Tuesday, 1 July 2014
YONG TAK BERANI MACAM USTAZ INI
USTAZ MOHD LOTFI ARIFFIN |
Mungkin kalau ada apa-apa terjadi kepada umat Islam di Malaysia, Yong
boleh bergantung kepada orang yang ada karektor seperti ustaz ini.
Tak payahlah kita nak beretorik pertahankan Islam, tetapi menerima perbuatan yang bercanggah dengan syariat Islam.
Awal-awal lagi ustaz ini sudah meletakkan jawatan dalam PAS kerana tidak
mahu melibatkan partinya dalam keputusan yang dia ambil untuk berjihad
di Syria.
Yong respect ustaz ini. Dia dah jelaskan apa dia buat di sana:
DIA KE SANA BUKAN BERPERANG SAHAJA (SINAR HARIAN) |
Ada yang kata dia militan. Ada yang kata buat apa cari mati di negara orang. Ada yang kata baik buat jihad ekonomi.
Alahai...
Jihad ekonomi tu Yong sokong 100% juga. Macam-macam jenama katanya jihad ekonomi
- TEKUN,
- AZAM...dll
Nama bunyinya canggih-canggih belaka.
Tapi kalau datang dari mulut orang yang mengejek ustaz itu, atau suku-sakatnya Yong langsung tak yakin.
Tak yakinpun 100%
INI KIRA JIHAD EKONOMI? |
Tak payah cakap banyaklah. Macam mana kita hendak berjihad ekonomi? Tiada sampel mantap yang boleh dibuat contoh:
WAH! BANYAKNYA DUIT UMNO |
JIHAD EKONOMI PADA BILANGAN MENTERI? |
Mungkin bilangan menteri tak patut dibandingkan dengan negara kaya
seperti USA, Jepun dan UK. Tapi boleh banding dengan Peru yang
penduduknya sama ramai dengan negara kita.
Jika tak berani buat macam ustaz ini tak payahlah kita memperlekeh tindakannya.
Lebih baik jika kita berdoa mudah-mudahan seluruh umat Islam di Dunia
kembali aman dan dapat mengamalkan tuntutan agama tanpa sekatan dan
tekanan.
Muhamad Saad Shaari and Ayob Hussin shared Abe Brodok's photo.
Disebalik Penjara."Penjara Gamassah merupakan antara penjara yang mempunyai sistem kawalan terketat yang berada di antara jalan Dumyat ke Iskandariyyah".
Subhanallah. Rejim kudeta telah mencuba pelbagai perkara untuk melemahkan mereka, tetapi mereka menjadi semakin kuat!..
sumber dari rakan FB.
Wednesday, 2 July 2014
KISAH YANG TIDAK DIHEBAHKAN OLEH UTUSAN DAN BERITA HARIAN .... KERAJAAN DAP/PR PULAU PINANG SUDAH MELAMPAU ???? .... LAGI TANAH RIZAB MELAYU DI PERAK DI BATALKAN!!!!!
Warta Kerajaan Negeri Perak bertarikh 7hb Mac yang ditanda tangani oleh Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Dato' Seri Diraja Dr, Zambry bin Abd, Kadir yang membatalkan status tanah rizab Melayu Telok Senangin seluas 14.67 hektar ( 36.25 ekar ).
Jadi siapa yang hapuskan tanah rizab Melayu dinegara ni weh!!!!!!!
Mana pergi suara bengis garang Pemuda UMNO, Perkasa, Pekida, Isma, Jati, PPIM dalam isu ini?????
Mengapa membisu mendiamkan diri mati kutu???? .. Mana slogan HIDUP MELAYU dan KETUANAN MELAYU weh!!!!!
Tuduh Kerajaan DAP/PR pimpinan Sdr Lim Guan Eng sebagai anti dan tindas Melayu tetapi realitinya kerajaan UMNO/BN Perak yang dok kecilkan kawasan tanah rizab Melayu. 12:14PM - 1 Jul 2014
Tewas pemilihan isyarat ahli tolak Khalid jadi MB
Ekoran kekalahan beliau dalam pemilihan ketua cabang PKR di
Kuala Selangor, dua ahli parlimen PKR mendesak Tan Sri Khalid Ibrahim
mengambil tanggungjawab moral melepaskan jawatan menteri besar Selangor.
MP Bukit Katil Shamsul Iskandar Md Akin berkata penolakan pada akar umbi memberi isyarat politik supaya Khalid tidak terus mengetuai pentadbiran negeri itu, lapor Berita Harian hari ini.
"Khalid jangan ingat jawatan menteri besar itu akan dipegang selamanya kerana ia diberikan berdasarkan mandat rakyat dan parti.
"Dalam hal ini, beliau sudah tidak mendapat mandat walaupun akar umbi daripada cabangnya sendiri. Itu isyarat jelas supaya tidak terus memimpin," katanya seperti dilapor akhbar itu.
Pada pemilihan cabang itu baru-baru ini, Khalid tewas kepada bekas ahli parlimen Kapar S Manickavasagam merebut jawatan ketua cabang Kuala Selangor.
Khalid yang juga ADUN Pelabuhan Klang mendapat 515 undi manakala Manickavasagam memperolehi 701 undi.
Bagaimanapun Khalid berkata beliau tidak perlu melepaskan jawatan menteri sekalipun tewas merebut jawatan timbalan presiden dan ketua cabang kerana tiada klausa yang mengarahkan supaya berbuat demikian.
Dalam akhbar itu juga menyebut, MP Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid pula meminta Khalid akur dengan desakan akan umbi itu demi kepentingan parti yang perlu diutamakan berbanding kepentingan peribadi.
Menurut akhbar itu lagi, Abdullah berkata tiada pihak mempunyai kekebalan dalam jawatan politik termasuk jawatan menteri besar memandangkan ia hak komponen dalam Pakatan Rakyat.
Katanya lagi tidak sepatutnya mana-mana pemimpin mengeluarkan kenyataan mendesak parti mengekal jawatan mereka.

Siapa suruh Melayu bersetinggan di KL?
YANG terakhir Kampung Chubadak sebagai perkampungan
kediaman Melayu cuba dirampas daripada penghuninya untuk disedekahkan
kepada taikun YTL yang sudah kaya raya itu.
Antara isunya pemastautin itu adalah setinggan, bukan waris penduduk asal dan kawasan itu telah dikeluarkan daripada tanah rizab Melayu lama sebelum Jepun datang.
Siapa mendiami tanah di situ? Tidak kiralah mereka setinggan atau orang membeli tapak kediaman daripada setinggan atau saki baki waris penduduk di situ sejak Kuala Lumpur itu ada sebelum kedatangan Yap Ah Loy.
Jika mereka itu setinggan baik lama atau baru, siapakah yang menyeru supaya orang Melayu selepas merdeka berhijrah ke Kuala Lumpur tidak kira ada pekerjaan atau tidak, tidak kira ada kediaman atau tidak?
Tun Razaklah selepas berkuasa sejak kejadian 13 Mei 1969 menyeru orang Melayu jangan tinggal tanpa kerja tetap di kampung. Hijrahlah ke Kuala Lumpur mengisi tanah kosong, mecari apa juga rezeki yang halal di bandar raya itu.
Sebelumnya telah ada penduduk tanah haram di Lembah Kelang ini. Masa itu belum diketahui orang gelaran setinggan itu. Telah ada di sana sini orang mendirikan rumah di kawasan kosong dan di celah-celah rumah yang sedia ada.
Status mereka adalah penduduk tanah haram. Keberadaan mereka haram atau orang haram.
Tetapi setelah diseru oleh Tun Razak (Gambar kiri), datanglah ke Kuala Lumpur untuk bersetinggan, jadilah penduduk sah Kuala Lumpur yang halal berstatus setinggan. Bukan saja tanah kosong kerajaan mereka teroka, tanak milik orang Melayu yang terbiar juga diceroboh setinggan.
Pernah bangkit isu kebanjiran setinggan di Kuala Lumpur, lalu apa kata Datuk Bandar masa itu, Almarhum Tan Sri Yaakub Latif, ‘Setinggan-setinggan itulah yang menyeri dan mengindahkan kehidupan masyarakat Kuala Lumpur.’
Apa ertinya semua perkembangan itu?
Betul atau tidak betul seruan Tun Razak itu, dia adalah pencetus Dasar Ekonomi Baru yang menstruktur semula supaya kawasan bandar tidak dikenali sebagai kawasan satu kaum tertentu saja.
Dia mahu sekurang-kurang 30 peratus daripada ekuiti negara milik Bumiputera. Sama ada di belakang seruan Tun Razak itu terselit fikiran cauvanis perkauman atau tidak, tetapi dia adalah untuk memecahkan atmosfera yang menjadikan Kuala Lumpur bandar perkauman.
Sebelum KL dibanjiri setinggan tidak ada kawasan Parliman yang di dalam tembok Wilayah Persekutuan sekarang berwakilrakyatkan orang Melayu. Jika PRU 1959 memberi peluang kepada Ahmad Boestamam jadi anggota Parimen Melayu tunggal di Kuala Lumpur, masa itu sebahagian kawasan pilihan raya itu berada di luar Wilayah Persekutuan. Hanya Adun Kampung Baru diwakili orang Melayu.
Pemimpin Melayu sekarang patut sedar kebanjiran setinggan Melayu itu adalah untuk menjamin dalam waktu yang terdekat Kampung Baru kekal berwakil rakyat Melayu di samping menambah kawasan pengundi Melayu.
Banyak tempat di Kuala lumpur jadi kawasan setinggan Melayu. Tetapi Tun Razak pendek umur. Habis kawasan setinggan itu diroboh. Kawasan yang dinamakan Bumi Hijau di kawasan Parlimen Wangsa Maju sekarang, dulunya dihuni setinggan Melayu tetapi kini sebahagiannya jadi kampus Kolej Tunku Abdul Rahman.
Yang terakhir hendak dirobohkan ialah Kampung Chubadak. Apabila ia diserahkan kepada YTL, Chubadak yang membangun nanti akan mengurangkan lagi peratus pengundi Melayu kawasan Parlimen Batu. Penghapusan setinggan di KL, termasuk Chubadak adalah mahu mengembalikan Kuala Lumpur dari segi politiknya ke zaman ia kurang peratus pengundi Melayu. Tun Razak hendak meramaikan orang Melayu di Bandar, anaknya hendak mengurangkan peratus orang Melayu di Bandar. - HARAKAHDAILY 2/7/2014

Post by Razzi Rahman.
02 July 2014
Keadaan bertambah buruk sebab pimpinan Melayu tidak dihormati lagi
Keadaan ketegangan diantara kaum lebih dahsyat lagi sekarang ini jika dibandingkan dengan keadaan
sebelum dan semasa kejadian 13 Mei !969 dahulu. Kejadian berdarah dahulu itu
hanya berlaku dalam tempoh beberapa hari sahaja tetapi keadaan telah di selamatkan
dengan pantas dan cepat oleh pemerintah dan hasilnya wujud MAGERAN dan
seterusnya mengembalikan keharmonian kaum dengan cepat,.
Lain-lain perkataan ’13 Mei’ itu
telah pun berlaku tetapi dalam bentuk yang berlainan. Sekarang telah
berlaku
pembunuhan diantara kaum walaupun bukannya pembunuhan berdarah seperti
kejadian
13 Mei itu. Sentiman perkauman telah bermain dengan hebatnya kini tetapi
ramai yang masih belum menyedari betapa bahayanya keadaan ini jika ia
dibiarkan berlarutan tanpa apa-apa penyelesaiannya.
Buat masa ini jelas dengan kenyataan
pemimpin-pemimpin wujud sentimen perkauman dan agama yang menebal. Semua
kenyataan yang kita dengar sekarang adalah kenyataan yang menunjukan pergaduhan
diantara kaum sedang hebat berlaku. MCA yang mewakili kaum Cina bersama DAP
yang dikuasai kaum Cina sedang bersatu dalam isu kepala lembu di Pulau Pinang. Isu ini semata-mata kerana isu perkauman, tidak
lebih dari itu.
Pemimpin sendiri tidak 'magnanimous' dengan berpaut kepada sentimen kaum mereka untuk kekal dipandang
sebagai pemimpin. Tidak ada pemimpin yang mampu menyejukkan keadaan rakyat yang
berperang diatas sentimen perkauman sekarang ini.
Sepatutnya kita ada pemimpin yang
bersikap ‘magnanimous’ ini. Tetapi Najib tidak berkata apa-apa untuk menenangkan
keadaan. Beliau seorang Perdana Menteri tetapi beliau membisu apabila
berhadapan dengan isu merbahaya ini. Negara ada Muhyiddin Yassin. Beliau
Timbalan kepada Najib. Beliau juga membisu seribu bahasa kerana takut untuk membuat
kenyataan, walaupun kenyataan yang baik untuk semua.
Hendak kita harapkan Zahid Hamidi
untuk mengeluarkan perkataan yang boleh menyejukan keadaan sememangnya tidak
boleh, kerana beliau adalah penyumbang polimik perkauman yang sangat merbahaya
ini. MCA pula mempunyai pemimpin yang tidak berani untuk mencari jalan tengah
kerana parti itu sedang berusaha untuk mendapatkan sokongan kaum Cina yang
telah ramai berpihak kepada DAP.
Oleh kerana kepimpinan MCA yang
begitu lemah mereka tidak berani menjadi parti yang boleh menyelesaikan keadaan
dan terpaksa bermain sentimen perkauman untuk memintas pengaruh DAP yang
sememangnya parti yang mempunyai sentiman ’Chinese first, the rest second or
third’.
Kenapa ini berlaku? Sebabnya
mudah kerana kaum Cina sedang bersatu untuk mengusai kerajaan dan kaum Melayu
pula tidak mempunyai kepimpinan dan terpaksa sama-sama memainkan isu perkauman
dan agama. Dr Mahathir yang begitu liberal semasa menjadi Perdana Menteri
sudah bertukar dan kembali kepada ‘ultra-malay’ beliau seperti beliau sebelum menjadi
pemimpin negara dahulu.
DAP sedang ‘riding on the racial
wave’ dan tidak akan berubah selagi kaum Cina sudah begitu aggresif dalam
sentimen perkaumannya.
Orang melayu merasa ketakutan
dengan ombak perubahan dikalangan kaum Cina tetapi Melayu pun perlu sedar yang
ombak perubahan dikalangan kaum Cina itu adalah kerana kelemahan kaum dan
pemimpin Melayu juga. Kaum Cina pun tidak mempunyai kepimpinan juga kerana
mereka juga mengambil kesempatan diatas ombak perubahan bangsa mereka.
Pendeknya baik pemimpin Melayu
mahu pun pemimpin Cina di negara ini, hampir kesemuanya adalah
kepimpinan yang
lemah kerana tidak mampu memimpin dan menganjurkan perkara yang baik
kepada
kaum yang mereka pimpin. Tidak kira yang bernama dan yang bergelar dalam
kerajaan dan pembangkang tidak dapat mengelak dari dihantui oleh
sentimen perkauman yang mendalam dan sentiasa merasakan yang perjuangan
mereka itu hanya
lah untuk bangsanya dahulu dan bangsa-bangsa lain itu kedua dan ketiga.
Segala-gala yang dibina oleh
pemimpin terdahulu dalam mentautkan bangsa-bangsa sekarang sudah hancur lebur
semata-mata kerana lemah dan fakirnya jiwa-jiwa pemimpin pada hari ini.
Semuanya ini adalah kerana
pimpinan Melayu yang memimpin kaum yang terbesar gagal mendapatkan penghormatan
semua bangsa dalam negara ini seperti yang pernah dialami dahulu dan pernah
dirasakan oleh rakyat yang masih ramai hidup sekarang ini.
Pemimpin-pemimpin Melayu pada
hari ini tidak lagi pemimpin-pemimpin Melayu seperti dahulu yang dianggap
sebagai agen untuk mentautkan bangsa-bangsa yang berbagai-bagai dengan agama
serta cara hidup yang berlainan ini.
Malang bagi bangsa Melayu kerana yang
menjadi
pemimpin yang tidak ‘berisi’ dan kebanyakan diantara mereka adalah
'hampas padi' semata-mata. Itulah sebabnya mereka diambil kesempatan
oleh bangsa-bangsa lain
dengan tekanan dan ugutan yang tidak berpatutan dan ada kalanya tekanan
dan
penghinaan itu datangnya dari keluarga komponen BN itu sendiri.
Dalam situasi ini menghapuskan
Akta Hasutan dan menggantikan dengan apa-apa akta sekali pun ia tidak akan
membantu untuk membina keharmonian kaum di negara ini lagi malahan keadaan akan
bertambah buruk lagi apabila akta baru yang akan digubal itu terlaksana.
Pimpinan kita sedang hilang punca
dan tidak mampu melakukan apa-apa lagi. Kita bukan berdoa untuk keadaan ini
bertambah buruk, tetapi saya yakin keadaan ini tidak dapat diubati dengan
apa-apa akta sekali pun.
Yang terpenting bukannya akta,
yang penting sekali ialah jiwa kepimpinan yang kaya dan besar dan faham apa
yang hendak dilakukan jika dipilih menjadi pemimpin. Kalau benar pemimpin
Melayu hari ini kuat dan dihormati masakan keadaan sekarang ini timbul dan
tidak dapat diperbetulkan lagi.
(bersambung)
2 comments:
- Nak hormat macam mana, setiap kali bercakap terserlah KEBODOHAN. Langsung tak ada 'class'. Nak bandingkan dgn menteri2 Singapura, seperti langit dgn bumi. Dari segi amanah dan kejujuran, banyak sangat boleh dipertikaikan. Rakyat dan MENYAMPAH!!!! Pasti yang di atas akan turun juga akhirnya. Itulah hukum alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan