Sabtu, 4 Ogos 2012

MACAM BAB JODOH PERTEMUAN...BAB MATI...SEMUA KETENTUAN ALLAH...BEGITU JUGA BAB2 LAIN....ALLAH JUGA PENENTU...JANGAN RISAU..JIKA BUKAN HAK KITA TAK DAPAT..KALAU HAK KITA..LAMBAT-LAUN DAPAT JUGA...JIKA BUKAN HAK KITA DAPAT DENGAN TIPU MUSLIHAT...TU SOK JAWAB DIAKHIRAT...ITU NAMANYA SAPU...MELINTANG PATAH...MEMBUJUR LALU...MEREKA NI GULONGAN TAK KIRA HALAL HARAM...MEREKA TAK KIRA SYURGA NERAKA...NI BUTA AGAMA SEBAB TAK MENGAJI

Fakta pembunuhan Rohingya yang disembunyikan

http://pulakdah.blogspot.com, 04 Ogs 2012

Pembunuhan dan kekejaman yang berlaku terhadap Muslim Rohingya di Burma (Myanmar) terutama di Arakan sebenarnya bukan baru-baru ini berlaku, tetapi bermula pada pertengahan tahun ini penindasan terhadap Muslim di Arakan semakin meningkat sehinggakan mengejutkan mata dunia.

Baca http://pulakdah.blogspot.com/2012/08/fakta-pembunuhan-rohingya-yang.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+EmpulakDah+%28Em...Pulak+Dah!%29

Isu royalti: Pas terbuka, tapi mahu komitmen PM
NURUL AINI MOHAMED ALI
4 Ogos 2012
Logo Isu Royalti
Isu Royalti Minyak
SHAH ALAM - Pas menerima secara terbuka kesediaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyatakan kesediaan berunding dengan Kelantan berhubung isu royalti minyak.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, pihaknya tiada  sebarang masalah untuk berbincang mengenai soal royalti minyak kerana pihaknya sendiri sudah lama berhasrat untuk memulakan sesi perbincangan secara rasmi, namun tidak disambut oleh Kerajaan Pusat satu ketika dahulu.

“Kami sedia dan menerima apabila Perdana Menteri sendiri sudah bersetuju untuk memulakan rundingan, tetapi kalau boleh tiada orang tengah atau sekadar menghantar wakil untuk melakukan perbincangan,” kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Nik Aziz awal pagi tadi memberitahu yang Perdana Menteri menghantar surat kepada beliau semalam.

"Surat ini diterima oleh Setiausaha Sulit saya, Encik Rosdi (Mohamad). Tetapi kerana hari cuti, dia baru bagi kepada saya," kata Nik Aziz.

Sebelum menghantar wakil Kelantan untuk berunding, Nik Aziz berkata, beliau akan menghadap Sultan Kelantan untuk membincangkan perkara tersebut.

Sehubungan itu, Salahuddin berharap rundingan diadakan di antara Nik Aziz sendiri bersama Perdana Menteri sahaja.

“Saya juga berharap agar persetujuan Najib untuk mengadakan perbincangan ini, bukan bermotifkan politik semata-mata,” ulas Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Beliau secara sinis turut menambah yang perbincangan ini harus secara jelas dan komited, bukan sekadar “sembang minum kopi” saja.

“Matlamat perbincangan harus jelas dan tepat,” tambah beliau.

Tambah beliau, rundingan mestilah diadakan secara serius dan isu pemberian royalti ini harus diselesaikan secepat mungkin sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali turut menyambut baik hasrat Perdana Menteri yang sudah bersedia membuat rundingan berhubung pemberian royalti minyak kepada negeri Kelantan.

“Kami telah lama meminta rundingan secara rasmi dilakukan. Tetapi permintaan mendapat sambutan dingin daripada kerajaan pusat,” kata Mustafa.

Menurutnya lagi, tindakan Perdana Menteri ini menggambarkan yang beliau telah sedar kesilapan lalu dan cuba untuk memperbaiki keadaan.

“Perbincangan mesti serius, jangan sekadar mahu mengambil hati rakyat Kelantan saja,” tegas beliau.
Norman: Laporan saya dan Abby rujuk semula hanya spekulasi
SHARIFAH NOR FAZLINA SYED BAKRI
4 Ogos 2012
Ramadan satukan Norman, Abby dan Memey
Norman, Abby, Memey dan tiga anak mereka berbuka puasa bersama-sama
SHAH ALAM – Norman Hakim menafikan laporan blog bahawa beliau dan bekas isterinya, Abby Abadi akan merujuk semula ekoran pertemuan mereka dan isterinya, Memey Suhaiza baru-baru ini.

Ketika dihubungi Sinar Harian Online hari ini, Norman berkata, dia tidak mahu memberi apa-apa komen tentang isu tersebut.

Sebaliknya beliau menegaskan bahawa ia tidak benar dan hanya spekulasi semata-mata.

“Sepatutnya isu-isu sebegini perlu ditanya dahulu kepada tuan badan sendiri.

"Jangan terlalu percaya, selagi saya dan Abby tidak memberi apa-apa jawapan, anggap sahaja ia spekulasi daripada orang ramai dan ianya tidak benar sama sekali," kata beliau.

Norman menambah: "Saya hanya mahu melakukan yang terbaik dan melakukan yang terbaik untuk keluarga saya."

"Dan, saya akan sentiasa memastikan keluarga saya mempunyai hala tuju yang baik dalam memastikan keharmonian keluarga saya,” katanya lagi.

Kelmarin, Sinar Harian Online membawa laporan bahawa bulan Ramadan mulia telah menyatukan keluarga Norman dan bekas isterinya.

Norman berkata, dia sangat gembira dengan perkembangan terbaru itu dan menyifatkan Ramadan tahun ini adalah yang paling manis buatnya keluarganya.

“Sekarang hubungan kedua Abby dan Memey sudah baik dan menjadi semakin mesra sejak 7 Ramadan lalu. Seperti ramai sedia maklum sebelum ini, hubungan kami tidak begitu baik dan jikalau bertemu pun hanya untuk
tujuan mengambil dan menghantar anak dan komunikasi terbatas di antara kami bertiga.

“Tetapi mungkin disebabkan berkat bulan Ramadan serta doa yang selama ini tidak putus-putus saya dan masyarakat sekeliling mendoakan, akhirnya tercapai juga impian itu," katanya yang mendirikan rumah tangga dengan Abby pada 8 Januari 2002 dan bercerai pada 2008.

Norman menambah: "Saya sendiri tidak menyangka perkara ini berlaku secara tiba-tiba dan kebetulan hari itu hari Jumaat, kami bertemu di sekitar Masjid (Negeri) Shah Alam kerana Abby ada program di sana sebelum saya bawa anak-anak balik ke Kuantan untuk berpuasa di kampung dan dengan tidak semena-mena Abby menarik Memey ke tepi lantas terus berpelukan dalam tempoh yang agak lama."

Sehari sebelum Norman bercakap kepada Sinar Harian, Abby, 35, telah memuatnaikkan dua gambar terbarunya menerusi akaun twitter menunjukkan dia dan Memey, 24, bergambar dalam keadaan mesra beserta mesej “doakan yang terbaik untuk kehidupan kami berdua dunia dan akhirat” dan satu gambar mereka sekeluarga berbuka bersama.

Selain itu, Abby, pelakon drama Gerak Khas turut memberitahu dia juga sempat bersembahyang Maghrib bersama berimamkan bekas suaminya itu.

Norman dan Abby sebelum ini disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Gombak Timur pada 2008 selepas bercerai buat kali pertama pada 5 Mei 2006.

Norman berkahwin dengan Memey pada 24 September lalu.

Royalti: Tidak perlu jawatan kuasa

Mohd Sayuti Omar, 04 Ogs 2012
Tuntutan mengenai royalti petroleum untuk Kelantan nampaknya sudah menampakkan hasil. Kata orang sudah ada cahaya di hujung terowong. Tidak sia-sia rakyat Kelantan membangkitkan perkara ini tanpa jemu-jemu.

Perkembangan berhubung perkara ini seperti mana dijelaskan oleh perdana menteri, Ha Najib Razak mengenai penubuhan sebuah jawatankuasa mengkaji pemberian ini sesuatu berita yang manis untuk rakyat Kelantan dan semacam ada kesungguhan Najib untuk menyelesaikannya.

Jawatankuasa itu akan dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara Abdul Hamid Omar kata Najib akan mengkaji secara menyeluruh berhubung royalti minyak untuk negeri-negeri terbabit. Jawatankuasa itu akan mengambil masa selama enam bulan. Tidak lama sangat ke tu?
Pengumuman itu menjelaskan Najib akhirnya tidak mampu membiarkan begitu saja pemberian royalti itu kerana suara mendesaknya semakin bingit. Mungkin juga beliau merasakan sekiranya penafian mengenai hak rakyat Kelantan boleh memberi kesan politik kepada partinya di Kelantan. Jadi jalan terbaik ialah akur kepada kehendak rakyat Kelantan.

Lebih bererti lagi dengan pengumuman Najib itu apabila MB Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi tahu beliau ada menerima sepucuk surat daripada perdana menteri berhubung perkara itu. Nik Aziz menyifatkan perkembangan positif mengenai royalti itu sebagai rahmat Ramadhan.

Menurut Nik Aziz dalam surat itu menyebut kerajaan persekutuan meminta wakil untuk berbincang mengeni pemberian royalti petroleum. Sebagai orang yang sudah lama dahaga dan lenguh menanti hak itu sudah pasti Nik Aziz sangat gembira.

Kemungkinan isu ini akan selesai dengan baik ditambah lagi dengan kenyataan Menteri Perdagangan dan Industri Antara Bangsa (MITI) Mustapa Mohamed juga memberi tahu isu royali minyak akan selesai di mana beliau ikut berusaha menyelesaikannya.

Kenyataan ketiga-tiga orang ini Najib, Nik Aziz dan Mustapa berhubung royalti petroleum menunjukkan isu royalti minyak itu sudah nampak titik penyelesaiannya.  Kenyataan itu menyakinkan isu itu akan berakhir juga. Justeru semua pihak hendaklah menerima dengan baik dan jangan cuba mengejek atau pun menafikan usaha mana-mana pihak.

Dalam perkembangan lain saya sendiri yakin perkembangan positif mengenai isu royalti petroleum ini ada kena mengena dengan peranan dimainkan Sultan Muhammad Ke V. Khabarnya Tuanku ada menyebut perkara ini kepada perdana menteri. Sudah lama saya menyimpulkan sekiranya sultan sendiri memainkan peranan mendesak hak rakyat dinaunginya, perdana menteri tidak boleh memandang sepi.

Di sinilah keramat dan berkat seorang sultan.

Esok Najib akan mengadakan lawatan ke Kelantan dan mengadakan majlis berbuka puasa dan sembahayng terawih. Untuk menyeronokkan hati rakyat Kelantan dan pihak-pihak yang bekerja keras menuntut royalti elok kalau Najib mengambil kesempatan atas kunjungan itu mengumumkan perkara ini semasa lawatan itu. Jadikanlah pengumuman itu sebagai buah tangan hari raya dari seorang PM untuk rakyat Kelantan.

Bagaimana pun selepas diumumkan penyelesaian hendaklah disegerakan. Jawatankuasa yang dicadangkan itu jangan pula bertele-tele untuk menyelesaikannya. Ia perlu diselesaikan dalam tempoh kurang enam bulan. Sebenarnya untuk tujuan ini tidak payah pun tubuh jawatankuasa khas itu, menghabiskan wang rakyat saja, sebaliknya ia boleh dibuat dengan berunding terus dengan pihak kerajaan Kelantan.

Rasanya soal undang-undang dan implikasinya sudah difahami oleh semua. Kenapa hendak mempersulitkan sesuatu yang mudah. Mengenai hak dan bahagian negeri Kelantan dan mana-mana negeri yang terbabit dengan pengeluaran minyak sudah dijelasnyatakan dalam akta petroleum 1975 yang ditandatangani itu.

Jawatankuasa itu dilihat lebih kepada "red tape" untuk melengah-lengahkan sahaja pemberian itu dan ada juga kemungkin rakyat Kelantan tidak mendapat sepenuh apabila jawatankuasa dibentuk itu bias kepada Umno.

Nilai pingat emas sekiranya Lee Chong Wei berjaya

http://usezworkshop.blogspot.com, 04 Ogs 2012

Sebutir pingat emas Olimpik 2012 ini akan mempuyai nilai jutaan ringgit sekiranya Lee Chong Wei berjaya merangkulnya esok

Limpahan ganjaran menanti Chong Wei sekiranya beliau membawa pingat berharga itu termasuk wang tunai RM2 juta dan tambahan RM1 juta dari kerajaan menerusi skim insentif Majlis Sukan Negara (MSN) dan RM1 juta lagi dari syarikat perabot tempatan, 3V Holdings Sdn Bhd.
Malah jongkong emas seberat 12.5kg bernilai lebih RM2 juta turut ditawarkan Pengerusi Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC) Datuk Seri Andrew Kam dan elaun sebanyak RM5,000 sebulan kepada pemenang pingat emas Olimpik negara sepanjang hayatnya.
Malah rakyat Malaysia ... ya kita semua akan menikmati
Ice Cream percuma dari Baskin Robbins pada 8 Ogos, disemua outlet diantara 8-10 malam sekiranya kontigen Malaysia berjaya membawa balik pingat emas


Sementara itu, pemilik restoran Burhan Mohamed menawarkan hidangan percuma kepada pelanggan sekiranya Lee memenangi pingat emas.
"Jika beliau menang, beliau akan mendapat wang dan jongkong emas. Namun, rakyat Malaysia yang menyokongnya perlu mendapat sesuatu.
"Jadi, saya akan memberi makanan percuma kepada pelanggan untuk meraikan kejayaan itu nanti," kata Pengurus Besar Original Kayu Nasi Kandar, Pulau Pinang <- yang tak pasti sama ada di ke semua cawangan kayu nasik kandar atau sebahagian saja

Gambar ini menyebabkan Najib jadi lembut pada negeri Kelantan?

http://batuvskayu.blogspot.com, 04 Ogs 2012
Adakah gambar ini menyebabkan Najib jadi lembut pada negeri Kelantan ?
baca http://batuvskayu.blogspot.com/2012/08/gambar-ini-menyebabkan-najib-jadi.html


Panas dari Sabah! Senarai YB yang akan keluar parti BN

http://kerabubersuara.blogspot.com, 04 Ogs 2012
lihat http://kerabubersuara.blogspot.com/2012/08/panas-dari-sabah-senarai-yb-yang-akan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FRzVdP+%28Kerabu+Bersuara%29


Tun Salleh Abas, bekas Ketua Hakim Negara sedia bantu Rafizi

http://gigitankerengga.blogspot.com, 04 Ogs 2012

PenorehGetah

Dari maklumat terkini, Rafizi Ramli malam tadi telah dihubungi oleh Bekas ketua hakim Negara, Tun Salleh Abas yang menyatakan hasrat peribadinya untuk membantu Rafizi dalam menangani kes penangkapan "bergari" melibatkan pendedahan Rafizi tentang Salah guna Dana lembu yang telah digunakan untuk "beri lembu tinggal dalam kondo".
Penganiayaan terhadap "lembu-lembu yang dipaksa tinggal didalam kondo" itu mencetus fenomena "lembu merah" yangs sangat menakutkan KERAjaan sehingga Sharizat berhenti dari jadi menteri.

Rafizi minggu ini telah ditangkap polis kerana membongkar wabak "lembu merah" yang dikuatiri akan membawa kepada berkuburnya umno tidak lama lagi.

Ini akan membuatkan Najib dan Shahrizat makin gelisah!
.........

PM didakwa ajak Nik Aziz bincang isu royalti
3:56PM Ogos 4 2012
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu, perdana menteri telah menghantar surat kepadanya, memintanya menghantar wakil untuk membincangkan pembayaran royalti minyak negeri.

pakatan ceramah shah alam 041211 nik azizMenurut Nik Aziz, surat itu dihantar kepadanya semalam dan sampai ke tangan setiausaha sulitnya Rosdi Mohamad, lapor Harakahdaily.

"Surat ni diterima oleh setiausaha sulit saya, encik Rosdi.

"Tetapi kerana hari cuti, dia baru bagi kepada saya," beliau dipetik sebagai berkata kepada akhbar web PAS itu pagi tadi.

Nik Aziz (kiri) juga dilaporkan turut memaklumkan berita itu dalam tazkirah Subuh di masjid berhampiran rumahnya di Pulau Melaka, dekat Kota Bharu pagi tadi.

Beliau bagaimanapun berkata, sebelum menghantar wakil Kelantan untuk berunding, beliau akan menghadap sultan terlebih dahulu.

Janji ditepati kenapa royalti lambat diberi?

http://jeminghassan.blogspot.com, 04 Ogs 2012
Hampir 37 tahun kita ditipu kini mereka sudah mengaku. Dan kita rakyat Kelantan bukan tidak percaya tetapi kami tidak berapa nak percaya. Hari ini Tok Guru menerima surat memintanya menghantar wakil untuk membincangkan pembayaran royalti minyak untuk Kelantan.

Isu royalti minyak Kelantan: 'suspect everybody and trust nobody'

http://aspanaliasnet.blogspot.com, 04 Ogs 2012
Semalam (Jumaat) Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, telah menerima surat dari Perdana Menteri Najib meminta kerajaan Kelantan menghantar wakil untuk berbincang tentang royalti minyak yang menjadi tuntutan rakyat negeri itu sejak beberapa lama yang lalu. Jumlah tuntutan tertunggak ialah sebanyak RM7.4 billion dan sampainya surat ini menunjukkan bahawa rakyat Kelantan merupakan rakyat yang faham tentang apa yang mereka inginkan sebagai rakyat sebuah negeri yang menjadi sebahagian dari sebuah negara  Persekutuan ini.

Saya secara peribadi menerima berita ini dengan perasaan yang agak lega walaupun kita belum tahu lagi keputusan perbincangan itu jika ia benar-benar diadakan. Kita berharap perbincangan ini benar-benar melaksanakan slogan ‘janji ditepati’ yang juga dengan rasa tidak malu menggunakannya sebagai slogan hari kemerdekaan negara tahun ini.
Jika berjaya pun perbincangan itu, pembayarannya mesti berlaku sebelum pilihanraya ini kerana jika persetujuan untuk menghormati perjanjian yang ditandatangani di antara Petronas dan kerajaan Kelantan pada 27hb Mei 1975 dahulu. Perjanjian itu ditandatangani oleh YBM Tengku Razaleigh yang mewakili Petronas dengan Menteri Besar PAS, Dato' Mohammad Nasir.
Dalam perjanjian itu, Petronas akan membayar 5% daripada hasil minyak yang diperolehi di perairan negeri Kelantan berdasarkan pada harga FOB. Pembayaran itu hendaklah dilakukan dua kali setahun secara tunai, iaitu pada 1hb Mac dan 1hb September setiap tahun. Itu merupakan perjanjian yang asas di samping beberapa klausa pinggiran.
Perjanjian 2 muka kertas itu adalah perjanjian yang jelas dan amat mudah difahami oleh sesiapa dan tidak perlu pergi belajar ke London atau mana-mana untuk belajar undang-undang dahulu. Kalau sesiapa yang rajin untuk memahami perjanjian itu blog ini pernah menyiarkan perjanjian itu dan saudara boleh melihatnya di dalam archive blog ini.

Jika kerajaan persekutuan ingin menghormati perjanjian yang telah ditandatangani ini ia mesti dilaksanakan secara total, mengikut segala apa yang tertulis dalam perjanjian itu. Rakyat Kelantan begitu kecewa sejak dahulu lagi kerana sejak kepimpinan Mahathir lagi perjanjian ini tidak dihormati dan jika ia tidak dilaksanakan oleh pentadbiran Najib maka slogan ‘janji ditepati’ itu wajar dicampakkan ke dalam tong sampah sahaja.

Rakyat Kelantan begitu kecewa dengan sikap pemimpin-pemimpin UMNO Kelantan seperti Mustapha Mohamad, Awang Adek, dan pemimpin-pemimpin dan bekas pemimpin di sana yang memihak kepada pimpinan kerajaan persekutuan untuk menyekat pembayaran royalti minyak ini kepada rakyat negeri mereka sendiri.

Tengku Razaleigh secara terbuka menyokong tuntutan rakyat Kelantan kerana hasil minyak ini adalah untuk semua rakyat Kelantan dan bukan hanya untuk ahli-ahli UMNO sahaja. Perjanjian itu adalah perjanjian dengan rakyat Kelantan yang diwakili oleh kerjaan pilihan rakyat tanpa mengira parti serta fahaman politik. Tetapi selama ini pimpinan kerajaan  persekutuan tidak ‘magnanimous’ dan menjadikan isu hasil minyak ini sebagai alat untuk melakukan ‘arm twisting’ terhadap rakyat Kelantan untuk menyokong BN.

Surat yang dihantar oleh PM Najib kepada TGNA ini merupakan satu keadaan yang baru dan saya tidak berani untuk membuat komen dengan begitu cepat. Takut-takut rakyat Kelantan dihampakan lagi seperti yang dilakukan oleh pimpinan Mahathir hingga sekarang ini. Jika perjanjian yang sangat jelas dan terang itu boleh diingkari oleh pimpinan persekutuan tidak ada sebab mereka tidak boleh melakukannya sekali lagi.

Kita tidak mahu perbincangan ini hanya sebagai ‘intrigue’ pilihanraya semata-mata tetapi benar-benar melaksanakan perjanjian itu dengan sepenuhnya. Dengan pimpinan persekutuan BN ini kita mesti mengambil sikap ‘suspect everybody dan trust nobody’. Berdasarkan pengalaman lama sikap ini harus sentiasa ada di dalam pemikiran pimpinan Kelantan.

Jika ia berjaya dilaksanakan saya ucapkan syabas terlebih dahulu kepada rakyat Kelantan kerana kekuatan dalam perjuangan mereka.

JK Khas Royalti: Najib jangan hanya 'sembang kedai kopi'

Hazayani Zakaria, 04 Ogs 2012
KUALA LUMPUR: PAS mahu kerajaan menjelaskan terma penubuhan jawatankuasa khas yang akan mengkaji isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Meskipun menyambut baik langkah itu, Naib Presiden, Salahuddin Ayub berkata, sebelum sebarang perundingan diadakan, kerajaan negeri dan anggota Parlimen mesti dijelaskan tujuan utama penubuhan jawatankuasa tersebut.

"Saya menyambut baik penubuhan jawatankuasa ini tetapi ingin mendapat penjelasan mengenai terma-terma jawatankuasa ini dan mestilah dijelaskan kepada kerajaan negeri dan ahli Parlimen.

"Terma mestilah menyatakan dengan jelas perundingan itu kerana kita tidak mahu jawatankuasa ini sekadar untuk bersembang minum kopi," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian kepada Harakahdaily hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini dilaporkan berkata, jawatankuasa khas tersebut akan membuat kajian untuk mengenal pasti negeri-negeri yang layak menerima bayaran tunai daripada hasil petroleum di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Jawatankuasa akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan akan dianggotai oleh pakar undang-undang dari dalam dan luar negara, wakil dari kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri-negeri tersebut.

Akur desakan rakyat

Salahuddin berkata, langkah kerajaan ini membuktikan mereka terpaksa akur dengan tuntutan rakyat yang mahu hak mereka dikembalikan.

"Ini langkah terdesak perdana menteri. Akhirnya Putrajaya terpaksa akur dengan tuntutan rakyat dan satu kejayaan awal setelah usaha kita membawa perkara ini ke Parlimen," katanya lagi.

Namun tambah beliau, PAS menuntut kerajaan serius menubuhkan jawatankuasa ini, bukan semata-mata untuk meraih sokongan rakyat dalam pilihan raya umum nanti.

"Kita tak mahu jawatankuasa ini menjadi gimik politik menjelang pilihan raya untuk mengaburi mata rakyat," katanya.

Pengarah Eksekutif George Kent, Cheong Thiam Fook PEMBOHONG!
Posted on Saturday, August 04 @ 01:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: setisab

"

Saya memandang berat kenyataan En Cheong Thiam Fook, Pengarah Eksekutif George Kent yang mendakwa konsortium tersebut lulus penilaian teknikal dan kewangan dalam bidaannya. Kenyataan itu terang-terang membelakangkan laporan penilaian rasmi yang digunapakai oleh kerajaan dalam menentukan kontraktor bagi kerja-kerja tambahan sistem LRT Laluan Ampang, sepertimana yang dilaporkan di sini.

Malah, En Cheong Thiam Fook dan George Kent telah berbohong apabila beliau mengeluarkan kenyataan-kenyataan berikut:

1. Bahawa Konsortium George Kent – Lion Pacific telah LULUS penilaian kewangan

2. Bahawa Konsortium George Kent – Lion Pacific telah MEMATUHI semua syarat-syarat kontrak

3. Bahawa Konsortium George Kent – Lion Pacific telah LULUS semua syarat teknikal

Pembohongan ini dibuat dengan tujuan untuk mengabui mata rakyat Malaysia. Konsortium George Kent dan rakan-rakan karib mereka dalam pentadbiran Umno/Barisan Nasional percaya dengan propaganda media yang berterusan, mereka dapat meyakinkan rakyat bahawa tidak ada unsur rasuah dan penyelewengan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak dalam memastikan konsortium itu mendapat kontrak.

Saya sertakan fakta-fakta dan susur galur yang membuktikan bahawa Konsortium George Kent telah berbohong:

§ Dalam satu surat bertarikh 20 Januari 2012, Dato’ Shahril Mokhtar, Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana telah mengemukakan ringkasan penilaian keseluruhan bidaan (penilaian teknikal, penilaian kewangan dan pematuhan kepada syarat-syarat kontrak) kepada Kementerian Kewangan bersama-sama cadangan lantikan untuk diluluskan Kementerian Kewangan;

§ Bidaan oleh George Kent dibuat melalui Konsortium George Kent-Lion Pacific yang turut melibatkan syarikat-syarikat Wijet dan Thales dari luar negara. Bidaan ini dilabelkan sebagai bidaan 3 dari 8 pembida (3/8);

§ Ringkasan penilaian keseluruhan bidaan (salinannya disertakan bersama) dengan secara jelas menunjukkan bahawa Konsortium George Kent hanya mendapat markah 8.7 daripada 30 markah keseluruhan bagi penilaian kewangan. Oleh itu, Prasarana telah memutuskan bahawa George Kent GAGAL dalam penilaian kewangan;

§ Ringkasan penilaian keseluruhan bidaan juga menyatakan bahawa George Kent TIDAK MEMATUHI syarat-syarat kontrak. Malah, ia membuat permohonan agar beberapa syarat seperti “bayaran ganti rugi kerosakan akibat gangguan” (atau Agreed Disruption Damages) disemak kembali;

§ Pada markah teknikal 38.62 dari 70 markah keseluruhan, George Kent berada di tempat ketiga tercorot dalam penilaian teknikal. Malah, di dalam laporan penuhnya, Perunding Halcrow dengan secara jelas menyatakan bahawa ia tidak yakin Konsortium George Kent boleh melaksanakan projek itu.

Kesemua fakta ini adalah fakta yang sah dan diangkat ke peringkat tertinggi Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan yang dipengerusikan Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri. Saya telah disiasat di bawah Akta Rahsia Rasmi kerana mendedahkan dokumen yang sah ini.

Oleh itu, pembohongan yang dibuat oleh George Kent bahawa ia telah lulus semua penilaian dan mematuhi syarata-syarat menghina semua proses dan prosedur yang digunapakai di dalam sistem perolehan negara. Ia juga membayangkan bahawa proses dan prosedur ini tidaklah berfungsi dan berkesan sehingga ia langsung tidak dihormati oleh pembida.

Lebih merunsingkan, ia membayangkan ‘lesen besar’ yang dipunyai oleh George Kent untuk membuat kenyataan yang sewenang-wenangnya membelakangkan keputusan Kumpulan Prasarana. Ini menimbulkan persoalan dimanakah kemampuan Prasarana kelak untuk memantau dan memastikan George Kent akan mematuhi semua syarat dan jadual kerja seperti yang dipersetujui, apabila belum pun kerja-kerja bermula George Kent dengan bongkaknya membohongi keputusan bidaan yang diangkat oleh Prasarana.

Saya yakin kebongkakan George Kent ini berpunca dari sokongan padu Dato’ Seri Najib kepada syarikat itu. George Kent tahu mereka kini sudah kebal dari undang-undang kerana dilindungi sepenuhnya oleh Perdana Menteri, sebab itulah mereka tidak segan silu berbohong walaupun ada fakta dan bukti yang sahih.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

---

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

Kerajaan Rakyat: Kenyataan Media

SKANDAL KONTRAK PEMBINAAN PROJEK TAMBAHAN SISTEM LRT AMPANG MELIBATKAN DATO' SERI NAJIB TUN RAZAK ... KEADILAN mendapat maklumat yang rapat dengan kerajaan bahawa Dato' Seri Najib Tun Razak sendiri campur tangan di dalam hal ini untuk memastikan kontrak tersebut dianugerahkan kepada George Kent, sedangkan beliau pernah berjanji untuk berlaku telus dan memastikan semua kontrak besar dijalankan secara tender terbuka ...

Dokumen bukti campur tangan Dato' Seri Najib ...

Walaupun KEADILAN telah memaklumkan bahawa pendedahan bersiri mengenai anugerah kontrak bernilai RM1 bilion projek sambungan LRT Ampang akan membuktikan campur tangan terus Dato' Seri Najib Tun Razak, ... Dalam kes kontrak kerja-kerja sambungan LRT Ampang yang bernilai lebih RM1 bilion, Dato' Seri Najib Tun Razak pada minggu lepas melahirkan hasrat beliau untuk menganugerahkan kontrak tersebut kepada Konsortium George Kent, ...

SURUHANJAYA DIRAJA UNTUK MENYIASAT ...

2 OGOS 2012. SKANDAL GEORGE KENT-LRT AMPANG: SURUHANJAYA DIRAJA UNTUK MENYIASAT SALAHGUNA KUASA PERDANA MENTERI. Anugerah kontrak bernilai RM1.1 bilion kepada Konsortium George Kent ...

NATIONAL OVERSIGHT & WHISTLEBLOWERS CENTRE - blog*spot

Melatih lebih ramai aktivis yang berkemahiran menganalisa skandal dan melakukan pendedahan. Badan ini .... Skandal George Kent-LRT Ampang: Suruhanjaya Diraja Untuk Menyiasat Salahguna Kuasa Perdana Menteri ...

Komplot Dato' Seri Najib Tun Razak dan Konsortium George Kent

PERDANA MENTERI TIDAK MENAFIKAN KONSORTIUM GEORGE KENT DIANUGERAHKAN KONTRAK LRT AMPANG. Saya mengalu-alukan kenyataan pendek Dato' Seri Najib Tun Razak semalam berhubung skandal ...

Ini adalah document bukti penyelewengan Dato ...

Mesyuarat tersebut telah memutuskan untuk melantik George Kent sebagai kontraktor bagi kerja-kerja tambahan LRT Laluan Ampang pada harga RM1,180037624. Keputusan ini kemudiannya dimaklumkan kepada Dato' Shahril Mokhtar, ... Pun begitu, saya percaya Dato' Seri Najib akan terus membisu kerana itulah tindakan beliau setakat ini bila berdepan dengan skandal di dalam pentadbiran beliau. Oleh yang demikian, saya percaya tanggungjawab yang sama ...

http://kerajaanrakyat.blogspot.com/



Lihat dan baca lain-lain documents di sini dan di sini.

"

Wajib tengok, cara Mat Sabu gempaq Najib... hehe...

http://shalehudin.blogspot.com, 04 Ogs 2012
TERBAEKK...
Darah patriotik yang mengalir ditubuh aku pun bersetuju sangat dengan cadangan dari Mat Sabu nih bahawa kes Scorpene nih mesti dibicarakan di Kuala Lumpur...


Ingat!!!
Ini bukan satu ugutan, tapi ini adalah janji...
JANJI rakyat yang cintakan keadilan...
JANJI yang akan ditepati...

Maka untuk merealisasikan impian ini...
Pastikan Pakatan Rakyat menawan Putrajaya pada PRU ke 13 nanti...
Mesti ada yang tidoq tak lena...

Kahkahkah...

Tiada ulasan: