Rabu, 2 Julai 2014

IMUNITI DIDUNIA AJA...AKHIRAT BAGAIMANA....HUKUMAN DUNIA LEPAS SEBAB ADA KUASA DAN ADA ORANG TOLONG....AKHIRAT SAPE NAK TOLONG.....JANGAN BERIMAN MACAM BIJI GAJUS

Ramadan: Kenaikan harga sudah dijangka
Posted on Wednesday, July 02 @ 14:07:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu




Peniaga, Mohd Abdullah (kanan) tiada pilihan selain menaikkan harga kuih kerana kenaikan kos bahan mentah.

SHAH ALAM – Kenaikan harga barangan di bazar-bazar Ramadan sememangnya sudah dijangka bahkan ia sukar dielak.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Muhammad Sha’ani Abdullah berkata, kenaikan pelbagai kos yang perlu ditanggung peniaga menjadi penyumbang  kepada kenaikan harga barangan.

“Pengurangan subsidi yang dilakukan kerajaan telah mendorong kenaikan harga bahan api. Sewa tapak pula semakin mahal. Mereka juga perlu membayar kos penggunaan elektrik yang turut meningkat.

“Jadi peniaga tiada pilihan selain menaikkan harga barangan.  Persaingan yang semakin sengit dengan pertambahan peniaga baharu di bazar Ramadan setiap tahun juga faktor yang perlu diambil kira,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Bagaimanapun bagi Muhammad Sha’ani, peniaga masih bertimbang rasa apabila tidak mengenakan harga keterlaluan kepada pembeli.

“Mereka juga faham bahawa bukan semua rakyat negara ini berkemampuan. Jadi harga yang diletakkan tidaklah terlalu mahal. Perlu diingat mereka juga harus menanggung risiko makanan rosak atau tidak dapat dijual terutama ketika hujan,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Ma’amor Othman berkata, pembeli harus lebih bijaksana dalam membuat pilihan.

“Kita akui kenaikan harga barangan tidak boleh dielakkan. Tetapi pengguna mempunyai banyak pilihan. Berjimat atau membazir? Beli di bazar atau masak sendiri di rumah yang tentunya lebih menjimatkan,” katanya.

Katanya, amalan bertukar juadah antara jiran tetangga, bukan sahaja menjimatkan tetapi mengeratkan silaturahim sesama insan.

Beliau turut bersetuju bahawa kenaikan pelbagai kos mendorong peningkatan harga barangan tetap tidak dapat dielakkan.

“Peniaga diingatkan agar tidak meletakkan harga sesuka hati dan pengguna harus tahu bagaimana untuk berjimat,” katanya.

sumber


Penggambaran Naked and Afraid, Kerajaan patut tegas laksanakan peraturan
Posted on Wednesday, July 02 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



SHAH ALAM, 1 JUL: Jawatankuasa Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (JK-PUSPAL) ternyata gagal menjalankan fungsinya apabila Malaysia menjadi lokasi program realiti, Naked and Afraid.

Exco Dewan Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamuddin berkata, jawatankuasa di bawah Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia itu sebenarnya berkuasa menolak permohonan mana-mana syarikat luar yang tidak menetapi syarat ditetapkan.

Apalagi, katanya, penggambaran yang dijalankan mengandungi aksi menjolok mata yang tidak bersesuaian dengan prinsip moral dan etika yang wujud dalam negara ini.

“Kesal dan sedih kerana isu ini berlaku walaupun wujud jawatankuasa khas dan garis panduan yang jelas bagi memastikan sesebuah penggambaran di dalam negara ini dibuat dengan lunas undang-undang yang betul dan mengikut prinsip moral dan adab yang betul.

“Ia memberi gambaran bahawa seolah-olah undang –undang negara ini sewenang-wenangnya boleh diabaikan oleh warganegara asing yang melakukan aktiviti mereka di sini,” katanya dalam satu kenyataan.

Program ‘Naked and Afraid’ yang disiarkan oleh Discovery Channel dalam episod ‘The Pain Forest’ yang disiarkan pada 13 April 2014 di Amerika Syarikat turut menjalankan penggambaran di Malaysia.

Walaupun rancangan terbabit hanya untuk tayangan di Amerika Syarikat, namun klip promo rancangan terbabit tersebar luas di laman YouTube.

Sehubungan itu, Afnan menggesa Kerajaan mengambil langkah tegas dan efisien bagi memastikan kesilapan sama tidak berulang pada masa hadapan.

“Penting bagi pihak berkenaan memastikan warga asing menghormati undang-undang di sini atau “law of the land” supaya nama dan imej baik negara dapat terjaga dengan baik,” katanya lagi.

Difahamkan, rancangan berbentuk survival itu memaparkan dua peserta lelaki dan wanita yang dipertemukan buat kali pertama dan mereka dikehendaki tinggal bersama di hutan selama 21 hari dalam keadaan bogel.

Mereka dikehendaki hidup bersama, mencari sumber makanan dan minuman serta mencari tempat perlindungan di dalam hutan.

Penggambaran rancangan terbabit dipercayai dijalankan di Hutan Royal Belum, Perak berdasarkan logo sebuah syarikat ternama pada bot yang digunakan oleh peserta.

Apa yang mengejutkan, ini ialah kali kedua penggambaran rancangan tersebut dibuat di Malaysia di mana pada episod sebelumnya lokasi penggambaran adalah di kepulauan Borneo (Sabah dan Sarawak).

sumber


Putrajaya Enggan Lepaskan Imuniti Diplomat, Bentuk Lembaga Siasatan
Posted on Wednesday, July 02 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



Putrajaya tidak akan memberi pelepasan kepada suspek diplomat penyerang seks, Muhammad Rizalman Ismail, 38, di New Zealand (NZ) melainkan "ia betul-betul dikehendaki".

Perkara itu diumumkan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman hari ini pada sidang media di Wisma Putra, selain satu lembaga siasatan juga ditubuhkan Kementerian Pertahanan (Mindef) hari ini.

"Jika ia betul-betul dikehendaki, di mana kami fikir jalan terbaik untuk melepaskan imuniti, kami akan lakukannya tanpa teragak-agak," kata Anifah pada sidang media hari ini.

Anifah berkata hasil siasatan oleh pihak Mindef akan disalurkan kepada pihak berkuasa NZ.

"Tapi kami mempunyai keyakinan yang tinggi dalam lembaga inkuiri Mindef dan mereka akan berkomunikasi dengan pihak berkuasa New Zealand," katanya.?

Apabila ditanya mengenai "dikehendaki", Anifah berkata ia bermakna apabila pihak NZ meminta Rizalman supaya kembali ke negara tersebut atas dasar dipercayai siasatan di Malaysia tidak dijalankan secara sepatutnya.

Anifah juga menjelaskan pihak berkuasa New Zealand yang membenarkan Rizalman dibawa pulang ke Malaysia pada Mei lalu.

"Kementerian Luar sedia menyediakan pelepasan imuniti diplomatik terhadap tertuduh untuk membolehkan pendakwaan dibawah undang-undang NZ diteruskan.

"Semasa perbincangan 12 Mei lalu, pihak NZ menawarkan alternatif kepada tertuduh untuk dibawa balik ke Malaysia... ia tidak bermaksud untuk mengambil ringan perkara itu," katanya.

Anifah juga memberitahu perbincangan dijalankan antara Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di  Wellington, Timbalan Ketua Protokol Menteri Luar dan Perdagangan New Zealand (MFAT) dan pegawai dari polis NZ.

Rizalman, Pegawai Waran Kedua Kementerian Pertahanan yang berkhidmat di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ditahan pada 9 Mei lalu atas tuduhan 'memecah rumah dengan tujuan merogol'.

Beliau mengikut wanita berusia 21 tahun itu ke rumahnya di Brooklyn pada 9 Mei ketika  kejadian itu berlaku.

Anifah berkata Mindef tidak akan teragak-agak mengambil tindakan ke atas Rizalman di bawah Akta Angkatan Tentera 1972 dan didakwa di mahkamah tentera.

"Kerajaan Malaysia mengetahui insiden itu adalah perkara serius dan kami tidak cuba untuk  menyembunyikannya," kata beliau.

Menurutnya lagi, Mindef juga melakukan pemeriksaan fizikal ke atas tertuduh sebaik pulang  ke Malaysia dan keputusan diperoleh memuaskan.

Rizalman kini sedang menjalani ujian psikiatrik dan dipantau di Hospital Tentera Tuanku Mizan Military Hospital.

"Insiden ini walaupun kes terpencil, kerajaan Malaysia melihat isu ini dengan serius dan  tidak mungkin mencerminkan tingkah laku yang boleh diteladani dan integriti pegawai- pegawai diplomatik Malaysia yang berkhidmat di luar negara.

Beliau tidak memberitahu tempoh siasatan akan berjalan, tetapi menjelaskan pihak berkuasa  New Zealand bersedia untuk memberi kerajaan Malaysia semua bukti membabitkan Rizalman.

"Mereka (Mindef) akan bekerja rapat dengan pihak berkuasa New Zealand, khususnya polis  untuk dapatkan bukti. Yang penting individu itu dibawa ke muka pengadilan," kata Anifah.

Bagaimanapun, pada awalnya Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington berharap NZ dapat  menggugurkan semua pertuduhan ke atas Rizalman. – 1 Julai, 2014./tmi

sumber


UM tidak jawab isu pokok, kata Saifuddin
Posted on Wednesday, July 02 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



KUALA LUMPUR: Bekas Felo Penyelidik Kanan Universiti Malaya (UM) Datuk Saifuddin Abdullah membidas pihak UM yang tidak menjawab isu pokok iaitu campur tangan politik dalam isu peletakan jawatan Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman.

Beliau tidak menolak adanya campur tangan politik dalam arahan supaya Profesor Redzuan meletak jawatan sebagai Pengarah UMcedel.

Bahkan katanya, kenyataan UM tentang jawatan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS) yang melibatkan Prof Redzuan membawa beberapa konotasi iaitu, Prof Redzuan antara yang dicalonkan oleh pensyarah Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS) sekaligus membuktikan beliau mendapat pengiktirafan akademik.

"Beliau tidak dilantik semula kerana akan bersara tahun depan, bermakna tidak timbul soal kualiti," katanya di laman Facebooknya hari ini.

Katanya, Profesor Dr Md Sidin Ahmad yang dilantik sebagai dekan baru untuk meneruskan kecemerlangan penyelidikan di bawah FSSS, bermakna Prof Redzuan menjalankan tugas dengan baik termasuk sebagai Pengarah UMcedel.

Beliau berkata demikian merujuk kepada kenyataan UM yang menafikan dakwaan kontrak Prof Redzuan tidak disambung kerana campur tangan politik.

"Tetapi kenyataan ini tidak jawab isu pokok iaitu campur tangan politik dalam arahan beliau letak jawatan sebagai Pengarah UMcedel," katanya.

Terdahulu, dalam satu kenyataan UM berkata, kontrak Profesor Redzuan Othman tidak dilanjutkan berikutan keputusan pemilihan yang dibuat secara telus.

"Bertentangan dengan laporan media, keputusan untuk tidak melanjutkan kontrak Mohammad Redzuan itu adalah berdasarkan proses pemilihan yang demokratik dan telus.

"Pemilihan tersebut telah dijalankan selaras dengan Perlembagaan UM 2010," lapor kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyebut, Perlembagaan menyatakan bahawa Naib Canselor hendaklah melantik seorang Dekan atau Pengarah daripada tiga calon yang disenarai pendek yang menerima markah tertinggi.

Prof Redzuan merupakan salah seorang daripada tiga calon yang disenarai pendek. Calon lain yang tersenarai termasuk Profesor Dr Md Sidin Ahmad dan Profesor Datuk Dr Azizan Abu Samah.

Profesor Redzuan yang mengetuai UMcedel sering mengadakan kajian politiknya termasuklah beberapa siri pilihan raya umum dan kecil, namun hasil kajian yang dijalankan dilihat sering memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat. - HARAKAHDAILY 1/7/2014

sumber
  


Dipukul Polis Sampai Bergegar Otak, Peserta Himpunan Hijau Adu SUHAKAM
Posted on Wednesday, July 02 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu





KUALA LUMPUR 1 Julai - Rata-rata peserta Himpunan Hijau 622 yang menuntut penutupan loji kilang pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan menuduh pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai 'samseng' dan ganas ketika bertugas.




Salah seorang daripada 16 peserta yang ditahan, Ho Kam Huat berkata, beliau dipukul kira-kira 10 orang anggota polis tidak beruniform sehingga pengsan menyebabkan otaknya bergegar.

"Saya ditendang dan dipukul dengan sangat kuat dikepala. Saya hanya sedar diri setelah dibawa ke hospital dan mengalami gegaran pada otak akibat pukulan di kepala semasa ditangkap polis," katanya kepada Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) James Nayagam di sini, hari ini.

Sehubungan itu satu memorandum diserahkan oleh peserta Himpunan Hijau 622 kepada SUHAKAM berhubung dakwaan keganasan melibatkan pasukan PDRM ketika menangani perhimpunan tersebut.

alt

Antara yang terkandung di dalam memorandum tersebut adalah menggesa SUHAKAM melaksanakan penyiasatan awam dan terbuka (public inquiry) terhadap kesalahan dan tindakan polis yang ganas pada Himpunan Hijau 22 Jun 2014.

Selain daripada itu, beliau turut mendesak kerajaan Malaysia untuk mengambil tindakan disiplin terhadap pihak polis yang melakukan kesalahan dan tindakan melampau mereka ke atas para peserta seterusnya mengumumkan keputusan penyiasatan awam dan terbuka serta memastikan laporan boleh diakses oleh orang awam.

Sementara ketika ditanya pegawai SUHAKAM Intan Adnan kepada para peserta samada perhimpunan tersebut dimaklumkan kepada pihak PDRM, salah seorang dikalangan penganjur memberitahu mereka hanya memaklumkan perkara tersebut kepada pihak media sahaja.

Sebelum ini seramai 1000 orang peserta dikatakan menghadiri bantahan yang menuntut penutupan operasi kilang Lynas di Gebeng, Pahang. Bantahan tersebut diadakan kerana beranggapan loji tersebut mengandungi bahan radioaktif yang dikenali sebagai Thorium (TH). TH pula merupakan bahan toksik untuk mengantikan uranium dalam menghasilkan tenaga nuklear.

Namun yang demikian, projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) itu merupakan projek kerajaan yang telah dimanipulasi dan dijadikan isu serta modal politik pembangkang sehingga manfaatnya yang besar tidak lagi dipedulikan.

Bahkan Ahli Parlimen Hulu Langat PAS (ketika tahun 2011) Dr Che Rosli Che Mat yang terkenal dengan ilmu sainsnya pernah menolak dakwaan-dakwaan tidak berasas yang dimainkan rakan-rakan terutamanya di dalam parti DAP.

sumber
 


Rabu, 2 Julai 2014

UM beritahu saya KPM paksa Redzuan disingkir, kata Saifuddin

Datuk Saifuddin Abdullah kesal dengan nasib menimpa ahli akademik, menyifatkannya kepincangan dalam sistem pendidikan negara. – Gambar The Malaysian Insider oleh Faisal Salehhuddin, 2 Julai, 2014.Datuk Saifuddin Abdullah kesal dengan nasib menimpa ahli akademik, menyifatkannya kepincangan dalam sistem pendidikan negara. – Gambar The Malaysian Insider oleh Faisal Salehhuddin, 2 Julai, 2014.Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah memberikan penjelasan terperinci mengenai mengapa beliau meletakkan jawatan daripada Universiti Malaya (UM) sebagai solidariti kepada ketua pusat penyelidikan di universiti itu dengan berkata kebebasan akademik adalah sesuatu yang tidak boleh dikompromi.
Saifuddin yang juga ahli Umno meletakkan jawatan sebagai felo penyelidik kanan UM sebagai membantah arahan Kementerian Pendidikan agar Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman meletakkan jawatan sebagai pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel).
Walaupun UM semalam menafikan campur tangan dalam penyingkiran Redzuan, Saifuddin yang mengetuai Pergerakan Kesederhanaan Global berkata profesor itu diarahkan untuk meletakkan jawatan sebagai pengarah UMcedel “kerana arahan sesetengah pihak di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)”.
Saifuddin memberitahu The Malaysian Insider, beliau tahu mengenai campur tangan kementerian berhubung jawatan Redzuan di pusat penyelidikan itu sejak kira-kira dua bulan lalu.
"Saya tahu perkara ini sejak awal. Saya tahu Prof Redzuan dipanggil oleh pengurusan universiti dan beliau dimaklumkan Kementerian Pendidikan tidak begitu gembira dengan beliau dan diminta meletakkan jawatan," kata bekas ahli Majlis Tertinggi Umno itu, sambil menambah beliau kemudian mendapatkan pengesahan daripada naib canselor UM.
"Sepanjang pengetahuan saya, naib canselor dihubungi seseorang daripada kementerian dan mesejnya adalah Redzuan tidak perlu terus memegang jawatan pengarah UMcedel," katanya.

Beliau berkata, isu tertentu seperti pendidikan, memerangi rasuah dan perpaduan tidak boleh dikompromi dan dalam kes ini, beliau sedar perlunya berpendirian tegas.
"Apabila perkara seperti kualiti akademik dan kebebasan, ia adalah beberapa perkara yang anda tidak boleh berkompromi. Anda perlu mengambil pendirian," kata Saifuddin kepada The Malaysian Insider.
"Ia juga adalah fundamental. Kita tidak boleh melihat perkara ini daripada perspektif partisan," katanya.
The Malaysian Insider melaporkan pada Isnin Kementerian Pendidikan mengarahkan Redzuan meletakkan jawatan sebagai pengarah UMcedel, manakala kontraknya sebagai dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS) di universiti itu juga tidak diperbaharui.
UMcedel menimbulkan kemarahan Putrajaya dengan pelbagai penemuan kaji selidik terhadap politik Malaysia yang menunjukkan pemerintah Barisan Nasional (BN) tidak berada dalam keadaan baik.
Bagaimanapun, Naib Canselor UM, Prof Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin menafikan kementerian mendesak Redzuan meletakkan jawatan, sambil menambah keputusan menyingkir beliau dibuat selepas mengambil kira kepentingan universiti itu, dan bukan disebabkan sebarang tekanan dari luar.
"Keputusan itu dibuat selepas UM mengambil kira persaraan Prof Mohammad Redzuan pada tahun depan, dan untuk memberi peluang kepada timbalannya, Dr Amir Saifude Ghazali membiasakan dirinya dengan tanggungjawab seorang pengarah sebuah badan penyelidikan bebas," katanya.
Saifuddin yang juga alumni UM berkata, beliau sedih dengan berita itu dan selepas tempoh Redzuan sebagai dekan bagi FSSS juga tidak diperbaharui, beliau mengambil keputusan turut meletakkan jawatan.
"Saya berfikir, ‘mengapa ini berlaku lagi?’ dan 'apa yang salah dengan sistem kita?'
Beliau merujuk kepada kes sebelum ini yang melibatkan campur tangan Putrajaya dalam akademik, termasuk penggantungan pakar undang-undang Perlembagaan, Dr Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kerana mempersoalkan dekri Sultan Selangor dalam serbuan di Pusat Methodist, Damansara Utama pada Oktober 2011.
"Ia tidak mengapa bagi UIAM untuk menyiasat beliau. Itu adil dan sebahagian daripada tadbir urus. Tetapi sebelum polis selesai menjalankan siasatan mereka, beliau digantung dan tidak dibenarkan memasuki kawasa kampus.
"Beliau bukan penjenayah. Ia seolah-olah beliau sudah didapati bersalah," katanya.
Saifuddin, yang ketika itu timbalan menteri pengajian tinggi mempertahankan Aziz dan mendesak universiti membatalkan arahan itu. Beliau kemudian tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam forum UIAM.
Beliau bagaimanapun berkata, tidak akan meninggalkan Umno dan BN yang membentuk kerajaan pemerintah.
"Tidak, saya tidak fikir begitu. Saya sentiasa percaya tidak ada dalam Umno atau BN yang tidak boleh dibetulkan.
"Saya faham kita perlu mengikut pendirian parti. Tetapi ada beberapa perkara yang begitu dekat dengan saya seperti perihal pendidikan. Jika kejadian seperti ini berlaku, anda tidak boleh mengikut sahaja pendirian parti," katanya yang juga merupakan ahli Majlis Perundingan Perpaduan Negara.


 Penduduk Kg Chubadak kalah di mahkamah
Posted on Wednesday, July 02 @ 07:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu





Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Datuk Bandar dan pemaju berjaya mengetepikan saman penduduk Kampung Chubadak Tambahan, Sentul, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Mereka melihat penduduk setempat sebagai setinggan haram yang mesti dipindahkan, manakala penduduk pula menuntut hak tanah itu sebagai peneroka pertama kawasan itu.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Hasmat Nik Mohamed yang turut memberi masa 14 hari bagi memfailkan penggantungan keputusan di Mahkamah Rayuan.

Salah seorang peguam yang mewakili 58 penduduk kampung, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi memberitahu Malaysiakini, barisan peguam akan memfailkan penangguhan keputusan segera.

sumber


 Awas Kurma Israel, Jangan Terbeli! Ada Kurma Rasa Penjajah
Posted on Wednesday, July 02 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu





Selama Ramadhan, penjajah zionis 'Israel' mengimport bertan-tan kurma ke Eropah dan Amerika Utara. Penjajah mengaut keuntungan ratusan juta dolar dari penjualan kurma yang ditanam di tanah Palestin terjajah di Lembah Jordan.

Tanah tersebut merupakan milik keluarga Palestin yang kini hidup dalam kemiskinan, sementara penjajah merompak hasil tanah tersebut. Sekitar 60 peratus kurma yang dijual penjajah ditanam di tanah Palestin yang mereka jajah.

Bagi ummat Islam, Ramadhan adalah masa untuk mengingati mereka yang kurang bernasib baik. Ini adalah masa untuk merenung dan memperbaiki iman. Dengan demikian, membeli kurma yang membantu meneruskan penindasan akan bertentangan dengan semangat yang dikandung bulan Ramadhan.

Setiap tahun, penjajah mengeksport kurma bernilai berjuta-juta pound ke seluruh dunia, yang tanpa sedar banyak dikonsumsikaum Muslim untuk berbuka puasa. Padahal dengan membeli kurma tersebut, Muslim telah membantu penjajah meneruskan penindasan terhadap rakyat Palestin.

Oleh kerana itu, kempen "item Label" yang memberitahu kepada Muslim di seluruh dunia untuk tidak membeli "kurma rasa penjajahan" ini mendapat sokongan dari banyak pihak.  Info lebih lengkap mengenai kempen ini boleh dilihat di: www.checkthelabel.org.uk * / IMEMC | Sahabat Al-Aqsa | (IH)

sumber


Sharifah Aini Di ICU Akibat 'Paru-Paru Berparut'
Posted on Wednesday, July 02 @ 06:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



PETALING JAYA: Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah pusat perubatan swasta di sini akibat fibrosis paru-paru atau paru-paru berparut.

Menurut rakannya Aishah Ali, Sharifah Aini yang akan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 61 pada Rabu (esok) dibawa ke pusat perubatan berkenaan oleh anaknya Aliff Omar Ali pada pagi Selasa selepas mengalami kesukaran bernafas.

Katanya, pakar perubatan Datuk Dr Zainudin Md Zain memaklumkan keadaan penyanyi itu dilaporkan stabil.

mStar Default Image
Sharifah Aini bersama anaknya, Aliff.

"Buat masa ini Sharifah Aini tidak dibenarkan menerima lawatan mana-mana tetamu melainkan ahli keluarga terdekatnya sahaja," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Selasa.

Dalam satu kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mStar Online kira-kira pukul 10.55 malam Selasa Aishah berkata, doktor memaklumkan kepadanya penyakit fibrosis paru-paru dipercayai berlaku akibat gangguan imun pesakit dimana antibodi yang dihasilkan oleh darah putih pesakit menyerang paru-paru sendiri.

Katanya, keadaan itu mengakibatkan kerosakan paru-paru yang mengakibatkan lama-kelamaan terjadinya penyakit tersebut yang menyebabkan penyerapan oksigen tidak efisyen.

Terdahulu pada hujung Mei lalu, Sharifah Aini berkata beliau reda jika dijemput Allah selepas 28 hari dirawat di hospital akibat penyakit paru-parunya.

Dalam luahan yang ditulis menerusi Facebook miliknya itu beliau meminta agar seluruh peminat mendoakan kesejahteraannya selain menghadiahkan Al-Fatihah sekiranya beliau sudah tiada.

sumber

Tiada ulasan: