Posted on Saturday, June 30 @ 16:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: imamsurau
"Perdana menteri Najib Razak boleh menyembunyikan perasaan gementarnya apabila SUARAM memberitahu bahawa ia telah Berjaya mengumpul lebih RM 200,000 daripada makan malam amal yang telah diadakan pada hari Jumaat.
Namun, berita tentang orang kanan yang juga teman rapat Baginda yang telah dipanggil oleh mahkamah Perancis untuk memberi keterangan dalam kes pembelian Scorpene yang bernilai RM 7.3 bilion oleh Malaysia dan juga telah berjanji memberi kerjasama sepenuhnya dalam siasatan itu telah menjadikan Najib seperti cacing kepanasan.
“Dia telah mengesahkan akan memberi kerjasama kepada kami,” kata penyelaras SUARAM, Cynthia Gabriel kepada para tetamu yang hadir pada makan malam tersebut.
Dia merujuk kepada Jalbir Singh Chahl, yang merupakan orang kanan Baginda dalam Perimekar, sebuah firma yang menerima sekurang-kurangnya 114 juta euro atau RM 570 juta dalam bentuk komisen.
Berjalan dengan lancar
Jalbir merupakan saksi pertama yang akan dipanggil oleh hakim di mahkamah Perancis itu sejak perbicaraan dimulakan pada awal April. Menjadi kesalahan di sisi undang-undang di Perancis untuk mana-mana pihak menerima atau menawarkan komisen untuk mencapai perjanjian. Dua buah kapal Scorpene ini telah dibeli oleh Najib semasa dia menjadi menteri pertahanan dan ia disokong kuat oleh parti pemerintah, Umno walaupun ia ditentang hebat oleh rakyat awam.
Walaupun Najib telah menafikan apa-apa jenayah yang terlibat dalam perjanjian itu, Umno-BN, agensi-agensi kerajaan yang lain termasuk polis dan SPRM enggan melakukan apa-apa siasatan ke atas kes itu.
Ini memaksa SUARAM untuk memfailkan kes terhadap DCNS di Paris pada tahun 2010, dimana jika didapati bersalah, mereka terpaksa membayar semula wang itu kepada rakyat Malaysia kerana harga yang terlalu tinggi dikenakan akibat daripada rasuah. Ini juga akan memaksa kerajaan Malaysia untuk menjalankan siasatan terbuka terhadap tuduhan itu.
“Sedang kita menikmati makanan diatas meja ini, satu sepina telah dikeluarkan terhadap Encik Jalbir Singh Chahl. Kes ini sedang berjalan dengan lancer,” kata Cynthia yang disambut dengan sorakan gemuruh.
Kemarahan rakyat dengan korupsi jangan diambil ringan
SUARAM juga telah Berjaya mengumpul lebih RM 200,000 daripada makan malam yang dihadiri oleh lebih 1000 orang. Jumlah itu telah membuktikan bahawa begitu ramai yang memberi maklum balas dan menderma dengan ikhlas untuk membayar yuran guaman dari Perancis dan perasaan mereka terhadap pembelian penuh kontroversi Najib itu.
Bukan sahaja kapal-kapal selam itu didapati tidak sesuai untuk perairan Malaysia, tetapi jumlah rasuah yang besar didakwa telah diterima oleh DCNS daripada pegawai-pegawai Malaysia, termasuk Najib dan Baginda melalui perjanjian itu telah menghairankan rakyat.
Turut terlibat dalam skandal rasuah ini adalah pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dilaporkan dibunuh apabila cuba mengugut Baginda untuk mendapatkan bahagian komisyennya, dan ini mungkin juga telah menjadi penyebabnya.
Dua bekas pengawal peribadi Najib telah dijatuhkan hukuman mati kerana pembunuhan kejam itu, tetapi ramai di Malaysia yang yakin bahawa mereka hanyalah orang suruhan dimana tuannya masih lagi belum tertangkap.
Dokumen-dokumen yang disita oleh polis Perancis juga telah membocorkan maklumat yang boleh mengaitkan Altantuya dengan perjanjian kapal selam dan ini mungkin boleh memberitahu kita kenapa sebenarnya dia dibunuh.
Siapa selepas Jalbir?
Walaupun majlis makan malam pada hari jumaat berjaya, pegawai-pegawai SUARAM memberi amaran bahawa perbicaraan di Perancis ini baru sahaja bermula dan lebih banyak lagi dana yang bakal diperlukan untuk memastikannya tamat.
Selepas Jalbir, semua akan menunggu bila mahkamah Perancis akan memanggil Baginda, Najib dan menteri pertahanan semasa iaitu Zahid Hamidi untuk memberi keterangan dan bersetuju untuk memberi kerjasama ini demi membersihkan nama mereka terutamanya Baginda dan Najib.
“Kami menyokong apa jua usaha demi membanteras rasuah,” kata ketua pengarah SUARAM, E Nalini.
Derma boleh disampaikan kepada SUARAM dalam bentuk cek dan juga pemindahan wang di atas talian kepada:
Nama akaun: SUARA INISIATIF SDN BHD
Nama bank: Maybank Bhd.
Nombor akaun: 5122 9582 0324
Untuk maklumat lanjut, hubungi outreach@suaram.net atau hubungi SUARAM di 03 77843525/ Sarah +013-3470860
Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh melayari
Laman web: www.suaram.net
Facebook https://www.facebook.com/suararakyatmalaysia
Twitter: SuaramTweets
sumber"
Posted on Saturday, June 30 @ 00:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: lipasmalas
"LEBIH 10 sahabat pembaca MiLo SuaM menghantar email mengadu bahawa bil elektrik mereka melambung sejak kebelakangan ini meskipun kadar penggunaan tidak berubah sejak bertahun-tahun.
Rata-rata mereka meminta agar perkara ini dibawa ke tengah kerana mereka benar-benar merasa terbeban dengan peningkatan sekali ganda kadar bayaran bil elektrik setiap bulan...
Hasil tinjauan ReJaM© di Fanpage MiLo SuaM di Facebook mendapati dakwaan tersebut ada benarnya, menyaksikan puluhan pengguna mengakui dakwaan itu rujuk sini [Facebook].
Besan syaitan: Maira cuba kawal keadaan, Najib dan Malaysia malu
Posted on Saturday, June 30 @ 13:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: imamsurau
"Tidak sukar untuk menulis tentang Maira Nazarbayev, besan Perdana Menteri Najib Razak isterinya Rosmah yang kontroversi ini. Sementara itu, elit sosial yang berusia 50 tahun ini telah dituduh oleh suaminya sebagai penyangak bersiri antarabangsa justeru mengundang perhatian media, walau apa cara sekalipun pihaknya cuba untuk memutar belit cerita, Maira dan anaknya Daniyar adalah berita buruk bagi Malaysia dan keluarga Najib.
Maira telah menghantar satu siri 'penjelasan' melalui perundingnya kepada media Malaysia yang dipilih, di mana dia telah menafikan laporan yang ditulis oleh tabloid bereputasi tinggi New York Post dan disebarkan di seluruh dunia oleh media antarabangsa.
Dengan dirinya yang bergaya dan telatahnya tidak ramai pembaca yang bersimpati dengan Maira dan ini bukanlah suatu yang menghairankan.
Sehingga suaminya, Bolat Nazarbayev, saudara presiden Kazakhstan, mengeluarkan kenyataan penuh, ramai yang akan menganggap bahawa Maira terang-terangan menipu untuk membersihkan namanya, anaknya serta melakukan beberapa cara untuk mengawal keadaan untuk Najib dan keluarganya.
Dia berkata, Bolat mendakwa…
Berita terkini yang dikeluarkan oleh jurucakapnya yang cuba untuk membuktikan bahawa dia tiada dalam senarai Interpol, seperti yang didakwa oleh New York Post kerana dia bebas untuk bercuti panjang ke Eropah.
Sama ada dia benar-benar melancong, atau perintah Interpol telah dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak diketahui, tiada siapa yang tahu! Sesungguhnya, agak menarik untuk diketahui jika ibu dan anak yang pernah berada dalam senarai orang yang dikehendaki itu.
"Saya tidak sabar untuk bercuti panjang pada musim panas bersama keluarga saya di Eropah.Kita tidak tahu siapa sebenarnya di sebalik dakwaan-dakwaan ini dan tuduhan yang tidak masuk akal yang telah memalukan keluarga saya tanpa sebab, "Malaysian Insider melaporkan jurnalis di New York melaporkan Maira berkata dalam satu kenyataan.
" Dakwaan skandal ini sama sekali tidak benar dan telah dibuat tanpa bukti yang kukuh."
TETAPI apa dikatakan Maira sebagai, "dakwaan fitnah" datang dari dokumen yang difailkan oleh peguam yang bertindak bagi pihak Bolat di mahkamah Manhattan. Beliau juga tidak dapat menafikan ini mahupun peguamnya sendiri mampu untuk berbuat demikian. Bangkangan terbaik darinya adalah bahawa dia telah bercakap dengan Bolat di telefon beberapa minggu yang lalu, "dia amat terkejut apabila mengetahui tentang tuntutan mahkamah ini."
"Dia menjelaskan bahawa dia tidak pernah menandatangani apa-apa dokumen-dokumen mahkamah, dan dia terkejut mendengar bahawa ini telah berlaku," Maira memberitahu New York Times.
Bolat guna hubungan Maira dengan Najib untuk dapatkan semula hartanya?
Menurut kertas mahkamah di Manhattan, Bolat telah meminta Daniyar anak Maira - yang menjadi tunang anak perempuan Najib - untuk mencari apartmen baginya. Bolat, walaupun telah memberi kuasa wakil kepada Daniyar didakwa meletakkan nama ibunya sebagai pemilik. Dia kemudian menjual bahagian itu kepada anak lelakinya untuk hanya USD 1.
Mengapa kecoh? , Daniyar yang berusia 24 tahun bukan anak Bolat. Maira telah mengubah nama keluarga anaknya dari Kesikbayev kepada Nazarbayev dalam sijil kelahirannya selepas dia berkahwin dengan ahli keluarga presiden Kazakh.
Selain itu, Maira menegaskan bahawa perkahwinannya pada 2001 kepada Bolat masih sah, walaupun dalam tuntutan mahkamah menyatakan Bolat diberi pembatalan perkahwinan pada bulan September tahun lepas.
Jadi siapa yang berbohong - Maira atau Bolat? Adakah Bolat memfailkan kes ini untuk mengugutnya menandatangani semula pemilikan pangsapuri? Adakah Bolat menggunakan sepenuhnya skandal ini DAN hubungan Maira kepada keluarga perdana menteri Malaysia - untuk memberi tekanan kepadanya untuk berbuat demikian? Adakah dia akhirnya mengakui kekalahan? Adakah perjanjian telah dibuat?
Siasatan antarabangsa
Semua telah terbongkar. Tetapi sama ada dia telah berjaya untuk menenangkan Bolat dan memulangkan kepadanya apartmen di New York bernilai USD 20 juta boleh dipertikai.
Walaupun dia dan anaknya bukan penyangak antarabangsa yang dikehendaki oleh polis Kazakh dan Interpol, ia masih tidak boleh mengetepikan kepedihan yang besar terpaksa ditanggung olehnya untuk memerah keluar wang dan harta bekas kekasihnya.
Rasa bersalah dirinya dan anaknya telah menjadi tatapan antarabangsa, dan berkemungkinan besar, kedua-duanya gagal dalam ujian. Adakah anda mahu mempunyai besan dan menantu seperti ini?
Skandal semakin teruk
Sementara itu, sekutu politik Najib dalam pakatan pemerintah Umno-BN telah menegaskan bahawa skandal itu merupakan perkara peribadi keluarga dan tidak akan meninggalkan kesan ke atas imej Malaysia. Jelas sekali, cara mereka mempertahankan ketua mereka tidak kena.
Penganalisis politik berkata Najib tidak menikmati imej yang baik di mata antarabangsa akibat daripada politik ala Jekyll dan Hyde, di mana dia menganjurkan kesederhanaan di forum-forum global tetapi menggalakkan kekejaman polis ke atas pendemonstrasi aman menuntut pilihanraya yang bersih di Malaysia. Washington Post yang berpengaruh tidak memanggilnya " champion of double " di samping pemimpin Saudi tanpa sebarang sebab.
Di Perancis, perbicaraan mahkamah ke atas beratus-ratus juta euro yang didakwa diterima Najib sebagai komisen haram untuk pembelian 2 kapal selam Scorpene bagi kerajaan Malaysia sedang berlangsung. Dia telah menyatakan bahawa dia tidak akan memberi keterangan – telah memburukkan lagi imejnya dihadapan rakyat.
Di Australia, orang yang berasal dari Malaysia gembira untuk menjadi pemberitahu dan memaklumkan rakyat di Malaysia apabila Najib dan isterinya pergi ke sana untuk berbelanja mengunakan duit rakyat, dan Rosmah yang mempunyai tabiat berbelanja yang meletakkan Imelda 3 ribu pasangan seperti tiada isu.
Di Mongolia, tidak jauh dari Kazakhstan, mereka agak syak pada Najib kerana salah seorang rakyat mereka bernama Altantuya Shaariibuu telah dibunuh oleh bekas pengawal peribadi Najib kononnya kerana dia terlalu banyak tahu tentang perjanjian Scorpenes.
Dan kini skandal terbaru melibatkan Maira yang flamboyan, seorang yang tidak dikenali sebelum berkahwin dengan orang kaya yang mempunyai kuasa. Ia juga mesti diingatkan bahawa presiden Kazakh dianggap oleh ramai sebagai zalim dan kejam dan lebih teruk daripada Idi Amin atau Joseph Stalin.
Malaysia pasti merasa semakin marah apabila mereka tahu bahawa Najib mungkin telah menggunakan wang mereka untuk berbelanja besar bagi majlis pertunangan mewah di Kazakhstan dan kemudian di Putrajaya untuk Daniyar dan anak perempuannya. Sehingga kini, Najib tidak diberikan apa-apa jawapan yang memuaskan ke atas tuduhan bahawa dia menggunakan dana awam untuk tetamu peribadinya.
Daniyar, yang dikatakan bertemu dengan anak perempuan Najib di Columbia, lulus pada tahun 2010. Dia telah dituduh menipu kelayakannya untuk mendapat tempat di Institusi Ivy League. Laporan terkini mengatakan bahawa dia kini berada di Sandringham UK, menaikkan spekulasi tentang siapa yang telah mengesyorkan dia untuk mendapat tempat dalam institusi tentera itu. Adakah Bolat, bekas bapa tirinya atau Najb, bakal bapa mertuanya?
sumber"
SAH, dia ni memang cacat...
Posted on Sunday, July 01 @ 07:02:43 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: paklongdin
"
Sah dan sahih... dia ni memang cacat, kalau tak fizikal dah tentu mental... hehe...
Salam semua...
"Kalau orang tak menghina kita, jangan la kita menghina diri sendiri pula..."
"Lagi pun, jika kita sendiri tak tau nak jaga harga diri, jangan dok gatai tanya pasai apa kita langsung tak dihormati... Hormat perlu diberi sebelum kita boleh menikmati..."
Wassalam...
http://paklongonline.blogspot.com/"
Posted on Sunday, July 01 @ 00:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: al-bahanj
"Apabila tiba bulan Sya`ban, ramai ummat Islam khususnya di Malaysia akan diberitahu oleh para imam dan ustadz-ustadz di masjid mengenai suatu hari yang dipanggil malam Nisfu Sya`ban. Yang mana beberapa kaifiat khusus biasanya diajar kepada masyarakat bagaimana menyambutnya. Mari kita baca apa nasihat dan pandangan ulama muktabar dunia Islam iaitu Prof Dr Yusuf al-Qaradawi mengenai sambutan Nisfu Sya`ban untuk sama-sama kita muhasabah mengenainya:
(1) Dr. Yusuf al-Qaradawi:
“Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi sallAllahu `alaihi wasallam dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid pada untuk menghidupkan malam nisfu Sya`ban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya…perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka.”
(Dr. Yusuf al-Qaradawi, jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut)
(2) Dr. Yusuf al-Qaradawi:
“(Tentang malam Nisfu Sya’ban, tidak terdapat hadis-hadis yang sampai ke martabat sahih yang menyebut tentangnya, kecuali ia berada di martabat hasan di sisi sebahagian ulama, dan terdapat juga sebahagian ulama yang menolaknya dan mengatakan bahawa tidak terdapat sebarang hadis sahih tentang malam Nisfu Sya’ban, sekiranya kita berpegang bahawa hadis tersebut berada di martabat hasan, maka apa yang disebut di dalam hadis tersebut ialah Nabi saw hanya berdoa dan beristighfar pada malam ini, tidak disebut sebarang doa yang khusus sempena malam ini, dan doa yang dibaca oleh sebahagian manusia di sesetengah negara, dicetak dan diedarkannya adalah doa yang tidak ada asal sumbernya (daripada hadis sahih) dan ia adalah salah).
(Terdapat juga di sesetengah negara yang mereka berkumpul selepas solat Maghrib di masjid-masjid dan membaca surah Yaasin, kemudian solat dua rakaat dengan niat supaya dipanjangkan umur, dan dua rakaat lagi supaya tidak bergantung dengan manusia, kemudian membaca doa yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari kalangan salaf, dan ia adalah doa yang bercanggah dengan nas-nas yang sahih, juga bersalahan dari segi maknanya).”
(Al-Qaradhawi, Fatawa al-Muasarah (Kuwait: Dar al-Qalam, cet.5, 1990), 2/379-383)
**Lain-lain pandangan ulama muktabar seperti al-Hafiz al-`Iraqi, Imam an-Nawawi dan Imam as-Suyuti mengenai sambutan Nisfu Sya`ban boleh dibaca di pautan berikut, insyaALLAH:
>>Beberapa Pendapat Ulama Muktabar Mengenai Sambutan Nisfu Sya`ban
Posted on Saturday, June 30 @ 10:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: halimislam
"
Bagi kaum lelaki yang beragama islam diwajibkan melakukan sunat atau khatan melalui cara-cara yang diajarkan nabi Muhammad SAW. Ternyata tidak hanya umat Islam, di kalangan umat Yahudi pun, dikenali juga ritual khatan. Tentu saja dengan cara mereka sendiri.
Namun beberapa waktu lalu, ritual berkhatan ala Yahudi dilaporkan telah menyebabkan beberapa orang bayi di New York, Amerika Syarikat, menderita penyakit herpes yang berbahaya bagi keselamatannya.
Bahkan sebuah laporan menyebutkan, dalam 10 tahun terakhir dilaporkan sekurang-kurangnya dua orang bayi mati akibat tradisi ini, demikian dilaporkan oleh VivaNews.
Dalam kenyataan laporan Badan Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) di Jabatan Kesihatan AS, seperti dilaporkan oleh Al-Arabiya, pada Khamis 7 Jun 2012 lalu, bayi-bayi tersebut mengidap jangkitan virus herpes simplex (HSV-1). Data dari tahun 2000 hingga 2011 menunjukkan enam kes yang sama berlaku juga di New York City.
Virus ini ditegaskan merebak pada alat kelamin bayi yang dikhatankan dengan menggunakan ritual Yahudi. Bayi yang baru lahir dipotong kulit kemaluannya oleh seorang dukun khatan atau yang disebut mohel dalam bahasa Bahasa Ibrani.
Baca Selanjutnya SINI "
Posted on Saturday, June 30 @ 18:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: kamal_hasan
"Paras air Tasik Galilee semakin teruk merosot semenjak Israel menguasai sumber air di tasik ini..Antara punca2 kepada kemerosotan ini mengikut sumber dari akhbar yahudi Jerusalem post adalah disebabkan kegiatan tindakan rakus Israel melengcongkan anak2 sungai yg mengalir ke Sg. Jordan.
Israel mengawal air yg mengalir dari tasik ini semenjak lebih kurg. 30tahun dulu dan mengepam sumber air dari tasik ini bagi tujuan pengairan di kawasan2 lain di Israel,.. serta bagi memenuhi keperluan penduduk Yahudi yang akan berkunjung ke situ pada setiap hari Sabtu yang merupakan hari yang penting dalam masyarakat Yahudi... Akibat dari tindakan rakus ini... tasik galilee dah semakin susut dgn teruk yg tidak pernah berlaku dlm sejarah [berlaku dizaman kita tidak berlaku di zaman ibubapa kita] dan dijangka akan menjadi semakin susut menjelang musim panas ini...
DIMANA TASIK GALILEE?
Kalau kita tengok pada gambar Tasik Galilee ini terletak dalam wilayah Israel hari ini. Tasik yang mempunyai air tawar terendah di dunia ini seluas lebih kurang 53 kilometer dan sedalam lebih daripada 200 meter. Nama Tiberias diambil daripada nama seorang Kaisar Rom bernama Tiberias. Selain itu kota Tiberias juga dikenali dengan nama Galilee/ Galileadan banyak nama lain. Majoriti penduduknya ialah orang-orang Yahudi.
Kota dan tasik ini menjadi destinasi pelancongan di Israel dan pada setiap hari Sabtu (hari cuti bagi agama Yahudi) ia akan dipenuhi dengan kaum Yahudi untuk mereka berekreasi. Banyak hotel mewah, kedai dan restoran di sini.
DAJJAL DAN TASIK GALILEE
Tasik Galilee/Tiberias ada disentuh dalam sebuah hadis popular yang mengisahkan pengembaraan seorang sahabat bernama Tamim ad-Dari.
Menurut Sahih Muslim, Tamim ad-Dari pernah belayar bersama-sama 30 orang. Setelah sebulan berada di lautan (kemudiannya digambarkan oleh Rasulullah sebagai satu kawasan di laut Syam ataupun laut Yaman), mereka tiba ke sebuah pulau. Di pulau itu mereka bertemu dengan satu makhluk yang banyak bulunya (bigfoot?) dan boleh berkata-kata hinggakan mereka tidak dapat menentukan bahagian depan dan belakang makhluk itu.
Selepas berdialog beberapa ketika, makhluk itu membawa mereka ke sebuah gua. Di sana mereka ketemu seorang manusia (kemudiannya dimaklumi sebagai Dajjal) yang besar tubuh badannya dalam keadaan dirantai tangan dan kakinya (pasung). Kemudian manusia itu bersoal jawab dengan rombongan Tamim ad-Dari tentang beberapa hal. Salah satu daripada persoalannya ialah:
Manusia itu berkata, “Ceritakan kepadaku tentang Tasik Tibriyyah.”
Mereka menjawab, “Apa yang engkau hendak tahu tentangnya?”
Dia berkata, “Apakah tasik itu masih berair?”
Mereka menjawab “Ya.”
Katanya lagi, “Sesungguhnya air tasik itu hampir kering.”…...
[Ringkasan daripada Sahih Muslim]
Dari hadis Sahih ini dapat menjelaskan pada kita bahwa Dajjal itu adalah individu(manusia) bukanlah sesuatu bangsa, satu ideologi atau mitos agama semata2 dan telah dicomfirmkan sendiri oleh Nabi kita didalam hadis tersebut...
Disini terdapat 2 teori yang dijelaskan mengenai fizikal Dajjal semasa dipasung seperti yang diperkatakan dalam hadis ini, iaitu makhluk yang berbadan besar. Menurut buku yang saya baca dalam “Membongkar Misteri Dajjal”
(1) beliau mengatakan Dajjal ini umurnya dipanjangkan oleh Allah dan ia lahir sewaktu di zaman Nabi Sulaiman lagi yang mana manusia di zaman itu berbadan(fizikalnya) lebih besar.
(2) Teori seterusnya Dajjal itu hasil dari cantuman [campuran] manusia dan jin, maka kebolehannya utk merubah rupabentuk Dajjal itu tidak mustahil dan merupakan fitnah Dajjal kepada semua manusia yg akan menganggap dia adalah raksasa atau makhluk berbadan besar...Wallahu Alam
Samb: silverheritage.blogspot.com"
Posted on Saturday, June 30 @ 20:01:25 PDT
Dilulus untuk paparan oleh aya
Oleh WTKO
Kepada mereka yang register mengundi di Kedah di harap terus istiqamah dan jangan menukar tempat mengundi di negeri lain .
Mari Kita Sama-sama mempertahankan kerajaan yang ada sekarang daripada di rampas semula oleh BN
Berita bergambar program perjumpaan pengundi luar kawasan bersama pimpinan PAS yang berlangsung semalam di stadium tertutup MPSJ Serdang Jaya Bandar Seri Kembangan, selangor darul ehsan
Banner Di Persimpangan Lampu Isyarat Menuju Ke stadium Tertutup
Urusan Pendaftaran
Dari Kiri YB senator Yusuf Husin,MB Kedah Dan Dato' Mahfoz Omar
Dari Kiri Setpol MB Kedah, ADUN Bukit Lada Dan MTD Derga
YB Nasir Zakaria( No 2 Dari Kiri) Beramah Mesra Bersama Pengundi Luar Kawasan
Exco YB S Manikumar juga hadir (berkaca mata no 2 dari kiri bersebelahan baju putih )
YB MP Pendang Menjamu selera bersama Pengundi Luar Kawasan (barisan belakang pertama dari kanan )
Kawan Lama Aku Hadir Jugak, TQ
Pengundi Luar Kawasan Sedang Menjamu Selera
Terima Kasih Kepada Pertugas Yang Bertungkus Lumus Menjayakan Program Ini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan