Jumaat, 30 September 2011

LAKSANAKAN HUDUD...TANDA CINTANYA KITA KEPADA ALLAH...MENGHALANGNYA MUNGKIN ALLAH HALANG JUGA UNTUK MASUK SYURGA...BARU PADAN MUKA...

Majlis Peguam: K'tan tidak ada kuasa laksana hudud
Sep 30, 11 6:01pm

Undang-undang Keseksaan terletak di bawah bidang kuasa persekutuan dan bukannya negeri, dan oleh itu undang-undang hudud tidak boleh dilaksanakan oleh mana-mana negeri, kata Majlis Peguam.

"Undang-undang, seperti yang ada, tidak membenarkan pelaksanaan hudud oleh negeri-negeri," kata presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataannya itu merujuk kepada laporan bahawa negeri Kelantan telah mendapat mandat rakyat untuk melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah II (1993).

NONELim (kanan) menjelaskan bahawa undang-undang yang digubal oleh negeri "tidak boleh termasuk perkara-perkara dalam kuasa perundangan kerajaan persekutuan".

Negeri, katanya, hanya boleh menggubal undang-undang yang berkaitan dengan kesalahan oleh penganut agama Islam, dan hukuman bagi kesalahan tersebut.

Kesalahan tersebut, katanya, tidak termasuk yang telahpun diperuntukkan di bawah undang-undang persekutuan dan tidak boleh ada sebarang replikasi dengan undang-undang persekutuan, dengan hukuman yang berbeza bagi umat Islam.

"Di samping itu, undang-undang ini, jika digubal, ia sendiri mesti selaras dengan kebebasan asasi yang dijamin kepada semua rakyat, termasuk orang Islam, di bawah Bahagian II perlembagaan persekutuan," kata Lim.

Menurut Lim, hudud, yang pada asanya undang-undang keseksaan, terletak di bawah bidang kuasa Parlimen persekutuan.

Lim memetik kes Che Omar Bin Che Soh lawan Pendakwaraya [1988] di mana Mahkamah Agung ketika itu, telah memutuskan bahawa undang-undang Malaysia tidak perlu mengakuri prinsip-prinsip Islam, dan dengan itu "mengesahkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular".

islam religion muslim 1Dengan mengambil prinsip tersebut, tambahnya, jika hudud dibawa masuk ke dalam sistem keadilan jenayah, maka ia akan menyebabkan pengimportan undang-undang keseksaan Islam ke dalam undang-undang yang sekular, yang mana salah di sisi undang-undang."

Pelaksanaannya, tegas Lim, akan menyebabkan undang-
undang yang berbeza untuk orang Islam dan bukan Islam dan bertentangan dengan Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan, yang memperuntukan kesamarataan untuk semua rakyat.

Seseorang Islam juga, katanya, akan terdedah kepada dua pendakwaan atau sabitan berasingan: satu di bawah hudud dan satu di bawah kanun keseksaan, bertentangan dengan larangan terhadap perbicaraan berulang dalam Perkara 7 (2) perlembagaan persekutuan.


  • Ahsan Umar
    Aku yakin seyakin-yakin nyer HUDUD akan tertegak di Malaysia. Bila dan bagaimana? Hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui. Mungkin esok. Mungkin 50 tahun lagi. Mungkin 1000 tahun lagi. It doesn't matter. Yang penting sesiapa yang beriman dan bertakwa mesti berusaha melaksanakannya.
  • Hj Afandi Abdul Samad · Pengulas Tertinggi · Sekolah menengah seri mahkota
    Majlis peguam berbicara dr sudut undang2, itu benar. Umno bicara dr sudut kepala otak dia, itu banggang namanya.
    Apa pun bg mendapatkan 2/3 MP, rakyat wajib runtuhkan dan jatuhnya UmnoBN dlm PRU 13. Insya Allah jika penerangan Hudud dijelaskan sejelas2nya melalui media cetak dan elektronik, org pertama yg menyokong ialah Karpal Singh dan ahli2 DAP.
    Doa bersama moga2 BN dikalahkan semuanya nanti tapi dgn syarat USAHA GIGIH rakyat Malaysia.
    • Arteta Harith · Pengulas Tertinggi
      ..bangangnya ko hj afandi... kata lah UMNO kalah semua dlm pRU 13 nanti,,, dan pas hanya bertanding 60 kerusi mcm mana nak gubal perlembagaan... takkan Pas nak minta sokongan DAP atau anuar aljuburi punya gang2 nak sokong... hehe.... budusss!!!....
    • Azuan Wahari
      Arteta Harith.. Sekurang2 nya anwar yg anda hina tuh menyokong hukuman hudud.. UMNO tidak menyokong. kesimpulannya?
    • Arteta Harith · Pengulas Tertinggi
      ...anwar sokong Pas bawa hudud pd masa yg sama sokong juga DAP tentang hudud.. mcm mana tu?... kalau dia sokong sudah pasti dia buat statement PKR sokong hudud tp dia tak cakap pun..hehe... biasala anwar depan ok, belakang pun ok...hehe....
  • Notakanan
    itu bukan alasan. kalau begitu, pas perlu bawa usul di dewan rakyat untuk kita tengok ahli parlimen mana yang akan angkat tangan bersetuju. pas perlu berani. jangan takut pada anwar dan kit siang. kalau dah bentang waktu tu orang umno tak sokong, kita boleh tibai. tapi ini cerita hudud nak buat modal pru13 selepas dibuang negera islam ganti negara kebajikan. apa cerita ni? minggu depan ada sidang baru parlimen. kalau betul pas nak buat hudud. bentangkan usul tergempar. kalau tidak, sah sah munafik yang menagih undi. cakap semata2 nak tutup isu DUMC dan karl marx komunis. alahai.
    • Keladi Kelad · Pengulas Tertinggi
      senang saja.....pas,pkr dan umno bergabung utk hudud selesai masaalah, tapi sy yakin umno akan tentang habis habisan hingga ketitisan keringat terakhir kehkehkehkeh
    • Arteta Harith · Pengulas Tertinggi
      ... bangangnya si keladi ni... bawa la dulu kat parlimen pastu baru kita boleh tengok sapa yg tak sokong... belum2 apa lg dah tuduh bukan2.... ini kira fitnah dah ni... kalau ikut hudud berat hukumannya...
    • Azuan Wahari
      Arteta Harith PM ckp hudud tak akan dilaksana di Malaysia. tak baca berita ke?
  • Tajul Muluk · Pengulas Tertinggi · SMK Batang Berjuntai
    Kalau ikut pendapat dr. asri, hudud kini perlu di tafsir kembali, dibuat ijtihad baru bersama2 ulama2 terkemuka dunia..keindahan hudud ketika itu mendapat pujian kerana keadilannya, bukan hudud yg membawa fitnah malah memporak perandakan lagi sesama islam seperti di afganistan daerah taliban, sudan dan somalia.
    Hudud yg telah di tafsir dan mendapat ijtihad dari pakar2 islam selepas diamal beberapa tahun akan di puji oleh kawan dan lawan...malah akan di tiru oleh negara2 bukan islam yg mahukan keindahan dan contoh perikemanusian terpujinya yg terletak dalam hukum hakamnya.
    zaman sekarang sistem perundangan jenayah terbaik di dunia masih di pegang oleh norway dan jiran2nya.
    • Rafie Mohd · Pengulas Tertinggi
      Pandangan Dr.Asri mungkin tidak disokong oleh Ulama2 yg muktabar. Mungkin dia ada buat kajian (bukan tahap ijtihad). Jika seseorang ulama berijtihad tak semestinya akan diterima oleh majoriti ulama. Ada syarat2 tertentu utk kelayakan berijtihad.
      Dr.Asri perlu berhati2 bila keluarkan kenyataan berkenaan hukum hakam. Perkara ijtihad ini hanya ahli agama (ulamak) yg layak membincangkan.Jika beliau rasa ada keperluan utk ijtihad kembali hukum hudud,beliau perlu bincangkan dikalangan ulamak.Bukan dengan membuat kenyataan umum yg akan mengelirukan umat Islam dan memberi kefahaman salah kpd bukan islam.

      Petikan drpd laman web;
      http://almanhaj.or.id/content/3106/slash/0
      ...Lihat seterusnya..
    • Rolisma Ab Manaf Aliss · Pengulas Tertinggi
      "zaman sekarang sistem perundangan jenayah terbaik di dunia masih di pegang oleh norway dan jiran2nya." PERUNDANGAN TERBAIK??? NORWAY??? ada termaktub dalam Al Quran ker?? Dalam surah apa? awak ni terlalu mengangkat barat.. realiti yg terdapat dlm al quran pun tak sedar... HUKUM YG ALLAH TAALA SEDIAKAN itulah YG TERBAIK sejak azali dan sehingga ke hari akhirat...
    • Tajul Muluk · Pengulas Tertinggi · SMK Batang Berjuntai
      tak kisahlah baik sampai kiamat..buatkanlah macam yg kata baik tu..setakat ni belum ada..yg dok mengaku nampaknya masih porak peranda tapi bagi mereka itulah yg terbaik dgn majoriti penduduk menghadapi kemiskinan tahap papa kedana,penghinaan wanita,buta huruf yg tinggi,berbunuh2an sesama muslim kerana sebab yg kecil dan berbagai kemungkran di muka bumi ni,kerana praktik salah penganutnya agama mendapat fitnah.
  • Wan Roslan Wab · Petaling Jaya, Malaysia
    apahal pon tibai umno/bn dulu pd PRU13......
    • Pemuda PAS Sec-17 Shah Alam S'gor
      Setuju sgt apa-2 hal pun kasi tibai dulu bn brg naik kasi out dulu dari bumi M;sia ni, baru selamat kita semua.
    • Nor Safiq Jainuddin · Pengulas Tertinggi
      Kesian.. Tibai/jatuhkan UMNO lagi lagi penting dari perjuangkan agama Islam.. Mungkin ramai x sedar, semakin PAS leka menjatuhkan UMNO, semakin ramai dan semakin jauh umat Islam terpesong~~
    • Suhail Danish Md Pazian · Pengulas Tertinggi · Doctor Pakar Handphone di Mizzz.Telecomunication.com
      Nor Safiq Jainuddin : Kesian, Tibai/jatuhkan Pas lagi lagi penting dari perjuangkan agama islam..Mungkin ramai x sedar, semakin UMNO leka menjatuhkan PAS, semakin ramai dan semakin jauh umat Islam terpesong~~
    • Hus Oth · Top Commenter
      Nor Safiq Jainuddin umat islam terpesong sebab Umno tak luluskan hukum hudut.
    • Nor Safiq Jainuddin · Top Commenter
      Suhail Danish Md Pazian X Perlu untuk UMNO beriya2 menjatuhkan PAS.. PAS sendiri yang menjatuhkan martabatnya. Lihat sahaja perjuangannya.. Isu Hudud pasti lenyap lepas ni setelah ditolak oleh konsensus PR.. Konsisten dalam perjuangkan agama? Ni berjuanga ke main2?
    • Moktar Padil · Day Training Centre
      hudud pas punya masalah, mengapa tibai umno pulak
    • Suhail Danish Md Pazian · Top Commenter · Doctor Pakar Handphone at Mizzz.Telecomunication.com
      Nor Safiq Jainuddin: X Perlu untuk PAS beriya2 menjatuhkan UMNO..UMNO sendiri yang menjatuhkan martabatnya. Lihat sahaja perjuangannya.. Isu Hudud pasti lenyap lepas ni setelah ditolak oleh konsensus PR.. Konsisten dalam perjuangkan agama? Ni berjuanga ke main2?
    • Teluk Pial · Works at Pengkritik peringkat tertinggi.
      Pemuda PAS Sec-17 Shah Alam S'gor ...btol2 tibai dulu bn...lpastu pr jadi kerajaan...pas/anuar jadi badut...yg berkuasa dap....skarang pon dah nampak....ape criter..
    • Suhail Danish Md Pazian · Top Commenter · Doctor Pakar Handphone at Mizzz.Telecomunication.com
      Teluk Pial :Pemuda UMNO Sec-17 Shah Alam S'gor ...btol2 tibai dulu Pas...lpastu pr jadi kerajaan...UMNO/NAJIB jadi badut...yg berkuasa MCA....skarang pon dah nampak....ape criter..
    • Rohan Abd Rahman · Top Commenter · Works at Perodua
      Moktar Padil ,mana hudud umno?
    • Islam Menang · Top Commenter
      UMNO PENGHALANG GERAKAN DAKWAH ISLAM.. TIBAI SAMPAI ZERO... PAS GANTI UMNO!!!
  • Saidon Din · Columbia University
    hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.
  • Drs Zainuddin Awang Hamat · Top Commenter · Ahli Dewan Undangan Negeri N30 Limbongan at Kerajaan Negeri Kelantan
    Ada 3 cerita: 1. Orang2 mukmin 2. Munafik 3. Kafirun. Bergantunglah nak cari hidup diakhirat dalam tawaran Allah antara Jalan Takwa dan Jalan Fujaraha. Kebebasan mutlak Oleh Allah, manusia berwajiban menurut Yang Maha Mencipta utk kebaikan diri sendiri. Syorga ada, neraka ada. Mohon kepada Allah Jln Yang Lurus.
  • Eizam Arbak · Top Commenter · Shah Alam, Malaysia
    senyum je la bila org non-muslim komen sebb mereka tak paham. tapi kalau org islam komen, lu fikir la masak masak.
  • Bicara Che Wan · Top Commenter · TOK SIAK, MASJID KAYU, PULAU PINANG at Masjid Kayu
    SEKURANG-KURANGNYA NIK AZIZ SUDAH MENUNAIKAN TANGGUNGJAWABNYA KEPADA ALLAH SEBAGAI PEMIMPI YANG DIAMANAHKAN... NIK AZIZ SUDAH TERLEPAS DARIPADA PERTANGGUNGJAWAPANNYA DI MAHKAMAH ALLAH....

    BAGI PERDANA MENTERI NAJIB RAZAK.. APA AGAKNYA JAWAPAN YANG AKAN DIBERIKANNYA DI HADAPAN ALLAH KELAK? ADAKAH DIA AKAN MEMINTA BANTUAN UTUSAN MALAYSIA?
  • Mohd Azmi Mohamad · Top Commenter · Guru at KPMG
    Maka menyusurlah akal mindaku, betapa hebatnya penjajah yang diagungkan serta dilindungi oleh anak muridnya sejak merdeka hingga kini hatta undang2 islam terpaksa tunduk bawah perut sekularis.Saya dengan rasa rendah diri memohon agar Allah memberi petunjuk Kepada Yang dipertuan Agong bersama Majlis raja2 beserta nasihat para mufti segera memanggil seluruh ahli parlimen dan mengesa mereka yg mengaku muslim menyokong perlaksanaan Undang2 islam seluruhnya(yg termasuk juga hudud) untuk umat islam negara ini dengan memberi peluang kepada kelantan terlebih dahulu melaksanakannya


Umno mahu lihat keseriusan K'tan laksana hudud
Abdul Rahim Sabri
Sep 30, 11
8:40pm

Umno akan melihat sama ada ada kerajaan Kelantan serius atau tidak untuk meneruskan pelaksanaan undang-undang hudud, kata presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kita nak tengok serius (atau) tak serius. Sebab cerita hudud ini bukan cerita baru, dari dulu lagi, tapi perkara ini tidak menjadi langsung," katanya.

Najib memberitahu demikian ketika diminta mengulas perkara itu dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno petang tadi.

Katanya, Umno selalu dipersalahkan kerana didakwa mencetuskan isu ini, sedangkan ia berpunca daripada pihak lain.

"Semua segala-gala kesalahan (dan) kelemahan, Umno yang kena, walhal puncanya daripada pihak orang lain," katanya.

Dalam satu kenyataan hari ini, PAS berkata Enakmen Jenayah Syariah II (1993) Kelantan dan Enakmen Jenayah Syariah (2003) Terengganu yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri masing-masing, maka parti itu melihat kerajaan negeri mempunyai hak bagi memperkanunkan undang-undang tersebut.

Bagaimanapun, Majlis Peguam pula berkata, undang-undang Keseksaan terletak di bawah bidang kuasa persekutuan dan bukannya negeri, dan oleh itu undang-undang hudud tidak boleh dilaksanakan oleh mana-mana negeri.