Selasa, 17 Julai 2012

AMBIK TAN SRI...MEREKA DAN KRONI2 UNTUNG...RAKYAT TERBEBAN DAN SUSAH DAN UGUT2...AIR ALLAH YANG PUNYA...MEREKA PROSES JE...KELANGKAPAN MEMANG DAH ADA...GUNA..REPAIR ATAU TAMBAH...GAJI CEO TINGGI SANGAT....AGAK2LAH...

Wanita PR lancar Agenda Wanita Malaysia

Hazayani Zakaria, 16 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Wanita Pakatan Rakyat hari ini melancarkan Agenda Wanita Malaysia (AWM) merangkumi dasar bersama mencakupi aspek perundangan, kelangsungan hidup yang berkualiti, ekonomi, pendidikan dan kesejahteraan sosial dan agenda wanita muda.

AWM menekankan tiga elemen utama iaitu pemberdayaan, pengiktirafan dan pelaksanaan.

Bagi mencapai matlamat ini, AWM berhasrat menubuhkan Pusat Sokongan Wanita Bersepadu (PADU) di peringkat nasional bagi merealisasikan keberkesanan undang-undang yang merangkumi penubuhan baru dan pemberdayaan  pusat krisis sedia ada,  penambahan pusat kaunseling dan pemberdayaan NGO yang mendokong usaha ini. 

Dalam satu kenyataan bersama yang ditandatangani Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dan Ketua Wanita DAP Kebangsaan, Chong Eng, mereka berkata, penubuhan Pusat Wanita Berdaya ( PWB ) sangat penting bagi melahirkan golongan wanita yang berkemahiran, berilmu dan berdaya saing dalam masyarakat.

Wanita Pakatan Rakyat juga berhasrat memperkenalkan Caruman Wanita Nasional sebanyak RM50 sebulan daripada Pakatan Rakyat khusus sebagai pengiktirafan terhadap peranan wanita di dalam masyarakat.

"Kita mempercayai bahawa bantuan jika diberi tidak boleh berbentuk sekali sekala tetapi bantuan perlu bersifat membina dan berterusan," kata kenyataan itu.

Selain itu, caruman  sebanyak RM10 sehingga RM100 digalakkan diberi oleh para suami kepada isteri setiap bulan sebagai tabung simpanan hari tua, skim perubatan wanita dan tabung bantuan musibah apabila berlaku bencana, kemalangan atau kematian.

"Sesungguhnya, AWM yang kita lampirkan ini adalah cerminan harapan dan pelan bertindak Wanita Pakatan Rakyat melihat perlu dilaksanakan kelak diperingkat persekutuan.

"Kelak agenda yang kita mahu warwarkan bukan setakat pelan dan dasar yang menggubal tetapi kita mahu agenda yang menerapkan falsafah dan membudayakan agenda wanita di peringkat nasional dengan jelas," kata kenyataan itu.

Paycomm gagal bayar RM2.9 juta kepada pekerja

Harakahdaily, 16 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Paycomm gagal membayar sebanyak RM2.9 juta baki gaji bulan Jun dan Julai 2010 dan faedah penamatan kerja  disebabkan kedudukan syarikat sedang dalam proses penggulungan.

Arahan bayar itu dikeluarkan selepas tuntutan pekerja dibicarakan dan perintah telah dikeluarkan supaya Paycomm membayarnya, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk S Subramanian (gambar) dalam satu kenyataannya.

Menurut kenyataan itu lagi, daripada  246 kes yang telah difailkan di bawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967,  sebanyak 122 kes masih dalam kendalian Mahkamah Perusahaan.

Kenyataan ini dikeluarkan ekoran piket yang dibuat bekas pekerja Paycomm baru-baru ini.

Perhimpunan pada 12 Julai 2012 oleh seramai 50 bekas pekerja Paycomm Network Sdn Bhd (Paycomm) di hadapan Menara Dato’ Onn Putra World Trade Centre turut disertai oleh Timbalan Presiden, Parti Sosialis Malaysia (PSM), Puan M. Sarasvathy.

Ia adalah berikutan penutupan syarikat Paycomm pada bulan November 2010 dan kegagalan majikan untuk membayar baki gaji bulan Jun, Julai 2010 serta tanpa diberi apa-apa faedah penamatan kerja.

Turutan daripada itu,  pada bulan Oktober 2010 hingga Ogos 2011, seramai 238 bekas pekerja syarikat ini telah memfailkan tuntutan sebanyak RM4.9 juta untuk baki gaji untuk bulan Jun dan Julai 2010 serta bayaran faedah penamatan kerja di 21 Pejabat Tenaga Kerja  di seluruh negara.

Manakala seramai 246 bekas pekerja Paycomm telah memilih untuk memfailkan kes mereka di bawah seksyen  20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 untuk dipulihkan pekerjaan.

"Semua tuntutan tersebut telah dibicarakan dan perintah telah dikeluarkan supaya Paycomm membayar sebanyak RM2.9 juta untuk baki gaji bulan Jun dan Julai 2010 dan faedah penamatan kerja.

"Namun begitu Paycomm gagal membuat pembayaran disebabkan kedudukan syarikat sedang dalam proses penggulungan," kata kenyataan itu.

Jabatan Tenaga Kerja juga telah memfailkan 18 kes  pendakwaan di mahkamah  sivil di seluruh negara.

Pada masa yang sama Jabatan telah mengkaji kes ini untuk diambil tindakan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.

Pelbagai inisiatif telah dan cuba diambil oleh Kementerian dalam memastikan pekerja mendapat pembelaan sewajarnya, katanya.




Pada 22 Mac 2012, bekas pekerja Paycomm yang dipimpin oleh pemimpin Parti Sosialis Malaysia, iaitu Ahli Parlimen Sungai Siput telah berhimpun di hadapan Bangunan Kementerian Sumber Manusia  untuk menyerahkan memorandum kepada Menteri Sumber Manusia bagi mendapatkan penglibatan Menteri Sumber Manusia dalam menyelesaikan tuntutan mereka.

Pihak kepimpinan PSM menyatakan bahawa mereka tidak mengharapkan penyelesaian melalui undang-undang, tetapi berharap agar Menteri Sumber Manusia dapat mempertimbangkan untuk campurtangan sekiranya terdapat kemungkinan penglibatan GLC (Government Link Company) sebagai pemegang syer.

Pada 2 April 2012, Menteri Sumber Manusia telah berjumpa dengan wakil pekerja Paycomm yang turut disertai oleh Timbalan Presiden PSM  dan telah membincangkan berkenaan tuntutan terhadap Paycomm yang didakwa keseluruhannya berjumlah RM 49 juta melibatkan seramai 549 orang di seluruh negara. 

Menteri Sumber Manusia telah menyatakan bahawa sekiranya dakwaan bahawa pemegang syer tunggal Paycomm juga terdiri daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) adalah berasas, maka beliau akan cuba berbincang dengan pihak-pihak yang berkaitan bergantung kepada siasatan lanjut dan hasil perbincangan dengan semua agensi terlibat termasuk Kementerian Kewangan.

Pihak Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Tenaga Kerja telah mengambil pelbagai inisiatif samada melalui saluran undang-undang atau inisiatif konsultansi untuk menyelesaikan tuntutan ini.

Namun perkara ini telah dimanipulasikan oleh pihak-pihak tertentu untuk kepentingan politik dan memberi gambaran bahawa Kerajaan khususnya Menteri Sumber Manusia tidak mengambil apa-apa tindakan dalam menyelesaikan masalah pekerja.

Kementerian Sumber Manusia berharap semua bekas pekerja Paycomm dapat memahami kedudukan sebenar kes ini dan tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak yang berkepentingan.

Pada masa yang sama, sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, mereka bolehlah menghubungi Jabatan Tenaga Kerja di talian 03-88865054, kata kenyataan itu.

Himpunan Hijau Menuju Putrajaya: “BN sakit”

Roketkini.com, 16 Jul 2012
KUALA SELANGOR: Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang mana parti memerintah melaga-lagakan kaum dan agama untuk terus berkuasa, kata Pengerusi DAP Selangor Teresa Kok.

Berucap di hadapan puluhan ribu rakyat semasa Himpunan Hijau Menuju Putrajaya di Stadium Kuala Selangor malam tadi, beliau yang juga Ahli Parlimen Seputeh berkata, pembohongan dan fitnah yang melaga-lagakan kaum secara berterusan ke atas pimpinan Pakatan Rakyat mencerminkan betapa BN sedang ‘sakit’.

Beliau yang juga Exco Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian Selangor menceritakan  bagaimana beliau sendiri difitnah berkenaan isu azan di Puchong sehingga disumbatkan ke dalam ISA.

“Saya dimasukkan ke dalam ISA dulu, kemudian baru polis siasat. Kemudian hasil siasatan menunjukkan bahawa saya tidak pernah pun pergi ke masjid tersebut dan tidak pernah bangkitka isu azan dan (Timbalan Pengarang Utusan Malaysia) Zaini Hassan memutarbelitkan cerita ini di Utusan,” katanya.

Menurutnya, fitnah perkauman terhadap Pakatan Rakyat terus dilakukan hingga sekarang, termasuk mendakwa bahawa beliau (Teresa) mahu menjadi Menteri Besar Selangor manakala Lim Kit Siang mahu menjadi Perdana Menteri.

“Ini semua tidak benar sama sekali. Kita telah jelaskan sejak dahulu lagi bahawa orang Melayu merupakan majoriti di negeri ini dan kita akan terus menyokong kepimpinan yang berintegriti dan bersih,” tambah beliau.

“Lawan gergasi yang lama berkuasa”


(Ribuan manusia di Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat negeri Selangor)

Turut memberi ucapan pada malam gilang-gemilang tersebut ialah Presiden Parti Keadilan Rakyat Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail yang menyatakann bahawa dakwaan UMNO yang mengatakan Pulau Pinang kini diambil oleh ‘Cina’ adalah melucukan.

“Dulu Koh Tsu Koon tu Melayu kah?” ujar beliau disambut tepukan dan sorakan hadirin.

“Kalau Melayu pun, apa yang kita mahukan ialah kepimpinan yang bersih dan berintegriti. Kalau kepimpinan Melayu pun rosak, tidak ada gunanya.”

Mengakhiri ucapan beliau, Wan Azizah menyeru agar seluruh pejuang Pakatan Rakyat yang mendokong kebenaran dan keadilan agar terus istiqamah.

“Kita bukan lawan mereka yang lemah, tetapi kita melawan gergasi yang lama berkuasa.”

DAP gadai tanah rizab Melayu?

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pula meminta agar seluruh rakyat Malaysia menolak UMNO dalam pilihan raya akan datang kerana mereka telah banyak menggadaikan kepentingan rakyat dan negara.

“Siapakah yang telah menggadaikan dari 3 juta hektar tanah Melayu kepada hanya 1.7 juta hektar yang tinggal sekarang? Adakah DAP? Siapakah yang telah menghilangkan Bank Bumiputera, adakah DAP?”

Menurut beliau, kini pendedahan penyelewengan bukan sahaja dibuat oleh pimpinan oposisi seperti Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim, malah ia didedahkan oleh Jabatan Audit Negara sendiri.

“Dulu bila Lim Kit Siang dedahkan skandal Bank Bumiputera, mereka (UMNO) mengenakan dakwaan perkauman terhadap beliau seolah-olah ingin menjatuhkan kepentingan orang Melayu.

“Tapi kini, bila pegawai-pegawai audit yang terdiri dari orang Melayu sendiri yang mendedahkan penyelewengan kerajaan, mereka nak kata apa?” jelas beliau.

KPPA: Penamatan Abu Bakar ada kaitan dengan Najib?

Anis Nazri | Foto Wan Zahari, 16 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Krisis penamatan khidmat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Abu Bakar Abdullah dipercayai mempunyai kaitan langsung dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ia berikutan surat penamatan perkhidmatan tersebut ditandatangani sendiri Najib mengikut Peraturan 49 Peraturan-
Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, dakwa Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, hari ini.

Bercakap pada sidang media di lobi parlimen, Mahfuz berkata umum mengetahui peraturan 49 itu ialah penamatan perkhidmatan pegawai perkhidmatan awam atas kepentingan awam serta gagal tapisan keselamatan.

"Persoalannya, apakah maksud kepentingan awam serta keselamatan negara yang membolehkan peraturan 49 digunakan dalam penamatan perkhidmatan Abu Bakar?

"Najib perlu menjelaskan apakah kesalahan jenayah keselamatan yang menjejaskan kepentingan awam yang dilakukan Abu Bakar itu," tegas Mahfuz.

Tambah Mahfuz, menjadi amalan biasa perkhidmatan awam negara, pegawai tertinggi kerajaan akan dinaikkan pangkat mereka mengikut gred dan kekananan jawatan.

Mahfuz berpandang, Abu Bakar sewajarnya dinaikkan ke jwatan Ketua Setiausaha Negara bagi menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan memandangkan beliau memegang gred Turus dua, berbanding Datuk Seri Dr Ali Hamsa yang bergred turut tiga.

"Saya melihat terdapat beberapa perkara pelik yang berlaku di sebalik kedua-dua krisis ini.  Penamatan khidmat Abu Bakar dan pelantikan Ali Hamsa sebagai Ketua Setiausaha Negara tidak melalui proses rundingan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)," kata beliau lagi.

Sebelum itu, beliau menyerahkan surat kepada Najib melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, di parlimen.

Abu Bakar dalam Berita Harian dilaporkan sebagai berkata beliau tidak bersara namun khidmatkan diberhentikan oleh kerajaan.

Berita Harian melaporkan, Abu Bakar berkata beliau menerima surat penamatan khidmatnya daripada Jabatan Perkhidmatan Awam yang menyatakan bahawa khidmatnya berakhir pada 1 Julai.

Tambahnya, beliau berhasrat untuk bersara pada usia 60 tahun namun disebabkan penamatan awal itu, kuantum pencen dan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerjanya hanya dikira sehingga 30 Jun tahun ini.

Abu Bakar, 57, telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 35 tahun.

Syabas gagal, kerajaan negeri akan campurtangan

Harakahdaily, 16 Jul 2012

(MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim)

SHAH ALAM: Masalah kekurangan air tidak sepatutnya berlaku dan kerajaan Negeri Selangor meragui pengumuman cadangan catuan air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) kerana Pengawal Selia Air Negeri dan Ahli Lembaga Pengarah Syabas tidak dimaklumkan.

Untuk menjaga kepentingan rakyat Negeri Selangor, Kerajaan Negeri telah meminta Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri bersama Pengawal Selia Air Negeri untuk memantau perkhidmatan air oleh Syabas.

Jawatankuasa ini akan minta Syabas memberi laporan harian untuk menerangkan kedudukan  air semasa, kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Sementara itu, Konsortium ABASS juga akan diminta menyertai jawatakuasa ini yang mana syarikat itu akan memanggil pakar bebas yang berpengalaman semasa krisis air 1998 untuk memantau kesahihan laporan dan maklumat oleh Syabas

Perlu ditekan di sini, keadaaan sekarang tidak boleh disamakan dengan krisis air pada 1998 kerana tujuh empangan negeri di seluruh Selangor mempunyai kapaisiti air yang cukup dan melimpah, dakwa Khalid.

"Kerajaan Negeri menggesa supaya proses penstrukturan semula industri air diteruskan dengan segera kerana Syabas jelas tidak berkemampuan untuk memberi perkhidmatan air yang baik kepada pengguna," katanya.

Ini jelas ditunjukkan apabila Syabas setakat bulan April 2012, mempunyai tanggungan jumlah tertunggak kepada operator rawatan air dianggarkan sebanyak RM2.8 billion.

Syabas juga gagal menurunkan kadar air tidak terhasil (non-revenue water) kepada 20%. Tambah pula, laporan awal audit mendapati SYABAS tidak melaksanakan kerja-kerja capex (capital expenditure) mereka dengan baik.

Berdasarkan alasan di atas, maka Kerajaan Negeri telah sebanyak dua kali menghantar surat kepada Kerajaan Persekutuan pada 19 Disember 2008 dan 21 Januari 2011 untuk membatalkan perjanjian konsesi tersebut.

Oleh kerana Kerajaan Persekutuan tidak memberi sebarang maklum balas terhadap surat-surat tersebut, Kerajaan Negeri telah membuat keputusan mengunakan kuasa di bawah Klausa 32 dalam perjanjian konsesi untuk memberi notis kepada Kerajaan Persekutuan untuk Kerajaan Negeri “step-in”  dalam operasi SYABAS.

Kerajaan negeri juga akan meneruskan usaha mencari sumber air alternatif seperti air tanah dan menambah baik kapisiti loji rawatan air sedia ada dengan mengguna pakai teknologi terkini, tegasnya.



[WAJIB BACA] Kisah Penceraian Yang Sebenar, Berita Yang Tiada Di Media Barisan Nasional!

Pasir Mas : “Dia yang cabar saya suruh saya ceraikan dia dengan talak tiga,”ujar Yahya Ibrahim, 82 (gambar kiri) ketika ditemui di rumah anaknya di Kampung Kubang Badak, dekat sini pagi tadi.

Pada masa yang sama katanya, bekas isterinya yang juga penyokong tegar Umno, Che Hasnah Che Ahmad, 61, bukan sahaja menolak perjuangan PAS, sebaliknya menghina Mursyidul Am yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Jelasnya, sepanjang 14 tahun perkahwinan keduanya dengan Che Hasnah selepas kematian isterinya, beliau tidak pernah berselisih faham dengan bekas isterinya.

Bagaimanapun, penghinaan terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, di samping menuduh mengundi PAS berdosa besar beliau tidak boleh bertolak ansur lagi, apa lagi bekas isterinya ‘mencabar’ supaya menceraikannya.

Harakahdaily mengambil pendekatan untuk mengetahui penjelasan sebenar berhubung perkara itu dari Yahya, memandangkan kes perceraian mereka telah tersiar dalam media arus perdana pro Umno termasuk media cetak.

Ianya berikutan kenyataan yang hanya melalui Che Hasnah, semata-mata, tanpa mengetahui kisah sebenar dari bekas suaminya.

Kes perceraian mereka juga turut dibahas hangat dalam laman social facebook dan twitter yang bersandarkan PAS menjadi dalang kepada perceraian itu.

Yahya yang merupakan bapa kepada 8 orang anak (semuanya dari isteri pertama) mengakui isterinya adalah aktivis Umno.

“Malah beliau menjadi guru al-Quran pun dipilih oleh Umno dan dibayar gaji, saya tidak kisah tentang itu walaupun sejak awal lagi kami berlainan politik.

“Tetapi sejak akhir-akhir ini dia begitu mencabar, mengeluarkan kata-kata yang kesat terhadap perjuangan PAS, dia juga sudah tidak hormatkan saya lagi, apa hukumnya keluar rumah atau pergi ke suatu tempat yang suami tidak suka.

“Malah saya bimbang kalau-kalau perkataannya yang begitu keterlaluan itu boleh terkeluar aqidah. Anak-anak dan cucu yang mendengarpun menggeleng kepala kerana tidak sanggup mendengarnya,”ujarnya.

Yahya turut memberitahu, isterinya keluar menyertai program Datuk Dr Hassan Ali, bagaimanapun Che Hasnah merahsiakannya.

“Dia hanya memberitahu pergi program cabutan bertuah, tetapi selepas dua hari baru saya tahu perkara sebenar dan memang saya marah sebab dia tipu saya.

“Saya tak kisah kalau dia pergi belajar tajwid walaupun bergurukan orang Umno, bersesuaian dengan dia sendiri mengajar al-Quran,”ujarnya.

Sambungnya, perceraian itu turut mendapat sokongan saudara mara yang terdekat termasuk abang kepada bekas isterinya itu, Ustaz Che Hussin.

Akibat perselisihan faham semakin tidak dapat dikawal, beliau terpaksa berpuasa dua hari untuk mengurangkan ketegangan yang dicipta isterinya sendiri.

Akhirnya, pada 11 Julai lalu, mereka sah bercerai di Mahkamah Pasir Mas setelah perceraian mereka didaftarkan pada 26 Jun lalu.

Imam Tua Mukim Chetok, Zulkifli Awang, yang juga merupakan saksi nikah mereka sebelum ini memberitahu, sebelum mereka bercerai, beliau sebagai orang tengah turut menasihati Che Hasnah agar kembali pada Yahya.

“Bagaimanapun Che Hasnah enggan dan saya tidak boleh berbuat apa-apa, jadi saya serahkan semula kes itu kepada mereka beruda untuk membuat keputusannya,”ujarnya yang turut hadir pada pertemuan itu.

Sumber : http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/11694-bercerai-selepas-dicabar-talak-tiga

Tiada ulasan: