Selasa, 24 Julai 2012

DAH JADI LUMRAH MEREKA....SUKA MENEGAK BENANG YANG BASAH...ADAKAH BERANI MEREKA INI...DALAM KUBUR DAN DIMAHKAMAH ALLAH NAK TEGAK BENANG BASAH JUGA....

Kurangkan harga kereta jadi manifesto Pakatan
  • Ahmad Fadli KC
  • 1:30PM Jul 24 2012
 
Pakatan Rakyat akan menjadikan pengurangan harga kereta - yang dianggap barangan keperluan - sebagai sebahagian daripada manifesto pilihan raya umum akan datang.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata laporan Kajiselidik Pendapatan dan Kemudahan Isi Rumah 2009 yang baru dikeluarkan Jabatan Perangkaan menunjukkan hampir 72 peratus isi rumah menggunakan kereta sedangkan 53 peratus isi rumah Malaysia berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan.

NONEPeratusan yang tinggi itu katanya, berpunca daripada kegagalan Dasar Automatif Negara yang digubal BN pada tahun 2006.

Pada masa sama katanya, hutang kereta persendirian meningkat sebanyak RM16 bilion atau 14 peratus dalam masa 18 bulan sejak November 2010.

Ini membuktikan ia adalah isu pilihan raya yang perlu diberikan
perhatian oleh parti-parti yang bertanding, kata Rafizi.

"Keadaan ini membayangkan bahawa hutang kereta yang disebabkan harga kereta yang tinggi adalah satu beban utama pada rakyat," katanya.
Menurut Rafizi, harga kereta kini tinggi kerana rakyat membayar duti eksais, cukai import dan cukai jualan apabila membeli kereta.

Harga tinggi kerana cukai, duti eksais
Pengenalan duti eksais - sekurang-kurangnya 60 peratus daripada harga kereta - pada masa itu dilakukan untuk mengimbangi cukai import yang dikurangkan kerana Asian Free Trade Agreement (AFTA), katanya.

Rafizi mendakwa tindakan itu dibuat setelah kerajaan antara lainnya menerima nasihat daripada syarikat perunding Ethos Consultancy yang didakwa mempunyai kaitan dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

toyota car manufacturer loss of sales report 221208 03"Beliau (Khairy) perlu kongsi dengan kita apakah pertimbangan pada masa itu yang membuatkan kerajaan perkenalkan duti eksais," katanya.

Duti eksais ke atas kereta juga kata Rafizi, ibarat mencukai rakyat atas pembelian barang keperluan seperti makanan, air dan elektrik.

"Anda (kerajaan) tidak sepatutnya menghukum rakyat dengan kutip cukai atas barang keperluan.

"Kalau ada ruang fiskal (belanjawan) yang perlu ditutup, kerajaan perlu cari mekanisma lain," katanya.

Justeru katanya, Pakatan akan melihat kemungkinan menghapuskan duti eksais secara berperingkat untuk mengurangkan harga kereta.

ADUN Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin dalam sidang media sama berkata pimpinan muda PKR akan membuat jelajah keliling negara untuk berdialog dan menerangkan perkara itu kepada orang ramai bermula 5 Ogos ini.

"Kita cadangkan dialog peringkat kebangsaan.

"Kita mahu dengar (cadangan) daripada rakyat dan kumpulan berkepentingan seperti Malaysian Automotive Association (MAA), berkenaan perkara ini," katanya.
Mohd Zin enggan jawab isu biaya iklan di komuter
  • Zulaikha Zulkifli
  • 6:34PM Jul 24 2012
 
Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed mengelak apabila diminta menjelaskan mengenai pembiayaan untuk iklan "Sayangi Selangor" yang dipasang pada stesen dan gerabak sistem keretapi komuter di Lembah Klang.

Koordinator BN Selangor itu juga berkata, kempen tersebut sememangnya dibayar, tetapi enggan menjelaskan siapakah yang bertanggungjawab menanggung kos untuk iklan berkenaan.

NONE"(Iklan itu) dibayar. Apa masalahnya? Apa yang Malaysiakini dengki sangat?

"Ada lambang BN ke pada iklan itu? Takde kan? Jadi apa masalahnya?," soalnya kembali ketika ditanya selepas beliau mengagihkan kira-kira 1000 kotak berisi kurma kepada penumpang di stesen komuter Shah Alam.

Katanya lagi, soalan berkenaan seharusnya dikemukakan kepada presiden KTMB, Datuk Elias Kadir yang turut hadir di program tersebut.

NONEDitanya mengenai program pengagihan kurma tersebut, Mohd Zin turut menjelaskan bahawa ia merupakan program bawah BN Selangor dan bukannya program KTMB.

"Nampak ini? Tiada logo KTMB kan. Ini program BN Selangor," katanya sambil menunjukkan logo BN di bungkusan kurma tersebut.
Laporan Malaysiakini sebelum ini menyebut, kempen "Sayangi Selangor" itu antara lainnya melibatkan iklan yang mempromosikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan slogan "Kami mendengar masalah anda tentang kos sara hidup."
Iklan berkenaan mula dikesan pada bulan ini selepas kempen memasang bendera BN di stesen komuter mencetuskan kontroversi pada April lalu.
NONESementara itu, Elias ketika ditemui Malaysiakini di program berkenaan turut mengelak daripada menjelaskan mengenai pembiayaan kempen itu.
Beliau sebaliknya meminta supaya soalan berhubung isu itu dikemukaka kepadanya melalui emel.
"Saya tak boleh nak jawab sekarang. Apa kata awak emelkan soalan pada saya, dan saya jawab. Cara itu lebih elok," kata Elias.



KDN timbang rayu keputusan batal pengharaman BERSIH
  • Bernama
  • 8:12PM Jul 24 2012
 
Kementerian Dalam Negeri akan mendapatkan pandangan Pejabat Peguam Negara sama ada mengemukakan rayuan atau tidak terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan perintah mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram.

Menteri berkenaan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pihaknya akan menyemak dan memperhalusi alasan penghakiman dalam kes itu.

"Saya menghormati keputusan mahkamah hari ini, yang mengetepikan perintah Menteri Dalam Negeri yang dibuat pada 1 Julai tahun lepas yang mengisytiharkan pergerakan Bersih sebagai pertubuhan haram," katanya dalam satu kenyataan.

Hakim Datuk Rohana Yusof ketika membacakan keputusan itu berkata beliau membenarkan petisyen 14 anggota Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, termasuk Datuk S Ambiga, untuk membatalkan perintah menteri itu berdasarkan fakta bahawa Bersih 2.0 terdiri daripada gabungan badan berdaftar.

Dalam penghakiman setebal 30 muka surat, Rohana berkata keputusan mengisytihar Bersih 2.0 sebuah pertubuhan haram dibuat tanpa mengambil kira fakta berkaitan, atau mengambil kira fakta yang tidak relevan.

- Bernama
Mahkamah putuskan BERSIH entiti yang sah
  • Hafiz Yatim
  • 10:30AM Jul 24 2012
 
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai tahun lepas bahawa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) adalah sebuah pertubuhan 'haram'.
Hakim Datuk Rohana Yusof dalam penghakimannya pagi ini berkata BERSIH telah berjaya membuktikan kesnya dalam mencabar pengisytiharan kerajaan bahawa ia sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

NONEOleh itu, katanya, mahkamah membenarkan permohonan BERSIH, dengan tiada perintah tentang kos.
 Empat belas jawatankuasa pemandu BERSIH yang diketuai oleh Datuk S Ambiga telah menamakan menteri dalam negeri, ketua polis negara dan kerajaan sebagai responden.

Pada 1 Julai tahun lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengisytiharkan gabungan itu sebagai haram, sejurus sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai.
Dalam penghakiman 30-muka surat itu, hakim menyentuh sejarah permohonan yang mencabar keputusan Hishammuddin mengisytiharkan gabungan NGO itu sebuah pertubuhan haram.

Walaupun perisytiharan itu dibuat, tambahnya, pihak berkuasa masih terus bertemu dengan pegawai BERSIH.

"Terdapat rundingan antara pemohon dan responden (kerajaan) mengenai lokasi perhimpunan pada 9 Julai," katanya.

NONE"Ada majlis mengadap ( Yang di-Pertuan Agong oleh) pemohon
pertama (pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga, kanan) dan tiada celaan terhadap BERSIH (dalam menjalankan) aktiviti (perhimpunan 9 Julai 2011) seperti yang dijadualkan."

Mahkamah telah mengambil notis kehakiman bahawa Hishammuddin telah membuat suatu pernyataan awam untuk membenarkan perhimpunan BERSIH 3.0 diadakan pada 28 April tahun ini.

Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad, yang mewakili responden, berkata Peguam Negara akan diberi taklimat dan untuk arahan selanjutnya.

Azizan serta Peguam Kanan Persekutuan Shamsulbol Hassan, mendakwa bahawa keputusan mahkamah itu menjadikan BERSIH balik ke peringkat asalnya (perlu didaftarkan).

Bagaimanapun, peguam BERSIH, K Shanmuga - yang tampil bersama peguam Tommy Thomas dan Honey Tan - berkata keputusan itu bermakna gabungan itu adalah sah di sisi undang-undang.

"... Keputusan menteri dalam negeri adalah tidak rasional kerana, setelah mengisytiharkannya sebagai satu ancaman kepada keselamatan negara, beliau dan pihak berkuasa telah bertemu dengan pegawai BERSIH," kata Shanmuga.

Ambiga tidak hadir di mahkamah kerana beliau di luar negara.

Pengerusi bersama BERSIH yang juga Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said (kiri), ketika ditemui di luar mahkamah berkata: "Proses perundangan ini sepatutnya tidak dijalankan kerana ia membuang masa, tenaga dan dana am.

NONE"Proses ini menyebabkan orang ramai khuatir untuk sokong BERSIH. Org ramai harus ingat bahawa kerajaan masih
menggambarkan BERSIH sebagai "kotor" di mana perdana menteri telah menyatakan BERSIH telah membahayakan kuota haji yang diberikan oleh Kerajaan Arab Saudi

"Kami ingin mengingatkan semua pihak bahawa Hakim Datuk Rohana Yusof telah pun melihat percanggahan dalam tindakan pihak berkuasa (apabila) dalam perbicaraan (pada) 26 Jun, kenapa kerajaan layan permintaan BERSIH untuk adakan perhimpunan tersebut (walaupun ia telah diisytiharkan sebagai haram)," tambahnya. [Baca berita penuh]
Sementara itu,  Bernama melaporkan bahawa Hakim Rohana berkata beliau membenarkan petisyen 14 anggota Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, termasuk Datuk S. Ambiga, untuk membatalkan perintah menteri itu berdasarkan BERSIH 2.0 terdiri daripada gabungan badan berdaftar.
   
Dalam penghakimannya, Rohana memutuskan keputusan mengisytiharkan BERSIH 2.0 sebuah pertubuhan haram dibuat tanpa mengambil kira fakta berkaitan atau mengambil kira fakta yang tidak relevan.
   
"Pada pendapat saya, keputusan itu dicemari kerana dibuat secara tidak rasional," katanya.
   
Rohana berkata alasan mengeluarkan pengisytiharan mengikut Sekysen 5 Akta Pertubuhan 1966, seperti yang dinyatakan dalam pengumuman oleh menteri (responden pertama Hishammuddin), tidak boleh berubah dalam tempoh beberapa hari.
   
"Adalah tidak munasabah bagi sesebuah pertubuhan yang didapati menyalahi undang-undang untuk alasan serius, seperti digunakan bagi maksud memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan negara pada 1 Julai, dan kemudian tidak lagi pada 5 Julai 2011," katanya.
   
Rohana berkata walaupun boleh dikatakan BERSIH 2.0 adalah sebuah pertubuhan yang digunakan bagi maksud memudaratkan keselamatan sebelum perintah itu dibuat, ia tidak boleh menjadi kes seminggu, kerana selepas itu alasan berkenaan tidak lagi sah atau digunakan.
   
Rohana berkata mahkamah juga turut menimbangkan notis kehakiman kenyataan awam menteri (Hishammuddin) yang membenarkan perhimpunan BERSIH 2.0 pada 28 April lepas tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan pihak berkuasa.
   
Beliau menekankan bahawa keputusan untuk mengharamkan BERSIH 2.0 adalah menceroboh hak yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan dan tidak harus dibuat secara sewenang-wenangnya.
   
Selain itu, beliau berkata tiada tindakan diambil di bawah Akta Pertubuhan terhadap pemohon walaupun mereka mengambil bahagian dalam perhimpunan itu selepas menteri membuat pengisytiharan.
   
"Secara ringkas, BERSIH 2.0 tidak boleh menjadi sebuah pertubuhan yang digunakan bagi maksud menjejaskan keselamatan pada 1 Julai 2011, kemudian tidak lagi seminggu selepas itu. Malah sekiranya ia adalah sedemikian, jadi pengisytiharan itu harus diketepikan sewajarnya," kata Rohana.
   
Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad berkata beliau perlu mengkaji penghakiman bertulis itu terlebih dahulu sebelum mendapatkan arahan lanjut  daripada Pejabat Peguam Negara.
   
Sementara itu, seorang peguam pemohon, K. Shanmuga memberitahu pemberita dengan keputusan itu, BERSIH 2.0 bukan lagi sebuah pertubuhan haram.
MP dakwa menteri perguna SB timbulkan isu komunis, JI
  • Zulaikha Zulkifli
  • 2:32PM Jul 24 2012
 
MP Seputeh Teresa Kok mendakwa, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menggunakan pegawai Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia bagi menimbulkan dakwaan bahawa pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan individu yang dikaitkan dengan komunis berusaha meresapi parti PAS dan DAP.

NONEPengerusi DAP Selangor itu mendakwa tindakan itu sengaja dilakukan bagi memberi gambaran buruk terhadap Pakatan Rakyat.

"Hishammuddin telah guna pegawai cawangan khas untuk tuduh komunis dan JI masuk dalam Pakatan Rakyat. Sekali lagi dia guna pegawai dan dia (Hishammuddin) teruskan dengan kenyataan sama.

"Ini beri gambaran dia ketandusan modal politik dan kena korek isu lama untuk jadi satu modal.
"Saya seru Hishammuddin selaku menteri dan pemimpin BN bertanggungjawab dengan kenyataannya yang telah guna pegawainya untuk burukkan imej Pakatan Rakyat," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat di ibu pejabat PAS hari ini.

Turut hadir pada sidang itu ialah Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Tian Chua dan Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli.

Sementara itu, Nurul Izzah pula menyeru agar rakyat menilai semula rekod kerja Ahli Parlimen Sembrong itu.

hishammuddin hussein dang wangi police station pc 1Kata Nurul, kenyataan mengenai JI dan komunis itu bertujuan untuk mengalih pandangan orang ramai mengenai prestasi menteri tersebut yang tidak mampu menyelesaikan masalah kadar kenaikkan jenayah negara.

Jelasnya, Hishamuddin sebelum ini merupakan individu yang bertanggungjawab melepaskan 1900 penjenayah tegar di bawah Ordinan Darurat.

"Dia yang bertanggungjawab lepaskan 1900 penjenayah tegar di bawah Ordinan Darurat. Pihak polis juga mengatakan kadar jenayah semakin meningkat. Jadi, kenyataan ini untuk alih pandangan rekod prestasi menteri yang tak mampu selesaikan kadar jenayah yang naik.

"Saya gesa, supaya beliau laksanakan tugasannya dengan baik dan tak guna dakwaan jahat untuk lempar tuduhan pada parti lawan," kata Nurul lagi.

Hishammuddin ketika mengulas kenyataan Ketua Penolong Pengarah E2 (M) Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin itu pada awalnya berkata, beliau tidak mempunyai maklumat berkaitan dengan perkara tersebut.

Hishammuddin kemudiannya berkata pengaruh Jemaah Islamiah (JI) dan komunis dalam parti pembangkang itu masih belum dapat menjejaskan keselamatan negara.

Tiada ulasan: