Rabu, 25 Julai 2012

JIKA TUJUAN UNTUK MENYEKAT ZINA...PEREMPUAN SIMPANAN ...LACUR DAN SEBAGAINYA...NAMPAK TUJUANNYA BAIK...LEBIH2 BERSIKAP TERBUKA TENTANG POLIGAMI...JANGAN IKLAN2 BENDA2 MUNGKAR...KITA SOROK BENDA2 KEBAIKAN...SETUJU..SEBAB KESALAHAN2 DIPUTUSKAN AKAN DIADILI DIAKHIRAT DIMAHKAMAH ALLAH..SAPE JAHAT DIDUNIA LEPAS...AKHIRAT TAK KAN LEPAS

'Kelab Taat Suami bukan untuk rekrut ahli Al-Arqam'
  • Ahmad Fadli KC
  • 9:08AM Jul 25 2012
 
Kelab Taat Suami (KTS) mencuri perhatian ramai dan mengundang pelbagai reaksi apabila ia pertama kali dilancarkan pertengahan tahun 2011.

NONESewaktu mula bergerak, KTS tampil dengan panduan seks ranjang yang berani dengan bertajuk "Seks Islam, perangi Yahudi untuk kembalikan seks Islam kepada dunia".

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bertindak mengharamkan buku itu walaupun ia dikhaskan bacaannya untuk ahli KTS sahaja )

Hampir setahun selepas penubuhannya, KTS melalui Global Ikhwan Sdn Bhd kembali dengan penerbitan panduan seks baru dengan tajuk "Risalah roh suci dan seks suci Islam" - kali ini untuk bacaan orang ramai.

Global Ikhwan merupakan sebuah entiti korporat yang dibangunkan oleh bekas anggota pertubuhan Al-Arqam.

rufaqa raid 010307 tearing stickerBekas pengikut Al-Arqam – yang diisytiharkan haram sejak 1994 – terus dibayangi pelbagai halangan pihak berwajib sama ada dalam bidang perniagaan atau kegiatan kemasyarakatan.

Pada 2006, komuniti para pengikut Allahyarham Ashaari Muhammad dikesan menubuhkan Rufaqa Corporation Sdn Bhd, yang disifatkan pihak berkuasa sebagai platform untuk menghidupkan semula kumpulan al-Arqam.

Rufaqa Corporation kemudiannya diharamkan pada Disember 2006 dan kumpulan pengikut itu kemudiannya menubuhkan Global Ikhwan Sdn Bhd, namun kegiatan itu juga dikekang oleh pihak berkuasa apabila ia bertindak mendaftar ahlinya.

rufaqa ashaari muhammad 291106Sekatan itu gara-gara pihak berwajib dipercayai khuatir ia akan digunakan untuk menghidupkan semula gerakan dakwah itu yang telah difatwakan sesat.

Aktiviti KTS pula terus mendapat perhatian pihak berkuasa yang membuat serbuan ke atas satu forum mempromosikan kempen tersebut pada awal tahun ini.

Dalam wawancara eksklusif bersama Malaysiakini, presiden KTS di Malaysia, Fauziah Ariffin menafikan kelab itu diwujudkan untuk merekrut ahli baru ke dalam serpihan Al-Arqam – yang kini dikenali dengan nama kumpulan Global Ikhwan Sdn Bhd.

"Tidak (guna KTS untuk rekrut bekas ahli Al-Arqam), ada orang luar ini dia hendakkan kaunseling, pandangan. Tak jadi ahli pun tak apa, bukan satu kemestian. Yang penting perwatakannya (cukup solat lima waktu)."
NONEKatanya, individu yang ingin menyertai KTS disyaratkan untuk menunaikan fardu solat lima waktu.
Menurut Fauziah (foto kiri), kelab itu tidak pernah sama sekali meletakkan matlamat untuk mencapai bilangan keahlian tertentu.

Katanya, mereka hanya mempromosi amalan "seks suci Islam" di kalangan ahli-ahlinya yang sedia ada.

Menurutnya, selepas setahun beroperasi, Kelab Taat Suami kini mempunyai kira-kira tiga ribu keahlian dan kira-kira dua ribu daripadanya adalah keahlian di Malaysia.

"Yang penting bukan bangga tentang ahli, yang penting apabila orang mengamalkannya (seks suci Islam) kerana Tuhan," kata Fauziah sewaktu diwawancara di Segambut minggu lepas.

Wanita sebagai hiburan
Ketika diminta menjelaskan mengenai maksud kempen "seks suci Islam" itu, Fauziah menyatakan bahawa yang perempuan itu merupakan pelengkap kepada lelaki seperti Hawa yang menjadi penghibur kepada Adam di dalam syurga.

(Dalam agama Islam, Kristian dan Yahudi, Adam dan Hawa adalah manusia pertama yang dicipta Tuhan di dalam syurga)

NONE"Perempuan ini, sebenarnya, dia adalah diciptakan salah satu objektifnya, yang terutama ialah supaya dia menjadi pelengkap kepada lelaki. Seperti Hawa kepada Adam.

"Adam itu memerlukan hiburan daripada Siti Hawa," katanya.

Menjelaskan perkara itu, Fauziah memberi contoh sesetengah pemimpin dunia yang diketahui mempunyai perempuan simpanan untuk menghiburkan mereka.

Menurutnya, tugas itu sepatutnya dilakukan seorang isteri yang taat kepada suaminya dengan membantu melepaskan "tekanan" kuat yang ditanggung lelaki.

"Sekarang ini apabila perempuan tidak memberi layanan baik kepada suami, memang rata-rata tahu bahawa orang-orang akan ada perempuan simpanan, orang buat jahat. Dan itu berlaku kepada pemimpin-pemimpin besar dunia.

NONE"Biasanya orang (lain) yang dia memberi tekanan yang kuat (kepadanya), dia perlu perlepasan yang kuat juga.

"Dia perlu layanan terhadap nalurinya, kurang ketegangan itu," kata Fauziah yang memaksudkan perlakuan seks.

Selain daripada berfungsi sebagai penghibur kepada suami, Fauziah turut menjelaskan bahawa perempuan tanpa disedari sangat berkuasa ke atas lelaki kerana mereka mampu "menawan" lelaki.

"Perempuan ini, Allah cipta dia menjadi manusia yang lemah lembut. Sebenarnya, perempuan mempunyai satu sifat yang membolehkan dia menawan orang lelaki.

"Kita tengok pun, kenapa pemimpin-pemimpin besar kebanyakkannya dia tunduk kepada perempuan, kadang-kadang di belakang dia adalah perempuan. Tidak kiralah, kalau kita ambil orang bukan Islam pun, pemimpinnya, di belakangnya perempuan," kata Fauziah.

NONEMenurutnya lagi, Siti Khadijah sendiri adalah orang pertama menenangkan Rasulullah sewaktu baginda gementar pertama kali menerima wahyu dari Tuhan.

Sekali lagi mengambil contoh penciptaan Hawa dan Adam, beliau menegaskan bahawa wanita yang bekerja wajib patuh dan mendahulukan tugas menghiburkan suami mereka.

"Walaupun dia bekerjaya, itu (perkara) yang kedua. Tapi utamanya apa? Itu yang kita hendak ajar balik kepada masyarakat, fahamlah tentang ciptaan Tuhan ini.

"Takkan Allah hendak merendahkan martabat perempuan dengan berkata kepada perempuan 'taatlah kepada suami kamu'. Sebab Allah tahu, hasilnya, mesti baik. Mesti luar biasa.

"Adakah suami kamu akan bertambah garang apabila kamu layan dia dengan baik? Bertambah baiklah.

"Malah ada suami yang sudah bertahun-tahun (bermasalah rumah tangga), yang kita selesaikan kes dia, berterima kasihlah kepada kelab ini.

"Katanya "baru sekarang saya rasa isteri saya itu memang menjadi perempuan yang begitu intim, begitu lunak, boleh melembutkan hatinya dan memahami keperluan dia," katanya.

Bahagian kedua esok: Pandangan Kelab Taat Suami tentang seks oral dalam rumah tangga
'Kempen misteri p'raya' muncul di media
  • Kuek Ser Kuang Keng
  • 9:54AM Jul 25 2012
 
Ketika spekulasi bertiup kencang bahawa pilihan raya umum boleh diadakan awal September,  satu kempen pilihan raya, yang dipercayai ada kaitan dengan BN dan dianggarkan menelan belanja berjuta-juta ringgit, muncul di semua platform media.

NONEBermula minggu lepas, iklan setengah muka dan iklan penuh warna itu muncul dalam semua akhbar arus perdana, serta pada
waktu perdana di semua saluran TV utama.

Bagaimanapun, kempen, yang dinamakan 'Saya Pilih Malaysia' itu tidak jelas menyatakan kecenderungan kepada mana-mana parti politik.

Bagaimanapun, warna tema - biru tua dan putih - ditambah pula dengan kata kunci yang ditonjolkan dalam iklan - keamanan, kemajuan, kestabilan dan perpaduan - dilihat senada dengan BN.

Promosi laman peminat Facebook 'Saya Pilih Malaysia' oleh Media Umno Malaysia - organ rasmi talian parti pemerintah -  dilihat sebagai satu lagi petanda kempen itu ada kaitan dengan BN.

Menurut laman peminat, kempen ini telah menerbitkan dua
bahagian siri iklan dalam kesemua empat bahasa utama dalam akhbar-akhbar utama.

NONEBahagian kedua muncul dalam akhbar semalam, termasuk Berita Harian, Utusan Malaysia, New Straits Times dan The Star.

Menurut iklan itu, mesej yang seterusnya akan diterbitkan di saluran TV, iaitu RTM1, RTM2, TV3, 8TV, TV9, NTV7, Astro RIA, Astro Awani, Astro Vaanavil dan Astro AEC.

Sesiapa pun yang belakang kempen tersebut, semua iklan dalam media cetak dan elektronik dengan mudah akan menelan belanja berjuta-juta ringgit.
Khairy: keputusan mahkamah tidak membebaskan BERSIH
  • Koh Jun Lin
  • 10:09PM Jul 24 2012
 
Walaupun Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengisytiharkan bahawa gabungan BERSIH bukan sebuah pertubuhan haram, tetapi ia tidak membebaskan mereka daripada apa yang berlaku semasa perhimpunan anjurannya, kata Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

NONEKatanya, walaupun mahkamah telah memutuskan demikian,
tetapi ia tidak bermakna tindakan mereka pada perhimpunan BERSIH adalah mengikut undang-undang.

Sebagai contoh, katanya, peserta gabungan itu telah menyerbu sekatan jalan polis semasa perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April.

Beliau berkata jika mana-mana undang-undang dilanggar, seperti Akta Perhimpunan Aman atau perintah mahkamah, maka mereka yang bertanggungjawab mesti dibawa ke muka pengadilan.

Khairy berkata demikian kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama media di ibunegara hari ini, ketika diminta mengulas mengenai keputusan mahkamah itu. [Baca berita penuh]
Sementara itu, sambil mengakui janji pilihan raya PKR untuk membuat kereta mampu dimiliki, akan memberi manfaat kepada jutaan rakyat, tetapi Khairy percaya dasar seumpama itu boleh menjejaskan pembuat kereta nasional Proton dan kerajaan hilang pendapatan yang lumayan.

Katanya, jika dimansuhkan duti import dan eksais ke atas kereta yang diimport, ia boleh memberi kesan negatif terhadap Proton.

Menurutnya, Proton mempunyai orang yang bekerja untuknya di samping vendor dan pengedarnya yang berjumlah puluhan ribu.

"Bukannya kita mahu melindungi Proton selama-lamanya, tetapi apa-apa janji-janji manis... tanpa perancangan yang sepatutnya, boleh menyebabkan malapetaka ekonomi," katanya
Ucap selamat penyokong TBH dipadam dari FB Najib
5:48PM Jul 24 2012  
Tidak semua rakyat Malaysia boleh menyampaikan ucapan selamat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sempena ulang tahun kelahirannya ke-59 semalam.

Semua mesej ucap selama di laman Facebook Najib oleh penyokong bekas pembantu politik DAP Teoh Beng Hock telah dipadamkan, menurut kumpulan yang dikenali dengan nama Malaysians for Beng Hock.

NONEKumpulan pendesak itu memulakan kempen yang diuar-uarkan sebagai “Be Teoh Lee Lan for one minute” dan meminta penyokong untuk mengucapkan selamat harijadi kepada Najib sambil memberi peringatan kepada perdana menteri bahawa individu yang bertanggungjawa ke atas kematian Beng Hock masih belum dibawa ke muka pengadilan.

Adik Beng Hock, Lee Lan mengetuai kempen untuk mendapatkan keadilan kepada abangnya itu, yang ditemui mati pada 16 Julai 2009 selepas disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Koordinator Malaysians for Beng Hock, Chong Kok Siong mendakwa semua pesanan dan gambar dan dimasukkan ke laman Facebook Najib telah dikeluarkan oleh pengendali laman berkenaan.
Umno Melaka: Blogger tidak rayu tuntutan gaji RM24,370
  • Zulaikha Zulkifli
  • 1:17PM Jul 24 2012
 
Seorang pentadbir di Pejabat Perhubungan Umno Melaka berkata mereka tidak menerima sebarang rayuan daripada penulis blog Ahmad Faisal Mohd Yunos yang menuntut tunggakan bayaran gaji sebanyak RM24,370 daripada pejabat itu.

Sumber yang enggan dinamakan itu berkata Ahmad Faisal, 44, perlu mengemukakan rayuan dan bukti berhubung tuntutan berkenaan untuk membolehkan perkara itu dipertimbangkan oleh pejabat tersebut.

"Dia tak ada buat rayuan jadi benda ini tak ada isu. Kalau ada kes, (sepatutnya) balik pada bekas majikan dan buat rayuan. Mungkin majikan boleh mempertimbangkan.

"Tapi blogger tersebut perlu buktikan betul atau tidak dakwaan dia itu. Di pejabat tidak ada apa-apa yang dibimbangkan. Tak terima rayuan jadi tiada isu," kata sumber tersebut ketika dihubungi Malaysiakini semalam.
Sinar Harian pada Ahad lalu melaporkan bahawa Ahmad Faisal dilantik sebagai pegawai khas dan ketua unit IT di pejabat parti politik tersebut, dan beliau ditugaskan untuk menulis blog untuk parti yang tidak dinamakan dalam laporan berkenaan.

Dalam laporan itu, Ahmad Faisal berkata beliau menerima surat lantikan pada 13 Mei 2008 yang menyatakan gaji bulanannya sebanyak RM3,000.

Bagaimanapun, parti tersebut membayar kurang RM1,000 kepadanya setiap bulan, yang berjumlah RM38,000 untuk tempoh 38 bulan.

Gajinya kemudiannya ditahan sejak Mei 2011, selepas pengurusan pejabat tersebut bertukar kakitangan sejak awal tahun lalu, dakwanya seperti dipetik akhbar berkenaan.

Dua bulan kemudian, beliau diberikan surat pemberhentian kerja pada Julai, yang diterimanya dengan syarat jumlah tertunggak itu dilunaskan, dakwanya.

Menurut Ahmad Faisal, parti politik tersebut membayar sebanyak RM11,330 pada 20 Disember tahun lalu, selepas ditolak sebanyak RM2,300 yang dipinjamnya.

Namun, sejumlah RM24,370 lagi masih belum dibayar kepadanya, dakwanya.

Dakwanya, majikannya itu memberi alasan bahawa jumlah berkenaan ditolak daripada kos peralatan yang diberikan kepadanya ketika beliau berkhidmat sebagai kakitangan.

Dakwanya, peralatan itu melibatkan tiga komputer riba, sebuah kamera kompak dan beberapa barangan lain.

Tambahnya, beliau bersedia untuk memulangkan peralatan tersebut jika gajinya dibayar sepenuhnya.
Hutang M'sia masih terurus, kata Idris Jala
  • Bernama
  • 2:32PM Jul 24 2012
 
Hutang Malaysia masih terurus kerana ia berada di bawah 55 peratus berbanding nisbah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala.

Katanya hutang negara 53.8 peratus bagi tahun lepas berada pada jajaran apabila kerajaan meneruskan usahanya menurunkan paras defisit fiskal.
  
"Dengan pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi (ETP), kita berada pada trajektori yang betul dan terus mengurangkan paras defisit setiap tahun. Bagi   2012, kami menyasar mengurangkan lagi defisit fiskal kepada 4.7 peratus daripada 5.0 peratus daripada KDNK tahun lepas," katanya kepada pemberita di luar jadual Hari Terbuka GTP Roadmap 2.0 di ibunegara hari ini.
  
Sambil memberi contoh projek Transit Pantas Massa, Idris berkata walaupun kerajaan perlu mengumpul dana bagi projek itu, ia masih berupaya memastikan paras hutang berada di bawah 55 peratus.
  
"Kita pinjam bagi melaksanakan pelaburan (bermatlamat) untuk mengembangkan KDNK dan ekonomi. Paras hutang itu akan secara langsung dikurangkan. Tidak seperti Greece, mereka meminjam banyak wang tetapi ekonominya mengecut,"
katanya.
  
Idris, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), berkata KDNK Malaysia 4.7 peratus pada suku pertama masih mengembang manakala KDNK Singapura hanya berkembang 1.4 peratus berikutan kemelesetan di dalam ekonomi global.
  
"Ini baik...dengan lebih banyak pelaburan mengalir masuk dan petunjuk yang positif," katanya.
  
Hari Terbuka GTP Roadmap 2.0 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur itu bermatlamat mengumpul maklum balas dari orang ramai dan menyediakan asas bagi dilakukan semakan semula bagi Pemandu.
  
GTP Roadmap 2.0 digubal selepas Pemandu melakukan satu siri makmal, yang diadakan selama enam minggu pada April dan Mei, bagi mengenal pasti isu-isu  dan peluang bidang pertumbuhan baharu, yang boleh dilaksanakan di dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKEA).

- Bernama

Tiada ulasan: