabatnya, kerana Islam yang diamalkan itu mendedahkan kejahatan dan kesesatan penentangnya. Kedua-dua belah pihak bertempur di tempat bernama Badar dan berlaku dibulan ramadhan.

Abu Jahal berdoa kepada Allah supaya membinasakan Muhamad yang dituduh membawa ajaran sesat dan memecahbelahkan keluarga dan bangsa. Rasulullah S.A.W. juga berdoa dengan munajat memohon pertolongan supaya Islam dan penganutnya diselamatkan. Kedua-dua belah pihak mengaku benar dan berdoa.

Akhirnya Allah mengurniakan kemenangan kepada Rasulullah S.A.W. dan para sahabat yang setia dalam keadaan terlalu kecil jumlahnya dan tidak mencukupi kelengkapan peperangannya. Bala tentera Musyrikin Makkah dikalahkan. Abu Jahal pemimpin utama dan ramai kalangan para pemimpin dibunuh dan ramai yang ditawan dengan hina walaupun jumlahnya berlipat kali ganda dan lengkap bersenjata.

Allah menamakan hari Badar dengan Hari Furqan (pemisahan diantara dua pihak), daripada satu bangsa dan satu keluarga. Menjadi peristiwa yang menguji diantara perasaan beriman dan cintakan Allah bertembung dengan perasaan kasihkan keluarga dan bangsa. Maka Allah menentukan supaya hubungan dengan Allah mengatasi hubungan dengan sesama manusia. Walaupun kalangan paling hampir hubungan kekeluargaannya. Allah  memberi sanjungan paling tinggi kepada mereka yang berjaya dalam ujian perasaan dan peperangan dalam peristiwa Badar dengan firmannya :

يا أهل بدر اعملوا ما شئتم , قد غفرت لكم .

(wahai Ahli Badar! Lakukanlah apa sahaja yang kamu mahu, kerana aku telah mengampunkan kamu).

Di bulan ramadhan juga berlakunya Fathu Makkah (Makkah di bebaskan). Apabila negaranya yang dipimpin oleh Abu Sufian (bapa mertua Rasulullah S.A.W.) yang dilantik selepas terbunuhnya Abu Jahal dalam peperangan Badar. Apabila pengikut Abu Sufian mencabuli perjanjian damai (Hudaibiyah) dan apabila qabilah yang bernaung di bawah kerajaan Islam diserang oleh kabilah yang berpihak kepada Makkah. Maka Rasulullah S.A.W. menggerakkan bala tentera Islam menyerang Makkah (tanah airnya sendiri) yang dikuasai oleh keluarga dan bangsanya sendiri, bukannya bangsa asing atau makhluk asing. Akhirnya Abu Sufian dan pengikutnya menyerah kepada Islam dan masuk Islam. Rasulullah S.A.W. mengisytiharkan pengampunan umum yang tidak diduga oleh mereka yang pernah berlaku zalim terhadap Rasulullah S.A.W. dan para sahabatnya, menyebabkan hati mereka terbuka beramai ramai menerima Islam dengan redha tanpa paksaan.

Semua perkara tersebut adalah hikmat ramadhan yang tinggi nilainya kepada seluruh alam, khususnya kepada umat Islam. Hidayahnya! Bahawa Islam yang menyelamatkan diri, keluarga, bangsa dan tanahair. Maka Islam hendaklah diutamakan dengan melaksanakan rukun puasa sehingga membuahkan taqwa dan menegakkan Islam diutamakan, perintah Allah didahulukan, sehingga mengatasi kepentingan diri.  Begitulah makan minum, hawa nafsu yang dihalalkan diketepikan dahulu, apabila berpuasa kerana Allah dengan ikhlas .
sumber
"


Tiada ulasan: